Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER / TAHUN
MEI/2018

KOD KURSUS
HDPS 3503
AWAL MATEMATIK UNTUK KANAK-KANAK

NO. MATRIK : 950201085610001


NO. KAD PENGENALAN : 950201-08-5610
NO. TELEFON : 017-5900389
E-MEL : norsharinasuhaimi@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM GREENHILL IPOH PERAK
ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN 1

2.0 DEFINISI DAN KEMAHIRAN PRANOMBOR 2–3

3.0 KEPENTINGAN PRANOMBOR DALAM MEMAHAMI KONSEP NOMBOR 4–


5

4.0 KESIMPULAN 6

BAHAGIAN 2

5.0 RANCANGAN MENGAJAR 7

6.0 KAEDAH 8–
11
BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN
Penguasaan awal matematik oleh kanak-kanak prasekolah penting kerana ianya
merupakan perkara asas untuk kanak-kanak dalam memahami konsep matematik yang
lebih tinggi. Pembelajaran awak matematik yang diperoleh oleh kanak-kanak adalah
melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana yang menggembirakan serta
dapat memupuk minat kanak-kanak untuk mempelajari matematik. Asas matematik dan
perkembangan matematik bagi seseorang kanak-kanak adalah bermula daripada
pengalaman kanak-kanak dengan objek konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti
seperti saiz, warna, dan bentuk sebelum berkembang ke peringkat bergambar dan
simbolik.
Perbincangan kali ini menekankan tentang pranombor. Perbincangan ini juga turut
membincangkan tentang definisi pranombor dan kemahiran pranombor yang melibatkan
pengelasan, padanan dan perbandingan. Perbincangan ini juga turut membincangkan
tentang kepentingan pranombor dan penguasaan pranombor yang dapat membantu kanak-
kanak dalam memahami konsep nombor.
Objektif tugasan kali ini ialah penguasaan pranombor dalam kalangan kanak-kanak.

1
2.0 DEFINISI DAN KEMAHIRAN PRANOMBOR

Pengalaman pranombor adalah pengetahuan Awal Matematik yang perlu diperoleh


sebelum nombor diperkenalkan atau dipelajari secara formal dalam kurikulum Awal
Matematik Prasekolah. Konsep pranombor yang dipelajari oleh kanak-kanak dapat
membantu kanak-kanak untuk menggunakan konsep nombor keseluruhannya denan betul.
Penguasaan pranombor pada awal usia kanak-kanak adalah amat pentin bagi membina
sikap positif terhadap Matematik dalam pembelajaran yang berkesan. Ia juga membantu
kanak-kanak untuk memperoleh sebahagian gambaran yang berkesa tentan nombor secara
keseluruhan. Pendekatan yan dirancang dengan rapi dan sesuai dapat membantu kanak-
kanak untuk membina kemahiran numerasi dengan baik. Kanak- kanak memerlukan
banyak pengalaman “hands-on” dan “menyebut” sebelum kemahiran menulis nombor.
Seawal umur 2 tahun, kanak-kanak telah mula mengajuk patah-patah kata yang didengar
di sekelilingnya. Contohnya “satu”, “dua”, “tiga” dan seterusnya. Menurut Rohani et. al,
2004, segelintir guru prasekolah tidak memahami konsep perkembangan kanak-kanak dan
asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar mereka tentang simbol
nombor satu, dua, tiga dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor tersebut. Keadaan ini
juga akan menyebabkan kanak-kanak tidak akan dapat untuk mengaitkan nombor
dengan keadaan sebenar mereka. Aktiviti bermain adalah asas dalam proses pembelajaran
kanak-kanak. Frobel (1805) percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah
sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan. Bermain adalah suatu
aktiviti pilihan bagi kanak-kanak.Pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkat
keyakinan dan semangat ingin tahu yang tinggi kepada kanak-kanak (Van Horn et. al.,
2007). Ini mendorong untuk kanak-kanak mencari penyelesaian tanpa merasa takut. Pra
nombor juga membantu kanak-kanak untuk memadankan objek, membandingkan kuantiti
objek, membuat seriasi, mengecam dan membina pola, memahami konsep ketekalan dan
sebagainya.
Kanak-kanak juga perlu mempelajari kemahiran pranombor. Menurut Noraini Idris
(2010), kemahiran dalam Matematik diperolehi melalui projek, permainan dan situasi
berkenaan dalam kehidupan sehari-hari seperti, kemahiran pengasingan beberapa set
objek. Kemahiran ini memberikan pengalaman tentang pengasingan dapat memberikan
pengalaman yang penting dalam matematik seperti persamaan dan berbezaan. Tujauan
pengasingan atau pengelasan adalah untuk memastikan kanak-kanak dapat membezakan

2
dan mengumpulkan objek yang berdasarkan ciri-ciri kesamaan ataupun perbaezaan.
Kanak-kanak kebiasaannya akan memilih objek yang sama, sama ada disuruh atauopun
tidak, kanak-kanak tetap akan melakukannya secara spontan. Ia menunjukkan bahawa
kanak-kanak pada awal usia telahpun melihat hubungan antara objek tersebut tanpa
dipelajari sebelum mereka melangkah masuk ke alam prasekolah. Contoh ciri-ciri
pengasingan yang dilakukan adalah seperti warna, saiz, bentuk dan jenis. Guru akan
menunjukkan cara menyusun, iaitu, susunan mudah dan mengumpulkan objek mengikut
bentuk, saiz, warna, corak dan fungsi yang sama. Selain itu, guru juga akan
mengumpulkan semua barang dan meminta untuk kanak-kanak mengasingkan barang
tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza. Aktiviti pengelasan ini dapat membantu
murid untuk mengelaskan objek mengikut warna, bentuk dan saiz. Murid juga dapat
mengelaskan objek yang berpasangan sama. Antara aktiviti yang dapat dilakukan ialah,
menyediakan set atau kumpulan objek yang mempunyai ciri-ciri atau sifat yang sama,
seperti baju, seluar, stoking dan lain-lain. Aktiviti yang boleh dilakukan adalah
memadankan objek denan pasangan yang sama.
Kemahiran yang berikutnya ialah perbandingan antara anggota dalam sesuatu set
objek. Menurut Gibbs dan Castedena (19740, perbandingan merupakan proses yang
mengaitkan antara dua objek dengan menggunakan ciri-ciri tertentu sebagai asas
perbandingan. Pengalaman ini akan memperkenalkan konsep ukuran, saiz, berat, kuantiti
dan jenis objek dan penggunaan frasa seperti panjang, mengandungi lebih, lebih pendek
dan lain-lain. Kemahiran ini akan membantu kanak-kanak untuk menguasai konsep yang
sering digunakan dalam kehidupan seharian. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan
membandingkan saiz dua biji epal yang besar dan kecil, mengukur pensel siapa yang
lebih panjang dan sebagainya. Murid akan memperoleh untuk membandingkan buah epal
mana yang lebih besar dan pensel siapa yang paling panjang selepas pembelajaran.
Contoh aktiviti yang boleh dibuat ialah membandingkan dua kumpulan objek untuk
menyatakan banyak atau sedikit ataupun lebih atau kurang.

3
3.0 KEPENTINGAN PRANOMBOR DALAM MEMAHAMI KONSEP NOMBOR
Konsep pra nombor perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh
menggunakan konsep nombor keseluruhannya dengan betul. Pendedahan awal konsep pra
nombor pada seawal usia kanak- kanak adalah penting bagi membina sikap positif
terhadap Matematik. Konsep ini penting untuk membolehkan kanak-kanak memperoleh
sebahagian gambaran yang berkesan tentang nombor keseluruhannya. Pendekatan yang
dirancang rapi sesuai untuk membantu kanak-kanak untuk membina kemahiran numerasi.

Pembelajaraan kanak-kanak akan menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak telah


memahami apa yang mereka pelajari. Apabila kanak-kanak telah mula untuk meneroka
persekitaraan mereka, pengalaman dapat di timba di mana pengetahuan digunakan secara
aktif untuk membentuk perhubungan yang baharu. Konsep asas matematik seperti
perbandingan, pengelasan dan pengukuran disebut sebagai kemahiran proses apabila
diaplikasikan terhadap masalah-masalah sains. Konsep asas matematik amat diperlukan
untuk menyelesaikan masalah dalam sains serta masalah dalam kehidupan seharian
kanak-kanak. Contohnya, apabila kanak-kanak membuat pemerhatian terhadap beberapa
jenis buah, seperti epal merah, epal hijau, anggur, oren dan pisang, mereka meneliti buah-
buahan tersebut dari aspek warna, bilangan, tekstur, bentuk, rasa dan kandungan. Hasil
pemerhatian yang dilakukan boleh direkodkan menggunakan kemahiran pengiraan dan
pengkelasan. Di akhir aktiviti, buah-buahan tersebut boleh dipotong kepada beberapa
bahagian yang sama banyak. Oleh itu kanak-kanak dapat pendedahan mengenai konsep
pecahan. Konsep kemahiran matematik dan sains boleh diperolehi oleh kanak-kanak
dalam aktiviti yang dilakukan secara “hand-on” dan “minds-on”.

Kepentingan pranombor dalam kehidupan seharian kanak-kanak ialah kemahiran


untuk pengasingan beberapa objek. Kemahiran pengelasan dapat memberikan peluang
untuk kanak-kanak peluang untuk mengembangkan kemahiran untuk mengelaskan
beberapa objek disekeliling kanak-kanak. Antara aktiviti harian untuk kemahiran
pengelasan kanak-kanak seperti mengelaskan pakaian seharian mengikut warna atau saiz
yang sama. Selain itu, mengelaskan pakaian dengan kategori yang sama seperti baju atau
stoking. Aktiviti ini mudah dilakukan oleh kanak-kanak. Penguasaan pengelasan juga
dapat membantu kanak-kanak dalam kemahiran berfikir serta dapat membantu meningkat
peluang kanak-kanak dalam pengetahuan dan asas dalam matematik.

4
Selain itu, kanak-kanak juga mampu untuk memadankan padanan satu objek dengan
satu objek yang lain yang mempunyai hubung perkaitan satu padanan yang sama ataupun
berbeza. Antara contoh padanan adalah sepeti memadan benda yang mempunyai
pasangan yang sama seperti kasut, memadankan pasangan yan berbeza seperti sudu dan
garfu serta memadankan bilangan objek dengan simbol nombor. Konsep padanan
merupakan konsep yang sering digunakan dalam kehidupan seharian kanak-kanak. Jika
aktiviti ini sering dilakukan dirumah dapat membantu kanak-kanak untuk memahami
konsep ini dengan lebih mendalam lagi. Konsep ini amat mudah diikuti oleh kakak-
kanak.

Pranombor juga membantu kanak-kanak untuk mengukur seseuatu. Ia juga turut


membantu kanak-kanak untuk mengetahui mengapa orang mengukur sesuatu. Kanak-
kanak juga akan belajar untuk mengukur ketinggian diri sendiri atau mengukur
kepanjangan dan berapa besar tanaman akan tumbuh dalam tempoh sebulan. Ajarkan
kanak-kanak untuk mengukur dengan objek sederhana, seperti kasut. Ukuran berapa
panjang permaidani dengan kasut, atau ukuran ketinggian tanaman dengan bongkah.
Kemudian berikan kanak-kanak pembaris untuk membantu mereka dalam menyelesaikan
masalah pengukuran. Berapa besar blok yang kita perlukan untuk memenuhi ruang ini?
Pengukuran merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh kanak-kanak dalam
konsep pranombor. Pengukuran juga merupakan perkara yang mudah untuk dilakukan
oleh kanak-kanak.

Beberapa perkara disebut diatas jika dikuasai oleh kanak-kanak tabika ia akan dapat
membantu kanak-kanak untuk menguasai konsep pranombor. Ia akan memberikan
mereka fahaman dengan lebih mendalam tentang konsep pranombor.

5
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya dapat dilihat bahawa konsep pranombor amat adalah penting dalam
pendidikan awal matematik sebelum kanak-kanak mengenali nombor, mereka perlu untuk
menguasai pranombor supaya kanak-kanak mampu mengunakannya dalam kehidupan
seharian mereka. Pengalaman pranombor memberikan asas kepada pembelajaran nombor
dalam tahap yang lebih tinggi dalam pembelajaran matematik. Asas perkembangan
matematik seseorang bermula daripada pengalamannya yang berkaitan dengan objek
konkrit ataupun objek yang mengandungi kuantiti atau kualiti seperti warna atau saiz.
Pengajaraan matematik adalah tertumpu kepada memperkembangkan keupayaan kanak-
kanak untuk meneliti, meneka, memberi taakulan secara logik dan mengunakan pelbagai
strategi matematik untuk penyelesaian masalah. Perbincangan ini juga turut
membincankan tentang definisi dan kemahiran pranombor yang perlu dipelajari oleh
kanak-kanak. Kemahiran pranombor yang ditekankan dalam perbincangan ialah
pengasingan atau pengelasan dan perbandingan. Perbincangan ini juga turut
membincangkan tentang penguasaan pranombor dapat membantu kanak-kanak. Konsep
pranombor ini amat pentin untuk kanak-kanak supaya mereka mampu untuk
meningkatkan daya pemikiran mereka serta memudahkan kaanak-kanak untuk
menjalankan aktiviti seharian mereka dengan lebih baik . Objektif perbincangan dicapai.

6
BAHAGIAN 2

5.0 RANCANGAN MENGAJAR

Tajuk : Kenali objek berpasangan

Umur : 4 – 6 tahun

Fokus : MA 1.0 Pengalaman pranombor

Tarikh : 5 Oktober 2020

Tempoh masa : 45 minit

Bahan pembelajaran : Kad imbasan, pita pelekat dan lembaran kerja

Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i. Memadankan pasangan kad imbasan objek berpasangan di papan


putih dengan betul.

ii. Mewarnakan gambar objek berpasangan dengan menggunakan


warna yang sama dengan betul.

iii. Memadankan objek berpasangan pada lembaran kerja dengan


penuh semangat.

7
5.1 KAEDAH

5.1.1 SET INDUKSI

Set induksi ini berlangsung selama lima hingga sepuluh minit. Pada set induksi ini
saya telah memperkenalkan tajuk pembelajaran pada hari tersebut. Ketika permulaan sesi
pembelajaran guru telah menerangkan kepada kanak-kanak tentang pemadanan objek yang
sama kepada kanak-kanak. Guru juga telah memperkenalkan beberapa kad imbasan dengan
gambar yang mepunyai pasangan yang sama. Seterusnya guru menunjukkan kepada mereka
jad imbasan dengan gambar objek-objek yang berpasangan yang selanjutnya akan diajari oleh
guru. Guru juga telah meminta untuk kanak-kanak menamakan objek tersebut secara spontan
kepada kanak-kanak supaya dapat menarik perhatian mereka untuk belajar. Setelah itu guru
juga memberitahu nama objek-objek tersebut kepada kanak-kanak. Akhir sekali guru telah
menerangkan sekali lagi tentang pranombor kepada kanak-kanak dan guru juga turut juga
menjelaskan tentang objek berpasangan tersebut kepada kanak-kanak. Guru juga turut
menerangkan tentang tema haiwan peliharaan secara ringkas kepada kanak-kanak.

5.1.2 PENGENALAN

Aktiviti pembelajaran yang dilakukan menerapkan Tunjang Sains dan Teknologi iaitu
Tunjang Awal Matematik. Asas perkembangan matematik untuk kanak-kanak bermula
daripada pengalaman mereka yang berkaitan dengan objek konkrit ataupun objek yang
menandungi kauntiti dan kualiti seperti saiz, warna dan bentuk sebeleum kanak-kanak
berkembang ke peringkat lain iaitu bergambar dan simbolik. Sebelum kanak-kanak di ajar
untuk mengira dan mengenal nombor mereka akan diperkenalkan dengan pranombor.
Pranombor ini menggunkan konsep seperti pengelasan, padanan, perbandingan, susunan atau
seriasi, pola dan keabadian. Rancangan pembelajaran kali ini memfokuskan tentang MA 1.0
pengalaman pranombor dengan menggunakan standard kandungan MA 1.1 memadankan
objek dan standard pembelajaran MA 1.1.1 memadankan objek berpasangan yang sama.
Padanan merupakan konsep pranombor yang paling mudah untuk dipelajarai oleh kanak-
kanak. Menurut Ambika Bhargava dan Kirova (2002), padanan merupakan konsep matematik
terawal yang merupakan asas bagi pemikiran kritis. Prasyarat kepada padanan ialah
pemahaman kepada konsep "sama". Padanan juga merupakan prasyarat kepada konsep

8
hubungan. Menurut Charlesworth dan Linda (1999), sebaik sahaja kanak-kanak memahami
konsep padanan, mereka boleh mengaplikasikan konsep tersebut kepada aktiviti yang lebih
meluas yang melibatkan kesetaraan. Proses padanan adalah bermula dengam memadankan
objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan dan sebagainya.

Ketika sesi pembelajaran matematik guru telah menerangkan serta memperkenalkan


kepada kanak-kanak tentang konsep padanan. Konsep ini menerangkan kepada mereka
tentang objek yang sama dengan pasangannya. Contohnya warna kuning dipasangkan atau
dipadankan dengan warna yang sama. Guru juga memberikan soalan yang rawak dan spontan
tentang gambar objek yang ada pada kad imbasan. Selanjutnya, guru memberitahu nama-
nama objek tersebut kepada kanak-kanak. Tema yang digunakan ketika sesi pembelajaran
kali ini ialah tema yang mudah iaitu haiwan peliharaan Guru memilih tema ini adalah kerana
ia mudah untuk kanak-kanak memahami konsep pranombor iaitu padanan. Haiwan
peliharaan merupakan tema yang mudah kerana haiwan peliharaan merupakan perkara yang
sering dilihat oleh kanak-kanak. Minggu pembelajaraan yang dijalankan pada minggu
tersebut adalah haiwan peliharaan. Guru juga yurut mengggunakan tema yang sama ketika
aktiviti dijalankan.

Bahan pembelajaran yang digunakan adalah kad imbasan, pita pelekat dan lembaran
kerja. Kad imbasan dengan imej haiwan peliharaan ditunjukkan kepada kanak-kanak lalu
guru telah menanyakan haiwan apakah yang terdapat dalam gambar tersebut dan kanak-
kanak dapat mengenalinya. Selanjutnya guru menampal setiap gambar yang ada pada papan
putih dan meminta untuk kanak-kanak memandakan gambar tersebut dengan pasangannya.
Setelah itu, kanak-kanak diberikan lembaran kerja supaya kanak-kanak akan lebih memahami
konsep padanan dengan baik. Setelah lembaran kerja yang diberikan kepada kanak-kanak,
guru telah meminta kanak-kanak untuk memadankan gambar haiwan yang mempunyai ciri-
ciri yang sama. Kanak-kanak juga diminta untuk mewarna objek dan pasangannya dengan
menggunakan warna yang sama. Kanak-kanak juga dilihat sangat bersemangat dan egitu
seronok menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Hasil daripada pembelajaran tersebut kanak-kanak akan dapat memadankan pasangan


kad imbasan objek berpasangan di papan putih dengan betul, mewarnakan gambar objek
berpasangan dengan menggunakan warna yang sama dengan betul dan memadankan objek
berpasangan pada lembaran kerja dengan penuh semangat. Kanak-kanak juga turut dapat
memahami konsep pemadanan. Kefahaman yang diperoleh ketika kanak-kanak mempelajari

9
konsep padanan ini dapat diterpkan oleh kanak-kanak ketika menjalankan aktiviti segarian
mereka seperti memadankan kasut kiri dan kanan dengan betul. Kanak-kanak juga akan
mampu untuk memadankan pasangan sudu dan garpu ketika mereka makan. Hasil
pembelajaran dapat dicapai oleh kanak-kanak.

5.1.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Set induksi (10 minit)

– Memperkenalkan kad imbasan yang mempunyai gambar objek berpasangan.

– Guru menunjukkan kad imbasan objek-objek berpasangan yang akan diajarkan kepada
kanak-kanak.

– Guru memberitahu nama objek-objek berpasangan tersebut kepada kanak-kanak.

– Guru menjelaskan objek-objek berpasangan tersebut kepada kanak-kanak .

Langkah 1 (10minit)

– Memadankan kad imbasan objek berpasangan di papan putih.

– Guru menyediakan beberapa kad imbasan yang mempunyai gambar objek berpasangan
seperti kucing, anjing, ayam, kambing dan arnab.

– Guru menunjukkan objek berpasangan yang betul kepada kanak-kanak.

– Guru melekatkan satu kad imbasan objek di papan putih.

– Guru meminta setiap murid datang kehadapan dan memadankan pasangan kad imbasan
objek tersebut dengan betul.

Langkah 2 (10 minit)

– Mewarnakan gambar objek berpasangan dengan menggunakan warna yang sama.

– Guru menyediakan lembaran kerja yang mempunyai gambar objek berpasangan kepada
kanak-kanak.

– Guru meminta kanak-kanak mewarnakan gambar objek berpasangan dengan


menggunakan warna yang sama.

Langkah 3 (10 minit)

10
.– Memadankan objek berpasangan.

– Guru menyediakan lembaran kerja yang mempunyai gambar objek-objek berpasangan.

– Guru memberikan setiap lembaran kerja kepada kanak-kanak.

– Guru meminta kanak-kanak untuk memadankan objek berpasangan dengan penuh


semangat.

Penutup (5 minit)

– Guru meminta kanak-kanak menyebut nama objek berpasangan bersama-sama.

5.1.4 PENGUKUHAN DAN KESIMPULAN

Secara keseluruhan aktiviti pembelajaran yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan


baik dan lancar. Kesimpulannya dapat dilihat kanak-kanak dapat memahami konsep
pranombor dengan baik. Kanak-kanak juga didapati memahami konsep padanan dengan baik.
Kanak-kanak juga dapat belajar dengan seronok dan penuh semangat. Semasa aktiviti
dijalakan didalam kelas guru telah menerangkan serta memperkenalkan konsep pranombor
padanan kepada kanak-kanak. Kemudian guru telah menunjukkan beberapa keping gambar
dengan pasangan gambar tersebut. Guru juga telah memberikan lembaran kerja untuk kanak-
kanak supaya mereka akan lebih memahami konsep tersebut dan meminta mereka untuk
mewarnakan gambar tersebut.akhir sekali kanak-kanak dilihat dapat menyebut nama haiwan
tersebut dengan baik dan penuh semangat. Kanak-kanak juga dilihat mampu meneroka
aktiviti pembelajaran dengan baik, seronok dan penuh semangat. Pengunaan tema yang
bersesuaian dan juga menarik perhatian mereka juga mampu membantu kanak-kanak dalam
aktiviti pembelajaran tersebut. Konsep padanan ini juga turut dapat diadaptasikan oleh kanak-
kanak ketika melakukan aktiviti seharian mereka. Kanak-kanak juga turut dapat memadankan
kasut mereka dengan lebih baik kelak. Mereka juga dapat mengecam dua objek yang sama
untuk dipadankan dengan lebih mudah. Kanak-kanak juga dapat berinteraksi dengan baik
bersama guru. Pembelajaran ini juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi mereka.
Hasil pembelajaran telah dicapai.

(2500 Patah
Perkataan)

11

Anda mungkin juga menyukai