Anda di halaman 1dari 2

Laporan Temubual PBS

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya.
Kepelbagaian sosiobudaya memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah. Kepelbagaian sosiobudaya ini membawa pelbagai kesan daripada beberapa
aspek seperti aspek sosial, dan juga memberi implikasi kepada guru dan murid. Dengan
ini, untuk memahami kesan dan implikasi tersebut dengan lebih mendalam, saya dan
rakan-rakan saya telah menemu bual seorang guru kelas tahun 1, Cik Neo Sau Rou
semasa kami melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK (C) Sin Hwa.
Di kelas Cik Neo, terdapat seorang murid yang berkaum Melayu sahaja, yang lain adalah
murid berkaum Cina. Dengan ini, kami telah menemu bual Cik Neo tentang kesan
kepelbagaian sosiobudaya dari aspek bahasa, dan juga implikasinya terhadap murid dan
guru.

Antara kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam satu kelas adalah
murid susah untuk belajar dan akan menghadapi ketinggalan, apabila belajar bahasa
yang bukan bahasa ibundanya. Menurut Cik Neo, bahasa Cina adalah mata pelajaran
yang wajib seitap murid ambil, dan ini telah menjadi satu cabaran kepada Ali, seorang
dan hanya seorang murid berkaum Melayu dalam kelas 1B. Misalnya, Ali telah
menghadapi kekangan untuk belajar bahasa Cina, bahasa yang bukan bahasa ibundanya.
Oleh itu, ini telah memberi implikasi kepada Cik Neo kerana beliau perlu berusaha
memikirkan beberapa intervensi untuk membantu Ali belajar bahasa Cina, tanpa
mempengaruhi murid-murid lain yang berkaum Cina.

Antara kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya yang kedua ialah akan
mengambil masa yang lebih untuk mengajar bahasa Cina. Misalnya, semasa mengajar
bahasa Cina, Cik Neo perlu mengambil masa untuk menerangkan kosa kata yang lebih
penting dan susah dalam bahasa Cina dalam bahasa Melayu, agar Ali boleh faham kosa
kata tersebut. Namun, jika satu pdp bahasa Cina menggunakan dwibahasa untuk
mengajar, akan memberi impliakasi negatif kepada guru dan murid kerana akan
mengambil masa yang banyak. Dengan ini, Cik Neo telah mengambil intervensi dengan
menggunakan masa rehat untuk mengajar Ali tetang beberapa kosa kata dan ayat bahasa
Cina, agar Ali tidak akan menghadapi ketinggalan dalam kelasnya. Menurut Cik Neo,
selain daripada pengetahuan bahasa Cina yang penting dalam silibus sekolah, dia juga
mengambil peluang untuk mengajar dia tentang kosa kata yang berguna dalam
komunikasi seharian, agar dia boleh berkawan dengan murid-murid sekelas dengan dia.

1
Selain itu, kepelbagaian sosiobudaya dalam kelas juga memberi impak yang
positif kepada murid dan guru juga. Misalnya, murid-murid kelas Cik Neo mempunyai
peluang dan juga inisiatif untuk belajar bahasa yang bukan bahasa ibunda sendiri. Hal ini
kerana mereka akan sudi berusaha untuk belajar bahasa kawannya yang berlainan kaum,
agar dapat berkawan dengan mereka. Oleh itu, Cik Neo telah memupuk murid-murid
dalam kelas agar mereka boleh saling belajar untuk bercakap dalam bahasa masing-
masing. Cik Neo juga menggunakan sedikit masa kelas bahasa Cina untuk mengajar
murid-murid beberapa kosa kata bahasa Malaysia, untuk membantu mengeratkan
hubungan murid-murid dalam kelas.

Dengan ini, boleh dikatakan bahawa terdapat satu lagi implikasi dan kesan yang
positif kepelbagaian sosiobudaya dalam satu kelas, iaitu dapat membantu meningkatkan
tahap penguasaan bahasa murid-murid. Misalnya, menurut Cik Neo, murid-murid dalam
kelas 1B dapat bertutur dan menulis bahasa Malaysia dengan lebih baik, jika berbanding
dengan kelas lain yang hanya ada murid berkaum Cina. Oleh itu, telah buktilah
kepelbagaian sosiobudaya dapat membantu penguasaan bahasa seseorang individu,
dalam kelas dan juga dalam satu masyarakat.

Kesimpulannya, kepelbagaian sosiobudaya akan memberi kesan dan implikasi


yang positif dan juga negatif kepada murid-murid dan guru-guru. Jika guru bijak untuk
menggunakan keistimewaan dan keunikan ini, mestilah murid-murid dapat menikmati
banyak kebaikan. Sama dengan masyarakat yang terdiri daripada kepelbagaian budaya
di Malaysia,

Anda mungkin juga menyukai