Anda di halaman 1dari 8

Nama Kumpulan : Spec-Ed

Nama Ahli Kumpulan :

1. Mohd Nur Salam Bin Saipin.


2. Mohamad Taufiq Bin Aping.
3. Ellaine Star Manuel Sakial.
4. Alsriedha Binti Buker.
5. Puan Shariza Binti Said (Pensyarah Pembimbing)

Tajuk Inovasi :Grip-Cil

Sinopsis :

Inovasi yang pengkaji telah hasilkan adalah Grip-Cil. Inovasi ini merujuk
kepada pensil yang mempunyai pemegang untuk memperbetulkan cara memegang
pensil khususnya untuk murid-murid pendidikan khas. Namun begitu inovasi ini juga
boleh diguna pakai untuk murid aliran perdana dan juga oleh sesiapa yang berkaitan,
iaitu individu yang mempunyai masalah dengan otot-otot jari yang susah dikawal dan
juga kurang terbina ataupun mempunyai kecederaan. Cara memegang pensel yang
salah boleh menyebabkan beberapa isu semasa menulis, sebagai contohnya, ia akan
menghalang pergerakan otot jari yang sepatutnya, dan hal ini akan menyebabkan
kanak-kanak ataupun individu tersebut akan mengawal ataupun memegang pensel
tersebut dengan menggunakan otot di pergelangan tangan dan otot tangan mereka
yang akan lebih memenatkan dan kurang efektif. Penggunaan kumpulan otot yang
salah, (wrong muscle groups) untuk mengawal pegangan pensel membuatkan tangan
nampak elok memegang pensel namum begitu, grip tidak cukup kuat. Kesannya
kanak-kanak ataupun individu tersebut akan cepat rasa penat dalam memegang
pensel lalu berhenti separuh jalan dalam aktiviti menulis atau melukis yang sedang
dilakukannya, perkara ini amat penting terutamanya kepada kanak-kanak. Fokus
inovasi pengkaji adalah untuk membantu dalam memperbetulkan cara memegang
pensel dan juga membantu individu yang lemah otot-otot yang diperlukan untuk
memegang pensel agar dapat memegang pensel dengan lebih baik dan selesa. Oleh
itu inovasi pengkaji ini tidak terhad kepada murid-murid pendidikan khas sahaja,
malah ia juga boleh digunakan bagi individu yang memerlukan bantuan untuk
memegang pensel.
Seterusnya alat inovasi pengkaji ini juga disasarkan untuk penggunaan kepada
ahli terapi, ibu bapa dan juga guru-guru yang mengajar di sekolah. Hal ini adalah
kerana mereka secara langsung terlibat dengan perkembangan anak-anak iaitu
perkembangan motor halus mereka.

Pendahuluan

Untuk pengetahuan semua, kita sepatutnya tidak perlu memaksa anak-anak


anda untuk pandai memegang pensel dengan cara yang betul iaitu dengan tiga di jari
di pensel (Dynamic Tripod Grip), kerana terdapat beberapa peringkat yang mereka
harus lalui. Paksaan ini hanya akan memburukkan lagi keadaan. Hal ini akan berlaku
bilamana anda memaksa anak anda untuk cuba memegang pensel dengan cara yang
betul lalu memaksa otot tangan yang salah bagi perkara tersebut. Inovasi pengkaji ini
boleh digunakan apabila kanak-kanak tersebut ataupun individu tersebut telah melalui
beberapa peringkat yang penting agar otot tangan mereka sedia.

