Anda di halaman 1dari 4

10 Ciri-Ciri Utama Kelas Abad ke 21

Perkembangan pesat di dalam bidang pendidikan yang dibantu oleh teknologi terkini
menunjukkan bahawa keperluan bilik darjah di zaman moden ini adalah berbeza berbanding bilik
darjah zaman konvensional.
Kelas abad ke 21 merupakan suatu usaha pembangunan untuk mewujudkan persekitaran yang
produktif dimana para pelajar boleh mengembangkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan di
tempat kerja. Para guru merupakan fasilitator di dalam pembelajaran setiap pelajar mereka.
Antara fokus pendidikan kelas abad ke 21 ialah membolehkan para pelajar merasai pengalaman
sebagai pekerja di alaf baru, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran-kemahiran
bertutur secara efektif , kemahiran-kemahiran koloborasi dan mampu menguasai teknologi serta
kemahiran-kemahiran yang lain yang diperlukan di tempat kerja abad ke 21.
Amalan pengajaran secara tradisional sudah tidak lagi efektif dan guru-guru mesti menguasai
strategi-strategi pengajaran yang baru dimana strategi-strategi itu hendaklah berbeza dengan
pengajaran secara tradisional. Kelas di alaf baru seharusnya berpusat kepada pelajar dan guruguru perlulah bertindak sebagai fasilitator serta pembimbing berbanding memberi ilmu secara
total (chalk and talk) kepada mereka. Mereka harus memastikan pelajar-pelajar terlibat di dalam
pembelajaran dan memberi arahan yang efektif dengan menggunakan pelbagai bentuk arahan
dan disertai pendekatan-pendekatan pedagogi yang berbeza dengan dibantu oleh teknologi
maklumat. Selain itu, para guru seharusnya melibatkan diri secara aktif didalam pembelajaran
kendiri dan mestilah merujuk kepada pembangunan profesional demi meningkatkan lagi prestasi
dan pembelajaran pelajar mereka.
Terdapat beberapa ciri yang berkaitan dengan kelas abad ke 21 dimana ia diadaptasi daripada
persekitaran kelas yang terdahulu. Antara 10 Ciri-Ciri Utama Kelas Abad ke 21 adalah:
Berpusatkan Pelajar:
Di dalam kelas ini, pelajar memainkan peranan yang aktif di dalam pembelajaran dan guru
merupakan penunjuk arah kepada mereka. Guru lebih bertindak sebagai fasilitator di dalam
pembelajaran berbanding memberi arahan kepada pelajar, Mereka membantu para pelajar untuk
berfikir secara kritis dan belajar secara terus dan bertindak sebagai sumber rujukan ketika para

pelajar sedang mencari jalan penyelesaian dan belajar menguasai konsep baru. Kelas yang
berpusatkan pelajar akan meletakkan kepentingan minat pelajar itu sendiri dan berfokus kepada
keperluan pelajar, keupayaan mereka serta gaya pembelajaran.
Penggunaan Komputer
Komputer haruslah tersedia di setiap kelas memandangkan ia adalah salah satu alat utama yang
diperlukan di dalam kelas abad ke-21. Ia bertindak menggantikan sistem lama iaitu pemelajaran
berasakan pen dan kertas. Komputer bukan sahaja memberi peluang kepada para pelajar untuk
mebuat penyelidikan di atas talian (online research) dan menguasai kemahiran teknologi yang
mereka perlu, bahkan penggunaan computer juga memberi peluang kepada para pendidik untuk
meningkatkan pengajaran mereka di dalam kelas. Keupayaan guru dalam mengendalikan
komputer dengan cekap adalah salah satu kemahiran kritikal yang harus dikuasai pada abad ke21.
Pembelajaran Aktif
Di dalam kelas yang moden ini, para pelajar seharusnya melibatkan diri dengan aktif di dalam
pembelajaran mereka. Pelajar akan lebih aktif sekiranya mereka bekerja di dalam kumpulan atau
menggunakan computer serta melibtakan diri dalam penyelesaian projek dan apa sahaja aktiviti
yang mernarik yang dapat mebantu mereka membina kemahiran-kemahiran baru. Para pelajar
juga boleh belajar secara aktif dengan mendengar, menulis, membaca dan membuat refleksi.
Apabila pelajar digalakkan untuk belajar secara aktif maka mereka sememangnya akan
mengekalkan ilmu yang dikumpul dalam jangka masa yang panjang.
Pembelajaran Adaptif
Setiap kelas pasti akan dihuni oleh para pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran yang
berbeza-beza di mana perkara inti selalunya memberikan cabaran kepada gru-guru untuk
memastikn mereka memahami dan menguasai konsep yang diajar. Pendekatan moden bagi
pembelajaran adaptif ini ialah dengan membrikan kebebasan belajar mengikut kemampuan dan
keselesaan mereka. Terdapat pelbagai perisian yang disediakan untuk pembelajaran jenis ini di
mana ia dapat digunakan untuk menggalakkan pembelajaran para pelajar.

Persekitaran yang Kondusif


Kelas abad ke 21 sepatutnya tidak lah terlalu padat dan sesak. Kelas yang moden harus
menyediakan bahan-bahan asas yang diperlukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlaku seperti interactive whiteboard dan projektor LCD. Pendekatan BYOD (Bring Your Own
Device) boleh diadaptasi supaya pelajar boleh membawa computer riba dan tablet mereka sendiri
ke dalam bilik darjah untuk pembelajaran individu yang lebih berkesan. Mengajar dengan
menggunakan bahan-bahan teknlologi akan memberi kesan yang positif di samping merangsang
penglibatan pelajar, memudahkan mereka berkerjasama dengan guru-guru serta membantu
mereka untuk lebih fokus di dalam kelas.
Pelajar Faham dan Mematuhi Arahan
Persekitaran pembelajaran seharusnya dirancang secara teratur dan sistematik. Peraturanperaturann kelas, prosedur dan notis aktiviti yang bakal berlangsung harus dipamerkan ditempat
yang sesuai untuk memastikan pelajar berada di laluan yang betul. Pelajar akan sentiasa
diingatkan tentang matlamat dan tanggungjawab mereka. Mereka harus mengikut rutin kelas dan
memahami apa yang mereka perlu capai pada setiap hari dan bgaimana mereka memastikan
matlamat tersebut dicapai dengan jayanya.
Saling hormat-menghormati
Para guru dan pelajar harus menpunyai perasaan hormat-meghormati di antara satu sama lain.
Pelajar harus sentiasa diingatkan bahawa guru adalah insan yang sanggup berkorban masa,
tenaga dan wang ringgit untuk memastikan mereka berjaya di dalam hidup. Tambahan pula, guru
juga harus menggalakkan para pelajarnya untuk bersikap berani dan yakin dalam menyuarakan
pendapat . Di dalam persekitaran kelas yang terkawal disiplinnya, pelajar dapat menghormati
rakan-rakan ynag lain.
Pelajar Bertanggungjawab Terhadap Pembelajaran Mereka
Apabila pelajar digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif di dalam pembelajaran kendiri,
mereka sepatutnya berasa bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Pelajar yang
mempunyai keupayaan untuk belajar dengan sendiri bukan sahaja dapat merangsang penglibatan
di antara satu sama lain malah turut menggalakkan para guru unutk mencapai matlamat

akademik dan tigkah laku yang telah mereka tetapkan sejak awal lagi. Para guru seharusnya
mengguna pakai pelbagai strategi untuk membantu dan menggalakkan pelajar membuat
keputusan dan seterusnya melahirkan pelajar yang berdikari.
Penilaian Berasakan Pencapaian
Kebiasaanya, penilaian berasaskan pencapaian ini harus dijalankan oleh para guru dengan
menggunakan pelbagai kaedah di mana ia tidak terhad kepada ujian semta-mata. Ini melibatkan
para guru menjalankan kuiz dan perkongsian pendapat. Guru boleh mengunakan projek, hasil
pembelajaran dan pencapaian pelajar untuk mengenalpasti keperluan pelajar seterusnya
membantu guru untuk menyesuaikan tahap penguasaan mereka dengan penilaian pada akhir
pembelajaran.
Pembelajaran Kolaboratif
Belajar secara kolaboratif adalah salah satu bentuk pembelajaran yang sangat berkesan.
Pengajaran dan pembelajaran yang berlaku secara terasing akan menghalang para pelajar dari
mencapai objektif yang sebenar. Pembelajaran di dalam kumpulan misalnya dapat merangsang
skop pembelajaran yang lebih luas dan membina pemikiran ynag kritis dan kreatif. Pembelajaran
jenis ini termasuklah penulisan secara kolaboratif, projek berkumpulan, penyelesaian maslaah
secara bersama-sama, debat dan banyak lagi. Ia juga memberi maksud baru kepada hubungan
guru dan murid yang tercipta sejak dahulu di dalam kelas.
Teknologi memainkan peranna yang penting dalam memastikan kesemua cirri-ciri kelas abad ke21 ini direalisaiskan secara jayanya. Kelas abad ke 21 ini sangat membantu dalam memberikan
pengalaman dan menyediakan pelajar untuk institusi pendidikan tinggi dan ketika mereka di
alam pekerjaan kelak.

Anda mungkin juga menyukai