Anda di halaman 1dari 6

1.

1 Definisi Tingkah laku

Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.
Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan
sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau
separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-
nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama
ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi
aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang
melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada
dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.
Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut
persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang
positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali
pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan
dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.

Mengikut (PL94-142) Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk
kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat
yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran. Tingkah Laku Bermasalah
Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif
ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.
Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan
pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku
distruktif, distruptif dan sikap bergantung.

1.2 Definisi Pengurusan Tingkah Laku


Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan
tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
(Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).

Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas,
pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan
tingkah laku negative dan bebas gangguan.

2.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU

Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak
dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnya adalah persekitaran
sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa
tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidka mempunyai objektif
yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal
sekoalah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang
negatif. (Saayah Abu:2008).

Penderaan Kanak-Kanak iaitu penderaan fizikal, mental dan emosi sering menjadi topik
yang sering dilaporkan oleh media massa. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau penjaga
gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya di samping penjagaan yang berterusan.
Mereka sering kali mengancam, mengutuk ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai
cara. Keadaan ini menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan
fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat oleh orang lain.
Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan terdorong untuk bertindak negatif
iaitu sama ada menyendiri dan tidak suka didekati oleh orang lain atau sebaliknya bersikap
mahu melepaskan dendam terhadap kanak-kanak lain yang dianggap lebih lemah
daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan semula apa yang dilakukan oleh
orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak lain di sekelilingnya.

Namun begitu, menurut Rosenberg, 1987 dalam Saayah Abu (2008) kanak-kanak yang
cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk dirinya tanpa mengharap orang lain
terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah menerima kesan
akibat penderaan emosi Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak semua kanak-kanak dalam
satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan apabila emosi mereka
didera. Tingkah laku ini dikenal pasti sebagai tingkah laku menunjukkan emosi (expressed
emosion) yang dipercayai dapat menetukan masa depan pesakit skizofrenia. Ahli keluarga
yang menunjukkan sikap penolakan, pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap mengkritik
dikira sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi. Sekiranya pesakit
skizofrenia hidup bersama ahli keluarga yang menunjukkan tahap meluahkan emosi yang
tinggi, maka pesakit ini sukar pulih walaupun rawatan ubat-ubatan telah diberi dengan
cukup.

3.0 CARA MENGURUS TINGKAH LAKU

Seperti di perkenalkan oleh Lee Center (1976) iaitu model disiplin tegar. Model ini adalah
sistem peraturan tingkah laku di adalam kelas yang di buat oleh guru. Apabila kanak-kanak
melanggar peraturan, namanya akan dipaparkan pada papan kenyataan dan guru
memanggil ibu bapa mereka ke sekolah. Center juga mencadangkan supaya nama itu
direkod dan dihantar kepada pengetua. Selain itu, model ini membantu guru mengajar
dengan lebih berkesan tanpa sebarang gangguan. Kebanyakkan dilaksanakan di sekolah
rendah memandangkan sesuai untuk mengurus tingkah laku kanak-kanak supaya
memahami pentadbiran sekolah. Walaubagaimanapun, ia kurang berjaya melatih kanak-
kanak supaya bertanggungjawab. Selain itu, kelemahannya adalah tidak menghiraukan
kurikulum,struktur dan susun atur di dalam bilik darjah.

4.0 TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Tingkah laku boleh diuruskan dengan mengaplikasikan beberapa teknik. Antara teknik-
teknik tersebut adalah dengan menggunakan alat pengukuran personal (personal tools),
teknik pencegahan (preventives technique), dan tindakan pembetulan (correction measure).

Teknik pertama iaitu alat pengukuran personal yang boleh dilaksanakan dengan
menggunakan kaedah kedekatan fizikal (physical proximity). Kaedah ini dilaksanakan
dengan guru mendekati sendiri murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Kaedah
seterusnya adalah dengan menggunakan mobiliti fizikal (physical mobility) iaitu dengan
berjalan ke hadapan, ke belakang, ke tepi atau mengelilingi kelas sambil membuat
pengawasan. Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan, menarik, marah,
kecewa atau benci turut tergolong dalam teknik pertama ini. Kesimpulannya, guru perlu
mahir dalam menggunakan teknik ini.
Teknik kedua pula adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini dapat mengurangkan
ketegangan dan menggalakkan proses pengajaran supaya menjadi lancar. Selain itu,
melalui teknik ini iklim yang positif dan persekitaran yang terurus dapat diwujudkan. Maka
bagi mewujudkan suasana seperti ini, antara kaedah yang boleh digunakan adalah dengan
meminta murid supaya mematuhi rutin bilik darjah, membuat sistem mengutip buku serta
murid menerima bentuk peraturan yang digubal. Guru juga boleh memberitahu tentang
perlakuan yang diterima atau tidak.

Teknik yang terakhir adalah dengan melaksanakan tindakan pembetulan. Tindakan ini dapat
dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan dan menghentikan dengan baik
tanpa merosakkan apa-apa. Selain itu, pengubahsuaian tingkah laku positif dan
menghentikan tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklim bilik darjah juga dapat
membantu dalam melaksanakan teknik tindakan pembetulan ini. Guru juga boleh
menggunakan hukuman yang diketahui oleh murid dan relevan seperti ketuk-ketampi. Di
samping itu, jika murid masih melakukan tingkah laku bermasalah itu, guru boleh menukar
tempat dan berjumpa dengannya selepas pengajaran. Melalui perjumpaan ini, guru boleh
membimbing perlakuannya supaya menjadi lebih baik. Maka, guru haruslah sentiasa
memperjelaskan atau mengingatkan mereka berkaitan dengan tingkah laku tersebut.

5.0 PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Mengurus TL memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut. Ia


berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan dipegang oleh
guru.Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah prinsip peneguhan, jenis pemerhatian,
dan prinsip pengurusan tingkah laku.

1. Prinsip Peneguhan

Peneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku.Dalam


membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang diberikan hendaklah sesuai dan berkesan.
Peneguh merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan
tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada
masa akan datang. Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh pelajar.

ii. Jenis-jenis Pemerhatian


Pemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dijenis mengikut tujuan dan
aspek yang hendak diperhati iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran
(interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang dilihat sahaja dan
menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi membuat hipotesis yang
diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan.

Kedua, pemerhatian yang dibuat mestilah mengikut apa yang telah dirancang dan secara
“open-ended” iaitu menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan, perlakuan atau
sikap yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka atau di luar
perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaian tersebut.

Manakala, yang ketiga adalah pemerhatian untuk jangka pendek dan jangka panjang.
Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa berperingkat supaya
mendapat dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan proses atau
peristiwa terhadap sesuatu tugasan.

6.0 PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Terdapat tiga perkara penting dalam pengurusan tingkah laku kanak-kanak. Perkara
tersebut adalah peneguhan, hukuman, prompts dan kiu.

a) Peneguhan

Peneguhan merupakan satu bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Ia diberikan kepada
tingkah laku tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan kekuatan dan kekerapan tingkah
laku tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku dapat digalakkan melalui amalan
peneguhan.

b) Hukuman

Hukuman merupakan satu bentuk tingkah laku yang diberikan selepas melakukan sesuatu
tingkah laku yang salah. Hukuman boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian
pertama adalah satu tingkah laku tertentu terjadi. Bahagian kedua pula menyatakan tentang
satu konsikuen semerta mengikuti tingkah laku tersebut dan bahagian ketiga adalah
sebahagian hasil daripada tingkah laku yang kemungkinan tidak berlaku lagi di masa akan
datang. Hukuman juga merupakan pengawal tingkah laku yang kuat. Hukuman boleh
dikategorikan kepada dua iaitu hukuman positif dan hukuman negatif.

Hukuman positif adalah bentuk tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan pemberian
satu ransangan yang tidak menyenangkan. Manakala hukuman negatif adalah tingkah laku
yang diberikan dan diikuti dengan penarikan ransangan yang meneguhkan.

c) Prompts

Prompts adalah ransangan yang digunakan untuk meningkatkan penglibatan individu dalam
melaksanakan tingkah laku yang betul. Ia diberikan sebelum atau semasa tingkah laku itu
dilakukan. Terdapat dua jenis prompts iaitu respon dan stimulus. Prompts respon adalah
tingkah laku individu lain yang meransangkan respon yang diperlukan. Antaranya adalah
prompts lisan, gesture, tunjuk cara dan fizikal. Manakala prompts stimulus pula melibatkan
perubahan, penambahan atau penarikan pada stimulus. Ini adalah bertujuan untuk
memastikan respon yang betul diperolehi.

d) Kiu

Kiu adalah amalan yang membolehkan murid untuk membezakan objek atau konsep yang relevan
dengan objek atau konsep yang lain. Contohnya, guru membezakan suku kata dengan mengunakan
warna merah dan warna hitam. Hal ini akan membantu murid untuk membezakan suku kata
pertama dengan suku kata kedua di samping dapat memudahkan proses bacaan.

 
 
 
 
 

Anda mungkin juga menyukai