Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan Dewasa ini, dunia pendidikan terutamanya dalam subjek Matematik sekolah rendah menghadapai cabaran yang besar terutamanya dari segi proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu proses yang sangat dititikberatkan dalam pendidikan. Kaedah pengajaran tradisional masih menjadi pilihan guru pada masa kini kerana faktor kesuntukan masa dan terikat dengan sistem peperiksaan. Ramai guru berpendapat kaedah pengajaran tradisional sesuai kerana bilangan pelajar yang ramai serta lebih berorientasikan peperiksaan daripada strategi pembelajaran aktif. Pusat Perkembangan Kurikulum dapat mengesan bahawa kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tradisional di sekolah ialah kegagalan untuk membantu murid mencari perkaitan antara maklumat baru dengan pengalaman sedia ada dan di antara dunia sekolah dengan kehidupan seharian. Memandangkan kelemahan mula dikesan lalu pelbagai kajian mula dilaksanakan. Hasil kajian mendapati bahawa proses pengajaran dan pembelajaran tradisional mula ketinggalan zaman terutamanya pada zaman yang serba moden ini. Pelajar mula hilang minat dan tidak dapat belajar dengan berkesan dengan cara yang tradisional. Maka dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah mula menggalakkan kepelbagaian kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan berinteraksi. Guru yang berkesan dapat menggunakan pelbagai strategi pembelajaran supaya pengajarannya menjadi lebih menarik. Menurut Mahmud (2001), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai dalam kalangan murid-murid yang lemah bagi menarik minat mereka dalam mata pelajaran matematik. Guru perlu mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar pelajar dapat mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna. Pada umumnya, strategi pengajaran yang berpusatkan pelajar

seperti perbincangan, sumbangsaran, main peranan, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah adalah lebih interaktif. Pemilihan strategi pengajaran yang sesuai untuk sesuatu pengajaran dipengaruhi oleh perubahan zaman, kehendak masyarakat, persekitaran, budaya sekolah, situasi pelajar juga guru yang mengaplikasikannya. Maka dengan ini, pelbagai kaedah mula diperkenalkan dan dikajikan supaya boleh menarik minat pelajar dan seterusnya boleh membantu pelajar memahami konsep matematik dengan baik. Antara kaedah yang disyorkan oleh pakar-pakar Matematik adalah pendekatan konstruktivisme, pembelajaran kontekstual, pembelajaran berasaskan web dan pembelajaran berasaskan masalah. 2.0 Perbezaan Amalan Pengajaran Biasa Dengan Pendekatan Konstruktivisme, Pembelajaran Kontekstual, Pembelajaran Berasaskan Web Dan Pembelajaran Berasaskan Masalah Pengajaran biasa mula dipertikai keberkesanannya pada zaman globalisasi ini. Pengajaran biasa yang dimaksudkan ialah pengajaran berpusatkan guru di mana guru hanya menuang ilmu kepada murid tanpa murid itu sendiri berusaha dan menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka. Pendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Beza dengan kaedah biasa, kaedah konstruktivisme ini lebih berpusatkan pelajar. Kaedah Konstruktivisme ini memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina. Pembelajaran kontekstual pula ialah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Konsep pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam pembelajaran matematik pula bermakna

