Anda di halaman 1dari 8

Mengenal Pasti Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Guru Yang Dapat Membantu Pembentukan Personaliti dan Konsep Kendiri

Murid-murid Dalam Bilik Darjah

Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan tidak kurang pentingnya. Sejak kebelakangan ini, guru-guru sentiasa memainkan peranan yang penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membantu pembentukan personaliti dan konsep kendiri murid-murid dalam bilik darjah. Terdapat berbagai-bagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan oleh guru, antaranya ialah strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid, strategi berpusatkan bahan dan strategi berpusatkan tugas.

Strategi Berpusatkan Guru Strategi berpusatkan guru adalah strategi pengajaran langsung (direct instruction). Berdasarkan strategi ini, guru memainkan peranan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala murid pula berperanan untuk menerima pengajaran secara pasif. Strategi tradisional ini meletakkan guru sebagai pakar dalam mata pelajaran yang diajarnya dan menjadi sumber utama ilmu pengetahuan. Oleh itu, tujuan pembelajaran adalah untuk mendapatkan maklumat yang telah ditetapkan kepada murid. Murid sekadar mengulangi serta mencurahkan kembali apa yang telah diajarkan kepada mereka. Kaedah yang digunakan di bawah strategi ini sama dengan kaedah strategi pengajaran langsung.

Berdasarkan strategi berpusatkan guru: Tujuan murid belajar adalah untuk mencapai objektif kurikulum untuk

membolehkan mereka berfikir secara kritikal. Murid menyempurnakan aktiviti yang telah ditentukan oleh guru untuk

mencapai kejayaan akademik.

yang

Murid bertindak balas kepada jangkaan-jangkaan positif yang ditetapkan

oleh guru dalam proses ansur maju melalui aktiviti yang telah ditetapkan. Murid diberikan motivasi ekstrinsik seperti ganjaran atau gred penilaian akan memotivasikan mereka untuk memahami maklumat serta

menunjukkan kefahaman tentang konsep yang telah diajarkan. Hasil kerja murid dinilai oleh guru.

Untuk melaksanakan strategi berpusatkan guru, murid terlebih dahulu diajarkan perkara-perkara asas sebelum diajarkan konsep yang

baru. Contohnya, untuk membolehkan murid memahami konsep wudhu mereka perlu terlebih dahulu diajarkan tentang taharah (bersuci) serta jenis-jenis air yang digunakan untuk membolehkan bersuci.

Strategi Berpusatkan Murid Sekiranya strategi berpusatkan guru adalah strategi pengajaran secara langsung, maka strategi berpusatkan murid pula adalah strategi pengajaran tidak langsung. Tidak seperti strategi berpusatkan guru, untuk strategi berpusatkan murid, peranan guru beralih daripada pengajar kepada pemudahcara atau fasilitator. Murid terlibat aktif (berfikir, mencari maklumat, merumus, membentang, menilai, berkolaborasi serta membuat refleksi pembelajaran) dalam proses pembelajaran. Murid akan membina kefahaman dengan menggunakan sumber yang telah disediakan sebagai perancah (scaffolding) secara hands-on dan minds-on dan bekerja secara koperatif dan kolaboratif dengan rakan atau orang lain. Penekanan sedemikian membuatkan murid dapat melaksanakan

pembelajaran terarah kendiri serta mengikut kadar kendiri.

Untuk melaksanakan strategi

berpusatkan

murid,

perhatian perlu

diberikan kepada perkara-perkara berikut: Apa yang murid ingin tahu tentang sesuatu topik atau konsep.

Guru perlu mengambilkira tentang keperluan indivdu murid seperti keperluan inyelektual dan emosi. Keperluan sosial murid: kolaborasi, komunikasi, penerimaan rakan sebaya.

Kaedah yang boleh digunakan di bawah strategi berpusatkan murid ini adalah sama dengan kaedah yang digunakan dalam melaksanakan strategi pembelajaran secara tidak langsung (indirect teaching / indirect instruction) di atas.

Aplikasi

strategi

berpusatkan

murid

tidak

bermakna

murid

akan

menentukan apa yang mereka ingin pelajari atau lakukan. Seringkali strategi ini diinterpretasikan dengan murid memilih tajuk, kaedah dan aktiviti mereka sendiri. Strategi berpusatkan murid sepatut meletakkan murid sebagai tumpuan pembelajaran (contohnya, aplikasi kaedah berasaskan inkuiri). Peranan guru adalah sebagai fasilitator yang aktif untuk memudahcara pembelajaran yang akan membawa kepada pengalaman yang bermakna kepada murid, bukan sebagai fasilitator yang hanya duduk di meja guru dan menantikan murid mendatanginya.

Satu rumusan boleh dibuat tentang strategi pemusatan murid daripada beberapa sumber seperti berikut:-

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Pembelajaran lebih bersifat aktif dan bukan pasif Penekanan kepada pembelajaran dan pemahaman yang lebih mendalam Meningkatkan tangungjawab murid Meningkatkan autonomi murid Saling bergantung antara guru dan murid Saling menghormati antara guru dan murid Pendekatan pengajaran dan pembelajaran refleksif untuk guru dan murid

Strategi Berpusatkan Bahan Strategi berpusatkan bahan menekankan penggunaan bahan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru terlebih dahulu perlu memastikan bahan yang akan digunakan di dalam kelas merupakan bahan yang relevan, kemas kini dan boleh berfungsi. Penggunaan bahan dapat membantu memudahkan pemahaman murid sekiranya digunakan secara betul dan berkesan. Pengajaran boleh dilakasanakan dalam kumpulan pembelajaran koperatif, sekiranya bilangan bahan tidak mencukupi, dan murid akan menggunakan bahan untuk meneroka maklumat secara inkuiri.

Strategi berpusatkan bahan merupakan strategi yang paling kurang digunakan oleh guru disebabkan isu bahan-bahan yang lazimnya kurang mencukupi dan tidak pelbagai. Peralatan teknologi lazimnya adalah sangat terbatas bilangannya untuk membolehkan guru dan murid menggunakannya secara berkesan. Meskipun telah masuk era abad ke 21 di mana teknologi ICT telah mula diperkenalkan di sekolah, dan bahan-bahan pelajaran boleh diakses melalui Internet dan jalur lebar, namun bagi kebanyakan sekolah, bilangan komputer dan akses Internet menjadi masalah.

Strategi Berpusatkan Tugas Menurut Merill (2002), pembelajaran akan meningkat apabila murid terlibat dalam melaksanakan tugas atau aktiviti pembelajaran termasuk demonstrasi atau aplikasi kemahiran-kemahiran belajar tertentu. Strategi berpusatkan tugas ini akan dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya murid terlibat sepenuhnya dengan tugas yang telah diberikan kepada mereka. Sesebuah tugas yang kompleks memerlukan murid mengaplikasikan pelbagai maklumat dan kemahiran (gagne dan Merill, 1990). Apabila guru memilih strategi berpusatkan tugas, guru perlu memastikan bahawa tugas itu diberi mengikut tahap iaitu bermula dengan aplikasi kemahiran serta maklumat asas. Setelah murid memperolehi kemahairan yang mencukupi barulah tugasan yang lebih kompleks diberikan.

Merill telah mengemukakan prinsip pertama pengajaran yang merupakan prinsip-prinsip yang saling berkaitan dan akan dapat meningkatkan pembelajaran murid iaitu prinsip berpusatkan tugas, prinsip pengaktifan, demonstrasi, aplikasi dan integrasi. Prosedur strategi berpusatkan tugas (tahap 3 strategi pengajaran) digambarkan oleh Merill seperti dalam gambar rajah di bawah.

Aktiviti yang dipilih seharusnya mengambil kira criteria berikut: 1. 2. 3. 4. Berasaskan kepada matlamat topic yang hendak diajar. Aktiviti yang relevan dengan situasi semasa Memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan membuat refleksi Perlu menstruktur lebih awal aktiviti yang hendak dilaksanakan supaya

dapat berjalan dengan lancar.

Strategi Pengajaran Secara Terus / Langsung (Direct Instruction / direct teaching) Dan Strategi Pengajaran Tidak Langsung (Indirect Instruction / Indirect teaching) Pengajaran secara terus / langsung merupakan pendekatan berpusatkan guru. Strategi pengajaran ini sangat berkesan apabila matlamat guru adalah untuk:

Memberikan atau menyampaikan maklumat. Mengajarkan prosedur (SOP). Membina kemahiran langkah demi langkah.

Strategi Pengajaran Tidak Langsung Strategi ini bertentangan dengan strategi pengajaran secara langsung, pengajaran tidak langsung lebih bersifat tumpuan murid, walaupun kedua-dua strategi pengajaran tersebut (langsung dan tidak langsung) merupakan dua strategi yang saling melengkapi antara satu dengan lain.

Strategi pengajaran tidak langsung memerlukan penglibatan yang tinggi dari kalangan murid semasa membuat pemerhatian, penyiasatan, menghasilkan inferens daripada data atau membentuk hipotesis. Strategi pengajaran tidak langsung mengambil kira minat dan rasa ingin tahu murid yang akan menggalakkan mereka untuk menjana alternative atau untuk menyelesaikan masalah. Peranan guru beralih daripada pengajar / pengarah kepada fasilitator, pemberi sokongan dan menjadi sumber rujukan. Guru akan menyusun serta mengatur persekitaran pembelajaran dengan menyediakan peluang untuk penglibatan murid, dan apabila dirasakan sesuai, akan memberikan maklum balas kepada murid semasa mereka melakukan inkuiri (Martin, 1983).

Hubungan Antara Strategi, Pendekatan, Kaedah, Dan Teknik Sebagai seorang guru yang profesional haruslah mempunyai

pengetahuan dan kefahaman mendalam dan dapat membandingbezakan konsep terhadap strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dengan tepat.

(i) Strategi Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa,

strategi bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus dan menumpukan pada pencapaian atau hasil pembelajaran.

(ii)Pendekatan Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Pendekatan Induktif Pendekatan Deduktif Pendekatan Eklektik Pendekatan Komunikatif

(iii)Kaedah Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti yang berikut: Kaedah Natural Kaedah Tatabahasa Terjemahan Kaedah Terus Kaedah Ajuk Hafaz Kaedah Linguistik Kaedah Kod Kognitif Kaedah Bahasa Komuniti Kaedah Oral Aural

(iv)Teknik Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Teknik Drama Teknik Permainan Bahasa Teknik Perbincangan Teknik Bercerita Teknik Latih Tubi

Rujukan Mok Soon Sang (2002). Siri pendidikan perguruan pedagogi untuk kursus diploma perguruan semester 2, edisi ketiga. Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya, Selangor. Ee Ah Meng (2001). Siri diploma perguruan pedagogi ii edisi kedua(semester 2). Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Shah Alam, Selangor. Mok Soon Sang (2001). Siri pendidikan perguruan pedagogi untuk kursus diploma perguruan semester 3. Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai