Anda di halaman 1dari 5

Terima kasih saudara pengerusi majlis kerana sudi menjemput saya

pada forum kali ini.


Apa itu aspirasi? Aspirasi adalah suatu keinginan yang kuat atau
cita-cita. Dalam konteks lain aspirasi adalah harapan perubahan
yang lebih baik dengan tujuan untuk meraih keberhasilan pada
masa hadapan.
Apakah yang dimaksudkan dengan aspirasi murid? Aspirasi murid
ialah setiap murid mencapai potensi yang ada pada diri mereka
sepenuhnya.
Dalam PPPM, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan
pembangunan murid secara menyeluruh dan seimbang telah
diterjemahkan kepada enam elemen iaitu pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika & kerohanian dan identiti nasional.

Pengetahuan.
Pada peringkat paling asas, setiap murid perlu memiliki
keupayaan literasi dan numerasi
penting bagi murid menguasai mata pelajaran teras seperti
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan
Sejarah.
digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan
dalam bidang lain mempunyai keupayaan mengaplikasi
pengetahuan ini dalam situasi harian.
Kemahiran berfikir
Setiap kanak-kanak akan belajar cara mendapat pendidikan
sepanjang hayat, cara untuk menghubung kait pelbagai
pengetahuan yang berbeza dan cara untuk menjana
pengetahuan baru
Kemahiran memimpin
Setiap murid akan dapat
mencapai potensi diri
sepenuhnya melalui bekerja
secara kumpulan dan
memegang peranan sebagai
pemimpin
4 unsur kepimpinan :
Keusahawanan mengambil
inisiatif menyelesaikan masalah
dengan membuat pelaburan
sendiri.
Berdaya tahan - cara berfikir
yang konstruktif serta mampu
menghadapi rintangan.
Kecerdasan emosi- berupaya
memahami dan bekerja secara
berkesan dengan orang lain
serta mampu mempengaruhi
mereka secara positif.
Keterampilan Komunikasi-
memberikan pendapat
Kemahiran Dwibahasa
Setiap murid pada tahap
minimum akan dapat menguasai
BM & BI sbg bahasa kedua.
Digalakkan mempelajari bahasa
tambahan.
Etika dan kerohanian
setiap murid mempunyai sifat
berani menghadapi cabaran
masa hadapan
mempunyai pegangan agama
dan moral yang tinggi.
Identiti Nasional
melahirkan murid yang
mempunyai perasaan tidak
berbelah bahagi tentang identiti
nasional, berpegang teguh
kepada prinsip Rukunegara dan
sentiasa mengutamakan
perpaduan.
Sekolah sbg tempat menyemai
semangat patriotisme
Konsep Pembelajaran abad ke-21 merupakan elemen penting
dalam PPPM. Sebagai seorang guru, adalah menjadi
tanggungjawab penting dalam melengkapkan diri dengan
pedagogi-pedagogi terkini.
Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah
pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai
dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada
internet yang semakin maju.
Kaedah pengajaran konvensional seperti chalk and talk
semata-mata kurang berhasil menarik minat murid
sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan
kreatif sesuai dengan perkembangan semasa.
KPM telah memperkenalkan pembelajaran abad ke-21
secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan
keseluruh negara mulai tahun 2015.

Yang pertama cg kena fahamkan apa yg dimaksudkan dgn


pembelajaran PAK21. Pembelajaran Abad 21 bukanlah hanya
berteraskan kepada susun atur meja sahaja tetapi sebenarnya
mestilah berasaskan kepada konsep 4C. Paling penting proses
pembelajaran adalah mesti berpusatkan pelajar.

Creativity - Dalam pdp cikgu mesti masukkan unsur kreatif pada


aktiviti, kreatif pada bahan, kreatif pada soalan, dan paling
penting mampu menjana pelajar untuk menjadi kreatif
terutamanya dari segi berfikir.

Critical thinking - Pdp perlu ada unsur yang menggalakkan


pelajar berfikir secara kritis. Ini boleh dilakukan dengan cara
teknik penyoalan yang betul. Penggunaan tools seperti I Think,
peta minda, soalan KBAT juga mmpu menggalakkan pelajar
berfikir secara kreatif

Collaboration - Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara


berkolaborasi dengan rakan2 mereka yang lain. Buat aktiviti
berkumpulan atau berpasangan bagi mereka bertukar2 idea dan
pandangan.

Communication - Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu


menggunakan apa2 bahan dan juga pendekatan bagi
menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada pembelajaran.
Info Saya bosan dengan cara cikgu mengajar yang disiarkan dalam
tambahan akhbar sinar harian ini pada 9 Mac 2014 begitu menyentuh hati
nurani para pendidik yang begitu banyak menabur bakti dalam
dunia keguruan. fokus utama ialah pengajaran guru yang tidak
menarik menyebabkan murid tersebut tekad ponteng sekolah.
Guru perlu mencari pendekatan, kaedah, strategi, dan teknik
pengajaran baharu agar murid suka untuk belajar.

pendidikan yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


(KBAT) telah diamalkan di dalam bilik darjah di luar negara seperti
Amerika Syarikat dan England sejak tahun 1970-an lagi. Hal ini
menggambarkan pendidikan Barat begitu mengambil berat
tentang kurikulum ke arah pemikiran global dan kemenjadian
murid mereka pada abad ke-21 kelak.

penggunaan komputer dan 'smart board' seharusnya


dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru untuk menarik minat
murid-murid selain susun atur kerusi meja murid yang bercirikan
kelas abad ke-21 yang boleh diubah suai setiap minggu.

Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang


bersumberkan internet amat disukai oleh murid. Murid-murid perlu
digalakkan melayari internet untuk mencari maklumat terbaharu
tentang sesuatu topik pengajaran semasa.
Kesimpulan PDP abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama, iaitu
pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan
kandungan atau kurikulum.

Anda mungkin juga menyukai