Anda di halaman 1dari 37

Tingkah Laku Bermasalah

PENGENALAN

Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan
terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat
atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya
dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh banyak
orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar.

Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku bermasalah
ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi
apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyababkan berlakunya
gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya mengganggu kestabilan dan
keharmonian persekitarannya.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang
yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada
dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif.

Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar,
pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan
distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan
akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.

PRINSIP ASAS DISIPLIN

Bagi melaksanakan disiplin yang baik dan berkesan, setiap sekolah hendaklah berasaskan kepada
prinsip-prinsip berikut:

• Keadilan dan layanan yang sama rata.


• Pertimbangan minat dan keperluan murid.
• Kebebasan yang berdasarkan undang-undang.
• Amalan menghormati seseorang individu.
• Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis.
• Perpaduan masyarakat dan negara.

Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan
membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan
melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu.

Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif dan
mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Esei ini akan cuba
menerangkan jenis-jenis tingkah laku bermasalah dengan memberi contoh keadaan yang
bersesuaian. Perbincangan terhadap teknik mengenal pasti atau metodologi mengenal pasti serta
strategi untuk memodifikasi tingkah laku tersebut di sebuah sekolah yang dikaji akan di
tunjukkan.

MASALAH TINGKAH LAKU MURID BERKEPERLUAN KHAS (PKBP)

Guru sering menghadapi masalah untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
pengurusan tingkah laku. Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid
masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid
yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri
daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang
lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa
mempunyai perasaan negative, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal
emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.

Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang
mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan tempat
duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan
peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan
guru bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar.

Guru hendaklah peka di dalam penyediaan bahan yang bersesuaian dengan murid-murid
keperluan khas ini. Terdapat sesetengah guru menggunakan muzik latar semasa membuat
aktiviti. Hal ini menyebabkan kebisingan di dalam kelas, tindakan agresif, mengada-ngada dan
sebagainya. Sekiranya mempelbagaikan suasana tempat belajar iaitu di luar bilik darjah. Oleh
kerana mereka mudah tertarik kepada persekitaran, mereka akan hilang tumpuan untuk belajar
di luar bilik darjah dan mereka lebih banyak bermain.

TINGKAH LAKU BERMASALAH

Sudah menjadi lumrah duniawi setiap menusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan
sehingga ke peringkat matang. Perkembangan manusia merujuk perubahan dari aspek jasmani,
kognitif, emosi, sosial dan rohani. Hampir semua perkembangan tersebut berkaitan dengan
faktor baka dan persekitaran. Berikut adalah berdasarkan pengalaman saya sepanjang mengikuti
program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sebuah sekolah yang terlatak di sebuah
bandaraya yang terkenal.
Sekolah ini mempunyai kelas untuk murid masalah pembelajaran (PKBP) di dapati terdapat
pelbagai tingkah laku di kalangan murid di sekolah tersebut. Walaupun secara puratanya tingkah
laku normal murid-murid adalah lebih ketara di sekolah tersebut, namun tingkah laku
bermasalah juga wujud sehingga menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
dengan teratur. Supaya lebih mudah difahami, saya akan menerangkan dahulu tingkah laku
bermasalah dan kemudian akan menerangkannya di dalam perenggan tersebut beserta contoh
agar dapat memahami dengan baik.

Sepertimana yang telah dijelaskan dalam pengenalan, tingkah laku bermasalah diklasifikasikan
kepada dua kategori utama iaitu tingkah laku bermasalah positif dan negatif. Tingkah laku
bermasalah positif dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada perlakuan
pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif turut berlaku
atau di sekolah dipanggil hiperaktif positif. Walaupun secara umumnya perlakuan tersebut dilihat
adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran seorang murid, namun sebaliknya ia
mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku. Sebagai
contoh kes yang berlaku di sekolah, murid A yang berperilaku ingin tahu yang keterlaluan akan
menyebabkan murid A itu suka bertanya tidak pututs - putus sehingga mengganggu proses
penerangan sesuatu topik yang dipelajari semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku .
Begitu juga perilaku proaktif akan menyebabkan murid lain yang sedang cuba memahami atau
memberi fokus terhadap sesuatu topik pembelajaran dan memerlukan kosentrasi serta suasana
yang kondusif turut mengalami gangguan dari murid A.

Selain itu, tingkah laku bermasalah positif cepat belajar dan pintar cerdas juga akan
menyebabkan ketidakseimbangan dalam proses pembelajaran yang sedang berlangsung.
Pemerhatian yang dapat dilihat ialah, apabila berlaku perlakuan murid seperti ini akan
menyebabkan gangguan emosi bukan sahaja kepada murid dalam kelas itu sendiri, malah guru
juga turut akan menerima kesannya. Perkara yang dapat dilihat ialah, murid yang bermasalah ini
akan cuba untuk memperkatakan perkara yang mereka fahami dalam topik yang sedang diajar
oleh guru. Hal ini menyebabkan murid-murid lain yang sama kelas kehilangan minat untuk
belajar kerana berasa rendah diri melihat rakan sekelas telah mempunyai pengetahuan yang lebih
dalam topik itu selain lebih berminat bertanya murid tersebut berbanding guru yang sedang
mengajar.

Dalam pada itu, tindak-tanduk pelajar yang mempunyai kelebihan positif pintar cerdas juga
menyebabkan guru tidak selesa untuk mengajar. Hal ini dapat dilihat sekiranya guru tersebut
kurang bijak mengawal murid-murid dan tidak tegas dalam mengawal murid-murid. Sebagai
contoh yang berlaku di sekolah, murid yang hiperaktif positif, ini apabila diberi sesuatu tugasan
yang perlu disiapkan akan mengganggu pelajar lain yang masih sedang menyiapkan tugasan yang
diberi kerana dia mampu menyiapkannya dengan lebih awal.

Murid pintar cerdas ini, bukan sahaja ada di sekolah aliran perdana namun ianya juga ada di
aliran PKBP. Walaupun majoriti murid PKBP adalah murid yang berkeperluan khas namun ada
sebahagian daripada murid-murid ini yang pintar cerdas. Pertanyaan, mengganggu,dan
menjawab soalan sering berlaku sehingga menganggu proses pembelajaran dan pengajaran
seperti aliran perdana. Murid yang menjadi pintar cerdas ini adalah murid yang mengalami
masalah lembam kerana di dalam kalangan murid PKBP ini merekalah yang lebih
berpengetahuan sikit, cuma kurang daya ingatan.

Murid-murid ini bersifat demikian adalah kerana inginkan perhatian yang lebih daripada guru
yang mengajar, malah murid ini juga cuba mengganggu rakan mereka dan menyebabkan rakan
terasa terpinggir dan malu untuk menonjolkan diri ketika di dalam kelas.

Penyelesaiannya, guru seharusnya lebih tegas agar murid lebih menghormati , dapat mengelak
daripada murid lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru boleh
memfokuskan murid agar tumpuan dapat diberikan murid sepenuhnya.

Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perlakuan distruktif
iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah
laku bergantung yang berlebihan. Tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan murid yang
berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku
merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-
menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini
mungkin melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak
lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Tingkahlaku
destruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun televisyen. Di
sekolah yang saya melakukan PBS terdapat juga berlaku pergaduhan kecil semasa mereka.
Walaupun, dilihat sebagai pergaduhan kecil yang melibatkan kanak-kanak namun ianya akan
memberi kesan yang buruk kelak.
Tingkah laku masalah ini dicatit di dalam buku disiplin sekolah . Tindakan akan diambil adalah
berbentuk amaran untuk pertama kali dan kedua kali dilakukan. Apabila ianya kerab dilakukan
maka murid itu akan diambil tindakan berjumpa dengan waris sebelum sekolah mengambil
tindakan susulan. Terdapat buku peraturan sekolah dan tindakan yang akan diambil termasuk
merotan mengikut undang-undang yang ditetapkan sekolah dengan perserujuan ibubapa dan
Jabatan Pendidikan.

Murid yang mempunyai tingkah laku desruptif pula sentiasa menganggu dan menjejaskan
kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku menganggu ini juga
berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan sebaya. membuat
bising iaitu tingkah laku yang mengganggu atau disruptif. Kebiasaan masalah ini wujud apabila
keadaan murid keperluan khas ini tidak kondusif ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
Boleh dikatakan kebanyakkan mereka akan membuat bising sama ada ketiadaan guru atau
sebaliknya. Mereka akan bercakap sesama mereka, menjerit, mengganggu rakan sekelas dan
sebagainya. Hal ini juga disebabkan kurangnya guru mengendalikan murid-murid tersebut
seperti tidak mempelbagaikan kaedah penyampaian mengajar, guru menghadirkan diri ke
mesyuarat dan meninggalkan mereka tanpa pengawasan, sikap semulajadi murid-murid
keperluan khas seperti hiperaktif. Kebiasaan mereka akan hilang minat untuk mengikuti
pembelajaran selepas waktu rehat atau melakukan aktiviti luar seperti pendidikan jasmani. Bagi
mengatasi kebisingan di dalam kelas guru mesti memainkan peranan dengan menggunakan
kaedah modelling iaitu modifikasi tingkah laku melalui ubah suai luaran. Modifikasi ini merujuk
kepada peniruan melalui pemerhatian tingkah laku seorang model yang disanjung dan secara
tidak langsung mengubah tingkah lakunya. Teori ini telah diperkenalkan oleh Bandura yang
menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Jenis-jenis tingkah
laku desruptif termasuk hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau, menganggu
rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak.
Biasanya, tingkah laku ini dialami oleh pelajar lelaki berusia 10 hingga 11 tahun. Selalunya
tingkah laku desruptif akan menjadi punca terjadinya tingkah laku destruktif jika emosi tidak
terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya.

