Anda di halaman 1dari 2

Pada pendapat anda, dapatkah pendidikan kebangsaan melahirkan murid yang modal insan seimbang dan harmonis?

Pengenalan: Definisi modal insan seimbang - Insan yang menghargai pengetahuan, mempunyai perwatakan yang baik, dan mempunyai ketahanan menghadapi cabaran. - Insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial - Insan yang berfikiran rasional, sihat, dapat bekerjasama, dan dapat sentiasa cuba menyelesaikan masalah Isi: Pendidikan mengaplikasikan pendekatan bersepadu - Mengabungkan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai supaya wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. - Contoh: selain daripada akademik, pendidikan juga mementingkan unsur keusahawan dalam bidang matematik, mementingkan ilmu teknologi dan maklumat dalam dunia sains dan sebagainya. Pendidikan mementingkan perkembangan secara menyeluruh - memastikan semua mata pelajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah untuk memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara menyeluruh. - Terdapat 6 tunjang dalam KSSR iaitu komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, ketrampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian sikap dan nilai. - contohnya: dalam pertandingan perbahasan bahasa cina, murid-murid bukan sahaja dapat menonjolkan keupayaan berkomunikasi, tetapi juga dapat meningkatkan minat terhadap subjek bahasa cina. Pendidikan kebangsaan mementingkan pendidikan saksama untuk semua murid. Semua murid memperoleh peluang yang sama rata untuk menuntut ilmu dan kemahiran di sekolah. Pendidikan disampaikan bukan sahaja kepada pelajar yang bijak, tetapi juga kepada pelajar yang lemah. Contohnya: cikgu perlu berfikiran kreatif dan kritis dalam merancang dan menyampaikan pengajarannya, serta sentiasa berpusatkan murid supaya dapat memenuhi kecerdasan semua murid. Pendidikan kebangsaan menanamkan sikap belajar sepanjang hayat. Pendidikan menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid untuk dijadikan sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang umur.

Contohnya: Guru di sekolah hanya menjadi fasilitator sahaja atau menunjukkan cara mencari ilmu sahaja. Pendidikan berpusatkan murid banyak membuka minda murid untuk mencari ilmu secara kendiri. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan minat murid untuk belajar sesuatu sendiri. Lama-kelamaan, murid-murid akan menjadi insan yang menghargai pengetahuan. Pendidikan dengan pendekatan globalisasi Pendidikan di negara membantu menyediakan banyak ilmu dan kemahiran supaya murid-murid dapat menjadi modal insan yang dapat menghadapi cabaran perkembangan global. Banyak unsur luar negara diubahsuai dan diterapkan dalam mata pelajaran yang diajar. Contohnya: dalam mata pelajaran matematik, kemahiran menggunakan abakus yang diimport dari negara China telah diajar kepada murid. Kecerdasan minda dan mengira dapat ditingkatkan. Justeru itu, muridmurid dapat mengira dalam otak mereka tanpa menggunakan kalkulator. Penutup: Pendidikan di negara kita mengalami banyak transformasi untuk memenuhi keperluan semasa. Elemen-elemen yang berguna dan berkesan telah diterapkan dalam kurikulum pendidikan kebangsaan supaya modal insan yang seimbang dan harmonis dapat dilahirkan.

Anda mungkin juga menyukai