Anda di halaman 1dari 12

KERTAS CADANGAN

PROJEK INOVASI: SARUNG TANGAN BERWARNA

TEMPAT :

PRASEKOLAH KRISTAL,

SEKOLAH KEBANGSAAN NIUP,

KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.


1.0 OBJEKTIF INOVASI
1. Meningkatkan kemahiran membunyikan suku kata konsonan vokal konsonan
(KVK) dalam bahasa English mengikut urutan huruf yang betul.
2. Kanak-kanak boleh membunyikan huruf kvk dengan betul
3. Kanak-kanak boleh membunyikan suku kata kvk dengan urutan yang betul
iaitu dari kiri ke kanan.

2.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Fasa 1: Mengenalpasti masalah yang dihadapi murid.

Masalah yang dihadapi oleh beberapa orang murid prasekolah Kristal di SK Niup
ialah kemahiran membunyikan suku kata kvk dalam program Smarterphonics.
Mereka selalu menyebut suku kata kvk secara terbalik contohnya suku kata /cam/,
apabila dibunyikan menjadi /mac/.

Fasa 2: Mencari jalan penyelesaian atau inovasi yang boleh membantu murid
menyelesaikan masalah mereka.

Saya telah menghasilkan inovasi sarung tangan berwarna untuk memudahkan


murid membunyikan huruf dan membunyikan suku kata kvk mengikut urutan dan
bunyi yang betul.

Fasa 3: Uji lari inovasi.

Melakukan uji lari terhadap inovasi yang telah dicipta di sekolah dan melihat ika ada
ruang untuk penambahbaikan bagi memastikan inovasi yang dicipta tersebut efektif
dan boleh membantu murid.

Fasa 4: Membuat pemerhatian terhadap tahap masalah murid.

Menguji setakat mana penguasaan murid dalam membunyikan suku kata kvk set 1
smarterphonics.

Fasa 5: Melaksanakan inovasi kepada murid

Setelah uji lari inovasi, saya akan menggunakan inovasi dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran Smarterphonics terhadap kanak-kanak untuk membantu mereka
menguasai kemahiran membunyikan suku kata kvk secara tepat dalam bahasa
English.

Fasa 6: Menguji keberkesanan pelaksanaan inovasi.

Melakukan pemerhatian dan ujian kedua selepas beberapa kali pelaksanaan inovasi
terhadap murid untuk memastikan sama ada skor murid meningkat atau tidak untuk
melihat sejauh mana keberkesanan inovasi dan pelaksanaannya.

Fasa 7: Membuat rumusan dan refleksi.

Membuat rumusan dan refleksi mengenai kebaikan, kelemahan, cabaran dan


penambahbaikan terhadap inovasi dan pelaksanaan inovasi terseut terhadap murid.
Saya juga akan berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang melaksanakan inovasi.

3.0 JUSTIFIKASI INOVASI DAN NILAI KOMERSIAL

Saya memilih untuk mencipta dan melaksanakan inovasi sarung tangan berwarna ini
kerana inigin membantu murid yang saya dapati lemah dan bermasalah dalam
menyebut suku kata kvk Bahasa English dalam program Smarterphonics yang
dianjurkan di sekolah di Negeri Sarawak untuk membantu murid di Sarawak
menguasai Bahasa English dengan lebih baik. Saya mendapati terdapat beberapa
orang murid yang selalu melakukan kesilapan membaca suku kata kvk secara
terbalik kerana mereka keliru dengan bunyi huruf dan tidak tahu urutan bacaan yang
betul iaitu dari kiri ke kanan, oleh itu mereka akan menyebut suku kata kvk tersebut
dari arah kanan dahulu contohnya suku kata /bac/ apabila murid menyebutnya akan
menjadi /cab/.

Selain itu, inovasi yang dicipta juga banyak menggunakan bahan terpakai atau kitar
semula yang senang diperolehi. Oleh itu, kos menghasilkan inovasi ini tidak mahal
dan mampu milik. Tambahan pula inovasi ini mempunyai pelbagai fungsi selain
daripada fokus utamanya iaitu menyebut suku kata kvk dengan betul, ia juga boleh
digunakan dalam bahasa Melayu, boleh digunakan untuk untuk pelbagai topik
bahasa dan tidak terhad kepada satu masalah, Cuma dalam inovasi saya ini saya
telah memfokuskan penggunaan inovasi kepada penyelesaian masalah murid yang
menyebut suku kata kvk secara terbalik.
Inovasi ini juga sangat mudah dihasilkan dan tahan lama kerana walaupun dicipta
daripada bahan kitar semula tetapi ia dihasilkan dengan kukuh. Contohya kertas
putih yang mengandungi abjad untuk digunakan dalam inovasi akan dilaminate agar
tahan lebih lama.

