Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Masalah Lewat ke Kelas

Kategori : Pengurusan dan Pentadbiran

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya mempunyai 3 kelas yang telah dijadualkan selepas waktu rehat. Murid sering kali masuk lewat ke kelas
saya selepas waktu rehat. Hal ini menyebabkan masa pengajaran saya menjadi singkat dan saya perlu
menunggu mereka.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Berdasarkan analisis saya, punca kepada masalah ini murid gemar makan terlalu lama di kantin ataupun
bermain setelah siap makan. Murid juga tidak terus ke kantin untuk rehat dan menyebabkan mereka terpaksa
beratur di belakang murid-murid yang awal.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Russell(2006) dalam tesisnya, menyebut bahawa kanak-kanak akan mengalami masalah untuk belajar
jika tidak bersedia dari segi masa dan tenaga, berbeza dari orang dewasa yang merupakan subjek kajian.
Penyataan ini membuktikan bahawa isu lewat ke kelas menjadikan PdPc itu tidak efektif kerana murid tidak
bersedia sepenuhnya untuk belajar.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Terdapat beberapa cadangan penyelesaian masalah:

1) Berbincang dengan pihak pengurusan sekolah supaya mengawal murid yang gemar menggunakan masa
rehat secara berlebihan.
2) Menggunakan teknik peneguhan positif jika murid dapat sampai awal ke kelas.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan mengambil tindakan susulan pilihan 1 dan 2 iaitu berbincang dengan pihak pengurusan sekolah
supaya mereka lebih menepati masa dan menggunakan teknik peneguhan positif jika murid dapat sampai awal
ke kelas. Bagi penggunaan teknik peneguhan positif, saya akan menggunakan sistem token di dalam kelas.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

-2017

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Langkah yang dilaksanakan adalah sangat berjaya iaitu menggunakan sistem token dan merujuk kepada
pentadbir sekolah. Hal ini kerana kedua-dua kaedah ini mempunyai impak yang besar. Sebagai contoh, sistem
token menyebabkan murid lebih bersemangat untuk datang awal ke kelas dan bersedia untuk belajar walaupun
sedikit penat. Bagi kaedah berjumpa dengan pentadbir sekolah, pentadbir sekolah bersetuju menjadualkan
beberapa orang guru untuk mengawal di kantin sewaktu rehat.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Konklusinya, saya berjaya menyelesaikan masalah ini dalam kerangka masa yang saya anggarkan iaitu 1
minggu. Walaubagaimanapun, saya perlu memerhati sebarang perubahan dari sudut tingkah laku pelajar agar
mereka tidak leka kelak.

10. Rujukan :
Russell, Barbara Landis, "Comparison in Academic Performance Between Distance Learning and Traditional On-
Campus Students in Allied Healthcare Education at the Medical College of Georgia" (2006).
Electronic Theses & Dissertations. 283.

Anda mungkin juga menyukai