Anda di halaman 1dari 10

Pengajaran dan pembelajaran

Oleh: ZULKIPLY BIN HJ YAAKOB. IPTHO

Untuk mempastikan agar pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah


sentiasa meningkat guru perlulah mencari beberapa bentuk pendekatan, strategi,
kaedah pengajaran yang sesuai bagi kanak-kanak prasekolah.

Pengajaran Guru

Peta Minda: Pendekatan Pengajaran dan pembelajaran

PENDEKATAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

BELAJAR MELALUI PENDEKATAN PENDEKATAN PENDEKATAN


PENDEKATAN ICT
BERMAIN BERTEMA BERSEPADU PROJEK

a. Belajar Melalui Bermain

Bagi kanak-kanak ‘main’ merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka.


Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya.
Malangnya, ibu-bapa dan orang-orang dewasa yang mempunyai sedikit atau tiada
pengetahuan dan kefahaman tentang konsep ini menganggap main tidak mendatangkan
faedah dan hanya membuang masa dan tenaga sahaja.

Ketika bermain kanak-kanak bebas untuk memahirkan dan menguasai kemahiran dan
pengetahuan baru mengikut tahap kebolehan dan mengikut cara mereka sendiri.
Keadaan ini akan mengurangkan ketegangan dan kebimbangan yang boleh
menghalang pembelajaran. Dengan itu belajar melalui bermain adalah menyeronokkan
dan bebas dari kebimbangan. Apabila kanak-kanak betul-betul terlibat dengan bermain,
mereka adalah belajar dan menikmati kegembiraan pada setiap minit ia terlibat.

Pada dasarnya permainan kanak-kanak nampak mudah. Sebenarnya apa yang terjadi
ialah ‘bermain’ telah menyentuh setiap aspek perkembangan dan pembelajaran kanak-
kanak. Dengan itu, mana-mana program yang tidak mengambil berat tentang belajar
melalui bermain ini bermakna mereka mengabaikan tentang bagaimana kanak-kanak
belajar dan berkembang.

Bagaiman Bermain Mempengaruhi Tingkah Laku.

Sawyers J.K dan Roger C.S (2001) menyatakan banyak kajian membuktikan bahawa
bermain banyak menyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak dalam berbagai
cara :
1. Bermain menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mempraktikan
kemahiran-kemahiran baru kognitif, sosio-emosi dan fizikal. Apabila mereka telah
menguasai kemahiran tersebut mereka boleh menggunakannya dalam situasi
baru.
2. Bermain banyak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bertindak balas
terhadap objek-objek dan mengalami peristiwa-peristiwa bersama rakan-rakan
dan orang dewasa.
3. Bermain adalah bentuk pembelajaran aktif yang menyatukan minda, tubuh
badan dan jiwa kanak-kanak. Pembelajaran kanak-kanak terjadi dengan sangat
berkesan apabila keseluruhan diri kanak-kanak itu terlibat.
4. Bermain membolehkan kanak-kanak menggunakan pengalaman sebenar
mereka untuk menyusun konsep-konsep bagaimana dunia ini beroperasi.
5. Kanak-kanak boleh melihat bagaimana pengalaman baru boleh dikaitkan dengan
pengalaman pembelajaran sebelumnya. Kebanyakkan apa yang kita pelajari
tidak boleh diajar secara terus sebaliknya harus dikumpulkan dengan cara kita
sendiri melalui pengalaman-pengalaman yang telah dilalui.
6. Semasa bermain kanak-kanak boleh membina sikap mereka cipta yang
menggalakkan kanak-kanak untuk berupaya berfikir mengenai pelbagai idea,
cara baru untuk membuat sesuatu dan cara untuk menyelesaikan masalah.
Kanak-kanak terbuka kepada beberapa cara peyelesaian.
7. Bermain dapat membolehkan kanak-kanak belajar mengenai pembelajaran iaitu
melalui perasaan ingin tahu, mereka cipta dan kekal di dalam tugasan. Jangka
masa tumpuan kanak-kanak menjadi lebih panjang apabila mereka berminat dan
berpuas hati.
8. bermain boleh mengurangkan tekanan yang selalu wujud ketika pembelajaran
berlaku. Ketika bermain orang dewasa tidak mengganggu. Kanak-kanak selesa
semasa bermain apabila mereka melakukan kesalahan mereka tidak didenda.
9. Melalui bermain bersama rakan sebaya kanak-kanak membina kemahiran
melihat sesuatu dari sudut pandangan orang lain, bekerjasama, tolong
menolong, berkongsi, dan juga menyelesaikan masalah. Mereka membina
tingkah laku pemimpin dan pengikut yang perlu bekerjasama. Pengalaman ini
mengalakkan kanak-kanak berfikir bagi menguasai dunia sosial dan dapat
memahami diri mereka.
10. Kanak-kanak melahirkan dan memahami aspek-aspek emosi dalam pengalaman
kehidupan harian mereka termasuk pengalaman-pengalaman gembira,
menakutkan dan sedih khususnya dalam permainan dramatik.

Peranan Guru Untuk Menggalakkan Bermain.

Guru adalah sebagai kunci untuk mencorakkan permainan yang bermakna yang
mengalakkan pembelajaran. Apa yang dibuat dan sikap guru terhadap bermain dapat
menentukan kualiti persekitaran dan aktiviti yang dilaksanakan di prasekolah. Guru
bertanggungjawab untuk melaksanakan kurikulum menggunakan pendekatan
bersesuaian:
• Merancang untuk melaksanakan kurikulum melalui bermain dengan
mengintegrasikan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan bermain untuk
mencapaikan hasil-hasil pembelajaran tertentu. Aktiviti bermain hendaklah
bersesuaian dengan keperluan perkembangan kanak-kanak dan bebas dari
pengaruh jantina dan budaya. Guru harus menjelaskan mengenai konsep-
konsep kurikulum dan idea yang mereka mahu kanak-kanak belajar melalui
bermain.
• Memperuntukan masa untuk pembelajaran melalui bermain dan masukkan
dalam jadual dan sebagai aktiviti yang munasabah.
• Sedikan persekitaran dan strukturkan masa untuk pembelajaran melalui bermain
termasuk aktiviti dalam dan luar bilik darjah yang menyokong pembelajaran.
• Susun persekitaran bilik darjah dan pusat-pusat pembelajaran yang
menggalakkan pembelajaran aktif.
• Sediakan bahan dan peralatan yang bersesuaian dengan aras perkembangan
kanak-kanak tanpa diskriminasi jantina dan budaya.
• Ajar juga pembantu guru dan ibu bapa untuk menggalakkan pembelajaran
melalui bermain.
• Selia aktiviti permainan dan guru boleh ambil bahagian dalam permainan kanak-
kanak, ini membolehkan guru membantu, menunjuk dan menjadi model bila
sesuai.
• Perhatikan kanak-kanak bermain. Guru boleh belajar bagaimana kanak-kanak
bermain dan hasil pembelajaran dari bermain itu boleh digunakan untuk
merancang aktiviti-aktiviti seterusnya.
• Soal kanak-kanak mengenai permainan mereka, bincangkan apa yang kanak-
kanak buat ketika bermain dan jelaskan atau beri penerangan semula tentang
perkara-pekara yang telah mereka pelajari ketika bermain.

b. Pendekatan Bertema

Pendekatan bertema seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan


pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan
efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman
dan kepakaran artistik. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran,
mencerminkan budaya dan minat murid dan guru.

Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun
sekitar konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang
kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari
program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian yang tidak
berkaitan. Untuk pengajaran bertema juga membolehkan pelajar mengubungkan
di atara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga bidang-bidang
kurikulum.

Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan pendekatan


bertema, pelajar diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari
peluang mengekpresikan sesuatu tema yang diterima pakai.

Justeru itu memilih tema merupakan langkah yang penting untuk


memperkembangkan unit pembelajaran. Ini adalah kerana banyak masa dan
usaha yang perlu diberikan untuk meningkatkannya. Terdapat banyak tema dan
cara untuk mengkategorikan pendekatan ini.

Pengajaran bertema dapat dikategorikan kepada enam unit tema

• Berasaskan konsep
• Berasaskan kemahiran
• Berasaskan kandungan dan kemahiran
• Berdokus kepada isu
• Berfokus kepada projek
• Berorientasikan kajian kes.

c. Pendekatan Bersepadu

Manusia makhluk Tuhan yang merupakan entiti yang bersepadu. Konsep


Pendekatan bersepadu merupakan kesinambungan pendidikan bersepadu yang
diasaskan kepada teori ontologi, epistemologi dan axiologi. Ilmu bukanlah ‘god-free’.

Pendekatan bersepadu membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan


sebenar yang saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya terpisah-pisah.
Kesemua unsur yang ada pada diri manusia dikembangkan secara optimum dan
pengembangan itu dilakukan secara tidak berasingan tetapi sentiasa dikaitkan
antara satu sama lain

Konsep Bersepadu

KONSEP BERSEPADU MERANGKUMI

KESINAMBUNGAN INTEGRASI PENYERAPAN

PERIMBANGAN PENGGABUNGJALINAN HUBUNGKAIT

Konsep bersepadu ini hendaklah dilaksanakan dengan,

• Teras kesepaduan adalah Rukun Negara


• Pendidikan bersepadu memberi peluang kepada kanak-kanak
• Mendalami atau meneroka sesuatu topik
• Lebih banyak pilihan & motivasi untuk belajar dengan kepuasan
• Pembelajaran lebih aktif, menyeronokkan & bermakna
• Meningkatkan daya imaginasi & kreativiti
• Mengembangkan kemahiran berbahasa
• Menghayati nilai-nilai murni
• Belajar bersama rakan sebaya

Aspek-aspek Kesepaduan
• Kesepaduan antara komponen
• Kesepaduan kemahiran-kemahiran dan nilai-nilai murni
• Kesepaduan aktiviti dalam dan luar kelas
• Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid
• Kesepaduan berbagai kaedah dan teknik
• Kesepaduan teori dan amali
• Kesepaduan pengalaman langsung
• Kesepaduan keduniaan dan keakhiratan
d. Pendekatan ICT

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam
kehidupan kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang
lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem
pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan.

Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan


supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan
interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh
membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.

ICT perlu diintegrasikan dalam berbagai komponen, penggabungjalinan dengan


bahan, persekitaran yang bersesesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya
pembelajaran kanak-kanak.

Matlamat ICT

• Penggunaan ICT dapat mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada


masyarakat bermaklumat.
• Penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan
menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin dengan
kaedah pengajaran untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti pengajjaran
dan pembelajaran.
• Membantu kanak-kanak mengembangkankebolehan dari segi mengguna,
mengurus dan memahami ICT.
• Membawa kaedah baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.
• Ramai kanak-kanak belajar secara ‘field dependent’. Belajar secara konkrit.
Mereka mudah faham jika ada rajah, ilustrasi dan latihan.
• Dalam ICT terrdapat bahan yang interaktif, grafik, teks dan muzik yang boleh
menarik minat kanak-kanak untuk belajar.
• Internet membolehkan kanak-kanak meneroka, mencari bahan.
• Dapat meneroka berulang kali.
• E-mail (komunikasi), net meeting membolehkan guru dan kanak-kanak
bertukar idea.

Kelebihan ICT Dalam P&P

• Pembelajaran berpusatkan kanak-kanak – penerokaan dan penemuan.


• Membawa sikap positif – mereka ada peluang luas dalam aktiviti
pembelajaran berbanding tradisional
• Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal.
• ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan
penerokaan secara aktif. Kanak-kanak mencari bukan menerima secara satu
hala.
• Ia menarik kerana bercorak interaktif.
• Penilaian dapat dilakukan selepas aktiviti selesai.
• Bahan dapat digunakan berulangkali

e. Pendekatan Projek

Pendekatan projek di dalam Pendidikan Prasekolah merupakan satu pendekatan yang


memperkembangkan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak untuk menyelesaikan
masalah. Projek boleh dijalankan secara kelas atau dalam kumpulan kecil

Apakah kepentingan menggunakan pendekatan projek?

a. Projek memperkayakan aktiviti kanak-kanak seperti permainan dramatik,


pembinaan, melukis dan mewarna. Dengan cara ini projek dapat
menghubungkan aktiviti-aktiviti tersebut dengan kehidupan diluar
sekolah.

b. Pendekatan projek memberi peluang kanak-kanak untuk menjalankan


kajian sendiri dan membentangkannya didalam pelbagai cara.

c. Kanak-kanak berpeluang menggunakan pengetahuan dan kemahiran


asas matematik dan bahasa di sepanjang pelaksanaan projek.

Pendekatan Projek ini mengandungi tiga fasa:

Fasa 1 : kebolehan untuk menjelajah dan berkongsi pengalaman, idea


yang
(Permulaan) berkaitan dengan tajuk.

Fasa 11 : kebolehan mengumpul data, berdasarkan pengalaman pertama


(Perkembangan): dengan menjalankan aktiviti menemuduga orang yang
berkemahiran, mengumpul pelbagai maklumat

Fasa III : Kebolehan membuat kesimpulan berdasrkan data yang telah


(Kesimpulan) diperolehi dan boleh menyediakan dan membuat laporan.

Manakala sruktur Pendekatan Projek dibahagikan kepada lima iaitu:

• Perbincangan
• Kerja luar
• Mewakili
• Menyiasat
• Menunjukkan bukti

Struktur pendekatan projek ini merupakan satu garis panduan yang perlu diikuti supaya
kanak-kanak tidak menjalankan aktiviti projek mengikut kehendak sendiri..