pembelajaran haruslah berdasarkan konteks kegiatan dan kejadian harian. Oleh itu, konsep matematik perlu dikaitkan dengan kehidupan harian pelajar secara eksplisit. Pembelajaran matematik yang dijalankan secara kontekstual dapat menggalakkan pelajar mengaplikasikan konsep serta formula tertentu matematik secara bermakna di dalam aktiviti harian mereka. Oleh itu, pendekatan pembelajaran kontekstual membolehkan pelajar menghayati kerelevanan pembelajaran Matematik dengan kehidupannya sendiri. Mengikut teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajar memperoleh pengetahuan baharu yang bermakna kepada mereka. Oleh itu, proses pembelajaran akan berlaku lebih cepat apabila minda pelajar melihat perkaitan yang bermakna dan kelihatan berguna terhadap apa yang dipelajari.. Pelajar belajar secara menyiasat dan kaitan antara bahan yang diajar dengan pengalaman kehidupan seharian dizahirkan. Murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat menghayati relevennya apa yang dipelajari dengan kehidupan mereka. Jelasnya pembelajaran kontekstual yang memerlukan pelajar belajar konsep Matematik yang mengaitkan kegiatan dan kehidupan harian mereka begitu berbeza sekali dengan cara tradisional yang berpusatkan guru di mana pelajar hanya duduk dan menunggu teori yang diajar oleh guru tanpa berkaitkan dengan apa-apa kegiatan atau kehidupan. Pada era teknologi maklumat ini, cara tradisional yang hanya berorientasikan teori dan pertuturan semakin tidak berkesan. Sebaliknya dengan berkembangnya teknologi maklumat, pembelajaran berasaskan web. Laman web ialah suatu rangkaian komputer di peringkat antarabangsa. Penggunaannya semakin meningkat di negara kita walaupun tidaklah sehebat negara maju. Ini menggambarkan keadaan realiti rakyat negara kita yang semakin celik komputer dan tidak lagi fobia kepada teknologi baru. Ini jelas terbukti apabila institusi pendidikan juga semakin berusaha ke arah meningkatkan penggunaan teknologi moden ini terutamanya warga pendidik. Kalau dahulu, tidak adapun guru di Malaysia yang mengetahui apa itu internet, apa lagi untuk menggunakannya.Tetapi kini, bilangan guru yang mempunyai akses ke internet sudah mencapai angka yang tinggi dan tidak mustahil ianya akan meningkat kepada jumlah yang lebih besar pada masa akan datang. Sesetengah pihak mungkin tidak begitu memahami apakah yang boleh dibuat oleh seorang pendidik dalam internet. Internet telah digunakan sebagai sumber untuk mendapatkan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga amat sesuai digunakan sebagai sebuah

saluran komunikasi antara seorang guru dengan guru yang lain, guru dengan murid, guru dengan ibubapa atau murid dengan murid yang lain. Murid-murid juga boleh mencari bahan sendiri berkaitan topik-topik yang diajar dan latihan-latihan yang terdapat dalam internet. Murid-murid akan berasa lebih seronok dan lebih berminat belajar Matematik sebab terdapat pelbagai jenis soalan dan persembahan yang berbeza-beza bagi topik yang berbeza-beza, Antara bahan berunsurkan pendidikan yang boleh diperolehi daripada internet ialah projek-projek yang telah dijalankan oleh pendidik berasaskan internet, rancangan pengajaran dan pembelajaran, bahan maklumat yang menarik dan terkini, bahan bacaan dan kemahiran berbahasa, perkongsian maklumat , saluran komunikasi dan sejarah tentang matematik. Pembelajaran berasaskan web jelasnya lebih seronok diaplikasikan berbanding dengan cara tradisional yang menyebabkan pelajar pasif dalam pembelajaran. Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan salah satu kaedah pembelajaran aktif yang berasaskan teori konstruktivisme sosial. Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan pembelajaran yang bermula dengan masalah dan pelajar membina idea baru menggunakan bahan sokongan, maklumat dan pengetahuan sedia ada. Pembelajaran Berasaskan Masalah dilaksanakan secara kolaboratif di mana proses ini akan membantu pelajar membina beberapa kemahiran dan menggalakkan pelajar melalui proses penyelesaian masalah. Pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran. Ianya didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya Dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah, para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi sebenar dan dikehendaki menyelesaikannya dengan mencari input-input daripada buku, jurnal, suratkhabar, risalah, internet dan organisasi-organisasi yang terlibat. Di sini, guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukan oleh para pelajar. Maka konsep Pembelajaran Berasaskan Masalah dengan guru sebagai pembimbing begitu jauh sekali dengan cara normal yang berpusatkan guru.

3,0 Huraian Rancangan Pengajaran Dengan Menggunakan Pendekatan Konstruktivisme. Untuk mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme dalam rancangan pengajaran, tajuk darab telah dipilih (Rujuk lampiran). Standard kandungan dalam tajuk darab ini adalah murid dibimbing untuk menulis ayat matematik bagi operasi darab manakala standard pembelajaran adalah pelajar berupaya untuk menulis ayat matematik darab apabila diberi kumpulan dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat berbantukan objek dan gambar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan konstruktivisme merupakan satu kaedah yang berpusatkan pelajar dan guru bertindak sebagai pembimbing. Pendekatan konstruktivisme ini memerlukan pelajar membina konsep dan pengetahuan baru bergantung kepada struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Maka dalam pendekatan konstruktivisme ini, guru perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada yang ada pada pelajar. Sekiranya guru tidak dapat meneliti dan mengetahui apa pengetahuan yang sedia ada dalam pelajar, maka pendekatan konstruktivisme adalah tidak berkesan dan pelajar tidak dapat membina pengetahuan baru untuk topik yang ingin guru mengajar. Contohnya dalam topik darab ini yang perlu membimbing pelajar menulis ayat matematik bagi operasi darab, guru perlu memastikan bahawa semua pelajar sudah menguasai asas nombor seperti satu, dua, tiga dan seterusnya. Guru juga perlu memastikan pelajar sudah mengetahui simbol darab supaya pelajar tidak terkeliru dengan simbol yang lain. Maka dengan mengetahui pengetahuan yang telah ada pelajar, guru boleh membina pengetahuan baru iaitu cara untuk menggabungkan nombor asas dan simbol untuk menulis operasi darab dalam ayat. Sebagai persediaan atau set induksi, seelok-eloknya guru menggunakan bahan-bahan yang konkrit atau bahan-bahan yang boleh menarik perhatian pelajar supaya pelajar dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru. Bahan-bahan yang disediakan juga perlu bahan-bahan yang telah diketahui oleh pelajar-pelajar supaya mereka tidak meragu-ragu dalam membina pengetahuan yang baru. Contohnya dalam topik darab, guru membawa 2 kotak dan dalam kotak mengandungi bilangan objek yang perlu dikira oleh pelajar. Objek-obejk boleh terdiri daripaada manila kad, buah-buahan, dadu atau yang lain-lain terpulang

kepada kekereativitian guru. Pelajar kemudian diminta ke hadapan kelas untuk membuka kotak tersebut dan diminta untuk menunjukkan kandungan yang ada dalam kotak tersebut. Pelajar juga diminta untuk membilang bilangan yang ada dalam setiap kotak tersebut dan kemudian menulis di papan putih. Dengan aktiviti ini, guru telah mula mengorientasi idea berasaskan pengetahuan pelajar yang sedia ada seperti nombor asas dan kemahiran untuk mengira . Setelah pelajar tersebut telah mencatat nombor di papan putih, guru pula membuat penstrukturan idea dengan mengeluarkan dua balang yang berisi guli. Guli merupakan permainan yang diketahui pelajar dan dapat menarik minat pelajar untuk terus meneroka apa yang hendak disampaikan oleh guru. Guru akan melakukan soal jawab kepada pelajar dengan menanya soalan seperti berapakah balang yang diletak di atas meja, berapakah biji guli yang ada dalam setiap balang. Setelah pelajar menjawab, guru minta pelajar nyatakan jumlah yang terdapat dalam kedua-dua balang tersebut. Maka dengan itu guru mula melakukan penstrukturan idea dengan mengaitkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sebelum ini. Pelajar mula meneroka berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dalam mereka dalam aktiviti ini. Setelah pelajar membilang guli yang ada dalam balang, guru menunjukkan kad-kad nombor dan simbol matematik yang telah ditulis di manila kad. Guru meminta pelajar untuk menyusun dan melekat kad-kad nombor dan simbol matematik itu di papan putih. Guru bertindak sebagai pembimbing dalam aktiviti ini supaya pelajar dapat susun kad-kad tersebut dalam membentuk ayat matematik operasi darab berdasarkan balanag dan guli yang ada di atas meja. (kumpulan x objek = jumlah objek). Setelah pelajar mula memahami pengetahuan yang baru ini, guru boleh melakukan aktiviti yang dinamakan adik-beradik sebagai langkah aplikasikan idea.Aktiviti adik-beradik memerlukan pergerakan pelajar di mana guru akan menanya bilangan adik-beradik yang dipunyai oleh mereka dan pelajar-pelajar yang berkenaan akan keluar ke hadapan kelas. Sebagai contoh, guru akan bertanya siapakah yang memepunyai dua orang adik-beradik, pelajar yang mempunyai 2 orang adik-beradik akan berjalan ke hadapan kelas. Guru akan minta seorang pelajar secara rawak untuk membina ayat matematik seperti yang telah dibina menggunakan balang dan guli tadi. Kemudian, aktiviti akan diteruskan dengan tiga, empat, lima orang adik-beradik. Aktiviti ini tidak membosankan kerana melibatkan

pergerakan pelajar dalam kelas dan pelajar juga dapat mengaplikasikan pengetahuan baru yang telah difahami sebelum ini. Untuk mengukuhkan lagi pemahaman pelajar terhadap pengetahuan baru ini, guru perlu memberikan penjelasan lanjut kepada pelajar. Guru akan memecahkan pelajar kepada kumpulan yang mempunyai empat orang. Setiap kumpulan akan mendapat tugasan masing-masing yang ditulis dalam kad. Tugasan yang mereka perlu selesaikan adalah soalan membina ayat matematik. Pelajar dikehendaki mencari piring kertas dan kertas sticker yang berkaitan dengan tugasan mereka di atas meja guru. Selepas berjumpa dengan kertas piring dan kertas sticker, pelajar diminta menampal kertas sticker di atas piring kertas untuk membentuk ayat Matematik yang juga merupakan tugasan mereka. Kemudian guru akan minta setiap kumpulan untuk melukis di papan putih dan minta pelajar jumlahkan. Kemudian pelajar diminta untuk mempersembahkan cara mereka membina ayat Matematik kepada pelajar-pelajar lain. Setelah selesai aktiviti ini, untuk menilai sama ada pelajar berupaya menulis ayat matematik darab apabila diberi kumpulan dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat berbantukan objek dan gambar, guru akan mengedarkan lembaran kerja kepada setiap pelajar. Guru akan minta setiap pelajar untuk selesaikan lembaran kerja itu dalam masa 15 minit. Selepas itu, guru akan menilai kerja murid dengan membincang soalan-soalan tersebut dengan pelajar. Dengan itu, guru boleh mengetahui keupayaan pelajar tentang menulis ayat matematik dalam operasi darab ini. Maka dengan pendekatan konstruktivisme ini, hasil kerja pelajar dapat diperoleh dan guru boleh menilai keberkesannya. 4.0 Justifikasi Untuk Penggunaan Pendekatan Konstruktivisme Dalam Pengajaran Matematik Sememnagnya, gurulah yang akan menentukan kaedah apa yang harus dan sesuai digunakan untuk kelas yang diajar. Ini disebabkan guru yang mengajar lebih memahami latar belakang pelajar, kemampuan pelajar dan kecerdasan pelajar yang pelbagai di dalam kelas tersebut. Pendekatan konstruktivisme menjadi pilihan disebabkan pendekatan ini lebih mesra pengguna sekiranya digunakan di dalam kelas. Ini disebabkan aktiviti-aktiviti yang guru merancang

mempunyai hubungkait dengan pengetahuan pelajar yang sedia ada. Pelajar-pelajar tidak rasa tertekan dan panik dengan pengetahuan baru yang akan diajar oleh guru. Aktiviti aktiviti yang berdasarkan pendekatan konstruktivisme juga begitu seronok dan pelajar boleh bermain sambil belajar. Berbanding dengan pendekatan kontekstual yang berdasarkan konteks kegiatan dan kejadian harian, pendekatan konstruktivisme lebih senang diaplikasikan dalam kelas kerana pengetahuan yang sedia ada dalam pelajar biasanya terdiri daripada perkara yang umum dan guru lebih senang fokus untuk menyampaikan pengetahuan baru kepada pelajar denagn mengaitkan pengetahuan yang sedia ada pada pelajar. Tambahan pula, pendekatan kontekstual agak susah digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kegiatan harian dan kejadian harian bagi setiap pelajar adalah berbeza-beza. Pendekaran kontekstual lebih sesuai digunapakai sekiranya guru mengajar pelajar dalam keadaan satu-satu. Guru yang menggunakan pendekatan konstruktivisme boleh menggunakan pelbagai bahan dan alat untuk mengimbas kembali pengetahuan pelajar yang sedia ada. Sebaliknya pembelajaran berasaskan web agak susah dilaksanakan kepada semua pelajar memandangkan bukan semua pelajar mempunyai rangakai komputer atau Internet di rumah. Hanya pelajar yang mempunyai rangakaian computer sahaja dapat mengakses laman web yang disyorkan untuk pembelajaran. Pembelajaran berasaskan masalah juga merupakan satu kaedah yang boleh diaplikasikan dalam kelas. Tetapi kaedah ini agak kurang sesuai digunakan untuk pelajar sekolah rendah memandangkan pelajar-pelajar masih tidak dapat berfikiran matang sekiranya masalah yang diberi agak susah dan menyebabkan mereka susah bina pengetahuan yang baru. Maka secara keseluruhan, pendekatan konstruktivisme menjadi pilihan disebabkan pendekatan ini mudah digunakan, pelajar lebih seronok dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang dan hasil pembelajaran dapat dicapai dengan baik. 5.0 Renungan tentang kekuatan dan kekangan pendekatan yang digunakan Berbandingkan dengan pendekatan yang lain, pendekatan konstruktivisme senang diapliksaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum proses pengajaran pengetahuan baru , guru hanya perlu menggunakan kaedah untuk mengimbas kembali pengetahuan pelajar yang sedia ada supaya pelajar boleh menghubungkait dengan pengetahuan baru. Tambahan pula, kebanyakan

pengetahuan yang sedia ada pada pelajar biasanya melibatkan perkara yang umum dan senang dijumpai oleh pelajar dalam kehidupan harian, Maka denagan ini, guru boleh menggunakan pelbagai jenis bahan atau objek untuk mengimbas kembali pengetahuan yang sedia ada pada pelajar. Selain itu, pelbagai jenis aktiviti-aktiviti juga boleh dirancang oleh guru dengan senang dan tidak merumitkan. Sama ada dengan membekalkan kad manila, kotak atau semudah kertas putih, aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan menggunakan pendekatan konstruktivisme boleh menimbulkan keseronokan pelajar untuk belajar matematik dan seterusnya memahami pengetahuan baru yang ingin disampaikan oleh guru. Pelajar-pelajar yang diajar oleh guru yang menggunakan pendekatan konstruktivisme ini juga tidak rasa panik atau gelisah dalam pembelajaran pengetahuan yang baru kerana guru telah menghubungkaitkan pengetahuan baru ini dengan pengetahuan yang sedia ada dalam mereka. Maka denagn adanya hubungkait yang melibatkan pengetahuan yang lama dengan pengetahuan yang baru, pelajar dapat menerima sesuatu pengetahuan yang baru denagn minda yang bersedia dan terbuka. Selain itu pendekatan konstruktivisme yang berpusatkan pelajar membolehkan pelajar melibatkan diri dengan lebih aktif dalam kelas tetapi bukan hanya duduk sahaja di kerusi untuk menunggu keterangan daripada guru. Pelajar akan rasa seronok dalam proses pembelajaran kerana mereka akan meneroka sesuatu pengetahuan sendiri dengan bimbingan daripada guru. Pelajar tidak akan rasa bosan dalam kelas sebaliknya akan lebih teruja untuk belajar pengetahuan baru. Tetapi pendekatan konstruktivisme ada juga kekurangannya. Pendekatan ini agak susah digunapakai bagi pelajar yang agak lemah asas matematik. Ini disebabkan asas mereka yang tidak kukuh menyebabkan mereka susah menggunakan pemgetahuan yang sedia ada dengan baik. Ini agak susah bagi mereka untuk menghubungkaitkan pengetahuan yang baru dengan pengetahuan yang sedia ada memandangakan asas mereka tidak kukuh. Guru perlu memberi bimbingan yang lebih banyak sekiranya pendekatan konsturktivisme ini ingin diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar yang tidak kukuh asas matematik. Selain itu, pelajar-pelajar yang pasif juga akan menyebabkan pendekatan konsturktivisme tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebagaimana yang kita tahu, pendekatan konstruktivisme ini berpusatkan pelajar dan memerlukan pelajar untuk bertindak aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh guru. Sekiranya pelajar tidak dapat mengambil bahagian secara aktif, pengetahuan baru tidak dapat disampaikan dengan baik dan pelajar tidak

dapat menghubungkaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan pengetahuan yang baru itu. Maka untuk mengatasi masalah pelajar pasif ini, galakan dan dorongan daripada guru amat penting supaya pelajar yang pasif dan malu boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Selain itu, satu lagi kekangan yang perlu dihadapi oleh guru ialah kecerdasan pelajar dan pengetahuan sedia ada yang ada dalam pelajar yang berbeza-beza. Guru perlu pandai mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada pelajar supaya pelajar dapat membina konsep dan pengtahuan yang baru. Aktivit-aktiviti yang dirancang juga perlu sesuai untuk semua pelajar supaya tiada pelajar yang diabaikan. 6.0 Cadangan untuk penambahbaikan Pendekatan konstruktivisme sesuai digunakan untuk subjek matematik dari tahun 1 hingga tahun 6. Cuma bahan-bahan dan alat alat yang digunakan perlu sesuai dengan keadaan denagn umur pelajar supaya pendekatan ini lebih berkesan dan pelajar dapat memahami pemgetahuan baru dengan baik. Selain itu, aktiviti-aktiviti dirancang juga perlu variasi dan kreatif supaya pelajar dapat menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan yang baru. Kepada pelajar yang tahap 1 iaitu pelajar yang berada di tahun 1, tahun 2 dan tahun 3, aktivitiaktiviti yang melibatkan pergerakan amat sesuai untuk mereka supaya mereka tidak bosan dan boleh bergerak bebas mengikut apa yang telah ditetapkan oleh guru. Bagi pelajar yang berada di tahap 2 iaitu pelajar yang berada di tahun 4, tahun 5 dan tahun 6, aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan yang membolehkan mereka berfikir secara kritis dan kreatif amat sesuai digunakan. Guru yang bertindak sebagai pembimbing dalam pendekatan ini perlulah memahami latar belakang pelajar, sikap dan tingkah laku pelajar denagn baik supaya guru boleh mengetahui tahap dan pengetahuan yang sedia ada dalam pelajar supaya senang dan mudah mengaplikasikan pendekatan ini. Selain itu, sekiranya pendekatan konstruktivisme dapat digabungkan dengan alat alat teknologi seperti komputer riba, projektor, ipad dan lain-lain, ia juga dapat meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari pengetahuan yang baru. Ini disebabkan alat-alat teknologi ini membolehkan guru mempersembahkan kelas mereka dengan pelbagai variasi dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga boleh dalam pelbagai bentuk terutamanya perisian yang senang dicari untuk diterapkan dalam pendekatan konstruktivisme ini. Habuan-habuan seperti hadiah-hadiah juga boleh disediakan supaya pelajar lebih seronok dan teruja dalam terlibat aktiviti-aktivit yang

dirancang. Dengan itu, pelajar akan melibatkan diri dengan lebih aktif dan pendekatan konsturktivisme dapat dijalankan dengan berkesan. Proses pembelajaran hanya berpusatkan guru yang berterusan akan memberi implikasi negatif kepada para pelajar. Implikasi tersebut ialah pelajar-pelajar tidak dapat berfikir secara kritikal, tidak kreatif mahupun inovatif dan akhirnya harapan negara untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan tidak akan tercapai. Maka dengan ini, diharapkan guru-guru dapat menggunakan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar boleh memahami konsep matematik dengan baik dan seterusnya dapat diaplikasi di kehidupan harian pada suatu hari nanti. (3203 perkataan) 7.0 Rujukan Ibrahim Saad, (1990). Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran. DBP, Kuala Lumpur. Ismail , Zaleha and Mat Saaid , Daliyanie (2011) Pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam matematik di peringkat sekolah menengah. Proedujournal . Kamaludin Bin Ahamd (1996) . Model Pengajaran Matematik Sekolah Rendah: Pengajaran Pemusatan Murid Dan Berasaskan Konstruktivism. Tesis Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru Mahmud Yahya, (2001) . Keupayaan dan Kemahiran Berfikir Dalam Penyelesaian Matematik Tambahan . Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia .
Tengku Zawawi bin Tengku Zainal (tahun tidak dinyatakan). Penggunaan Internet Dalam

Pendidikan Matematik. http://jusni.tripod.com/penggunaan_internet.html

Lampiran

Persediaan Mengajar yang Menggunakan Model Konstruktivisme

Bidang Tajuk

: Nombor dan Operasi : 4.Darab

Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk : 4.1 Menulis ayat matematik bagi operasi darab. Standard Pembelajaran : 4.1 Murid berupaya untuk: (iv) Menulis ayat matematik darab apabila diberi kumpulan dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat berbantukan objek dan gambar. . Masa : 60 minit (2 waktu)

FASA

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNKASI

1. Persediaan Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada. Guru meminta murid membuka 2 buah kotak yang berada di hadapan kelas. Murid membuka dan menunjukkan isi kandungan kotak tersebut. Cuba teka apakah yang terdapat di dalam kotak?

Nyatakan bilangan objek yang terdapat di dalam kotak tersebut.

2. Imaginasi Penstrukturan idea Guru menunjukkan balang yang berisi guli. Berapa buah balang di hadapan? Berapakah biji guli yang terdapat di dalam setiap balang? Nyatakan jumlah guli yang terdapat dalam keduadua balang tersebut.

Meneroka

Bersoal jawab dengan murid.

Menjelas

Tunjukkan kad-kad nombor dan simbol matematik.


= 2 x 1 0 5

Kump x Objek = Jum.Objek 2 x 5 = 10 Aplikasi Idea Aktiviti adik beradik Murid akan ke hadapan kelas apabila diminta oleh guru. Minta murid menyatakan ayat matematik. 3. Perkembangan Penjelasan lanjut Edarkan tugasan bagi setiap kumpulan. Murid diedarkan kad ayat matematik. Contoh: 4 x 5 =

Murid menyusun kad bagi membentuk ayat matematik operasi darab.

Siapa yang mempunyai adik-beradik seramai..... 2 3 4 5

Sila bergerak dalam kumpulan berempat.

Aktiviti berkumpulan.

Murid diminta mengambil piring kertas dan menampal kertas stiker yang telah dipotong mengikut kad ayat yang mereka perolehi.

Lukis dan jumlahkan. Lengkapkan ayat matematik berdasarkan gambar yang diberi

4. Tindakan

Edarkan lembaran kerja kepada setiap murid Bincangkan hasil kerja murid. Berdasarkan keupayaan murid membina dan melengkapkan ayat matematik. Terapkan nilai dan sikap bekerjasama dan bertolak ansur ketika melakukan aktiviti.

Selesaikan tugasan ini

Penilaian

Pentaksiran

Nilai dan sikap

Lembaran kerja Padankan gambar dan ayat matematik yang betul.

3x 7=21

3x 5=15

5x 4=20

2x 6=12

4 x 2=8

Anda mungkin juga menyukai