Anda di halaman 1dari 17

ABSTRAK

Taman Asuhan Kanak-kanak dikenali sebagai TASKA merupakan mana-mana premis


yang menempatkan empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat
tahun lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah.
Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan
pinggir bandar bagi golongan yang berpendapatan rendah dan miskin. TASKA
menggunapakai kurikulum permata dalam melaksanakan program pendidikan awal
kanak-kanak. Tujuan TASKA adalah untuk mendidik kanak-kanak agar mereka
mampu bersosial dan berinteraksi di antara satu sama lain sama ada dengan kawankawannya atau dengan orang dewasa di sekelilingnya. Kurikulum Permata (KP)
merupakan satu program pendidikan termasuk kurikulum dan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur budaya dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang murid dengan sepenuhnya
dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini. KP telah dirancang dengan mengambil
kira semua aspek perkembangan dan ianya adalah berfokus kepada pembinaan
kualiti individu kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. TASKA dan Kurikulum Permata
mempunyai konsep yang tersendiri dalam pendidikan awal kanak-kanak.

1.0 PENGENALAN TASKA.


TASKA atau Taman Asuhan Kanak-kanak merupakan tempat untuk menjaga kanakkanak di antara umur 0 hingga 4 tahun. TASKA menggunapakai kurikulum bersepadu
dalam melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak. Bagi cara pengajaran,
TASKA telah menyediakan suasana pengajaran yang berorientasikan belajar melalui
bermain (learning through play) bagi merangsang perkembangan personaliti dan
minda kanak-kanak.
TASKA ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak agar mereka mampu untuk
bersosial dan berinteraksi di antara satu sama lain sama ada dengan kawankawannya atau dengan orang dewasa di sekelilingnya di awal usia kanak-kanak lagi.
TASKA juga ingin melahirkan kanak-kanak yang mempunyai sahsiah mulia kearah
membina generasi cemerlang di masa hadapan selaras dengan pembentukan modal
insan yang berkualiti.

2.0 PENGENALAN KURIKULUM PERMATA (KP).


Kurikulum permata merupakan sesuatu program pendidikan termasuk kurikulum dan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
budaya dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
(Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (kurikulum Kebangsaan) Pendidikan
1997).

KP telah dirancang dengan mengambil kira semua aspek perkembangan dan ianya
adalah berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak di bawah umur 5
tahun.
KP merupakan satu panduan bagi pihak-pihak yang menguruskan taska atau Pusat
Anak Perdana Negara (PAPN) mengenai pedagogi pendidikan awal kanak yang
terbaik dalam meningkat potensi kecemerlangan kanak-kanak. Aspek yang
dititikberatkan dalam KP ialah interaksi dengan kanak-kanak, kaedah pengasuhan
secara holistik, dan juga panduan dalam merancang sebarang aktiviti bagi tujuan
menguji perkembangan kanak-kanak, merefleks dan mengadakan kerjasama pintar
dengan ibu bapa dan masyarakat sekelilingnya.

3.0 DEFINISI TASKA


Menurut Jabatan Kemajuan Masyarakat, Taman Asuhan Kanak-kanak atau dikenali
sebagai TASKA adalah mana-mana premis yang menempatkan empat orang atau
lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun lebih daripada satu isi rumah
diterima masuk untuk dijaga dengan upah. Program ini memberi perkhidmatan
kepada masyarakat luar Bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan
berpendapatan rendah dan miskin. Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program
Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT),
Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya adalah untuk memberi peluang
kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga

4.0 LATAR BELAKANG KURIKULUM PERMATA


Kurikulum Permata telah dibentuk oleh sekumpulan pakar Pendidikan Awal KanakKanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti setelah mengkaji pelbagai
kurikulum sedia ada yang digunapakai di seluruh dunia. Mereka juga telah melawat
dan menghadiri beberapa seminar dan persidangan, dan mengadakan rundingan
dengan pelbagai pihak yang berkaitan untuk mendapatkan idea terbaik bagi
menyediakan kurikulum ini. Di antara program pendidikan awal kanak-kanak yang
didapati paling sesuai dirujuk ialah Program Surestart dari Pen Green Centre,
Corby, United Kingdom.
Antara elemen-elemen yang terdapat dalam Program Surestart di Pen Green ialah
rekabentuk kurikulum dan pedagogi meletakkan kanak-kanak di tengah-tengah
sebagai keutamaan yang menghubungkan Pusat Pendidikan dan Asuhan (nursery)
dengan rumah. Oleh itu, kurikulum ini menekankan penglibatan ibu bapa secara
aktif. Kitaran ini dipanggil Pen Green Loop atau singkatannya PG Loop.
Selain itu, rekabentuk kurikulum dalam Model Pen Green ini menggalakkan
penglibatan ibu bapa selaras dengan hasil kajian yang secara terang menunjukkan
bahawa ibu bapa adalah guru pertama dan pendidik paling efektif untuk kanakkanak. Kajian Brofenbrenner (1998) yang telah menghasilkan Ecological Systems
Theory mendapati pembelajaran seseorang kanak-kanak boleh dimaksimumkan
sekiranya ada kolaborasi dan kesinambungan di antara rumah dan taska atau pusat
didikan dan asuhan kanak-kanak tersebut.

