Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENDAHULUAN

Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas yang sangat penting. Ia merupakan


pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di
rumah. Oleh sebab itu, guru prasekolah hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas
mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi strategi pengajaran pembelajaran,
pentadbiran pusat sekolah, aspek-aspek perkembangan kanak-kanak dan aspek-aspek lain
yang berkaitan dengan prasekolah. Dengan pengetahuan ini, ia dapat membantu guru
dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Guru
juga hendaklah mempunyai kemahiran dan teknik menguruskan kelakuan kanak-kanak
terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, komunikasi guru
terhadap kanak-kanak juga memberi kesan terhadap tingkah laku kanak-kanak di
prasekolah. Kanak-kanak prasekolah mempunyai latar belakang yang berbeza, sikap serta
tabiat yang sudah dibiasakan semasa di rumah. Oleh itu, guru hendaklah pandai dalam
menguruskan tingkah laku kanak-kanak ini apabila di dalam bilik darjah. Guru hendaklah
mempunyai strategi dan pandai mengatur strategi untuk menangani masalah tingkah laku
kanak-kanak di prasekolah.

1.1 Definisi pengurusan bilik darjah

Pengurusan bilik darjah dinamik kearah pembinaan modal insan yang seiring dengan
falsafah pendidikan Negara iaitu pembinaan jasmani, intelek, rohani dan emosi.
Pengurusan bilik darjah memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, teknik, prosedur
dan strategi. Guru haruslah memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan
mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran berkomunikasi
dan kemahiran kaunseling.

1.2 Pengurusan Komunikasi

Komunikasi positif adalah seperti satu tarian-ekspresif dan responsif, melibatkan


memberi dan menerima sesuatu. Kemahiran komunikasi yang berkesan diperoleh secara
beransur-ansur selama bertahun-tahun. Kanak-kanak mempelajari komunikasi dengan
meniru dan berinteraksi dengan orang dewasa yang merupakan model ikutan melalui
penglibatan mereka dengan kanak-kanak dalam peranan konvensional, bercakap dan
mendengar, mengetuai dan mengikuti. Kemahiran komunikasi yang positif adalah penting
dan boleh mempengaruhi cara kanak-kanak memainkan peranannya di rumah, sekolah
dan masyarakat.

1.3 Definisi tingkah laku

Menurut Jia (2018), tingkah laku boleh disimpulkan sebagai perangai, kelakuan,
segala pebuatan yang melibatkan kegiatan moto seperti berjalan, berlari, bergerak,
berinteraksi dan memberi tindak balas terhadap sesuatu sama ada dalam keadaan sedar
ataupun tidak. Tingkah laku juga mencakupi gambaran emosi dan mental seseorang.

2.0 LAPORAN PEMERHATIAN

Borang rekod anekdot

Guru: Hasliza Binti Su’ud


Tarikh/masa/tempat Insiden Tafsiran kemahiran guru
dalam pengurusan bilik
darjah
15/2/2019 Kanak-kanak: Guru menggunakan disiplin
7.20am-7.23am
•Bermain dengan kereta mainan yang positif iaitu mengajar
Bilik darjah:
Sebelum yang dibawanya ke sekolah tingkah laku yang sesuai
pembelajaran
•Membuat bising bersama untuk tidak bermain mainan
bermula
rakannya yang dibawanya dari rumah.
•Tidak mendengar arahan guru Guru juga mengalihkan
Guru: tingkah laku negatif kanak-
Guru menegur kanak-kanak kanak tersebut.
tersebut supaya menyimpan
kereta mainan yang dibawanya ke
sekolah dan berkata, “Farish!
Simpan kereta mainan awak.
Jangan bawa mainan ke sekolah.”

Kanak-kanak tersebut tidak


mendengar kata gurunya dan terus
bermain dengan kereta
mainannya.

