Anda di halaman 1dari 8

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECELARUAN PERSONALITI

FAKTOR HURAIAN

Faktor baka sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi personaliti


dimana ianya tertumpu kepada trait. Khususnya trait yang manakah yang
diwarisi dan trait yang mana pula yang mudah dipengaruhi oleh
persekitaran. Faktor-faktor genetik menghasilkan pembawaan atau potensi
untuk perkembangan dan bukan menghasilkan trait-trait badan dan
Baka personaliti seseorang secara langsung. Dipercayai bahawa baka
meletakkan had-had yang tidak dapat dilintasi untuk perkembangan
seterusnya walaupun persekitaran yang diberi sangat baik. Peranan baka di
dalam aspek-aspek perkembangan adalah berbeza-beza. Pengaruh baka
adalah lebih bagi ciri-ciri fizikal dibandingkan dengan intelek.
Kebanyakan pesakit mewarisi genetik dari ibubapa.
Guru memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti
seseorang individu terutamanya kanak-kanak. Secara langsung, guru akan
mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri kanak-kanak itu sendiri
dengan cara-cara guru membetulkan tingkah lakunya. Umum mengetahui
bahawa, pola-pola personaliti guru akan mempengaruhi personaliti kanak-
Pengaruh Sekolah
kanak. Guru yang bersifat mesra dan menerima muridnya akan
menggerakkan mereka membuat kerja sekolah dengan lebih baik. Seorang
guru yang negatif akan mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Kesihatan
mental seseorang sejak zaman sekolah lagi amat mempengaruhi tingkah
laku dan personaliti individu samada baik ataupun buruk.
Di dalam setiap kebudayaan, setiap individu tertekan agar membentuk
pola personaliti yang sesuai dengan standard kebudayaannya. Setiap
kebudayaan mepunyai pola-pola personaliti yang diterimanya. Mereka
mempunyai personaliti asas yang berlainan. Sejak kecil lagi ibu bapa
Penagruh Kebudayaan melatih anak-anak menerima pola-pola personaliti yang sama. Maka
dengan itu, cara kanak-kanak dididik ketika membesar merupakan
pengaruh terbesar terhadap jenis personaliti yang akan dibentuknya.
Secara tidak langsung, ia akan mempengaruhi personaliti seseorang
individu.
Sejak lahir, kehidupan seseorang manusia ditentukan oleh ibu bapanya.
Pengaruh Keluarga
Keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak
beramah mesra dengan anak, penceraian ibubapa, kematian insan
tersayang akan membawa emosi yang tidak stabil sejak zaman kanak-
kanak lagi. Kebanyakan kes bagi kecelaruan personaliti ini akibat daripada
keluarga yang lemah dari segi penjagaan dan ketandusan kasih sayang. Hal
ini memberi impak kepada seseorang insan untuk menghadapi dengan
penyakit mental seperti kecelaruan personaliti.
TEORI-TEORI KECELARUAN PERSONALITI

Menurut Henry Murray (2014), psikologi personaliti telah merangsang usaha untuk mengembangkan
teori- teori personaliti. Setiap orang telah menghadapi pengalaman diri dan menghadapi tingkah laku
yang berbeza- beza. Setiap tingkah laku diri sendiri dan orang lain amat berbeza untuk digambarkan,
tetapi teori- teori peribadi dapat membantu menjelaskan tingkah laku individu itu. Dalam Buku, Theories
of Personaliti (2016), Shultz mengatakan terdapat sembilan teori personaliti iaitu teori psikoalanaisis,
neopsikoanalisis, interpersonal, sifat, perkembangan, humanistik, kognitif, behaviorisme, dan bidang
terbatas. Berdasarkan buku tersebut, terdapat empat teori personaliti utama iaitu teori psikoanalisis, sifat,
behaviorisme dan psikologi kognitif

TEORI PERSONALITI PSIKOANALISIS

Id Ego Superego

 merupakan bahagian  ego mula wujud sejak bayi  Superego pula merupakan
personaliti tak sedar yang berusia 6 bulan, merupakan struktur ketiga di dalam
berfungsi sebagai stor bahagian personaliti yang pemikiran tingkah laku
penyimpanan untuk keinginan mengandungi pemikiran psikoanalisis.
manusia (serupa dengan realistik dan logik yang  Superego lebih
nafsu), tersusun, menyerupai hati nurani
 didorong oleh tenaga libido  berfungsi mengawal id seseorang individu.
untuk memotivasikan tingkah supaya keinginannya tidak  Superego juga dikatakan
lakunya.   melanggar nilai dan norma bahagian personaliti yang
 Id juga dikatakan komponen masyarakat. bermoral dan berkembang
biologi yang mementingkan  Ego dikatakan komponen secara beransur-ansur
keseronokan dan wujud sejak psikologikal yang oleh pengaruh
lahir. mengutamakan realiti dalam persekitaran seperti
 Selain itu, id dianggap sebagai kehidupan. didikan moral dan agama.
satu elemen struktur  Ego berkembang secara  Ia merupakan cabang
semulajadi, satu elemen yang berperingkat. Sebagai moral dan mewakili
diwarisi dan sedia ada di elemen pada tahap sedar, perkara yang individu
dalam diri manusia. ego penuh dengan persepsi, percaya tidak patut
 Id merupakan satu gejala inginkan kemajuan dan dilakukan.
bawah sedar dan ia boleh menyesuaikan  Mengikut Freud juga,
merupakan satu tenaga yang fungsinya mengikut keadaan superego berfungsi
primitive. sebagai penghantar
 Id tidak teratur, tidak rasional maklumat nilai moral
dan penuh dengan orientasi kepada ego untuk
berkehendakkan kepuasan. bertindak mengawal id.