Contoh Carta 1 :

Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3


Permulaan Perkembangan Kesimpulan
Perbincangan -Berkongsi -Besedia untuk membuat kerja -Bersedia untuk berkongsi
pengalaman dan luar dan cerita mengenai projek.
pengetahuan dan -Reviewing field work Membuat reviem/ maklum
tajuk yang telah -Learning from secondary balas dan penilaian projek.
diketahui. sources
Kerja Luar -Kanak-kanak akan -Keluar dari kelas untuk -Menilai projek melalui
memberitahu menyiasat diluar kelas pemerhatian dan
pengalaman yang -Menemuduga orang yang mahir perbincangan ramai.
diperolehi kepada tentang topik yang dipilih.
keluarga.
Mewakili -Melukis, menulis, -Membuat satu gambaran -Boleh membuat rumusan
membina, main sebenar dan membuat nota.. untuk projek yang
drama dan lain-lain -Melukis, mewarna, menulis, dilaksanakan..
aktiviti yang mengira, membuat peta untuk
membolehkan ianya mewakili satu pembelajaran baru.
berkongsi
pengalaman dan
pengetahuan.
Menyiasat -Boleh -Menyiasat soalan yang telah -Boleh membuat ramalan atau
mengemukakan dikenal pasti. spekulasi mengenai soalan-
soalan berdasarkan -Kerja luar, kajian diperpustakaan soalan yang baru.
kepada pengetahuan banyak mengemukakan pelbagai
yang diperolehi.. soalan.
Menunjukkan -Berkebolhan -Berkongsi pengalaman dan Membuat rumusan
bukti berkongsi pengetahuan yang diperolehi. pembelajaran pada setiap
pengalaman sendiri -Sentiasa mempertingkatkan projek
pada topik yang rekod pada projek.
dipilih..

10.1.2 Pembelajaran kanak-kanak


Untuk melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran di prasekolah, pengelolaannya
dibahagikan secara kelas, kumpulan dan individu.

a. Aktiviti Kelas.

Kajian menunjukkan bahawa pengajaran secara keseluruhan kelas sebagai


pengajaran langsung didapati paling efektif bagi pengajaran kemahiran asas. Akan
tetapi untuk menggunakannya potensi pengajaran secara keseluruhan, guru-guru
perlu memastikan bahawa struktur pelajarannya dan perkembangan kandungan
seharusnya jelas kepada pelajar.

Akriviti kelas merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang


melibatkan keseluruhan kelas untuk menjalankan aktiviti. Aktiviti ini digunakan
apabila guru menyampaikan dan memberikan maklumat semasa perbualan pagi,
memberi arahan, penerangan dan membuat aktiviti penamat pada setiap akhir
pembelajaran. Aktiviti kelas yang lain adalah seperti;
• Membuat percubaan
• Berlakon
• Menyanyi beramai-ramai
• Menonton
• Bercerita
• Membuat lawatan
• Bersoal jawab

Menyampaikan maklumat kepada kelas

Untuk pengajaran secara aktiviti kelas, terdapat panduan yang perlu diikuti oleh
guru.

• Memberi fokus kepada satu isi pada satu-satu masa dengan


mengelakkan penggunaan frasa yang kabur.

• Mengulangi dan mengulangkaji peraturan-peraturan am dan konsep-


konsep penting semasa mengajar topik-topik yang lebih sukar bagi
membantu kanak-kanak mengekalkan dan memahani topik.

• Menggunakan pelbagai media dan kaedah untuk membantu pelajar-


pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Bahan
pengajaran hendaklah disampaikan dalam langkah-langkah kecil
mengikut tahap kanak-kanak dan kemudiannya dibuat latihan sebelum
beredar kelangkah seterusnya.

• Menjadikan penyampaian tentang sesuatu topik sejelas mungkin.

b. Kumpulan.

Penekanan terhadap interaksi sosial dalam situasi pengajaran pembelajaran telah


membawa kepada perkembangan teknik pengajaran aktiviti kumpulan. Pengajaran
kumpulan menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran.
Aktiviti kumpulan ialah satu kaedah pengajaran pembelajaran yang membahagkan
kanak-kanak kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan boleh menjalankan aktiviti
yang sama atau berbeza-beza di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang
lain. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerja secara kolaboratif dalam kumpulan
masing-masing

Tiga alternatif asas mengumpulkan kanak-kanak ialah:

• Kumpulan mengikut kebolehan


Kanak-kanak yang mempunyai kebolehan intelek yang sama sekiranya
ditempatkan di dalam kumpulan yang sama akan mencapai potensi mereka
yang maksimum jika diberi cabaran dan dikelilingi oleh mereka yang
mempunyai tahap perkembangan intelek yang hampir sama.

• Kumpulan mengikut minat


Pengumpulan mengikut minat adalah suatu proses pemilihan kendiri.
Biasanya, ia berorientasikan projek. Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang
mahu membuat kajian tentang pengangkutan dalam komuniti mereka dalam
mata pelajaran kajian tempatan boleh bekerja bersama-sama . Pelajar-
pelajar ingin mempelajari tentang sumber asli di tempat-tempat tertentu
boleh membentuk kumpulan yang lain. Pelajar-pelajar yang berminat untuk
sama-sama berbincang tentang sumber manusia boleh membentuk satu
kumpulan yang lain.

• Kumpulan mengikut kadar pencapaian


Biasanya pengumpulan mengikut kebolehan atau minat akan dapat
menentukan kadar pembelajaran sesuatu kumpulan. Guru seharusnya tahu
bahawa pelajar mempunyai kadar pembelajaran yang berbeza walaupun
mereka mempunyai kebolehan yang sama. Sebagai contoh , kumpulan
yang berkebolehan mungkin akan menyiapkan sesuatu projek dalam
tempoh yang lebih lama kerana ingin mendalami projek tersebut.
Sebaliknya, kumpulan pelajar lain mungkin berupaya untuk mencapai
objektifnya tetapi pada kadar yang berlainan.

Semasa aktiviti kumpulan dijalankan dalam kelas/bilik darjah, guru sepatutnya


bergerak daripada satu kumpulan kepada kumpulan yang lain untuk membimbing
dan menyelia mereka sekiranya perlu. Setiap kumpulan perlu mempunyai ketua
untuk meninjau dan memastikan tugas-tugas yang khusus seperti mengedar dan
menyimpan bahan dan merekod kemajuan kerja diselesaikan mengikut rancangan .
Guru juga sepatutnya meluangkan masa untuk membincangkan kerja yang
dilakukan oleh setiap kumpulan. Ringkasan yang baik digunakan untuk
memotivasikan pelajar berusaha untuk penambaikan. Hasil kerja yang baik boleh
dipamerkan dalam kelas.

Pengajaran kumpulan paling baik digunakan apabila pembelajaran yang melibatkan


pelajar digalakkan.

Contoh aktiviti kumpulan:


• Bentuk doh
• Main pondok
• Main bongkah
• Main cantuman puzzle
• Main permainan tradisional
• Berkebun
• Penerokaan
• Permainan bahasa/ matematik
• Membuat kolaj/capan/cetakan/melukis/mewarna
• Pertandingan menyusun huruf/perkataan/ gambar bersiri

c. Individu

Pengajaran individu telah menjadi agak terkawal dalam beberapa tahun


kebelakangan ini dan seperti mana jenis-jenis pengajaran yang lain, ia
membawa makna yang berbeza kepada orang lain. Pada asasnya pengajaran
individu boleh dikatakan sebagai pembelajaran mengikut kadar individu adalah
berasaskan pada premis di mana setiap orang boleh belajar apa sahaja tetapi
ada yang mengambil masa yang lebih. Pelajar bekerja untuk mencapai matlamat
yang sama, tetapi ada yang mencapai matlamat dengan lebih awal. Pengajaran
jenis ini diperlukan bila pembelajaran masteri adalah mustahak dan penting.

Jenis-jenis pengajaran individu

Dalam pengajaran individu, setiap pelajar bukan sahaja belajar mengikut kadar
masing-masing tetapi juga memilih yakni selalunya dengan bantuan guru iaitu
matlamat yang spesifik dan tugasan individu. Sebagai contoh , pelajar dan guru
akan menentukan objektif pencapaian dan kemudiannya membuat pilihan
tugasan-tugasan yang dirancang untuk mencapai objektif. Kebaikan pengajaran
individu ini ialah dapat mempertingkatkan tanggungjawab , memenuhi kehendak-
kehendak tertentu , membolehkan penjadualan yang fleksibel dan memastikan
kualiti yang berterusan.
Walaubagaimanapun , kelemahan pengajaran individu ialah ia mahal ,
mengambil banyak masa dan mengurangkan aktiviti kumpulan. Perlu diingat
bahawa latihan dan perkembangan manusia , sama ada dalam urusan
perniagaan atau sekolah adalah dicipta / dibuat untuk pelajar dan tidak untuk
memudahkan guru.

Contoh aktiviti individu:


• Melukis
• Menyusun bongkah
• Menggunting/menampal
• Menguntal manik / bunga
• Mengenakan butang baju
• Membaca buku kecil / kad bacaan.