Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : MEI 2013

HBMT2103 V2: MATHEMATICS

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG MATEMATIK

MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING CENTRE

: : : : :

700806035112001 700806035112 0198999449 eyda_ismail@ymail.com OUM, TAWAU

HBMT2103 V2: Mathematics

ISI KANDUNGAN BIL 1 2 PENGENALAN PENGGUNAAN BAHAN MANIPULATIF DALAM PEMBELAJARAN TOPIK PANJANG DAN RUANG MATEMATIK TAHUN 3 2.1 Penggunaan Bahan Manipulatif Bagi Topik Panjang 2.2 Penggunaan Bahan Manipulatif Bagi Topik Ruang 2.3 Perbincangan Penggunaan Bahan Manipulatif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kedua-dua Topik 14 TAJUK M/S 2

KESIMPULAN Bibliografi

16 15

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

HBMT2103 V2: Mathematics

1.

PENGENALAN

Fungsi utama media pengajaran adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran dan mencapai objektif pengajaran guru. Media pengajaran yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, guru-guru haruslah mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik dan berkeupayaan untuk mengaplikasikan kaedah pengajaran yang terbaik.

Dalam memilih bahan pengajaran yang terbaik, antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah. Terdapat berbagai bentuk media yang boleh digunakan seperti peralatan elektronik: komputer, televisyen, radio dan sebarang alat audio video. Peralatan bukan elektronik juga berkesan seperti peta, carta, surat khabar, bahan manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya. Yang penting adalah bagaimana media tersebut dapat memberi kesan yang baik kepada pelajar sehingga perubahan dari segi kognitif dan tingkah laku berlaku. Penggunaan media pengajaran dapat mengatasi masalah seperti disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. Media pengajaran bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu dalam kalangan pelajar bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Menurut Yusup Hashim (1977), dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai media pengajaran digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Manakala Mok Soon Sang (1996) pula mengatakan bahawa penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Media pengajaran yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar.

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

HBMT2103 V2: Mathematics

Dalam mempelajari mata pelajaran Matematik pula, hubungkait antara bahan pengajaran yang diguna dengan tahap kefahaman murid amat signifikan sekali. Bahan manipulatif merupakan bahan yang boleh diaplikasikan kepada deria manusia. Kanak-kanak sangat memerlukan bahan manipulatif sebagai bahan rangsangan dalam pembelajaran. Hal ini bertepatan dengan Konsep Perancah (Scaffolding) yang diperkenalkan oleh Lev Vygotsky iaitu guru berperanan membimbing pelajar supaya dapat mencapai sesuatu tahap. Bahan manipulatif membantu guru menggalakkan perkembangan kognitif pelajar kerana pelajar dapat merasai sendiri pengalaman terhadap apa yang dipelajari.

Bahan manipulatif juga merupakan satu contoh yang tepat sepertimana teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget iaitu dalam proses pemeringkatan pembelajaran. Pembelajaran dari peringkat konkrit akan mengukuhkan lagi ingatan dan kefahaman pelajar. Seterusnya mereka dapat menguasai pengetahuan tersebut dan mudah memahami perkara yang abstrak. Tumpuan ini amat jelas bagi pelajar yang berada dalam lingkungan 5 hingga 11 tahun. Hal ini kerana mereka berada dalam lingkungan operasi konkrit dan memerlukan contoh yang jelas bagi mengukuhkan kefahaman mereka.

Kamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus Longman Dictionary of Contemporary English telah memberikan definisi bahan sebagai information from which a (written) work is to be produced. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi sebagai segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan.

Sedasawarsa ini, guru-guru sering menghadapi masalah dalam memberikan pemahaman konsep yang mantap kepada murid-murid. Sering kali murid tertukar konsep-konsep pembelajaran antara tajuk-tajuk yang mereka pelajari, contohnya, konsep peratus dengan pecahan dan sebagainya. Oleh itu, guru-guru haruslah kreatif dan kritis dalam berfikir bagi membina satu resos yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bantu belajar dalam pengajaran dan pembelajaran supaya ianya dapat meningkatkan mutu kefahaman dalam kalangan murid-murid. Penggunaan resos yang efektif sebenarnya mampu mewujudkan kejayaan mencapai objek pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Oleh itu, terdapat

