Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2020

Program & Ambilan: PISMP Ambilan Jun 2017

Semester / Tahun Semester 2 / Tahun 3

Nama Pelajar: Ahmad Muslim Bin Mohamad Safei

Angka Giliran: 2017272340075

Nombor Kad Pengenalan: 980617-11-5155

Kumpulan / Unit: Matematik 3

Kod dan Nama Kursus: MPU 3152: Inovasi Digital Dalam


Pengajaran dan
Pembelajaran
Jenis Tugasan: Laporan Aktiviti Promosi dan
Pemasaran
Nama Pensyarah: Miss Ng Seok Moay

Tarikh Hantar: 5 April 2020

Tanda tangan Pelajar:

Pengakuan penerimaan Tarikh:

maklumbalas daripada pensyarah: Tanda tangan Pensyarah:

Tarikh:
LAPORAN AKTIVITI PROMOSI DAN PEMASARAN

PROJEK INOVASI DIGITAL SNEAKY 2020

Disediakan oleh: Ahmad Muslim Bin Mohamad Safei

Produk inovasi yang telah dihasilkan oleh saya adalah Sneaky 2020 yang mana murid
sasaran saya adalah Tahun 1 yang merangkumi operasi penolakan asas. Tujuan utama produk ini
adalah untuk menarik minat murid belajar matematik kerana produk ini berunsurkan permainan.
Oleh itu, produk ini akan dipasarkan dan dihebahkan kepada guru-guru atau mereka yang berminat
supaya dapat membantu murid lebih memahami subjek matematik. Untuk mempromosikan produk
ini kepada pelanggan, saya menggunakan laman sosial sebagai platform utama kerana sosial
media merupakan perkara asas dan boleh dikatakan merupakan keperluan kepada setiap individu
untuk berhubung dengan orang lain dengan lebih mudah. Saya menggunakan tiga saluran iaitu
Whatsapp, Facebook, dan juga Instagram.

Dalam proses mempromosikan produk, saya mencipta satu video pendek yang mana video
berdurasi 37 saat ini akan menerangkan berkaitan produk ingin saya pasarkan. Video ini dicipta
menggunakan perisian Powtoon secara atas talian. Video ini penting bagi menarik pelanggan
dengan animasi dan penerangan yang ada pada video. Pelanggan juga dapat menggambarkan
produk yang akan saya pasarkan. Setelah selesai mencipta video, saya mempromosikan produk
saya menggunakan 3 saluran seperti yang telah diterangkan diatas.

Saluran pertama yang saya gunakan adalah Whatsapp. Saluran ini merupakan aplikasi
untuk mengirim sesuatu seperti pesanan, gambar, video, audio serta dokumen dan ia juga boleh
mewujudkan kumpulan yang boleh digunakan untuk bersembang secara berkumpulan dengan
kenalan. Melalui saluran ini, saya mempromosikan produk saya dengan memuat naik video ke
status Whatsapp dan ke dalam kumpulan bincang yang mana ia dapat dilihat oleh kenalan saya.
Jadi, kenalan saya dapat menerima sedikit gambaran produk melalui video tersebut dan ada juga
kenalan yang berminat dengan produk saya. Saya juga menggunakan saluran ini sebagai platform
jika ada pengguna yang berminat dengan produk dan ingin bertanyakan apa-apa soalan berkaitan
produk. Pengguna juga boleh mendapatkan produk melalui saluran ini dan ini menunjukkan
bahawa saluran ini merupakan saluran utama saya yang membawa ramai peminat kepada produk
kerana saluran ini merupakan salah satu kemahiran saya dalam pengunaan harian dan saya juga
mempunyai ramai kenalan daripada saluran ini.

Seterusnya, saluran kedua yang saya gunakan adalah Facebook. Seperti yang kita semua
sedia maklum, saluran ini merupakan aplikasi yang bertujuan untuk berhubung dengan seseorang
yang jauh, perkongsian ilmu serta untuk menyampaikan maklumat secara meluas dengan cepat
kepada umum di seluruh negara. Jadi, melalui saluran ini saya telah memuatnaik video berdurasi
37 saat serta cara untuk berhubung dengan saya jika ada sebarang pertanyaan berkaitan produk.
Dapat dilihat bahawa ramai yang berminat dengan produk ini jika dilihat melalui komen daripada
video yang telah dimuatnaik. Ada juga kenalan yang kongsikan video saya ke dalam Facebook
mereka dan ini meningkatkan lagi sebaran produk ini. Ramai yang berhubung dengan saya selepas
sahaja video dimuatnaik di saluran ini dan saluran ini mendapat sambutan daripada orang ramai.

Akhir sekali, saluran yang saya gunakan adalah Instagram. Saluran ini adalah sebuah
media untuk membuat foto, merakam video dan mengirimkannya dengan pantas. Sama seperti
dua saluran yang lain, saya mempromosikan produk dengan memuatnaik video yang telah dicipta
dan semua kenalansaya dalam saluran ini dapat melihat produk ini. Saluran ini merupakan saluran
yang paling kurang mendapat perhatian daripada orang ramai. Hal ini mungkin kerana saya kurang
mahir dalam penggunaan saluran ini dan saya juga tidak ramai kenalan dalam saluran ini.

Kesimpulannya, kaedah promosi dan poemasaran seseorang itu memainkan peranan yang
sangat penting untuk menarik lebih ramai pelanggan dan pengguna. Diharap produk ini dapat
menepati citarasa pengguna dan pengguna boleh memberi komen mengenai produk selesai
sahaja menggunakan produk.
Lampiran

Rajah 1: Pemasaran produk pada saluran Instagram


Rajah 2: Pemasaran produk pada saluran Whatsapp
Rajah 3: Pemasaran produk pada saluran Facebook

Anda mungkin juga menyukai