Anda di halaman 1dari 9

KEBERKESANAN KURSUS ASAS KBAT 2018 DALAM MELATIH JU

BAHARU DARI PERSEPSI PESERTA.


ONG ENG SING @ PETER ONG
FARIDAH ANUM ABDUL WAHID
ANITA SAPURA SHAARI

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi JU Muda Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Kuala Lumpur terhadap keberkesanan Kursus Asas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 2018 di
IPGKIK (Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas) yang dijalankan pada 26 Januari 2018 (Jumaat)
dan 9 Februari 2018 (Jumaat). Reka bentuk tinjauan pasca-intervensi digunakan iaitu responden ini
terdiri daripada 22 JU Muda dari IPG KIK. Kaedah soal selidik yang terdiri daripada 20 item skala Likert
digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. Analisis data soal selidik item skala Likert mendapati
sampel kajian mempunyai persepsi yang positif merentas kesemua item dengan purata min = 4.5 dan s.p
= 0.49. Kajian mendapati bahawa responden kajian bersetuju iaitu Kursus KBAT adalah penting untuk JU
Muda sebagai jurulatih KBAT pada masa kini dan juga pada masa hadapan.

Kata Kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
(IPGKIK), Jurulatih Muda (JU Muda)

Abstract
This study was conducted to gauge the perception of Junior Trainers towards the course of Higher Order
Thinking Skills of Teacher Education Institute Ilmu Khas Campus (IPGKIK) which was held on 26
January 2018 (Friday) and 9 February 2018(Friday). The research design employed in this research was
that of a post-intervention survey in which the participants comprised 22 junior trainers from the
Specialist Teachers Training Institute Kuala Lumpur. 20-items Likert Scale were used as the methods for
data gathering. The analysis of 20-item Likert scale questionnaire data indicates that the participants
have a positive view for all the items with an overall mean= 4.5 and standard deviation = 0.49. The
findings of this study indicated that the participants perceived course of Higher Order Thinking Skills of
Teacher Education Institute Ilmu Khas Campus (IPGKIK) as vital to all present and future educators.

Key words: Higher Order Thinking Skill (HOTS), Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
(IPGKIK), Junior Trainers (JU Muda)

1. PENGENALAN

Mengendalikan sekumpulan pelajar yang akan dipilih sebagai Juru Latih Utama KBAT
tidaklah semudah yang diandaikan oleh beberapa pihak. Proses-proses untuk mereka bersedia berdepan
dengan orang ramai memerlukan perancangan dan dipengaruhi oleh beberapa perkara. Perkara yang
menjadi cabaran utama dalam melahirkan JU Muda yang berketrampian antaranya pengetahuan dan ilmu
tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT), keyakinan diri dan kesediaan untuk belajar dan
berkhidmat. Dalam memastikan IPGKIK terus memainkan peranan melatih siswa menggunakan elemen
KBAT dalam pdpc, perlu ada rakan pembimbing dalam kalangan siswa yang boleh membantu guru
pelatih lain menggunakan pengetahuan KBAT. Dengan itu, bermula tahun 2013 diwujudkan satu
pasukan siswa guru yang diberi latihan berfasa dipanggil Jurulatih Muda KBAT(JU Muda KBAT)
dikendalikan di bawah Biro JU Muda KBAT IPGKIK.

1
Pada tahun 2018, seramai 67 orang JU Muda yang telah dilantik terdiri daripada 40 orang
siswa PISMP semester 4 hingga 8 manakala 27 orang lagi ambilan baharu 2018 dari Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan(PISMP) dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan(PPISMP)semester 2 (Sumber: Biro JU Muda).

