Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU

BAINUN, MENGKUANG, 14000 BUKIT MERTAJAM,


PULAU PINANG.

Jurnal Praktikum
Bilangan Jurnal

:1

Minggu Praktikum

: Pertama

Tarikh Peristiwa

: 13 April 2015 hingga 17 April 2015

Tajuk Jurnal

: Masalah Pengurusan Masa dalam Sesi Pembelajaran


dan Pengajaran

1. Masalah/ peristiwa:
Pada hari ini, saya telah menghadapi masalah kelewatan masa untuk
mengajar di dalam kelas sebagaimana yang telah dirancangkan sewaktu
pengajaran dijalankan. Sesi pembelajaran yang sepatutnya berjalan
selama sejam tidak dapat dilaksanakan dalam lingkungan masa yang
telah ditetapkan kerana murid-murid memakan masa yang agak lama
untuk

menjalankan

sesuatu

aktiviti

semasa

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran.
2. Analisis:
Masalah ini timbul mungkin disebabkan minggu ini merupakan minggu
pertama saya berada di sekolah ini. Oleh sebab itu, saya masih lagi dalam
proses menyesuaikan diri dan mengenali amalan serta budaya sekolah ini.
Murid memakan masa untuk menjalankan aktiviti membuat poskad
semasa mengajar tajuk Tempat Tinggal Saya. Hal ini secara tidak
langsung menyebabkan masa pembelajaran terganggu.
3. Cadangan Untuk Memperbaiki:

i.

Saya sewajarnya lebih membaca buku-buku yang mempunyai


perkaitan dengan pengurusan masa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran supaya

ii.

membolehkan saya

menguruskan masa

dengan lebih baik.


Saya seharusnya bersikap fleksibel dengan menyediakan pelan A
dan pelan B pada waktu-waktu tertentu terutamanya setelah
mengenal pasti cara untuk menghadapi masalah pengurusan masa

iii.

dalam P&P.
Bagi memastikan sesuatu aktiviti berjalan dengan lancar, saya
sewajarnya

iv.

menyediakan

lebih

banyak

BBM

dan

BBB

bagi

membantu murid membuat hasil kerja seni dengan cepat.


Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat guru

dan

pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan


guru pelatih.
4. Tempoh masa:
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa beberapa hari selepas
mengenal pasti masalah. Pengurusan jadual waktu sangat penting bagi
mencapai objektif P&P.
5. Penilaian Kejayaan:
Saya akan meminta kerjasama pensyarah atau guru pembimbing untuk
memberikan penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta
pandangan daripada rakan sebaya.
6. Tindakan Susulan:
Semasa

membuat

rancangan

persediaan

mengajar,

saya

akan

memikirkan objektif-objektif dan aktiviti yang bersuaian dengan masa


yang diperuntukkan iaitu mengambil kira masa murid menjalankan aktiviti
di samping menyuruh murid untuk bergerak pantas. Jadi, saya akan
bersedia

dengan

pengurusan masa.

pelan

bagi

mengelakkan

daripada

masalah

Disemak oleh Guru Pembimbing :

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing :

Tandatangan :________________________

Tandatangan :_______________________

Nama

:________________________

Nama

:_______________________

Tarikh

:________________________

Tarikh

:_______________________

Anda mungkin juga menyukai