Pemerhatian yang telah dibuat dalam sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berlangsung, memang didapati masalah ini banyak berlaku terutamanya di kelas-kelas hujung
dalam sesuatu darjah. Kebiasaannya golongan murid ini memang gemar mengganggu pelajar lain
dengan membuat bising atau melakukan perlakuan agresif dari segi perilaku dan lisan
terutamanya apabila mereka tidak dapat memahami sesuatu tugasan yang diberi.

Murid yang tingkahlaku bermasalah hiperaktif merupakan murid yang tidak dapat mengawal diri
sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu murid lain. Malah murid
ini juga boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid yang lain .Sebagai contoh yang
berlaku di sekolah, murid hiperaktif ini memanjat pagar tingkap. kemungkinan murid itu jatuh
dan tercedera atau pagar itu jatuh terkena pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan.
Murid hiperaktif ini merupakan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP).
Murid aliran perdana juga ada yang hiperaktif seperti ini. Murid ini akan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran dengan bertindak luar dari kawalan seperti berlari di dalam kelas,
membuat bising dan menganggu murid lain.

Murid aliran perdana yang menjadi hiperaktif adalah disebabkan oleh kurang berdisiplin ketika
dirumah ataupun kurang perhatian ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan tugasan kerja. Murid ini
berkemungkinan mengalami tekanan dan seterusnya memberontak ketika di sekolah. Bagi murid
PKBP pula, Murid ini dikenali sebagai ‘Hiperaktf-impulsf’ kerana bagi muird keperluan khas
jenias ini , petunjuk utama adalah gabungan antara hiperaktif iaitu jumlah pergerakan sangat
tinggi dan impulsive iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir. Murid jenis ini kerap mengetuk-
ngetuk meja dan menggoyang-goyang kerusi, selalu berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak
bercakap.

Terdapat beberapa kaedah dalam mengatasi, membendung dan mengurangkan tingkahlaku


bermasalah ini daripada semakin berleluasa. Antaranya adalah dengan menggunakan kaedah
memenuhi kehendak pelajar seperti memahanmi keperluan pelajar tersebut. Apabila
kehendaknya dituruti barulah lama kelamaan murid tersebut dapat memberi perhatian dalam
kelas. Kaedah ini juga boleh dilaksanakan kepada murid keperluan khas Cuma pendekatannya
sahaja yang berbeza berbeza. Contohnya bagi murid keperluan khas guru harus mengikut aktiviti
pelajar itu seperti berlari tetapi semasa berlari pengisian pembelajaran harus ada umpamanya
berlari sambil mengira. Ini boleh menimbulkan minat untuk murid itu belajar.

Dalam pada itu tingkah laku negatif juga menyebabkan tingkah laku menghalang seperti
pergantungan berlebihan, kebimbangan, pengunduran dan pengasingan diri. Tingkah laku
pergantungan berlebihan ini kerap berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur sepuluh
tahun ke bawah. Namun, ianya juga mungkin akan berlarutan hingga remaja. Pada suatu ketika,
apabila orang yang diharapkan tiada, individu ini akan berasa cemas, takut, bimbang, tertekan
dan tidak tahu apa yang dilakukannya. Individu sebegini juga merupakan individu yang pendiam,
tidak aktif, rendah diri, selalu mengalami kebimbangan dan tekanan. Di antara punca berlaku
tingkah laku pergantungan berlebihan ialah akibat ibu bapa yang mengamalkan perlindungan
terlampau, suasana rumah tangga yang tegang, autokratik dan tidak mempercayai kanak-kanak.

Kebimbangan berkait rapat dengan emosi ketakutan. Walaupun kebimbangan adalah suatu
keadaan emosi yang berlaku di peringkat dalaman murid namun ianya juga merupakan salah
satu daripada jenis tingkah laku bermasalah yang kurang ditonjolkan permasalahannya.
Seseorang yang sentiasa bimbang akan sentiasa cemas atau ‘phobia’ menghadapi sesuatu
cabaran. Mengikut kajian Barat, kanak-kanak yang selalu berada di dalam kebimbangan akan
mendapat markah yang rendah berbanding dengan kanak-kanak yang normal. Mereka banyak
melakukan kesilapan. Kebimbangan adalah fenomena yang akan menyebabkan kanak-kanak
mempunyai personaliti dan kendiri yang negatif. Individu sebegini akan menghadapi kesusahan
dalam perhubungan dengan orang lain. Antara sebab terjadi tingkah laku kebimbangan ialah
percanggahan motif, konflik diri antara tingkah laku dan nilai sebenarnya, penyesuaian diri
dalam menghadapi suatu keadaan yang baru, menghadapi suatu keadaan yang sukar diramal dan
kehilangan tempat bergantung.

Pengunduran diri merupakan penarikan diri daripada suatu situasi kurang selamat atau
mengancam. Tingkah laku ini merupakan mekanisme helah bela diri. Pada kebiasaannya, ianya
berkaitan dengan pengalaman pahit pada
masa lampau. Kanak-kanak yang pernah gagal dalam sesuatu usaha akan mengambil keputusan
untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang tugas yang ada kaitannya dengan pengalaman
awalnya. Tingkah laku pengunduran diri ini jika dibiarkan akan menyebabkan pembentukan
konsep diri yang rendah, tidak yakin untuk berinteraksi, dan terjejasnya perkembangan sosial,
emosi dan intelek; serta kurang berupaya untuk menyelesaikan masalah. Masalah pengunduran
diri juga menyebabkan kanak-kanak menyimpan perasaan dalam hati dan tidak mampu
meluahkannya. Ini akan mempengaruhi pemikiran dan pembentukan personaliti mereka.
Sekiranya ianya terluah pada sesuatu ketika, ianya akan memungkinkan mereka melepaskan
dengan tanpa kawalan emosi termasuk kemungkinan-kemungkinan lain yang membahayakan
diri mereka sendiri.

Pengasingan diri merupakan tingkah laku yang cuba menjauhkan diri daripada orang lain yang
kurang disenangi. Tingkah laku ini juga merupakan sejenis mekanisme helah bela diri untuk
mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.Masalah ini turut berlaku di sekolah
yang saya menjalaini PBS. Sesetengah murid enggan melibatkan diri dalam aktiviti atau sesi
perbincangan yang diadakan di sesebuah bilik darjah apabila murid merasakan dirinya tidak
dapat mengikuti pembelajaran. Akhirnya ianya akan menyebabkan murid-murid tidak
mempunyai keyakinan diri, rendah diri, pemalu, pendiam, tidak suka berkawan, tidak yakin
berinteraksi dan personaliti yang tidak seimbang.

Pengasingan diri atau degan kata lain bagi murid berkeperluan khas PKBP adalah Autisme.
Autisme merupakan murid-murid yang berada dalam dunianya sendiri. 1943 Leo Kanner
mengunakan istilah autistic yang bermakna ‘lari dari reality’ untuk menjelaskan keadaan ini, Leo
Kenner membezakan autisme dalam tiga perkara iaitu mengasingkan diri secara melampau sejak
dari kecil,terlalu sayang kepada sesuatu objek tertentu dan keinginan yang kuat untuk
bersendirian.

Bagi mengatasi masalah tingkah laku ini,…guru seharusnya mengabil tindakan dengan memberi
tumpuan kepada murid tersebut secara individu agar murid dapat memberi perhatian. Tetapi
tumpuan tersebut Cuma sekejap sahaja kerana murid ini cepat bosan dan akan membuat
aktivitinya sendiri. Manakala bagi murid aliran perdana Guru seharusnya membincang dengan
ibu bapa murid kerana ini berkemungkinan murid mengalami masalah di rumah. Selain itu, guru
seharusnya mengajar apa yang diminati oleh murid kerana sedikit sebanyak akan memberi kesan
terhadap murid ketika belajar.
Daripada huraian yang telah dijelaskan berkenaan tingkah laku bermasalah negatif ini,
pemerhatian yang telah dibuat mendapati murid yang mengalami simptom ini pada kebiasaanya
memerlukan perhatian yang lebih daripada guru. Mereka juga lemah dan lambat untuk
memahami setiap pelajaran yang disampaikan oleh guru serta tidak mampu menyelesaikan
tugasan atau aktiviti yang diberikan guru dengan sempurna. Dalam pada itu, golongan yang pasif
ini juga seringkali menjadi mangsa buli dan ditindas oleh pelajar lain kerana kekurangan yang
ada dalam diri mereka. Langkah mengatasi yang telah dijalankan oleh guru untuk mengelakkan
masalah ini daripada menghalang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan
mengasingkan pelajar ini dan menghimpunkan mereka dalam satu kelompok yang digelar
sebagai pelajar pemulihan.

KESIMPULAN

Masalah tinglkahlaku bermasalah ini merupaka perkara yang perlu di beri perhatian yang serius
kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ianya berterusan akan
menjadikannya satu kebiasaan. Kemudian ianya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan
masalah ini tidak dapat di ubah lagi.