Tingkah laku manusia dikatakan sebagai hasil daripada interaksi daripada ketiga-tiga konstruk
tersebut. Freud memberikan kepentingan kepada pengalaman awal dalam pembentukan personaliti.
Akhir sekali, beliau mengatakan tingkah laku manusia adalah disebabkan oleh kerisauan dan bagaimana
seseorang itu membela dirinya daripada keadaan tersebut. Freud juga berpendapat bahawa bahagian tidak
sedar sebenarnya merupakan bahagian yang terbesar pada fikiran manusia. Akibatnya manusia akan
bertindak dan menunjukkan personaliti yang sukar diterima oleh orang ramai.

Selain daripada teori-teori personaliti asas yang telah disebutkan, terdapat lagi teori-teori
personaliti yang lain. Antaranya teori tret, teori kognitif, teori kognitif, teori bidang dan teori analitik
sosial. Tret bermaksud sebarang bentuk sifat yang membezakan seseorang itu dengan individu yang lain.
Ia juga merupakan sifat-sifat dalaman yang mempengaruhi tingkah laku seseorang. Sesetengah pendapat
mengatakan, tret dipengaruhi oleh baka dan setengahnya pula dipengaruhi oleh persekitaran. Terdapat
beberapa orang pakar yang mengasaskan teori tret iaitu William Sheldon, Goldon Allport dan Raymond
Cattell.

Menurut Allport, trait adalah unit atau struktur asas bagi personality. Menurut beliau, trait
wujud dalam urat saraf manusia. Ia merupakan unsur yang diwarisi yang menyebabkan tingkah laku.
Oleh itu, trait dilihat sebagai struktur dalam personality dan juga desakan yang menyebabkan tingkah laku
seseorang. Manakala teori kognitif memberi penekanan kepada cara bagaimana kita mengamati
peristiwa, cara kita mentafsir peristiwa dari segi struktur yang sedia ada dan tingkah laku kita dari segi
tafsiran yang dibuat. Perkembangan personaliti ditafsir daripada perspektif kognitif dan bukan emosi
seperti yang dikemukakan oleh ahli personaliti lain sebelumnya. Apa yang dimaksudkan dengan konstruk
ialah cara mengamati atau mentafsir peristiwa. Konstruk dapat dibentuk melalui pengalaman dan interaksi
dengan persekitaran.
BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU PESAKIT KECELARUAN PERSONALITI

Sebagaimana yang maklumi, individu yang mempunyai penyakit mental seperti kecelaruan personaliti
perlu mendapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan. Lazimnya seseorang individu yang
mempunyai kecelaruan personaliti memerlukan sokongan dan kasih sayang sebagai dorongan untuk
mereka meneruskan hidup. Terdapat beberapa langkah pencegahan untuk individu yang menderita dengan
Kecelaruan Personaliti Pinggiran.

RAWATAN BAGI KECELARUAN PERSONALITI PINGGIRAN

LANGKAH MEMBANTU INDIVIDU KECELARUAN PERSONALITI


PINGGIRAN
 Beri sokongan emosi, memahami keadaan  Jangan sesekali abaikan individu yang
individu tersebut, bersabar dan memberikan mengalami kecelaruan personaliti pinggiran
galakan dan sokongan (perubahan mungkin ini, kerana mereka berisiko besar untuk
sukar bagi individu yang menghadapi melakukan aktiviti yang membahayakan diri
kecelaruan ini, tetapi ianya adalah satu usaha mereka, malah ke peringkat lebih serius iaitu
proses pemulihan bunuh diri atau mencederakan orang lain.

 Kita perlu cuba untuk memahami apakah  Individu yang mempunyai kecelaruan
yang dimaksudkan dengan kecelaruan personaliti pinggiran perlu melibatkan diri
personaliti ini, justeru dapat memahami dalam aktivti yang sederhana atau senaman
individua tau saudara yang terdekat yang yang membantu mereka untuk mengurangkan
menghadapinya tekanan.
RAWATAN BAGI KECELARUAN PERSONALITI PARANOID

RAWATAN KECELARUAN PERSONALITI PARANOID

Psikoterapi Ubat-ubatan
 Pesakit yang mengalami kecelaruan  Pesakit gangguan paranoid yang serius
personaliti paranoid ini boleh mendapat biasanya akan disarankan untuk mengambil
rawatan psikoterapi daripada pakar-pakar ubatan agen anti-keresahan, seperti diazepam,
yang terlatih dan bertauliah. Terapi yang untuk menetapkan jika pesakit mengalami
diberikan adalah lebih menekankan tentang kebimbangan yang teruk atau pergolakan di
sokongan dan akan menggunakan mana ia mula menganggu kehidupan seharian
pendekatan berpusatkan individu pesakit.
berkenaan.  Ubat anti-psikotik seperti thioridazine atau
 Untuk peringkat awal, peringkat membina haloperidol juga sesuai jika pesakit
hubungan antara terapis dan klien mengalami pergolakan yang teruk yang boleh
merupakan proses yang penting untuk menyebabkan bahaya kepada orang lain
mewujudkan kepercayaan klien. akibat daripada pesakit.
Kemudian, terapis akan mendiagnosis
klien dan mengenalpasti kepercayaan dan
pemikiran paranoid klien seterusnya
membantu klien dalam masalah
paranoidnya.
Bantuan Diri Sendiri
 Sekiranya kita didiagnosis sebagai pesakit yang mempunyai kecelaruan personaliti paranoid, kita
haruslah mendidikkan diri kita tentang tanda-tanda penyakit mental. Sentiasa peka dengan
kesihatan diri adalah salah satu pemikiran yang positif dan individu tidak mudah berputus asa
untuk meneruskan kehidupan seharian dengan menangani stress harian dengan waras. Tambahan
pula, pesakit kecelaruan personaliti paranoid ini perlu berbincang tentang masalah yang dihadapi
kepada keluarga atau rakan yang disayangi.
RAWATAN BAGI KECELARUAN PERSONALITI ANTISOSIAL

kompilikasi yang berkaitan sama ada terdapat sebab-sebab antisosial, bila bermula,
lain bagi gejala ini. bagaimana bermula dan
kesan kepada kehidupan
seharian.
LANGKAH PENCEGAHAN
 Sejak zaman awal kanak-kanak lagi, seseorang berisiko untuk mendapatkan tingkah laku kecelaruan
anti sosial ini.
 Strategi pencegahan termasuk pendidikan keibubapaan dan program lain yang bertujuan untuk
mengurangkan kejadian penderaan kanak-kanak, dan program mentor yang sama untuk
menyediakan kanak-kanak berisiko dengan model tingkah laku oleh orang dewasa yang
bertanggungjawab dan penyelidikan lebih lanjut ke dalam faktor-faktor genetik yang terlibat dalam
kecelaruan antisosial.
RAWATAN BAGI KECELARUAN PERSONALITI HISTRIONIK

LANGKAH MEMBANTU INDIVIDU KECELARUAN PERSONALITI


HISTRIONIK
 Gangguan personaliti seperti gangguan  Pakar-pakar perubatan keluarga dan pengamal
personaliti munafik biasanya disahkan oleh umum secara amnya tidak dilatih atau serba
professional kesihatan mental yang terlatih, lengkap untuk membuat jenis ini diagnosis
seperti pakar psikologi atau psikiatri. psikologi

 Sebagai permulaan, individu yang  Satu diagnosis untuk gangguan personaliti


mempunyai kecelaruan personaliti Histrionik Histrionik dibuat oleh professional kesihatan
perlu berjumpa dengan doktor keluarga mental membandingkan gejala pesakit dengan
tentang masalah ini. sejarah hidup dengan rang-orang yang
 Mereka perlu merujuk anda kepada disenaraikan.
professional kesihatan mental untuk diagnosis  Pakar atau professional kesihatan mental akan
dan rawatan. membuat penentuan sama ada tanda-tanda
 Tiada makmal, darah atau genetic ujian yang seseorang memenuhi kriteria yang diperlukan
digunakan untuk mendiagnosis gangguan untuk diagnosis kecelaruan personaliti
personaliti Histrionik Histrionik

Sebagai konklusinya, setiap kecelaruan personaliti mempunyai rawatan dan langkah pencegahan
agar meneruskan kehidupan seharian kita seperti manusia biasa. Disini kumpulan kami menyenaraikan
beberapa rawatan dan langkah pencegahan untuk kecelaruan personaliti pinggiran, paranoid, anti sosial
dan histrionik. Walaupun rawatan bagi kecelaruan personaliti yang lain tidak disenaraikan, namun
kesemua rawatan dan cara diagnosis adalah sama dan boleh digunapakai, Oleh hal yang demikian,
sebagai ahli keluarga terdekat dan penjaga, kita haruslah berganding bahu dengan profesional penjagaan
kesihatan. Sebagai rakan atau ahli keluarga terdekat, kita sentiasa peka dengan laporan pemeriksaan
pesakit. Ini bukan sahaja menunjukkan kasih sayang dan sokongan, malah membolehkan diri kita untuk
mendapatkan maklumat penting tentang proses pemulihan pesakit.

Anda mungkin juga menyukai