Perkembangan kanak-kanak untuk memegang pensel dengan betul adalah


apabila otot bahu mereka sudah bersedia bagi aktiviti tersebut. Perkembangan kanak-
kanak pula berbeza antara satu sama lain, sebagai contohnya daripada mengengsot,
merangkak sehinggalah mereka boleh berjalan. Begitu juga dengan kekuatan otot
tangan untuk memegang dengan baik. Sebagai contohnya, apabila seorang kanak-
kanak mudah untuk menjatuhkan barang yang dipegang oleh mereka hal ini juga
boleh bermaksud otot tangan dan bahu mereka belum bersedia untuk memegang
barang tersebut. Perbezaan seperti inilah yang membuatkan kanak-kanak yang lebih
kecil akan menggerakkan bahu dan lengan mereka untuk meggerakkan pensel
manakala kanak-kanak yang sudah besar dalam lingkungan 5-6 tahun pula akan
menggerakkan pergelangan tangan dan jari mereka untuk memegang pensel.

Namun begitu persoalannya, adakah anak-anak kamu semua hanya akan


bersedia dan pandai memegang pensel apabila berusia 5-6 tahun. Jawapanya
adalah, tidak semestinya, anda sebagai ibu bapa ataupun guru mereka boleh
membantu menguatkan otot-otot tangan mereka dengan beberapa aktiviti yang
bersesuaian. Sebagai langkah tambahan hasil inovasi pengkaji juga boleh dijadikan
sebagai bahan untuk mereka gunakan semasa melakukan latihan menulis agar
mereka dapat menggunakan cara memegang pensel yang paling optimum untuk
menulis dengan lebih baik, kurang penat, dan juga lebih kemas.
Cara pemegang pensel selain daripada cara Dynamic Tripod Grip tidak semestinya
kurang kefungsiannya. Cara tersebut juga boleh digunakan jika kanak-kanak tersebut
telah biasa, dan otot-otot di jari, lengan dan bahu mereka telah terlatih untuk kanak-
kanak tersebut menulis seperti itu, maka dengan itulah kanak-kanak tersebut telah
biasa menulis selain daripada cara Dynamic Tripod Grip tersebut. Namun begitu
cengkaman pensel yang tidak berfungsi ataupun kurang perkembangannya terhasil
daripada kemahiran-kemahiran lain yang lemah. Kadangkala kanak-kanak didapati
mempunyai genggaman pensel yang teruk, mempunyai kekurangan dalam
perkembangan awal motor halus mereka sama ada kerana keadaan sosio-ekonomi
yang teruk, penyakit ataupun ketidakupayaan mereka.

Objektif utama bagi hasil inovasi pengkaji adalah untuk, memperbetulkan cara
memegang pensel bagi kanak-kanak terutamanya murid pendidikan khas agar
mereka lebih selesa semasa menulis dan juga hasil inovasi ini akan dapat melatih
otot-otot yang digunakan untuk menulis agar terbina.Perkara ini akan menyebabkan
mereka dapat menulis dengan lebih baik setelah menggunakan Grip-Cil. Secara
amnya Grip-Cil ini dibina bukan dengan tujuan untuk penggunaan jangka masa yang
panjang, malah ia hanya digunakan untuk melatih otot-otot yang diperlukan untuk
menulis agar otot-otot tersebut lebih bersedia dan juga terbina dengan baik. Selain itu
ia juga dapat membantu pembelajaran murid-murid terutamanya pendidikan khas
menjadi lebih lancar.

Kedudukan Sebelum Inovasi Dijalankan

Pengkaji telah menjalankan beberapa pemerhatian dengan melakukan aktiviti


yang diperlukan untuk mendiagnosis kemahiran menggunakan pensel bagi kanak-
kanak pendidikan khas. Pengkaji telah mengambil tema kebersihan diri dan juga
warna. Pengkaji telah mengarahkan murid-murid tersebut untuk mewarnakan objek di
dalam lembaran kerja yang telah diedarkan selepas itu mereka dikehendaki untuk
menulis semula perkataan yang terdapat dalam lembaran kerja tersebut, seterusnya
pengkaji juga telah mengarahkan mereka untuk melukis alat-alat kebersihan diri yang
telah pengkaji paparkan di dalam slaid powerpoint sebagai rujukan mereka..Aktiviti
yang pengkaji jalankan adalah dengan menggunakan kemahiran mewarna, melukis
dan menulis bagi memerhatikan cara kanak-kanak tersebut memegang pensel. Ketika
sesi ini dijalankan dalam kelas pengkaji mendapati beberapa orang murid mengalami
masalah dalam cara mereka memegang pensel dan perkara ini telah menyebabkan
hasil kerja mereka menjadi kurang kemas dan tulisan mereka agak sukar untuk
difahami. Selain daripada itu didapati terdapat murid yang kurang selesa dengan cara
mereka memegang pensel. Berikut pengkaji tunjukkan perbezaan hasil kerja murid
yang memegang pensel dengan cara yang tidak betul dan juga murid yang memegang
pensel dengan cara yang baik.

Rajah 1 Menunjukkan hasil kerja murid yang memegang pensel dengan cara yang
baik
Rajah 2 Menunjukkan hasil kerja murid yang memegang pensel dengan cara yang
kurang baik.

Pada peringkat awal pemerhatian yang pengkaji telah laksanakan, pengkaji


telah memerhatikan dengan sebaik mungkin masalah yang telah dikenal pasti.
Tinjauan awal ini dilakukan adalah bertujuan untuk memahami dan mendalami
masalah tersebut secara terperinci. Tinjauan awal ini pengkaji telah laksanakan
dengan tiga cara iaitu, pemerhatian, penelitian dokumen dan temu bual. Pemerhatian
telah dilakukan semasa murid-murid melakukan aktiviti melukis alat-alat kebersihan
diri dan semasa mereka melakukan aktiviti menulis semula. Penelitian dokumen pula
dilakukan pada hasil karya murid manakala temubual dilakukan selepas penelitian
dokumen dilaksanakan. Temu bual ini dijalankan bagi mendapatkan lebih penjelasan
kepada masalah yang didapati semasa penilaian awal dilakukan.
Permasalahan sebelum inovasi dijalankan/ Masalah yang telah dikenalpasti.

Melalui pemerhatian pengkaji ketika sesi aktiviti tersebut di jalankan iaitu pada
sesi pengajaran dan pembelajaran mereka, terdapat beberapa masalah yang didapati
ketika aktiviti melukis dan menulis dijalankan. Antara punca timbunya masalah ini
adalah kerana murid-murid tersebut tidak memegang pensel dengan cara yang baik.
Murid-murid yang mempunyai masalah tersebut didapati tulisan mereka kurang
kemas dan agak sukar difahami. Bentuk huruf masih dapat dikenalpasti namun begitu
ianya tidak sesuai bagi peringkat umur mereka. Lukisan yang mereka hasilkan juga
tidak jelas. Murid-murid yang mempunyai masalah juga didapati menggunakan cara
memegang pensel yang tidak sesuai. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat
menggunakan pensel dengan lebih baik. Murid-murid yang mempunyai masalah ini
didapati cara memegang pensel mereka menghalang pergerakan jari mereka, oleh itu
ia akan menyebabkan ketidakselesaan semasa melakukan aktiviti menulis dan hasil
kerja yang tidak kemas.

Kebanyakan cara memegang pensel bagi sampel kajian pengkaji adalah,


mereka memegang dengan 5 jari, ataupun 4 jari. Hal ini menyebabkan mereka mudah
penat semasa menulis dan juga mereka menggunakan otot yang tidak sepatutnya
digunakan, perkara inilah yang menybabkan mereka mudah penat semasa
melakukan aktiviti seperti menulis dan melukis ataupun mewarna. Sesetengah murid
juga berhenti membuat aktiviti kerana telah penat, walaupun mereka belum
menyelesaikan lembaran kerja yang diberikan. Perkara ini juga lah yang
menyebabkan hasil kerja mereka kurang kemas.
Keberkesanan Pelaksanaan Inovasi.

Setelah pengkaji menjalankan projek inovasi ini terdapat beberapa perubahan


yang berlaku kepada murid-murid yang pengkaji jadikan sebagai sampel kajian
pengkaji. Antara perubahan yang ketara adalah terdapat murid yang sudah selesa
menulis dengan menggunakan alat Grip-Cil pengkaji. Pengkaji menggunakan kaedah
pemerhatian, penelitian dokumen dan juga temu bual terhadap murid-murid tersebut.
Dengan penggunaan alat Grip-Cil ini pengkaji dapati murid-murid yang mempunyai
masalah dalam kemahiran genggaman pensel, boleh menggunakan pensel dengan
lebih baik. Untuk pengetahuan semua kemahiran menggenggam pensel ini
merupakan salah satu aspek yang penting dalam kemahiran menulis yang seterusnya
akan memberikan impak dalam pembelajaran murid-murid tersebut. Kemahiran
menulis merupakan salah satu keupayaan atau kebolehan yang perlu dikuasai pada
peringkat permulaan pembelajaran. Berdasarkan pemerhatian pengkaji juga, alat
inovasi Grip-Cil ini boleh melatih murid-murid untuk membiasakan mereka
menggunakan cara genggaman tripod dinamik yang merupakan cara genggaman
pensel yang paling optimum untuk menulis. Selain itu, melalui penelitian dokumen
pula, dapat pengkaji katakan bahawa terdapat sedikit peningkatan pada hasil kerja
mereka berbanding sebelum mereka menggunakan Grip-Cil ini. Perubahan-
perubahan yang pengkaji dapati adalah, setelah mereka menggunakan Grip-Cil ini,
abjad, bentuk dan juga objek yang mereka tulis ataupun lukis tampak lebih jelas,
kemas dan teratur daripada sebelumnya.

Sebagai tambahan pengkaji juga menguji kemahiran mereka apabila mereka


tidak lagi menggunakan bantuan alat Grip-Cil ini, terdapat murid yang sudah boleh
mulai menggunakan cara genggaman tripod dinamik ini namun didapati beliau masih
lagi agak kekok semasa menulis. Bagi murid seperti ini pengkaji cadangkan agar
beliau terus berlatih menggunakan Grip-Cil supaya dapat membiasakan diri dengan
cara memegang pensel yang betul. Terdapat juga murid yang masih belum dapat
memegang dengan cara yang betul apabila tidak menggunakan Grip-Cil oleh itu bagi
murid ini pengkaji cadangkan agar mereka terus berlatih dengan menggunakan Grip-
Cil untuk membiasakan mereka menggenggam pensel dengan cara yang betul dan
lebih baik.
Seterusnya dengan adanya penggunaan inovasi ini, ia akan memberikan
kesan yang baik kepada sesi pengajaran dan pembelajaran bagi guru dan juga murid.
Murid yang mengalami masalah pembelajaran selalu dikaitkan dengan kurang
penguasaan kemahiran 3M, sekaligus mempengaruhi pencapaian mereka dalam
bidang akademik. Kemahiran menulis merupakan salah satu cara untuk mengesan
tahap penguasaan murid dalam bidang akdemik. Kemahiran menulis merupakan
koordinasi mata yang dikaitkan dengan integrasi diantara motor visual dan merupakan
penentu kualiti tulisan tangan. Murid yang lemah dalam koordinasi mata mendapat
skor yang rendah untuk penulisan. Genggaman pensel yang lemah juga
mempengaruhi kestabilan dalam penulisan. Oleh itu dengan adanya alat bantuan
Grip-Cil ini, ia sekurang-kurangnya dapat membantu murid untuk melatih mereka
mendapatkan cara genggaman pensel yang betul dan selesa. Perkara akan
membantu mereka ketika aktiviti yang memerlukan kemahiran menulis diadakan.

Anda mungkin juga menyukai