Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : 1/12

Minggu Praktikum : Pertama


Tarikh Peristiwa/Kejadian : 3-7 Julai 2017
Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di TASKA PERMATA KEMAS Tanjung
Bundong.

Pada hari pertama, saya dan rakan seperjuangan saya yang turut menjalani Program
Praktikum iaitu Nur Sharinna Binti Ginus, Noraffikah Binti Jainod dan Neltalie Chong
melapor diri di TASKA PERMATA KEMAS Tanjung Bundong. Seterusnya, kami
memperkenalkan diri kami dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri daripada Institut
Pendidikan Guru sebagai makluman bahawa kami akan menjalani Program Praktikum di
TASKA tersebut. Kami duduk bersama-sama semua guru TASKA selepas kanak-kanak
makan tengahari dan tidur untuk berkenalan dengan mereka dan mendapat taklimat
mengenai budaya dan maklumat-maklumat penting mengenai TASKA PERMATA KEMAS
Tanjung Bundong dalam bentuk lisan agar memudahkan kami bersedia dari segi fizikal
mahupun mental untuk menjalani Program Praktikum di TASKA tersebut kelak. Kami juga
mengajukan soalan-soalan mengenai sebarang kemusykilan yang timbul dan perkara yang
tidak jelas.
Pada hari kedua, saya berjumpa dengan guru pembimbing saya iaitu Puan
Nurshuhadha binti Mohd Sidek untuk bertanya mengenai maklumat kanak-kanak yang akan
saya ajar. Saya akan mengambil alih 5 orang kanak-kanak di bawah seliaan Puan
Nurshuhadha ketika menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran nanti. Saya juga
mendapat bimbingan dan bantuan untuk mendapatkan maklumat untuk fail Praktikum
seperti maklumat sekolah dan sebagainya.
Pada hari ketiga, saya dan rakan sudah mula mengajar kanak-kanak d TASKA
tersebut. Saya mengajar 5 orang kanak-kanak yang berumur 4 tahun. Hari pertama
mengajar agak mencabar kerana belum pernah mengajar kanak-kanak TASKA sebelum ini.
Walaubagaimanapun, saya dapat mengajar dengan baik tanpa sebarang halangan namun
masih terdapat banyak aspek yang boleh diperbaiki. Di sini saya dapat membuat gambaran
awal mengenai sikap dan cara penerimaan murid yang mungkin akan menjadi sesuatu yang
berguna kepada saya dalam mengendalikan kelas pada sesi pengajaran dan pembelajaran
yang seterusnya. Selepas kanak-kanak makan tengahari, saya dan rakan-rakan bebincang
mengenai cara kami mengumpul maklumat dan bersetuju akan berkolaborasi agar kerja
tersebut menjadi lebih mudah. Kami juga membuat refleksi berkenaan Rancangan
Pengajaran Aktiviti kami pada hari ini sementara kanak-kanak sedang tidur. Seterusnya
pada waktu petang kami membantu cikgu untuk menguruskan kanak-kanak selepas mereka
mandi seperti membantu mereka memakai bedak dan membimbing mereka memakai baju.
Pada hari keempat, saya dan rakan-rakan melakukan pengajaran dan pembelajaran
untuk hari yang kedua untk memenuhi keperluan Praktikum kami iaitu perlu mengajar di
TASKA selama 2 hari penuh setiap minggu. Saya telah menjalankan aktiviti dengan lebih
baik kali ini. kanak-kanak juga sangat teruja menjalankan aktiviti yang saya sediakan kerana
terdapat aktiviti yang memerlukan mereka bergerak meniru cara haiwan ternakan bergerak,
saya berfokus kepada 1 haiwan iaitu Arnab. Kanak-kanak gembira melakukan aktiviti dan
tidak merasa bosan. Seterusnya saya telah berjumpa dan bertukar pendapat dengan guru
pembimbing saya iaitu cikgu Nurshuhadha dan guru lain yang sentiasa memberi tunjuk ajar
kerana mereka tahu ini kali pertama kami menjalani pratikum. Cikgu Nurshuhadha juga
sedikit sebanyak berkongsi ilmu pengetahuan dan tips untuk mengajar di TASKA tersebut
untuk membantu saya menghadapi pengalaman mengajar saya yang pertama dengan baik.
Pada hari kelima, saya menulis dapatan saya selama seminggu di TASKA
PERMATA KEMAS Tanjung Bundong ke dalam jurnal mingguan. Kemudian, saya juga
membantu dan belajar rutin harian yang dilakukan di TASKA untuk membiasakan diri d sini,
sepanjang minggu ini juga kami telah dijemput ke rumah guru untuk beraya selepas selesai
di TASKA dan kanak-kanak sudah diambl oleh ibu bapa mereka.akhir sekali, saya sudah
memperoleh sedikit gambaran mengenai budaya warga TASKA Tanjung Bundong selama
seminggu di sini agar mudah bagi saya menyesuaikan diri dalam menjalani Program
Praktikum di sini selama sebulan.

Disemak Oleh Guru Pembimbing Disemak Oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :. Tandatangan :.
Nama :. Nama :.
Tarikh :...... Tarikh :.

Anda mungkin juga menyukai