Anda di halaman 1dari 7

Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari

nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah.
Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi,
perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat
sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar.

Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku bermasalah ini
timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila
menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyababkan berlakunya gangguan emosi
dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian
persekitarannya.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang
boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di
dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama
tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif.

Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar
cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu
tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku
bergantung yang berlebihan.

PRINSIP ASAS DISIPLIN

Bagi melaksanakan disiplin yang baik dan berkesan, setiap sekolah hendaklah berasaskan kepada
prinsip-prinsip berikut:

• Keadilan dan layanan yang sama rata.


• Pertimbangan minat dan keperluan murid.
• Kebebasan yang berdasarkan undang-undang.
• Amalan menghormati seseorang individu.
• Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis.
• Perpaduan masyarakat dan negara.

Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan
membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh
yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksana strategi dan
tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu.
Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif dan
mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Esei ini akan cuba menerangkan
jenis-jenis tingkah laku bermasalah dengan memberi contoh keadaan yang bersesuaian. Perbincangan
terhadap teknik mengenal pasti atau metodologi mengenal pasti serta strategi untuk memodifikasi
tingkah laku tersebut di sebuah sekolah yang dikaji akan di tunjukkan.

MASALAH TINGKAH LAKU MURID BERKEPERLUAN KHAS (PKBP)

Guru sering menghadapi masalah untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
pengurusan tingkah laku. Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah
pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah
tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu
bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi
kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negative, memberi jawapan
sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang
kepercayaan terhadap kebolehan diri.

Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang
mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan tempat duduk
murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan peranan
penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak.
Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar.

Guru hendaklah peka di dalam penyediaan bahan yang bersesuaian dengan murid-murid keperluan khas
ini. Terdapat sesetengah guru menggunakan muzik latar semasa membuat aktiviti. Hal ini menyebabkan
kebisingan di dalam kelas, tindakan agresif, mengada-ngada dan sebagainya. Sekiranya mempelbagaikan
suasana tempat belajar iaitu di luar bilik darjah. Oleh kerana mereka mudah tertarik kepada
persekitaran, mereka akan hilang tumpuan untuk belajar di luar bilik darjah dan mereka lebih banyak
bermain.

TINGKAH LAKU BERMASALAH

Sudah menjadi lumrah duniawi setiap menusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan sehingga
ke peringkat matang. Perkembangan manusia merujuk perubahan dari aspek jasmani, kognitif, emosi,
sosial dan rohani. Hampir semua perkembangan tersebut berkaitan dengan faktor baka dan
persekitaran. Berikut adalah berdasarkan pengalaman saya sepanjang mengikuti program Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) di sebuah sekolah yang terlatak di sebuah bandaraya yang terkenal.
Sekolah ini mempunyai kelas untuk murid masalah pembelajaran (PKBP) di dapati terdapat pelbagai
tingkah laku di kalangan murid di sekolah tersebut. Walaupun secara puratanya tingkah laku normal
murid-murid adalah lebih ketara di sekolah tersebut, namun tingkah laku bermasalah juga wujud
sehingga menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan teratur. Supaya lebih
mudah difahami, saya akan menerangkan dahulu tingkah laku bermasalah dan kemudian akan
menerangkannya di dalam perenggan tersebut beserta contoh agar dapat memahami dengan baik.

Sepertimana yang telah dijelaskan dalam pengenalan, tingkah laku bermasalah diklasifikasikan kepada
dua kategori utama iaitu tingkah laku bermasalah positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif
dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu
secara keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif turut berlaku atau di sekolah dipanggil
hiperaktif positif. Walaupun secara umumnya perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif
dari segi pembelajaran seorang murid, namun sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran yang sedang berlaku. Sebagai contoh kes yang berlaku di sekolah, murid A yang
berperilaku ingin tahu yang keterlaluan akan menyebabkan murid A itu suka bertanya tidak pututs -
putus sehingga mengganggu proses penerangan sesuatu topik yang dipelajari semasa proses
pembelajaran dan pengajaran berlaku . Begitu juga perilaku proaktif akan menyebabkan murid lain yang
sedang cuba memahami atau memberi fokus terhadap sesuatu topik pembelajaran dan memerlukan
kosentrasi serta suasana yang kondusif turut mengalami gangguan dari murid A.

