Anda di halaman 1dari 7

PENGURUSAN DAN KAWALAN KELAS

Pengurusan dan pengelolaan permainan kanakkanak dirancangkan berdasarkan tiga peringkat: Sebelum (Pra) Semasa Selepas Pembahagian kepada peringkat yang berturutan memberi satu gambaran keseluruhan yang lebih jelas dan teratur. Langkah-langkah yang disebutkan di bawah ini hendaklah dianggap sebagai garis penduan sahaja. Penyesuaian seharusnya dilakukan di mana perlu supaya pengurusan dan pengelolaan permainan tidak tergendala.

Peringkat sebelum (Pra)


Mengenalpasti waktu yang sesuai untuk melaksanakan permainan. Merancang gerak kerja atau aktiviti permainan yang menarik. Menentukan tempat atau kawasan (Kawasan permainan yang lapang, bersih dan selamat ) Memastikan peralatan yang menarik dan mencukupi. Menyediakan borang-borang catatan. Menyampaikan maklumat kepada murid mengenai peraturan dan syarat-syarat permainan.

Peringkat semasa

Menyusun atur peralatan dengan baik. Memastikan murid-murid menepati masa. Membawa murid-murid ketempat permainan. Memastikan murid-murid memahami penerangan / penjelasan / arahan guru. Mewujudkan suasana yang ceria dan bersemangat. Mengawasi murid-murid agar mematuhi peraturan dan prosedur permainan. Menggalakkan murid-murid terlibat secara aktif.

Peringkat selepas

Membuat rumusan dan memberi maklum balas. Membuat refleksi dan memotivasikan murid-murid. Memberi penghargaan kepada muridmurid. Peralatan dikembalikan dan disusun rapi di stor sukan. Guru mengkaji semula kesesuaian permainan.

KESELAMATAN PERALATAN, KAWASAN dan PELAJAR Meletakkan peralatan di sudut yang selamat.

Menguruskan peralatan dengan baik. Menggunakan peralatan dengan cara yang betul. Memastikan kawasan bebas daripada bahanbahan tajam, berduri, kotor, berlubang, berbonggol, berlekuk, objek-objek besar, dan sebagainya yang boleh menyebabkan kemalangan. Melaksanakan aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum mengelolakan permainan. Mengenalpasti dan memastikan kesihatan muridmurid baik dan layak melibatkan diri.

TATACARA PENGELOLAAN PERMAINAN KANAK-KANAK


Langkah dan Prosedur Pengelolaan Membuat persediaan awal. Memberi penerangan dan demonstrasi tentang hal ehwal permainan kepada murid-murid. Melaksanakan prosedur permainan secara sistematik, teratur dan terkawal. Memahami dan mempunyai keyakinan terhadap prosedur keseluruhan permainan. Menarik tumpuan dan minat peserta. Menyeronokkan. Peserta sangat responsif. Peserta teruja dan dapat dilihat melalui gerak badan. Penyampaian sangat sesuai dengan tahap kebolehan peserta.

Anda mungkin juga menyukai