Anda di halaman 1dari 5

PENGETAHUAN DAN PERSEPSI TERHADAP PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-

THINK GURU PELATIH BIDANG BAHASA MELAYU UNIVERSITI PENDIDIKAN


SULTAN IDRIS

Mohd Sukri Sabang


Sukri931@gmail.com
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstrak
Bermula pada tahun 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat saranan untuk
melaksanakan program i-Think di semua sekolah untuk membudayakan kemahiran berfikir aras
tinggi dalam kalangan murid. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah
tahap pengetahuan dan persepsi para guru pelatih bidang Bahasa Melayu Universiti Pendidikan
Sultan Idris terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam proses pengajaran. Kajian ini
merupakan kajian tinjauan yang menggunakan instrumen borang soal selidik. Rospenden kajian
ini terdiri daripada 135 orang guru pelatih bidang Bahasa Melayu sesi 2017/2018 di Universiti
Pendidikan Sultan Idris yang dipilih menggunakan teknik persampelan Krejcie dan Morgan. Data
kajian ini dianalisis dengan menggunakan program The Statistical Packages for the Social
Sciences. Kaedah analisis deskriptif digunakan untuk menunjukkan kekerapan, peratusan, min dan
sisihan piawai. Analisis perbandingan juga digunakan berdasarkan jantina terhadap tahap
pengetahuan penggunaan peta pemikiran (i- Think) menggunakan kaedah ujian-t. Dapatan kajian
telah mendapati bahawa tahap pengetahuan guru pelatih terhadap peta pemikiran i-Think adalah
pada tahap yang tinggi (min= 38.2, SP= 5.37) manakala persepsi guru pelatih juga adalah pada
tahap tinggi (min= 70.6, SP= 8.07). Hasil analisis ujian-t pula mendapati tidak terdapat hubungan
yang signifikan di antara perbezaan pengetahuan guru berdasarkan jantina. Hal ini menunjukkan
bahawa, aplikasi peta pemikiran i-Think ini sudah diketahui secara meluas terutamanya dalam
kalangan responden yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan juga persepsi baik
terhadap peta pemikiran i-Think juga ke arah yang positif.
Kata kunci: peta pemikiran, i-Think, guru pelatih, tahap pengetahuan, persepsi, Bahasa
Melayu

Pengenalan
Malaysia adalah sebuah negara yang pesat membangun yang mengecapi kemakmuran globalisasi
masa kini. Dalam usaha meningkatkan prestasi pendidikan negara ke peringkat global dan bertaraf
tinggi Malaysia perlu mengambil inisiatif yang berimpak tinggi untuk memantapkan sektor
pendidikan negara Malaysia. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
menetapkan beberapa inisiatif yang perlu dilaksanakan dan bekerja keras untuk merealisasikan
taraf pendidikan yang tinggi. Bermula pada tahun 2004, KPM telah melaksanakan satu usaha iaitu
Pendidikan Abad ke-21 (PAK21) untuk meningkatkan lagi prestasi pendidikan Malaysia dan
merealisasikan impiannya untuk menjadi pendidikan bertaraf dunia. PAK21 adalah salah satu
platform utama yang dapat memenuhi keperluan pendidikan masa kini dan dapat memberi kesan
yang besar dalam industri pendidikan. PPPM 2015-2025 telah menyatakan bahawa adalah sangat
menarik untuk menekankan enam ciri utama yang mesti disaingi oleh setiap pelajar pada skala
global untuk meningkatkan sistem pendidikan yang ada. Salah satu elemen yang dinyatakan ialah
meningkatkan kemahiran berfikir. Dalam proses pelaksanaan pengajaran berkualiti tinggi, elemen
kemahiran berfikir aras tinggi harus digunakan sesuai dengan tahap kognitif pelajar. Kaedah
pengajaran itu dapat memberikan galakan kepada murid untuk mencipta peluang pembelajaran
yang lebih komprehensif kerana mereka lebih banyak menghadapi perkara dan inovasi baharu.
Guru haruslah cakna dengan perkara ini kerana ia diibaratkan sebagai alat yang mampu menjadi
pengantara dalam memastikan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran (Samsiah &
Khalip, 2018). Kaedah pengajaran dengan aplikasi peta pemikiran adalah salah satu aktiviti yang
bertujuan untuk memperkukuhkan pengajaran guru bagi membantu menginovasikan pengajaran
amalan lama dan mengubah mentaliti guru. Kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran yang
lebuh menyeronokkan bagi murid. Di samping bersifat lebih mudah, bermaklumat, menjimatkan
masa serta bahan-bahan bantu mengajar. Penekanan pada peta pemikiran memungkinkan
pelaksanaan aktiviti yang berpusatkan pelajar dan mendorong kerjasama antara pelajar selain guru,
yang biasanya menjadi fasilitator di dalam kelas. Hal ini dapat mewujudkan hubungan yang erat
di antara guru dan murid (Mohd Syaubari dan Ahmad Yunus, 2016).