Inovasi yang dihasilkan juga mempunyai nilai komersial jika dikomersialkan kerana
saya yakin ia mampu membantu murid prasekolah untuk menguasai Smarterphonics
dengan baik secara khusus dan bahasa secara amnya. Inovasi ini juga berbentuk kit
kerana terdapat set pembelajaran dan set permainan dalam inovasi untuk memberi
keseronokan dan menarik minat murid untuk belajar, oleh itu ianya berbaloi untuk
dibeli kerana ia mempunyai pelbagai bahan yang membantu pembelajaran kanak-
kanak. Tambahan pula, inovasi ini selamat untuk digunakan kerana saya mengambil
kira keselamatan murid atau pengguna yang akan menggunakan inovasi ini.

Seterusnya, inovasi ini berfokus kepada salah satu perkara yang diminati murid
prasekolah iaitu warna, Saya menggunakan warna untuk membantu murid
mengingat kedudukan huruf seterusnya membantu meereka membunyikan suku
kata dengan betul menggunakan sarung tangan yang berwarna melalui penekanan
terhadap warna sarung tangan.

4.0 SASARAN

Sasaran inovasi ini adalah dalam kalangan murid prasekolah dan tahap 1
terutamanya tahun 1 yang menghadapi masalah dalam subjek Bahasa English iaitu
kemahiran asas membaca. Kemahiran membaca termasuklah membunyikan suku
kata dengan betul, tepat, mengenal bunyi huruf dan mengenal abjad yang
membentuk suku kata dan perkataan.
5.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

Tempoh pelaksanaan inovasi ialah sepanjang sebulan tempoh Internship di Sekolah


Kebangsaan Niup iaitu dari 18/02-15/03 2019. Inovasi ini akan dijalankan semasa
aktviti pembelajaran di dalam jadual prasekolah iaitu slot Smarterphonics. Slot ini
mengambil masa 30 minit setiap slot dan ada pada setiap hari sepanjang minggu
iaitu daripada Isnin hingga Jumaat.

6.0 ANGGARAN KOS

Senarai item yang diperlukan membuat Bilangan Harga (RM)


inovasi
Mounting Board 4 10
Velcro Tape 1 8
File ring 10 6
Bola ping pong 1 0.80
Sarung tangan 2 8
Glue adhesive 8 4
Jumlah keseluruhan = RM 36.80

Bahan sedia ada:


Solotape 1
Double tape 1
Kertas A4 1 ring
Gunting 1
Puncher 1
Laptop 1
Laminating paper 1 ring
Kotak terpakai 1
Printer 1
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN/KOS

Dalam jadual yang disediakan, kita dapat melihat anggaran kos yang diperlukan
untuk menghasilkan inovasi sarung tangan berwarna ini. Inovasi sarung tangan ini
kosnya sangat murah dan tidak melebihi RM50. Oleh itu inovasi sarung tangan
membawa implikasi yang positif kerana ia sangat murah dan sarung tangan yang
akan dibeli juga mempunyai banyak kegunaan lain selain daripada inovasi untuk
mengajar Smarterphonics.

Dalam inovasi ini terdapat 2 lagi permainan kesinambungan daripada kaedah sarung
tangan iaitu CVC Snake Master dan CVC Hole. Apabila dijumlahkan semua,
anggaran secara keseluruhan inovasi ini adalah RM 36.80, ianya masih murah dan
mampu milik. Permainan pengukuhan ini juga sangat menarik dan seronok
dimainkan. Oleh itu implikasi permmainan ini ialah menarik minat dan fokus murid
terhadap inovasi dan merangsang pembelajaran mereka. Saya juga yakin inovasi ini
mampu menjadi alat yang membantu pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar dan bersifat 2 hala malahan konsep inovasi ini adalah ber[usatkan murid,
guru hanyalah sebagai pembimbing dan merangsang murid untuk menguasai
kemahiran yang perlu dikuasai.
8.0 JADUAL PELAKSANAAN

Minggu Langkah Tindakan


Minggu 1 -Berbincang dengan guru mengenai projek inovasi yang
bakal dijalankan.
-Membuat kertas cadangan
-Menghasilkan inovasi
-Mencari dan mengenal sampel
-Ujian lisan sebelum intervensi
Minggu 2 -Pelaksanaan intervensi kali pertama
-Menambahbaik inovasi yang dihasilkan
-Pelaksanaan inovasi kali ke-2
Minggu 3 -Pelaksanaan inovasi kali ke 3
-Merakam video proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan inovasi yang telah dihasilkan
-Ujian lisan selepsas intervensi untuk melihat setakat mana
peningkatanmurid setelah menggunakan inovasi.
-Membuat laporan mengenai projek inovasi yang telah
dijalankan
Minggu 4 -Membuat laporan program inovasi
-Mengemaskini ssecara keseluruhan fail Internship
-Menghantar fail ke Unit Praktikum

9.0 PEMANTAUAN/SISTEM KAWALAN

Untuk memastikan saya dapat menghasilkan dan melaksanakan projek inovasi


dengan lancar saya telah membuat carta gantt proses kerja dan pelaksanaan
inovasi yang saya akan hasilkan. Sila rujuk lampiran untuk melihat carta gantt.
10.0 PELAN KONTIGENSI

sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan seperti salah satu elemen dalam kit
pembelajaran tidak dapat digunakan maka saya telah merancang lebih awal untuk
membuat 4 elemen dalam kit pembelajaran agar jika salah 1 tidak dapat digunakan
masih terdapat 3 elemen yang boleh digunakan untuk meneruskan projek inovasi ini,
hal ini merupakan rasional kenapa saya memilih untuk membina kit pembelajaran
yang mengandungi 4 elemen berbanding hanya 1 inovasi sahaja kerana ia
merupakan pelan kontigensi yang telah diambil kira dari awal perancangan
penghasilan inovasi ini.

11.0 PENILAIAN PROJEK

kaedah yang digunakan untuk menilai keberkesanan projek inovasi ini adalah
kaedah pemerhatian dan senarai semak. Saya akan melakukan uji lari pertama
inovasi kemudian merekod setakat mana penguasan murid yang diuji kemudia saya
akan melaksanakan inovasi tersebut beberapa kali sepanjang tempoh Internship
sebelum membuat uji lari mengguakan senarai semak yang sama dan melihat sma
ada skor murid meningkat atau menurun, jika meningkat maka inovasi yagn
dihasilkan diikira berjaya memberi impak positif kepada murid. Sila rujuk lampiran
untuk melihat senarai semak yang digunakan.
12.0 TINDAKAN SUSULAN/SARANAN PENAMBAHBAIKAN

Berdassarkan perancangan yang telah saya lakukan dan proses penghasilan projek
inovasi yang sedang berjalan, saya perlu menyiapkan kit pembelajaran projek
inovasi mengikut masa yang telah ditetapkan agar saya dapat melaksanakannya
dan merekod hasilnya sebelum tamat tempoh Internship selama sebulan di Sk Niup.
Seterusnya, saya perlu menjalankan projek inovasi secara telus dan amanah agar
inovasi yang dihasilkan tersebut mendapat nilai dan bermanfaat kepada murid yang
menggunakannya.

Selain itu, saya juga perlu mengkaji semula kos penghasilan projek inovasi dan
meminimakan kos tersebut agar inovasi yang dihasilkan ada nilai komersial dan
mesra pelanggan. Tambahan pula, saya juga perlu menambah elemen estetika
dalam setiap permainan dan aktiviti yang ada dalam projek inovasi kit pembelajaran
agar ia mampu menarik perhatian murid dan pembelajaran mereka menjadi lebih
seronok.
13.0 LAMPIRAN

Lampiran 1
Carta gantt.

Minggu 2019

M1 M2 M3 M4
Aktiviti
I S R K J

-Berbincang dengan
guru mengenai projek
inovasi yang bakal
dijalankan.
-Membuat kertas
cadangan
-Menghasilkan inovasi
-Mencari dan mengenal
sampel
-Ujian lisan sebelum
intervensi
I S R K J

-Pelaksanaan intervensi
kali pertama
-Menambahbaik inovasi
yang dihasilkan
-Pelaksanaan inovasi
kali ke-2
I S R K J

-Pelaksanaan inovasi
kali ke 3
-Merakam video proses
pengajaran dan
pembelajaran
menggunakan inovasi
yang telah dihasilkan
-Ujian lisan selepsas
intervensi untuk melihat
setakat mana
peningkatanmurid
setelah menggunakan
inovasi.

-Membuat laporan
mengenai projek inovasi
yang telah dijalankan
I S R K J
-Membuat laporan
program inovasi
-Mengemaskini ssecara
keseluruhan fail
Internship
-Menghantar fail ke Unit
Praktikum
Jadual 1: Carta Gantt perancangan dan pelaksanaan projek inovasi di Sk Niup.

Lampiran 2

Senarai semak.

Senarai kvk set 1 Smarterphonic (a,c,b,m)

Tandakan (/) Catatan


Cab *komen terhadap tondakan dan
Cam perlakuan yang diperhatikan (pandangan
Cac analitik)
Bac
Bam
Bab
Mac
Mab
Mam
Jadual 2: senarai semak yang digunakan semasa ujian lisan dan pemerhatian.
Disediakan oleh :

..................................................

( JOSHUA LIMASAN )

Opsyen Pendidikan Awal Kanak-Kanak

PISMP Semester 8

IPGKTAR Kota Samarahan

Kuching, Sarawak.

Tarikh: ( )

Diluluskan oleh :

................................................

( SALBIAH BINTI HJ SAMSUDIN )

Guru Besar SK Niup, Kota Samarahan

Kuching, Sarawak.

Tarikh: ( )

Anda mungkin juga menyukai