Setiap perlakuan atau perbuatan yang terzahir adalah oleh murid-murid adalah disebabkan
faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap perbuatan ini
mempunyai kesan-kesan tertentu yang mana kesannya adalah kepada murid itu sendiri tetapi
juga memberi kesan kepada orang lain. Oleh itu cara-cara untuk mengatasi tingkah laku
bermasalah ini hendaklah bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah tersebut. Cara-cara
mengatasinya adalah berbeza bergantung kepada masalah-masalah yang dihadapi.
Terdapat pelbagai teknik-teknik dan penyelesaian yang berkesan yang boleh digunakan untuk
mengatasi masalah ini. Teknik-teknik modifikasi yang boleh dipraktikkan ini adalah untuk
membantu murid mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif dan seterusnya
melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Apabila tingkah laku positif
dapat dibentuk, maka ini akan meningkatkan prestasi dan pencapaian serta keberkesanan aktiviti
pembelajaran.

Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri samada ibu bapa, guru,
masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan
mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid yang berkaliber serta berwawasan
selaras dengan wawasan Negara ke arah masyarakat yang berpengetahuan.
BAHAN BARU

FOKUS : KAJIAN KES


Mengapa menggunakan kajian kes? Sebagai seorang pendidik, keba nyakan kajian yang
dijalankan tidak melibatkan populasi tetapi hanya individu atau kumpulan yang telah dikenal pasti
oleh penyelidik. Penyelidik dalam bidang pendidikan khususnya lebih banyak menumpukan
perhatian mereka kepada pelajar, guru, pentadbir, kakitangan termasuklah kakitangan pusat
sumber, pembantu makmal dan kakitangan sokongan di sesebuah sekolah. Justeru itu, kajian
akan lebih tertumpu kepada individu atau kumpulan dalam sebuah sekolah, dua buah sekolah
atau tiga buah sekolah dalam sesuatu kawasan. Oleh yang demikian, kajian kes adalah reka
bentuk kajian yang paling sesuai digunakan oleh pe nyelidik berkenaan. Melalui kajian kes,
maklumat yang amat teliti, kaya dan mendalam dikumpul untuk menjawab persoalan kajian.
Selain itu, kajian kes juga memfokus kepada penghuraian yang holistik/ menyeluruh dan
memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam (Yin, 1994).
Kajian ini boleh menjawab soalan ‘bila’, ‘bagaimana’ dan ‘mengapa’. Kajian kes terdiri daripada
dua jenis iaitu penerokaan (explanatory) dan diskriptif (descriptive). Kajian ini boleh dilakukan
terhadap seorang individu, beberapa orang individu, kumpulan atau beberapa kumpulan dalam
sesuatu organisasi seperti sekolah. Sebagai contoh, kajian terhadap seorang pelajar yang
bermasalah dan pelajar yang cerdik dalam pembelajaran boleh dilaksanakan berdasarkan
penerokaan dan deskriptif. Hal ini demikian kerana kaedah kajian kes memerlukan maklumat
yang terperinci dan mendalam bagi seseorang penyelidik. Di samping itu, alat kajian yang sesuai
diperlukan untuk memperoleh maklumat yang berkenaan (Chua, 2006). Alat kajian yang biasanya
digunakan adalah soal selidik, temu bual, pemerhatian dan penelitian dokumen.
Selain itu, penyelidik juga boleh menggunakan dokumen personal seperti diari, memo, surat,
fotografi, rakaman dan sebagainya. Soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi responden
mengenai sesuatu fenomena. Ujian digunakan untuk mengukur pencapaian responden misalnya
soalan-soalan ujian atau ujian penentuan tingkah laku. Temu bual yang digunakan adalah temu
bual separa berstruktur dan terbuka supaya kesemua maklumat yang diperlukan dapat
disampaikan kepada penyelidik. Begitu juga dengan pemerhatian yang dijalankan adalah
pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta. Selain itu, penelitian dokumen juga
boleh digunakan sekiranya diperlukan untuk me- nyokong soal selidik, temu bual atau
pemerhatian yang telah dijalankan.
Penyelidik tidak perlu menggunakan kesemua alat kajian yang diberikan tetapi memilih alat kajian
yang sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan
kesahan dan kebolehpercayaan kajian kes yang dijalankan, kaedah ‘triangulasi’ boleh digunakan.
Kajian dilakukan ke atas tiga aspek iaitu masa, ruang dan pemerhati. Misalnya pemerhatian
dilakukan pada masa yang berlainan, tempat yang berbeza dan dilakukan oleh beberapa orang
pemerhati (Chua, 2006). Selain itu, ‘triangulasi’ juga boleh menggunakan tiga alat kajian yang
berlainan untuk mendapatkan data yang sama. Seorang penyelidik kajian kes yang
menggunakan alat temu bual harus mempunyai kemahiran menyoal yang baik seperti kurang
bercakap tetapi lebih banyak mendengar, menyoal apa bila tidak faham, menyoal soalan terbuka,
tidak menyampuk ketika responden sedang seronok bercerita, memastikan responden sentiasa
fokus kepada soalan yang ditanya, tidak menilai apa yang disampaikan dan berdebat dengan
mereka (Gay & Airasian, 2000). Selain itu, penyelidik juga harus mempunyai kemahiran untuk
merangsang responden untuk bercerita secara selesa tanpa ragu-ragu. Kesemua perbualan
harus direkodkan dengan menggunakan alat perakam audio. Tujuannya adalah supaya tidak ada
maklumat yang tercicir dan mudah ditranskripsikan untuk dianalisis. Sebelum dianalisiskan temu
bual berkenaan perlu mendapat pengesahan daripada responden untuk tujuan kesahan alat
kajian yang digunakan. Terdapat dua jenis pemerhatian yang menjadi pilihan kepada pe-nyelidik
kajian kes untuk digunakan supaya boleh menjawab persoalan kajian. Semasa pemerhatian turut
serta penyelidik terlibat secara langsung dalam akti-viti yang dijalankan. Dengan menggunakan
pemerhatian ini penyelidik mempunyai pengalaman menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan
responden dalam kajian yang dijalankankan. Walau bagaimanapun kelemahannya ialah
kesukaran penyelidik untuk membuat catatan nota lapangan pemerhatian. Mana kala
pemerhatian tidak turut serta penyelidik hanya melakukan pemerhatian kepada keseluruhan
aktiviti yang dijalankan. Kedua-dua pemerhatian dilakukan dalam situasi sebenar dan secara
holistic (Gay & Airasian, 2000). Rakaman pemerhatian boleh menggunakan alat perakam audio
dan video untuk merakam perbualan dan tingkah laku yang diperhatikan. Penyelidik akan
mencatat tingkah laku, perbualan, keadaan tempat, interaksi guru-pelajar, interaksi pelajar-pelajar
dan perkara-perkara yang diperlukan dalam kajian. Penyelidik boleh meminta bantuan penyelidik
lain untuk mencatat pemerhatian yang dijalankan untuk tujuan pengesahan sekiranya perlu. Alat
kajian yang terakhir, iaitu penelitian dokumen boleh digunakan untuk mendapatkan data
sokongan. Penelitian dokumen boleh menggunakan senarai semak atau mendapatkan tema-
tema yang diperlukan. Analisis menggunakan frekuensi dan peratus boleh digunakan.
CONTOH PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1.0 PENGENALAN

1.1 Definisi Tingkah laku

Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang
individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan
dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara
sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang
berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan
yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi
aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang
melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada
dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.
Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut
persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang
positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-
Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada
kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.
Mengikut (PL94-142) Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk
kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada
darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran. Tingkah Laku
Bermasalah Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama
ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah
laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat
belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada
tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung.

1.2 Definisi Pengurusan Tingkah Laku


Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan
teknik yang sesuai. (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).
Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas,
pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku positif dan
menghentikan tingkah laku negative dan bebas gangguan.

2.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU


Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah
seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnya
adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada
peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah
disusuli dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik
perhatian dan tidka mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya
murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan bising
menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif. (Saayah Abu:2008).
Penderaan Kanak-Kanak iaitu penderaan fizikal, mental dan emosi sering
menjadi topik yang sering dilaporkan oleh media massa. Perkara ini berlaku apabila ibu
bapa atau penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya di samping penjagaan
yang berterusan. Mereka sering kali mengancam, mengutuk ataupun meyakiti kanak-
kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah
dilihat iaitu kecederaan fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar
untuk dilihat oleh orang lain. Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan
terdorong untuk bertindak negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak suka didekati oleh
orang lain atau sebaliknya bersikap mahu melepaskan dendam terhadap kanak-kanak lain
yang dianggap lebih lemah daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan
semula apa yang dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak lain
di sekelilingnya.
Namun begitu, menurut Rosenberg, 1987 dalam Saayah Abu (2008) kanak-kanak
yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk dirinya tanpa mengharap orang
lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah
menerima kesan akibat penderaan emosi Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak semua
kanak-kanak dalam satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan apabila
emosi mereka didera. Tingkah laku ini dikenal pasti sebagai tingkah laku menunjukkan
emosi (expressed emosion) yang dipercayai dapat menetukan masa depan pesakit
skizofrenia. Ahli keluarga yang menunjukkan sikap penolakan, pengasingan, sikap tidak
peduli dan kerap mengkritik dikira sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang
tinggi. Sekiranya pesakit skizofrenia hidup bersama ahli keluarga yang menunjukkan
tahap meluahkan emosi yang tinggi, maka pesakit ini sukar pulih walaupun rawatan ubat-
ubatan telah diberi dengan cukup.

