Anda di halaman 1dari 6

MTES3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MANUAL PENGGUNAAN INOVASI DIGITAL SNEAKY 2020

1. Apabila produk ini dibuka, paparan utama adalah seperti dibawah. Terdapat empat
pilihan untuk pengguna klik bagi menuju ke slaid seterusnya:

 , pengguna akan menuju kepada slaid permainan Sneaky 2020.

 , pengguna akan menuju kepada slaid peraturan permainan.

 , pengguna akan menuju kepada slain standard kandungan, standard


pembelajaran dan hasil pembelajaran berkaitan produk ini.

 , pengguna akan keluar daripada produk.

2. Sebelum pengguna pergi kepada slaid permainan, terlebih dahulu pengguna perlu klik

bagi menuju kepada slaid objektif produk ini. Slaid ini akan memaparkan 3
perkara iaitu Standard Kandungan dan Pembelajaran yang terkandung dalam permainan ini
serta Hasil Pembelajaran yang pengguna akan dapat selepas menghabiskan permainan ini.

Pengguna boleh klik untuk menuju pada slaid paparan utama.

DISEDIAKAN OLEH: AHMAD MUSLIM BIN MOHAMAD SAFEI


MTES3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3. Seterusnya, pengguna boleh klik untuk menuju kepada langkah-


langkah dan peraturan semasa permainan berlangsung. Jadi, pengguna perlu menuju kepada
slaid ini sebelum pergi kepada slaid permainan. Pada slaid ini, akan diterangkan cara-cara

dan langkah-langkah permainan. Pengguna boleh klik untuk menuju kepada slaid tips

yang seterusnya dan untuk menuju pada slaid paparan utama.

DISEDIAKAN OLEH: AHMAD MUSLIM BIN MOHAMAD SAFEI


MTES3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4. Maka, pengguna boleh menuju kepada salid permainan selesai sahaja memahami
langkah dan peraturan permainan. Slaid permainan adalah seperti dibawah.

 Klik jika pengguna ingin melemparkan dadu.

 Klik untuk kosongkan dadu sebelum pengguna lemparkan dadu.

 Pemain Biru klik pada bahagian kiri garis putus-putus manakala Pemain Merah

klik pada bahagian kanan garis putus-putus.

 Klik setiap kali pengguna mendaki tangga.

5. Permainan ini boleh dimainkan oleh satu atau dua orang dalam masa yang sama
dimana pengguna boleh memilih ingin menjadi Pemain Biru atau Pemain Merah. Pemain Biru
akan mendominasi bahagian kiri manakala Pemain Merah mendominasi bahagian kanan.
Selepas pengguna melemparkan dadu masing-masing, pengguna perlu mengira bilangan
kotak mengikut nilai yang dapat selepas dadu dilemparkan dan klik pada kotak tersebut. Untuk
pusingan kedua, pengguna akan klik pada kedudukan kotak barunya, dan perlu juga klik pada
kotak sebelumnya bagi hilangkan kedudukan sebelumnya. Pemain Biru akan klik pada
bahagian kiri garis putus-putus dalam kotak manakala Pemain Merah pada bahagian kanan.

DISEDIAKAN OLEH: AHMAD MUSLIM BIN MOHAMAD SAFEI


MTES3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

6. Jika ada pemain berhenti pada kedudukan kaki tangga atau kepala ular, masing-
masing akan membawa kedudukan pemain turun dan naik pada kedudukan yang telah
ditetapkan. Untuk pemain yang berhenti pada kaki tangga dan naik pada kedudukan yang

telah ditetapkan, pemain perlu klik simbol pada kedudukan barunya itu.

7. Selepas klik pada simbol , pengguna akan menuju kepada slaid soalan berkaitan
tolak tahun 1. Jadi, pengguna perlu menjawab soalan tersebut dengan betul dan hanya
diberikan satu kali percubaan sahaja untuk menjawab soalan tersebut.

DISEDIAKAN OLEH: AHMAD MUSLIM BIN MOHAMAD SAFEI


MTES3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

8. Jika pengguna menjawab soalan tersebut dengan betul, pengguna boleh kekal pada
kedudukan barunya itu manakala jika jawapan yang diberikan adalah salah, pemain perlu
kembali pada kedudukan asal sebelum mendaki tangga dan perlu undur satu petak dari
kedudukan asal tersebut. Sebagai contoh seperti dibawah, Pemain Biru menjawab soalan
dengan jawapan yang salah, maka Pemain Biru perlu undur pada petak yang kedua kerana
kedudukan asal pemain adalah petak yang ketiga dan undur satu petak dari kedudukan asal.

DISEDIAKAN OLEH: AHMAD MUSLIM BIN MOHAMAD SAFEI


MTES3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

9. Maka, pengguna akan terus bermain sehinggalah sampai ke petak yang ke-100 dan
pemain yang paling awal sampai pada petak 100 dikira sebagai pemenang. Selesai bermain,

pemain perlu klik untuk menuju pada slaid paparan utama. Untuk keluar daripada

paparan slaid, pemain boleh klik untuk keluar daripada produk.

DISEDIAKAN OLEH: AHMAD MUSLIM BIN MOHAMAD SAFEI

Anda mungkin juga menyukai