Selain itu, tingkah laku bermasalah positif cepat belajar dan pintar cerdas juga akan menyebabkan
ketidakseimbangan dalam proses pembelajaran yang sedang berlangsung. Pemerhatian yang dapat
dilihat ialah, apabila berlaku perlakuan murid seperti ini akan menyebabkan gangguan emosi bukan
sahaja kepada murid dalam kelas itu sendiri, malah guru juga turut akan menerima kesannya. Perkara
yang dapat dilihat ialah, murid yang bermasalah ini akan cuba untuk memperkatakan perkara yang
mereka fahami dalam topik yang sedang diajar oleh guru. Hal ini menyebabkan murid-murid lain yang
sama kelas kehilangan minat untuk belajar kerana berasa rendah diri melihat rakan sekelas telah
mempunyai pengetahuan yang lebih dalam topik itu selain lebih berminat bertanya murid tersebut
berbanding guru yang sedang mengajar.

Dalam pada itu, tindak-tanduk pelajar yang mempunyai kelebihan positif pintar cerdas juga
menyebabkan guru tidak selesa untuk mengajar. Hal ini dapat dilihat sekiranya guru tersebut kurang
bijak mengawal murid-murid dan tidak tegas dalam mengawal murid-murid. Sebagai contoh yang
berlaku di sekolah, murid yang hiperaktif positif, ini apabila diberi sesuatu tugasan yang perlu disiapkan
akan mengganggu pelajar lain yang masih sedang menyiapkan tugasan yang diberi kerana dia mampu
menyiapkannya dengan lebih awal.

Murid pintar cerdas ini, bukan sahaja ada di sekolah aliran perdana namun ianya juga ada di aliran PKBP.
Walaupun majoriti murid PKBP adalah murid yang berkeperluan khas namun ada sebahagian daripada
murid-murid ini yang pintar cerdas. Pertanyaan, mengganggu,dan menjawab soalan sering berlaku
sehingga menganggu proses pembelajaran dan pengajaran seperti aliran perdana. Murid yang menjadi
pintar cerdas ini adalah murid yang mengalami masalah lembam kerana di dalam kalangan murid PKBP
ini merekalah yang lebih berpengetahuan sikit, cuma kurang daya ingatan.

Murid-murid ini bersifat demikian adalah kerana inginkan perhatian yang lebih daripada guru yang
mengajar, malah murid ini juga cuba mengganggu rakan mereka dan menyebabkan rakan terasa
terpinggir dan malu untuk menonjolkan diri ketika di dalam kelas.

Penyelesaiannya, guru seharusnya lebih tegas agar murid lebih menghormati , dapat mengelak daripada
murid lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru boleh memfokuskan murid
agar tumpuan dapat diberikan murid sepenuhnya.

Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perlakuan distruktif iaitu
tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku
bergantung yang berlebihan. Tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan murid yang berusia 10
hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama
ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau
menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata,
vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati,
benci, marah atau dendam. Tingkahlaku destruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat,
ibu bapa mahupun televisyen. Di sekolah yang saya melakukan PBS terdapat juga berlaku pergaduhan
kecil semasa mereka. Walaupun, dilihat sebagai pergaduhan kecil yang melibatkan kanak-kanak namun
ianya akan memberi kesan yang buruk kelak.
Tingkah laku masalah ini dicatit di dalam buku disiplin sekolah . Tindakan akan diambil adalah berbentuk
amaran untuk pertama kali dan kedua kali dilakukan. Apabila ianya kerab dilakukan maka murid itu akan
diambil tindakan berjumpa dengan waris sebelum sekolah mengambil tindakan susulan. Terdapat buku
peraturan sekolah dan tindakan yang akan diambil termasuk merotan mengikut undang-undang yang
ditetapkan sekolah dengan perserujuan ibubapa dan Jabatan Pendidikan.

Murid yang mempunyai tingkah laku desruptif pula sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan
perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku menganggu ini juga berlaku di luar bilik
darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan sebaya. membuat bising iaitu tingkah laku yang
mengganggu atau disruptif. Kebiasaan masalah ini wujud apabila keadaan murid keperluan khas ini tidak
kondusif ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Boleh dikatakan kebanyakkan mereka akan
membuat bising sama ada ketiadaan guru atau sebaliknya. Mereka akan bercakap sesama mereka,
menjerit, mengganggu rakan sekelas dan sebagainya. Hal ini juga disebabkan kurangnya guru
mengendalikan murid-murid tersebut seperti tidak mempelbagaikan kaedah penyampaian mengajar,
guru menghadirkan diri ke mesyuarat dan meninggalkan mereka tanpa pengawasan, sikap semulajadi
murid-murid keperluan khas seperti hiperaktif. Kebiasaan mereka akan hilang minat untuk mengikuti
pembelajaran selepas waktu rehat atau melakukan aktiviti luar seperti pendidikan jasmani. Bagi
mengatasi kebisingan di dalam kelas guru mesti memainkan peranan dengan menggunakan kaedah
modelling iaitu modifikasi tingkah laku melalui ubah suai luaran. Modifikasi ini merujuk kepada peniruan
melalui pemerhatian tingkah laku seorang model yang disanjung dan secara tidak langsung mengubah
tingkah lakunya. Teori ini telah diperkenalkan oleh Bandura yang menjelaskan pelbagai tingkah laku
sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Jenis-jenis tingkah laku desruptif termasuk hiperaktif, terlalu
membuat bising, pergerakan melampau, menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta
menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak. Biasanya, tingkah laku ini dialami oleh pelajar
lelaki berusia 10 hingga 11 tahun. Selalunya tingkah laku desruptif akan menjadi punca terjadinya
tingkah laku destruktif jika emosi tidak terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidak puas hati
dan sebagainya.

Pemerhatian yang telah dibuat dalam sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berlangsung, memang didapati masalah ini banyak berlaku terutamanya di kelas-kelas hujung dalam
sesuatu darjah. Kebiasaannya golongan murid ini memang gemar mengganggu pelajar lain dengan
membuat bising atau melakukan perlakuan agresif dari segi perilaku dan lisan terutamanya apabila
mereka tidak dapat memahami sesuatu tugasan yang diberi.

Murid yang tingkahlaku bermasalah hiperaktif merupakan murid yang tidak dapat mengawal diri sendiri
dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu murid lain. Malah murid ini juga boleh
membahayakan dirinya sendiri dan juga murid yang lain .Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid
hiperaktif ini memanjat pagar tingkap. kemungkinan murid itu jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh
terkena pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan. Murid hiperaktif ini merupakan murid
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Murid aliran perdana juga ada yang hiperaktif seperti
ini. Murid ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan bertindak luar dari
kawalan seperti berlari di dalam kelas, membuat bising dan menganggu murid lain.

Murid aliran perdana yang menjadi hiperaktif adalah disebabkan oleh kurang berdisiplin ketika dirumah
ataupun kurang perhatian ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan tugasan kerja. Murid ini
berkemungkinan mengalami tekanan dan seterusnya memberontak ketika di sekolah. Bagi murid PKBP
pula, Murid ini dikenali sebagai ‘Hiperaktf-impulsf’ kerana bagi muird keperluan khas jenias ini , petunjuk
utama adalah gabungan antara hiperaktif iaitu jumlah pergerakan sangat tinggi dan impulsive iaitu
melakukan sesuatu tanpa berfikir. Murid jenis ini kerap mengetuk-ngetuk meja dan menggoyang-goyang
kerusi, selalu berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap.

Terdapat beberapa kaedah dalam mengatasi, membendung dan mengurangkan tingkahlaku bermasalah
ini daripada semakin berleluasa. Antaranya adalah dengan menggunakan kaedah memenuhi kehendak
pelajar seperti memahanmi keperluan pelajar tersebut. Apabila kehendaknya dituruti barulah lama
kelamaan murid tersebut dapat memberi perhatian dalam kelas. Kaedah ini juga boleh dilaksanakan
kepada murid keperluan khas Cuma pendekatannya sahaja yang berbeza berbeza. Contohnya bagi murid
keperluan khas guru harus mengikut aktiviti pelajar itu seperti berlari tetapi semasa berlari pengisian
pembelajaran harus ada umpamanya berlari sambil mengira. Ini boleh menimbulkan minat untuk murid
itu belajar.

Dalam pada itu tingkah laku negatif juga menyebabkan tingkah laku menghalang seperti pergantungan
berlebihan, kebimbangan, pengunduran dan pengasingan diri. Tingkah laku pergantungan berlebihan ini
kerap berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke bawah. Namun, ianya juga
mungkin akan berlarutan hingga remaja. Pada suatu ketika, apabila orang yang diharapkan tiada,
individu ini akan berasa cemas, takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa yang dilakukannya. Individu
sebegini juga merupakan individu yang pendiam, tidak aktif, rendah diri, selalu mengalami kebimbangan
dan tekanan. Di antara punca berlaku tingkah laku pergantungan berlebihan ialah akibat ibu bapa yang
mengamalkan perlindungan terlampau, suasana rumah tangga yang tegang, autokratik dan tidak
mempercayai kanak-kanak.

Kebimbangan berkait rapat dengan emosi ketakutan. Walaupun kebimbangan adalah suatu keadaan
emosi yang berlaku di peringkat dalaman murid namun ianya juga merupakan salah satu daripada jenis
tingkah laku bermasalah yang kurang ditonjolkan permasalahannya. Seseorang yang sentiasa bimbang
akan sentiasa cemas atau ‘phobia’ menghadapi sesuatu cabaran. Mengikut kajian Barat, kanak-kanak
yang selalu berada di dalam kebimbangan akan mendapat markah yang rendah berbanding dengan
kanak-kanak yang normal. Mereka banyak melakukan kesilapan. Kebimbangan adalah fenomena yang
akan menyebabkan kanak-kanak mempunyai personaliti dan kendiri yang negatif. Individu sebegini akan
menghadapi kesusahan dalam perhubungan dengan orang lain. Antara sebab terjadi tingkah laku
kebimbangan ialah percanggahan motif, konflik diri antara tingkah laku dan nilai sebenarnya,
penyesuaian diri dalam menghadapi suatu keadaan yang baru, menghadapi suatu keadaan yang sukar
diramal dan kehilangan tempat bergantung.

Pengunduran diri merupakan penarikan diri daripada suatu situasi kurang selamat atau mengancam.
Tingkah laku ini merupakan mekanisme helah bela diri. Pada kebiasaannya, ianya berkaitan dengan
pengalaman pahit pada
masa lampau. Kanak-kanak yang pernah gagal dalam sesuatu usaha akan mengambil keputusan untuk
tidak melibatkan diri dalam sebarang tugas yang ada kaitannya dengan pengalaman awalnya. Tingkah
laku pengunduran diri ini jika dibiarkan akan menyebabkan pembentukan konsep diri yang rendah, tidak
yakin untuk berinteraksi, dan terjejasnya perkembangan sosial, emosi dan intelek; serta kurang
berupaya untuk menyelesaikan masalah. Masalah pengunduran diri juga menyebabkan kanak-kanak
menyimpan perasaan dalam hati dan tidak mampu meluahkannya. Ini akan mempengaruhi pemikiran
dan pembentukan personaliti mereka. Sekiranya ianya terluah pada sesuatu ketika, ianya akan
memungkinkan mereka melepaskan dengan tanpa kawalan emosi termasuk kemungkinan-kemungkinan
lain yang membahayakan diri mereka sendiri.

Pengasingan diri merupakan tingkah laku yang cuba menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang
disenangi. Tingkah laku ini juga merupakan sejenis mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri
daripada berkomunikasi dengan orang lain.Masalah ini turut berlaku di sekolah yang saya menjalaini
PBS. Sesetengah murid enggan melibatkan diri dalam aktiviti atau sesi perbincangan yang diadakan di
sesebuah bilik darjah apabila murid merasakan dirinya tidak dapat mengikuti pembelajaran. Akhirnya
ianya akan menyebabkan murid-murid tidak mempunyai keyakinan diri, rendah diri, pemalu, pendiam,
tidak suka berkawan, tidak yakin berinteraksi dan personaliti yang tidak seimbang.

Pengasingan diri atau degan kata lain bagi murid berkeperluan khas PKBP adalah Autisme. Autisme
merupakan murid-murid yang berada dalam dunianya sendiri. 1943 Leo Kanner mengunakan istilah
autistic yang bermakna ‘lari dari reality’ untuk menjelaskan keadaan ini, Leo Kenner membezakan
autisme dalam tiga perkara iaitu mengasingkan diri secara melampau sejak dari kecil,terlalu sayang
kepada sesuatu objek tertentu dan keinginan yang kuat untuk bersendirian.

Bagi mengatasi masalah tingkah laku ini,…guru seharusnya mengabil tindakan dengan memberi
tumpuan kepada murid tersebut secara individu agar murid dapat memberi perhatian. Tetapi tumpuan
tersebut Cuma sekejap sahaja kerana murid ini cepat bosan dan akan membuat aktivitinya sendiri.
Manakala bagi murid aliran perdana Guru seharusnya membincang dengan ibu bapa murid kerana ini
berkemungkinan murid mengalami masalah di rumah. Selain itu, guru seharusnya mengajar apa yang
diminati oleh murid kerana sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap murid ketika belajar.

Daripada huraian yang telah dijelaskan berkenaan tingkah laku bermasalah negatif ini, pemerhatian
yang telah dibuat mendapati murid yang mengalami simptom ini pada kebiasaanya memerlukan
perhatian yang lebih daripada guru. Mereka juga lemah dan lambat untuk memahami setiap pelajaran
yang disampaikan oleh guru serta tidak mampu menyelesaikan tugasan atau aktiviti yang diberikan guru
dengan sempurna. Dalam pada itu, golongan yang pasif ini juga seringkali menjadi mangsa buli dan
ditindas oleh pelajar lain kerana kekurangan yang ada dalam diri mereka. Langkah mengatasi yang telah
dijalankan oleh guru untuk mengelakkan masalah ini daripada menghalang kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran ialah dengan mengasingkan pelajar ini dan menghimpunkan mereka
dalam satu kelompok yang digelar sebagai pelajar pemulihan.

http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/tingkah-laku-bermasalah.html

Anda mungkin juga menyukai