Bagi melatih JU Muda baharu ini, satu latihan dan bengkel asas telah dijalankan 26 Januari 2018 dan 9
Februari 2018 selama 2 jam setiap jumaat. Kursus yang meliputi latihan dan bengkel yang diadakan bagi
membolehkan mereka menjadi juru-latih muda KBAT untuk memberi latihan dan kursus KBAT kepada
para siswa guru yang sedang belajar di IPGKIK. Kursus ini juga diadakan bagi membantu ahli baharu
dalam penggunaan peta pemikiran i-THINK dalam PdPc dan pembentukan soalan peperiksaan berunsur
KBAT. Sehubungan itu, timbulnya satu keperluan untuk memberi pendedahan kepada JU Muda tentang
penerapan elemen kemahiran berfikir aras tinggi seperti penggunaan alat berfikir peta i-THINK dan
teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selaras dengan transformasi sistem pendidikan yang sedang dilaksanakan sekarang, Kementerian
Pendidikan Malaysia komited dalam melengkapkan setiap pelajar di negara ini dengan segala kemahiran
baru yang diperlukan untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke -21. Menurut Menteri
Pelajaran Malaysia, YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Yasin dalam ucapannya di dalam Laporan Awal
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menyatakan bahawa sistem pendidikan kita perlu
berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif,
mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan di
peringkat global.

Kurikulum di Malaysia dilaksanakan melalui kurikulum kebangsaan yang telah dikanunkan mengikut
akta pendidikan 1996. Kurikulum Pendidikan Malaysia digubal bagi mencapai penghasilan pembelajaran
yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Aspek ke dua yang diberi penekanan ialah berkaitan
dengan matlamat kurikulum iaitu untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin
tahu, berprinsip, bermaklumat dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan
bekerja secara berpasukan. Salah satu matlamat kurikulum pendidikan Malaysia ialah menghasilkan
pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir yang tentunya wujud elemen KBAT di dalamnya (BPK,
2014). KBAT merangkumi penguasaan konsep asas sesuatu bidang, kemahiran peserta kursus untuk
menyelesaikan masalah dan keupayaan mereka untuk menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang
diperoleh pada situasi yang baharu yang berkait dengan pengajaran dan pembelajaran yang membina
kemahiran berfikir aras tinggi berorientasikan peperiksaan.

Sehubungan dengan itu, pendedahan terhadap amalan kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan
pembelajaran membantu JU Muda IPG KIK mencapai kemahiran berfikir aras tinggi, melakukan inovasi
serta boleh menghubung kait pelbagai pengetahuan mewujudkan pengetahuan baru. Hal ini memberi nilai
tambah kepada pengajaran seterusnya meningkatkan pencapaian KBAT mengikut Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025).

2. PERNYATAAN MASALAH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan beberapa program untuk


mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan
murid berfikiran kritis dan kreatif serta inovatif. Salah satu contoh program tersebut ialah program i-
THINK. Dalam kajian Peter & Faridah 2017, beberapa masalah dihadapi oleh JU Muda telah dikenal
pasti. Antaranya adalah pembentukan soalan KBAT dan PdPc yang berunsurkan elemen KBAT. Selain
itu, JU Muda kurang jelas tentang penggunaan peta pemikiran i-THINK dalam PdPc dan pembentukan
soalan peperiksaan yang mengandungi elemen-elemen KBAT.

2
Dapatan unit Praktikum sesi Jun – Nov 2017 tentang amalan elemen KBAT semasa praktikum mendapati
peratus pelajar yang menggunakan KBAT adalah 72.58% melepasi min 4.0 bagi tahun sasaran 2017-2021.
Indikator tunjang 2 adalah bagi meningkatkan amalan pedagogi abad ke 21 dalam kalangan siswa guru
semasa praktikum iaitu bagi indikator prestasi adalah penambahan bilangan siswa guru yang mencapai
min 4.0(sumber: Perancangan Strategik IPGKIK). Sehubungan itu, timbulnya satu keperluan untuk
memberi pendedahan kepada JU Muda tentang kemahiran berfikir aras tinggi, khasnya tentang
penggunaan alat berfikir peta i-THINK dan teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. TINJAUAN LITERATUR

