Anda di halaman 1dari 5

2.

FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN Pada 13 Mac 2013 yang lalu, saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Sains bagi kelas 4 Marjan berkaitan topik Tumbuhan Bergerak Balas Terhadap Rangsangan. Jam menunjukkan tepat pada pukul 12tengah hari dan murid mula menunjukkan reaksi yang tidak selesa dan tidak bermaya. Kerisauan yang saya fikirkan akhirnya berlaku apabila murid mula dan tidak bermaya untuk meneruskan menunjukkan sikap tidak berminat

penyampaian konsep Sains yang saya laksanakan. Menyentuh kembali isu murid bosan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran saya itu tadi, sememangnya saya akui merasa geram dengan tindakan spontan salah seorang murid kelas tersebut mengatakan bahawa dia sudah bosan dengan lantang sekali. Namun perkara ini jelas telah membuka mata saya akan kegagalan saya untuk menarik minat murid berkenaan untuk terus memberikan perhatian terhadap penyampaian konsep Sains tersebut. Walaupun saya merasakan dengan tayangan video, paparan beberapa contoh gambar tumbuhan dan aktiviti berkumpulan cukup mampu untuk menarik minat murid dalam penyampaian konsep Sains saya, namun masih ada sesuatu yang kurang dan tidak lengkap dengan sesi pengajaran ini. Adakah saya diibaratkan seorang guru yang syok sendiri iaitu merasakan segala kelangkapan dan persediaan yang dilakukan telah mencukupi untuk memberikan kefahaman yang jelas kepada murid-murid terhadap pengajaran dan penyampaian konsep Sains saya? Tidak mungkin. Apabila aktiviti Muzik Box pada peringkat fasa aplikasi idea yang merupakan satu aktiviti permainan menunjukkan penglibatan dan minat hampir 99% orang murid kelas tersebut! Justeru, berdasarkan fokus kajian ini iaitu saya ingin memperbaiki dan menambahbaik amalan serta kualiti penyampaian konsep Sains saya bukan sahaja pada topik ini sahaja akan tetapi terhadap topik-topik pengajaran Sains yang lain juga melalui Kaedah Terapi bermain sambil belajar. Berikut saya telah melakukan tinjauan awal terhadap kumpulan sasaran saya melalui teknik pengumpulan data, Jadual 1.0 menunjukkan analisis respon kumpulan sasaran:

Jadual 1.0 Minat Murid untuk Mempelajari Mata Pelajaran Sains Respon Murid Ya Tidak Kekerapan 16 25 Peratusan (%) 41.5 58.5

Tanpa mempunyai minat, sesuatu pembelajaran tidak akan dapat menarik perhatian murid untuk meneruskan pembelajaran apatah lagi memberikan pemahaman kepada mereka. Pendek kata, tak kenal maka tak cinta. Dalam konteks pembelajaran kanak-kanak memerlukan suatu media interaktif yang mendorong mereka untuk mempelajari sesuatu pembelajaran. Pendekatan belajar melalui kaedah bermain yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang terancang dan menggembirakan dan bermakna. Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.Dari aspek psikologi pula, kaedah terapi bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi bermain membantu murid menunjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan. Berdasarkan teori dan perincian tokoh terhadap keberkesanan terapi bermain sambil belajar ini, saya mengharapkan kualiti pengajaran dan penyampaian konsep Sains saya dapat ditingkatkan dengan penerapan kaedah terapi bermain sambil

belajar ini ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya pada masa akan datang. Ini kerana aktiviti-aktiviti yang seringkali saya laksanakan sebelum ini hanya memfokuskan kepada penerapan amalan hands-on dan minds-on semata-mata seperti aktiviti berkumpulan dan lembaran kerja sahaja. Namun dengan pembaharuan yang ingin saya laksanakan in diharapkan agar dapat menjadi sesuatu yang bermakna dalam amalan penyampaian pengajaran saya secara hearts-on juga. Hearts-on learning develops the complete person, with passion for what they do and confidence and care for the community and society.

Kajian ini boleh ditadbirkan dengan jayanya kerana proses kajian yang akan dijalankan melibatkan murid-murid SK Taman Semarak yang mana saya sedang menjalankan latihan mengajar (intenship) selama sebulan pada waktu itu. Malah, saya merancang untuk melibatkan kumpulan sasaran saya yang mana terdiri daripada beberapa orang murid Tahun 4 Marjan. Saya merancang untuk melibatkan murid-murid ini ke dalam proses kajian ini semasa kelas bukan kritikal seperti mata pelajaran muzik dan mata pelajaran seni. Saya perlu meminta kebenaran daripada Guru Besar SK Taman Semarak dan saya percaya pihak pengurusan sekolah akan membenarkan saya menjalankan kajian ini memandangkan kajian yang dijalankan amat menguntungkan murid-murid. Hal ini kerana murid Terapi Bermain. Daripada segi aspek kawalan semasa kajian yang dilakukan, segala aspek pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dapat dikawal sepenuhnya oleh saya kerana segala aktiviti, temubual, soal selidik yang dilakukan tidak bergantung kepada orang lain kerana segala aspek pengajaran dilakukan 100 peratus oleh saya. Namun bergitu, kajian yang dilakukan akan dibantu oleh beberapa orang rakan serta guru bimbingan saya bagi subjek Sains agar segala perancangan kajian dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Diharapkan pihak sekolah dan guru mata pelajaran sains dapat membantu dengan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada saya kerana seperti yang kita sedia maklum subjek sains merupakan subjek terpenting yang perlu dikuasai oleh murid masa kini. Kerelevanan untuk menjalankan akan berpeluang untuk mempelajari subjek sains dengan kaedah yang lebih menarik menerusi kaedah

kajian untuk menambahbaik pembelajaran konsep Sains.

amalan pengajaran saya serta kualiti penyampaian

konsep Sains saya terhadap murid sekaligus menarik minat murid dalam

3.0

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 3.1 Objektif umum

Objektif kepada kajian ini adalah untuk menambahbaik amalan pengajaran saya dengan mengaplikasikan kaedah Terapi Bermain sambil belajar dalam tajuk yang dikenalpasti untuk menarik minat murid dan meningkatkan kefahaman murid dalam memahami konsep Sains. Selain itu, kajian ini juga sebenarnya untuk mengkaji keberkesanan kaedah Terapi Bermain terhadap kualiti penyampaian konsep Sains saya sekaligus mewujudkan pembelajaran konstruktivisme murid. 3.2 Objektif khusus Meningkatkan kualiti penyampaian konsep Sains menggunakan kaedah Terapi Bermain sambil belajar. Penambahbaikan amalan pengajaran konsep Sains serta menarik minat murid dalam matapelajaran Sains melalui kaedah Terapi Bermain sambil belajar.

Soalan Kajian: (a) Adakah kaedah Terapi Bermain sambil belajar dapat meningkatkan kualiti penyampaian konsep Sains guru? (b) Bagaimana kaedah Terapi Bermain sambil belajar dapat menambahbaik amalan pengajaran konsep Sains serta menarik minat murid dalam matapelajaran Sains melalui kaedah Terapi Bermain sambil belajar? (c) Apakah kesan kaedah Terapi Bermain dalam meningkatkan kualiti penyampaian konsep Sains guru?

Anda mungkin juga menyukai