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

HBMT2103 V2: Mathematics

banyak kepentingan dalam menggunakan resos bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Antaranya ialah,dengan menggunakan resos yang efektif, guru-guru boleh mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran dengan senang dan berkesan. Hal ini dapat dilihat apabila penggunaan resos yang dibina, digunakan oleh murid-murid secara menyeluruh, mereka akan dapat menjawab soalan-soalan latihan yang diberikan dengan berkesan. Jika kita dapat perhatikan, murid-murid yang dapat menjawab soalan dengan cepat dan betul merupakan murid-murid yang faham akan konsep pembelajaran pada hari itu. Selain itu juga, mereka akan mampu untuk menyatakan kembali apa yang telah mereka pelajari pada hari ini secara mantap dan tepat dan dapat menggalakkan pemikiran secara membina.

Penggunaan bahan bantu belajar juga bertujuan untuk membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan terhadap keperluan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pendidikan di Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Perkembangan yang seimbang berdasarkan konsep JERIS adalah amat diperlukan oleh murid-murid supaya mereka berdaya saing dalam era pasca globalisasi pada masa kini. Setiap sesuatu kejayaan yang besar adalah bermula daripada satu langkah tapak kaki. Sehubungan itu, bahan bantu belajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid-murid dalam sesuatu subjek yang mana mereka akan meneroka bahan tersebut dan meningkatkan daya pemikiran mereka supaya menjadi lebih kreatif dan kritis. Inilah pembangunan pendidikan yang kita inginkan terhadap murid-murid masa kini.

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar, sekali gus dapat menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawasanya pembelajaran Matematik adalah amat susah. Pembelajaran subjek Matematik adalah sebenarnya adalah sangat mudah dan menyeronokkan jika murid-murid dapat memahami dan menguasai konsep matematik yang baik. Pembelajaran matematik hanya melibatkan empat jenis operasi iaitu, penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Keempat-empat operasi ini, jika dikuasai dengan baik dan cepat serta secara efektif, ianya pasti akan menjadi kesenangan kepada murid-murid
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

HBMT2103 V2: Mathematics

dalam menjalankan operasi dalam Matematik. Secara tidak langsung, murid-murid pasti akan menyukai pembelajaran matematik.

Tambahan pula, bahan bantu belajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran pada waktu tersebut. Guru-guru harus memainkan peranan penting dalam menyediakan bahan bantu belajar yang sesuai selaras dengan perkembangan semasa supaya murid-murid pada hari ini dapat mempraktikkan pemikiran di luar kotak. Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu belajar ada dalam pelbagai bentuk. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu, kepelbagaian bahan bantu belajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah amat digalakkan kerana setiap murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai,dengan kepelbagaian bahan bantu belajar yang ada, murid-murid pasti akan memilih bahan yang mereka minati bagi membantu mereka memahami konsep subjek dalam pengajaran dan pembelajaran pada waktu tersebut.

Selain itu, penggunaan bahan bantu belajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menggalakkan murid-murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Dengan penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai dengan tajuk, murid-murid akan dapat menjana idea-idea yang baru dan membuat inovasi terhadap tajuk atau bahan yang mereka gunakan. Hal ini adalah amat digalakkan selaras dengan membentuk kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Dalam menjalankan pengajaran berbentuk pemikiran secara kreatif dan kritis, ianya memang susah kerana setiap murid membesar dalam persekitaran yang berbeza. Oleh itu, guru memainkan peranan yang sangat penting ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku supaya penjanaan minda terhadap murid-murid dapat dilaksanakan secara ansur maju.

Tambahan pula,murid-murid juga akan mudah tertarik dengan subjek tersebut jika kita menggunakan konsep bermain sambil belajar dengan menggunakan bahan bantu belajar. Dengan pembinaan bahan bantu belajar yang bersifat permainan, murid-murid pasti akan lebih berminat untuk menggunakan bahan bantu belajar tersebut kerana sememangnya fitrah seorang murid-murid suka bermain sambil belajar. Selain itu, bahan bantu belajar itu mestilah menarik dan berwarna-warni mengikut kesesuaian aktiviti supaya murid-murid akan dapat mengenali warna sambil bermain menggunakan bahan bantu belajar yang disediakan. Jika
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

HBMT2103 V2: Mathematics

mereka menggunakan bahan bantu belajar tersebut sepenuhnya, pasti mereka akan dapat memahami konsep subjek itu dengan sebaiknya. Secara tidak langsung objektif pengajaran pasti akan tercapai.

