Anda di halaman 1dari 6

7.

0 FAKTOR MENYUMBANG MASALAH TINGKAH LAKU MURID


DALAM KELAS

Selain itu juga guru menyumbang kepada berlakunya masalah tingkah laku
bermasalah ini di mana penggunaan strategi dan teknik penyampaian
pengajaran yang kurang menarik.

Guru menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang kurang sesuai


dengan umur atau kebolehan pelajar. Dengan itu, ada pelajar yang yang tidak
dapat mengikuti perkembangan pelajaran kerana tahapnya terlalu sukar. Ini
menambahkan kegelisahan mereka. Ada juga guru yang menyampaikan
pelajaran melalui ’chalk and talk’ dan ini membosankan pelajar. Oleh itu, murid
akan mudah berasa bosan dan tidak mahu mengikuti pelajaran. Seterusnya,
mereka menunjukkan tingkah laku yang disruptif seperti mengganggu kawan-
kawan yang lain, membuat bising dan sebagainya di dalam kelas.

Mengikut pendekatan teori tingkahlaku, iaitu yang dipolopori oleh Pavlov,


Thorndike dan Skinner berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan
perubahan tingkah laku. Mereka mengaitkan perhubungan ransangan dan gerak
balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Setiap rangsangan
menimbulkan tindak balas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan
dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan
rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai
pelaziman. Guru yang kurang daya inisiatif dari segi strategi dan teknik
pengajaran akan gagal untuk menarik dan meransang minat murid-murid untuk
mengikuti proses pembelajaran semasa di dalam bilik darjah. Di sini
menunjukkan cikgu Rozana telah gagal dalam menarik minat murid-murid
untuk mendengar arahan dan teguran semasa di dalam bilik darjah. Hal inilah
yang menyebabkan murid-murid dalam kelas tadi berasa bosan dan
mengganggu kelas.

Begitu juga dengan ransangan dalam bentuk arahan guru semasa di dalam bilik
darjah juga membawa kepada terjadinya tingkah laku bermasalah ini. Arahan
guru yang kurang jelas, tidak mudah difahami dan suara yang kurang kuat boleh
menyebabkan murid-murid berasa keliru dan tidak tahu apa yang hendak
dilakukan. Menurut Teori Tingkah Laku Behaviourisme, rangsangan dalam
bentuk arahan guru telah gagal untuk menarik motivasi murid-murid mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Selain faktor guru yang menyebabkan berlakunya tingkah laku bermasalah,


peranan keluarga juga memainkan peranan. Keluarga merupakan orang yang
paling dekat perhubungan degan murid. Pengalaman daripada keluarga
mempengaruhi perlakuan murid. Ibu bapa yang kurang meluangkan masa di
rumah untuk anak-anak lantaran sibuk bekerja, begitu juga murid yang miskin
juga kurang mendapat kasih sayang dari ibu bapa di rumah kerana adik beradik
yang ramai mendorong terjadinya tingkah laku bermasalah ini di sekolah.
Anak-anak yang tidak mendapat cukup perhatian di rumah selalunya cuba
mendapatkan perhatian daripada guru di sekolah. Seseorang anak selalunya
mendapat perhatian daripada ibu bapa apabila berkelakuan tidak senonoh. Jika
mereka tidak mengganggu ibu bapa selalunya dia tidak diberi perhatian. Situasi
ini menggalakkan mereka berkelakuan negatif dan tidak menggalakkan mereka
berkelakuan positif. Murid ini beranggapan perlakuan tidak senonoh adalah cara
untuk mendapatkan perhatian guru. Keadaan inilah yang terjadi di dalam kelas
tersebut di mana Ahmad yang nakal selalu mengganggu kawan-kawan yang
sedang belajar dan juga pasangan kembar Rahim dan Rahman yang saling
bersaing dalam usaha menarik perhatian guru. Disebabkan cikgu Rozana tidak
menyedari masalah ini maka mereka melayan dan mengganggu murid yang
lain.