3.0 CARA MENGURUS TINGKAH LAKU


Seperti di perkenalkan oleh Lee Center (1976) iaitu model disiplin tegar. Model
ini adalah sistem peraturan tingkah laku di adalam kelas yang di buat oleh guru. Apabila
kanak-kanak melanggar peraturan, namanya akan dipaparkan pada papan kenyataan dan
guru memanggil ibu bapa mereka ke sekolah. Center juga mencadangkan supaya nama
itu direkod dan dihantar kepada pengetua. Selain itu, model ini membantu guru mengajar
dengan lebih berkesan tanpa sebarang gangguan. Kebanyakkan dilaksanakan di sekolah
rendah memandangkan sesuai untuk mengurus tingkah laku kanak-kanak supaya
memahami pentadbiran sekolah. Walaubagaimanapun, ia kurang berjaya melatih kanak-
kanak supaya bertanggungjawab. Selain itu, kelemahannya adalah tidak menghiraukan
kurikulum,struktur dan susun atur di dalam bilik darjah.
4.0 TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Tingkah laku boleh diuruskan dengan mengaplikasikan beberapa teknik. Antara teknik-
teknik tersebut adalah dengan menggunakan alat pengukuran personal (personal tools),
teknik pencegahan (preventives technique), dan tindakan pembetulan (correction
measure).
Teknik pertama iaitu alat pengukuran personal yang boleh dilaksanakan dengan
menggunakan kaedah kedekatan fizikal (physical proximity). Kaedah ini dilaksanakan
dengan guru mendekati sendiri murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Kaedah
seterusnya adalah dengan menggunakan mobiliti fizikal (physical mobility) iaitu dengan
berjalan ke hadapan, ke belakang, ke tepi atau mengelilingi kelas sambil membuat
pengawasan. Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan, menarik, marah,
kecewa atau benci turut tergolong dalam teknik pertama ini. Kesimpulannya, guru perlu
mahir dalam menggunakan teknik ini.
Teknik kedua pula adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini dapat mengurangkan
ketegangan dan menggalakkan proses pengajaran supaya menjadi lancar. Selain itu,
melalui teknik ini iklim yang positif dan persekitaran yang terurus dapat diwujudkan.
Maka bagi mewujudkan suasana seperti ini, antara kaedah yang boleh digunakan adalah
dengan meminta murid supaya mematuhi rutin bilik darjah, membuat sistem mengutip
buku serta murid menerima bentuk peraturan yang digubal. Guru juga boleh memberitahu
tentang perlakuan yang diterima atau tidak.
Teknik yang terakhir adalah dengan melaksanakan tindakan pembetulan. Tindakan ini
dapat dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan dan menghentikan dengan
baik tanpa merosakkan apa-apa. Selain itu, pengubahsuaian tingkah laku positif dan
menghentikan tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklim bilik darjah juga dapat
membantu dalam melaksanakan teknik tindakan pembetulan ini. Guru juga boleh
menggunakan hukuman yang diketahui oleh murid dan relevan seperti ketuk-ketampi. Di
samping itu, jika murid masih melakukan tingkah laku bermasalah itu, guru boleh
menukar tempat dan berjumpa dengannya selepas pengajaran. Melalui perjumpaan ini,
guru boleh membimbing perlakuannya supaya menjadi lebih baik. Maka, guru haruslah
sentiasa memperjelaskan atau mengingatkan mereka berkaitan dengan tingkah laku
tersebut.

5.0 PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Mengurus TL memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut. Ia
berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan dipegang oleh
guru.Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah prinsip peneguhan, jenis
pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku.
Prinsip Peneguhan
Peneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku.Dalam
membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang diberikan hendaklah sesuai dan berkesan.
Peneguh merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan
tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan
pada masa akan datang. Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh pelajar.
ii. Jenis-jenis Pemerhatian
Pemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dijenis mengikut tujuan dan
aspek yang hendak diperhati iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran
(interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang dilihat sahaja dan
menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi membuat hipotesis yang
diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan.
Kedua, pemerhatian yang dibuat mestilah mengikut apa yang telah dirancang dan secara
“open-ended” iaitu menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan, perlakuan
atau sikap yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka atau
di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaian tersebut.
Manakala, yang ketiga adalah pemerhatian untuk jangka pendek dan jangka panjang.
Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa berperingkat
supaya mendapat dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan proses
atau peristiwa terhadap sesuatu tugasan.

6.0 ASAS PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Terdapat tiga perkara asas dalam pengurusan tingkah laku. Perkara tersebut adalah
peneguhan, hukuman, prompts dan kiu.
a) Peneguhan
Peneguhan merupakan satu bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Ia diberikan kepada
tingkah laku tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan kekuatan dan kekerapan tingkah
laku tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku dapat digalakkan melalui
amalan peneguhan.
b) Hukuman
Hukuman merupakan satu bentuk tingkah laku yang diberikan selepas melakukan sesuatu
tingkah laku yang salah. Hukuman boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian
pertama adalah satu tingkah laku tertentu terjadi. Bahagian kedua pula menyatakan
tentang satu konsikuen semerta mengikuti tingkah laku tersebut dan bahagian ketiga
adalah sebahagian hasil daripada tingkah laku yang kemungkinan tidak berlaku lagi di
masa akan datang. Hukuman juga merupakan pengawal tingkah laku yang kuat.
Hukuman boleh dikategorikan kepada dua iaitu hukuman positif dan hukuman negatif.
Hukuman positif adalah bentuk tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan
pemberian satu ransangan yang tidak menyenangkan. Manakala hukuman negatif adalah
tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan penarikan ransangan yang meneguhkan.

c) Prompts
Prompts adalah ransangan yang digunakan untuk meningkatkan penglibatan individu
dalam melaksanakan tingkah laku yang betul. Ia diberikan sebelum atau semasa tingkah
laku itu dilakukan. Terdapat dua jenis prompts iaitu respon dan stimulus. Prompts respon
adalah tingkah laku individu lain yang meransangkan respon yang diperlukan. Antaranya
adalah prompts lisan, gesture, tunjuk cara dan fizikal. Manakala prompts stimulus pula
melibatkan perubahan, penambahan atau penarikan pada stimulus. Ini adalah bertujuan
untuk memastikan respon yang betul diperolehi.
d) Kiu
Kiu adalah amalan yang membolehkan murid untuk membezakan objek atau konsep yang
relevan dengan objek atau konsep yang lain. Contohnya, guru membezakan suku kata
dengan mengunakan warna merah dan warna hitam. Hal ini akan membantu murid untuk
membezakan suku kata pertama dengan suku kata kedua di samping dapat memudahkan
proses bacaan.

7.0 TINGKAH LAKU BERMASALAH


Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah
laku yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah
ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan
negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu,
cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif
pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah
laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.Sama ada
seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan
membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.
Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan
melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif
itu. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang
kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah
pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid
yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri
daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan
orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah,
sentiasa mempunyai perasaan negative, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran
mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan
terhadap kebolehan diri.Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh
beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin
di dalam kelas seperti kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur
peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan
kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak. Selain itu,
alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar.
7.1 Ciri-ciri Tingkah Laku Bermasalah
7.1.1 Tingkah Laku Positif
Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkah laku yang
baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak
akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Sikap ingin tahu kanak-kanak akan membantu guru dalam meransang
pemikiran kanak-kanak dan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap
ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih melibatkan
penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan suka pada aktiviti seperti ini.
Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang positif kerana akan
memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana,
guru tidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru
Cuma perlu fikirkan aktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang
proaktif juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif berbeza dengan
kanak-kanak hyperaktif. Ini kerana kanak-kanak proaktif merupakan kanak-kanak yang
suka melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru.
Kanak-kanak pintar cerdas jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini,
guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan.
7.1.2 Tingkah Laku Negatif
Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah
dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah
laku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-
kanak yang seriang memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang
mempunyai tingkah laku negatif. Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku kanak-
kanak iaitu permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku
fisikal atau pun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid
sedang beratur untuk dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong
barisan tersebut.
Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku distruktif. Bagi kanak-
kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula, kanak-kanak ini biasanya
mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka membuat bising dan agresif. Kanak-kanak yang
mempunyai tingkah laku distruptif merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka
ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan
yang lain. Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering
mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri
yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga
aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga merupakan kanak-kanak
yang mempunyai tingkah laku pergantungan.

7.2 Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah

a) Hiperaktif
Hiperaktif adalah tingkah laku yang menunjukkan tingkah laku kurang tumpuan iaitu
tidak selari dengan tahap perkembangan mereka. Kanak-kanak hiperaktif juga mudah
lupa dengan aktiviti harian mereka dan lalai dalam membuat tugasan. Maka, mereka
sukar untuk mengikut arahan dan gagal menyudahkan kerja sekolah.
b) Agresif
Tingkah laku bermasalah jenis agresif dapat dikenal pasti apabila terdapat beberapa
perubahan pada individu. Antaranya seperti tidak dapat tidur malam dan mimpi ngeri,
perasaan takut yang amat sangat dan tingkah laku agresif. Selain itu, kanak-kanak ini
juga akan cepat naik marah, tidak sabar menunggu giliran dan tidak menerima teguran
atau komen orang lain. Kanak-kanak ini juga sering melawan dan menganggap dirinya
adalah yang terbaik.

c) Separation Anxiety
Tingkah laku ini juga dikenali sebagai kebimbangan. Tingkah laku ini dapat ditunjukkan
melalui perasaan kurang senang atau takut akibat andaian bahawa sesuatu yang tidak
diingini akan berlaku. Perkara ini terjadi akibat daripada pengalaman emosi yang tidak
menggembirakan yang pernah dialami oleh seseorang.
d) Overdependency
Tingkah laku overdependency adalah tingkah laku yang sering bergantung kepada orang
lain. Kanak-kanak seperti ini tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri kerana
memilik pendirian yang kurang tegas dan tiada tujuan. Perkara ini terjadi kerana kanak-
kanak mendapat perlindungan yang terlalu melampau dan sering kali dimanjakan. Ini
menyebabkan kanak-kanak itu menjadi kurang yakin. Mereka akan sering bimbang dan
tertekan jika tiada pertolongan diberikan.

e) Withdrawal
Withdrawal atau pengasingan diri adalah tingkah laku yang suka menjauhkan diri
daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku yang ditunjukkan ini dijadikan
sebab untuk membela diri supaya dapat elakkan diri daripada berkomunikasi dengan
orang lain.

8.0 KEPENTINGAN MENGURUS TINGKAH LAKU


Tingkah laku terpuji penting bagi melahirkan murid yang bersifat sanggup melaksanakan
tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan Negara. Tanpa tingkah laku terpuji dalam
diri pelajar tidak mungkin mereka sanggup melaksanakan tanggungjawab diri sebdiri.
Mereka lebih rela melakukan kesalahan berbanding melakukan perbuatan baik kerana
bagi mereka, tiada faedahnya mereka melakukan kebaikan.
Tingkah laku terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik
darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin,
berkesan, dan penuh ceria. Apabila murid yang bermasalah daripada segi disiplin ini tidak
wujud dalam kelas, tidak ada murid yang membuat bising dan mengganggu murid lain
belajar.
Guru juga tidak perlu meninggikan suara ataupun bercakap kasar dengan murid .Ini
menyebabkan berbagai-bagai masalah sebalaiknya murid sendiri sudah memahami
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, hubungan antara guru dan murid dapat
diperbaiki dan kemesraan dapat diwujudkan, di sadapat berubah.mping minat bagi
menimba ilmu dapat dipertingkatkan.
Para pelajar menjadi lebih tekun dan produktif apabila mereka mempunyai tingkah laku
terpuji. Apabila mereka mengikut didiplin yang telah ditetapkan, jadual mereka dan
tingkah laku mereka dapat berubah. Mereka dapat melakukan sesuatu perkara secara
sistematik dan mengikut laluan yang betul tanpa menyalahi undang-undang. Mereka
dapat menjadi lebih produktif lagi dalam menghasilkan idea yang menarik dalam
pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kemahiran.
Masa dapat dijimatkan kerana segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang
lebih singkat. Disiplin diri yang tinggi membentuk mereka menepati masa dan tidak
membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak perlu dilakukan. Sebagaimana yang
kita tahu, pelajar kini lebih banyak melakukan tingkah laku bermasalah sehingga hilang
pegangan dan hala tuju.
Pembangunan tingkah laku terpuji yang tinggi dalam kalangan pelajar mampu melatih
pelajar dengan dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih saying,
berkerjasama, cintakan kebersihan dan hormat menghormati. Oleh itu, dengan mematuhi
disiplin, pelajar sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri dan
membuang sifat-sifat negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka.

9.0 PENAKSIRAN TINGKAH LAKU


Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku, pemerhatian akan
dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secara semula jadi.
Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpura-pura di mana fokus
pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi
tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat
dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan
penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya.
David Lambert dan David Lines 2000. Penaksiran adalah proses pengumpulan,
menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada
tugas pendidikan. Gearheat 1990, penaksiran adalah proses yang melibatkan
pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas
berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan
penenmpatan. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 . Penaksiran adalah proses pengumpulan
data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar dan membuat keputusan
megenai pelajar.
Menurut Bailey dan Woldery 1992. Penaksiran adalah suatu proses mengumpul
maklumat bagi tujuan membuat keputusan . Mc Cluhen 1994. Penaksiran kanak-kanak
khas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan bertujuan membuat
keputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukan
perkhidmatan khas. Penaksiran pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah
pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yg memberi kesan kepada pencapaian sekolah dan
perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur.
Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati bagi
merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequency
recording, duration recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan sekil
kadar.

i. Perekodan Peristiwa
Perekodan peristiwa atau perekodan kekerapan bermaksud jumlah sesuatu tingkah laku
diperhatikan dalam tempoh masa yang telah diberikan direkod. Contohnya jumlah berapa
kali seorang murid bercakap-cakap dengan kawan semasa waktu mata pelajaran Bahasa
Malaysia selama 30 minit. Kita boleh merekod tingkah laku murid berasaskan kekerapan
sebenar, kadar kejadian atau kejadian tersebut dalam peratus peluang sedia ada.
Contohnya, Ali telah mengangkat tangan sebelum menjawab soalan guru hanya sekali
dalam waktu mata pelajaran Bahasa Malaysia selama 30 minit atau kita boleh merekod
sebagai Ali mengangkat tangannya 0.5 per 15 minit atau Ali mengangkat tangannya
sebanyak 5% daripada peluang sedia ada untuk menjawab soalan guru (sekiranya guru
telah menyoal sejumlah 20 soalan dalam kelas itu dan murid semua termasuk Ali boleh
sukarela mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru).

i) Lembaran data yang ringkas

Lembaran Data Perekodan Peristiwa atau Kekerapan (Event / Frequency Recording Data
Sheet)

Tarikh : 20 Ogos 2009 Penilai: Cik Faridah Ismail


Nama Murid : Aniq Afiqah Salleh
Kelas : 3 Sinar
Pemerhatian

Tingkah Laku Kekerapan Jumlah Masa Ulasan Tambahan


Murid Kejadian
Mengangkat / 1 30 minit kelas pada waktu
tangan untuk pagi ( 10.00
menjawab pagi- 10.30 pagi)
soalan semasa sesi
Bercakap // 2 bercerita ”Si
sewaktu guru Kancil”
mengajar

ii) Lembaran data kekerapan untuk merekod tingkah laku sasaraN

ii. Rekod anekdot

Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan
perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan
peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar. Oleh itu, guru perlu
sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama kanak-kanak, tarikh, masa,
tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan tindakan guru. Guru dapat mengambil
tindakan susulan yang sesuai bagi membantu murid itu.
Kegunaan rekod anekdot:
Bagi merekod tingkah laku kanak-kanak yang khusus bagi tujuan perancangan aktiviti
individu dan bagi kes konferensi.
Kebaikan rekod anekdot:
· Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod ini.
· Pemerhatian ini terbuka(tiada penutup. Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang
beliau dapat saksikan dan tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan.
· Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira di mana
ia berlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkannya kemudian.
· Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang diperlukan sahaj dan
melupakan perkara atau tingkah laku lain.

Keburukan rekod anekdot:


· Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkan
kejadian yang diperlukan oleh pemerhati sahaja.
· Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana rekod ini
dibuat selepas kejadian itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurang
mendalam.
· Kejadian mungkin berlaku diluar konteks dan ini menyebabkan interpretasi kurang
tepat ataupun digunakan secara berat sebelah.
· Sukar direkod atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik
Borang Rekod Anekdot
Pemerhati: ....................................................................................................
Tarikh pemerhatian :.....................................................................................
Masa pemerhatian : .....................................................................................
Nama pelajar : .............................................................................................
Penerangan tentang kejadian:
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
.........................................................................................................
Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian :
................................................................................................................................................
............................................................................................
Nota, cadangan dan langkah:
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
.......................................

Tandatangan: .........................................
iii. Persampelan masa

Rekod persampelan masa ini digunakan bagi mencatat pemerhatian ke atas tingkah laku
kanak-kanak dalam satu jangka masa. Guru mengenal pasti kanak-kanak yang akan
diperhatikan dalam satu tempoh masa. Pemerhatian akan dibahagikan kepada beberapa
segmen masa dan kekerapan berlakunya tingkah laku itu dicatat secara berterusan dan
ambil tindakan. Tingkah laku yang hendak direkod ini perlu nyata dan kerap dilakukan
sekurang-kurangnya sekali dalam masa 15 minit.
Kebaikan rekod persampelan masa:
· Menjimatkan masa.
· Memberi maklumat berkenaanjangka masa tingkah laku itu berlaku.
· Maklumat kualitatif ini sesuai bagi analisis menggunakan statistic.
· Lebih objektif dan terkawal kerana tingkah laku adalah nyata dan terhad.
· Pemerhati dapat mengumpul data berkenaan beberapa orang kanak-kanak ataupun
beberapa jenis tingkah laku secara serentak.

