Anda di halaman 1dari 5

2.

0 Tinjauan Literatur

Bab ini membincangkan tentang hasil kajian-kajian yang terdahulu berkaitan


dengan tajuk yang dikaji. Selain itu, bab ini turut menjelaskan model atau teori yang
berkaitan dengan kajian kes ini. Melalui tinjauan literatur ini, pengkaji dapat
menjelaskan serta mengaitkan dapatan tersebut dengan isu dan masalah yang ingin
dikaji.

2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian

Di malaysia Kaedah Belajar Sambil Bermain kebanyakannya diaplikasikan


kepada murid-murid di prasekolah namun masih lagi relaven untuk diaplikasikan
kepada murid-murid di sekolah rendah. Maka pendekatan kaedah pengajaran yang
sesuai dan tidak keterlaluan perlulah diterapkan agar mereka berasa seronok untuk
belajar.

Kaedah Belajar Sambil Bermain dapat melibatkan murid-murid secara aktif


kerana dengan bermain akan merangsang pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor mereka. Dengan itu, Kaedah Belajar Sambil Bermain ini boleh menjadikan
murid-murid lebih aktif dan mengelakkan kebosanan.

Kaedah Belajar Sambil Bermain ini juga dilihat dapat memenuhi matlamat
Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin melahirkan generasi cemerlang dalam
kesemua aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial murid-murid di sekolah. Hal
ini kerana sepanjang aktiviti bermain dijalankan murid-murid bergerak secara bebas
bagi tujuan meningkatkan kemahiran jasmani mereka. Selain itu, murid-murid turut
bersosial dan berkomunikasi dalam kumpulan sekaligus dapat meningkatkan
kemahiran sosial dan emosi murid-murid. Sahsiah turut dibentuk semasa aktiviti ini
dijalankan apabila murid-murid menunjukkan akhlak yang baik semasa bermain.

Dapatlah disimpulkan bahawa, Kaedah Belajar Sambil Bermain ini banyak


memberikan manfaat kepada murid-murid untuk perkembangan yang baik di sekolah.
Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi melihat sejauhmanakah Kaedah Belajar Sambil
Bermain dapat meningkatkan minat dan kefahaman murid-murid dalam pembelajaran
Sains khususnya bagi Topik Sistem Suria.
2.2 Teori-Teori / Model Kajian

Teori perkembangan Piaget

Teori ini menyatakan bahawa kanak-kanak yang berumur antara 7-12 tahun
adalah mereka yang telah berada pada tahap perkembangan ketiga iaitu tahap
operasi konkrit. Pada tahap ini, mereka mula menerima tentang pemikiran-pemikiran
logik dan mula memahami tentang sesuatu konsep. Mereka lebih memahami sesuatu
dengan jelas dan bukannya abstrak.

Oleh itu, belajar sambil bermain ini mampu membawa mereka untuk lebih
menggunakan pemikiran logik dan memahami sesuatu konsep semasa bermain.
Mereka akan mula memahami dan dalam masa yang sama mereka mula mengingati
apa yang telah mereka laksanakan. Hal ini akan memberikan kefahaman yang
mendalam kepada murid-murid dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh
guru.

Selain itu, mengikut teori Piaget juga turut berpendapat tujuan bermain adalah
untuk menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak di samping memperkukuh
pembelajaran baru dijalankan dalam suasana yang santai. Secara ringkasnya,
manfaat yang boleh diperoleh daripada main ialah perkembangan intelek dan sosial
secara optimum. Perkara ini menunjukkan bahawa permainan dapat merangsang
perkembangan kognitif kanak-kanak dan membantu dalam memperkukuhkan
penerimaan maklumat.

2.3 Dapatan Kajian Lalu

Terdapat beberapa kajian lalu mengenai kaedah belajar sambil bermain yang
menunjukkan ia dapat meningkatkan minat dan kefahaman murid-murid dalam
pembelajaran. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Sharifah Nor Puteh, Manisah
Mohd Ali, Norshidah Mohamad Salleh & Aliza Alias (2009), didapati bahawa
pendekatan aktiviti permainan dapat meningkatkan kemahiran kognitif dan
menyebabkan murid berasa teruja dengan aktiviti permainan, terlibat secara aktif,
berasa seronok dan menggalakkan pemikiran yang kreatif. Perkara ini dapat
membantu murid-murid dalam meningkatkan kefahaman dan mengenalpasti
maklumat dengan lebih berkesan.
Selain itu, aktiviti belajar sambil bermain lebih menarik dan menyeronokkan
berbanding pengajaran menggunakan buku teks sahaja. Menurut kajian yang telah
dilakukan oleh Sung dan Ching (2012), murid akan lebih minat dengan pembelajaran
yang bercirikan permainan berbanding pembelajaran tradisional di dalam kelas. Oleh
itu, aktiviti-aktiviti pembelajaran di dalam kelas haruslah mempunyai ciri-ciri
permainan yang menarik agar dapat menarik minat murid untuk belajar. Apabila murid
mempunyai minat untuk belajar, secara tidak langsung akan meningkatkan
kefahaman mereka terhadap isi kandungan pelajaran.

Menurut Lau Ging Lim (2012), dalam dapatan kajiannya menyatakan bahawa
kesan penggunaan kaedah belajar sambil bermain ke atas minat dan penglibatan
murid dalam pembelajaran Sains dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam
mata pelajaran tersebut. Hasil kajian membuktikan bahawa penggunaan kaedah
bermain sambil belajar berjaya meningkatkan minat serta penglibatan peserta kajian
dalam mata pelajaran Sains sekaligus meningkatkan kefahaman dan pencapaian
mereka.

2.4 Fokus Kajian

Kajian yang dijalankan ini memfokuskan kepada permasalahan yang dihadapi


oleh murid-murid dalam pembelajaran Sains bagi topik sistem suria. Murid-murid
didapati cepat berasa bosan dan tidak memberi perhatian apabila guru mengajar
menggunakan keadah tradisional. Murid tidak berminat untuk belajar topik tersebut
apabila guru menggunakan kaedah tradisional menyebabkan kefahaman murid
terhadap fakta dan konsep Sains terganggu.

Menurut Loo (2015), amat penting bagi murid untuk memahami konsep Sains
dalam sesuatu topik dengan lebih baik. Hal ini kerana tanpa kefahaman, murid akan
menghadapi masalah untuk mengaplikasi pengetahuan dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, guru perlulah mengubah kaedah pengajaran ynag berpusatkan guru kepada
kaedah pengajaran berpusatkan kepada murid-murid. Sebagai contoh guru boleh
mengaplikasikan kaedah belajar sambil bermain semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Penggunaan kaedah belajar sambil bermain dapat mewujudkan suasana yang
menyeronokkan sekaligus dapat membina pengalaman yang bermakna kepada
murid-murid di sekolah. Oleh itu, amat disarankan untuk menggunakan kaedah ini di
sekolah bagi memupuk minat dan kefahaman murid-murid terhadap mata pelajaran
Sains.

Anda mungkin juga menyukai