Objektif kajian
Terdapat tiga objektif kajian dalam kajian iaitu:
1. Mengenal pasti persepsi guru pelatih bidang Bahasa Melayu tentang penggunaan peta
pemikiran i-Think dalam pengajaran.
2. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru pelatih bidang Bahasa Melayu tentang penggunaan
peta pemikiran i-Think dalam pengajaran.
3. Mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan guru pelatih bidang Bahasa Melayu berkenaan
penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran berdasarkan jantina guru.

Metodologi Kajian
Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan menggunakan kaedah kuantitatif yang
digunakan untuk mengumpul data yang dijalankan terhadap 135 orang guru pelatih bidang Bahasa
Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak. Data kajian dikutip melalui
set soal selidik yang diagihkan secara dalam talian menggunakan perisian google form untuk
dijawab oleh responden yang mengandungi konstruk tahap pengetahuan dan persepsi. Data yang
diperoleh daripada set soal selidik akan dianalisis dan diproses menggunakan komputer dengan
perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 23. Data dianalisis secara deskriptif
untuk demografi responden, tahap pengetahuan dan persepsi guru pelatih dan analisis ujian-t untuk
perbezaan tahap pengetahuan guru pelatih berdasarkan jantina.
Dapatan Kajian
Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penggunaan Peta Pemikiran i-Think.
Jadual 3. Jumlah Skor Tahap Persepsi Secara Keseluruhan
Jumlah Tahap persepsi
1.0 – 26.6 Rendah
26.7 – 53.3 Sederhana
53.4 – 80.0 Tinggi

Jadual 4. Maklumat Tahap Persepsi Secara Keseluruhan


Konstruk Item Min SP Varians Minimum Maksimum
(Subskala)
Item 16 70.6 8.07 65.1 43.0 80.0
(Keseluruhan)

Jadual 4.11 di atas menunjukkan tahap persepsi secara keseluruhan terhadap penggunaan
peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru pelatih bidang Bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian
menunjukkan seramai 135 orang responden dengan nilai [min= 70.6, SP= 8.07, V= 65.1]. Nilai
skor minimum yang diperoleh adalah 43.0 dan nilai maksimum adalah 80.0. Berdasarkan analisis
dapatan kajian yang telah diperoleh tahap persepsi guru terhadap peta pemikiran i-Think
menunjukkan nilai min berada tahap yang tinggi iaitu nilai min berada pada pembahagian skor di
antara 53.4 sehingga 80.0 yang menerangkan tahap persepsi guru pelatih bidang Bahasa Melayu
terhadap peta pemikiran i-Think sangat tinggi dari segi kepercayaan responden terhadap kebaikan
aplikasi tersebut di dalam amalan pengajaran di dalam kelas.
Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Terhadap Penggunaan Peta Pemikiran i-Think.
Jadual 1. Jumlah Skor Tahap Pengetahuan Secara Keseluruhan
Jumlah Tahap pengetahuan
1.0 - 16.6 Rendah
16.7 - 33.3 Sederhana
33.4 - 50.0 Tinggi
Jadual 2. Maklumat Tahap Pengetahuan Secara Keseluruhan
Konstruk Item Min SP Varians Minimum Maksimum
(Subskala)
Item 10 38.2 5.37 28.9 24.0 50.0
(Keseluruhan)

Jadual di atas menunjukkan tahap pengetahuan keseluruhan terhadap penggunaan peta


pemikiran i-Think dalam kalangan guru pelatih bidang Bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian
menunjukkan seramai 135 orang responden dengan nilai [min= 38.2, SP= 5.37, V= 28.9]. Nilai
skor minimum yang diperoleh adalah 24.0 dan nilai maksimum adalah 50.0. Daripada analisis
dapatan kajian menunjukkan nilai min tahap pengetahuan guru pelatih berdasarkan nilai skor tahap
pengetahuan secara keseluruhan adalah berada tahap tinggi kerana min secara keseluruhan terletak
pada tahap di antara 33.4 sehingga 50.0 iaitu pada tahap yang paling tinggi.

