Anda di halaman 1dari 6

JURNAL

Bilangan Jurnal :1 MINGGU


: 07.02.2022
Tarikh Peristiwa / Kejadian
1
Tajuk : KEADAAN KELAS YANG BISING

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :

Saya menjalankan kelas bimbingan dalam Tahun 6 Semangat. Saya mendapati ketika saya
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran ia adalah amat sukar untul mengawal
keadaan kelas yang bising. Saya mendapati murid mulai hilang tumpuan dan kacau rakan di
sebelah yang mewujudkan keadaan kucar kacir di dalam kelas.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :

Punca keadaan kelas yang bising wujud daripada mentality murid yang sangat cepat menjadi
bosan dengan satu keadaan. Murid yang bermasalah ini juga tidak mendengar kata walaupun
kita suruh mereka untuk duduk dengan diam. Keadaan ini berlaku kerana bahan bantu
mengajar yang tidak dapat menarik minat semua murid di mana mereka cepat bosan dan
hilang perhatian.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS) :

Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut
persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang
positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali
pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan
dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :-

i.) menghasilkan bahan bantu mengajar yang lebih menarik.


ii.) memperbanyakkan soalan untuk menarik perhatian.
iii.) menggunakan 'reward chart'.
iv.) selalu memastikan murid mengikuti pengajaran.
5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :

1 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu mendapatkan bahan bantu mengajar yang
dapat menarik perhatian murid yang berkaitan dengan pengajaran topik yang saya ingin ajar.
saya juga akan cuba memastikan murid sentiasa mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :

10.02.2022

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah
saya telah memberi impak yang kurang positif,tetapi telah berjaya mendapat perhatian murid
lebih daripada biasa untuk tidak membuat bising dan memberi tumpuan ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA)


:

Saya tidak begitu berpuas hati dengan keberkesanan tindakan saya. Walau
bagaimanapun,saya percaya tindakan saya ini akan lebih berkesan jika diberi masa yang
lebih. Saya juga percaya pendekatan yang saya pilih ini mampu menarik serta mengekalkan
minat pelajar terhadap pengajaran yang saya sampaikan

RUJUKAN

http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/07/conyoh-pengurusan-tingkah-laku.html

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________
JURNAL

Bilangan Jurnal :2 MINGGU


: 13.02.2022
Tarikh Peristiwa / Kejadian
2
Tajuk : PENGURUSAN MASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Berdasarkan sesi pengajaran yang dijalankan, saya mendapati saya masih tidak dapat bijak
menguruskan masa pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Saya telah mengalami kesuntukan
masa untuk menghabiskan aktiviti yang dirancangkan dan juga menyebabkan proses PdP saya tidak
dapat dijalankan dengan lancar.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Selepas menganalisis isu yang difokuskan saya mendapati bahawa, saya menggunakan contoh yang
banyak semasa set induksi dan juga langkah 1. Seterusnya, saya juga memasukkan objektif yang
tidak berkaitan dalam satu sesi PdP, murid tidak dapat menguasai sepenuhnya dalam masa yang
singkat. Penglibatan guru banyak berbanding murid. Murid yang lemah mengalami masalah penulisan
kerana tidak dapat menulis huruf yang diingini.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN


LEPAS) :
Menurut Peter F.Drucker, dalam Ambasworkz, (2005) pengurusan masa berkaitan dengan teknik dan
cara seseorang guru itu mengurus, membahagi. dan mengatur masa hariannya supaya dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.selain itu, pengurusan masa yang cekap dapat menyesuaikan
diri dengan pelbagai tugas sebagai guru sewakyu proses PDP.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti;
i) Berbincang dengan guru pembimbing setelah merancang aktiviti pengajaran.
ii) Menyediakan tugasan perbincangan yang tidak memerlukan penulisan yang banyak seperti
berpadanan kata / soalan objektif / isi tempat kosong
iii)Menyediakan rancangan alternatif supaya dapat mengatasi masalah masa yang berlebihan atau
masa suntuk seperti menyediakan permainan kecil sekiranya aktiviti PdP mempunyai lebihan
masa / aktiviti individu yang lebih menjimatkan masa sekiranya mendapati kesuntukkan masa.
iv) Perkongisaan maklumat yang hanya berkaitan dengan PdP pada hari itu sahaja.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


4 hari

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan merancang aktiviti PdP dengan awal dan berbincang dengan guru pembimbing supaya
dapat membuat pengubahsuaian yang sesuai dengan tahap pembelajaran murid. Saya juga akan
mengggunakan “timer” semasa aktiviti perbincangan kumpulan supaya dapat memberi peringatan
masa kepada diri sendiri dan juga setiap murid.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


16.02.2022
8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya
telah mengambil alternatif penyelesaian masalah tersebut. Antaranya ialah, saya telah menggunakan
contoh yang sedikit dahulu semasa set induksi. Hal ini adalah kerana saya menyedari bahawa saya
telah mengambil masa yang sedikit lebih dalam set induksi. Seterusnya, saya sentiasa berbincang
dengan guru pembimbing setelah merancang aktiviti pengajaran. Selain itu, saya telah menyediakan
tugasan perbincangan yang tidak memerlukan penulisan yang banyak seperti berpadanan kata /
soalan objektif yang akan mengambil masa yang terlalu banyak. Setelah saya mula memberi
penulisan sebegini, saya dapat menghabiskan kelas pada tepat masa.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Kesimpulannya, saya berasa amat berpuas hati dengan tindakan yang telah saya ambil. Hal ini adalah
kerana cadangan yang dikemukakan telah amat membantu saya untuk melihat perkembangan dalam
diri saya untuk menghabiskan PdP pada tepat waktu.

RUJUKAN:
Jikan, H. (2004). Pengurusan masa guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan
teknik dan vokasional (elektif-sains pertanian) di sekolah-sekolah menengah daerah Johor
Bahru (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

JURNAL
Bilangan Jurnal :3 MINGGU
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 20.2.2022
3
Tajuk : Murid tidak mengangkat tangan semasa menjawab soalan

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran bagi aktiviti kelas bimbingan di kelas tahun 4. Saya
mendapati bahawa murid-murid di kelas saya sering menjawab soalan yang diajukan oleh guru tanpa
mengangkat tangan. Murid-murid yang bilangannya 16 orang dalam sekelas tidak mengangkat tangan
untuk menjawab soalan tetapi terus menjawabkannya. Hal ini mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran kerana kelas menjadi bising dan sukar untuk guru memberikan arahan.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Kelas ini mengandungi murid yang mempunyai pencapaian yang cemerlang dan kurang cemerlang
dari segi pencapaian akademik. Oleh kerana sekolah ini mempunyai tiga kelas untuk satu tahun dan
semua tahap murid berada dalam kelas yang sama. Murid-murid dalam kelas sering tidak
mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru walaupun setiap hari guru
mengingatkan untuk mengangkat tangan dan menjawab soalan yang diajukan. Terdapat beberapa
murid sahaja yang mengangkat tangan bagi memberikan jawapan. Kesan daripada isu yang dialami
proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan keadaan dalam kelas menjadi huru-hara dan juga
menggangu pengajaran guru.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN


LEPAS) :
Berdasarkan Teori Belajar Operant Conditioning B.F Skinner terdapat empat prinsip Operant
Conditioning. Prinsip Pembentukan dimana guru perlu membentukan dan mengajar mereka cara
untuk memberikan tindak balas terhadap soalan yang ditanyakan. Guru boleh memberikan hadiah
kepada murid yang berjawab sebagai tanda pengiktirafan dan membuka jalan kepada murid lain untuk
memberikan tindak balas terhadap soalan yang diajukan.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa idea bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Antaranya ialah :-
a) Menetapkan peraturan bahawa sekiranya ingin menjawab soalan hendaklah mengangkat tangan
dan memberikan jawapan.
b) Memberikan hukuman atau dendaan terhadap murid yang tidak mengangkat tangan sewaktu
menjawab.
c) Memotivasikan murid untuk berkelakuan seperti yang ditetapkan iaitu mengangat kad traffic light
yang disediakan bagi memberikan jawapan dalam keadaan yang sistemik untuk mendapatkan
ganjaran.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


5 hari

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan mengambil beberapa tindakan pembetulan bagi mengatasi isu yang dialami. Saya akan
menyediakan jadual ganjaran bagi setiap murid untuk memudahkan pemberian ganjaran dan
pemotongan markah kepada murid yang tidak mendengar arahan guru. Selain itu, saya juga akan
memberikan hukuman kepada murid yang memberikan jawapan secara umum tanpa mengangkat
tangan. Saya juga akan menyediakan kad traffic light dan mengarahkan murid untuk mengangkat kad
tersebut sewaktu memberikan jawapan.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


24.2.2022

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya
kenal pasti telah memberi impak yang positif. Hal ini kerana, sepanjang proses pengajaran yang
dijalankan murid-murid mengangkat kad yang disediakan sewaktu memberikan jawapan bagi soalan
yang diajukan. Saya juga mendapati bahawa perjalanan proses PDPC sangat tenang dan murid-murid
juga mendengar arahan yang telah diberikan oleh guru. Saya boleh melihat murid-murid sangat
berdisiplin semasa memberikan jawapan.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Kesimpulannya, saya berasa berpuas hati dengan perkembangan murid dalam memberikan jawapan
bagi soalan yang diajukan oleh guru. Cadangan yang dikemukan telah meberikan kesan yang positif
dalam kalangan murid bukan sahaja untuk matapelajaran saya malah bagi matapelajaran lain juga
murid-murid mengaplikasikan tingkah laku yang diajarkan.

RUJUKAN
Simamora, L. (2012, February 22). Retrieved from Slide Share:
https://www.slideshare.net/vanterdebataraja/teori-belajar-operant

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

Anda mungkin juga menyukai