Guru mendekati kanak-kanak tersebut


dan berkata, “simpan kereta mainan
awak. Kalau nak bermain, mainlah dekat
rumah sahaja.” Kanak-kanak tersebut lalu
menyimpan kereta mainannya di dalam
beg sekolahnya.
15/2/2019 Kanak-kanak: Guru menegur perbuatan
7.45am  Tidak mahu mengikuti arahan kanak-kanak dengan lembut
Bilik darjah: Sesi guru untuk duduk dibawah dan menggunakan disiplin
pembelajaran  Bermain dengan rakannya di positif iaitu mengajar
bermula tempat duduk. tingkah laku yang sesuai.
 Melukis Guru menegur kanak-kanak
Guru: dengan menggunakan
Guru memanggil dua orang kanak-kanak perkataan yang sesuai dan
yang masih duduk di tempat duduk dalam keadaan yang tenang.
mereka dan berkata, “awak berdua! Mari
duduk di bawah bersama-sama rakan
yang lain.” Kanak-kanak tersebut
menghiraukan panggilan gurunya dan
terus melukis. Guru mendekati mereka
dan menyuruh mereka untuk duduk di
bawah bersama rakan-rakan yang lain
dan menyuruh kanak-kanak tersebut
menyimpan kertas lukisan dan pensel.
Dia berkata, “mari duduk di bawah
bersama rakan-rakan yang lain. Simpan
pensel dan kertas lukisan kamu. Nanti
kita melukis bersama-sama rakan-rakan
yang lain.” Dua orang kanak-kanak
tersebut menyimpan pensel dan kertas
lukisan mereka dan duduk di bawah
bersama rakan-rakan mereka yang lain.
15/2/2019 Guru mengambil radio dan memainkan Guru mempelbagaikan
8.20am-8.50am bunyi-bunyian seperti bunyi haiwan dan aktiviti pengajaran di dalam
Bilik darjah: sesi bunyi hujan. Guru meminta kanak-kanak bilik darjah. Guru juga
pembelajaran untuk meneka bunyi-bunyian yang melibatkan semua kanak-
dimainkan oleh guru. Selepas itu guru kanak dalam aktiviti. Guru
memanggil seorang demi seorang kanak- memuji kanak-kanak
kanak untuk membuat bunyi haiwan yang selepas mereka membuat
disebut oleh guru. “Cuba kamu buat bunyi yang betul.
bunyi kuching Mardhiah” kata guru. “
Meow!” jawab Mardhiah. Selepas kanak-
kanak tersebut membuat bunyi haiwan
yang disebut oleh guru, guru pun memuji
kanak-kanak tersebut. “ Pandai kamu
buat bunyi kucing” kata guru.
15/2/2019 Guru meminta kanak-kanak untuk duduk Guru menggunakan
10.20am-11.00am dibawah dan duduk dalam bulatan. Guru pendekatan belajar sambil
Bilik darjah: sesi duduk ditengah kanak-kanak dan bermain dan melibatkan
pembelajaran memainkan muzik. Kanak-kanak semua kanak-kanak. Guru
menyerahkan bola yang dipegang kepada juga menggunakan kaedah
rakan yang duduk disebelahnya. Bola fonik dalam pembelajaran.
akan diserahkan seorang demi seorang
kanak-kanak dan guru memberhentikan
muzik. Kanak-kanak yang memegang
bola semasa muzik diberhentikan akan
mengambil satu kad daripada guru dan
menyebut bunyi huruf yang terdapat pada
kad tersebut. Guru mengulangi
permainan ini sehingga semua kanak-
kanak telah terlibat dalam menjawab
bunyi huruf pada kad yang dipegang oleh
guru.

3.0 PENILAIAN KEMAHIRAN PENGURUSAN

3.1 Cara pengurusan guru adalah sesuai

Cara guru menguruskan bilik darjah adalah sesuai, berkesan dan teratur. Secara
psikologinya persekitaran yang kondusif akan menyeronokkan lagi pembelajaran itu
berlaku. Peranan pengurusan bilik darjah dan komunikasi guru adalah amat penting bagi
mendisiplinkan dan menangani tingkah laku kanak-kanak.

3.1.1 Susun atur bilik darjah

Penyusunan kerusi-meja kanak –kanak adalah bersesuaian iaitu menghadap meja guru.
Dengan penyusunan ini, ia akan memudahkan guru untuk memantau semua kanak-kanak.
Menurut Toyi Yusri, kerusi-meja disusun mengikut kumpulan adalah ciri-ciri bilik darjah
KBSR. Susunan kerusi-meja secara berkelompok juga amat sesuai digunakan dalam bilik
darjah bagi mengembangkan kemahiran komunikasi kanak-kanak prasekolah. Jenis susun
atur bilik darjah adalah gaya Kluster iaitu 8 orang kanak-kanak duduk rapat dalam
kumpulan kecil. Guru juga menyusun kedudukan kanak-kanak di tempat duduk mengikut
senarai nama. Dengan ini kanak-kanak lelaki dan perempuan akan bercampur dalam satu
meja. Ia juga dapat mengembangkan kemahiran komunikasi kanak-kanak. Kerusi-meja
kanak-kanak mengikut ketinggian mereka agar tidak menimbulkan kesukaran bagi kanak-
kanak ketika menggunakannya. Kerusi-meja juga mudah alih agar mudah untuk diubah
suai kedudukan. Papan putih pula terletak bertentangan dengan kerusi-meja kanak-kanak.
Terdapat ruang di tengah bilik darjah bagi memudahkan guru untuk menjalankan sesi
pembelajaran dan menjalankan pelbagai aktiviti. Rak buku pula terletak di tepi bilik darjah
dan bersebelahan dengan meja kanak-kanak dan tingkap. Ia dapat memudahkan kanak-
kanak untuk mendapat pengcahayaan ketika membaca.
Rajah 1: Susun Atur Kelas

3.1.2 Guru bertanggungjawab sebagai pengajar

Guru bertanggungjawab dalam pembelajaran dan pengajaran. Guru sebagai fasilitator


berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk, mengukuh, memberikan bantuan dan
menolong kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran yang dirancangkan melalui satu
proses yang panjang. Guru tersebut menggunakan teknik-teknik pemudahcaraan semasa
pengajaran di dalam bilik darjah. Menurut Siti Hajar Harun (2013) kepentingan kemahiran
teknik pemudahcaraan kepada guru adalah untuk memotivasikan kanak-kanak supaya
mempunyai dorongan yang kuat untuk belajar dan bercita-cita memperolehi pencapaian
yang baik. Selain itu, teknik ini juga dapat meneguhkan tingkah laku positif kanak-kanak
dan menghindarkan tingkahlaku negatif secara terbuka, tidak terancam, mesra dan tidak
menghukum. Antara teknik-teknik pemudahcaraan yang digunakan oleh guru adalah
penyoalan. Teknik ini bertujuan untuk memperluaskan idea dan soalan jenis bercapah atau
berfokus. Guru akan menyoal kepada kanak-kanak dan mereka akan mencari jawapan
untuk soalan yang diberi. Dengan ini dapat menggalakkan kanak-kanak untuk memberi
tumpuan semasa sesi pembelajaran.
Rajah 2: Sesi Pengajaran dan Pembelajan

3.1.3 Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru

Guru mengajar huruf kepada kanak-kanak dengan menggunakan kaedah fonik. Guru
memilih kaedah ini kerana memudahkan kanak-kanak untuk belajar dan mengingat.
Kaedah ini juga menyeronokkan kanak-kanak. Semasa pembelajaran, guru memanggil
kanak-kanak untuk duduk di bawah. Guru akan menunjukkan huruf-huruf dan meminta
kanak-kanak untuk menyebut bunyi huruf tersebut. Selain itu, guru juga menggunakan
pendekatan belajar sambil bermain semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana
kanak-kanak tidak dapat memberi perhatian yang lama terhadap suatu perkara. Pendekatan
ini dapat melibatkan semua kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti. Guru tersebut
meminta kanak-kanak duduk dalam bulatan dan guru akan duduk di tengah bulatan
tersebut. Dengan ini guru dapat memudahkan guru untuk memerhati semua kanak-kanak
dan mengawal tingkah laku kanak-kanak. Dengan pendekatan belajar sambil bermain,
kanak-kanak akan tertarik dan akan memberi perhatian semasa pembelajaran.

3.1.4 Interaksi antara guru dan kanak-kanak

Kepentingan interaksi di dalam bilik darjah adalah untuk mengeratkan perhubungan


guru dengan kanak-kanak dan seterusnya penyampaian pelajaran yang berkesan akibat
hubungan yang mesra. Guru tersebut menggunakan jenis interaksi sehala dari guru kepada
murid di dalam pengajarannya. Menurut Nur Azni (2016), jika guru mengamalkan
pendekatan berpusatkan guru, kaedah bercerita atau kaedah demonstari, interaksi dalam
bilik darjah akan menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti pembelajaran
dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Dengan ini, kanak-kanak akan
tertumpu dan memberi perhatian terhadap guru. Guru juga dapat mengawal tingkah laku
kanak-kanak dengan menggunakan interaksi sehala kerana tiada interaksi antara kanak-
kanak semasa pembelajaran. Selain itu, guru tersebut juga memberi pujian dan galakan
terhadap kanak-kanak. Aspek ini amat penting dalam membina serta mengukuhkan
hubungan guru terhadap pelajar. Ia juga dapat mengekalkan tingkah laku positif dalam diri
kanak-kanak.

3.1.5 Kelakuan yang berlaku di bilik darjah

Semasa pembelajaran dan pengarajan di dalam bilik darjah, Adam mengganggu rakan
yang duduk di sebelahnya. Guru menegur kelakuan Adam tetapi Adam tidah
mengendahkan teguran guru. Selepas itu guru mendekati sendiri kanak-kanak yang
mempunyai masalah tingkah laku tersebut. Teknik pengurusan tingkah laku ini ialah
kaedah kedekatan fizikal (physical proximity). Kaedah ini dilaksanakan dengan guru
mendekati sendiri kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku. Dengan
mendekati sendiri kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku, kanak-kanak
tersebut akan memberhentikan tingkah laku negatif yang dibuatnya. Teknik ini dapat
mengawal tingkah laku kanak-kanak yang bermasalah di dalam bilik darjah.

3.2 Memilih pengurusan bilik darjah yang sama

Sekiranya saya adalah guru di dalam bilik darjah, saya akan mengurus bilik darjah
dengan cara yang sama. Ini kerana pengurusan bilik darjah yang dilakukan guru tersebut
adalah sesuai dan berkesan. Cara pengurusan guru tersebut dapat mengawal bilik darjah
dan tingkah laku kanak-kanak yang bermasalah dengan berkesan.
3.2.1 Sebab-sebab memilih pengurusah bilik darjah yang sama

Antara sebab-sebab saya mengikuti pengurusan ini ialah penyusunan kerusi-meja bilik
darjah adalah sesuai iaitu kanak-kanak duduk dalam berkelompok. Penyusunan kerusi-
meja secara berkelompok dapat mengembangkan kemahiran komunikasi kanak-kanak.
Selain itu ia memudahkan kanak-kanak untuk membuat aktiviti secara berkumpulan.
Kedudukan meja guru dihadapan bilik darjah adalah sesuai kerana guru dapat mengawasi
dan melihat pergerakan semua kanak-kanak dari depan. Ruang yang luas di tepi kelas
dapat memudahkan pergerakan kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti.