Menurut Norafidah (2016), pengetahuan berkaitan KBAT dalam kalangan guru masih perlu ditingkatkan.
Hal ini kerana terdapat dalam kalangan mereka yang masih tidak jelas cara pelaksanaan KBAT dalam
proses pengajaran. Ini ditambah lagi apabila mereka diperkenalkan pula dengan penggunaan rubrik dalam
penilaian. Kepelbagaian kemahiran yang cuba diterapkan didapati terlalu berat untuk diserap oleh para
guru.Selain itu, strategi-strategi KPM yang dilaksanakan secara praktikal banyak memberi faedah kepada
para guru. Guru-guru walau bagaimanapun perlu lebih peka untuk mempelajari dan menguasai KBAT
sepanjang proses atau aktiviti dilaksanakan dan bukan hanya berfokus kepada hasil. Bagi pengkaji pula,
campur tangan dalam setiap keputusan semasa guru membuat tugasan perlu dikurangkan atau dihentikan.
Guru-guru patut diberi kebebasan untuk menentukan hala tuju kumpulan masing-masing.Semasa
mengimplentasikan KBAT dalam pengajaran, adalah lebih berkesan sekiranya isi pelajaran tidak
difokuskan. Interaksi antara guru dan murid perlu diberi keutamaan. Hal ini kerana pelaksanaan KBAT
yang dirancang tidak menjamin kejayaan pelaksanaannya. Guru perlu memberi kebebasan kepada murid
untuk memberikan pandangan tanpa bantuan atau bimbingan. Suasana kelas akan lebih produktif
sekiranya murid diberi peluang untuk memberikan pendapat dan meluahkan buah fikiran.

Zamri dan Nor Razah (2011), dalam kajian yang dijalankan telah menyatakan bahawa dalam konteks PdP
penyoalan berupaya menggalakkan interaksi guru dan murid secara berkesan. Soalan-soalan yang
dikemukakan oleh guru dapat mencungkil pengetahuan pelajar dan mengukuhkan isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Selain itu, pengkaji turut menegaskan bahawa seorang guru yang mahir adalah
seorang penyoal yang berkesan iaitu guru tersebut dapat menggunakan soalan-soalan yang dapat
membimbing pelajar dalam memberikan idea yang jelas, mengembangkan potensi berfikir serta dapat
menggerakkan daya imaginasi pelajar. Oleh itu adalah wajar siswa guru diberikan pengetahuan dan
kemahiran KBAT bagi melengkapkan keperluan mereka sebelum bergelar seorang guru.

4. OBJEKTIF

4.1 OBJEKTIF KHUSUS

Mengenal pasti Keberkesanan Kursus Asas JU Muda IPG KIK samada masih berada pada tahap yang
tinggi pada persepsi Ju Muda ambilan 2018.

4.2 PERSOALAN KAJIAN


Adakah persepsi JU Muda IPG KIK ambilan 2018 terhadap kebekersanan kursus KBAT masih berada
pada tahap yang tinggi?

5. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan pasca-intervensi iaitu intervensi tersebut merupakan kursus
KBAT. Kaedah soal selidik digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. 20 item skala Likert dalam soal

3
selidik dibina untuk mendapatkan persepsi post-intervensi dalam kalangan JU Muda terhadap kursus
KBAT. Pada setiap item, respon yang mungkin adalah 1 (Sangat tidak setuju), 2 (Tidak setuju), 3 (Agak
setuju), 4 (Setuju), dan 5 (Sangat setuju). Data dianalisis mengikut setiap item dalam soal selidik untuk
mendapatkan maklumbalas responden kajian secara kuantitatif. Terdapat 22 sampel kajian menghadiri
kursus KBAT. Semua sampel kajian tidak pernah menghadiri sebarang kursus tentang penggunaan peta
pemikiran i-THINK dan juga pembentukan soalan berdasarkan KBAT. Sampel kajian terdiri daripada 22
orang siswa guru PPISMP dan PISMP semester 2 IPG KIK.

6. ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program ‘Statistical Package for the Social
Science (SPSS)’ versi 18. Hasil dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk min dan sisihan piawai
bagi setiap pembolehubah yang dikaji. Nilai min terkumpul digunakan untuk mengenal pasti
kebekersanan kursus KBAT yang dijalankan dari persepsi peserta dan dikategorikan kepada lima
kecenderungan seperti Jadual 1.

Jadual 1
Kecenderungan sampel kajian

Julat Min Kecenderungan Sampel Kajian

1.0 - 1.4 Sangat Tidak Setuju


1.5 - 2.4 Tidak Setuju
2.5 - 3.4 Agak setuju
3.5 - 4.4 Setuju
4.5 - 5.0 Sangat Setuju

Dapatan hasil kajian bagi soal selidik yang dianalisis untuk menentukan tahap min dan sisihan piawai.
Tahap min ini digolongkan kepada lima tahap iaitu sangat rendah, rendah, sederhana, tinggi dan sangat
tinggi. Tahap kecenderungan keputusan sampel kajian dikategorikan sama ada sangat tidak setuju, tidak
setuju, agak setuju, setuju dan sangat setuju. Oleh itu bagi memudahkan proses penganalisisan data
menggunakan skor 1 hingga 5 itu dikategorikan kepada lima kategori seperti jadual 2 di bawah.

Jadual 2
Interpretasi Skor Min

Skor Purata Interpretasi


1.00 – 1.89 Sangat Rendah
1.90 – 2.69 Rendah
2.70 – 3.49 Sederhana
3.50 – 4.29 Tinggi
4.30 – 5.00 Sangat Tinggi

Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2006)

6.1 ANALISIS KUANTITATIF SOAL SELIDIK

Menurut Fraenkel, J.R., and Wallen, N.E., (1996), kesahan digunakan untuk mengukur ketepatan sesuatu
ukuran yang digunakan dalam kajian. Kesahan bertujuan bagi memastikan sama ada ukuran atau indikator
yang digunakan itu mengandungi semua ciri yang baharu adalah dalam konsep yang diukur itu.

4
(1) Dapat dipertahankan (Defensibility) kerana hasil kajiannya tepat dan berguna.
(2) Ketepatan (Accuracy), iaitu dalam menjawab persoalan kajian.
(3) Kesesuaian (Appropriatetness), iaitu relevan dengan tujuan kajian.
(4) Bererti (Meaningfulness), iaitu memberi makna terhadap data melalui skor.
(5) Kebolehgunaan (Usefulness), iaitu mampu membuat keputusan berhubung dengan apa yang cuba
dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut boleh menyediakan maklumat yang
bermakna mengenai tajuk dan pembolehubah yang hendak diukur untuk menginferenkan data kajian.

Menurut Sabitha Marican (2005), kebolehpercayaan ialah satu konsep yang merujuk ketekalan dan
kestabilan sesuatu soal selidik merentasi masa terhadap sesuatu gagasan. Kebolehpercayaan bertujuan
untuk mengetahui sama ada ukuran itu memberikan jawapan yang sama apabila ia digunakan untuk
mengukur konsep yang sama kepada responden yang sama.

Jadual 3
Keberkesanan Kursus Asas JU Muda 2018 dari Persepsi Peserta

kecenderungan/
Bil. Item 1 2 3 4 5 min sp interpretasi

1 Kursus ini menambahkan tinggi/


11 11
pengetahuan KBAT untuk 50% 50%
4.5 0.51 setuju
saya
2 Saya berpendapat bahawa
kursus ini dapat memberi
maklumat yang lengkap
mengenai 8 peta i-THINK 1 13 8
4.32 0.57
tinggi/
4.6% 59% 36.4% setuju
dan unsur-unsur KBAT
dalam menyediakan soalan
peperiksaan dan tugasan.

3 Saya boleh menulis RPH


dan P&P dengan
5 11 6 tinggi/
memasukkan elemen 22.7% 50% 27.2%
4.05 0.72
setuju
KBAT setelah menghadiri
kursus ini.
4 Saya boleh menggunakan
dengan berkesan 8 peta i-
THINK dan cara
15 7 tinggi/
menghasilkan soalan 68.2% 31.8%
4.32 0.48
setuju
KBAT yang betul
berdasarkan Taxonomi
Bloom
5 Semangat bekerjasama dan
suasana mesra dapat wujud 1 8 13
4.55 0.6
tinggi/
4.6% 36.4% 59% setuju
dalam kursus ini antara
fasilitator dengan peserta.
6 Semangat bantu membantu
dapat dilihat dalam 7 15 sangat tinggi/
4.68 0.48
kalangan peserta 31.8% 68.2% sangat setuju

5
7 Kandungan kursus ini
adalah sesuai untuk saya
7 15
4.68 0.48
sangat tinggi/
31.8% 68.2% sangat setuju

8 Kandungan kursus berkait


rapat dengan keperluan
pengetahuan saya 1 7 14
4.59 0.59
sangat tinggi/
4.6% 31.8% 63.6% sangat setuju

9 Kandungan kursus relevan


dan sejajar dengan
6 16 sangat tinggi/
perkembangan terkini 27.2% 72.8%
4.73 0.46
sangat setuju

10 Kursus ini berjaya


dikendalikan dengan baik 7 15
4.68 0.48
sangat tinggi/
31.8% 68.2% sangat setuju
dan berkesan

11 Pengagihan topik dalam


kursus adalah sesuai dan 1 9 12
4.5 0.6
tinggi/
4.6% 40.9% 54.5% setuju
tidak terlalu panjang

12 Penyampaian isi kandungan


jelas dan menarik 1 11 10 tinggi/
4.41 0.59
4.6% 50% 45.5% setuju

13 Bahan-bahan edaran dalam


1 7 14 sangat tinggi/
kursus adalah mencukupi 4.6% 31.8% 63.6%
4.59 0.59
sangat setuju

14 Jangka masa kursus ini 4 9 9 tinggi/


4.23 0.75
adalah sesuai 18.2% 40.9% 40.9% setuju
15 Contoh-contoh yang
1 11 10 tinggi/
diberikan dalam kursus ini 4.6% 50% 45.5%
4.41 0.59
setuju
adalah mencukupi
16 Bahasa yang digunakan
sesuai dengan tahap 9 13
4.59 0.59
sangat tinggi/
40.9% 59.1% sangat setuju
penguasaan bahasa saya
17 Saya tidak menyesal
menghadiri kursus ini 10 12 sangat tinggi/
4.55 0.51
45.5% 54.5% sangat setuju

18 Saya rasa gembira


menghadiri kursus ini 10 12 sangat tinggi/
4.55 0.51
45.5% 54.5% sangat setuju

6
19 Fasilitatior kursus
berpengalaman dan 7 15 sangat tinggi/
4.68 0.48
berpengetahuan 31.8% 68.2% sangat setuju

20 Saya akan menghadiri


kursus seperti ini pada masa 1 10 11 tinggi/
4.45 0.6
hadapan jika diberi peluang 4.6% 45.4% 50% setuju
lagi
Keseluruhan min dan 4.5 0.49
sangat tinggi/
sisihan piawai (sp) sangat setuju

Jadual 3 menunjukkan skor min dan sisihan piawai untuk item Keberkesanan Kursus Asas KBAT
dari perspektif JU. Dapatan kajian menunjukkan item kandungan kursus relevan dan sejajar dengan
perkembangan terkini (bil.9) mencapai (min 4.73, sp=0.46). Diikuti pula item semangat bantu membantu
dapat dilihat dalam kalangan peserta (bil.6), kandungan kursus ini adalah sesuai untuk saya (bil.7), kursus
ini berjaya dikendalikan dengan baik dan berkesan (bil.10) dan fasilitatior kursus berpengalaman dan
berpengetahuan (bil.19), bahan-bahan edaran dalam kursus adalah mencukupi (bil.13) serta bahasa yang
digunakan sesuai dengan tahap penguasaan bahasa saya mencapai (min 4.68) yang sama dan (sp=0.48,
sp=0.48, sp=0.48, sp=0.48, sp=0.48)) masing-masing manakala item kandungan kursus berkait rapat
dengan keperluan pengetahuan saya (bil.8), bahan-bahan edaran dalam kursus adalah mencukupi (bil.13)
serta bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap penguasaan bahasa saya (bil.16) mencapai (min 4.59)
yang sama dan (sp=0.59, sp=0.59, sp=0.59) masing-masing.
Seterusnya, item semangat bekerjasama dan suasana mesra dapat wujud dalam kursus ini antara
fasilitator dengan peserta (bil.5), saya tidak menyesal menghadiri kursus ini (bil.17) serta saya rasa
gembira menghadiri kursus ini (bil.18) mencapai (min 4.55) yang sama dan (sp=0.51, sp=0.6) masing-
masing. Selain itu, item kursus ini menambahkan pengetahuan KBAT untuk saya (bil.1), 0.51 serta
pengagihan topik dalam kursus adalah sesuai dan tidak terlalu panjang (bil.11) mencapai (min 4.5) yang
sama dan (sp=0.51,sp=0.6) masing-masing manakala item saya akan menghadiri kursus seperti ini pada
masa hadapan jika diberi peluang lagi (bil.20) mencapai (min 4.45, sp=0.6). Kemudian, penyampaian isi
kandungan jelas dan menarik (bil.12) serta contoh-contoh yang diberikan dalam kursus ini adalah
mencukupi (bil.15) mencapai (min 4.41) yang sama dan (sp=0.59, sp=0.59) masing-masing.
Diikuti, item samada kursus ini dapat memberi maklumat yang lengkap mengenai 8 peta i-
THINK dan unsur-unsur KBAT dalam menyediakan soalan peperiksaan dan tugasan (bil.2) 4.32 serta
saya boleh menggunakan dengan berkesan 8 peta iTHINK dan cara menghasilkan soalan KBAT yang
betul berdasarkan Taxonomi Bloom (bil.4) mencapai (min 4.32) yang sama dan (sp=0.57, sp=0.48)
masing-masing manakala item jangka masa kursus ini adalah sesuai (bil.14) mencapai (min 4.23,
sp=0.75). Seterusnya, item saya boleh menulis RPH dan P&P dengan memasukkan elemen KBAT setelah
menghadiri kursus ini (bil.3) mencapai (min 4.05, sp=0.72). Manakala item saya boleh menulis RPH dan
P&P dengan memasukkan elemen KBAT setelah menghadiri kursus ini (bil.3) mencapai tahap rendah
(min 4.05, sp=0.72).

7. RUMUSAN DAN CADANGAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, JU Muda yang terlibat dalam kursus ini bersedia untuk
menerima segala pengetahuan baharu. Oleh itu, JU Muda yang dilatih ini diharap dapat menghubungkait
serta mengaplikasikan kemahiran yang ada dalam situasi yang sebenar. Guru memainkan peranan yang
sangat penting dalam usaha untuk memupuk penerapan elemen KBAT dalam kalangan murid (Ainon
Mohd & Abdullah Hassan, 2003). Usaha ke arah ini perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Walaupun peserta kursus ini telah didedahkan dengan kemahiran pemupukan dan penerapan KBAT

7
semasa mengikuti latihan di IPG tetapi pendedahan tersebut belum lagi boleh diukur dan ditranslasikan
sebagai kebolehan mengamalkan KBAT dalam PdP sehingga boleh diasah secara berkesan melalui
amalan praktikum dan boleh ditingkatkan lagi apabila mengajar di sekolah nanti.

Oleh itu, beberapa siri kursus akan diadakan untuk menerap dan mengukuhkan lagi keupayaan mereka
untuk menerapkan elemen-elemen KBAT sebagai persediaan mereka untuk mengajar di sekolah nanti.
Keperluan tersebut dapat dinilai berdasarkan data analisis soal-selidik kajian melalui sampel kajian yang
berpendapat jangka masa selama setengah hari untuk kursus dijalankan adalah kurang sesuai (min:
3.39 ,s.p:1.04).

Dapatan ini disokong oleh Zamri (2002) menyatakan bahawa pengetahuan yang diperlukan bagi seorang
guru ialah pengetahuan dan belajar untuk mengajar berkaitan pengetahuan kandungan, pengetahuan
kandungan pedagogi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan pelajar serta pembelajaran. Selain
pengetahuan tersebut, guru juga perlu mengetahui dan memahami bagaimana untuk mengaplikasikan
pelbagai cara, teknik dan strategi P&P untuk memastikan P&P dapat dijalankan dengan sempurna dan
berkesan. Dapatan ini juga disokong oleh Norafidah & Juliana (2014) yang menjalankan penyelidikan
untuk meningkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Malaysia melalui komuniti pembelajaran profesional (KPP) di IPG Kampus Gaya Sabah. Selain
itu, dapatan ini juga disokong oleh Chew Fong Peng & Shashipriya Nadaraja (2015) yang telah
melaksanakan penyelidikan tentang kemahiran berfikir kreatif dan kritis dalam pengajaran dan
pembelajaran komsas di sebuah sekolah menengah. Dapatan ini disokong juga oleh Rafiei Mustapha
(1998) yang telah menjalankan satu kajian tentang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah.

Sebagai kesimpulan, apabila guru mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang konsep KBAT, maka
mereka akan mengaplikasikannya ke dalam pengajaran dengan lebih baik. Pendapat yang dinyatakan oleh
Zamri (2011) iaitu guru yang mempunyai pengetahuan yang lebih banyak akan dapat menjelaskan sesuatu
perkara dengan lebih baik.

RUJUKAN

Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. (2003). Belajar berfikir. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd.

Chew Fong Peng & Shashipriya Nadaraja. (2015). Pelaksanaan kemahiran berfikir kreatif dan kritis
dalam pengajaran dan pembelajaran komsas di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 4(2), 10-24.

Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). Thinking maps: A Language for Learning. US: Thinking Maps
Incorporated.

Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul. Aziz. (2004). Pedagogi pendidikan. Kuala Lumpur:
Kayazano Enterprise.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


(Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muhamad Sidek Said. (2013). Aplikasi menggunakan “thinking map‟ dalam program praktikum KPLD
Di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kertas kerja

8
dibentangkan di Seminar Kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan, Tanjung Vista Hotel, Kuala
Terengganu, 23-25 April 2013.

Norafidah Noralidin & Juliana Osong.(2014). Meningkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi (kbat)
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia melalui komuniti pembelajaran
profesional (kpp), Jabatan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus
Gaya,Kota Kinabalu, Sabah.

Perancangan Strategik IPGKIK. (2018). Portal IPGKIK.Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,
Cheras.Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1999). Penerapan kemahiran berfikir dan strategi berfikir dalam
pengajaran dan pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Belajar cara belajar. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2014). Elemen KBAT dalam kurikulum. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rafiei Mustapha. (1998). Kajian tentang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah. Prosiding Seminar Pendidikan
Sempena Jubli Emas MPLB. Accessed on March 2016, 30, from
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/1998/98_Rafiei.pdf

Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Prentice
Hall.

Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. (2002). Penyebatian kemahiran berfikir dalam pengajaran guru
Bahasa Melayu. Proceeding of The International Conference on Teaching and Learning. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zamri Mahamod & Nor Razah Lim. (2011). Kepelbagaian kaedah penyoalan lisan dalam pengajaran
Bahasa Melayu: Kaedah pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 1 (1): 51-65.

Anda mungkin juga menyukai