Anda di halaman 1dari 15

PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN BAHAN PEMBELAJARAN MULTIMEDIA INTERAKTIF

DENGAN I-THINK DALAM KALANGAN GURU PELATIH OPSYEN SAINS

Nur Fatini Solehah binti Rosli1 & Ngau Chai Hong2, Faris Fadhlullah Bin Mohd Zul3
1,2,3,
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
fatinisolehah99@gmail.com
ngauch67@gmail.com
faris.zul10@gmail.com

ABSTRAK

Penerapan peta pemikiran i-Think mempunyai potensi untuk meningkatkan


kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid. Maka objektif kajian
ini adalah pembangunan dan penilaian sebuah bahan pembelajaran multimedia
interaktif dengan i-Think bagi tajuk Pernafasan Manusia, Sains Tahun 4. Untuk
tujuan itu, model reka bentuk pengajaran ADDIE telah digunakan untuk
pembangunan bahan pembelajaran. Pada Fasa Analisis, kajian kepustakaan dan
rujukan pendokumentasian telah dilakukan. Seterusnya pada Fasa Reka Bentuk,
penyelidik telah mereka bentuk bahan pembelajaran melalui papan cerita. Dalam
konteks ini, penyelidik telah menerapkan teori pembelajaran Konstruktivisme Lev
Vygotsky, Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner dan Teori Dewey. Pada
Fasa Pembangunan, penyelidik telah membangunkan bahan pembelajaran
dengan menggunakan alat pengarangan eXe Learning. Manakala pada Fasa
Pelaksanaan, sebelum bahan pembelajaran dilaksanakan pada sampel kajian
sebenar, penyelidik telah menjalankan kajian rintis. Seterusnya pada Fasa
Penilaian, penyelidik telah melaksanakan kajian dengan menggunakan soal selidik
skala Likert lima mata terhadap 64 guru pelatih IPG di zon selatan. Dapatan kajian
kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science Version 26.0 for WINDOWS. Dapatan kajian telah menunjukkan
bahawa bahan pembelajaran dengan i-Think mencapai tahap yang tinggi dengan
nilai purata skor min sebanyak 4.49 (0.58). Memandangkan bahan pembelajaran
multimedia interaktif dengan i-Think dapat meningkatkan KBAT murid, maka
diharapkan para pendidik dapat perbanyakkan lagi pembangunan bahan
pembelajaran multimedia interaktif yang dapat membantu pengajaran dan
pemudahcaraan di sekolah.
Kata Kunci: Bahan Pembelajaran Multimedia Interaktif, Peta Pemikiran i-Think,
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Model ADDIE.
1.0 PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menunjukkan ada
kesan pengabaian terhadap asas pendidikan yang menyebabkan Malaysia agak sukar
dalam hasrat untuk mencapai negara maju. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah mula mengorak langkah untuk menyediakan kurikulum berdasarkan tanda aras
antarabangsa serta memperkenalkan pentaksiran yang lebih holistik. Oleh yang
demikian, salah satu inisiatif adalah penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dengan Program i-Think dan pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) (KPM, 2013).
Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti,
unsur-unsur dalam KBAT harus diaplikasi bersesuaian dengan tahap kognitif murid.
Aspek pedagogi sebegini dapat mewujudkan pembelajaran yang bermakna.
Oleh itu, salah satu teknik pembelajaran yang mampu menerapkan KBAT dalam proses
pembelajaran adalah pengaplikasian peta pemikiran i-Think. Teknik ini mampu
mewujudkan suasana pengajaran yang menyeronokkan dan berkesan (Nurhafiza Zaidi
et al., 2015). Di samping itu, pengajaran berteraskan TMK juga mampu merangsang
KBAT murid.
Selain itu, berdasarkan analisis kajian yang dijalankan oleh Nur Fatin Afiqah
Kamaruzaman et al. (2014) didapati bahawa strategi PdPc guru turut menyumbang
kepada kejayaan pendidikan di Malaysia. Kaedah yang dipilih oleh guru perlulah dapat
mendorong murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta melatih murid
menggunakan pengetahuan sedia ada dalam menghubungkait dengan isi pembelajaran
yang dipelajari. Penggunaan peta pemikiran dalam proses P&P adalah satu teknik
pengajaran yang diperkenalkan untuk menggalakkan murid berfikir dan lebih fokus
dalam memahami topik yang dipelajari (Hyerle dan Yeager, 2007). Selain peta
pemikiran, TMK juga merupakan elemen penting dalam usaha menggabungkan lebih
banyak aspek kreativiti dan inovasi serta meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.
Bagi memenuhi matlamat tersebut, kerajaan melalui PPPM telah menitikberatkan
penggunaan TMK dalam pembelajaran bagi meningkatkan KBAT dan melahirkan murid
yang lebih produktif serta mempunyai kemahiran yang menyeluruh. Untuk tujuan itu,
objektif kajian ini adalah pembangunan dan penilaian bahan pembelajaran multimedia
interaktif dengan Peta Pemikiran i-Think dalam kalangan guru-guru pelatih opsyen
sains.