Seterusnya, penggunaan teknik-teknik pemudahcaraan semasa pengajaran guru


tersebut adalah sangat berkesan untuk memotivasikan kanak-kanak supaya mempunyai
dorongan yang kuat untuk belajar dan bercita-cita memperolehi pencapaian yang baik
serta meneguhkan tingkah laku positif kanak-kanak dan menghindarkan tingkah laku
negatif secara terbuka, tidak terancam, mesra dan tidak menghukum. Antara teknik-teknik
pemudahcaraan yang digunakan ialah penyoalan. Teknik ini dapat memperluaskan idea
kanak-kanak. Teknik ini juga dapat digunakan untuk menangani tingkah laku kanak-
kanak. Sebagai contoh, guru menyoal kanak-kanak yang berkelakuan tidak baik semasa
sesi pembelajaran dan pengajaran. Dengan ini dapat menggalakkan kanak-kanak tersebut
untuk berhenti berkelakuan tidak baik dan memberi tumpuan terhadap pembelajaran.

Selain itu, antara teknik pengurusan tingkah laku yang digunakan ialah kaedah
kedekatan fizikal (physical proximity). Kaedah ini ialah dengan mendekati kanak-kanak
yang mempunyai masalah tingkah laku. Dengan mendekati kanak-kanak tersebut, ia akan
dapat membuat kanak-kanak tersebut untuk memberhentikan tingkah lakunya yang tidak
baik dan berkelakuan baik. Kaedah ini juga dapat memberi perhatian kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak akan menjaga kelakuan jika diberi perhatian oleh guru.
Bahagian B

4.0 STRATEGI BIMBINGAN DAN DISIPLIN

Tommy menunjukkan tingkah laku yang negatif sejak beberapa bulan


kebelakangan ini. Antara tingkah laku yang dilakukannya ialah marah-marah dan
mencampakkan bahan pembelajaran kelas ke atas lantai apabila diberikan kerja
sekolah semasa waktu tugasan senyap. Tommy juga menjerit apabila tidak dapat
melakukan tugasan yang diberi, menyuruh kanak-kanak lain untuk diam, menggunkan
kata-kata kotor dan mengejek kanak-kanak lain. Guru terpaksa menghabiskan masa
untuk menguruskan tingkah lakunya. Kebiasaannya guru akan bertindak balas
terhadap tingkah laku Tommy iaitu dengan memarahinya atau merujuknya ke pejabat.

Bimbingan dan strategi disiplin yang saya pilih ialah mengenal pasti matlamat
yang salah dan memberi galakan. Kelakuan kanak-kanak adalah berkait dengan rasa
kekurangan dalam diri mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak akan menjadi sangat
nakal di sekolah kerana guru tidak pernah memerhatikannya. Menurut Zaidi Najihah
(2016) motif utama tingkah laku bermasalah adalah kanak-kanak mahukan perhatian.
Dengan menagih perhatian guru, kanak-kanak akan sengaja membangkitkan
kemarahan guru. Guru akan menegur kelakuan kanak-kanak tersebut. Dengan
teguran, sekurang-kurangnya guru tersebut telah memberi perhatian kepadanya.

Kita juga perlu mengenal pasti jika kanak-kanak mempunyai persepsi yang
salah dan kemudian kita dapat menerangkan kepada kanak-kanak dan mungkin juga
berkongsi dengan mereka cara orang dewasa akan menangani perkara tersebut. Kita
juga perlu mengenal pasti jika kanak-kanak berbuat demikian adalah untuk mendapat
perhatian atau sama ada dia mengalami kesukaran untuk melakukan tugasan yang
diberi. Sekiranya kanak-kanak tersebut melakukannya dengan tujuan, kita hendaklah
mengelak daripada melakukan tugasannya tetapi menggalakkannya untuk mencuba
sendiri. Selain itu, tunjuk ajar juga diperlukan sekiranya kanak-kanak masih tidak
dapat melakukan tugasan dengan sendiri. Menurut Zaidi Najihah (2016), cara
menangani tingkah laku bermasalah kanak-kanak adalah dengan memberi galakan
dan suntikan motivasi kepada kanak-kanak tersebut.
5.0 MEMBUAT KEPUTUSAN

Salah satu bimbingan dan strategi disiplin iaitu mengenal pasti matlamat yang
salah dan memberi galakan adalah sangat bersesuain untuk menangani masalah
tingkah laku Tommy. Hal ini kerana, Tommy sering marah-marah dan
mencampakkan bahan pembelajaran kelas ke lantai apabila diberikan kerja sekolah
semasa waktu tugasan senyap. Tommy juga menjerit apabila tidak dapat melakukan
tugasan yang diberi. Kelakuan ini mungkin disebabkan dia tidak dapat melakukan
kerja sekolah yang diberi oleh guru, walaupun dia sepatutnya dapat membuat tugasan
tersebut berdasarkan umurnya. Jika Tommy melakukan tingkah laku tersebut
disebabkan dia tidak dapat melakukan tugasan yang diberi, guru mesti mengelak
daripada melakukan tugasannya tetapi menggalakkannya untuk mencuba tugasannya
sendiri. Galakan yang banyak dan menunjukkan cara melakukan tugasan yang diberi
dapat membantu Tommy untuk melakukan kerja sekolah yang diberi.

Selain itu, guru juga perlu mengenal pasti jika Tommy melakukan kelakuan
tersebut adalah disebabkan dia mengalami kesukaran untuntk melakukan tugasan
tersebut atau untuk mendapat perhatian. Motif kanak-kanak melakukan tingkah laku
yang bermasalah adalah kerana mahukan perhatian. Tommy melakukan perbuatan
yang tidak baik seperti mengejek kanak-kanak lain adalah untuk mendapat perhatian
guru. Dia sengaja membangkitkan kemarahan guru dan guru akan menegur
perbuatannya. Dengan ini guru tersebut telah memberi perhatian kepadanya. Guru
hendaklah memberi perhatian yang sama rata kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang
tidak diberi perhatian akan merasa dirinya seperti tidak wujud. Guru juga hendaklah
mengajar kanak-kanak tingkah laku yang sesuai, menggalakkan usaha positif kanak-
kanak dan mengalihkan tingkah laku negatif kanak-kanak tersebut.

6.0 PENERAPAN STRATEGI KE SENARIO

Semasa kanak-kanak melakukan kerja sekolah yang diberi guru, perhatikan


tingkah laku yang dilakukan Tommy. Jika Tommy berkelakuan tidak baik seperti
menjerit, mencampakkan bahan pembelajaran kelas ke lantai atau marah-marah
sewaktu tugasan senyap, guru hendaklah mendekati Tommy. Guru perlu mengenal
pasti jika dia melakukan perkara tersebut adalah untuk perhatian atau dia mengalami
kesukaran untuk melakukan tugasan yang diberi. Jika guru mendapati dia mengalami
kesukaran untuk melakukan tugasan tersebut, guru hendaklah memberi galakkan
kepada Tommy untuk mencuba tugasannya sendiri. Perhatikannya melakukan tugasan
tersebut. Jika dia masih tidak dapat melakukannya, berikan tunjuk ajar cara untuk
melakukannya. Berikan pujian kepadanya jika dia mampu membuat tugasan yang
diberi. Dengan pujian dapat mengekalkan tingkah laku positif kanak-kanak. Tommy
akan mengekalkan tingkah laku yang positif jika dipuji kerana dia merasa hasil
kerjanya dihargai oleh guru.

Jika Tommy masih melakukan tingkah laku yang bermasalah seperti marah-
marah atau mengejek kanak-kanak lain, Tommy mungkin melakukan hal tersebut
kerana inginkan perhatian. Guru hendaklah memberi perhatian kepadanya dan
menegur kelakuannya dengan tenang. Membebel atau memarahinya merupakan
disiplin yang negatif. Disiplin yang negative mungkin menghentikan salah laku
kanak-kanak untuk sementara waktu tetapi kemungkinan besar kanak-kanak akan
kembali ke tingkah laku lama. Ini berlaku kerana disiplin negatif tidak membantu
kanak-kanak mengetahui bahawa tindakan mereka adalah salah dan mengapakah ia
salah. Guru hendaklah menegur Tommy dengan tenang dan nada suara yang rendah,
mengajar tingkah laku yang sesuai dan mengalihkan tingkah laku negatifnya. Dengan
ini dapat menyedarkan Tommy sama ada tingkah lakunya adalah betul atau salah.

Sekiranya tingkah laku Tommy masih tidak menunjukkan perubahan, guru


boleh menggunakan bimbingan dan strategi disiplin yang lain iaitu mengabaikan
tingkah laku kanak-kanak. Guru hendaklah memberitahu Tommy bahawa dia tidak
menyukai tingkah laku tersebut, dan mengabaikannya jika mereka masih
melakukannya. Tommy mungkin akan menguatkan lagi tingkah lakunya untuk
mendapat perhatian guru. Guru hendaklah bersikap teguh dan kuat untuk
mengabaikan tingkah laku Tommy. Dengan ini, Tommy akan merasa dirinya
diabaikan oleh guru. Apabila Tommy selesai dengan tingkah lakunya, guru boleh
menggalakkannya untuk melakukan tingkah laku yang betul.
7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, guru hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas mengenai


pendidikan prasekolah yang merangkumi strategi pengajaran pembelajaran,
pentadbiran pusat sekolah, aspek-aspek perkembangan kanak-kanak dan aspek-aspek
lain yang berkaitan dengan prasekolah. Kemahiran dan teknik guru dalam
menguruskan tingkah laku kanak-kanak terutamanya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran adalah penting untuk mendisiplinkan kanak-kanak. Selain itu,
kemahiran komunikasi guru terhadap kanak-kanak juga penting untuk menangani
masalah tingkah laku kanak-kanak di prasekolah. Menurut laporan yang dibuat, Cikgu
Hasliza mahir dalam pengurusan bilik darjah dan menangani tingkah laku kanak-
kanak di prasekolah. Kemahiran pengurusan bilik darjah dan komunikasinya terhadap
kanak-kanak adalah sangat berkesan untuk menangani tingkah laku kanak-kanak dan
mendisiplinkan mereka. Bimbingan dan strategi disiplin adalah penting untuk
mengatasi masalah tingkah laku kanak-kanak dan mendisiplinkan mereka.
Penggunaan bimbingan dan strategi disiplin yang sesuai dengan keadaan tingkah laku
kanak-kanak yang bermasalah mampu untuk mengubah tingkah laku dan
mendisiplinkan kanak-kanak tersebut. Oleh itu, guru hendaklah bijak dalam
mengatasi masalah tingkah laku kanak-kanak di dalam bilik darjah.

(2830 patah perkataan)


RUJUKAN

Bahagian A

J. (2018, Februari 12). Definisi Dan Konsep Tingkah Laku. Retrieved March 3, 2019, dari
https://www.scribd.com/document/371340867/Definisi-Dan-Konsep-Tingkah-Laku

Yusri, T. (2015, April 18). Konsep dan-jenis-jenis-bilik-darjah-130329105433-phpapp02.


Retrieved March 3, 2019, dari https://www.slideshare.net/yusriyunus/konsep-
danjenisjenisbilikdarjah130329105433phpapp02

Harun, S. H. (2013, September 14). Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Di Prasekolah.


Retrieved March 3, 2019, from https://www.scribd.com/doc/168164454/Teknik-
Pengajaran-Dan-Pembelajaran-Di-Prasekolah

Azni, N. (1970, January 01). PENGURUSAN BILIK DARJAH: CIKGU AZNI.


Retrieved March 3, 2019, from http://cikguazni87.blogspot.com/2016/03/maksud-
interaksi-interaksiialah-proses.html

Bahagian B

Z. N. (2016, September 24). Model Akibat Logikal Dreikurs. Retrieved March 3, 2019,
from https://www.slideshare.net/zaidinajihah05/model-akibat-logikal-dreikurs-66371798

Anda mungkin juga menyukai