Anda di halaman 1dari 8

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


PROGRAM IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)
SEMESTER 1 SESI 2020/2021 (M201)

KOD & NAMA KURSUS:


PERKEMBANGAN KEMAHIRAN BAHASA DAN LITERASI KANAK-KANAK
(M202)

TUGASAN 1:
RINGKASAN PROPOSAL

TAJUK TUGASAN:

DISEDIAKAN OLEH:

BIL. NO. MATRIK NAMA TANDATANGAN


1 M20192001149 HAMAH LATHA A/P SUMNADE

NAMA PENSYARAH:
DR. JUPPRI BIN BACOTANG

TARIKH SERAHAN:
13 JUN 2021
SENARAI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Ringkasan Proposal 1-5

2.0 Rujukan 6

3.0 Lampiran 7
1.0 RINGKASAN PROPOSAL
RINGKASAN PROPOSAL KAJIAN

WORKING TITTLE:
PENGGUNAAN ALAT GENGGAMAN PENSIL(PENCIL GRIP DEVICE) SERTA POSTUR
BADAN SEMASA MENULIS MENINGKATKAN KEKEMASAN TULISAN KANAK-KANAK
PRASEKOLAH

KATA KUNCI: Kemahiran Menulis, Teknik, Alat Genggaman Pensil, Postur Badan

LATAR BELAKANG KAJIAN


Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak
sejak peringkat prasekolah lagi. Kemahiran menulis ini menjadi asas kepada beberapa
aspek yang lain seperti menentukan corak genggaman sewaktu memegang pensel dengan
betul. Kemahiran asas menulis yang kukuh membolehkan kanak-kanak prasekolah dapat
menulis dengan kemas. Selain itu, pendedahan teknik genggaman pensil juga membantu
kanak-kanak prasekolah untuk menulis dengan cara yang betul dan mudah difahami.
Lazimnya, cara kanak-kanak prasekolah mengenggam pensil dan postur badan mereka
semasa menulis mempengaruhi kekemasan tulisan. Maka, kajian ini membincangkan tentang
penggunaan alat genggaman pensil serta postur badan semasa menulis meningkatkan
kekemasan tulisan kanak-kanak prasekolah.
PERNYATAAN MASALAH (I.P.I.A)
 IDEA / DASAR / STANDARD (SEDIA ADA)
Berdasarkan pemerhatian saya sebagai seorang guru prasekolah, semua murid saya boleh
memegang pensel dan menulis. Akan tetapi, tulisan yang dihasilkan agak tidak kemas
kerana ada yang besar dan ada yang kecil. Semasa pengkaji menyemak buku latihan murid,
hasil kerja murid sukar difahami dan tulisan yang tidak kemas menyusahkan pengkaji untuk
menyemak hasil kerja murid
 PROBLEMS / ISU TERKINI / SIMPTOM / GAP (LOMPANG KAJIAN)
Bukan itu sahaja, tulisan yang dihasilkan juga terkeluar dari ruang yang disediakan untuk
menulis. Misalnya, murid dikehendaki menulis perkataan dengan menggunakan garisan tiga
dan masil lagi tulisan murid yang menghala ke bawah dan ke atas. Oleh hal yang demikian,
hasil kerja murid kelihatan agak comot dan tidak kemas.
 IMPLIKASI
Genggaman pensel yang tidak betul dan postur badan yang tidak betul menyebabkan tulisan

1
murid tidak kemas. Terdapat juga murid yang meletakkan muka mereka di atas meja semasa
menulis. Pengkaji pernag menegur kanak-kanak yang menulis dengan postur tidak betul dan
teguran itu hanya bertahan untuk beberapa minit sahaja. Postur badan yang tidak betul itu
mengurangkan kecekapan koordinasi mata dan tangan murid. Implikasinya tulisan kanak-
kanak tidak kemas sehingga ada tulisan yang menghala ke atas dan bawah.

 ACTIONS / CADANGAN PENYELESAIAN (SOLUSI)-KAITKAN FOKUS KAJIAN


Oleh itu, pengkaji memerhatikan kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam kekemasan
tulisan ini secara lebih dekat dengan mencari punca-punca kenapa menjadi sedemikian rupa.
Setelah menjalankan pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa terdapat dua faktor yang
mempengaruhi hasil tulisan murid antaranya ialah cara memegang pensel dan postur badan
murid ketika menulis. Justeru, pengkaji memfokuskan kekemasan tulisan sebagai fokus
utama dalam kajian ini dan mencari alternatif untuk membantu kanak-kanak
memperkemaskan tulisan mereka. Alat Genggaman Pensel (Pencil Grip Device) ini dapat
meningkatkan kekemasan hasil tulisan kanak-kanak prasekolah.
KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan Alat Genggaman Pensil (Pencil
Grip Device) meningkatkan kekemasan tulisan kanak-kanak prasekolah. Maka, semua guru
prasekolah disarankan untuk mengguna Alat Genggaman Pensil.dalam prasekolah masing-
masing bagi meningkatkan kekemasan tulisan murid. Di samping itu, dapatan kajian ini
menjadi garis panduan kepada semua guru dan ibubapa untuk melatih kanak-kanak
memegang pensel dengan betul. Pada awalnya, pengkaji menyarankan semua pihak untuk
menggunakan Alat Genggaman Pensil dan apabila tulisannya sudah kemas boleh
menggunakan jenis genggaman pensel Tripod.
OBJEKTIF
Secara keseluruhan, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis murid
prasekolah dari aspek kekemasan tulisan dengan penggunaan Alat Genggaman Pensil.
Secara khususnya, terdapat dua objektif kajian bagi kajian ini. Antaranya ialah :-
Mengenalpasti sama ada cara memegang pensel dan postur badan mempengaruhi
kekemasan tulisan kanak-kanak prasekolah
Mengenalpasti sama ada penggunaan Alat Genggaman Pensil (Pencil Grip Device)
meningkatkan kekemasan tulisan kanak-kanak prasekolah.
SOALAN KAJIAN PENGUMPULAN DATA ANALISIS DATA
i. Adakah cara  Dalam kajian ini, saya telah  Data dianalisis dengan
gengaman pensel menggunakan tiga kaedah

2
dan postur badan pengumpulan data iaitu menggunakan kaedah
mempengaruhi pemerhatian, analisis analisis pemerhatian,
kekemasan dokumen dan senarai semak. senarai semak dan
tulisan kanak- analisis dokumen.
 Teknik pengumpulan data ini
kanak
mudah dan dapat memberi  Ketiga-tiga instrumen ini
prasekolah?
gambaran yang menyeluruh digunakan untuk melihat
ii. Sejauhmanakah tentang proses yang berlaku sejauh mana
Alat Genggaman dalam kajian ini. keberkesanan
Pensel (Pencil penggunaan Alat
Grip Device) Genggaman Pensel
meningkatkan (Pencil Grip Device)
kekemasan hasil meningkatkan
tulisan kanak- kekemasan tulisan
kanak kanak-kanak prasekolah
prasekolah?. semasa menulis.

TINJAUAN LITERATUR
Genggaman pensel merupakan salah satu kemahiran yang melibatkan pergerakan motor
halus. Menurut Amundson (2015) kebanyakan ahli terapi kerja menumpukan pada cara
genggaman pensel oleh kanak-kanak dengan betul. Perkembangan motor halus yang baik
mempengaruhi perkembangan kemahiran menulis murid seterusnya menjadikan otot lebih
kukuh dan kuat. Dalam proses belajar menulis, postur, genggaman dan pergerakan saling
berkaitan. Selain daripada itu, menurut Rashidah Elias (2015), kemahiran menulis kanak-
kanak adalah merangkumi penggunaan alat-alat tulis seperti pen, pensel, krayon, marker dan
berus cat untuk membuat sebarang contengan. Oleh itu, apabila murid menggenggam alat
genggaman pensel (Pencil Grip Device) yang sesuai dan dengan cara yang betul dan postur
tubuh yang betul, maka kekemasan tulisan murid boleh ditingkatkan. Tseng dan Cermak
(2013) turut menyokong kenyataan ini dengan mengatakan bahawa penggunaan Alat
Genggaman Pensil (Pencil Grip Device) adalah satu alat genggaman yang digalakkan oleh
guru-guru dan ahli terapi. Oleh itu, sekiranya terdapat murid yang dikenal pasti mempunyai
masalah dalam menulis, guru prasekolah perlu melihat cara genggaman pensel murid
tersebut dan boleh menggunakan Alat Genggaman Pensil (Pencil Grip Device).

3
Selain alat genggaman pensel, postur badan menjadi faktor yang penting untuk memastikan
kekemasan tulisan. Mohd. Firdaus (2012) menyatakan penggunaan pensel yang kurang
sesuai dan postur badan semasa menulis merupakan punca kebanyakan murid melakukan
kesilapan semasa menulis. Postur badan yang salah akan menyebabkan murid tidak selesa
sehingga hasil penulisan mereka tidak cantik (Kelly Campbell and Yi-Jui Chen 2018). Oleh
yang demikian, postur tubuh semasa menulis harus ditekankan oleh guru semasa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
KERANGKA KONSEPTUAL
Teori Henderson menyatakan bahawa genggaman tripod dinamik merupakan salah satu
Teknik genggaman yang digalakkan untuk kanak-kanak semasa menulis kerana pensel yang
dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk. Hal ini disokong oleh Selin, (2003) yang
menyatakan bahawa penggunaan ibu jari telunjuk dan jari tengah agar dapat berfungsi
bersama-sama bagi memudahkan murid menulis dengan kemas. Oleh itu, sekiranya terdapat
murid yang dikenal pasti mempunyai masalah dalam menulis, guru prasekolah perlu melihat
cara genggaman pensel murid tersebut dan mengubah kepada alat genggaman pensil
seperti Qilamy.
REKA BENTUK KAJIAN (S.A.M.T):

Strategy/Approach / Pendekatan :

Kajian berbentuk kualitatif.

Method (Kaedah)

Kajian ini merupakan satu kajian kes yang bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan
penggunaan Alat Genggaman Pensel (Pencil Grip Device) bagi meningkatkan kekemasan
hasil tulisan kanak-kanak prasekolah

SAMPEL
Peserta kajian ini dipilih berdasarkan pemerhatian dan analisis dokumen iaitu hasil kerja
murid berkenaan. Selepas ini peserta kajian dinamakan PK1 (peserta kajian 1) PK2 (peserta
kajian 2), PK3 (peserta kajian 3) dan PK4 (peserta kajian 4) secara khusus

TEKNIK PERSAMPELAN
Kajian ini saya telah menggunakan persampelan bertujuan kerana bagi mengumpul
maklumat dari sekumpulan sampel yang khusus dan spesifik serta bertepatan dengan
objektif kajian. Semua ibubapa telah diberi surat untuk membenarkan anak mereka mengikuti
kajian ini.

4
JUMLAH
Seramai 4 orang murid dipilih setelah membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid
tersebut.

LOKASI
Lokasi kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah Prasekolah SK Dato Idris, Kuala Pilah.
ANALISIS DATA

 Analisis pemerhatian sebelum dan selepas penggunaan Alat Genggaman Pensel


(Pencil Grip Device.) menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dari aspek
kekemasan tulisan

 Analisis Dokumen, dijalankan ke atas hasil kerja murid sebelum dan selepas
penggunaan alat genggaman pensel.

 Senarai semak mengandungi elemen postur badan semasa menulis, Teknik


mengenggaman dan kekemasan tulisan. Bagi menganalisis senarai semak ini,
pengkaji menggunakan skala Guttman iaitu jadual yang mempunyai ‘ya’ dan tidak
sahaja.

2.0 RUJUKAN

Amundson, S., & Schneck, C. M. (2015). Prewriting and handwriting skills. In J. Case-Smith
(Ed.), Occupational therapy for children (6th ed.,pp. 555-582). St.Louis, MO:
Elsevier/Mosby.

Kelly Campbell and Yi-Jui Chen (2018). Preschool Children’s Early Writing: Repeated Measures
Reveal Growing but Variable Trajectories. Reading and Writing 32:939–961

5
Selin, A.-S.(2003). Pencil grip , A descriptive model and four empirical studies. Finland:
Academy Universsity Press

3.0 LAMPIRAN

INSTRUMEN KAJIAN LEPAS

Anda mungkin juga menyukai