Rekabentuk Kurikulum Permata telah mengambil kira peranan ibu bapa yang tidak
dapat meluangkan masa untuk melibatkan diri dalam perkembangan anak mereka.
Para pendidik masih boleh menggunakan The PG Loop dengan mengganti cara
berkomunikasi. Kehadiran ibu bapa di pusat didikan setiap minggu boleh diganti
dengan komunikasi menggunakan multimedia atau melalui perbincanganperbincangan ringkas semasa mengambil dan menghantar anak berkenaan.
Walaubagaimanapun, cara ini tidaklah sebaik kehadiran ibu bapa selama sejam
setiap minggu.
Model asas kurikulum Pen Green tidak mempunyai tema atau topik tertentu,
manakala Kurikulum Permata telah diperkayakan dengan tema-tema berciri
kebudayaan Malaysia. Kurikulum Permata mempunyai enam bidang pembelajaran
iaitu:

1. Perkembangan emosi, rohani dan sosial


2. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal
3. Perkembangan pra matematik dan pemikiran logik
4. Perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran
5. Perkembangan fizikal, koordinasi motor dan pengurusan diri
6. Perkembangan daya kreativiti dan estetika

Penilaian dan pentaksiran pembelajaran adalah berasaskan enam bidang


pembelajaran ini. Dokumentasi perkembangan kanak-kanak ini bertujuan menilai
keberkesanan program dan untuk pendidik merancang intrevensi atau pembelajaran
lanjutan bagi membantu perkembangan kanak-kanak. Kurikulum Permata melihat
perkembangan kognitif (intelek) sebagai perkembangan deria dan pengetahuan
tentang dunia (knowledge and understanding of the world), bukan sebagai
penguasaan kemahiran akademik semata-mata. Kurikulum Permata menggabungkan
semua aspek pembelajaran dan asuhan secara bersepadu supaya setiap individu
kanak-kanak dapat berkembang secara holistik.
Rangka teori yang menjadi asas kepada Kurikulum Permata ini adalah unik dan tidak
ada dalam mana-mana kaedah pendidikan awal kanak-kanak lain. Ini bermaksud,
tidak ada kaedah (dalam pengetahuan kami) yang menggunakannya kecuali di Pen
Green Corby. Isi kandungan Kurikulum Permata adalah sama seperti yang digunakan
di Pen Green iaitu berasaskan konsep skema Piaget dan beberapa asas teori yang
lain seperti:
1. Konsep Involvement oleh Leavars (1997)
2. Konsep Well-Being oleh Laevars (1997)
3. Konsep Attachment oleh Bowlby (1969)

4. Konsep Holding and containment oleh Winnicot (1965) and Bion (1962).
Berasaskan model Pen Green ini, Kurikulum Permata digubal dan diuji rintis di lima
buah Pusat Anak Permata Negara dalam Fasa I dan di enam buah Pusat Anak
Permata Negara dalam Fasa II. Dapatan dari penilaian yang telah dibuat selepas satu
tahun pelaksanaannya menunjukkan Kurikulum Permata berjaya dan sangat
berkesan dalam meningkatkan kebolehan dan potensi kanak-kanak yang maksimum.
Oleh kerana rangka teori Kurikulum Permata ini berasaskan prinsip perkembangan
kognitif, sosioemosi, fizikal dan sahsiah kanak-kanak yang terbaik daripada semua
kurikulum yang telah dikaji, maka ia seharusnya boleh digunapakai oleh semua
kaedah atau program pendidikan awal kanak-kanak yang sudah sedia ada di
Malaysia mahupun yang dibawa masuk dari luar negara. Ini adalah kerana semua
kanak-kanak akan melalui proses perkembangan yang serupa disebabkan proses
perkembangan manusia adalah mengikut genetic blueprint yang sama.
Sifat rangka teori Kurikulum Permata yang boleh diselitkan ke dalam mana-mana
kaedah pendidikan awal kanak-kanak menjadikannya satu faktor kompromi untuk
pengamal-pengamal kaedah lain seperti Kaedah Montessori dan Reggio Emilia yang
telah lama diperakui kualiti program tersebut di peringkat antarabangsa.
Secara ringkasnya, Kurikulum Permata menggunakan hasil penyelidikan yang terkini
dan terbukti boleh diaplikasikan dalam suasana sebenar. Ianya berasaskan proses
perkembangan kanak-kanak yang universal yang menjadi sebab utama ianya boleh
digunapakai oleh mana-mana kaedah atau program pendidikan awal kanak-kanak.
Kami mengesyorkan agar kurikulum ini boleh digunakan sepenuhnya atau
dimasukkan ke dalam program yang sedia ada dengan tujuan untuk
memperkayakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran walau apa jenis program
yang beroperasi di negara ini.

5.0 PERBANDINGAN KONSEP TASKA DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA


Konsep Taska Mengikut Pandangan Tokoh Dalam Negara
PROF MADYA DR. MASTURA BADZIS
Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan
dan psikologi kanak-kanak, pada peringkat umur 6 tahun pertama, inilah merupakan
peringkat paling utama dan baik menerusi perkembangan kanak-kanak untuk
menerima perkembangan kognitif berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap
umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan
psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan
intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga 4 tahun manakala satu pertiga
yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun . kajian
yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80-85% perkembangan otak
manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan
peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal
dalam tempoh enam tahun tersebut. Justeru itu, boleh dikatakan di sini bawa
ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak
merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.
DR. MAHANI RAZALI