Tambahan lagi, dengan menggunakan bahan bantu belajar dalam pengajaran dan pembelajaran, ianya akan memudahkan pengajaran guru pada hari tersebut. Jika kita bergantung semata-mata dengan papan putih atau papan hitam yang disediakan, murid-murid pasti akan cepat berasa bosan dengan subjek tersebut. Tumpuan mereka akan mula hilang dan mereka akan cuba untuk membuat sesuatu di luar kawalan guru contoh, menggangu rakanrakan yang lain, membuat kerja lain dan sebagainya. Dengan adanya bahan bantu belajar ini, ianya dapat memudahkan kerja guru dalam memberikan dan mengukuhkan konsep sesuatu mata pelajaran murid-muridan tersebut. Secara tidak langsung objektif pengajaran dan pembelajaran pasti akan tercapai dengan mudah.

Selain itu, dengan penggunaan bahan bantu belajar, ianya dapat memberi kefahaman kepada murid-murid dengan mudah dan cepat. Dalam setiap bilik darjah, tidak semua murid mempunyai kecerdasan yang sama, ada sesetangah murid perlu belajar dengan menggunakan muzik, ada yang perlu menggunakan bahan elektronik seperti iPad,iPhone atau komputer. Penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai pasti akan dapat memberikan kefahaman yang baik dan mantap serta cepat kepada murid-murid. Namun begitu, guru haruslah kreatif dalam menyediakan bahan bantu belajar yang mengikut kemampuan guru dan juga yang mampu memenuhi keperluan murid-murid supaya objektif pembelajaran pada waktu tersebut akan mudah tercapai tanpa melibatkan kos yang tinggi.

Yang paling menyeronokkan adalah, dengan adanya bahan bantu belajar, ianya akan menggalakkan penglibatan murid-murid di dalam bilik darjah secara langsung. Cara ini adalah cara yang paling baik dan patut digunakan oleh semua guru kerana cara ini terbukti merupakan cara terbaik bagi memastikan murid-murid akan memahami konsep subjek tersebut dengan baik. Bahan bantu belajar yang berbentuk 3D adalah bahan yang paling baik, dan jika seseorang guru itu berkemampuan, guru boleh menyediakan bahan-bahan tersebut bagi setiap murid supaya mereka boleh meneroka dan memegang sendiri barang tersebut. Murid-murid akan terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran dan mereka pasti tidak akan berasa bosan dengan subjek tersebut. Kita dapat lihat pelbagai kemahiran dalam kalangan murid-murid yang akan dapat ditonjolkan jika cara ini diguna pakai dalam
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

HBMT2103 V2: Mathematics

bilik darjah. Oleh itu, kita boleh lihat betapa pentingnya penggunaan bahan bantu belajar 3D dan penggunaannya digunakan sepenuhnya oleh murid-murid.

Bahan bantu belajar ini disediakan dengan berpandukan kepada aspek psikologi murid-murid dan mengikut kemampuan serta kebolehan mereka dengan kemahiran yang berbeza. Sekali lagi diterangkan bahawa seseorang guru itu perlu mahir dan fasih akan perangai muridmuridnya. Guru perlu mengenalpasti setiap perwatakan dan gaya belajar murid-muridnya supaya guru dapat menyediakan bahan bantu belajar dengan baik dan bersesuaian dengan psikologi murid-murid. Jika guru tidak menghiraukan tentang psikologi murid-murid, pembelajaran pasti akan menjadi bosan dan tidak efektif.

Penggunaan bahan bantu belajar juga dapat menilai perkembangan intelek murid-murid. Murid-murid dapat mengetahui tahap keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar. Murid-murid juga akan dapat mengetahui pelbagai kemahiran sekaligus dapat membantu mereka berfikir dengan lebih kreatif dan logik. Mereka juga dapat menambahkan maklumat tambahan ke dalam minda dan akan mengembangkan potensi pemikiran mereka dalam mendedahkan mereka dengan cara menyelesaikan masalah, contohnya dengan menggunakan Polyas Model. Cara berfikir seperti ini perlu dipupuk semenjak mereka kecil lagi supaya mereka akan lebih kreatif pada masa hadapan. Perkembangan intelek yang seimbang dapat menyeimbangkan aktiviti harian dan kecerdasan murid-murid dalam pelbagai aspek kehidupan berdasarkan konsep JERIS.

Bahan bantu belajar yang disediakan, jika berbentuk permainan adalah sangat digalakkan. Bermain sangat penting dalam memupuk interaksi murid-murid dengan rakan-rakan mereka, guru-guru dan orang-orang di sekeliling mereka termasuklah dengan ibu bapa. Menurut teori instinct (naluri), alam kanak-kanak merupakan tempoh persediaan diri untuk ke alam dewasa (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009). Murid-murid akan dapat mengenali dan mengetahui bahawa emosi seseorang mungkin berbeza mengikut situasi tertentu dan tahu bagaimana cara untuk mengawal emosi tersebut. Bermain juga dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian diri kanak-kanak supaya tidak malu untuk bersosial dengan orang lain. Pembelajaran kooperatif adalah amat sesuai digunakan bagi meningkatkan kemahiran sosial murid-murid.

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

HBMT2103 V2: Mathematics

Secara umum, pengajaran dan pembelajaran matematik amat bergantung kepada bahan manipulatif untuk melakukan proses pengiraan secara berkesan. Salah satu jenis bahan manipulatif yang sangat berguna untuk melakukan pengiraan ialah bahan asas 10.Contoh bahan asas 10 yang biasa digunakan ialah Blok Dienes. Selain daripada itu, rod Cuisenaire, Cipberwarna, Ikatan Straw dan Abakus juga merupakan bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pengiraan asas matematik.

Berdasarkan kepada kepentingan bahan bantu belajar dalam membina konsep dan kerangka minda matematik maka penulisan seterusnya ini akan membincangkan penggunaan bahan bantu manipulatif dalam pembelajaran topik panjang dan ruang bagi murid-murid tahun 3. Bagi membolehkan bahan bantu manipulatif yang diguna benar-benar berkesan untuk membentuk konsep yang nyata, penulisan ini juga akan mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan penggunaan bahan berdasarkan pengalaman yang diperoleh hasil pengamalan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut perancangan penggunaan bahan bantu belajar bagi kedua-dua topik tersebut.

2.

PENGGUNAAN BAHAN MANIPULATIF DALAM PEMBELAJARAN TOPIK PANJANG DAN RUANG MATEMATIK TAHUN 3

Topik panjang dan ruang merupakan topik yang diajar bagi murid-murid sekolah rendah bermula di tahun 1 sehingga tahun 6. Murid-murid mengikut tahun mempelajari kedua-dua topik ini mengikut nilai yang releven bagi tahap kognitif murid. Bagi murid di tahun 3, mereka mempelajari topik panjang yang melibatkan unit milimeter sehingga unit meter tidak melebihi nilai 10 000 . Antara kemahiran yang perlu dikuasai adalah penukaran unit, operasi asas (tambah, tolak, darab dan bahagi) dan operasi yang melibatkan penyelesaian masalah.

Bagi topik ruang pula, murid-murid tahun 3 akan mempelajari bentuk prisma iaitu prisma segiempat tepat, prisma segiempat sama dan prisma segitiga. Ruang lingkup kemahiran pula melibatkan pelabelan dan pencirian bilangan tapak, bucu dan sisi. Di samping itu juga, mereka juga turut melakukan perbandingan antara bentuk prisma dan bentuk bukan prisma.

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

HBMT2103 V2: Mathematics

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kedua-dua topik ini, kesukaran untuk membentuk konsep panjang dan ruang dalam minda murid-murid akan menjadi sukar sekiranya muridmurid yang terlibat tidak didedahkan dengan pengalaman nyata, sentuhan dan penerokaan. Memang tidak dapat dinafikan ramai murid-murid yang dapat mengukur, menukar unit dan mengecam bentuk namun kesukaran timbul apabila masalah yang ditimbulkan memerlukan penelitian dan penafsiran. Oleh itu, pengalaman sentuhan dan penerokaan terhadap kemahiran yang dipelajari amat signifikan sekali.

Tidak terdapat banyak kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji pedagogi pembelajaran sebelum ini terhadap hubungkait antara media pengajaran atau bahan bantu pembelajaran dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan kedua-dua topik ini baik dari dalam negara ataupun dari luar negara. Kebanyakan pengkaji melakukan kajian terhadap penggunaan bahan bantu belajar dengan mata pelajaran secara umum.

Dalam negara, Mok Soon Sang (1996) mendapati bahawa penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Media pengajaran yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar. Manakala Kamal et.al (1987) dalam kajiannya terhadap pembelajaran topik ruang mendapati bahawa pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik dan murid akan memahami konsep matematik jika guru itu menggunakan bahan bantu mengajar. Melalui penggunaan bahan bantu mengajar, seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik.

2.1

Penggunaan Bahan Manipulatif Bagi Topik Panjang

Topik panjang merupakan topik yang melibatkan ukuran jarak antara satu titik mula dengan titik akhir. Unit terkecil yang dipelajari bagi murid tahun 3 adalah milimeter (mm) manakala meter (m) pula adalah unit yang terbesar. Konsep asas yang perlu dibentuk dalam minda murid adalah perbezaan jarak antara unit-unit panjang yang diperkenalkan. Untuk membolehkan murid memahami konsep asas ini, penggunaan blok berwarna adalah bahan
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

HBMT2103 V2: Mathematics

bantu belajar yang ideal. Melalui penggunaan bahan ini, murid secara tidak langsung akan dapat membezakan ralat jarak antara unit-unit panjang yang dipelajari.

1 meter

10 sentimeter

Rajah 1 Blok Berwarna

Dalam topik Panjang, murid-murid akan mempelajari kemahiran pertukaran unit antara sentimeter dengan meter. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah menyusun blok-blok untuk mendapatkan ralat panjang. Contohnya;

2 meter = _________ cm

Berdasarkan kepada bilangan blok sentimeter, murid secara tidak langsung dapat mengetahui panjang dalam sentimeter bagi dua blok meter tersebut.

Selain daripada itu, penggunaan Blok Dienes juga amat berkesan dalam mempelajari operasi tambah bagi unit panjang. Penggunaan model dalam pengiraan dapat menunjukkan sesuatu algoritma dengan jelas. Sebagai contoh, pergerakan dalam penggunaan blok asas sepuluh seperti Blok Dienes untuk mencari jumlah dua nombor dapat dihubungkaitkan dengan langkah- langkah dalam algoritma untuk penambahan. Dari sini kita akan membina algoritma menggunakan kaedah kertas dan pensil. Akhirnya kita akan menggunakan ciri- ciri operasi dalam Nombor Bulat untuk membuktikan langkah- langkah dalam algoritma tambah adalah logik.

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

10

HBMT2103 V2: Mathematics

1m

10 cm

10 mm

Rajah 2 Blok Dienes dengan unit panjang

Contoh

di bawah menunjukkan bagaimana Blok Dienes boleh digunakan untuk

menerangkan algoritma operasi tambah unit panjang. 369 cm dan 244 cm diwakilkan menggunakan blok ini dan seterusnya dicantumkan untuk menunjukkan operasi tambah dilakukan dengan mengambilkira konsep unit panjang.

Contoh ;

Menggunakan Model- Blok Dienes untuk operasi tambah unit.

Kedua- dua unit panjang diwakilkan menggunakan blok asas sepuluh: Menggunakan model ini, cari jumlahnya dan tuliskan persamaan untuk merekod proses penambahan itu.

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

11

HBMT2103 V2: Mathematics

Penyelesaian: m cm mm

Hasil tambah ini dalam bentuk persamaan seperti berikut: 369 cm + 244 cm 613 cm

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

12

HBMT2103 V2: Mathematics

2.2

Penggunaan Bahan Manipulatif Bagi Topik Ruang

Topik ruang dalam sukatan pelajaran Matematik Tahun 3 membincangkan tentang bentukbentuk prisma iaitu prisma segiempat sama, segiempat tepat dan segi tiga. Perbincangan ini meliputi melabel dan mencirikan permukaan,bentuk bucu dan sisi prisma, perbandingan antara prisma dan buka prisma dan bentuk 2 dimensi sama ada berbentuk separug bulatan atau bentuk poligon. Bagi memastikan konsep ruang ini, penggunaan bahan manipulatif seperti blok prisma, kad bergambar dan bahan tayang (koswer, power point dan LCD) amatlah bertepatan sekali kerana murid berpeluang membina konsep melalui sentuhan, pengamatan, penerokaan dan perbincangan. Dalam mempelajari bentuk-bentuk prisma, penggunaan blok prisma paling sesuai sekali kerana murid akan berpeluang belajar melalui pengalaman sebenar. Blok prisma juga

merupakan bahan 3 dimensi yang memberi peluang murid mengamati keseluruhan permukaan.

Rajah 3 contoh blok prisma Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran melabel dan menciri bentuk prisma, guru perlu mengajak murid-murid untuk menerokai setiap permukaan, bucu, dan sisi secara teratur. Ini adalah untuk mengelak murid menjadikan bahan sebagai alat permainan. Semasa menerokai murid-murid dikehendaki untuk mencatat label dan ciri yang mereka terokai. Selain penggunaan blok prisma, pengajaran topik ruang juga boleh menggunakan bahan permainan binaan seperti lego terutamanya bagi kemahiran membeza antara bentuk prisma dan bukan prisma. Dalam hal ini, murid-murid akan membina binaan mengikut gambar yang ditetapkan. Setelah siap murid-murid akan membuat pengkelasan bentuk iaitu bentuk prisma dan bukan prisma dalam binaan yang dihasilkan dan seterusnya dapat menyatakan perbezaan ciri antara keduanya.
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

13

HBMT2103 V2: Mathematics

Rajah 4 Bahan Permainan Lego

2.3

Perbincangan Penggunaan Bahan Manipulatif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kedua-dua Topik

Secara umumnya, keberkesanan penggunaan bahan manipulatif untuk membina konsep dan pengetahuan dalam pembelajaran kedua-dua topik tidak dapat dinafikan. Ini adalah kerana pengetahuan dan pemahaman yang kukuh terbentuk hasil sentuhan, pengalaman, penerokaan dan pengamatan. Keempat-empat aktiviti ini melibatkan keseluruhan pancaindera dan meninggalkan pengalaman yang konkrit. Sungguhpun begitu, kesesuaian bahan tidaklah bergantung sepenuhnya kepada kepakaran dan kebolehan guru tetapi juga bergantung kepada tahap kognitif dan emosi murid serta pemilihan bahan yang bersesuaian. Hasil penggunaan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat kelemahan dan kekuatan bahan yang diguna terhadap keselesaan, kemudahan, penerimaan pengguna dan kebolehperrcayaan. Bagi mempelajari topik panjang penggunaan Blok Dienes lebih efektif, mudah diguna dan senang difahami berbanding penggunaan blok berwarna. Blok berwarna memerlukan ruang meja pembelajaran yang luas, penyusunan blok mengikut standart dan kebolehan mengganda nilai. Selain itu juga, blok-blok yang diguna mudah dirosakkan stukturnya.
ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

14

HBMT2103 V2: Mathematics

Walaupun blok Dienes lebih efektif dan mudah digunakan namun beberapa penambahbaikan cara pengendalian dan ciri-ciri bahan perlu dilakukan. Blok-blok Dienes diperbuat daripada plastik dan mempunyai saiz yang agak kecil. Oleh sebab itu, bunyi hentakan blok dengan meja mungkin mengganggu ketenteraman pembelajaran. Selain itu ianya mudah hilang dan berisiko dijadikan alat permaianan oleh murid. Oleh sebab itu, pengawalan penggunaaan bilangan blok yang diguna perlu bersesuaian. Selain itu juga guru perlu membuat arahan yang jelas dan terkawal. Masalah penyusunan blok juga menyebabkan susunan blok tidak stabil dan adakalanya bertaburan. Oleh sebab itu, penggunaan papan acuan bagi menyusun bongkah amat diperlukan. Bongkah-bongkah yang disusun akan stabil dan tidak mudah bertabur. Selain itu juga, penggunaan blok yang diperbuat daripada kayu lebih efisen kerana tidak mudah rosak dan lebih stabil. Semasa murid-murid menggunakan blok Dienes, guru perlu menjadi fasilitator. Murid akan diperbetulkan secara serta merta dan dikehendaki membuat ulangan pengiraan. Dengan cara ini murid menyedari kesilapan yang dilakukan lalu

memperbetulkannya. Bagi bahan manipulatif untuk pembelajaran topik ruang pula, penggunaan lego lebih sesuai dan menarik kerana pembelajaran menggunakan lego mencabar kawalan minda dan psikomotor. Walaupun penggunaan bongkah prisma membolehkan murid menerokai bahan dengan lebih bebas namun pemahaman konsep bagi ruang gabungan tidak mudah dilakukan. Melalui Alat permainan lego murid berpeluang untuk membina sendiri bentuk ruang yang dikehendaki. . Sungguhpun begitu, penggunaan lego memerlukan masa yang lebih panjang kerana murid dikehendaki membina dan mengenalpasti perbezaan bentuk-bentuk yang terhasil. Oleh sebab itu, perancancangan masa yang sesuai perlu dititikberatkan. Di samping itu juga, murid-murid mungkin akan menghasilkan bentuk tidak mengikut arahan yang ditetapkan. Oleh itu guru perlu menyeragamkan masa pembinaan dengan cara membina mengikut arahan guru. Bahan lego juga memerlukan murid mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah dan memimpin kerana pembinaan bangunan dilakukan secara berkumpulan. Oleh sebab itu, guru perlu sentiasa memerhati murid semasa membina binaan yang ditetapkan agar senua binaan siap mengikut masa yang dirancang.

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

15

HBMT2103 V2: Mathematics

3.

KESIMPULAN

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami berhubung dengan penggunaan resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Resos dan bahan bantu belajar hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Resos tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Keterampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama. Penggunaan resos dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.

Pada pendapat saya, guru perlu sentiasa berusaha untuk mempelajari perkara baru terutama apabila berkaitan dengan resos baru terutama teknologi. Ini kerana, sememangnya resos-resos seperti inilah yang menjadi pemudahcara ketika mengajar kelak. Sebagai penambahbaikan di masa-masa akan datang, kursus-kursus pendek perlu diadakan agar seorang guru boleh menambahkan ilmu mengenai penggunaan resos. Sebagai contoh, bengkel penggunaan alat bantu mengajar serta teknik penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya bahan resos yang jarang digunakan di sekolah seperti rod cuisenaire dapat diadakan secara berkala oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut. Pusat sumber di sekolah juga harus dilengkapi dengan bahan-bahan bantu mengajar yang mencukupi yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran konsep matematik tertentu. Guru harus memupuk sikap ingin cuba dan inkuiri khususnya penggunaan kaedah serta bahan-bahan bantu mengajar yang pelbagai dan dapat mengambil kira pelbagai kecerdasan pelajar dan gaya pembelajaran yang berbeza. Selain itu, guru juga perlu mempertingkatkan dan mengolah aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berpusatkan murid berasaskan kaedah kolaboratif, kooperatif dan fahaman konstruktivisme.

Tuntasnya, di era serba moden ini, resos merupakan medium yang memberi kemudahan dan laluan untuk membantu guru melicinkan proses pembelajaran dan pengajaran. Resos berbentuk tidak terikat. Guru boleh mencipta resos yang tersendiri tanpa perlu terikat atau terbiasa dengan resos yang sama berulang-ulang. Daya kreativiti guru diuji untuk menghasilkan resos yang baik agar murid sentiasa berasa teruja menantikan kehadiran guru ke kelas.

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

16

HBMT2103 V2: Mathematics

Bibliografi
Mansor bin Hj Harun (2003). Penggunaan Kaedah Penyelesaian Masalah Secara Kreatif Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Daerah Pontian dan Johor Bahru. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Mok Soon Sang (1996). Pendidikan Di Malaysia Untuk Diploma Perguruan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Noriati A.Rashid. Boon Poon Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009).Murid dan Alam Belajar. Oxford Fajar. Selangor
Razali Mat Zin (1996). Kepimpinan Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Yusup Hashim (1977). Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Kuala Lumur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

ZAIDA BT ISMAIL 700806035112001

17

Anda mungkin juga menyukai