Faktor psikologi, sosial dan nilai diri pelajar juga merupakan salah satu punca
masalah tingkah laku bermasalah. Ada di kalangan pelajar yang berasa seolah-
olah dibenci kerana mereka merasa banyak kekurangan apabila memasuki
sekolah yang mempunyai set peraturan yang berbeza antara sekolah atau alam
sekitarnya yang jauh berbeza. Pelajar kurang dorongan dan kurang cita-cita
untuk mengejar kejayaan dalam bidang akademik. Di dalam kelas, mereka
kurang mendapat perhatian jika guru sudah adapra-anggapan bahawa kelas ini
atau pelajar ini bodoh, degil atau nakal dan sebagainya. Keadaan inilah yang
berlaku di dlam kelas 4 Melati. Murid-murid dalam kelas tersebut yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang keluarga di tambah lagi dengan tahap
pembelajaran yang lemah dan sering tidak membawa buku. Murid menyangka
seolah-olah benci terhadap mereka dan reaksi mereka terhadap segala peraturan
menyebabkan ingin memberontak. Kadangkala murid-murid tidak merasa puas
hati apabila guru memuji dan mementingkan pelajar-pelajar yang berpakain
kemas dan mempunyai buku teks yang lengkap.

Faktor media massa juga merupakan faktor yang tidak kurangnya dalam
menarik tingkah laku bermasalah ini di kalangan murid-murid. Media massa
seperti televisyen memainkan peranan yang besar yang mendorong murid-murid
untuk meniru tingkah laku yang dipaparkan melalui kaca-kaca televisyen.
Adegan-adegan ganas dan lakonan artis-artis yang melampau yang ditayangkan
sedikit sebanyak boleh mempengaruhi kelakuan pelajar. Murid-murid pada
tahap ini biasanya mudah mengikut dan meniru dengan apa yang mereka lihat.
Tanpa kawalan dari ibu bapa semasa menonton dan membeli bahan-bahan
bacaan berupa majalah-majalah telah mendorong pelajar bertingkah laku
bermasalah di dalam bilk darjah. Hal ini terjadi kepada murid yang bernama
Kamarul yang selalu membawa VCD lucah untuk ditunjukkan kepada kawan-
kawan di dalam bilik darjah.

Pengaruh rakan sebaya juga dapat mempengaruhi murid bertingkah laku


bermasalah di dalam bilik darjah. Nilai-nilai rakan yang negatif seperti malas,
tidak bertanggungjawab, kurang menghormati orang lain dan tidak mematuhi
peraturan akan mempengaruhi pelajar dalam kelas. Jika adanya pengaruh yang
negatif akan turut mengikut perangai rakan-rakannya dan menimbulkan masalah
tingkah laku bilik darjah.

Selain itu, faktor kesihatan diri pelajar itu sendiri juga turut mempengaruhi
tingkah laku bermasalah ini. Pelajar yang sihat akan dapat menumpukan
perhatian kepada pengajaran guru. Ini berlainan dengan pelajar yang kurang
sihat atau tidak sihat atau tidak cukup tidur atau rehat akan merasa resah dan
rimas. Mereka tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran
guru. Keadaan ini menggangu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat juga pelajar yang kurang sihat kerana gangguan emosi disebabkan
keadaan keluarga yang kurang harmonis akan menimbulkan masalah tingkah
laku dalam bilik darjah.
Dalam mengatasi masalah tingkah laku bemasalah ini menjadi semakin ketara
oleh itu langkah-langkah mengatasi haruslah segera diambil. Setiap pihak
memainkan peranan dalam menangani masalah tingkah laku di kalangan murid-
murid. Dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan tahap dan minat murid dalam bilik darjah maka guru harus mengenali
latar belakang murid dan mengkaji kebolehan dan minat mereka. Dengan ini
pelajaran yang disampaikan sejajar dengan kebolehan dan minat, dengan ini
komunikasi berkesan akan wujud. Guru harus memanggil nama pelajar semasa
menyoal dan ini membentuk suasana yang mesra antara guru dengan pelajar .
Disamping itu, penyampaian arahan dan pengajaran guru hendaklah jelas dan
mudah diikuti oleh murid-murid agar mereka teransang dan tertarik untuk
meneruskan proses pembelajaran.