Ramai telah menghantar email kepada beliau tentang definisi sebenar kanak-kanak
yang dikategorikan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau Early Childhood
Education . Beliau cuba menjawab persoalan ini dengan memetik sedikit penulisan
berhubung dengan perkara dalam tesis PhD beliau. Berikut adalah petikan yang
dapat kita kongsi bersama: There is some variation across countries in the ages of
children considered to be in early childhood education. According to Swiniarski,
Breitborde, & Murphy (1999), the definitions of early childhood care and education
differ around the world. The more industrialized nations consider early childhood to
be the period from birth through to age 8 (Essa, 1999; Wortham, 2000), while
developing nations focus on birth through to age 6 (Eville-Lo & Mbugua, 2001;
UNICEF, 2002). Graves et al (1996) stress that regardless of such determinations the
increased interest in early childhood education around the world reflects respective
nations' and/or societies' particular philosophical beliefs about children. In the United
States and Canada, children start school at age 6. Nursery schools generally cater for
children aged 35 years old, and kindergartens cater for children aged 45 years old.
In England, Scotland, and Wales, children in nursery schools are normally aged
between 3 and 5 years, and in Northern Ireland, between 2 and 4 years. In England
and Wales, some schools have classes called reception classes for children who
have not yet reached the compulsory school age (5 years old). Sweden has preschools for children aged 05 (frskola) and another pre-school for 6-year-olds
(freskoleklass) (Mahani, 2006).
Konsep Taska Mengikut Pandangan Tokoh Luar Negara
JEAN PIAGET
Piaget menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka
yang tersendiri. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang dalam sesuatu darjah itu bukan
sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan
perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif
itu berlaku dengan berperingkat peringkatdan peringkat yang lebih awal adalah
mustahak bagi perkembangan peringkat peringkat yang berikutnya kerana
peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan peringkat
yang berikutnya.
ERIC ERIKSON
Seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson berpendapat bahawa kehidupan
manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke
tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di tahap-tahap tertentu.
Pada setiap peringkat bayi, kanak-kanak, zaman bermain, sekolah, remaja , awal
dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi untuk perkembangan
seterusnya. Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan
individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. Ini
jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan
ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi bergantung Kepada
nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Jika
kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti mendapat makanan, minum, perhatian
dan kasih sayang, dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika
tidak, bayi berkenaan akan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya dan akan
menjadi defensif serta akan cuba melindungi dari persekitaran yang tidak
memberangsangkannya. Pendapat ini bercanggah dengan pendapat Jean Piaget di
mana beliau berpendapat kanak-kanak pada setiap tahap mempunyai
perkembangan tertentu.

Secara keseluruhannya pandangan dan pendapat tokoh atau pakar di Malaysia dan
luar negara mengenai perkembangan awal kanak- kanak adalah berbeza-beza.
Konsep TASKA di Malaysia, menurut Prof Madya Dr. Mastura badzis menyatakan
pendapat bahawa hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh
pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, pada peringkat umur 6 tahun
pertama, inilah merupakan peringkat paling utama dan laju perkembangan kanakkanak untuk menerima perkembangan kognitif berbanding dengan peringkatperingat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar
perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari
perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku pada usia kanak-kanak 0 hingga 4
tahun, manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanakkanak berusia 8 tahun. kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati
bahawa 80- 85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun
pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat
ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justeru itu,
boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal
seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya
yang akan datang.
Di luar negara, Jean Piaget menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak
perkembangan mereka yang tersendiri . Oleh sebab itu, kanak-kanak yang dalam
sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga
berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa
perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat peringkat dan peringkat
yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat peringkat yang
berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi
perkembangan peringkat yang berikutnya.
Di samping itu juga, seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson berpendapat
bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang
berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan
di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak- kanak, zaman bermain,
sekolah, remaja, awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi untuk
perkembangan seterusnya. Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu
merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti
tersendiri. Ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan
ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi bergantung Kepada
nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Jika
kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti mendapat makanan, minum, perhatian
dan kasih sayang, dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika
tidak, bayi berkenaan akan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya dan akan
menjadi defensif serta akan cuba melindungi dari persekitaran yang tidak
memberangsangkannya. Pendapat Ini bercanggah dengan pendapat Jean Piaget di
mana beliau berpendapat kanak-kanak pada setiap tahap mempunyai
perkembangan tertentu.

6.0 KAJIAN-KAJIAN YANG TERDAPAT DI DALAM DAN LUAR NEGARA


1. Program Permata
ZAILANI ZAKARIA
Kajian menunjukkan yang perkembangan otak manusia berlaku paling cepat semasa
awal tahun pertama hingga tahun ke lima dalam kehidupan mereka. Atas dasar ini,
keistimewaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA ialah, ia
merupakan satu program yang menekankan program pembelajaran yang holistik
dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada. Diadaptasi dari konsep learning is
fun through play dari Pen Green Centre, Corby, England, anak-anak PERMATA
ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman di
Pusat Anak PERMATA Negara.
Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) disesuaikan mengikut acuan dan
keperluan kanak-kanak di negara ini walaupun konsep asalnya berpandukan amalan
pusat asuhan di luar negara; dengan memberi penekanan kepada modul pendidikan
yang sesuai dengan perkembangan minda kanak-kanak Malaysia. PERMATA
mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu merangkumi aspek
pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komuniti Ini adalah bersesuaian
untuk membentuk personaliti anak yang seimbang, yakin diri,. bijak bergaul dan ini
juga adalah penting untuk pembangunan modal insan yang cemerlang, sekaligus
mengelakkan anak-anak dari terjebak ke dalam kancah gejala sosial apabila mereka
dewasa.
Buat masa ini, belum ada satu kurikulum kebangsaan yang digubal untuk
mengintegrasikan asuhan dan didikan awal kanak-kanak dibawah umur 4 tahun di
Malaysia. Walaupun kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) diwajibkan kepada
semua pengusaha/pengasuh berdaftar di bawah Akta asuhan Kanak-Kanak, namun
demikian aspek utama KAAK memberi tumpuan kepada asuhan dan keselamatan
kanak-kanak. Pembangunan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal
kanak-kanak secara menyeluruh amat penting dan ianya akan meneruskan
kesinambungan dalam pedagogi pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak
yang merangkumi umur dari lahir sehingga selesai persekolahan.
Program Permata telah pun menggubal kurikulumnya tersendiri serta dinilai melalui
ujian kajian pemakaiannya dikalangan kanak-kanak di pusat-pusat permata. Hasilnya
adalah memberangsangkan dalam pembangunan awal kanak-kanak secara holistik,
meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan. Oleh itu, kurikulum PERMATA
telah dipersetujui dijadikan sebagai garis panduan Kurikulum Asuhan dan Didikan
Awal kanak-kanak kebangsaan (PERMATA Negara, 2009). Sehingga kini 17,565
kanak-kanak dipusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara mendapat manfaat
daripada program ini di mana modul Pembelajaran, teknik pengajaran serta kursus
penjagaan kanak-kanak kepada pendidik disediakan oleh Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI).
Kajian UPSI dan pusat penyelidikan perkembangan kanak-kanak kebangsaan
(NCDRC) mendapati 84 peratus kanak-kanak di permata Negara mencapai
perkembangan emosi yang baik dan membentuk personaliti yang tenang, stabil,
ceria dan berkeyakinan diri. Kajian itu juga merumuskan bahawa mereka lebih
istimewa berbanding kanak-kanak bukan Permata dengan lebih 80 % daripadanya

mencapai kemahiran pra-sains, boleh menggunakan ayat dengan penuh dan betul,
pandai mengurus diri sendiri serta bersifat mesra dan mudah mengikut arahan.
Dapatan ke atas hasil kajian penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI adalah
seperti berikut:-

Perkembangan emosi :- 84% kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan


emosi yang baik berbanding 42% kanak-kanak Bukan PERMATA. Program
PERMATA didapati berjaya membentuk personaliti kanak-kanak yang tenang
dan terkawal, stabil, ceria, mesra, penyayang dan berkeyakinan diri;

Perkembangan bahasa dan Komunikasi :- 80% kanak-kanak PERMATA boleh


menggunakan ayat penuh dan betul berbanding 51% kanak-kanak Bukan
PERMATA;

Kemahiran berkomunikasi :- 72% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan


bahasa ekspresi dan bercerita mengatasi 60% kanak-kanak Bukan PERMATA;

Perkembangan sosial :- 80% kanak-kanak PERMATA bersifat mesra, mudah


bergaul/berkawan, berkongsi mainan, mengikut arahan dan menunggu giliran
berbanding kanak-kanak Bukan PERMATA;

Pengurusan Diri : - 85% kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri


sendiri berbanding 60% kanak-kanak Bukan PERMATA;

Perkembangan intelek :- 85% kanak-kanak PERMATA mencapai kemahiran


pra-sains berbanding 50% kanak-kanak Bukan PERMATA; dan

Perkembangan rohani :- kanak-kanak PERMATA lebih berdisiplin dan suka


bersalam berbanding kanak-kanak Bukan PERMATA.

2.Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur


Kurikulum yang Integratif

Berasaskan

Binaan

Prof. Madya Dr. Mastura Badzis, Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanakkanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia (Naib Presiden
HELWA)
pengenalan
Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma
dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan
insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya,
pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu
kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang
praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu
melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan
kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak,
pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak
dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja

yang ada di persekitaran dan dengan ilmu atau kemahiran yang diperolehi ia akan
mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai sama ada dalam kehidupan
sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupan di masa akan
datang (Department of education and Science, 1990)
Kepentingan Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal dan Cabaran
Pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia
hari ini telah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi
ibubapa dan pendidik Muslim. Dalam menempuh alam cyber dan teknologi
maklumat tidak dapat dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu
dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini
kerana kanak-kanak merupakan aset penting negara bagi pembinaan sesuatu
bangsa dan ketinggian maruah bangsa.
Pernyataan dari hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur, di barat malah saentorio
dunia, dapatan kajian membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah
asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi
wawasan halatuju negara. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya
menunjukkan bahawa setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal
kanak-kanak yang berkualiti tinggi dapat memberi pulangan yang tinggi sama ada
dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan
masyarakat di negara tersebut
Manakala Jepun, negara yang suatu ketika dahulu pernah lumpuh akibat ledakan
bom atom, dalam jangkamasa yang tak sampai setengah abad ia mampu bangun
menjadi tunggak ekonomi dunia. Satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik
Barat mendapati bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun bukanlah
disebabkan oleh laungan suara kebangkitan atau paluan gendang lagu membakar
semangat, tidak juga tumpuan kepada pencapaian akademik mengorientasi
pemikiran rakyat. Akan tetapi ianya berpunca dari keprihatinan dan kepekaan
pemimpin dan rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat
Jepun telah menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi
cabaran dari aspek fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus lumus
menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan menggarap potensi
semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal perkembangan.
Definisi Kurikulum untuk Kanak-kanak
Kurikulum pendidikan bila diterjemahkan dalam bentuk aplikasi di sekolah ia adalah
sesuatu yang melibatkan program pembelajaran di dalam atau di luar kelas, aktiviti,
peralatan, perancangan, jadual waktu, tajuk-tajuk bagi sesuatu yang dipelajari dan
juga proses penilaian. Namun perkataan kurikulum bila dikaitkan dengan kanakkanak di peringkat awal perkembangan ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu
yang dikaitkan dengan pengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi
segala pengalaman dalam kehidupan hariannya samada di pusat asuhan, di rumah
atau di luar rumah. Para pakar unit kanak-kanak di bawah usia 5 tahun dari National
Children Beaureu, United Kingdom berpandangan bahawa kurikulum untuk kanakkanak di peringkat awal umur yang di letakkan di pusat asuhan kanak-kanak adalah
merangkumi perkara-perkara berikut:

1. Segala peluang perkembangan pembelajaran yang disediakan untuk kanakkanak


2. Segala aktiviti, sikap dan tingkahlaku samada yang dirancang atau tidak ,
samada digalakkan atau ditegah.
3. Cara bagaimana persekitaran fizikal yang mengelilingi kanak-kanak disusun
dan juga rutin harian yang dilakukan oleh orang dewasa atau kanak-kanak itu
sendiri.
Bruce dan Meggit (2005) menyifatkan Kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang
dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana akan menjadi satu
tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran
yang dapat menyokong, merangsang dan membantu menggarap potensi yang ada
pada seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan
keupayaan kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya ( Department for
Education and Science, 1990)
Binaan Kurikulum Integrattif
Kurikulum integratif mempunyai makna yang subjektif. Integratif di sini boleh
memberi maksud kesepaduan iaitu menekankan perkembangan individu secara
menyeluruh dan bersepadu kearah melahirkan insan yang baik berdasarkan
kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada tuhan. Kurikulum integratif juga
boleh membawa maksud kesepaduan pelbagai kemahiran dalam satu-satu
pengajaran atau mungkin juga kesepaduan kepelbagaian cabang-cabang ilmu dalam
sesuatu subjek yang diajar.
Pengkaji membuat kajian terhadap binaan kurikulum yang integratif dengan
menghuraikannya kepada tiga aspek iaitu yang pertama adalah dari segi
kesepaduan maklumat yang disampaikan oleh kanak-kanak. Dalam erti kata yang
lain pengetahuan dan pengalaman pembelajaran perlu didedahkan kepada kanakkanak diperingkat awal usianya perlulah sesuatu yang komprehensif dan tidak
terpecah-pecah mengikut subjek supaya kanak-kanak tidak keliru.
Kedua, integratif dari segi kesepaduan aspek-aspek perkembangan dan potensi akan
digarap diperingkat awal. Sememangnya pengalaman pembelajaran seorang kanakkanak diperingkat awal kanak-kanak mampu memberikan kesan positif atau negatif
kepada perkembangannya dimasa hadapan dari segi kognitif, emosi, sosial dan
aspek-aspek perkembangan yang lain. Tetapi sebaliknya jika pendedahan awal yang
hanya menumpu kepada perkembangan akademik atau satu aspek semata-mata
maka pincanglah aspek perkembangan diri kanak-kanak yang lain .
Ketiga, integratif di sini bererti kita menyepadukan antara pendekatan barat dengan
pendekatan islam dalam mendidik anak-anak. Mengambil yang baik dari barat apa
yang boleh dilihat dengan mata kasar tentang amalan-amalan dan pendekatan
mereka mendidik anak-anak dan menyepadukan dengan pendekatan islam yang
kaya dengan teori dan khazanah. Sesuatu program pendidikan awal kanak-kanak ini
perlu dibentuk berdasarkan pandangan dan pendekatan integratif dan bersepadu
gabungan islam, barat dan timur.

Dibarat misalnya, modul program pengasuhan kanak-kanak dipelopori dalam


pelbagai bentuk kurikulum seperti montesorri, `Reggio Emilio, Early Learning
Goals, High Scope, dan sebagainya. Manakala di Timur Jepun misalnya, penekanan
kurikulum kepada aspek Hygiene, kesihatan dan pemakanan sihat manakala di New
Zealand sebagai contoh, Te Wariki, menekankan kepada pendidikan yang
berkonsepkan kebudayaan dan menghormati tatacara kehidupan masyarakat Maori.
Sebagai kesimpulan perkataan kanak-kanak dalam bahasa arabnya disebut sebagai
al-tifl ( ) yang berasal dari perkataan tafula ( ) yang membawa maksud
sesuatu yang lembut, mudah rosak dan sensitif. Di sebalik maksud tersebut ia
memberi pengertian bahawa seseorang kanak-kanak itu perlu dijaga, diasuh dan
dididik dengan rapi, teliti dan sempurna memandangkan sifat semulajadinya yang
mudah terdedah kepada bahaya persekitaran bukan sahaja dibimbangi kerosakan
yang akan menimpa fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek yang lain juga amat
perlu diberikan perhatian.

7.0 ULASAN UMUM KURIKULUM PERMATA


Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang tersendiri hasil daripada
perwarisan seperti yang telah dicipta dalam gen mereka (Rozumah & Salma. 1985).
Oleh hal yang demikian, kurikulum awal kanak-kanak harus melihat kepada tahap
perkembangan mereka. Perkembangan kurikulum awal kanak-kanak di Malaysia
telah berkembang secara baik sehingga kini dengan penubuhan agensi, institusi,
dasar, program dan latihan yang berkaitan dengan kanak-kanak supaya impian Y.A.
Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia untuk
melahirkan modal insan Negara yang hollistik dan produktif bermula dari peringkat
awal kanak-kanak lagi. Implikasi daripada polisi ini sebenarnya, kita akan Berjaya
menghasilkan tenaga kerja dan warganegara yang produktif yang akan membawa
pulangan ekonomi yang baik kepada Negara (Aminah Ayob et.al. 2008).
Oleh itu, Projek perintis Setiap anak PERMATA Negara telah dilaksanakan setelah
dicetuskan oleh Rosmah kira-kira tiga tahun lepas setelah beliau melihat
peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yang dipercayai
berpunca daripada corak didikan semasa kanak-kanak. Oleh hal demikian, Permata
Negara dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan perkhidmatan
pengasuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dan
keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada
RM1,500 sebulan.
Pengasuhan yang dilaksanakan berbeza dengan taska biasa kerana ibu bapa perlu
memperuntukkan sekurang-kurangnya sejam setiap minggu untuk bersama dengan
anak mereka di pusat itu selain melawat pada waktu makan tengah hari untuk
mewujudkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dan anak.
Kurikulumnya juga digubal berbeza daripada kurikulum asuhan dan didikan awal
kanak-kanak yang lain kerana ia memberi penekanan kepada pembangunan kanakkanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan
fizikal. Sehingga kini 17,565 kanak-kanak di 457 pusat jagaan kanak-kanak di
seluruh negara mendapat manfaat daripada program ini di mana modul

pembelajaran, teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada


pendidik disediakan oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Kajian UPSI dan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan
(NCDRC) mendapati 84 peratus kanak-kanak di Permata Negara mencapai
perkembangan emosi yang baik dan membentuk personaliti yang tenang, stabil,
ceria dan berkeyakinan diri. Kajian itu juga merumuskan bahawa mereka lebih
istimewa berbanding kanak-kanak bukan Permata dengan lebih 80 peratus
daripadanya mencapai kemahiran pra-sains, boleh menggunakan ayat dengan
penuh dan betul, pandai mengurus diri sendiri serta bersifat mesra dan mudah
mengikut arahan.
Rosmah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Dasar Permata Negara
berkata, kanak-kanak di bawah program ini juga terbukti sekurang-kurangnya
setahun lebih ke hadapan berbanding kanak-kanak sebaya mereka dalam beberapa
perkara termasuk aspek kematangan emosi, keyakinan dan kemahiran
berkomunikasi.
Permata Negara yang melibatkan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak
dan satu garis panduan akan disediakan untuk menyelaras kurikulum, latihan dan
kelayakan tenaga pendidik di semua taman asuhan kanak-kanak iaitu Permata Seni
melibatkan latihan pelajar yang pintar dan berbakat dalam bidang seni. Program ini
akan dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan,
Permata Pintar bertujuan membimbing pelajar yang mempunyai tahap kepintaran
yang luar biasa untuk menjadi lebih cemerlang, yang akan dilaksanakan oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama University of Johns
Hopkins, Amerika Syarikat, Permata Insan bertujuan melatih pelajar supaya
memahami, mendalami dan mengaplikasi ilmu yang berteraskan al-Quran, dan
dikendalikan Universiti Sains Islam Malaysia bagi pelajar yang berumur 9 hingga 12
tahun, Perkasa Remaja, yang dikendalikan UKM, bertujuan melatih dan membimbing
remaja berumur 18 hingga 25 tahun bagi mengelak mereka terlibat dalam gejala
sosial serta dibentuk menjadi lebih bertanggungjawab dan berguna kepada
masyarakat dan negara (Bernama. 2009).
Pada tahun 1960, Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara umum
untuk mendapatkan pendidikan selepas merdeka . Pada tahun 1969, satu revolusi
telah berlaku iaitu Yayasan Asia telah menyumbangkan bantuan dalam bentuk
kewangan kepada Worker Society of Malaysia untuk membangunkan institusi model
TADIKA yang mana ia hampir sama dengan projek di Amerika Syarikat. Sasaran
utama projek ini adalah dikalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin daripada
pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India. (Bernard Van Lee 2009).
Pada tahun 1970, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berfokuskan kepada
program "Pembasmian Buta Huruf", Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS),
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Kemajuan Pekebun
Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara,
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerajaan Tempatan serta
Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Taman Didikan
Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) untuk
penjagaan dan pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur empat hingga enam
tahun.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina akta yang khusus bagi
Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran 1961 P.U (A), Kaedahkaedah Pelajaran (Kindergarten/ Sekolah Asuhan)(Pendaftaran) pada 1972.
Pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat dengan kewujudan
Yayasan Bernard Van Leer. Yayasan ini telah banyak membiayai aktiviti pendidikan
Prasekolah terutamanya dalam menggubal program pukal Prasekolah, menganjurkan
seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan pendidikan yang khas untuk
pendidikan awal kanak-kanak (Bernard van Leer Foundation, 2009). Perkembangan
pesat tersebut menuntut bilangan tenaga pengajar yang lebih banyak dalam
pendidikan awal kanak-kanak. Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula
menawarkan kursus untuk melatih para guru dalam bidang pendidikan awal kanakkanak pada tahun 1972 sehingga 1976. Usaha MPIK ini mendapatkan sambutan dan
diteruskan melalui projek-projek rintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris
(MPSI), Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK)
dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) yang dibiayai oleh UNICEF
(Bernard Van Leer Foundation 2009).
Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada
tahun 1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa
pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal menyebabkan tertubuhnya
Children Centre Act atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi memenuhi
tuntutan tersebut.
Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan. Tujuannya
untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru prasekolah. Garis Panduan
Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia mula diperkenalkan dan digunapakai
untuk sekolah rintis di KPM. Kini, Garis Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia
diganti dengan Kurikulum PERMATA (0-4 tahun) dan Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan (4-6 tahun) dan dijadikan rujukan utama bagi Pendidikan awal kanakkanak. Usaha ini turut disokong oleh Y.B Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat dan Y.B Menteri Pelajaran.
Saya yakin bahawa Pusat Anak Permata Negara akan mencapai matlamatnya dalam
mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak yang berakhlak mulia serta
mempunyai kekuatan dalaman yang membolehkan mereka menghadapi cabaran
dan masalah dengan tenang dan baik. Anak-anak yang mempunyai nilai-nilai seperti
ini akan membangun sebagai modal insan berminda kelas pertama.
Y.A.B. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
Malah, mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, Kurikulum Permata bermaksud :
....suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu memperkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
[ Akta Pendidikan 1996 : Peraturan-peraturan 9Kurikulum Kebangsaan Pendidikan
1997]
Falsafah permata adalah untuk melahirkan setiap anak permata negara, setiap anak
amat berharga, setiap anak adalah modal insan negara. Malah, pendidikan awal

kanak-kanak penting dalam perkembangan intelek, emosi, kognitif dan komunikasi


mereka. Malah, fokus permata adalah kepada pengasuhan dan pendidikan awal
kanak-kanak yang memenuhi kriteria seperti berumur antara satu hingga lima tahun,
menetap di pinggir atau luar bandar, datangnya daripada keluarga berpendapatan
rendah serta berbilang kaum dan agama.
Rasional permata diwujudkan antaranya disebabkan kajian telah membuktikan
neurosains menunjukkan bahawa 3 tahun pertama adalah amat penting dalam
perkembangan otak kanak-kanak. Oleh itu, kita perlu menyediakan pengalaman
pembelajaran yang positif supaya otak kanak-kanak akan berkembang dengan baik.
Malah, hubungan emosi dan sosial yang dibina penting ke arah pembentukan
personaliti mereka yang tenang, aman dan penyayang. Oleh itu, Universiti Perguruan
Sultan Idris (UPSI) diberi tanggungjawab untuk menyediakan modul pembelajaran
dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada pendidikpendidik di Pusat Anak PERMATA Negara (Mazlah. 2009).

Struktur Kurikulum Permata


Kurikulum PERMATA memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara
keseluruhan (holistik) dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, berkomunikasi
dan fizikal. Antara lain ciri-ciri penting dalam kurikulum ini ialah
1. Kasih sayang dan belaian
2. Interaksi dan komunikasi
3. Pemikiran dan bacaan
4. Memberi kuasa (empowerment) kepada kanak-kanak melalui pembelajaran
secara bebas
5. Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak
6. Belajar melalui bermain
7. Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan

Kurikulum ini digubal dengan berpaksikan falsafah pendidikan kebangsaan Malaysia


serta mengandungi enam bidang pembelajaran seperti motor kasar dan halus,
estetika dan kreativiti, sensori dan pemahaman dunia persekitaran, Sosio-emosi dan
kerohanian, bahasa dan literasi awal, pra-matematik dan logik. Bagi menyesuaikan
kurikulum dengan perkembangan fizikal kanak-kanak selaras dengan umur mereka
ia dipecahkan dalam lima modul iaitu Modul 1 : 0 6 Bulan, Modul 2 : 6 12 Bulan,
Modul 3 : 1 2 Tahun, Modul 4 : 2 3 Tahun dan Modul 5 : 3 5 Tahun
Teknik pembelajaran permata ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan
kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi

kanak-kanak. Kurikulum permata menerapkan sikap suka berkawan dan bersosial


kanak-kanak kecil, kanak-kanak suka meneroka, mengeksperimen, bertanya,
mencipta dan merekabentuk, membina minat membaca dan berfikir sejak dari awal
dan merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logik.

Keistimewaan program Permata


Pelaksanaan program PERMATA adalah secara bersepadu (integrated) dengan
penglibatan ibu bapa, komuniti dan pelbagai agensi melalui pemberian pelbagai
perkhidmatan termasuk kesihatan, pemakanan dan kaunseling. Malah, program
PERMATA bertujuan melahirkan kanak-kanak yang holistik dan seimbang,
mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, berintelektual tinggi, mahir
berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, bijak bergaul dan sihat
jasmani; dan Suci rohani. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam Program
PERMATA.
Satu jam seminggu atau empat jam sebulan kepada aktiviti-aktiviti Pusat Anak
PERMATA Negara. Antara aktiviti yang boleh mereka melibatkan diri ialah berbincang
dan menilai perkembangan kanak-kanak, memberi makan, memandikan, membaca,
bercerita dan memasak dengan kanak-kanak, menyertai lawatan sambil belajar
bersama kanak-kanak, menyertai program kesihatan dan kaunseling dan
memastikan kesinambungan kaedah pembelajaran PERMATA semasa di rumah.
Hasil pembelajaran permata adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang mempunyai
sosio-emosi yang kukuh, self-esteem yang tinggi, berkeyakinan diri, dan budi pekerti
yang mulia. Seterusnya, ia dapat menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi dan
seterusnya memahirkannya, memudahkan mereka berinteraksi dan menguasai
kebolehan berfikir logik dan pra-matematik. Malah, kanak-kanak yang mempunyai
kemahiran sosial yang tinggi, mampu untuk bergaul dalam masyarakat pelbagai
budaya, meningkatkan minat kanak-kanak untuk ingin tahu, suka menyiasat dan
meneroka, mengeksperimen dan menyelesaikan masalah, serta menumpukan
perhatian dalam menerokai sesuatu pembelajaran. Kanak-kanak dapat mengenali
potensi serta kebolehan diri sendiri dan bebas membuat keputusan berdasarkan
potensi/kebolehan dirinya. Malah, kanak-kanak yang sihat dari segi fizikal dan
mental serta berdipslin dalam menyusun atur kehidupannya, menghayati pentingnya
kebersihan diri, dan mengurus diri sendiri dengan baik.
Pusat anak permata negara terawal diwujudkan di PERMATA Mempaga, PERMATA
Chini, PERMATA Putrajaya, PERMATA Kepala Batas dan PERMATA Subang Jaya. Selain
dari 5 Pusat ini, 7 lagi Pusat Anak PERMATA Negara telah beroperasi di Pasir Mas
diKelantan, Batu Pahat di Johor, Bukit Peringgit di Melaka, Tambun Tulang di Perlis,
Dungun di Terengganu, Tuaran di Sabah dan Kota Samarahan di Sarawak. Pusat Anak
PERMATA Negara di Chembong, Negeri Sembilan dijangka beroperasi pada akhir
bulan Februari 2008. Batu Pahat, Johor Bukit Peringgit, Melaka, Dungun, Terengganu
Pasir Mas, Kelantan Tambun Tulang, Chembong, Negeri Sembilan Tuaran, Sabah
Samarahan, Sarawak Kuala Ketil, Kedah, Bercham, Perak Bangunan baru akan
dibinaoleh Kerajaan Negeri. Seteruanya, Pusat Anak PERMATA Negara Bercham,
Perak dan Kuala Ketil, Kedah dijangka akan beroperasi sebelum April 2008.

Program ini masih perlu ditinjau dengan lebih mendalam. Penghasilan program yang
efektif kepada kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan pelbagai adalah
kolaborasi antara semua. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua
pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat
yang sama, iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan
kanak-kanak autistik dalam sepanjang perjalanan kolaborasi. Tambahan pula,
pendidikan untuk semua yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam
usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas,
termasuklah program intervensi awal untuk kanakkanak autistik. Ini adalah supaya
hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata
terjamin, terutamanya dalam persekitaran semula jadi.
Kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang baik, boleh
menggunakan ayat penuh dan betul. Malah boleh menggunakan bahasa ekspresi
dan bercerita serta bersifat mesra, mudah bergaul/berkawan, berkongsi mainan,
mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak bukan PERMATA.
Dari segi pengurusan diri pula, kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri
sendiri berbanding kanak-kanak bukan PERMATA.

8.0 RUJUKAN
Amabile, Teresa. 1989. Growing up creative: nurturing a lifetime of creativity.
New York: The Creative Education Foundation
Aminah Ayob et.al. 2008. Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit
UniversitiPendidikan Sultan Idris.
Bruce, T and Meggit, C (2005) Child Care and Education, London, Hodder &
Stoughton.
Buzan, Tony. 2001. The power of creative Intellingence. London: Thorsons
Cropley. J. A. 2001. Creativity in Education & Learning. London: Kogan Page
De Bono, Edward. 1996. Serious creativity. London: Harper Collins Business
Definisi Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA). http://www.jkm.gov.my
(7 September 2010)
Department of Education and Sciences (DES) (1990) Starting with Quality,
London, HMSO.
Kamarul Azman b. Abd Salam. 2009. Kursus Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanakkanak dalam nota kuliah satu (1): Sejarah Perkembangan Asuhan danPendidikan
Awal Kanak-kanak di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kurikulum Permata. 2008. Panduan Pendidikan Awal Kanak-kanak 0-4 Tahun.
Perak: PusatPenyelidikan Perkembangan Kanak-kanak

Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah 2003. Panduan Pendidikan Prasekolah.
Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd.
Program permata . Diperolehi pada 7 september 2010 daripada
http://cikguani.blogspot.com/search/label/Program%20PERMATA
Pendidikan Anak-anak diperingkat Awal Umur Berasaskan binaan kurikulum yang
integritif. [online] diperolehi pada 3 september 2010 daripada
http://fiqhsemasa.Blogspot.com/2010/03/pendidikan-anak-anak-di-peringkatawal.html
Taman asuhan kanak-kanak mnegikut Akta 308 (Akta Taman Asuhan Kanak
kanak1984)
http://www.kemas.gov.my/20# , (10 Ogos 2009, 4.18 p.m)
http://www.kemas.gov.my/7# (10 Ogos 2009, 4.40 p.m)
http://www.permata.jpm.my/ (10 Ogos 2009, 5.00 p.m)

Anda mungkin juga menyukai