Anda di halaman 1dari 3

Pendahuluan Kerja Kursus SCE 3106 kali ini adalah berkaitan dengan kemahiran saintifik.

Melalui kerja kursus ini, saya telah menyedari bahawa betapa pentingnya penerapan kemahiran proses sains ke dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Selaku guru sains di sekolah haruslah menguasai kemahiran saintifik yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kaedah yang digunakan dalam pemgajaran yang pembelajaran yang dirancang oleh kumpulan kami ialah kaedah eksperimen. Kaedah ini adalah aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains yang telah dipelajari. Kami juga menyediakan setiap langkah penyiasatan. Saya telah mengambil bahagian menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains tahun 5. Tajuk yang kami pilih ialah tajuk asid dan alkali. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, saya telah menggunakan pelbagai benda maujud untuk membuat eksperimen dalam pengajaran tersebut. Kekuatan Untuk mejalankan aktivti penyiasatan, kami memilih kaedah eksperimen untuk mengenali bahan berasid , beralkali dan neutral dengan menggunakan kertas litmus. Kami telah menentukan bentuk aktiviti amali dan tempat pelaksanaan yang akan dijalankan serta radas yang akan digunakan oleh murid-murid. Kami telah membuat perancangan awal dan bersiap sedia untuk membuat aktiviti penyiasatan ini. Pada set induksi, guru menunjukkan buah limau kepada murid dan minta murid merasai buah limau yang masam itu. Secara tidak langsung konsep asid telah diperkenalkan. Murid dapat menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang limau itu. Ini telah meningkatkan perasaan ingin tahu murid dan meransangkan pemikiran murid mengenai asid dan alkali. Pada peringkat set induksi ini adalah berjaya menimbulkan minat murid-murid. Sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran sains dijalankan , guru berkomunikasi dengan murid, pertukaran maklumat melalui perbincangan bersama rakan juga dapat menjayakan lagi misi mereka untuk mengukuhkan pemahaman terhadap bahan berasid, beralkali dan neutral. Guru juga

menerangkan cara menggunakan kertas litmus biru dan merah serta cara untuk memerhati hasil eksperimen agar murid dapat merekod keputusan eksperimen dalam borang tugasan dengan tepat. Pengajaran dan pembelajaran berpusat pada murid, dan peranan guru adalah sebagai fasilitator iaitu memantau dan mengawasi aktiviti yang dikendalikan oleh murid. Pada pendapat saya, komunikasi dua hala dapat mengeratkan hubungan guru dan murid.

Murid-murid bekerjasama membuat eksperimen dan mereka boleh meramalkan bahan yang hendak diuji berasid atau beralkali dan dicatat dalam borang tugasan. Melalui eksperimen ini, murid boleh memberi penerangan yang rasional lalu berbincang dalam kumpulan untuk memastikan keasidan dan kealkalian sesuatu bahan yang diuji. Murid membuat kesimpulan tentang eksperimen yang telah dibuat. Ini secara tidak langsung dapat melatih murid-murid berfikiran kreatif dan kritis. Murid-murid boleh mengguna, mengendali serta membersihkan peralatan sains dan bahan dengan cara yang betul. Kemahiran manipulatif memebolehkan murid mengamalkan sikap bertanggunjawab ke atas keselamatan diri dan rakan-rakan. Saya berasa amalan ini perlu diteruskan untuk menjaga mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku di makmal. Kelemahan Kelemahan yang saya hadapi ialah murid-murid tidak menumpukan perhatian semasa penerangan diberi. Terdapat segelintir murid yang tidak aktif dan nakal, suka mengacau murid-murid yang hendak menumpukan perhatian dalam makmal. Semasa P&P dijalankan , saya kurang memberi kata-kata galakkan kepada murid apabila murid melakukan sesuatu yang betul. Kelemahan kedua adalah menghadapi masalah kekurangan masa. Masa yang dirancang untuk menjalani eksperimen adalah 1 jam, tetapi semasa eksperimen baru hendak dijalankan, satu pengumuman telah dibuat oleh pihak sekolah. Ramai murid 5 Teratai terlibat, mereka meninggalkan makmal sains kerana ada satu perjumpaan dengan mereka. Eksperimen terpaksa tergendala sebentar dan ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan sempurna. Tetapi akhirnya kami bersyukur eksperimen ini dapat dijalankan juga hingga saat terakhir waktu pembelajaran. Penambahbaikan Untuk mengatasi masalah murid, saya telah merekakan satu slogan untuk disyorkan, apabila saya hendak murid bertumpukan perhatian kepada saya. Cara ini sangat berguna, dan murid berasa

seronok. Saya juga mengasingkan murid-murid yang bermasalah disiplin kepada kumpulan yang berasingan. Selain itu, saya meronda dan sering memberi galakan kepada murid-murid dan memberi perhatian khas kepada murid yang bermasalah. Setelah saya banyak memberi galakkan kepada murid, murid - murid berani menyoal soalan dan berani menjawab soalan walaupun jawapannya salah. Ini telah meningkatkan keyakinan diri murid. Kesimpulan Hasil Kerja Kursus Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Aini Fariza bt Mohd Yulan Kerana beliau memahami keadaan dan masalah yang dihadapi oleh guru-guru PPG dan beliau juga memberi semangat dan sokongan kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus. Tambahan pula, beliau seorang yang peramah, prihatin dan rela memberi tunjuk ajar yang 100% kepada kami. Saya sangat kagum dengan sumbangan beliau. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan dan rakan sejawat yang sering menghulurkan tangan membantu saya. Untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya telah mendapat ilmu pengetahuan sains yang berguna yang saya tidak dapat sebelum ini. Menjalankan kerja kursus ini, saya dapat berinteraksi dengan rakan sejawat, rakan seperjuangan dengan baik, kami saling bertukar idea antara sama lain. Melalui kerja kursus ini, saya memahami dan tahu menggunakan kemahiran saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Justeru itu, ia juga memberikan banyak manfaat kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai