Anda di halaman 1dari 2

JURNAL PRAKTIKUM FASA 2 MINGGU 2 (20 24 JULAI 2014)

2014




























Bilangan Jurnal : 2
Minggu Praktikum : Kedua
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 20 / 07 / 2014 hingga 24 / 07 / 2014
Tajuk Jurnal : Pengurusan Masa
1. Masalah /Peristiwa:

Pada minggu pertama, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat
sebagaimana yang telah dirancangkan. Hal yang demikian kerana kebanyakan aktiviti
yang dijalankan memakan banyak masa sehingga aktiviti yang di rancang tidak berjalan
lancar sekaligus tidak mencapai objektif pembelajaran yang digariskan dalam rancangan
pengajaran harian.
2. Analisis

Masalah ini timbul kerana ini adalah kali pertama saya menjalankan praktikum di sekolah
yang kecil dan mempunyai murid yang sedikit. Lebih sukar apabila didapati para murid
mengambil masa yang lama untuk menyiapkan hasil perbincangan dan semasa
melaporkan hasil perbincangan terdapat beberapa murid yang tidak dapat menerangkan
dengan tepat dan jelas. Di samping itu, masalah masa timbul berikutan murid-muird yang
lambat masuk ke kelas terutamanya masa selepas rehat. Selain itu, matapelajaran
Pendidikan Jasmani sebelum itu juga memakan banyak masa sehingga mengurangkan
masa yang telah dirancang.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki
Saya perlu lebih bersungguh-sungguh dalam merancang sesi pembelajaran yang lebih
efisyen dengan merangka back up plan sebagai penyelamat tatkala berlakunya
masalah sedemikian rupa.
Saya akan berbincang dengan guru-guru matapelajaran lain terutamanya waktu
sebelum waktu saya dengan memaklumkan kepada mereka supaya tidak mengajar
melebihi masa.
Memaklumkan kepada murid berkenaan peraturan masuk awal ke kelas terutamanya
selepas waktu rehat.
Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing di
samping mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan yang lain.

JURNAL PRAKTIKUM FASA 2 MINGGU 2 (20 24 JULAI 2014)
2014






























4. Tempoh Masa:

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat yang mungkin agar proses pembelajaran
dan pelajaran berjalan dengan lancar dan sempurna tanpa sebarang kecacatan yang bias
merosakkan suasana pengajaran dan pembelajaran.

5. Penilaian Kejayaan:

Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang
kerja saya di samping meminta pandangan rakan-rakan seperjuangan yang lain dengan
harapan dapat memperbaiki mutu pengajaran saya pada masa akan datang.

6. Tindakan Susulan:

Semasa membuat penyediaan rancangan pengajaran harian, saya akan memikirkan
objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Jadi
saya perlu bersedia dengan segala kebarangkalian yang berlaku dengan merangka Pelan
A dan Pelan B.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan :.............................................. Tandatangan : .............................................

Nama : .............................................. Nama : ............................................

Tarikh : .............................................. Tarikh : ........................

Anda mungkin juga menyukai