Perbezaan Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Berdasarkan Jantina


Jadual 5. Maklumat Tahap Pengetahuan Berdasarkan Jantina
Jantina N M SP Nilai-t P
Lelaki 29 39.6 5.56 1.60 .110
Perempuan 106 37.8 5.28

Jadual 4.9 memaparkan nilai (p) signifikan iaitu .110 yang menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan guru pelatih dalam penggunaan
peta pemikiran i-Think berdasarkan jantina kerana nilai (p) signifikan melebih nilai (a) alpha iaitu
0.05. Jika dilihat dari segi nilai min, guru pelatih lelaki menunjukkan nilai [min=39.6 dan SP=5.56]
lebih tinggi berbanding guru pelatih perempuan dengan nilai [min=37.8 dan SP=5.28]. jadual min
di atas menunjukkan nilai min tahap pengetahuan guru pelatih lelaki adalah lebih tinggi berbanding
guru pelatih perempuan. Walau bagaimanapun, hipotesis null (Ha) yang telah ditetapkan oleh
pengkaji yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan
peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru pelatih berdasarkan jantina adalah diterima kerana
nilai (p) signifikan .110 adalah lebih besar dari nilai (a) alpha iaitu .05.

Kesimpulan
Berdasarkan tinjauan, dua persoalan kajian telah diperoleh dan satu hipotesis kajian yang dapat
dikenalpasti. Hasil daripada dapatan analisis kajian, pengkaji telah berjaya mengenalpasti tahap
pengetahuan guru pelatih terhadap penggunaan peta pemikiran adalah pada tahap yang tinggi
manakala analisis dapatan bagi persepsi guru pelatih juga adalah pada tahap tinggi terhadap
penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran. Selain itu, hipotesis kajian yang telah
ditetapkan oleh pengkaji telah mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di
antara tahap pengetahuan guru pelatih lelaki dan guru pelatih perempuan. Hal ini membuktikan
bahawa, jantina guru pelatih tidak memberikan faktor yang membezakan terhadap tahap
pengetahuan menggunakan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran

Rujukan
Abdul Rasid Jamian, Martini Misdon & Azhar Mohd Sabil. 2017. Penggunaan peta pemikiran i-
think dalam pemahaman KOMSAS bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia 42(1):
43-51.
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Draf Program i-
THINK: Membudayakan Kemahiran Berfikir. Retrieved from
http://www.moe.gov.my/bpk
Fadillah Anak Layang & Zamri Mahamod. (2019). Tahap Pengetahuan, Kesediaan dan Sikap Guru
Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Peta
Pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 37-44.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Draf buku i-Think. Putrajaya: Penerbit Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohd Syaubari dan Ahmad Yunus. (2016). Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT) Di
Dalam Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Menurut Imam Ghazali. Jurnal Sultan
Alauddin Sulaiman Shah. doi:10.1176/ajp.151.7.1063
Noornabilah Isah dan Tan Tong Hock. (2019). Penggunaan Peta Pemikiran I-Think Dalam Amalan
Pedagogimatematik Dalam Kalangan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru. Jurnal
Penyelidikan Teknorat, 21: 49-61.
Nor Hadibah Hushaini, and Zulkifli Osman, and Anida Sarudin, (2020) Pelaksanaan amalan
terbaik pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru sekolah rendah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 10 (1). pp. 1-13. ISSN
2180-4842.
Roselizam Daud & Roslan Ab Rahman. (2020). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Peta
Pemikiran I- Think dalam Pengajaran Agama Islam. Jurnal Pengajian Tamadun dan Sains
Manusia, 3(2), 124-140.
Roselizam Daud, Roslan Ab Rahman & Noradilah Abdul Wahab. (2020). Sikap dan Tingkah Laku
Guru Terhadap Penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam Proses Pengajaran Pendidikan
Islam di Sekolah. Asian People Journal, 3(2), 24-35.
Samsiah, S.-R. & Khalip, M. (2018). Amalan Kepimpinan Instruksional dan Keberkesana
Penerapan Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdPc Terhadap
Pencapaian Sekolah: Isu dan Persoalan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai