Anda di halaman 1dari 7

Aspirasi murid

http://www.cikgusuhaimin.com/2017/12/6-aspirasi-murid-dalam-pelan.html#:~:text=Dalam
%20konteks%20PPPM%20khususnya%20dalam,serta%20Identiti%20Nasional%20(6).

1,pengetahuan

2. kemahiran berfikir

3. kemahiran memimpin

4. kemahiran dwibahasa

5. etika dan kerohanian

6. identity nasional

http://skkampungbaru.blogspot.com/2017/06/6-aspirasi-murid-pelan-pembangunan.html

1. Pengetahuan

Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya


kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid
menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga
perlu didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang
Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid
juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
lain seperti seni, muzik, dan sukan
1. pengetahuan

Pada peringkat paling asas, setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi
sepenuhnya. Aspek ini melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup asas, serta berfungsi secara
berkesan dalam masyarakat bagi membolehkan mereka memupuk nilai untuk diri sendiri,
masyarakat, dan negara. Di samping itu, penting bagi murid menguasai mata pelajaran teras seperti
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Sejarah. Sebagai murid yang serba boleh,
mereka juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan dalam bidang lain, seperti
seni, muzik, dan sukan. Selain pengetahuan dalam bidang ini, murid juga perlu mempunyai
kemahiran mengaplikasi pengetahuan ini dalam situasi harian.
1. Pengetahuan

Pada peringkat yang paling asas, adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk memastikan setiap
murid mempunyai keupayaan literasi dan numerasi. Perkara ini amatlah penting kerana murid perlu
mempunyai kemahiran hidup yang asas serta bagi membolehkan mereka berfungsi secara berkesan
dalam masyarakat. Keupayaan dalam literasi dan numerasi juga membolehkan muird memupuk nili
diri untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

Murid-murid juga perlu dipastikan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid-murid juga perlu digalakkan untuk menguasi bidang
seni, muzik dan sukan supaya kemahiran dalam bidang ini membolehkan mereka mengaplikasikan
dalam kehidupan.  

2. Kemahiran berfikir
Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang
kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka
menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu.
Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk
penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang
diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi
ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.
KEMAHIRAN BERFIKIR

Mencari cara belajar untuk mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat Menerapkan perasaan ingin
tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mampu untuk menghubung kait pelbagai
pengetahuan, serta mewujudkan pengetahuan baru

Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif (berfikir) yang penting:Pemikiran kreatif
& inovatif, penyelesaian masalah dan penaakulan, keupayaan belajar

Pemikiran kreatif & inovatif

Kreativiti: tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baharu.

Inovasi: proses menjana dan mengaplikasi idea, serta kreatif dan konteks yang tertentu.

★ Mewujudkan suasana menarik dan seronok untuk mengajar.

★ ‘Student-centered learning’ Gandingan yang perlu ada dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk menghasilkan modal insan yang dihasratkan

Penyelesaian masalah & penaakulan

Menggunakan pelbagai kaedah semasa proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam
atau di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid mencari penyelesaian terhadap permasalahan
dan seterusnya membuat keputusan berpandukan logik dan data. Contoh kaedah: perbincangan
berkumpulan, aplikasi permasalahan dunia sebenar (case study application), ‘problembased
learning’.

Keupayaan meramal masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif dan deduktif bagi
mencari penyelesaian dan membuat keputusan

Keupayaan belajar

Sistem pendidikan memerlukan penambahbaikan dengan merujuk sistem pendidikan negara luar
yang telah berjaya supaya dapat menerapkan konsep pembelajaran sepanjang hayat kepada murid.
Sistem pendidikan yang berkesan memainkan peranan yang amat penting untuk membantu murid
memiliki kemahiran berfikir.

Keupayaan memacu pembelajaran sendiri dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran


sepanjang hayat
2. Kemampuan Memimpin
Sekolah adalah medan yang terbaik untuk memupuk kepimpinan dan kemahiran bekerja secara
berpasukan secara berkesan dalam kalangan murid-murid selaku pewaris kepimpinan negara. Oleh
yang demikian pihak sekolah seharusnya peka terhadap keperluan murid untuk membangunkan
potensi dan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka. Dalam konteks ini kepimpinan yang perlu
dibangunkan melibatkan empat unsur iaitu;

 Keusahawanan; mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan penyelesaian


diri, sanggup membuat pelaburuan dari sumber sendiri.
 Berdaya Tahan; membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi
rintangan.
 Kecerdasan Emosi; berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain
serta mampu mempengaruhi mereka secara positif.
 Keterampilan Komunikasi; berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan
bertulis dengan jelas.
Sekolah perlu memastikan persekitarnnya dan iklimnya menyokong kepada pembangunan keempat-
empat unsur di atas sama ada dalam aktiviti di bilik darjah, mahu pun di luar bilik darjah seperti
kegiatan sukan dan kokurikulum.

3. Kemahiran Memimpin

Dalam dunia yang saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan
bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah penting. Sistem
pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi
sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan bukan formal,
bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks
sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu
keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran
berkomunikasi dengan berkesan.
3. Kemahiran Dwibahasa

Setiap murid perlu mengusai bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Murid- murid juga diberi peluang dan
galakkan untuk menguasai bahasa tambahanseperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Arab
serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Iban dan Kadazan-Dusun.

Penguasaan kemahiran berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan murid-murid bersosialisasi
merentas sempadan budaya dan etnik, yang seterusnya menyubnag kepada pemupukan kerjasama
dan komunikasi pada peringkat global.
Aspirasi 3 KEMAHIRAN MEMIMPIN

PENGENALAN DEFINISI KEPIMPINAN:- Kepimpinan boleh ditakrifkan dalam pelbagai aspek yang
berbeza. Pertama, menurut Yaakob (1989) kepimpinan perlu melibatkan orang lain. Ia juga
melibatkan kumpulan dan membantu dalam mewujudkan status pemimpin dan menjadikan proses
kepimpinan dapat diwujudkan. Kepimpinan boleh didefinisikan dalam pendidikan sebagai keupayaan
mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat seperti guru, staf dan
pelajar supaya melaksanakan aktiviti atau program yang telah ditetapkan bagai mencapai matlamat
sekolah. (Yahya Don, 2005)

CONTOH MEREALISASIKAN ASPIRASI MURID ‘KEMAHIRAN MEMIMPIN’ ★ Mendepani alaf 21,


Kemahiran Memimpin menjadi prasyarat utama untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing dan
maju, tetapi maju dalam acuan kita sendiri. ★ Bukan sahaja aspek kurikulum yang penting, tetapi
kokurikulum juga amat ditikberatkan dlm membina potensi pelajar agar kemahiran memimpin dapat
diaplikasikan seperti yg dituntut dalam PPPM ★ Antara contoh dan langkah yang dilaksanakan bagi
merealisasikan kemahiran memimpin dikalangan pelajar seperti

MEMBENTUK CIRI KEPIMPINAN

➔ Program Pembimbing Rakan Sebaya ➔ Badan Wakil Pelajar & Badan Pengawas (Sek Men) ➔
Majlis Perwakilan Pelajar (Universiti) ➔ Kelab-Kelab, Persatuan Dan Sukan ➔ Pelbagai Pertandingan
Debat, Pidato untuk pengukuhan komunikasi. ➔ 1 Sukan, 1 Kelab & 1 Badan Beruniformaktiviti ini
dapat menyediakan peluang yang baik untuk membangunkan kemahiran kepimpinan murid.

KEUSAHAWANAN MEMBENTUK KEMAHIRAN MEMIMPIN:-

➔ Kelab Koperasi Sekolah ➔ Program Usahawan Muda (Sek Men)

CABARAN DAN ISU MEREALISASIKAN “KEMAHIRAN MEMIMPIN” Dalam pelaksanaan tindakan dan
aspirasi murid pasti ada cabaran yang perlu dihadapi, boleh dirumuskan seperti berikut:- ➔
Kepimpinan pengurusan:- Kekangan dana dan kewangan dalam usaha merealisasikan
programprogram yang dapat membentuk kemahiran memimpin. Perlu peka terhadap Keperluan
murid untuk membangunkan potensi dan bakat kepimpinan yang ada pada diri pelajar. ➔ Kualiti
Guru :- Pemahaman guru terhadap profesion dan profesionalisme keguruan? ➔ Kerjasama Ibu
Bapa:- Kefahaman mentaliti ibu bapa yang hanya memahami dan mementingkan bahawa akademik
sangat memainkan peranan dalam menentukan tahap kepandaian dan kejayaan seseorang murid.
Tidak membenar anak untuk mengikuti program tidak formal di Sekolah. ➔ Keberhasilan Murid:-
Diskriminasi terhadap pelajar, pelajar yg dianggap bertanggungjawab & mempunyai pencapaian
akademik yg baik sahaja dilantik untuk jawatan dan program berbentuk kepimpinan.

4. Kemahiran Dwibahasa

Setiap kanak-kanak menguasai sekurang-kurangnya bahasa Malaysia


sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa Inggeris
sebagai bahasa komuniksai antarabangsa. Dengan tahap penguasaan bahasa
ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya
menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran
kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid untuk
mempelajarai bahasa lain sebagai bahasa tambahan.

5. Etika dan Kerohanian

Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap
murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan
dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak
membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam
situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem
pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat
menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.
ETIKA & KEROHANIAN

PENGENALAN Etika bermaksud prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi
pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll)

Kerohanian bermaksud Ar: Ruh, batin yang berkaitan dengan jiwa.

Setiap kanak –kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh untuk mendepani pelbagai cabaran
kehidupan dan membantu mereka , dengan berani serta membuat keputusan yang tepat

KONSEP

Kerohanian: Memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya
sebagai asas hidup serta mempunyai asas moral yang tinggi

Integriti: Memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian,disiplin dan semangat untuk
melakukan perkara yang betul.

Tanggungjawab Sivik: Murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak untuk kebaikan
negara,mengambil berta terhadap orang lain dan alam sekitar

AKTIVITI KEROHANIAN / MORAL

PAFA (Penilaian Asas Fardhu Ain)

Kurikulum Pendidikan Islam (SR,SM) Kurikulum Dini/ Tahfiz (SABK,KAA,SMKA)

j_QAF (Jawi,Quran ,Arab dan Fardhu Ain)

Kurikulum Pendidikan Moral: *Kepercayaan kepada Tuhan *Hemah Tinggi *Baik * kasih Sayang
*Bertanggungjawab *Keberanian *Berterima kasih * Toleransi
4. Etika dan Kerohanian

Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat berani
menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara aman serta membuat keputusan
yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul.

Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan kepada satu set
prinsip, iaitu;
 Kerohanian; memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan
mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mempunyai asas moral yang tinggi.
 Integriti; memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin dan semangat
untuk melakukan perkara yang betul.
 Tanggungjawab Sivik; murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak untuk
kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar.

6. Identiti Nasional

Identiti nasional yang kukuh terikat dengan prinsip Rukunegara yang


diperlukan untuk kejayaan masa depan Malaysia. Setiap murid akan
berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau
status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap
murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang
sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang
sebenar, semangat kukuh cintakan tanah air diperlukan. Identiti nasional
akan dapat dicapai bukan hanya melalui belajar memahami, tetapi juga
menerima serta menghayati hakikat kepelbagaian.

Diharapkan maklumat ini dapat membantu guru dalam memahami PPPM


dengan lebih baik. Sekiranya guru-guru mempunyai maklumat tambahn
boleh berhubung dengan kami supaya kami dapat kongsikan bahan tersebut.

5. Identiti Nasional
 
Aspirasi kelima terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan usaha membina identiti nasional
dalam kalangan murid-murid. Aspirasi ini antara lain adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh kepada
prinsip Rukunegara dan sentiasa mengutamakan perpaduan.
 
Sekolah perlu berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat patriotisme dalam
kalanagan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat. Sebaliknya
murid mempunyai sifat berbanga sebagai anak Malaysia, memahamii dan menerima perbezaan,
menghormati orang lain dan bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian budaya.
Apakah ASPIRASI MURID??

★ Kesinambungan daripada kewujudan Aspirasi Sistem pendidikan

★ Memastikan kualiti yang perlu ada pada setiap murid

★ Sebagai pembangunan murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

★ Ditekankan untuk mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang
pada setiap murid

Aspirasi 4 & 6 KEMAHIRAN DWIBAHASA & IDENTITI NASIONAL 看会 link


ASPIRASI MURID

Adalah menjadi aspirasi KPM untuk memastikan setiap murid mencapai potensi yang ada pada diri
mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap pemimpin di sekolah, guru, ibu bapa dan
masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi
yang diharapkan.

Dalam PPPM, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid secara
menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu penekanan kepada
elemen Pengetahuan dan  Kemahiran; membangunkan Pemikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif;
Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dalam Dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris); Sahsiah
dan Nilai serta semangat Identiti Nasional yang kuat. Setiap elemen ini turut memberi penekanan
kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna terhadap institusi
keluarga, masyarakat dan negara.

http://linusbs.blogspot.com/2012/03/definisi-literasi-dan-numerasi-asas-di.html

https://gc6033myd.files.wordpress.com/2018/12/Aspirasi-Murid-Dalam-PPPM.pdf

https://semakanstatus.com/plan-kpm/

http://pibgsmala.blogspot.com/2014/07/enam-aspirasi-murid-lima-aspirasi.html

https://www.academia.edu/33140684/ASPIRASI_MURID 看回去

比较特别一点的是有讲到 aspirasi murid

Anda mungkin juga menyukai