Keburukan rekod persampelan masa:


· Ia merekod tingkah laku yang sudah ditetapkan sahaja dan mungkin akan tertinggal
tingkah laku yang berguna.
· Ia hanya merekod bila dan kekerapan tingkah laku itu berlaku sahaja. Catatan
berkenaan tingkah laku, sebab-sebab dan keputusan ia dilakukan tidak dinyatakan. Ini
menyebabkan penilaian menjadi berat sebelah.
Lembaran Data Persampelan Masa

Nama Murid :
Persekitaran : Bahasa Melayu
Tingkah Laku Sasaran : Mengangkat tangan
Masa Mula : 8.00 pagi
Masa Tamat : 9.00 pagi
Tarikh : 20 Ogos 2009
8.00 8.05 8.10 8.15 8.20 8.25 8.30 8.35 8.40 8.45 8.50 8.55 9.00
Sela Masa
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Nama murid

Mior + + - - + - + + - - + -
Laila - - - + + - - + - + - +
Dewi + - + - - + - - + - - -

Petunjuk : + (Tingkah laku sasaran ditunjukkan)


- (Tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan)

Ringkasan Pemerhatian:

Jumlah Interval
Selaan di mana tingkah laku ditunjukkan
Peratus tingkah laku sasaran ditunjukkan
Selaan di mana tingkah laku tidak ditunjukkan
Peratus tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan

iv. Senarai semak

Walaubagaimanapun pemerhatian adalah lebih bermakna apabila guru dapat mengaitkan


perubahan tingkah laku kanak-kanak dengan hasil pembelajaran seperti yang telah
ditetapkan. Oleh itu, guru boleh menyediakan satu senarai hasil pembelajaran dan
digunakan sebagai alat atau instrument semakan semasa membuat pemerhatian untuk
setiap murid. Senarai hasil pembelajaran hendaklah mengambil kira domain kognitif,
afektif dan psikomotor.
Senarai semak ini dapat menyatakan samada murid boleh atau tidak boleh, mencapai atau
tidak mencapai hasil pembelajaran yang diingini. Gambaran yang diperoleh ini tidak jelas
bagi menggambarkan pencapaian murid itu. Ada juga dalam kalangan guru menggunakan
skala pengelasan iaitu ‘belum menguasai, baik, cemerlang’ bagi memberi gambaran yang
lebih jelas berkenaan pencapaian murid itu.

Lembaran Data Senarai Semak (Check List Data Sheet)


BUTIR-BUTIR DIRI MURID
Nama Murid : …………………………………….
Umur : .................Tarikh Lahir: .................. No. Surat Beranak :................
Kelas: ................. No Pendaftaran JKM: ..................................................
Jenis Kecacatan/ Tahap : ............................................................................
Jantina : L / P Kaum : .......................... Agama: .....................................
Bil. Adik Beradik: .............................. Anak ke- : ....................................

PENGESAHAN IBU BAPA/ PENJAGA


PERLAKUAN YANG KETARA
Agresif ( )
Pasif ( )
Kognitif ( )
Emosi ( )
Negatif Sosial ( )
Motor Kasar ( )
Motor Halus ( )
Pertuturan ( )
Pengurusan Diri ( )
Tertib Makan ( )

Nama : .............................................................................
No K/P : ...........................................................................
Alamat : ..........................................................................
...........................................................................
...........................................................................
Tandatangan: ....................... Tarikh: ..........................

Bil Keterangan Tingkah Laku Tunjuk Ulasan


Ya Tidak
1. Perlakuan Agresif
1.1 Merosakkan harta sendiri/ orang lain
1.2 Selalu berkelahi/ bertindak
1.3 Cepat marah/ meradang
1.4 Mengacau/ Menguasai orang lain
1.5 Mencederakan diri
1.6 Mencederakan orang lain
1.7 Panas baran
1.8 Perlakuan negatif berlaku dengan tiba-
tiba
1.9 Hiperaktif
2. Perlakuan Pasif
2.1 Memencilkan diri
2.2 Sugul
2.3Terlalu pendiam
2.4 Terlalu malas
2.5 Mudah terganggu perhatian
2.6 Terlalu malu
2.7 Lembab pergerakan
2.8 Lembab membuat sesuatu
3. Perlakuan Negatif Sosial
3.1 Mengusik
3.2 Bercakap bohong
3.3 Tidak menepati janji
3.4 Engkar/ tidak menurut perintah
3.5 Berbahasa Kasar
3.6 Terlalu suka bercakap
3.7 Selalu buang air dalam bilik darjah
3.8 Suka membuat bising
3.9 Mengambil tanpa meminta
3.10 Tidak bekerjasama
3.11 Tidak bertimbang rasa
4. Pemasalahan Emosi
4.1 Gelisah
4.2 Menggerakkan bahagian anggota badan
tanpa dapat dikawal
4.3 Bebal
4.4 Menipu / berbohong
4.5 Selalu mengadu sakit
4.6 Menangis dalam kelas
4.7 Memerlukan perhatian yang lebih
4.8 Risau
4.9 Berkhayal/ termenung
4.10 Membuat sesuatu tanpa tujuan

v. Duration recording
Merekodkan jangka masa mengenai tingkah laku dapat dibuat dengan mencatatkan masa
mula dan masa tamat tingkah laku itu terjadi. Teknik ini selalunya digunakan bagi
memerhatikan tingkah laku yang kurang terjadi dan diteruskan bagi tempoh yang
tertentu. Contoh merekodkan jangka masa adalah apabila seorang pelajar kerap menangis
di dalam kelas. Setiap kali pelajar itu menangis, anda mencatat masa mula dan masa
tamat serta membuat pengiraan jangka masa episod menangis tadi.
Contoh-contoh lain merekod jangka masa adalah berapa lama yang diperlukan oleh
seorang pelajar menyelasaikan kerja rumah matematiknya, tempoh masa yang diambil
membersihkan kelas ataupun berapa lama yang dihabiskan bagi pelajar berkenaan
mengetuk penselnya di atas meja secara berterusan. Jadual dibawah menunjukkan borang
jangka masa yang boleh digunakan dalam teknik ini.

Lembaran Data Perekodan Masa (Duration Recording Data Sheet)

Nama Murid : Dayang Sarah Awang Lah Tarikh Lahir : 12.08.1999


Siti Aisya Ali : 23.01.2000
Waqi ahmad : 07.09.2000
Kelas : 3 Sinar Penilai: Pn. Amnah Sarian
Definisi Tingkah Laku yang Direkod : Membuat tugasan
Tarikh : 21 0gos 2009
Tempoh masa : 30 minit
Onset offset onset offset onset offset onset offset
Nama Murid
Wati 9.00-9.05 9.06-9.15 9.16-9.20 9.20-9.30
Kumar 9.00- 9.08 9.09- 9.20 9.21- 9.25 9.26- 9.30
Firdaus 9.00-9.04 9.05- 9.10 9.11- 9.15 9.16- 9.30

Interval recording
Interval recording ataupun merekod jarak masa adalah teknik yang mngukur samada
tingkah laku itu berlaku ataupun tidak dalam jangka masa yang ditetapkan. Jumlah masa
pemerhatian dibahagikan dengan jarak masa yang lebih kecil. Pemerhati mencatatkan
samada tingkah laku itu terjadi ataupun tidak dalam masa itu. Dengan berpandukan pada
teknik merekod jarak masa ini, guru dapat membuat anggaran tentang kedua-kedua
frekuensi dan jarak masa tingkah laku pada masa yang sama.
Pemerhati akan mencatat sekali sahaja sekiranya tingkah laku terbabit berlaku pada bila-
bila masa sepanjang jarak masa ini. Merekod jarak masa memerlukan tumpuan yang
tidak berbelah bahagi dari pemerhati memandangkan pemerhatian dilakukan secara
berterusan bagi tempoh yang ditetapkan.
Teknik ini dapat dilakukan dalam beberapa perlakuan seperti ketika kanak-kanak
membaling permainan mereka ketika lapang. Apabila masa lapang ini adalah 15 minit,
bahagikan jarak masa ini kepada selang satu minat. Pada minit pertama, apabila seorang
kanak-kanak membaling alat permainannya, karak masa ditandakan.
Pada minit kedua, jika dia tidak membaling alat permainan itu, maka jarak masa tidak
ditandakan. Walaubagaimanapun apabila kanak-kanak ini membaling tiga alat permainan
yang berbeza pada minit ketiga, jarak masa ditandakan hanya sekali sahaja. Borang bagi
mengukur jarak masa boleh didapati pada jadual dibawah:
Lembaran Data Perekodan Interval (Interval Recording Data Sheet)

Nama Murid : Tarikh Lahir:


Kelas :
Penilai :
Definisi Tingkah Laku yang direkod (TL sasaran) :

Tingkah laku Lokasi


Masa Duduk Berdiri Goyang Dapur Ruang Bilik Tidur Ulasan
tamu
8.00 pg
9.00 pg
10.00 pg
11.00 pg
12.00 tgh
1.00 ptg
2.00 ptg

vii. Sekil kadar

Sekil kadar hampir sama dengan frekuensi. Merekodkan kadar tingkah laku membabitkan
pengumpulan maklumat tentang frekuensi tingkah laku yang diperhatikan dan panjang
tempoh pemerhatian itu. Kadar adalah nisbah bilangan tingkah laku terbabit berlaku
dalam masa yang ditetapkan dan tempoh masa.
Kadar dihitung dengan menbahagikan bilangan tingkah laku yang terjadi ini dengan
minit, jam ataupun hari ketika pemerhatian dibuat. Frekuensi ataupun berapa kali seorag
pelajar meninggalkan tempat duduknya ketika kelas matematik dijalankan dapat
dicatatkan sebagai kadar kija tempoh kelas dijalankan ataupun tempoh masa pemerhatian
diketahui.
Kadar tingkah laku dapat dikira purata sekiranya pemerhatian dibuat beberapa kali
sepanjang tempoh. Daripada beberapa siri pemerhatian ini, kadar purata pelajar
meninggalkan tempat duduknya dapat ditentukan. Jadual dibawah menunjukkan
bagaimana kita dapat mencatatkan tingkah laku meninggalkan tempat duduk sebagai
kadar.

Lembaran Data Sekil Kadar (Rate Scale Data Sheet)


BUTIR-BUTIR DIRI MURID
Nama Murid : …………………………………….
Umur : .................Tarikh Lahir: .................. No. Surat Beranak :................
Kelas: ................. No Pendaftaran JKM: ..................................................
Jenis Kecacatan/ Tahap : ............................................................................
Jantina : L / P Kaum : .......................... Agama: .....................................
Bil. Adik Beradik: .............................. Anak ke- : ....................................
PERLAKUAN YANG KETARA
Agresif ( )
Pasif ( )
Kognitif ( )
Emosi ( )
Negatif Sosial ( )
Motor Kasar ( )
Motor Halus ( )
Pertuturan ( )
Pengurusan Diri ( )
Tertib Makan ( )

PENGESAHAN IBU BAPA/ PENJAGA


Nama : .............................................................................
No K/P : ...........................................................................
Alamat : ..........................................................................
...........................................................................
...........................................................................
Tandatangan: ....................... Tarikh: ..........................

Bil Keterangan Tingkah Laku Tahap Tingkah Laku Ulasan


1 2 3 4 5
1. Perlakuan Agresif
1.10Merosakkan harta sendiri/
orang lain
1.11Selalu berkelahi/ bertindak
1.12Cepat marah/ meradang
1.13Mengacau/ Menguasai orang
lain
1.14Mencederakan diri
1.15Mencederakan orang lain
1.16Panas baran
1.17Perlakuan negatif berlaku
dengan tiba-tiba
1.18Hiperaktif
2. Perlakuan Pasif
2.1 Memencilkan diri
2.2 Sugul
2.3Terlalu pendiam
2.4 Terlalu malas
2.5 Mudah terganggu perhatian
2.6 Terlalu malu
2.7 Lembab pergerakan
2.8 Lembab membuat sesuatu
3. Perlakuan Negatif Sosial
3.1 Mengusik
3.2 Bercakap bohong
3.3 Tidak menepati janji
3.4 Engkar/ tidak menurut perintah
3.5 Berbahasa Kasar
3.6 Terlalu suka bercakap
3.7 Selalu buang air dalam bilik
darjah
3.8 Suka membuat bising
3.9 Mengambil tanpa meminta
3.10 Tidak bekerjasama
3.11 Tidak bertimbang rasa
4. Pemasalahan Emosi
4.1 Gelisah
4.2 Menggerakkan bahagian
anggota badan tanpa dapat dikawal
4.3 Bebal
4.4 Menipu / berbohong
4.5 Selalu mengadu sakit
4.6 Menangis dalam kelas
4.7 Memerlukan perhatian yang
lebih
4.8 Risau
4.9 Berkhayal/ termenung
4.10 Membuat sesuatu tanpa tujuan

Skala : 1- tidak memuaskan


2- kurang memuaskan
3- sederhana
4- baik
5- sangat baik

viii. Rekod berterusan

Ia adalah catatan lengkap berkenaan kejadian dan dicatat mengikut urutan masa kejadian
berlaku. Guru atau pemerhati akan duduk ataupun berdiri dari jarak beberapa meter
daripada murid dan mula mencatat apa sahaja kejadian yang berlaku dalam masa yang
telah ditetapkan. Masanya mungkin lima minit ataupun mungkin diulang beberapa kali
pada hari itu. Rekod ini berbeza daripada rekod anekdot kerana ia merekod semua
kejadian yang berlaku bukan hanya kejadian dipilih ataupun yang diperlukan sahaja.
Catatannya juga menggunakan ayat yang pendek dan ditulis dengan menggunakan ayat
yang pendek dan ditulis dengan menggunakan teknik penulisan ringkas jika boleh.
Kebaikan rekod berterusan:
· Rekod yang lengkap, komprehensif dan tidak terhad kepada satu kejadian sahaja.
· Rekod ini terbuka dan membolehkan guru mencatat apa sahaja yang beliau lihat.
· Guru atau pemerhati tidak perlu mempunyai kemahiran pemerhati yang khusus.

Keburukan rekod berterusan:


· Memerlukan banyak masa.
· Sukar merekod semua kejadian dengan lengkap.
· Baik bagi merekod pemerhati individu tetapi sukar merekod pemerhatian secara
kumpulan.

ix. Rekod Spesimen

Hampir sama dengan rekod berterusan, tetapi ia lebih lengkap, lebih jelas dan kriterianya
sudah ditetapkan seperti masa dan kanak-kanak yng terlibat. Rekod ini selalu digunakan
oleh penyelidik yang memrlukan catatan menyeluruh dan lengkap berkenaan satu-satu
tingkah laku. Kebaikan dan keburukannya juga hamper sama dengan rekod berterusan.

CONTOH PEMERHATIAN
Saya telah melakukan kajian terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang benama
Maziah dan dia lebih suka dikenali sebagai Mama. Dia yang menghadapi masalah
pembelajaran dan dikategorikan sebagai Sindrom Down yang juga mempunyai masalah
kecacatan mental dan sudah berusia 11 tahun. Apa yang saya dapati setelah membuat
pemerhatian selama lima hari banyak tingkah laku negatif yang dapat dikesan antaranya
adalah dia seorang yang suka mengganggu, suka mencubit, suka memukul rakan-
rakannya dan tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
Menurut guru kelasnya, Maziah suka mencubit rakan sekelasnya yang
tidak rapat dengannya. Selain itu, jika rakannya itu tidak memenuhi kehendak dia akan
memukul kepala rakannya dengan apa sahaja yang ada ditangannya. Contohnya, semasa
bermain-main gabus dengan rakan-rakannya di bahagian belakang kelas dia telah
memukul kepala rakannya dengan gabus kerana rakannya itu tidak mengendahkan arahan
dia supaya jangan bermain ditempat yang sama dengannya. Semasa proses pengajaran
dan pengajaran berlangsung, dia akan menjelir lidah kepada rakan-rakannya
walaupun rakannya itu tidak melakukan apa-apa.

Maziah tidak menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan


pembelajaran berlangsung.
Maziah juga suka memarahi rakan-rakannya tanpa sebab kerana rakan-rakannya yang
lain tidak suka berkawan dengannya yang suka menjelir lidah dan memukul. Rakan-
rakannya tidak berapa rapat dengannya kerana tabiaatnya yang suka memukul dan
menjelir lidah itu.
Namun begitu, walaupun Maziah mempunyai banyak tingkah laku negatif
tetapi dia juga mempunyai banyak tingkah laku positif. Maziah merupakan kanak-kanak
yang mampu mengurus dirinya sendiri, dia boleh makan dan meletakkan kembali
pinggan ditempat yang telah disediakan. Menurut ibunya yang juga seorang guru, Maziah
sudah pandai mengurus dirinya sendiri seperti mandi, memakai baju dan memakai kasut
tanpa bantuan orang lain. Tingkah laku negatifnya itu sahaja yang belum dapat diubah.
Menurut ibunya lagi, dia juga berkelakuan begitu juga dengan adiknya di rumah. Suka
memukul dan menjelir lidah. Namun, setelah ditegur Maziah akan berhenti melakukan
perbuatan tersebut seketika.

KAJIAN KES TINGKAH LAKU BERMASALAH

Nama murid : Maziah binti Mohd Yusoff


Kategori : Sindrom Down + Terencat Akal
Tingkah laku berterusan:
1) menjelir lidah
2) memukul kawan
3) berkhayal
4) menyanyi dengan kuat
5) tidak dapat menumpukan perhatian
6) menangis tanpa sebab

Tingkah laku semasa:


1) berada dalam dunia sendiri
2) suka mengganggu rakan

Berdasarkan rekod tersebut terdapat beberapa perancangan bagi menguruskan


tingkah laku yang direkodkan dalam bentuk borang-borang yang bersesuaian.

RANCANGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Masalah tingkah laku suka memukul kawan

Nama Murid : Maziah binti Mohd Yusoff


Tarikh Mula : 16 Ogos 2009
Masalah Tingkah Laku : Memukul kawan
Tarikh Lahir : 25.09.1998
Umur : 11 tahun
Pengetahun sedia ada : Dimarahi dan ditegur oleh guru jika memukul kawan
Matlamat : Mengurangkan atau menghentikan aktiviti memukul
kawan.
· Memukul kawan semasa proses pengajaran dan
Pemerhatian pembelajaran berlaku.
Tingkah laku yang hendak · Suka memukul kawan
diuruskan
Tingkah laku sasaran · berhenti daripada tingkah laku tersebut
· semasa tiada sebarang aktiviti
Masa tingkah laku dilakukan · semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
· keadaan marah dan berseorangan
· Murid tidak dapat membezakan antara tingkah laku
Sebab keutamaan positif atau negatif.
· Mengelakkan tingkah laku tersebut menjadi
berterusan sehingga dewasa.
· Membuatkan rakan lain tidak selamat dengan
dirinya
· Memberi kesan kepada rakan-rakan

Strategi atau kaedah · Sentiasa mengawal tingkah laku tersebut.


· melaksanakan aktiviti yang diminatinya seperti
puzzle.
· Memberi peneguhan negatif untuk mengurangkan
tingkah laku tersebut.
· menasihati murid supaya tidak mengulangi tingkah
laku tersebut
· memberi ganjaran seperti pujian jika berjaya
menghentikan tingkah laku tersebut.
· Menggalakkan mereka belajar secara berkumpulan
supaya rakan lain berasa selesa dan selamat dengannya.
· memperbanyakkan penggunaan bahan bantu belajar
supaya murid tidak berasa bosan.
Peneguhan · Positif
ü memberikan ganjaran
ü memberikn pujian seperti ”bagus” atau ’baik”.
· Negatif
ü memberi teguran
ü duduk di belakang
ü tidak dibenarkan bermain dengan rakan-rakan
ü hukuman

PENGURUSAN TINGKAH LAKU SASARAN


Catatan ditulis dalam bentuk borang rekod anekdot untuk dimasukkan ke dalam
fail murid.
Sekolah Kebangsaan Seri ketereh
Borang Rekod Anekdot
Pemerhati: Nazifah Binti Lang
Tarikh pemerhatian :16 Ogos 2009
Masa pemerhatian : 9.15 pagi
Nama pelajar : Maziah binti Mohd Yusoff

Penerangan tentang kejadian:


- suka memukul kawan
- berkhayal
- menjelir lidah

Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian :


- - berlaku semasa guru sedang mengajar di hadapan kelas
- - bermain bersama rakan.
-
Nota, cadangan dan langkah:
1) melaksanakan intervensi dengan menggunakan kaedah ganjaran.
2) memberi nasihat dan teguran gterhadap perlakuan tersebut.

Tandatangan: fauziah

Rekod dalam bentuk Senarai Semak

Senarai Sem
PERLAKUAN YANG KETARA
Agresif ( )
Pasif ( )
Kognitif ( )
Emosi ( )
Negatif Sosial ( )
Motor Kasar ( )
Motor Halus ( )
Pertuturan ( )
Pengurusan Diri ( )
Tertib Makan ( )

Bil Keterangan Tingkah Laku Tunjuk Ulasan


Ya Tidak
1. Perlakuan Agresif
1.19Merosakkan harta sendiri/ orang lain
1.20Selalu berkelahi/ bertindak
1.21Cepat marah/ meradang
1.22Mengacau/Menguasai orang lain √
1.23Mencederakan diri √
1.24Memukul orang lain
1.25Menjelir lidah √ *tingkah laku
1.26Panas baran 1.24 perlu
1.27Perlakuan negatif berlaku dengan tiba- diberi
tiba √ intervensi*
1.28Hiperaktif


2. Perlakuan Pasif
2.1 Memencilkan diri √
2.2 Sugul √
2.3Terlalu pendiam
2.4 Terlalu malas
2.5 Mudah terganggu perhatian
2.6 Terlalu malu
2.7 Lembab pergerakan √
2.8 Lembab membuat sesuatu √


3. Perlakuan Negatif Sosial
3.1 Mengusik √
3.2 Bercakap bohong √
3.3 Tidak menepati janji
3.4 Engkar/ tidak menurut perintah √
3.5 Berbahasa Kasar
3.6 Terlalu suka bercakap √
3.7 Selalu buang air dalam bilik darjah √
3.8 Suka membuat bising √
3.9 Mengambil tanpa meminta √
3.10 Tidak bekerjasama √
3.11 Tidak bertimbang rasa

√ √

4. Pemasalahan Emosi
4.1 Gelisah √
4.2 Menggerakkan bahagian anggota badan √
tanpa dapat dikawal
4.3 Bebal √
4.4 Menipu /berbohong √
4.5 Selalu mengadu sakit √
4.6 Menangis dalam kelas √
4.7 Memerlukan perhatian yang lebih √
4.8 Risau √
4.9 Berkhayal/ termenung √
4.10 Membuat sesuatu tanpa tujuan √

i) Data Awal- Tingkah Laku Sasaran (memukul rakan)


Masa 8.30-9.30 pagi 9.30-10.30 10.30-11.30 11.30-12.30 Jumlah
Hari pagi pagi tengah hari
Ahad 3 1 2 2 8
(16/8/09)
Isnin 4 2 3 2 11
(17/8/09)
Selasa 3 2 0 3 8
(18/8/09)
Rabu 2 1 0 1 4
(19/8/09)
Khamis 2 0 3 1 5
(20/8/09)

Penilaian :
· Pemerhatian telah dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan
· Maklumat diperolehi daripada guru dan pembantu guru
· Temubual guru dan ibu bapa
· Hukuman, teguran, ganjaran, peneguhan

Hasil penilaian:
· Daripada hasil pemerhatian, Maziah akan berhenti melakukan perbuatan tersebut
jika guru menegur dan diminta meminta maaf.
· Tingkah laku berkurangan setiap kali menjelang tengah hari.
· Guru perlu memantau tingkah laku tersebut dari semasa ke semasa.

ii) Semasa menjalankan intervensi


Masa 8.30-9.30 pagi 9.30-10.30 10.30-11.30 11.30-12.30 Jumlah
Hari pagi pagi tengah hari
Ahad 2 1 2 2 7
(1/9/09)
Isnin 2 2 1 1 6
(2/9/09)
Selasa 1 2 2 0 5
(3/9/09)
Rabu 0 2 2 1 5
(4/9/09)
Khamis 1 2 1 1 5
(5/9/09)
Ahad 2 1 1 0 4
(8/9/09)
Isnin 1 1 1 0 3
(9/9/09)
Selasa 0 1 1 0 2
(10/9/09)
Rabu 1 1 0 0 2
(11/9/09)
Khamis 1 0 0 0 1
(12/9/09)

Penilaian :
· Pemerhatian telah dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan
· Maklumat diperolehi daripada guru dan pembantu guru
· Temubual guru dan ibu bapa
· Hukuman, teguran, ganjaran, peneguhan

Hasil penilaian:
· Guru memberi teguran kepada Maziah secara baik dan lembut.
· Guru membuat aktiviti yang diminati Maziah seperti puzzle untuk menarik
minatnya.
· Guru memberikan peneguhan negatif terhadap perlakuan tersebut.

iii) Selepas menjalankan intervensi

Masa 8.30-9.30 pagi 9.30-10.30 10.30-11.30 11.30-12.30 Jumlah


Hari pagi pagi tengah hari
Ahad 0 1 1 0 2
(15/9/09)
Isnin 1 1 0 0 2
(16/9/09)
Selasa 1 0 0 0 1
(17/9/09)
Rabu 1 0 0 0 1
(18/9/09)
Khamis 0 0 0 0 0
(19/9/09)
Penilaian :
· Pemerhatian telah dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan
· Maklumat diperolehi daripada guru dan pembantu guru
· Temubual guru dan ibu bapa
· Hukuman, teguran, ganjaran, peneguhan

Hasil penilaian:
· Tingkah laku yang ditunjukkan berkurangan setelah intervensi dilakukan
· Maziah dan rakan-rakan telah dapat bermain bersama dengan selesa serta dapat
menumpukan perhatian di dalam kelas
· Maziah sudah tidak berani memukul rakan-rakannya.

Bibliografi

Buku
Saayah binti Abu, Menjadi Guru Tadika
Rohani binti Abdullah, Nani binti Menon dan Mohd Sharani bin Ahmad,Panduan
Kurikulum Prasekolah.
Open University Malaysia, Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak Berkeperluan Khas,
Fakulti Pendidikan dan Bahasa.
Wan Norazman Wan Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Pengurusan Tingkah Laku.

Kepentingan interaksi dalam pengurusan bilik darjah

i) Membolehkan guu memotivasi murid-murid supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
(ii) Aktiviti soal jawab dapat menggerakkan murid-murid berfikir memerlukan proses interaksi di antara
guru dengan murid-muridnya.
(iii) Interaksi mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murud dalam bilik darjah. Perhubungan guru
dan murid-muridnya yang mesra adalah syarat pentingbagi guru menyampai pelajaran dengan berkesan.
(iv) Interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana interaksi merupakan proses utama
bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepadamurid-muridnya.
(v) Melalui interaksi, guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnya mengikut objektif pelajar yang
ditentukan.
(vi) Melalui interaksi dengan bahan pelajaran, guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan.
(vii) Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan murid memerlukan interaksi dua hala.
(viii) Aktiviti kumpulan, khasnya aktiviti perbincangan, hanya dapat dijalnkan melalui interaksi di antara
murid dalam kumpulan.
(ix) Interaksi berkomputer membolehkan murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran terkini yang sukar
didapati daripada buku-buku atau media bercetak yang sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai