Anda di halaman 1dari 61

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat Tuhan kerana diberikan kesihatan yang baik dan dan
ketabahan hati untuk menyiapkan kerja kursus ini. Dalam menyempurnakan kerja kursus ini,
kami telah mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak. Oleh itu dalam
kesempatan ini, saya Hamah Latha A/P Sumnade dan Bavithira A/P Egambaram ingin
merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Pensyarah kerja kursus Pengenalan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak ,
iaitu Encik Jalalulail bin Abd Manab, yang telah banyak memberi bimbingan , tunjuk ajar dan
sokongan dalam menyiapkan kerja kursus berasaskan ilmu (PAK) ini dengan jayanya. Hal ini
kerana tanpa tunjuk ajar dan bimbingan mereka, kami tidak mungkin dapat menyiapkan kerja
kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan. Beliau juga telah menjelaskan serba sedikit tentang
kandungan kerja kursus ini dengan baik dan menyelesaikan segala pertanyaan saya berkaitan
dengan tajuk kerja kursus ini.
Seterusnya pertolongan ibu bapa, juga turut tidak ketinggalan dalam menyiapkan
tugasan ini. Mereka turut memberi sokongan moral dan bimbingan serta tunjuk ajar dalam
menyiapkan tugasan ini dalam cuti hujung minggu. Mereka sanggup berkorban demi kami untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan jaya.
Selain itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan dan ahli kumpulan untuk membuat peta minda yang banyak membantu kami
untuk mencari wadah-wadah yang bersesuaian dengan kandungan kerja kursus ini. Mereka
juga telah berkongsi idea dan maklumat serta memberi pandangan mereka yang berkaitan
dengan isu-isu pendidikan yang relevan dengan kerja kursus ini.
Tuntasnya,kami juga ingin berterima kasih kepada pihak perpustakaan Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh atas kerjasama mereka. Maklumat yang kami peroleh dari
laman sesawang perpustakaan IPG banyak membantu untuk menyiapkan kerja kursus ini
dengan jayanya. Di samping itu,kemudahan fotostat juga membolehkan kami bersedia awal
dengan bahan-bahan kami.

PENGENALAN

Kanak-kanak prasekolah di Malaysia terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan


yang berumur antara empat sehingga enam tahun, berbilang kaum dan keturunan serta
mempunyai pelbagai latar belakang keluarga, ekonomi dan budaya. Kanak-kanak pada
peringkat umur ini sedang memperkembangkan kemahiran berfikir. Perkembangan bahasa
berkembang dengan cepat. Mereka sudah boleh memahami simbol dan sosialisasi (Debord
dan Hertzler dalam Swadener, 1994). Kemahiran berfikir berkembang apabila kanak-kanak
terlibat dalam aktiviti yang memberi peluang mereka menyentuh, merasa, mencampur,
memusing dan mencampak. Penerokaan dan keperluan bagi menguji sikap berdikari lebih
ketara pada peringkat umur di prasekolah. Berdikari adalah asas tahap emosi pada peringkat
awal kanak-kanak. Belajar berdikari adalah cara kanak-kanak membentuk daya inisiatif atau
motivasi yang sihat. Kanak-kanak prasekolah mengambil lebih inisiatif dan bersedia belajar
serta lebih berobjektif. Mereka memerhati, main peranan dan mula mengumpul dan memproses
maklumat (Satter, dalam Swadener, 1994).
Perkembangan pertumbuhan tadika yang tidak terkawal menyebabkan pelbagai
pendekatan, hala tuju dan kurikulum digunakan dalam pendidikan prasekolah. Sehingga kini
belum ada tanda aras atau standard khusus yang sesuai dengan keperluan budaya dan adat
resam kita sendiri. Program yang sedia ada ialah program pendidikan awal kanak-kanak yang
berasaskan sistem Montessori atau Reggio Emilio atau lain-lain yang diadaptasi daripada luar.
Kurikulum pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap
keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002,
semua pusat pembelajaran kanak-kanak diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun
dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan.
Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar
belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal serta
perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang
untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan
mereka. Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan
kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran,membina sikap positif dan akhlak yang
baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang
optimum. Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi focus kepada perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran
yang

fleksibal

dan

suasana

pembelajaran

yang

selesa,

selamat

dan

ceria

dapat

menggalakkann naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajak serta memberi
pengalaman baru kepada kanak-kanak.

PERMATA
A. LATAR BELAKANG PROGRAM PERMATA NEGARA

Idea mengenai program pendidikan awal kanak-kanak (kini dinamakan


Program
PERMATA Negara) telah dikonsepsi pada tahun 2004/2005 oleh sekumpulan pakar
yang
diketuai oleh isteri YAB Timbalan Perdana Menteri (pada masa itu) sebagai satu
pendekatan
proaktif untuk menangani masalah sosial di kalangan remaja dan belia. Idea itu
seterusnya
direalisasikan dengan penubuhan Majlis Penyelarasan Dasar PERMATA Negara dan
Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA Negara pada April 2006.
Sebagai langkah permulaan, sebuah Pusat Penyelidikan Perkembangan
Kanak-kanak
Kebangsaan atau National Child Development Research Centre (NCDRC) telah
ditubuhkan di
Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk menguruskan pembinaan Kurikulum
PERMATA Negara
dan pelaksanaan penyelidikan yang berkaitan. NCDRC juga dipertanggungjawabkan
untuk
menyediakan latihan kepada pendidik dan jurulatih PERMATA.
Jemaah Menteri pada 21 Jun 2006 telah meluluskan dasar komprehensif dan
holistik
berhubung asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai "Setiap
Anak
PERMATA Negara", sebagai landasan asas misi nasional membangunkan modal
insan berjiwa
murni dan berminda kelas pertama. Sebuah sekretariat ditubuhkan di Jabatan
Perdana Menteri
bagi membangun, memantap dan seterusnya menyelaras dasar tersebut serta
melaksanakan
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang dikenali sebagai Program
PERMATA
Negara.

Pada Mei 2007 Projek Perintis PERMATA Negara telah dilaksanakan di lima
buah Pusat
Anak PERMATA Negara (PAPN), iaitu di Putrajaya, Subang Jaya, Kepala Batas, Chini,
dan
Mempaga menggunapakai Kurikulum PERMATA Negara. Projek rintis ini telah
dijalankan
selama 18 bulan dan hasil penemuannya telah dilaporkan dalam beberapa seminar
dan
seterusnya di bentangkan di Kabinet. Hasil dapatan menunjukkan perkembangan
kanak-kanak
dari segi sahsiah, emosi, sosial dan intelek amat menyerlah dan lebih baik daripada
kanak-kanak yang sebaya dengan mereka yang tidak mengikuti Program PERMATA
Negara.
Lanjutan daripada itu, Kerajaan telah memutuskan untuk memperluaskan Program
PERMATA Negara, dan mengarahkan pelaksanaannya ke semua TASKA kelolaan kerajaan
seperti TASKA Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), TASKA Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional (JPNIN), TASKA Tempat Kerja dan TASKA Komuniti di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat. dan TASKA Keluarga di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga
Terengganu. Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta dalam
Rancangan Malaysia Ke-9 untuk perluasan Program PERMATA Negara di bawah agensi-agensi
berkenaan.
Pada 24 Oktober 2008, Jemaah Menteri Malaysia telah meluluskan Dasar Asuhan dan
Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan yang memperuntukan penglibatan pihak-pihak lain
seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN), Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan di Universiti Pendidikan
Sultan Idris (NCDRC), Kementerian Kesihatan, dan Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak
(PERMATA) di Jabatan Perdana Menteri untuk mengambil langkah-langkah yang telah
digariskan bagi memastikan pelaksanaan Kurikulum PERMATA Negara berjalan dengan
sempurnanya .

Pada 2010, satu penyelidikan yang menyeluruh telah dijalankan oleh Jawatankuasa
Teknikal Kurikulum dan Penyelidikan untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan Kurikulum
PERMATA Negara oleh semua agensi yang terlibat. Hasilnya telah dibentangkan dalam sebuah
seminar yang dihadiri oleh semua pihak-pihak yang terbabit. Laporan penyelidikan tersebut
menunjukkan bahawa pelaksanaan Kurikulum PERMATA Negara oleh pihak-pihak berkenaan
telah dijalankan dengan efisyen dan berkesan. Dapatan yang diperolehi menunjukkan
perkembangan kanak-kanak PERMATA melonjak lebih tinggi dengan menggunakan Kurikulum
PERMATA Negara. Pandangan dari ibu bapa menunjukkan bahawa mereka amat berpuas hati
dengan perkembangan anak-anak mereka dan bersetuju bahawa Kurikulum PERMATA Negara
adalah sebuah kurikulum yang berkualiti dan anak-anak mereka telah mendapat faedah yang
sangat besar daripadanya.

Sebelum wujudnya Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (2008), di negara
Malaysia telah terdapat Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta TASKA 1984) - juga dikenali
sebagai Akta 308. Akta ini mewajibkan semua TASKA didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia untuk tujuan pemantauan kualiti dan bantuan khidmat perundingan dan
latihan. Semua pihak yang ingin membuka TASKA atau yang berminat menjadi pengasuh di
TASKA diwajibkan mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK). Selain itu, terdapat
pula Akta Kanak-kanak 2001 dan pindaan 2011 (yang dinamakan Akta 611). Akta ini dibentuk
sehaluan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi
Kanak-kanak (CRC) yang ditandatangi oleh negara Malaysia pada tahun 1995. Akta 611
menyatakan dengan jelas hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan yang berkualiti, selain
daripada hak untuk mendapat penjagaan dan perlindungan daripada ibu bapa/penjaga atau
negara daripada kemiskinan, penderaan, pengabaian dan eksploitasi, dan hak untuk bersuara.

B. SEJARAH PROGRAM PERMATA NEGARA


Kurikulum PERMATA Negara telah disemak dan diperbaki pada tahun 2008 sebelum
ianya dilaksanakan di semua PAPN, Taska KEMAS, JPNIN, Taska di Tempat Kerja, Taska
Komuniti dan Taska Keluarga YPKT. Seterusnya, semakan kedua telah dilakukan pada tahun
2012 untuk mengintegrasikan aspek pengasuhan bayi dan kanak-kanak serta kemahiran
pengurusan TASKA yang terdapat dalam Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) ke dalam
Kurikulum PERMATA Negara. Dengan adanya penekanan dalam aspek pengasuhan dan
penjagaan bayi dan kanak-kanak, maka Kurikulum PERMATA Negara edisi ke-3 ini boleh
dianggap sebagai lengkap dan menyeluruh.
Latihan bagi Pendidik/Pengasuh juga telah dikaji semula dan sebuah modul latihan
yang lengkap telah dibina. Kursus Pendidik/Pengasuh PERMATA yang ditawarkan mulai 2013
adalah mengandungi sebahagian besar daripada komponen asas yang diambil daripada Kursus
Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Setiap
Pendidik/Pengasuh adalah diwajibkan mempunyai Sijil Kursus Permata bagi melayakkan
mereka berkhidmat di TASKA PERMATA mulai 2013.
Kurikulum PERMATA Negara menggunakan pendekatan belajar melalui bermain yang
menekankan suasana keseronokan dan keselesaan semasa bermain, kebebasan meneroka
dan mengeksperimen, peluang berinteraksi bersama rakan, Pendidik dan ibu bapa yang
menggalakkan kemahiran sosial yang sihat, serta penekanan kepada pembentukan sahsiah
yang baik dan konsep kendiri yang positif. Fokus utama ialah untuk membantu perkembangan
kanak-kanak dalam semua aspek iaitu sahsiah, emosi, sosial, kerohanian, intelek, fizikal dan
kreativiti. Aktiviti penjagaan, pengasuhan dan pendidikan PERMATA disediakan untuk semua

peringkat umur kanak-kanak, dari umur lahir hingga 4 tahun. Kanak-kanak, seawal usia 3 bulan
juga boleh diterima untuk dijaga dan asuh di TASKA PERMATA.
Kurikulum

PERMATA Negara menyediakan modul-modul pembelajaran khusus

mengikut umur kanak-kanak. Terdapat 6 buah modul pembelajaran PERMATA untuk kanakkanak 0-6 bulan, 6-12 bulan, 1-2 tahun, 2-3 tahun, 3-4 tahun dan modul tambahan bagi kanakkanak yang berumur 4 tahun tetapi mempunyai kebolehan melebihi umurnya. Modul ini
menyediakan aktiviti pembelajaran tambahan untuk pengayaan.
Kurikulum PERMATA Negara menekankan latihan mengurus diri semasa berada di
TASKA. Kanak-kanak dilatih dan diajar untuk boleh menjaga diri sendiri seperti makan, mandi,
pergi ke tandas, memakai pakaian, mengosok gigi, menyikat rambut, mengambil barang
mainan sendiri, dengan diselia dan dibantu oleh Pendidik/Penolong Pengasuh. Dengan cara ini,
kanak-kanak belajar berdikari dan berdisiplin. Aspek kebersihan dan keselamatan diri amat
penting diterapkan dalam diri kanak-kanak. Amalan lain yang wajar disebut ialah mengenai
penekanan kepada permakanan dan gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak. Dengan itu,
diharap kanak-kanak yang dilahirkan daripada program PERMATA Negara ini bakal menjadi
warga Negara Malaysia yang terbaik dari segi peribadi, ceria, bijaksana, dan berakhlak mulia.

C. OBJEKTIF PROGRAM PERMATA NEGARA


Objektif Kurikulum PERMATA Negara adalah untuk menyediakan garis panduan kepada
pendidik melaksanakan aktiviti pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak bagi mencapai
hasil pembelajaran yang telah ditetapkan iaitu:
i. Membina emosi, akhlak dan spiritual kanak-kanak untuk melahirkan individuindividu
yang bersahsiah mulia, tenang, ceria, bersopan santun, penyayang,
berempati dan adil.
ii. Membina kemahiran interpersonal dan sosial, yang baik untuk membolehkan kanakkanak
bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya.
iii. Membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran awal berbahasa, berkomunikasi
dan literasi dalam Bahasa Melayu, bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris.
iv. Mendidik kanak-kanak mengamalkan pemakanan sihat, kebersihan dan
keselamatan diri dan gaya hidup sihat.
v. Melatih kanak-kanak mengurus diri sendiri sehingga mereka yakin, mampu berdikari
dan boleh membuat keputusan berdasarkan kebolehan diri.
vi. Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor kasar dan motor halus
serta perkembangan fizikal yang mapan.
vii. Membina kemahiran awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak serta
keupayaan mereka menumpukan perhatian.

viii. Membimbing kanak-kanak memahami dunia persekitaran melalui aktiviti bermain,


meneroka, mencuba idea baru, mengeksperimen dan mencipta, sama ada di dalam
atau di luar kelas, menggunakan pelbagai bahan yang terdapat dalam persekitaran
mereka.

ix. Membina hubungan positif dengan ibu bapa, komuniti dan pihak-pihak berkenaan
yang boleh menyumbang kepada pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak.

D. MATLAMAT KURIKULUM PERMATA NEGARA


Kurikulum PERMATA Negara bermatlamat mengembangkan kemahiran dan
peribadi
kanak-kanak

yang

terbaik

agar

lebih

bersedia

untuk

memasuki

alam

persekolahan formal.

Matlamat Kurikulum PERMATA Negara ialah untuk menyediakanprogram asuhan


dan didikan awal yang bersepadu untuk kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun.
Kurikulum ini juga menyediakan peluankepada kanak-kanak untuk mendapat
pengalaman pembelajaran awalyang berkualiti untuk melahirkan modal insan negara
yang mempunyaisahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang
tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik, dan mengamalkan gaya hidup
sihat.

E. ORGANISASI KURIKULUM PERMATA NEGARA


Kurikulum ini dibentuk hasil penelitian mendalam ke atas pelbagai penyelidikan yang
dijalankan di dalam dan luar negara. Ia juga mengambil kira kajian dan tinjauan yang telah
dibuat ke atas beberapa Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang telah
dilaksanakan di Negara-Negara maju di dunia. Di samping itu, ia juga direka bentuk
berlandaskan teori dan falsafah yang mantap, yang mengintegrasikan kepelbagaian budaya
dan agama selaras dengan suasana pelbagai kaum di Malaysia. Matlamatnya adalah bersifat

global dan futuristik supaya menghasilkan generasi baru yang akan meletakkan negara di
mercu tinggi dan setara dengan negara-negara maju di dunia.
Kurikulum PERMATA Negara juga telah dipastikan berpaksikan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan berteraskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Semasa
proses pembinaannya, pihak penggubal telah mengkaji dan melihat beberapa model kurikulum
awal kanak-kanak negara maju serta program asuhan dan didikan awal yang telah
dilaksanakan dengan berjaya di luar negara.
Kurikulum PERMATA Negara mempunyai beberapa persamaan dengan kurikulum
asuhan dan didikan awal kanak-kanak seperti yang tersebut di atas, terutamanya dalam
memberi penekanan kepada kombinasi antara aspek jagaan, asas asuhan dan penggarapan
elemen pendidikan, merangsang perkembangan holistik kanak-kanak, pendekatan belajar
melalui bermain, penyediaan persekitaran yang kondusif dan selamat serta kolaborasi ibu bapa
dan komuniti. Secara umumnya, semua kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak
adalah berfokus kepada membangunkan dan mengembangkan kualiti diri kanak-kanak serta
membentuk keperibadian dan ketinggian jati diri yang akan membantu mereka menjadi modal
insan yang berkualiti dan dapat menyumbang kepada negara pada masa hadapan.
Namun begitu, setiap negara mempunyai perspektif sendiri dari segi budaya, norma
sosial masyarakat dan kualiti modal insan yang mereka inginkan. Begitu juga dengan negara
Malaysia. Dari segi kandungan Kurikulum PERMATA Negara mempunyai perspektif tersendiri
dan kualiti modal insan yang diinginkan. Kurikulum PERMATA Negara menegaskan supaya
aspek pembentukan sahsiah kanak-kanak diberikan perhatian utama, selain membantu kanakkanak berkembang dari segi emosi, rohani, sosial, dan intelek. Harapan negara daripada
pelaburan yang disalurkan dalam program ini ialah untuk melahirkan modal insan yang
cemerlang dari segi rohani, emosi, sosial, fizikal, dan intelek, disamping mempunyai jati diri
mapan, resilien serta mampu berdaya saing di peringkat tempatan dan global.

F. FOKUS PERMATA NEGARA


Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi SETIAP
ANAK PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini
memerlukan kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti.
Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak
yang memenuhi kriteria berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

Berumur satu hingga empat tahun


Menetap di pinggir atau luar Bandar
Keluarga berpendapatan rendah
Berbilang kaum dan agama

Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam pembelajaran anak-anak dan
mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan kanak-kanak
memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai aspek perkembangan.
Fokus kepada merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-kanak dari lahir
hingga ke usia pra persekolahan.

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN


SEJARAH KURIKULUM KSPK
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) diperkenalkan pada 2010
bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun
secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyuburkan melalui aktiviti yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Melalui kurikulum ini kemahiran literasi dan numerasi
asas murid dipertingkatkan, keyakinan dibangunkan dan konsep kendiri yang positif pada diri
kanak-kanak dipupuk. Ini adalah untuk menyediakan murid agar mereka berupaya
menyesuaikan diri dengan persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi
kelangsungan pembelajaran seterusnya.
KSPK terbina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk
modular. Standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh
dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan
standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai
dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;
Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan
Ketrampilan Diri.
Pada peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada
Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) Developmentally Appropriate
Practices. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersifat fleksibel tetapi terancang di
mana semua murid terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan dan kelas
sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan
selamat dapat menggalakkan naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan
fitrah semulajadi kanak-kanak.

LATAR BELAKANG KSPK

Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Justeru
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan
program pendidikan untuk kanak-kanak di prasekolah. Bermula pada tahun 1986, Buku
Panduan Guru Prasekolah Malaysia telah diterbitkan untuk dijadikan panduan dalam
pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Kemudian pada tahun 1993, Garisan Panduan
Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia telah diguna pakai untuk sekolah rintis di
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Pada tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia telah Berjaya menyediakan
Kuirikulum Prasekolah Kebangsaan yang digubal berlandaskan Rukun Negara, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan menjadi dokumen rujukan standard yang perlu dipatuhi dan digunapakai oleh
semua tadika di seluruh Negara. Dokumen rujukan ini menetapkan parameter dan kandungan
pengajaran dan pembelajaran minimum yang perlu dilaksanakan oleh semua tadika. Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan digubal sebagai usaha untuk menyelaras dan meningkat kualiti
pendidikan prasekolah. Ianya menjadi satu dokumen rujukan standard kepada semua
pengusaha tadika seperti yang terdapat dalam pindaan Akta Pendidikan 1996 (Pendidikan
Prasekolah).
Pendidikan awal kanak-kanak yang berkesan memerlukan kurikulum yang universal,
terancang dan dapat memenuhi keperluan murid semasa. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
merangkumi aspek-aspek yang diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak yang universal
iaitu perkembangan bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian dan moral,
sosioemosi,fizikal dan kreativiti dan estetika. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan memberi
penekanan kepada komponen Bahasa dan Komunikasi sebagai usaha untuk meningkatkan
literasi murid dalam bahasa, kemahiran berinteraksi dan komunikasi serta membina keyakinan
murid menghadapi pelbagai cabaran dalam era globalisasi dunia.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan


kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh
dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan
standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam
Tunjang Pembelajaran berikut:
I.
II.
III.
IV.
V.
VI.