Selain itu juga, kemahiran komunikasi yang berkesan haruslah dikuasai oleh
guru-guru ini kerana, amalan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah
akan membawa hasil pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Untuk
mengamalkan komunikasi berkesan dalam bilik darjah, guru harus menguasai
kemahiran-kemahairan penggunaan kaedah dan teknik mengajar, khasnya
teknik menyoal. Sebagai seorang penyampai ilmu pemgetahuan, guru
dikehendaki berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan murid-muridnya
agar dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan. Guru yang mempunyai
komunikasi yang berkesan ialah guru yang boleh bertutur atau menulis dengan
jelas dan tepat. Kemahiran komunikasi ini membolehkan murid-murid
mengikuti pelajaran yang diajarkan dengan lebih tepat. Guruhendaklah bertutur
dengan intonasi yang sesuai agar tidak membosankan murid. Guru juga perlulah
bersemangat tinggi dalam penyampaiannya. Penggunaan pergerakan fizikal,
gerak isyarat dan memek muka semasa menerangkan sesuatu pelajaran akan
memudahkan pemahaman dan menarik minat perhatian pelajar untuk terus
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Selain itu, tingkah laku guru yang membenarkan pelajar melibatkan diri dalam
pelbagai aktiviti tetapi pada masa yang sama dapat mengekalkan disiplin bilik
darjah. Guru perlu meransang pelajar untuk mengemukakan soalan-soalan
dalam bilik darjah. Suasana bilik darjah akan lebih mesra dan tenang jika guru
dapat menyelitkan humor dan unsur-unsur kecindan semasa proses mengajar
dilakukan. Guru harus bersikap positif dan bertutur dengan bahasa yang baik
serta bercakap tentang perkara-perkara yang baik dan benar. Guru seharusnya
mengelak daripada mengkritik idea atau pendapat pelajar yang salah atau tidak
tepat. Malah guru perlu memberi peneguhan positif dan cuba memperbaiki
jawapan murid yang kurang tepat dan menggalakkan mereka mencuba lagi jika
jawapan salah. Dengan ini, suasana sosioemosi bilik darjah akan lebih tenang
dan relaks dan menggalakkan penglibatan murid secara aktif dan komunikasi
guru dengan pelajar lebih terbuka. Oleh itu, dengan adanya kemahiran
komunikasi yang berkesan di kalangan guru-guru menyebabkan murid-murid
tidak terdorong ke arah melakukan tingkah laku yang bermasalah dalam bilik
darjah.

Selain dari langkah menangani melalui kaedah kemahiran komunikasi guru


dalam bilik darjah, guru juga boleh menggunakan kaedah pengurusan disiplin
bilik darjah. Menurut James (Jun, 2005) yang telah mengemukakan Pendekatan
Instruktional (Instructional classroom management approach) yang
berpandangan bahawa pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan dengan
cekap dan berkesan akan berjaya mengelakkan atau setidak-tidaknya
mengurangkan masalah disiplin pelajar dalam bilik darjah. Peranan guru adalah
untuk merancang dan melaksanakan peng

ajaran yang baik yang sesuai dengan keperluan dan minat pelajar atau dalam
kata lain, pelajaran yang dapat memotivasikan murid. Guru juga hendaklah
melaksanakan rancangan pelajaran dan mempelbagaikan kaedah mengajar dan
menggunakan bahan bantuan mengajar utuk menarik perhatian dan minat
pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran harus sejajar dengan kebolehan
pelajar. Teknik pengajaran haruslah berpusatkan pelajar dan memenuhi
keperluan-keperluan mereka. Aktiviti-aktiviti yang dirancang hendaklah
menarik minat pelajar. Guru hendaklah memastikan pelajar sentiasa memenuhi
masa dengan tugasan yang berfaedah agar mereka tidak berasa dan tidak
menimbulkan masalah disipiln.

Dalam pengurusan disiplin dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkan dengan
memberi peneguhan kepada pelajar samada dalam betuk peneguhan positif atau
peneguhan negatif. Peneguhan positif terdiri daripada memberi ganjaran, pujian,
hadiah untuk hasil kerja pelajar dan supaya pelajar mewujudkan tingkah laku
yang membina dan positif serta dikaitkan dengan perasaan kegembiraan.
Mengubah tingkah laku dengan memberi ganjaran kepada tingkah laku yang
diingini dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Penggunaan
peneguhan yang sistematik boleh membentuk tingkah laku seperti yang
dikehendaki. Tingkah laku menjadi kurang atau lemah jika tidak diikuti dengan
pengukuhan.

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat berbagai-bagai


tingkah laku masalah di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah semasa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tingkah laku
bermasalah ini adalah disebabkan oleh berbagai faktor yang menyebabkan
berlakunya salah laku ini. Faktor fizikal bilik darjah, faktor persekitaran rumah
dan juga faktor peranan yang dimainkan oleh guru itu sendiri semasa
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu.
berbagai cara dan langkah telah diambil dalam membantu guru dalam
menangani masalah tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid di dalam
bilik darjah dari terus menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah

Anda mungkin juga menyukai