2.0 SOROTAN LITERATUR


Abad ke-21 telah mendekati dekad kedua, namun isu KBAT masih hangat dibincangkan
oleh para sarjana pendidikan sama ada di luar atau dalam negara. Ini berdasarkan
kajian Norasmahani Hj. Nor et al. (2015) menunjukkan bahawa pendedahan mengenai
KBAT masih lagi kurang dan ini menjadi cabaran kepada guru. Kenyataan ini disokong
oleh kajian Rohaida Yusop dan Zamri Mohamod (2015) yang menyatakan bahawa
penekanan terhadap peperiksaan telah menyebabkan guru kurang memberi perhatian
kepada kemahiran berfikir murid sebaliknya menumpukan kepada usaha untuk
menghabiskan sukatan pelajaran.
Pendekatan P&P yang konvensional sebenarnya mempengaruhi tahap
kemahiran kognitif murid (Hasmah Iberahim, 2014). Kenyataan ini disokong oleh kajian
yang dijalankan oleh Gulistan Mohammed et al. (2015) yang mendapati bahawa tahap
kemahiran kognitif yang rendah dalam pembelajaran sains adalah disebabkan oleh
beberapa faktor. Salah satu faktor adalah pemilihan persekitaran pembelajaran dalam
sains yang tidak sesuai untuk murid. Lantaran itu, dapat disimpulkan bahawa guru perlu
menggunakan gaya P&P yang berkesan seperti melibatkan murid secara aktif dalam
pembelajaran agar dapat merangsang KBAT murid.

3.0 METODOLOGI KAJIAN


3.1 Reka bentuk kajian
3.1.1 Reka bentuk pembangunan bahan pembelajaran multimedia interaktif
Reka bentuk pengajaran yang digunakan untuk pembangunan bahan pembelajaran
multimedia interaktif dalam kajian ini ialah model reka bentuk pengajaran ADDIE.
Pembangunan ini melibatkan prosedur bermula dengan fasa analisis keperluan, fasa
reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian seperti yang
ditunjukkan di Rajah 3.1.
Rajah 3.1
Reka Bentuk Kajian

3.1.2 Reka bentuk kajian


Kajian berbentuk deskriptif ini merupakan satu kajian tinjauan yang bertujuan untuk
mengenal pasti persepsi guru pelatih opsyen sains terhadap penggunaan bahan
pembelajaran multimedia interaktif dengan peta pemikiran i-think. Persepsi guru pelatih
terhadap bahan pembelajaran multimedia interaktif dilihat daripada aspek kurikulum,
aspek pedagogi, dan aspek teknikal bahan pembelajaran digital interaktif manakala
penilaian guru pelatih terhadap peningkatan KBAT dilihat dari aspek tahap penggunaan
berkesan peta pemikiran i-think melalui bahan pembelajaran multimedia interaktif.

3.2 Responden Kajian


Data-data dikumpul daripada salah sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di Zon
Selatan yang mempunyai 64 guru pelatih opsyen Sains. Pemilihan responden terdiri
daripada 39 guru pelatih opsyen sains bagi semester satu dan 25 guru pelatih opsyen
sains bagi semester tiga daripada sebuah IPG.
Dalam kajian ini, reka bentuk persampelan yang digunakan adalah secara
persampelan bertujuan. Pemilihan responden dibuat berdasarkan ciri-ciri yang sama
iaitu semua guru pelatih sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) bagi subjek Sains serta homogenous dari aspek kemudahan prasarana
institut.

3.3 Kaedah Mengumpul Data


Kajian tinjauan ini ditadbirkan dengan menggunakan borang soal selidik yang telah
diedarkan melalui Google Form kepada responden yang dipilih. Tujuan soal selidik
telah dimaklumkan kepada responden agar memberi pandangan dengan jujur.

3.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan


Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian adalah penting bagi memastikan
dapatan yang diperolehi boleh dipercayai (Kerlinger dan Lee, 2001). Oleh itu, semua
instrumen kajian (Bahan pembelajaran multimedia interaktif dan soal selidik kajian)
telah disahkan oleh seorang pakar dalam bidang teknologi pendidikan dan 2 orang
pakar dalam isi kandungan bahan pembelajaran dan soal selidik kajian.
Untuk menentukan kebolehpercayaan borang tinjauan, maka kajian rintis telah
dijalankan dengan memilih 20 orang guru pelatih di sebuah IPG di Zon Selatan.
Pemilihan pelajar untuk kajian rintis adalah persampelan bertujuan. Hasil daripada data
rintis, data telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS (Static Package for
the Social Science Version 26.0). Menurut Bond dan Fox (2013), nilai
kebolehpercayaan lebih daripada 0.8 adalah nilai diterima kuat. Selepas analisis,
keputusan menunjukkan indeks kebolehpercayaan ialah 0.964. Item adalah tinggi yang
boleh digunakan dalam penyelidikan sebenar.

3.5 Kaedah Menganalisis Data


Data kuantitatif telah dianalisis dengan SPSS versi 26.0. Responden telah menjawab
item tersebut dengan menggunakan Skala Likert lima mata. Kemudian data akan
dianalisis dengan menggunakan skor min. Menurut Riduwan (2012), nilai min yang
diperoleh digunakan sebagai ukuran untuk menentukan sama ada item itu rendah,
sederhana dan tinggi. Di bawah ialah jadual klasifikasi markah.
Jadual 3.2
Jadual Klasifikasi Min
Tahap Nilai Min
Rendah 1.00 hingga 1.00
Sederhana Rendah 2.01 hingga 3.00
Sederhana Tinggi 3.01 hingga 4.00
Tinggi 4.01 hingga 5.00
Sumber: Diadaptasi daripada Riduwan (2012)

4.0 DAPATAN KAJIAN


4.1 Soalan Kajian 1: Apakah rupa bentuk bahan pembelajaran multimedia
interaktif dengan peta pemikiran i-Think dalam mata pelajaran sains tahun 4 yang
bertajuk Pernafasan Manusia?

4.1.1 Kandungan bahan pembelajaran multimedia interaktif

Pada bahagian paparan Menu Utama (Rujuk Rajah 4.1),


pengenalan terhadap topik yang akan dipelajari iaitu
Pernafasan Manusia Tahun 4 telah diperkenalkan.

Rajah 4.1
Menu Utama
Bahagian seterusnya merupakan maklumat-maklumat tentang topik. Pernafasan manusia
(Rujuk Rajah 4.2 sehingga Rajah 4.12). Peta pemikiran i-think juga digunakan untuk
menjelaskan mengenai tajuk pernafasan manusia (Rujuk Rajah 4.3, 4.5, 4.6, 4.7,4.8,4.11 ).
Untuk keseluruhan paparan kandungan bahan pembelajaran multimedia interaktif, QR Code
telah dihasilkan (Rujuk Rajah 4.13)
Rajah 4.4
Rajah 4.2 Rajah 4.3
Organ Pernafasan Manusia Proses pernafasan manusia
Peta bulatan

Rajah 4.5 Rajah 4.7


Rajah 4.6 Peta Pemikiran i-think
Latihan Peta Pemikiran i-think bagi
Peta Pemikiran i-think Kadar Pernafasan
proses menarik dan menghembus
nafas

Rajah 4.10
Rajah 4.8 Rajah 4.9 Maklumat ringkas dan maklumat
Peta Pemikiran i-think Zon Aktiviti tambahan Kandungan Oksigen
Kadar Pernafasan dan Karbon Dioksida Semasa
Pernafasan
Rajah 4.11
Peta Pokok bagi tajuk Kandungan Rajah 4.12 Rajah 4.13
Oksigen dan Karbon Dioksida
Rujukan QR Code Bahan Pembelajaran
semasa Pernafasan

4.2 Soalan Kajian 2: Apakah persepsi guru pelatih terhadap bahan


pembelajaran multimedia interaktif dengan peta pemikiran i-Think dalam mata
pelajaran sains tahun 4 yang bertajuk Pernafasan Manusia

Demografi Responden
Responden dalam kajian ini terdiri daripada 39 orang guru pelatih opsyen sains yang
berumur 19 dan 25 orang yang berumur 20 tahun daripada sebuah IPG Zon Selatan.
Daripada jumlah tersebut 12 orang guru pelatih terdiri daripada guru pelatih lelaki serta
52 orang guru pelatih perempuan. Daripada jumlah responden, 6 orang guru pelatih
terdiri daripada bangsa India, manakala 35 orang guru pelatih terdiri daripada bangsa
Cina dan yang lain iaitu 23 orang guru pelatih adalah berbangsa Melayu.

Persepsi guru pelatih terhadap bahan pembelajaran multimedia interaktif dengan


peta pemikiran i-Think
Melalui dapatan dari soal selidik, persepsi guru pelatih dilihat daripada tiga aspek iaitu
aspek kurikulum, aspek pedagogi dan aspek teknikal. Berikut adalah data bagi setiap
aspek yang telah dianalisis.
Jadual 4.2

Min dan Sisihan Piawai persepsi guru pelatih terhadap Bahan Pembelajaran Multimedia
Interaktif Aspek Kurikulum

No. Items Min Sisihan Intepretasi


Piawai Min
B1 Bahan Multimedia Interaktif ini berpandukan 4.77 0.427 Tingg
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran i
(DSKP) bagi tajuk Pernafasan Manusia
Tahun 4
B2 Bahan Multimedia Interaktif ini memberi 4.59 0.495 Tinggi
maklumat yang tepat berkenaan eksperimen
yang dijalankan.
B3 Bahan Multimedia Interaktif ini berfokuskan 4.55 0.532 Tinggi
kemahiran proses sains.
B4 Bahan Multimedia Interaktif ini menggalakkan 4.62 0.519 Tinggi
pemikiran kreatif.
B5 Bahan Multimedia Interaktif ini adalah 4.64 0.484 Tinggi
berkaitan dengan pengalaman sebenar
murid.
B6 Bahan Multimedia Interaktif ini menggunakan 4.66 0.511 Tinggi
bahasa yang jelas.
B7 Bahan Multimedia Interaktif ini adalah 4.64 0.484 Tinggi
mengikut urutan yang sesuai (daripada
mudah kepada kompleks).
B8 Bahan Multimedia Interaktif ini membantu 4.58 0.498 Tinggi
murid memahami konsep sains dengan
mudah
B9 Bahan Multimedia Interaktif ini menggalakkan 4.67 0.473 Tinggi
murid membuat eksperimen secara kendiri
berulang kali.
B10 Bahan dalam Bahan Multimedia Interaktif ini 4.69 0.467 Tinggi
boleh diintegrasi dengan bahan PdPc yang
lain (Contoh: buku teks).
PURATA KESELURUHAN 4.46 0.489 Tinggi

Berdasarkan data-data yang diperolehi daripada jadual 4.2, purata min


keseluruhan berada pada nilai yang tinggi iaitu 4.46 dan purata keseluruhan sisihan
piawai bernilai 0.489. Hal ini menunjukkan bahan pembelajaran multimedia interaktif
yang dibina bertepatan dengan kurikulum sains. Dapatan ini disokong oleh kajian Meita
Sari Setiyani dan Meini Sondang Sumbawati (2018) berkaitan penggunaan aplikasi
teknologi bagi meningkatkan cara berfikir dan cara belajar dalam kalangan pelajar.
Selain itu, bahan pembelajaran multiemedia interaktif ini sesuai digunakan dalam
kurikulum sains kerana ia dapat meningkatkan kemahiran proses sains murid. Dapatan
ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Norazilawati Abdullah et al. (2017) yang
mendapati melalui perisian interaktif kemahiran proses sains murid dapat diterapkan
dengan lebih berkesan.

Jadual 4.3

Min Dan Sisihan Piawai Persepsi Guru Pelatih Terhadap Bahan Pembelajaran Digital
Interaktif Aspek Pedagogi

No. Items Min Sisihan Intepretasi


Piawai Min
C1 Bahan Multimedia Interaktif ini 4.41 0.610 Tinggi
mengaplikasikan teori pembelajaran yang
bersesuaian.
C2 Bahan Multimedia Interaktif ini boleh 3.95 0.825 Tinggi
digunakan tanpa bantuan bahan lain.
C3 Bahan Multimedia Interaktif ini sesuai untuk 4.30 0.749 Tinggi
permulaan pengajaran.
C4 Bahan Multimedia Interaktif ini sesuai untuk 4.25 0.777 Tinggi
pertengahan pengajaran.
C5 Bahan Multimedia Interaktif ini sesuai 4.28 0.863 Tinggi
digunakan pada akhir pengajaran.
C6 Bahan Multimedia Interaktif ini sesuai untuk 4.47 0.642 Tinggi
aktiviti latihan.
C7 Bahan Multimedia Interaktif ini sesuai untuk 4.25 0.735 Tinggi
aktiviti pemulihan.
C8 Bahan Multimedia Interaktif ini sesuai untuk 4.39 0.633 Tinggi
aktiviti pengayaan.
C9 Bahan Multimedia Interaktif ini sesuai untuk 4.44 0.588 Tinggi
aktiviti pengukuhan.
C10 Bahan Multimedia Interaktif ini boleh 4.31 0.664 Tinggi
digunakan untuk ujian formatif.
C11 Bahan Multimedia Interaktif ini boleh 4.61 0.523 Tinggi
digunakan sebagai bahan sokongan PdPc.
C12 Bahan Multimedia Interaktif ini mengandungi 4.44 0.614 Tinggi
pelbagai kemahiran proses sains asas.
C13 Bahan Multimedia Interaktif ini mengandungi 4.48 0.591 Tinggi
aspek penilaian pembelajaran yang
membantu meningkatkan pemahaman murid.
C14 Bahan Multimedia Interaktif ini membolehkan 4.47 0.590 Tinggi
murid mengaplikasikan pengetahuan yang
diperoleh ke dalam situasi baru.
C15 Penggunaan Bahan Multimedia Interaktif ini 4.52 0.591 Tinggi
membantu murid melakukan refleksi
PURATA KESELURUHAN 4.37 0.666 Tinggi

Berdasarkan data-data yang diperolehi daripada jadual 4.3, purata min


keseluruhan berada pada nilai yang tinggi iaitu 4.37 dan purata keseluruhan sisihan
piawai bernilai 0.666. Hal ini menunjukkan responden berminat terhadap penggunaan
bahan pembelajaran multimedia interaktif sebagai bahan bantu mengajar. Bahan
pembelajaran multimedia interaktif ini sesuai digunakan dalam pedagogi guru semasa
PdPc berlangsung kerana ia mengaplikasikan teori pembelajaran yang bersesuaian.
Teori pembelajaran yang dimaksudkan ialah Teori Kecerdasan Pelbagai Horward
Gardner. Bahan pembelajaran multimedia interaktif yang dibangunkan sesuai
digunakan sebagai bahan sokongan P&P. Responden mempunyai persepsi yang tinggi
terhadap penggunaan bahan pembelajaran multimedia interaktif sebagai bahan
sokongan dalam PdPc. Ini selari dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Siti
Aminah Sallehin & Fazlinda binti Ab Halim (2018), mengenai penggunaan alat bantu
mengajar berasaskan multimedia. Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa
persepsi guru terhadap kepentingan penggunaan ABBM berasaskan multimedia adalah
positif.

Jadual 4.4

Min Dan Sisihan Piawai Persepsi Guru Pelatih Terhadap Bahan Pembelajaran Digital
Interaktif Aspek Teknikal

Bil. Item Min Sisihan Interpretasi


Piawai Min
D1 Arahan skrin Bahan Multimedia 4.56 0.531 Tinggi
Interaktif mudah difahami.
D2 Bahan Multimedia Interaktif mudah 4.48 0.563 Tinggi
digunakan.
D3 Bahan Multimedia Interaktif mempunyai 4.41 0.684 Tinggi
audio yang jelas.
D4 Bahan Multimedia Interaktif mempunyai 4.44 0.614 Tinggi
elemen multimedia yang menarik.
D5 Bahan Multimedia Interaktif mempunyai 4.59 0.555 Tinggi
elemen multimedia yang relevan dengan
topik pembelajaran.
PURATA KESELURUHAN 4.49 0.589 Tinggi

Berdasarkan data-data yang diperolehi daripada jadual 4.4, purata min


keseluruhan berada pada nilai yang tinggi iaitu 4.49 dan purata keseluruhan sisihan
piawai bernilai 0.589. Hal ini menunjukkan bahan pembelajaran multimedia interaktif
yang dibina sesuai mempunyai elemen multimedia yang menarik. Dalam aspek
teknikal, majoriti responden bersetuju bahawa bahan pembelajaran multimedia interaktif
ini mudah digunakan dan mempunyai elemen multimedia yang menarik. Ini
menunjukkan responden berminat terhadap penggunaan bahan pembelajaran
multimedia interaktif sebagai bahan bantu mengajar di sekolah. Penggunaan bahan
pembelajaran multimedia interaktif dapat menjadikan PdPc lebih menarik dan berkesan.
Ini disokong oleh dapatan kajian yang dijalankan oleh Hanifah Mahat et.al (2020).
Dalam kajian tersebut, menunjukkan bahawa keberkesanan pembelajaran geografi
terhadap pelajar dipengaruhi oleh penggunaan elemen BBM multimedia dan reka
bentuk BBM multimedia yang menarik dan berkesan.

Jadual 4.5

Min Dan Sisihan Piawai Persepsi Guru Pelatih Terhadap KBAT dengan i-think melalui
bahan pembelajaran multimedia interaktif

Bil. Item Min Sisihan Interpretasi


Piawai Min
E1 Peta Pemikiran i-Think melalui Bahan 4.56 0.560 Tinggi
Pembelajaran Multimedia Interaktif dapat
membantu guru dalam mencapai objektif
pembelajaran
E2 Peta Pemikiran i-Think melalui Bahan 4.44 0.588 Tinggi
Pembelajaran Multimedia Interaktif dapat
menghasilkan pengajaran berpusatkan murid
E3 Peta Pemikiran i-Think melalui Bahan 4.64 0.574 Tinggi
Pembelajaran Multimedia Interaktif akan
menjadikan pengajaran lebih menyeronokkan
E4 Peta Pemikiran i-Think melalui Bahan 4.63 0.519 Tinggi
Pembelajaran Multimedia Interaktif akan
membantu murid mengingat dan menghurai
fakta penting dengan cepat
E5 Peta Pemikiran i-Think melalui Bahan 4.56 0.531 Tinggi
Pembelajaran Multimedia Interaktif akan
membantu murid dalam membuat latihan
dengan betul
E6 Peta Pemikiran i-Think melalui Bahan 4.50 0.504 Tinggi
Pembelajaran Multimedia Interaktif dapat
meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) murid
E7 Peta Pemikiran i-Think melalui Bahan 4.52 0.617 Tinggi
Pembelajaran Multimedia Interaktif akan
menarik minat murid dalam pembelajaran
E8 Peta Pemikiran i-Think melalui Bahan 4.59 0.635 Tinggi
Pembelajaran Multimedia Interaktif akan
memudahkan murid
mengulangkaji pembelajaran
E9 Peta Pemikiran i-Think melalui Bahan 4.58 0.558 Tinggi
Pembelajaran Multimedia Interaktif akan
menjimatkan masa dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
E10 mengalakkan murid berfikir lebih mendalam 4.45 0.641 Tinggi
E11 mencabar murid untuk menyelesaikan 4.25 0.735 Tinggi
masalah kehidupan sebenar dengan
menggunakan pelbagai disiplin ilmu
E12 menjadi stimulus untuk menjana kemahiran 4.38 0.630 Tinggi
kritis dan kreatif
E13 menggalakkan pemikiran kreatif. 4.44 0.588 Tinggi
E14 menghasilkan murid yang mengaplikasikan 4.30 0.659 Tinggi
pengetahuan dalam situasi berlainan
E15 menghasilkan murid yang mengaplikasikan 4.63 0.519 Tinggi
kemahiran dalam situasi berlainan
E16 menghasilkan murid yang menjana idea yang 4.44 0.614 Tinggi
kreatif
E17 menghasilkan murid yang menjana idea yang 4.48 0.591 Tinggi
inovatif
E18 menghasilkan murid yang menjana 4.47 0.590 Tinggi
produk yang kreatif
E19 menghasilkan murid yang menjana 4.52 0.591 Tinggi
produk yang inovatif
E20 menghasilkan murid yang menjana kaedah 4.56 0.531 Tinggi
penyelesaian yang kreatif
E21 menghasilkan murid yang menjana kaedah 4.50 0.563 Tinggi
penyelesaian yang inovatif
E22 membolehkan murid menunjukkan 4.39 0.607 Tinggi
pengetahuan merentasi pelbagai disiplin
semasa perbincangan
PURATA KESELURUHAN 4.65 0.588 Tinggi

Berdasarkan data-data yang diperolehi daripada jadual 4.5, purata min


keseluruhan berada pada nilai yang tinggi iaitu 4.65 dan purata keseluruhan sisihan
piawai bernilai 0.588. Hal ini menunjukkan majoriti responden bersetuju penggunaan
peta pemikiran i-Think melalui bahan pembelajaran multimedia interaktif dapat
meningkatkan KBAT murid. Dapatan ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh
Jamian et al. (2017). Di dalam kajian tersebut menyatakan lapan jenis peta pemikiran i-
Think dapat meningkatkan pemikiran berfikir dan keupayaan berkomunikasi dengan
berkesan. Dalam pada itu, hasil dapatan ini selari dan membenarkan dapatan kajian
yang dijalankan oleh Norakma Mohd Daud, Abdul Razak Ahmad dan Noria Munirah
Yakub (2015) mengenai masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan KBAT. Pengkaji
dalam kajian tersebut menyatakan bahawa KBAT murid tidak dapat dirangsang dengan
baik kerana cara pengajaran guru yang lapuk, bersifat konevsional dan tidak lagi sesuai
digunakan. Ini bermakna, cara pengajaran berasaskan peta pemikiran i-Think melalui
bahan pembelajaran multimedia interaktif bukan pengajaran bersifat konvensional dan
mampu merangsang KBAT murid.

5.0 KESIMPULAN KAJIAN

Hasil kajian tentang persepsi guru pelatih opsyen Sains terhadap KBAT dengan i-Think
melalui bahan pembelajaran multimedia interaktif didapati majoriti daripada responden
mempunyai persepsi yang baik terhadap KBAT dengan i-Think melalui bahan
pembelajaran multimedia interaktif. Seterusnya, data hasil kajian juga menunjukkan
bahawa responden bersetuju i-think melalui bahan pembelajaran multimedia interaktif
mampu meningkatkan KBAT murid. Selain itu, kajian ini juga memperoleh penemuan
yang penting dan menarik iaitu responden guru-guru pelatih sains cenderung untuk
menggunakan bahan pembelajaran multimedia interaktif dalam P&P.

6.0 CADANGAN KAJIAN

Kajian ini hanya melibatkan 64 guru pelatih opsyen sains di salah sebuah Kampus IPG
di zon selatan. Dicadangkan kajian akan datang dapat melibatkan keseluruhan guru
pelatih dalam pelbagai kursus dan di pelbagai zon. Malah, kajian ini juga dapat
dijalankan dalam kajian perbandingan antara dua zon yang berbeza. Ini merupakan
usaha untuk bertukar maklumat mengenai sistem kurikulum dan pendidikan di zon yang
berbeza dalam meningkatkan keberkesanan P&P di Malaysia.

Rujukan
Bond, T. G., & Fox, C. M. (2013). Applying the Rasch model: Fundamental measurement in the human
sciences. Psychology Press
Gulistan Mohammed, Saido Saedah Siraj, Abu Bakar Nordin & Imed Saadallah Al Amedy. (2018).
Higher Order Thinking Skills Among Secondary School Students In Science
Learning. Mojes: Malaysian Online Journal Of Educational Sciences, 3(3), 13-20.
Retrieved From Https://Mojes.Um.Edu.My/Article/View/12778
Hanifah Mahat & Anuar, Nurul & Balkhis, Saiyidatina & Hashim, Zalina & Nayan, Nasir & Saleh, Yazid.
(2020). Utilization Of Web 2.0 Applications Among Geography Students At Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Malaysia. International Journal Of Academic Research In Progressive Education And
Development. 9. 10.6007/Ijarped/V9-I3/8034.
Hyerle, D., & Yeager, C. (2007). Thinking Maps: A Language For Learning. New York: Thinking Maps,
Inc.
Hasmah Iberahim. (2014). Pengaruh Faktor Persekitaran Terhadap Kecemerlangan Akademik Pelajar
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan Serta Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik Di
Uthm. (Doctoral Dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
Jamian Abdul Rasid; Misdon, Martini; Mohd Sabil, Azhar. (2017). Penggunaan Peta Pemikiran I-Think
Dalam Pemahaman Komsas Bahasa Melayu (Use Of I-Think Thinking Maps In Understanding
Komsas Bahasa Melayu). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal Of Education), [S.L.],
P. 43-51, May 2017. Issn 2600-8823. Available At:
<Http://Ejournal.Ukm.My/Jpend/Article/View/19597>. Date Accessed: 29 Oct. 2020
Kerlinger, F., & Lee, M. (2001). Investigación Del Comportamiento Humano. Técnicas Metodología. 2
Edición. Nueva Editorial Interamericana, Sa México Df.
Nurhafiza Zaidi, Roslinda Rosli & Mohamed Yusoff Bin Mohd Nor. (2015). Aplikasi Peta Pemikiran
I-Think Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Falkulti Pendidikan:
Universiti Kebangsaan Malaysia
Nur Fatin Afiqah Kamaruzaman & Zolkepeli Haron. (2014). Peta Pemikiran I-Think Terhadap Skor
Pencapaian Dan Minat Pelajar Kolej Vokasional Dalam Mata Pelajaran Sains. Fakulti Pendidikan:
Universiti Kebangsaan Malaysia
Norasmahani Hj Nor, Zulkefli Aini & Khadijah Abdul Razak. (2015). Impak Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi (Tmk) Dalam Menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pendidikan Islam.
Prosiding International Seminar On Tarbiyah (Isot 2015), Hlm 1-14.
Norazilawati Abdullah, Nik Azmah Nik Yusuf, Noraini Mohamed Noh & Mohd Nazir Md Zabit (2017).
Pembinaan Perisian Interaktif Untuk Menerapkan Kemahiran Proses Sains Dalam Mata
Pelajaran Sains Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia (Jpsmm
Upsi), 7(1), 76-92
Norakma Mohd Daud, Abdul Razak Ahmad, Noria Munirah Yakub. (2015). Pembelajaran Berteraskan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran
Sejarah. 7th International Seminar On Regional Education, 1, 352–360.
Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. (2015). Keberkesanan Peta Pemikiran (I-Think) Dalam
Meningkatkan Pencapaian Penulisan Bahasa Melayu Murid Tahun 6. Malay Language Education
Journal – Mylej.
Riduwan, M. D. (2012). Skala Pengukuran Variabel-variabel Penelitian. Alfabeta
Sari Setiyani, M., & Sondang Sumbawati, M. (2020). Penerapan Model Kooperatif Tipe Group
Investigation
Menggunakan Media Plickers Untuk Meningkatkan Critical Thinking Skill Dan Hasil Belajar
Siswa. It-Edu: Jurnal Information Technology And Education, 4(02). Retrieved From
Https://Ejournal.Unesa.Ac.Id/Index.Php/It-Edu/Article/View/31676
Siti Aminah Sallehin dan Fazlinda Ab Halim (2018). Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar Berasaskan
Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Zon Benut. Online
Journal for TVET Practitioners. Retrieved from
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4814
Sekaran, U. (2006). Metodologi Penelitian untuk Bisnis. Edisi 4. Jakarta: Salemba Empat.

Anda mungkin juga menyukai