Komunikasi
Kerohanian,sikap dan nilai
Kemanusiaan
Sains dan teknologi
Perkembangan fizikal dan estetika
Keterampilan diri

Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan


prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan
wawasan negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil kira pandangan
dan falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak, psikologi dan perkembangan kanakkanak serta trend pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan
emosi dan konsep e-pembelajaran. Dokumen Prasekolah Kebangsaan ini mengandungi model
konseptual kurikulum, matlamat, objektif, organisasi kandungan kurikulum, komponenkomponen

kurikulum,

pendekatan

pengajaran

dan

pembelajaran,

cadangan

bahan

kurikulum,pengurusan ruang dan penilaian serta rekod perkembangan murid.


Bagi menjelaskan perkara di atas, terutama dari segi pelaksanaan Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan, Huraian Kurikulum Prasekolah disediakan. Kedua-dua dokumen perlu
dirujuk bersama untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
prasekolah. Kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum ini bergantung kepada
kefahaman dan penghayatan pelaksana di bilik darjah. Oleh itu, Kementerian Pendidikan telah
menyediakan Huraian Kurikulum Prasekolah sebagai bahan sokongan untuk membantu guru
dan pengusaha tadika melaksanakan kurikulum itu dengan berkesan. Walau bagaimanapun,
pelaksana boleh menyesuaikan kandungan kurikulum dengan keadaan dan situasi. Pelaksana
juga perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak, prihatin kepada perbezaan
kanak-kanak dari segi keupayaan, minat dan latar belakang serta peka terhadap perubahan
dan perkembangan pendidikan terkini. Justeru,guru dapat melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid (ABP).

Selain itu, tempoh masa merupakan perhatian utama untuk komponen kurikulum.
Mengikut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (2003)
telah menetapkan masa pengajaran dan pembelajaran atau waktu kelas pada peringkat
prasekolah iaitu 3 jam setengah dalam sehari iaitu bermula 8.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Jika
terdapat sekolah yang mengadakan pengajaran bagi sesi kedua ialah daripada 12.00 tengah
hari sehingga 3.30 petang. Manakala hari pengajaran ialah selama lima hari seminggu
mengikut penggal sekolah.

MATLAMAT
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat
hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti
yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran,
menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar
mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan
tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

OBJEKTIF
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak
berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan
sosial, intelek dan rohani seperti berikut:
i. Membina kecergasan badan.
ii. Mempunyai tubuh badan yang sihat.
iii. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
iv. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
v. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
vi. Mempunyai kematangan emosi.
vii. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
viii.Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
ix. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
x. Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
xi. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang
positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.
xii. Mengamalkan nilai murni.
xiii. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
xiv. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar
dalam konteks kehidupan harian.
xv.

Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.

xvi. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan
menyelesaikan masalah.
xvii. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan
kehidupan seharian.
xviii. Mengembangkan daya kreatif dan estetika
xix. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

FOKUS
Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang
menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus

utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak,


menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan
pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan
kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan
mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini,
kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka
meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.

ORGANISASI KURIKULUM
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh
kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard
pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang
Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan
Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri (rujuk
Rajah 1). Untuk tujuan kesinambungan, Tunjang-tunjang Pembelajaran ini adalah sama dengan
tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.

Tunjang Komunikasi
Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib dipelajari oleh semua murid prasekolah.
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari oleh murid di prasekolah yang beraliran bahasa Cina
dan bahasa Tamil. Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa dan Seni
Bahasa. Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan
peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid
mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti
drama dan sajak.

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai


Tunjang Kerohanian, sikap dan nilai merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan Moral.
Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan
Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.
i.

Pendidikan Islam

Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun
Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Murid prasekolah belajar bersuci, berwuduk,
melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan
harian mengikut adab. Pada masa yang sama murid ini juga mengenal asas bahasa Al Quran,
huruf hijjaiyah dan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran
dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi,
menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.
ii.

Pendidikan Moral

Pendidikan moral prasekolah memberi fokus kepada pelakuan moral yang dipupuk secara
berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan
melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan dalam
prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti
berikut: kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah
tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan,
kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin.

Tunjang Ketrampilan Diri - Perkembangan Sosioemosi


Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika
sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap. Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek
mengenali dan mengurus emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep
kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan
sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui
aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa
makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika


Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetik merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan
Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti .
I.

Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot
mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa
perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan
aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam
aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan
prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus,
kemahiran motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang
dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek
serta postur yang betul semasa duduk.
Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal
diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan
memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya kanak-kanak yang
mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran
dan mempunyai konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekanan aspek keselamatan
diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka
termasuk langkah menjaga kehormatan diri.

II.

Perkembangan Kreativiti

Perkembangan kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan
kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak diberi peluang
untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.
Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni
merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan
sesuatu karya. Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apresiasi seni melibatkan
proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap
keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain.

Pendidikan Muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi,
penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi, dan apresiasi muzik.
Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid diberi
peluang untuk main peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif.
Aktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan daya kreativiti tetapi juga
digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan
kreatif sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain.

Tunjang Sains dan Teknologi Awal Sains dan Awal Matematik


Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan
menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.
a) Awal Sains
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka
menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik
yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses
penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur
menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan.
Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan(contoh: tumbuhan, haiwan), alam bahan (contoh:
objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet) dan alam fizikal (contoh: pelangi,cuaca). Tunjang
ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru
perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk
membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan
serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor
halus.
b) Awal Matematik
Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada murid prasekolah.
Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang,
konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan
juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang
menyeronokkan.

Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang kepada murid prasekolah
menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah di
tahap kemahiran asas sahaja.
Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Kemanusian memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri
sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam
sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubunganperhubungan ini. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi
pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini.
Tunjang Kemanusian menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan
dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran.

KELEBIHAN KURIKULUM PERMATA


Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang tersendiri hasil
daripada perwarisan seperti yang telah dicipta dalam gen mereka (Rozumah &
Salma. 1985). Oleh hal yang demikian, kurikulum awal kanak-kanak harus melihat
kepada tahap perkembangan mereka. Perkembangan kurikulum awal kanak-kanak
di Malaysia telah berkembang secara baik sehingga kini dengan penubuhan agensi,
institusi, dasar, program dan latihan yang berkaitan dengan kanak-kanak supaya
impian Y.A. Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri
Malaysia untuk melahirkan modal

insan Negara

Perdana Menteri

yang hollistik dan produktif

bermula dari peringkat awal kanak-kanak lagi. Implikasi daripada polisi ini
sebenarnya, kita akan Berjaya menghasilkan tenaga kerja dan warganegara yang
produktif yang akan membawa pulangan ekonomi yang baik kepada Negara
(Aminah Ayob et.al. 2008).

Oleh itu, Projek perintis Setiap anak PERMATA Negara telah dilaksanakan
setelah dicetuskan oleh Rosmah kira-kira tiga tahun lepas setelah beliau melihat
peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yang dipercayai
berpunca daripada corak didikan semasa kanak-kanak. Oleh hal demikian, Permata
Negara dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan perkhidmatan
pengasuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dan
keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada
RM1,500 sebulan.
Kajian

UPSI

dan

Pusat

Penyelidikan

Perkembangan

Kanak-kanak

Kebangsaan (NCDRC) mendapati 84 peratus kanak-kanak di Permata Negara


mencapai perkembangan emosi yang baik dan membentuk personaliti yang tenang,
stabil, ceria dan berkeyakinan diri. Kajian itu juga merumuskan bahawa mereka
lebih istimewa berbanding kanak-kanak bukan Permata dengan lebih 80 peratus
daripadanya mencapai kemahiran pra-sains, boleh menggunakan ayat dengan
penuh dan betul, pandai mengurus diri sendiri serta bersifat mesra dan mudah
mengikut arahan .

Pelaksanaan program PERMATA adalah secara bersepadu (integrated) dengan


penglibatan ibu bapa, komuniti dan pelbagai agensi melalui pemberian pelbagai perkhidmatan
termasuk kesihatan, pemakanan dan kaunseling. Malah,

program PERMATA bertujuan

melahirkan kanak-kanak yang holistik dan seimbang, mempunyai akhlak dan sahsiah yang
mulia, berintelektual tinggi, mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris,
bijak bergaul dan sihat jasmani; dan Suci rohani. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam
Program PERMATA.
Satu jam seminggu atau empat jam sebulan kepada aktiviti-aktiviti Pusat Anak
PERMATA Negara. Antara aktiviti yang boleh mereka melibatkan diri ialah berbincang dan
menilai perkembangan kanak-kanak, memberi makan, memandikan, membaca, bercerita dan
memasak dengan kanak-kanak, menyertai lawatan sambil belajar bersama kanak-kanak,
menyertai program kesihatan dan kaunseling dan memastikan kesinambungan kaedah
pembelajaran PERMATA semasa di rumah.
Hasil pembelajaran permata adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang mempunyai
sosio-emosi yang kukuh, self-esteem yang tinggi, berkeyakinan diri, dan budi pekerti yang
mulia. Seterusnya, ia dapat menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi dan seterusnya
memahirkannya, memudahkan mereka berinteraksi dan menguasai kebolehan berfikir logik
dan pra-matematik. Malah, kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial yang tinggi, mampu
untuk bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya, meningkatkan minat kanak-kanak untuk
ingin tahu, suka menyiasat dan meneroka, mengeksperimen dan menyelesaikan masalah, serta
menumpukan perhatian dalam menerokai sesuatu pembelajaran.

Kanak-kanak dapat

mengenali potensi serta kebolehan diri sendiri dan bebas membuat keputusan berdasarkan
potensi/kebolehan dirinya. Malah, kanak-kanak yang sihat dari segi fizikal dan mental serta
berdipslin dalam menyusun atur kehidupannya, menghayati pentingnya kebersihan diri, dan
mengurus diri sendiri dengan baik.

Pusat anak permata negara terawal diwujudkan di PERMATA Mempaga, PERMATA


Chini, PERMATA Putrajaya, PERMATA Kepala Batas dan PERMATA Subang Jaya. Selain dari 5
Pusat ini, 7 lagi Pusat Anak PERMATA Negara telah beroperasi di Pasir Mas diKelantan, Batu
Pahat di Johor, Bukit Peringgit di Melaka, Tambun Tulang di Perlis, Dungun di Terengganu,
Tuaran di Sabah dan Kota Samarahan di Sarawak. Pusat Anak PERMATA Negara di
Chembong, Negeri Sembilan dijangka beroperasi pada akhir bulan Februari 2008. Batu Pahat,
Johor Bukit Peringgit, Melaka, Dungun, Terengganu Pasir Mas, Kelantan Tambun Tulang,
Chembong, Negeri Sembilan Tuaran, Sabah Samarahan, Sarawak Kuala Ketil, Kedah,
Bercham, Perak Bangunan baru akan dibinaoleh Kerajaan Negeri. Seteruanya, Pusat Anak
PERMATA Negara Bercham, Perak dan Kuala Ketil, Kedah dijangka akan beroperasi sebelum
April 2008.
Program ini masih perlu ditinjau dengan lebih mendalam. Penghasilan program yang
efektif kepada kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan pelbagai adalah kolaborasi antara
semua. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat
mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama, iaitu
memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak autistik dalam
sepanjang perjalanan kolaborasi. Tambahan pula, pendidikan untuk semua yang telah
diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanakkanak berkeperluan khas, termasuklah program intervensi awal untuk kanakkanak autistik. Ini
adalah supaya hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata
terjamin, terutamanya dalam persekitaran semula jadi.
Kanak-kanak

PERMATA

mencapai

perkembangan

emosi

yang

baik,

boleh

menggunakan ayat penuh dan betul. Malah boleh menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita
serta bersifat mesra, mudah bergaul/berkawan, berkongsi mainan, mengikut arahan dan
menunggu giliran berbanding kanak-kanak bukan PERMATA. Dari segi pengurusan diri pula,
kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri sendiri berbanding kanak-kanak bukan
PERMATA.

KELEBIHAN KSPK
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan telah dibentuk berteraskan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penekanan diberi kepada bahasa merentas semua tunjang
kerana penguasaan bahasa amat penting dalam proses pembelajaran. Penguasaan
kemahiran bahasa diperolehi melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.Kecekapan berbahasa akan membantu murid berfikir, memahami sesuatu
konsep,berimaginasi,

melahirkan

idea,

berinteraksi

dan

berkomunikasi

secara

berkesan.Pelaksanaan kurikulum secara bersepadu dirancang melalui pendekatan Amalan


yang Bersesuaian dengan Perkembangan Murid (ABP).
Dengan adanya Kurikulum KSPK maka murid-murid prasekolah dapat berada di
peringkat dengan menguasai tahap perkembangan praoperasi. Dalam tahap perkembangan ini
biasanya mereka belajar dengan aktif dan memerlukan pengalaman yang berterusan serta
penglibatan secara langsung yang akan membantu proses perkembangan bahasa, kognitif,
sosial dan fizikal mereka. Pada peringkat ini kanak-kanak berupaya menggunakan simbol
(imej) atau perkataan serta mempunyai persepsi secara logik. Mereka juga bersifat egosentrik
iaitu melihat persekitaran mengikut persepsi mereka sendiri. Pengalaman pembelajaran melalui
komponen deria iaitu penglihatan, pendengaran, bau, sentuh dan rasa, melalui pendekatan
belajar melalui main dan belajar melalui pengalaman, membantu proses pembelajaran yang
lebih optimum dan menjadikan pembelajaran itu berkesan dan bermakna. Seterusnya
pendekatan pengajaran dan pembelajaran merangkumi pendekatan bertema dan bersepadu
serta penggunaan media teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat bantu dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Dalam KSPK juga Amalan yang Bersesuaian dengan Perkembangan murid diamalkan
sebagai satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri,kebolehan, bakat serta minat
murid. Pendekatan kurikulum yang berfokus kepada hasil pembelajaran (outcome-based
learning) memberi penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta
amalkan hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti
pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus diperolehi dan dicapai oleh murid.

Anda perlu tahu bahawa, melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan
bersepadu, murid dapat menguasai dan memperolehi ciri-ciri berikut:
i. kecekapan berbahasa dan berkomunikasi;
ii. kemahiran berfikir;
iii. berakhlak mulia dan beretika;
iv. berkeyakinan dan berdisiplin;
v. sihat dan cergas, berimaginatif, kreatif dan ekspresif.
Di dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010), perkembangan
kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini
lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak diberi peluang untuk menzahirkan
idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti. Fokus seni visual adalah
pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses
mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. Ekspresi
kreatif adalah proses penghasilan sesuatu karya. Apresiasi seni melibatkan proses
menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan
persekitaran serta hasil kerja orang lain.

KELEBIHAN KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau dikenali sebagai KSSR diperkenalkan sebagai usaha
menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan setiap murid dibekalkan
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi
cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
bermulapada sesi persekolahan tahun 2010 bertujuan untuk meningkatkan minat murid terhadap mata
pelajaran Bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan
pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard kandungan ialah penyataan
spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala standard pembelajaran ialah penetapan kriteria atau
petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Kebaikankebaikan KSSR dapat dilihat dari aspek :
1. Komunikasi
Komunikasi merupakan suatu medium pengantara yang digunakan dalam perbualan
seharian di sekolah sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Perbezaan kumpulan umur
dan tahap kefahaman murid-murid menyebabkan timbulnya pelbagai variasi bahasa pertuturan
di sekolah. Hal ini memerlukan para guru untuk lebih memahami kepelbagaian cara berinteraksi
dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan murid-murid mengikut tahap
umur mereka supaya aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan bersifat
kondunsif. Selain itu, murid-murid juga dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan seronok
dan tidak bosan kerana mereka berlaku satu proses komunikasi yang berkesan antara guru dan
murid.
Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi
pembelajaran. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa
banyak halangan birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan
untuk membantu perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan
kreativiti di kalangan pelajar. Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke
bawah tetapi juga dari bawah ke atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan
maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh
mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai perkembangan organisasi
pembelajaran.

2. Kerohanian, Sikap Dan Nilai


Aspek ini melibatkan perasaan dalaman atau naluri seseorang pelajar itu sendiri seperti
penghayatan dalam melaksanakan amalan-amalan agama, kepercayaan kepada Tuhan dan
dapat memupuk akhlak yang baik serta nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu.
Penghayatan ini akan haruslah diaplikasikan menerusi Modul Asas Teras melalui mata
pelajaran Pendidikan Islam bagi murid yang beragama Islam dan Pendidikan Moral bagi murid
yang bukan beragama Islam kerana ianya akan menyedarkan murid-murid tentang kepentingan
dan kelebihan mempercayai dan mensyukuri kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang
mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti nilai-nilai Islam serta nilai murni bagi
masyarakat berbilang kaum supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab,
saling hormat menghormati dan berjaya mencapai kebahagiaan diri, keluarga dan masyarakat.
Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai
moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah
menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui ko kurikulum. Kurikulum yang sama
digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial
antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk
masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.

3. Kemanusiaan
Aspek

ini menekankan tentang penguasaan

ilmu

dan amalan tentang nilai

kemasyarakatan dan alam flora dan fauna setempat, negara dan global supaya murid dapat
dilatih untuk sentiasa memulihara dan memelihara alam sekitar. Ini juga akan mewujudkan
semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan murid sejak dari kecil lagi supaya mereka
dapat menjadi individu yang bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar pada masa akan
datang. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Peribahasa ini
haruslah lebih ditekankan dalam pengaplikasian kurikulum baru ini bagi memastikan setiap
individu menerima pendidikan dan ilmu yang secukupnya sesuai dengan tahap kumpulan umur,
kecerdasan emosi dan perkembangan fizikal murid itu sendiri.
Nilai kemanusiaan yang sebati dengan jiwa seseorang individu juga haruslah disemai
supaya segala ilmu yang telah dipelajari dan didapati dapat diaplikasikan melalui nilai-nilai

murni dalam kehidupan seharian seorang murid sama ada tanggungjawab sebagai seorang
anak, seorang pelajar ataupun seorang warga masyarakat.
4. Keterampilan Diri
Keterampilan murid yang berkepimpinan dan bersahsiah diri juga dapat dipupuk melalui
pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah seperti yang telah
termaktub dalam aktiviti sekolah. Penglibatan murid yang aktif dalam bepersatuan dan unit
beruniform dapat melatih peribadi murid-murid menjadi lebih matang dan meningkatkan
keyakinan diri murid serta dapat menjadi sebagai persediaan kepada mereka untuk
menghadapi cabaran dalam proses pengajian ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan
datang.
lebih baik dengan mempamerkan tingkah laku yang baik dan secara tidak langsung, orang di bawah tampuk
kepimpinannya juga akan sentiasa bermotivasi menjadi lebih baik.

5. Fizikal Dan Etestika


Murid-murid di sekolah terbahagi kepada pelbagai peringkat umur yang mempunyai
tahap daya kreativiti yang menunjukkan hasil yang berbeza setiap mereka. Kreativiti merupakan
sesuatu proses tetapi bukanlah dilihat daripada penghasilannya. Oleh itu, setiap hasil karya
yang dihasilkan oleh murid adalah berdasarkan tahap perkembangan fizikal dan nilai etestika
murid itu sendiri yang meliputi perkembangan jasmani dan kesejahteraan diri. Kesihatan
jasmani atau fizikal adalah amat penting untuk dititikberatkan dan diberi penekanan kerana
menerusi badan yang cergas, kita dapat melahirkan minda yang cerdas, badan cergas, otak
cerdas . Kecergasan tubuh badan juga amat penting kerana ianya akan dapat menyerapkan
nilai-nilai positif dalam pemikiran seseorang individu dan ini secara tidak langsung akan dapat
menjadikan seseorang murid itu sebagai individu yang sentiasa berfikiran positif dan
bepengetahuan luas serta jauh.
Selain itu, pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi juga amat penting
dalam proses berlakunya transformasi di dalam bidang pendidikan ini. Apabila badan murid
cergas dan sihat, otak dan pemikiran mereka juga dapat diasah menjadi lebih kreatif dan
berinovasi berbanding sekiranya badan kita lemah dan tidak bermaya. Sekiranya otak mereka
menjadi lebih kreatif, secara tidak langsung kita juga akan dapat mengasah bakat yang sedia
ada mahupun tersimpan dalam diri murid melalui pelbagai aktiviti yang diceburi oleh mereka
sama ada di dalam sekolah ataupun di luar sekolah.

6. Literasi Sains Dan Teknologi


Pengetahuan dan penguasaan sains, kemahiran dan sikap saintifik serta pengetahuan
dan kemahiran matematik merupakan pengetahuan dan kemahiran yang berasaskan kepada
perkembangan

teknologi

yang

wajib

bagi

murid-murid

untuk

menguasainya

bagi

mengembangkan pemikiran para murid mengenai ilmu-ilmu yang lebih luas supaya mereka
dapat mengaplikasikan penggunaannya dalam kehidupan mereka pada zaman globalisasi yang
jauh lebih mencabar. Secara lebih spesifik, PISA (Programme for International Student
Assesment) 2006 menyatakan bahawa literasi sains adalah kemampuan menggunakan
pengetahuan sains untuk mengidentifikasikan permasalahan dan membuat kesimpulan
berdasarkan bukti-bukti dalam rangka memahami serta membuat keputusan tentang alam dan
perubahan yang dilakukan terhadap alam melalui aktiviti manusia.
Teknologi pula dapat diertikan sebagai kemampuan untuk menerapkan pengetahuan
sains dalam rangka membuat perubahan alam untuk memudahkan aktiviti manusia. Dengan
berkembangnya sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat, maka peranan pendidikan
diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan masyarakat untuk memiliki literasi sains dan
teknologi. Berdasarkan hal tersebut, (Poedjiadi, 1996) menjelaskan bahawa literasi sains dan
teknologi adalah kemampuan menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep sains,
menenal

teknologi

serta

kesannya,

mampu

mempergunakan

produk

teknologi

dan

memeliharanya, kreatif dalam menghasilkan produk teknologi yang sederhana dan mampu
mengambil keputusan berdasarkan nilai.

KERATAN AKHBAR YANG BERKAITAN MENGEMBANGKAN


KEMAHIRAN BERFIKIR

ISU PERTAMA
ARKIB : 19/09/2002

Didikan prasekolah perlu pendekatan sesuai


Anakku Sayang
Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM

PENDIDIKAN prasekolah sama ada yang diusahakan oleh pihak swasta atau agensi kerajaan adalah
bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek.Apa yang lebih penting, ia
menggalakkan perkembangan dalam menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan untuk pembelajaran formal di sekolah rendah.Menyedari kepentingan tersebut,
kebanyakan ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak-anak ke taman didikan seawal usia empat
tahun.Dalam masa yang sama, tadika-tadika yang menawarkan pelbagai kaedah pembelajaran,
tumbuh bagaikan cendawan bagi memenuhi permintaan tersebut.
Ketua Bidang Dasar, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Sharifah Nor
Puteh berkata, pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan
menyeluruh seorang kanak-kanak.Ia juga memerlukan pendekatan yang sesuai dengan tahap
perkembangan bagi membantu mereka merasa seronok semasa belajar.``Pendidikan awal bukan
semata-mata sebagai asas kemahiran akademik, tetapi juga pembentukan peribadi serta kematangan
emosi dan kemahiran sosial kanak-kanak.``Kurikulumnya juga perlu berupaya memupuk daya
kreativiti, kemahiran berfikir dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada Seminar Kurikulum Prasekolah Kebangsaan di KualaLumpur, barubaru ini.Seminar anjuran Kementerian Pendidikan dan Persatuan Tadika Malaysia itu disertai oleh
lebih 400 pengusaha dan guru prasekolah swasta.Ia bertujuan memberi pendedahan kepada peserta
sebagai persediaan melaksanakan kurikulum tersebut di tadika masing-masing.Menurut Dr.
Sharifah Nor, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama yang
menyumbang kepada perkembangan menyeluruh.Ia merangkumi bahasa dan komunikasi,
perkembangan kognitif, kerohanianmoral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta
kreativiti dan estetika.``Komponen bahasa dan komunikasi yang melibatkan kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
``Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi,
ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan
satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran,'' jelasnya.Tambah beliau, pendidikan
berkaitan dengan akidah, ibadat, sirah, akhlak dan asas bahasa al-Quran dan tulisan jawi perlu
diajar bagi kanak-kanak beragama Islam.Begitu juga dengan pendidikan moral yang melibatkan
nilai perkembangan diri, diri dan keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara.Sementara

perkembangan sosio emosi pula untuk membolehkan mereka mengurus dan memahami emosi
sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untuk
menghadapi cabaran dalam kehidupan harian.
``Untuk perkembangan fizikal, mereka perlu dididik untuk menguasai pergerakan, menjaga
kesihatan dari segi pemakanan dan pakaian serta mengenali bahaya dan langkah-langkah
keselamatan.``Tidak ketinggalan, kanak-kanak perlu dikenalkan dengan persekitaran dan
keindahan alam, membuat lukisan dan kraf tangan, muzik dan nyanyian serta komputer
dan teknologi bagi meningkatkan daya kreativiti dan estetika,'' katanya lagi.Menurut beliau,
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ini digubal sebagai dokumen rujukan sahih untuk semua
prasekolah.Ia meliputi prinsip-prinsip dan paradigma di dalam pendidikan awal kanak-kanak yang
diterima sedunia.

Cadangan dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia

ISU:
Keratan akhbar di atas menyatakan bahawa peranan guru prasekolah dalam
menekankan pendekatan pembelajaran yang sesuai untuk mengembangkan kemahiran berfikir
kanak-kanak. Pendidikan prasekolah di Malaysia adalah untuk menyuburkan potensi kanakkanak bukan sahaja dalam perkembangan berfikir tetapi untuk perkembangan keseluruhan. Ini
secara tidak langsung melahirkan kanak-kanak yang bijak dan pintar serta menjadi pemuda
pemudi tiang negara pada masa yang akan datang.

CADANGAN
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1993), terdapat beberapa cadangan penting yang dapat
mengembangkan kemahiran berfikir untuk diaplikasikan di dalam prasekolah. Antaranya ialah:
1. Pembelajaran merupakan satu proses mental
Melalui prinsip ini, pembelajaran adalah dianggap sebagai satu proses pemikiran. Dalam
proses pembelajaran, kanak-kanak prasekolah sering berfikir, menyelesaikan masalah dan
menggunakan akal fikiran mereka melalui kaedah peninjauan secara terperinci. Prinsip ini
menekankan kepentingan berfikir. Dalam hal ini, pembelajaran di dalam prasekolah harus
dipergiat untuk membolehkan kanak-kanak berfikir dengan sempurna. Mereka harus
disogokkan dengan pengalaman atau keadaan-keadaan tertentu untuk menghasilkan gerak
balas tertentu juga. Mereka perlu diberi berfikir, menganalisis serta menilai data-data atau
rangsangan-rangsangan yang diperoleh daripada dunia luar sebelum mereka mampu
berinteraksi terhadapnya. Prinsip ini memberi perhatian berat kepada kebolehan intelektual,
membina persepsi, ingatan, sensasi dan proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental.
2.Perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat.
Prinsip ini menekankan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara
berperingkat-peringkat. Peringkat yang lebih awal adalah lebih mustahak dan utama. Peringkat
awal ini menjadi asas kepada perkembangan kognitif yang selanjutnya. Dalam hal
pembelajaran, guru harus menyedari hakikat bahawa perkembangan diri kanak-kanak

sebenarnya tidak serupa. Oleh yang demikian, kanak-kanak harus dilayan mengikut keperluan
psikologi mereka yang sebenar.
Semua perancangan yang melibatkan aktiviti, kandungan, pemilihan bahan, strategi
pengajaran dan sebagainya harus sesuai dengan perkembangan diri kanak-kanak ketika itu.
Guru prasekolah harus memikirkan tentang tahap kemampuan berfikir kanak-kanak,
pembinaan konsep-konsep, keperluan mewujudkan suasana konkrit daya ingatan dan
sebagainya yang sebenarnya sentiasa terlibat dalam proses pembelajaran. Menurut prinsip ini,
mengajarkan seseorang kanak-kanak tentang sesuatu yang belum sampai masanya akan
memakan masa yang panjang daripada mengajar seseoarang kanak-kanak tentang sesuatu
yang bersesuaian dengan kemampuannnya. Ini bermaksud bahawa faktor kemampuan dan
kematangan dalam pembelajaran adalah penting. Biasanya kanak-kanak tersebut mempunyai
motivasi yang lebih tinggi untuk belajar.
Pembelajaran harus berasakan minat, umur, kecenderungan, keupayaan mental, emosi
dan sosial kanak-kanak. Kandungan perlu diperingkat-peringkatkan, disusun atur dan
disampaikan

mengikut

keperluan.

Keadaan

ini

perlu

mengambil

kira

prinsip-prinsip

pembelajaran yang lain melibatkan pergerakan daripada yang mudah kepada yang lebih
kompleks, daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman, daripada
yang dekat kepada yang jauh, daripada yang konkrit kepada yang abstark dan sebagainya.
3) Pembelajaran adalah proses cuba jaya.
Dalam kehidupan kita, sering kali kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Dalam hal
ini, kita cuba menyelesaikannya melalui pelbagai cara yang kita fikirkan terbaik. Biasanya, tiada
masalah yang dapat diselesaikan tanpa percubaan-percubaan mengatasinya terlebih dahulu.
Dalam hal pembelajaran, proses ini kerap berlaku dan diamalkan di bilik-bilik darjah,
malah ia merupakan cara yang paling digemari oleh kanak-kanak. Melaluinya, kanak-kanak
berpeluang mengetengahkan pendapat dan menggunakan idea sendiri untuk mengatasi
sebarang masalah. Dalam kesukaran menyelesaikan masalah itu, tiba-tiba celik akal akan
terhasil. Pengalaman-pengalaman itulah yang merupakan pembelajaran bagi mereka.Maka
kanak-kanak pun dapatlah belajar sesuatu daripada pengalaman.

4) Pembelajaran mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar.

Menurut prinsip ini, semua pembelajaran harus mengambil kira pengalaman dan
pengetahuan sedia ada dan kesediaan belajar kanak-kanak. Biasanya, pembelajaran yang
bertitik tolak daripada kedua-dua elemen ini memudahkan guru-guru prasekolah merancang,
iaitu menyediakan bahan dan memilih strategi pengajaran yang sesuai bagi kanak-kanak
prasekolah. Di samping itu, kanak-kanak juga berpeluang mengikuti pembelajaran yang lebih
bermakna yang telah disediakan mengikut tahap kemampuan intektual dan pengalaman
mereka.
Kesimpulannya, kualiti pendidikan awal kanak-kanak sebagai penyediaan kepada
kanak-kanak ke alam persekolahan telah banyak didokumentasikan. Menurut UNESCO,
pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangan minda
kanak-kanak dan dapat mengurangkan kekurangan sedia ada dan di masa depan. Kajian
dijalankan di Amerika Syarikat mendapati kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah,
lebih komited dalam pendidikan dan memperolehi pendapatan lebih tinggi pada masa hadapan.
Menyedari kepentingan pendidikan prasekolah serta skop Malaysia dalam meningkatkan kadar
penyertaan prasekolah, yang mana kadar semasa ialah 67% bagi kanak-kanak yang berumur
empat dan lima tahun kami telah mengenalpasti pendidikan prasekolah sebagai salah satu
fokus di bawah NKRA Pendidikan. Usaha-usaha yang dinyatakan tadi dapatlah meningkatkan
kualiti pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia .

ISU KEDUA
ARKIB : 20/10/2011

Guru memupuk kreativiti si kecil


Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar IRWAN MAJID

Guru memainkan perangan penting dalam memupuk kreativiti kanak-kanak.

SETIAP kanak-kanak sebenarnya berpotensi menjadi seorang yang kreatif. Bagaimanapun ia turut
bergantung kepada pembimbing mereka terutama guru untuk mencungkil daya kreativiti
tersebut.''Sebaiknya usaha ini kena dilakukan oleh guru ketika kanak-kanak berada di peringkat
prasekolah lagi,'' kata Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Puan
Sri Prof. Dr. Rohaty Mohd Majzub.Beliau memberitahu dua perkara yang perlu diutamakan dalam
usaha untuk merangsangkan kreativiti kanak-kanak.Pertama, ia harus dimulakan pada peringkat
prasekolah kerana itu merupakan masa yang cukup sesuai bagi menggalakkan pembangunan kanakkanak.Katanya, di situlah letaknya cabaran kepada guru mahupun pengasuh dan ibu bapa untuk
menggalakkan kanak-kanak ini melalui pengalaman yang membantu mengembangkan daya
kreativiti.
''Keduanya, kumpulan pemikir juga perlu merancang untuk membangunkan modal insan
menjelangnya Wawasan 2020 dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bermula peringkat
prasekolah lagi,'' katanya.Beliau berkata demikian ketika memberikan ucaptama pada Bengkel
dan SeminarPendidikan Awal Kanak-Kanak.Bengkel sehari itu dianjurkan Fakulti Pendidikan
Sains Sosial, Universiti Tun Abdul Razak (UTAR) Kuala Lumpur baru-baru ini.Dr. Rohaty berkata,
biasanya guru akan tertekan dengan bebanan kurikulum akademik sehingga tidak mempunyai masa
untuk membangunkan kreativiti kanak-kanak.
''Tambahan pula tekanan daripada ibu bapa sendiri yang mengharapkan anak-anak mereka lulus
cemerlang dalam bidang akademik,'' katanya.Selain itu, katanya, guru-guru juga menghadapi
tekanan masa bagi menyelesaikan tugas-tugas pentadbiran.Bagaimanapun kata Dr. Rohaty, masih
terdapat pelbagai cara untuk guru-guru menggalakkan kreativiti di kalangan kanak-kanak.''Sediakan
satu persekitaran kelas yang membolehkan yang anak-anak muda ini meneroka dan bermain
melaluiaktiviti kurikulum,'' katanya.
Selain itu katanya, guru-guru perlu bersedia supaya dapat menyesuaikan diri untuk menerima idea
yang akan diberikan oleh kanak-kanak.Guru-guru juga tidak boleh memaksa kanak-kanak untuk
menerima idea yang diberikan oleh mereka.Jelasnya, suasana itu akan dapat merangsang kanakkanak melaksanakan idea itu dengan lebih seronok tanpa halangan."Guru hanya perlu memberikan
bimbingan dan jangan cuba untuk menyekat idea itu supaya kanak-kanak ini merasa lebih bebas
tanpa rasa tertekan.''Guru juga tidak boleh terlalu bergantung kepada sukatan pelajaran, bahan
bacaan bercetak dan latihan semata-mata,'' katanya.Katanya, guru sepatutnya menunjukkan

yang dia juga seorang aktif berfikir dan bersemangat mahu mempelajari sesuatu yang baru.''Guru
juga perlu memberikan lebih masa untuk membolehkan kanak-kanak ini meneruskan projek yang
sedang dilakukan sekalipun telah melebihi jadual,'' katanya.
Selain itu katanya, guru juga tidak perlu terikut dengan sukatan pelajaran, bahan bacaan dan latihan
kerana ini tidak akan memberi peluang untuk kanak-kanak itu merasai sendiri pengalaman
termasuk menggunakan tangannya.''Guru perlu mengenal pasti perbezaan individu dalam
pembelajaran dengan mengambil kira jenis pelajar dan kebolehan mereka,'' tambahnya.Jelasnya,
apa yang penting guru-guru prasekolah sepatutnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
menggunakan sepenuhnya ruang bilik darjah bagi menerap dan memupuk kreativiti mereka.

ISU:

Isu di atas adalah menjelaskan tentang kanak-kanak sememangnya memiliki


sikap,tingkah laku dan pemikiran yang kreatif. Mereka sentiasa ingin mengetahui tentang
banyak perkara seperti manusia dan alam ini. Kreativiti dan pemikiran kreatif kanak-kanak
melalui aktiviti seni visual dan seni persembahan yang dikenalpasti melalui sikap, motivasi,
kemampuan

dan

mengeluarkan

idea,

kemahiran.
menerokai

Kreativiti
dan

kanak-kanak

membuat

bermula

keputusan.

dengan berimaginasi,

Menurut

Kamus

Dewan

(2010) kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif dan kekreatifan.
Manakala kreatif pula

bermaksud

mempunyai

kebolehan

mencipta, menghasilkan

dan

mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

CADANGAN
Artikel ini mendorong kita sebagai guru prasekolah untuk menekankan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan apabila ianya dapat menyampaikan pengetahuan
dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan . Ianya juga dapat
mencetuskan suasana pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan kanak-kanak untuk
terus belajar dan juga dapat menambahbaik apa yang sedia ada pada mereka. Kaedah dan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan
guru-guru

prasekolah

Pembelajaran

yang

dirangka

dan

dilaksanakan

dapat

mengembangkan kemahiran berfikir, potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan


inovatif pelajar. Gaya dan pendekatan pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan
bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah inovasi dapat mencorakkan
suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari.
Kemahiran berfikir ini harus diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bermula dari peringkat prasekolah untuk menjadikan kanak-kanak lebih kreatif dan lebih
berkualiti dari segi mental dan fizikal.
Bukan semua individu mempunyai bakat yang sama. Pengembangan bakat kanakkanak

berkait

rapat

dengan cara

guru

merangsang pemikiran

mereka.

Taylor

mengkategorikan kreativiti kepada lima sifat iaitu :


i)

Kreativiti

bersifat

ekspresif

(Bebas.

Bimbingan

untuk

mengikut kemampuan kanak-kanak dalam menghasilkan karya.)

meluahkan

idea

ii)

Kreativiti bersifat penghasilan (Kecekapan. Bimbingan untuk penambahbaikan


karya)

iii)

Kreativiti bersifat inovatif .(Modifikasi. Bimbingan kepada idea baru yang lebih

iv)

bermakna)
Kreativiti bersifat inventif. ( Keupayaan mencipta melalui proses penerokaan. Guru
beri pujian dan galakan).

v)

Kreativiti bersifat emergen (Bentuk kreativiti yang tinggi. Prinsip formal diterjemah
dalam bentuk abstrak. Cth. lukisan tanpa menitikberatkan bentuk asalnya)

Jika seorang guru prasekolah mengadakan aktiviti yang merangsang minat kanak-kanak
nescaya kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran berfikir pada masa yang sama
perkembangan kognitif. Selain itu, Paul Torrance, dikenali sebagai bapa kreativiti,
menggunakan Torrance Test of Creative Thinking untuk menguji tahap kreativiti
kanak-kanak bagi menggantikan Ujian IQ (Intelligent Quotes) yang dikatakan tidak
sempurna.
Tambahan pula,Victor Lowen feld berpendapat naluri dan keingingan merupakan
faktor utama bagi mereka berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif.
Kanak-kanak akan mengalami dan menyedari

masalah, menyampaikan idea dan

proses imaginasi dan kreativiti. Pelbagai halangan dihadapi iaitu psikologi dan
persekitaran serta budaya yang memerlukan peranan guru untuk membimbing
murid -murid.
Menurut kebanyakkan penyelidik dan artikel berkenaan kreativiti, kreativiti seringkali
dikaitkan dengan kanak-kanak, hal ini kerana kanak-kanak biasanya bermain dengan idea dan
mempamerkan ciri-ciri kreatif secara berperingkat pada individu kanak-kanak ini. Albert
Einstien ( Schilpp 1949), pemikir sainstifik terkenal, menyatakan perkara yang paling kreatif
pada diri kanak-kanak adalah apabila mereka bermain dengan fikiran. Maka guru haruslah
memupuk sifat kreativiti dalam diri kanak-kanak itu untuk pertumbuhan minda mereka dan
negara Malaysia dapat mewujudkan kanak-kanak yang kreatif serta memperkasakan
kualiti pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia

ISU KETIGA

ARKIB : 19/09/2002

Prasekolah: Guru perlu rangsang fikiran kanakkanak dalam aktiviti sains


PENGAJARAN dan pembelajaran (P&P) sains di peringkat prasekolah memerlukan guru yang
berperanan merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak.Untuk merangsang pemikiran
sedemikian, guru-guru perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan
kanak-kanak supaya sesuai dengan topik dan aktiviti sains.Pensyarah Pendidikan
Prasekolah Institut Bahasa Melayu Malaysia Dr. Bustam Kamri berkata, guru boleh bermula dengan
aktiviti `sains harian' iaitu perbezaan pandangan tentang kandungan apa yang telah diajar dan
konteks yang telah diajar dan dipelajari.Katanya, selama ini guru salah anggap bahawa sains adalah
sesuatu ujikaji yang kompleks, tabung uji dan fakta abstrak.``Pandangan ini amat jauh sekali
dengan keperluan sains di prasekolah, sains bukan sesuatu informasi atau maklumat yang terasing
apabila mengajar kanak-kanak,'' katanya.
Sains di peringkat prasekolah katanya, adalah dunia sebenar dan pengalaman harian.``Sains adalah
angin yang bertiup dan pokok bergoyang, sains adalah daun-daun yang jatuh berguguran ke bumi
dan kucing yang baru lahir atau magnet yang melekat,'' katanya.Dalam mengajar sains di peringkat
berkenaan menurut beliau, guru-guru perlu mengemukakan soalan berbentuk terbuka dan boleh
menerima jawapan yang samar daripada kanak-kanak.``Seelok-eloknya galakkan kanak-kanak
mengemukakan soalan dan pertanyaan dan guru harus menerima apa juga jawapan yang diberi oleh
kanak-kanak,'' katanya.Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk
Pengajaran Awal Sains Kanak-Kanak - Rangsangan Berfikir Secara Kreatif pada Konvensyen
Pendidikan Prasekolah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Seminar tersebut adalah anjuran Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Global Train Sdn. Bhd.Menurut Bustam, di
peringkat prasekolah kanak-kanak harus didedahkan dengan tindakbalas aktif, penerokaan,
menghayati dan mengalaminya menerusi interaksi berkumpulan.``Kanak-kanak belajar menerusi
penciptaan semula dan menyusun semula pengalaman,'' katanya.Menurut Bustam, kanak-kanak
tidak boleh berfikir secara abstrak kerana mereka memerlukan sesuatu yang konkrit dan
berpengalaman terus, jika ia tiada, mereka (kanak-kanak) tidak boleh memahami langsung.Kanakkanak belajar menerusi deria, mereka perlu melihat sains, mendengar sains, memegang sains,
merasa sains dan menghidu sains.``Kadangkala bermain bagi kanak-kanak merupakan prasains jika
dilihat menerusi perspektif perkembangan yang luas,'' katanya.
Beliau berkata, biasanya sains yang diajar di prasekolah menekankan apa yang telah diketahui,
menamakan dan melabelkan sesuatu maklumat.Pengajaran sedemikian lebih menjurus satu arah
iaitu bermula daripada apa yang telah sedia ada dan diketahui untuk difahami atau diingati oleh
kanak-kanak.``Pengajaran sedemikian tidak mendorong untuk menyelesaikan masalah dan
meneroka sesuatu pengalaman baru dan memberi pandangan mengikut perspektif kanak-kanak,''
katanya.Bustam berkata, apabila kanak-kanak hanya belajar sains dengan dibekalkan kumpulan
nama dan label tanpa pemikiran atau melibatkan diri secara aktif, mereka (kanak-kanak) itu adalah
kanak-kanak sains.``Mereka lebih dikuasai untuk menyatakan semula apa yang telah dipelajari iaitu
tidak boleh menggunakan prinsip asas pada situasi yang baru, tidak berupaya menerangkan data
secara bijaksana, tidak berkemahiran memerhati secara tepat dan menilai data,'' katanya.Peranan
guru sekarang menurut beliau ialah melahirkan kanak-kanak saintifik yang lebih ke arah
praktikal dan mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi.

ISU

Keratan akhbar

ini menjelaskan bahawa

guru prasekolah haruslah

memberi

pendedahan tentang pengajaran sains awal supaya kanak-kanak dapat merangsang pemikiran
aktif dan kreatif. Pengajaran sains awal mengembangkan kemahiran berfikir kanak-kanak
seperti memerhati. mengelas, mengklasifikasi, meramal dan sebagainya. Keratan akhbar ini
memberitahu bahawa guru adalah insan yang melahirkan kanak-kanak yang saintifik yang lebih
ke arah praktikal dan mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi.

CADANGAN
Cadangan saya mengenai isu ini adalah pada peringkat prasekolah pendedahan awal
kanak-kanak kepada sains penting bagi perkembangan intelek yang lain. Pendidikan sains awal
ini perlulah dipupuk dari peringkat awal lagi. Matlamat pendidikan sains untuk kanak-kanak
dapat dilihat daripada kemahiran dan pengetahuan. Aspek pengetahuan ditentukan oleh guru
dengan mengenal pasti perkara-perkara dan penting diketahui bagi kanak-kanak berfungsi
dalam persekitarannya dan menarik perhatian mereka.
Seterusnya, saranan saya yang lain adalah gaya dan kaedah pengajaran dalam kelas
amat penting bagi memastikan

perancangan program yang lebih berkesan untuk

perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Tambahan pula, guru prasekolah dapatlah


menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran sains di peringkat prasekolah dengan
merangsang pemikiran aktif dan kreatif. Untuk merangsang pemikiran sedemikian, guru-guru
perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak
supaya sesuai dengan topik aktiviti sains. Sains di peringkat prasekolah adalah dunia sebenar
dan harian. Ini secara tidak langsung kanak-kanak dapat menghubungkaitkan sains yang
dipelajari dengan pengalaman harian mereka.
Kendatipun begitu, guru-guru prasekolah perlulah merangka persekitaran pembelajaran
dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya ia bersesuaian dengan aktiviti sains yang
akan diperkenalkan kepada mereka. Antaranya adalah pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang berasaskan kepada teknologi
komputer. Selain itu, penggunaan komputer dapat mewujudkan situasi sebenar tentang apa
yang ingin disampaikan, misalkan penggunaan video dan audio dapat memberi gambaran
sebenar dan seterusnya dapat membina imaginasi kanak-kanak tersebut.
Selain itu,kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan bagi pendidikan
prasekolah adalah melalui teknik dalam bermain. Main atau bermain secara amnya boleh

didefinisikan sebagai satu aktiviti yang memberikan kegembiraan atau kepuasaan kepada
kanak-kanak tanpa menimbangkan hasil daripada aktiviti itu. Pendekatan belajar sambil
bermain ini adalah memerlukan satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi
peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang menggembirakan dan dapat
merangsang pemikiran kanak-kanak.
Seterusnya, gaya pengajaran guru prasekolah yang berkesan ialah melalui pengajaran
dan pembelajaran secara kreatif. Kreativiti adalah keupayaan untuk memikirkan sesuatu dalam
keadaan-keadaan luar biasa dan bersedia untuk menyelesaikan masalah secara unik.
Contohnya guru boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat kanak-kanak untuk bertulis.
Dengan menyediakan di sudut tulisan dengan tanah liat, kanak-kanak boleh berlatih menulis,
menggunakan hujung jari di atas pasir atau menggunakan lidi atau doh. Kaedah ini bukan
sahaja dapat menarik minat kanak-kanak untuk menulis, ia juga akan turut membina pemikiran
yang kreatif mereka bagi menghasilkan sesuatu yang menarik dengan menggunakan cara
mereka sendiri. Oleh itu, dengan adanya aktiviti seperti ini kanak-kanak akan lebih berminat
untuk belajar menulis.
Cadangan-cadangan di atas dapat meningkatkan minat kanak-kanak ke atas
pengajaran sains awal serta dapat mengembangkan lagi kemahiran berfikir kanak-kanak
dalam masa yang singkat. Malah ,ia juga menjadikan kanak-kanak lebih cergas dan aktif
dalam setiap kegiatan yang mereka terlibat. Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dapat
ditingkatkan standardnya jika guru prasekolah dan pihak yang berkenaan menerima dan
mengaplikasikan saranan di atas supaya melahirkan kanak-kanak yang pintar.

ISU KEEMPAT

ISU
Artikel ini menjelaskan tentang kepentingan kemahiran berfikir dalam didikan
awal kanak-kanak. Kemahiran berfikir cukup penting dalam mendidik kanak-kanak
sejak

daripada

dalam

kandungan

sehinggalah

ia

meningkat

dewasa.

Kesimpulannya, untuk menjamin keselamatan dan kebahagiaan seseorang insan


dunia dan akhirat sebenarnya bermula daripada amalan berfikir.

Kemahiran ini

sebenarnya boleh menjamin kesejahteraan seseorang itu. Santapan berfikir kanakkanak yang terancang dengan cara memberi sebanyak mungkin kaedah dan aktiviti
menggunakan akal mereka seawal dari dalam kandungan hingga mencecah umur 7
tahun.

CADANGAN
Manusia menggunakan akal untuk berfikir kreatif tentang cara hendak menyelesai
masalah dan membuat keputusan. Menurut Piaget (1970), ketika bayi lagi manusia telah
berfikir tentang cara hendak memenuhi keperluan di peringkat sensori motor. Aktiviti berfikir
difahami melalui pemerhatian tingkah laku bayi. Tingkah laku bayi pula bergantung kepada
tahap keupayaan dan kematangan kanak-kanak sebagaimana yang dikatakan oleh Lilian dan
Virgil (1971) tentang kanak-kanak yang dilahirkan normal mempunyai potensi kreatif tetapi
tahap kekreatifan agak berbeza antara satu sama lain.
Selaras dengan usaha meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan kanak-kanak,
institusi

sekolah

dipertanggungjawabkan

menyedia

peluang

untuk

berinteraksi,

mengaplikasikan pendekatan-pendekatan dalam proses pendidikan seterusnya menentukan


keberkesanan pencapaian matlamat pendidikan. Di samping itu, nilai masyarakat terhadap
pendidikan, peruntukan sumber dan infrastruktur, kompetensi, sikap pelajar dan guru,
keberkesanan pentadbiran dan pengurusan serta kadar aliran maklumat turut menentukan
pencapaian matlamat-matlamat tersebut. Menurut Willen (1994), tujuan utama pendidikan
ialah untuk memperkukuhkan daya fikir seseorang ke tahap maksimum supaya daya fikir
seseorang itu bersifat inovatif, kreatif dan imaginatif. Dengan mencerakinkan keseluruhan yang
berkaitan kemahiran berfikir dalam pengajaran, memudahkan hasrat untuk melahirkan insan
seimbang dan harmonis.

Kanak-kanak pada peringkat umur ini sedang memperkembangkan kemahiran berfikir.


Perkembangan bahasa berkembang dengan cepat. Mereka sudah boleh memahami simbol dan
sosialisasi (Debord dan Hertzler dalam Swadener, 1994). Kemahiran berfikir berkembang
apabila kanak-kanak terlibat dalam aktiviti yang memberi peluang mereka menyentuh, merasa,
mencampur, memusing dan mencampak. Penerokaan dan keperluan bagi menguji sikap
berdikari lebih ketara pada peringkat umur di prasekolah. Berdikari adalah asas tahap emosi
pada peringkat awal kanak-kanak. Belajar berdikari adalah cara kanak-kanak membentuk daya
inisiatif atau motivasi yang sihat. Kanak-kanak prasekolah mengambil lebih inisiatif dan
bersedia belajar serta lebih berobjektif. Mereka memerhati, main peranan dan mula mengumpul
dan memproses maklumat (Satter, dalam Swadener, 1994).
Berfikir adalah object-oriented, fizikal dan kerap berfokus pada visual. Apabila kanakkanak didedahkan kepada objek konkrit yang baru, maka proses mengorganisasikan pemikiran
dan tingkah laku ke atas objek bermula. Dengan ini, bagi menarik tumpuan kanak-kanak
supaya berlaku pembelajaran, maka sesuatu yang konkrit, baru, dapat dilihat dan menarik
perhatian perlu dipersembahkan. Ahli-ahli konstruktivis seperti

Piaget dan Vygotsky

membuktikan pengetahuan dapat dibina atau dibentuk oleh individu. Pemikiran dan
pembelajaran adalah self-initiated yang semula jadi ada dalam diri kanak-kanak. Apa yang
individu boleh dan akan tanggap dan tumpu ditentukan oleh kanak-kanak itu sendiri.
Cadangan saya ialah faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam
pembelajaran kanak-kanak (Gaithersburg dan rakan-rakan, 1998). Faktor persekitaran
melibatkan penyampaian guru, aktiviti yang disediakan, bahan yang digunakan dan
peluang interaksi kanak-kanak dengan guru, rakan dan bahan. Dengan itu, kedua-dua
faktor semula jadi dan rangsangan atau pengaruh persekitaran saling bantu-membantu dalam
mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak.
Guru adalah dikenali sebagai pengganti ibubapa dan memberi ilmu pengetahuan yang
betul dan mendidik kanak-kanak ke arah yang lebih baik. Misalnya, terdapat banyak contoh
aktiviti bermain. Antara aktiviti yang boleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main
drama, menyanyi, berlakon dan bercerita. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang
berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus
dan kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak akan berasa seronok, gembira dan aktif
untuk melaksanakan aktiviti yang dijalankan. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan
kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin dan boleh berdikari.

Selain itu juga, aktiviti bermain seperti Selain itu, dapat memudahkan guru menyampaikan
maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes
& Geiger, 2002; Mccune & Zanes, 2001; Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003). Selain itu
juga, aktiviti seperti membina istana dengan pasir misalnya juga akan membolehkan mereka
lebih berimiginasi dan meningkatkan keupayaan otak mereka untuk berfikir.

Usaha-usaha di atas ini nescaya akan membuahkan hasil sekiranya guru prasekolah
mendidik kanak-kanak dengan sabar dan dengan penuh kasih sayang. Kualiti pendidikan awal
kanak-kanak di Malaysia akan dapat ditingkatkan lagi untuk melahirkan kanak-kanak yang aktif
dan kreatif. Prasekolah merupakan pusat didikan yang paling awal bagi setiap kanak-kanak
untuk mengembangkan kemahiran berfikir.

ISU KELIMA
ISU
Artikel ini menyatakan bahawa kemahiran berfikir perlu dipupuk di peringkat awal kanakkanak kerana ia amat penting untuk melahirkan generasi yang berkebolehan dan efisien yang
dapat melihat sesuatu melangkaui sempadan, batasan dan kepentingan diri. Melalui proses ini
tabiat berfikir secara bijak akan disemai dari kecil dan secara sistematik membantu mereka
dalam perjalanan menjadi dewasa supaya mereka bersedia berdepan cabaran pada hari esok
dan akan datang. Isteri perdana menteri berkata bahawa pembelajaran berasaskan permainan,
yang

dapat

meningkatkan

kepintaran,

merangsang

daya

imaginasi,

menggalakkan

penyelesaian masalah secara kreatif dan membantu membina keyakinan, harga diri, dan sikap
positif terhadap pembelajaran, kehidupan dan kesetiaan sebagai warga muda negara.

CADANGAN
Cadangan yang boleh dilaksanakan adalah dengan pada peringkat prasekolah juga,
guru-guru juga perlu memahami aras pemikiran kanak-kanak. Pemikiran kanak-kanak didapati
masih belum berkembang seperti orang dewasa (Rohaty & Abu Bakar Nordin, 1989). Pada
peringkat ini terdapat beberapa perkara pokok menjadi perbezaan besar di antara pemikiran
orang dewasa dengan kanak-kanak. Jadi, apabila guru memberikan penerangan atau
berbincang dengan kanak-kanak, jangan menganggap mereka itu orang-orang dewasa yang
kecil.

Oleh itu, guru-guru seharusnya perlu menggunakan bahasa yang jelas, suara yang

lembut dan menimbulkan suasana yang menarik semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Apabila memberikan penerangan kepada kanak-kanak, guru-guru seharusnya mengeluarkan
buah fikiran yang dapat diberikan contoh-contoh yang konkrit.

Selain itu juga, kanak-kanak akan mudah menjadi bosan dan tertekan sekiranya guru
mengajar kanak-kanak menulis dan membaca. Keadaan tersebut berlaku kerana cara tersebut
telah menyebabkan kanak-kanak merasakan mereka kurang mendapat peluang untuk

menggunakan pengetahuan sedia ada yang telah terbentuk dengan cara yang bermakna.
Selain itu juga, tidak di nafikan bahawa, sikap kanak-kanak itu sendiri yang cepat bosan
keadaan sekeliling lebih-lebih lagi kepada aktiviti yang sedia membosankan. Mereka lebih
berjiwa lembut dan mahu dihargai, oleh itu, dengan cara ini sedikit sebanyak akan dapat
menarik minat mereka dan meningkatkan kemahiran berfikir.
Cadangan yang lain adalah aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam
pembelajaran perlu terdiri daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada
kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan mengalami
peristiwa sebenar sebelum mereka boleh memahami makna simbol seperti abjad dan nombor
(Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984;
Schickedanz, 1986). Oleh itu, penggunaan buku kerja, lembaran kerja, buku warna dan model
yang dibina oleh orang dewasa untuk disalin oleh kanak-kanak adalah tidak sesuai untuk
kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak
menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar yang tinggi melalui latihan lisan, lukisan dan
membuat persembahan lain-lain aktiviti seperti yang diarahkan oleh orang dewasa. Kanakkanak belajar melalui pengalaman membuat sendiri. Piaget (1950, 1972), Montessori (1964),
Erikson (1950), Elkine (1986).
Kanak-kanak adalah aset negara yang paling berharga, maka kita sebagai pendidik
hendaklah

mendidik

dan

membimbing

dengan

mengadakan

pelbagai

aktiviti

bagi

meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan mencorak masa depan. Sebagai guru
prasekolah juga kita sangat bertanggungjawab atas perkembangan kanak-kanak ini. Dengan
itu,kita mesti merancang dan menlaksanakan semua usaha yang dinyatakan tadi agar dapat
meningkatkan lagi kualiti pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia demi mencapai wawasan
2020.

REFLEKSI
Nama: HAMAH LATHA A/P SUMNADE
No. Matrik :29452
Salam Sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan kerana pada
hari ini saya masih lagi diberikan peluang untuk bersama sahabat-sahabat dalam satu
penyatuan yang sama iaitu menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih sayang dan
keizinan-Nya, sudah tentu saya tidak berjaya menyempurnakan kerja kursus ini.

Memang

benarlah kata pepatah Melayu, Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Begitu
juga dengan saya, jika saya tidak mencanai usaha membentuk gagasan kerjasama yang utuh,
sudah tentu tugasan ini berlangsung ala kadar asalkan siap sahaja. Saya mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah pembimbing iaitu Encik Ahmad Jalalulail bin Abd
Manab atas segala bimbingan dan tunjuk ajar mereka dalam proses perlaksanaan tugasan ini.
Tanpa bimbingan dari mereka tidak mungkin saya berjaya melaksanakan tugasan ini pada
tarikh yang ditetapkan.
Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus Pengenalan Kurikulum Pendidikan
Awal Kanak-Kanak, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri
saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakanrakan di Pusat Sumber, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang kepentingan
kemahiran berfikir yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci. Perkara
utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus berasaskan ilmu ini adalah
terhadap sub-sub tugasan yang telah saya lakukan secara individu. Saya dikehendaki
melakukan tugasan ini secara individu dan secara kumpulan juga.

Setelah memahami isi-isi penting yang perlu dimasukkan ke dalam kerja kursus ini,
saya membuat rujukan menerusi beberapa buah buku dan nota yang telah dibentangkan oleh
pensyarah pembimbing memandangkan saya merasakan kurang jelas dengan kefahaman
saya selama ini. Hal ini membuktikan bahawa lebih kurang tiga puluh peratus sahaja

pembelajaran di dalam kelas membantu daya ingatan kami. Saya mulai akur dengan pendapat
yang menyatakan kita tidak dapat memperoleh sepenuhnya ilmu yang disampaikan dengan
hanya mendengar. Oleh hal yang demikian, bermula hari ini saya bertekad akan lebih fokus
dalam pembelajaran di dalam kelas dan mencatat apa yang diajar bukan hanya melihat dan
mendengar samata-mata. Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di
institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang
demikian, saya rasa apa yang diajar di sini mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan
merupakan keperluan bagi seseorang bakal guru. Selepas ini saya tidak akan lagi mengambil
mudah terhadap apa yang dipelajari dan akan sentiasa memastikan diri saya memberi fokus
seratus peratus terhadap apa yang disampaikan di dalam kelas.
Melalui kerja kursus ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk
mempelajari lebih banyak nilai-nilai moral yang mendisiplinkan kita sebagai bakal guru
daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini
sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu
menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan sentiasa berkesan.
Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi
guru kelak.

Secara keseluruhannya, matapelajaran Pengenalan Kurikulum Pendidikan Awal KanakKanak ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih berdikari
iaitu kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Ini
kerana saya dapat membuat rujukan di Pusat sumber tanpa bergantung dengan pensyarah
saya tetapi saya amat berterima kasih kepada Encik Ahmad Jalalulail atas bimbingan beliau
sepanjang kerja kursus ini. Nilai moral ini menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi
seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup
berkorban demi agama bangsa dan negara. Apa yang saya dapat simpulkan disini sepanjang
saya membuat kerja kursus ini banyak yang telah saya pelajari dan banyak memberi manfaat
kepada diri saya. Matapelajaran pendidikan moral

banyak membantu saya dalam

menambahkan mutu dalam meningkat kemahiran membuat tugasan terutamanya dalam


membuat rujukan menggunakan system APA dan mempelajari cara menghasilkan penulisan
ilmiah yang bermutu yang sebelum ini saya belum pernah didedahkan secara terperinci oleh
mana-mana pensyarah.

Akhir kata saya berharap apa yang saya pelajari dalam kerja kursus dapat saya
praktikkan dengan sebaik mungkin. Segala yang baik datangnya dari Tuhan dan segala
kekurangan datang dari diri saya sendiri. Saya
Sekian Terima Kasih.

memohon maaf atas segala kekurangan.

TUGASAN
IDIVIDU:
HAMAH LATHA
A/P SUMNADE

TUGASAN
IDIVIDU:
BAVITHIRA A/P
EGAMBARAM

TUGASAN
KUMPULAN

KURIKULU
M
PERMATA

KURIKULU
M KSPK

KURIKULU
M KSSR

Rujukan

Dari Buku:
Abd.Rahim Abd. Rashid. 1999. Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. 2003. Mendorong Kreativiti Kanak-Kanak. Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Mohd.Azhar Abd. Hamid, 2001, Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.

Dari Sumber Internet:


http://kemahiranberfikirprasekolah-piriya.blogspot.com/p/matlamat-pendidikanprasekolah.html

http://my.news.yahoo.com/kemahiran-berfikir-perlu-dipupuk-di-peringkat-awal-kanak092906468.html
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121101/dn_04/Tingkatkan-kualitipengajaran---TPM
http://nkrapendidikan.moe.gov.my/mainpage.php?module=nkra&id=112
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/7650-memperkasa-prasekolah.html

REFLEKSI
INDIVIDU:

HAMAH LATHA
A/P SUMNADE

REFLEKSI
INDIVIDU:
BAVITHIRA/P
EGAMBARAM

Anda mungkin juga menyukai