Anda di halaman 1dari 81

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan
Matematik merupakan satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara
mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat
matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan
mencabar pemikiran. Oleh sebab itu, matematik ialah antara bidang yang terpenting
dalam usaha pembinaan insan. Matematik juga merupakan wadah yang terbaik
untuk mengembangkan profisiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan
logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Murid mengembangkan
kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir melalui pembelajaran dan aplikasi.
Pembelajaran Matematik menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan
kreatif dan mengalami keseronokan dan teruja apabila mengetahui sesuatu yang
baru. Pengalaman ini akan meningkatkan minat dan menjadi daya penggerak murid
mempelajari matematik.

Ini sejajar dengan matlamat Kurikulum Sekolah Rendah bagi mata pelajaran
Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor,
kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan
berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara
berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian. Menurut Inder (1982),
Mathematics is a language - a way of describing, recording in mathematical
sentences and interpretating the symbols used to relationship.


2

Pembelajaran Matematik yang berfikrah dijelmakan dalam amalan
pengajaran dan pembelajaran. Fikrah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)
membawa pengertian yang sama dengan daya berfikir dan pemikiran. Dalam
konteks matematik, fikrah merujuk kepada kualiti murid yang dihasratkan untuk
dilahirkan melalui sistem pendidikan matematik kebangsaan. Murid yang berfikrah
matematik ini merupakan murid yang berkeupayaan melakukan matematik dan
bertanggungjawab pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian
berlandaskan sikap dan nilai matematik. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
berpandu kepada prinsip pembelajaran masteri dan pembelajaran berlaku secara
akses dan terarah kendiri serta mengikut kadar sendiri.

Proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah
menggalakkan penggunaan mempelbagaikan kaedah mengajar. Keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan
bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid
berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi dan berinteraksi.

Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang
hendak diajar. Mereka yang menyampaikan bahan pengajaran ini dikenali sebagai
guru (Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007). Hasil
daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau
pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan
yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap pelajar.

Proses pembelajaran dialami sepanjang hayat seorang manusia serta dapat
berlaku di mana jua dan pada bila-bila masa. Dalam konteks pendidikan, guru


3

mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran hingga mencapai
sesuatu objektif yang ditentukan (aspek kognitif), juga dapat mempengaruhi
perubahan sikap (aspek afektif), serta ketrampilan (aspek psikomotor) seseorang
pelajar.

Pemahaman murid terhadap isi pembelajaran yang disampaikan oleh guru
merupakan penanda aras yang penting dalam menunjukkan samada sesuatu objektif
pengajaran dan pembelajaran itu tercapai. Tanpa kaedah yang sesuai, penyampaian
isi kandungan pengajaran tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Ini kerana media
pengajaran memainkan peranan yang penting dalam membantu para guru
menterjemahkan isi kandungan pengajaran kepada sesuatu yang mudah untuk
difahami serta diterima oleh murid.

Tidak dinafikan bahawa masih ada guru pada masa kini yang menggunakan
kaedah tradisional iaitu secara komunikasi satu hala dalam menyampaikan ilmu.
Terdapat juga sesetengah guru yang memilih kaedah pengajaran secara berpasangan,
berkumpulan, demonstrasi dan lain-lain lagi dalam mengajar anak muridnya
seharian. Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri. Namun,
adakah kesemua kaedah tersebut sesuai digunakan dalam membantu para murid
memahami sesuatu konsep matematik yang abstrak?

Malahan, menurut Jean Piaget yang merupakan ahli falsafah terkenal yang
memperkenalkan satu teori kognitif yang berfokuskan dimana pada satu tahap umur
kanak-kanak, pemikiran dan pentafsiran maklumat mereka masih dalam peringkat
konkrit. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar seperti bahan maujud dapat
membantu dalam menerangkan sesuatu konsep yang abstrak.


4

1.2 Latar Belakang

Matematik di peringkat sekolah rendah ialah satu mata pelajaran teras asas yang
menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan
kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta
penerapan nilai-nilai murni. Falsafah Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan
masyarakat yang berketrampilan. Hasrat ini akan tercapai sekiranya mereka mahir
dalam penggunaan Matematik dalam kehidupan harian. Bagi mencapai hasrat ini,
berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan maka Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Matematik diolah dan disusun semula.

Kurikulum Matematik sekolah rendah menumpukan kepada penyediaan asas
pendidikan matematik yang berpengetahuan, berkepentingan dan bersikap positif
terhadap matematik. Kemahiran berfikir dan belajar juga diterapkan dalam proses
pengajaran pembelajaran bagi memudahkan murid menguasai konsep dan proses
matematik. Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, kepelbagaian teknik
mesti digunakan. Gaya pembelajaran murid mesti diambil kira. Kaedah inkuri-
penemuan perlu diberi penekanan supaya pembelajaran matematik menyeronokkan,
bermakna, berguna dan mencabar.

Antara strategi yang boleh membantu dalam menyampaikan konsep abstrak
ialah melalui bahan maujud yang didefinisikan sebagai bahan sebenar atau konkrit
yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud yang berasal daripada sekeliling
merangsang murid untuk menggunakan kesemua derianya secara maksimum.
Dengan ini pengalaman dan pembelajaran langsung dapat dialami oleh setiap murid
yang mana dapat meningkatkan daya ingatan seterusnya kefahaman mereka.


5

Penggunaan bahan maujud yang wujud secara langsung di hadapan para
murid dapat meningkatkan minat dan perhatian mereka terhadap isi kandungan
pengajaran yang disampaikan oleh guru. Bahan maujud ini sekaligus membantu
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran seiring dengan dorongan minat dan
perhatian yang konsisten. Selain itu, murid dapat meningkatkan kemahiran
memerhati mereka dengan kombinasi aktiviti melihat, merasa, mendengar, menghidu
dan menyentuh pelbagai jenis bahan maujud yang disediakan oleh guru mereka.
kebolehan pancaindera mereka juga berkembang seiring dengan proses pemerhatian
tersebut.

Oleh hal yang demikian, penggunaan bahan maujud boleh dikatakan sebagai
salah satu strategi yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran bagi konsep darab
iaitu penambahan berulang.

1.3 Permasalahan Kajian

Pengetahuan murid yang terbatas dalam mempelajari matematik hendaklah diubah
dan diperbaiki. Kaedah pengajaran matematik merupakan perkara yang sering
membatasi pemahaman murid mengenai konsep-konsep matematik. Murid-murid
mempunyai kefahaman konseptual yang sangat rendah dalam bahasa yang digunakan
dalam soalan yang diberi. Kelemahan ini mungkin berasal daripada kelemahan
pelajar itu sendiri dan pendekatan pengajaran guru yang kurang menekankan
pembinaan konsep (Dr. Jamil Ahmad, 2008).

Menurut Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai alat bantu mengajar
mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid-
murid terhadap pembelajaran. Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut


6

memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada pelajar (Noor Azlan A.Z,
Nurdalina D).

Ramai guru yang mengajar mata pelajaran Matematik menganggap bahan bantu
mengajar adalah tidak penting kerana guru terlalu sibuk dengan tugas-tugas
pengisian data maklumat murid di sekolah. Oleh itu pengajaran yang dijalankan oleh
guru adalah sekadar mengajar dan menghabiskan huraian sukatan yang telah
ditetapkan oleh pihak kementerian. Lantaran itu, pada kebiasaannya guru hanya
mengajar dengan ala kadar tanpa memikirkan kemahuan atau kebolehan pelajar.

Penggunaan bahan bantu mengajar amat kurang digunakan oleh guru semasa
mengajar mata pelajaran ini ataupun guru menggunakan bahan bantu mengajar tetapi
tidak sesuai dengan tajuk. Menurut Rashidi Azizan et.al, 1996, antara perkara
penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi
manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar
bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya
dalam situasi bilik darjah.

Sehubungan dengan itu, pengkaji telah mengenal pasti bahawa murid Tahun
2 Harapan dan 2 Bestari menghadapi masalah memahami tajuk darab. Pengkaji telah
mengambil murid tahun 2 harapan dan 2 Bestari sebagai kajian. Bilangan murid
tahun dua yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 30 orang.






7

Jadual 1.1 : Jumlah Murid 2 Bestari dan 2 Harapan 2013.

J antina Harapan Bestari
Lelaki 9 7
Perempuan 6 8
J umlah Keseluruhan 15 15

Jadual 1.1 menunjukkan rekod murid tahun 2 Bestari dan 2 Harapan. Melalui ujian
bulanan yang dijalankan pada awal tahun, didapati kelas Bestari dan Harapan adalah
lemah dalam memahami konsep penambahan berulang bagi tajuk darab. Konsep
Darab dalam nombor bulat dikenali sebagai penambahan berulang iaitu menambah
nombor yang sama secara berulang-ulang. Contohnya:-









Rajah 1.1 : Penambahan berulang bagi konsep darab.
5 x 4 = 20,
Penambahan berulang bagi konsep darab ialah 4 + 4 + 4 + 4 + 4 = 20.
5 x 4 = 4+ 4 + 4 + 4 + 4






8

Kajian ini memberi fokus kepada murid Tahun Dua Bestari dan Harapan.
Walaupun murid-murid ini sudah mempelajari tentang kemahiran asas menambah
dan menolak mereka masih lemah dalam memahami konsep penambahan berulang.

Justeru itu, bagi mengatasi permasalahan ini, guru perlu mengaplikasikan
strategi pengajaran yang lebih effisyen bagi meningkatkan keupayaan murid dalam
memahami konsep darab. Dalam hal ini, guru perlu bijak memotivasikan minda
murid akan melihat tajuk darab adalah topik yang mudah difahami dan diselesaikan
jika mengikut kaedah yang betul. Mengikut Woolfolk (1990), motivasi merujuk
kepada satu kuasa dalaman yang membangkit , mengarah dan mengawal minat serta
tingkah laku manusia. Bruner (1996), pula mengaitkan bahawa melalui motivasi
intrinsik yang bersifat semula jadi daripada rangsangan dalaman dapat menimbulkan
naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan dalam diri murid yang baru
masuk sekolah.

Jika merujuk kepada Jean Piaget (2006), murid-murid khususnya kanak-
kanak berumur tujuh sehingga sebelas tahun masih berada dalam peringkat operasi
konkrit dimana mereka masih terikat kepada pengalaman konkrit walaupun sudah
boleh berfikir secara logik. Mereka memerlukan satu medium iaitu bahan maujud
untuk membina satu pengalaman konkrit dalam menginterpretasikan maklumat
bentuk abstrak tersebut kepada konkrit. Sebagai contoh, bahan bantu mengajar yang
konkrit ialah guli, gula-gula dan penutup botol. Dalam hal ini, bahan bantu mengajar
ini menjadi bahan maujud yang dapat membantu murid memahami konsep tajuk
darab iaitu dengan cara penambahan berulang.




9

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan oleh penyelidik dengan tujuan berkongsi dapatan kajian dengan
guru-guru matematik. Namun tujuan utama kajian ini adalah bagi melihat
keberkesanan penggunaan bahan maujud ke atas minat dan pencapaian matematik
murid terhadap tajuk darab.

1.5 Objektif Kajian

Penggunaan bahan bantu mengajar dapat meningkatkan minat pelajar mengenai
sesuatu pelajaran atau topik yang dipelajari (Kassim 2006). Oleh itu, kajian ini
dilakukan bagi melihat:
1.5.1 Keberkesanan penggunaan bahan maujud terhadap minat pelajar
bagi tajuk darab.
1.5.2 Meningkatkan pencapaian akedemik pelajar selepas penggunaan
bahan maujud dalam pengajaran.

1.6 Persoalan Kajian

Kajian ini dilakukan bagi menjawab persoalan berhubung dengan keberkesanan
penggunaan bahan maujud ke atas pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Matematik. Soalan-soalan kajian adalah seperti berikut:
1.6.1 Apakah penggunaan bahan maujud dapat menarik minat murid
terhadap proses pembelajaran tajuk darab?
1.6.2 Adakah penggunaan bahan maujud dapat meningkatkan pencapaian
murid dalam ujian tajuk darab?



10

1.7 Kepentingan Kajian

Di dalam kajian, kepentingan kajian ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan
dengan menggunakan bahan maujud untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran dapat meningkatkan prestasi pelajar. Melalui dapatan kajian akan
menunjukkan sejauh mana ia dapat mempengaruhi minat dan meningkatkan prestasi
pencapaian pelajar dalam tajuk darab.

Dalam kajian ini diharap dapat membantu guru matematik memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hasil kajian ini juga
penting kepada pelajar yang berpencapaian rendah. Kemungkinan faktor ini
disebabkan oleh kaedah pengajaran guru secara tradisional dan membosankan.

Selain daripada itu, dengan menggunakan bahan maujud juga dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang sempurna. Bersesuaian dengan perubahan
pendidikan semasa, kaedah pengajaran yang tradisional tidak sesuai lagi digunakan
secara penuh di dalam bilik darjah. Justeru, penggunaan bahan maujud adalah salah
satu cara yang mudah dan ringkas bagi pelajar, dan guru juga dapat mengubah
kaedah pengajaran yang berpusatkan bahan dengan bahan maujud ini. Oleh yang
demikian, melalui cara ini guru bukan sahaja dapat menyampaikan proses pengajaran
dan pembelajaran secara sistematik dan kreatif malah dapat menarik minat pelajar.

Dengan penggunaan bahan maujud ini, pelajar dapat memahami maklumat-
maklumat dengan ringkas dan jelas. Pelajar akan lebih berminat untuk mempelajari
tajuk darab dalam mata pelajaran matematik. Di samping itu, mereka juga akan
menumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan untuk
mencapai prestasi yang cemerlang.


11

Kajian ini adalah penting dan berguna kepada guru-guru yang mengajar mata
pelajaran matematik. Walaupun kajian ini terbatas kepada sebuah sekolah sahaja
namun ianya boleh digunapakai oleh guru-guru yang mengajar matematik yang
ingin meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini dan juga guru yang
ingin membuat penyelidikan.

Kajian ini juga penting bagi melihat keberkesanan penggunaan bahan maujud
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam topik darab terhadap minat murid
dalam mata pelajaran matematik.

Selain itu, kajian ini juga penting untuk memastikan penggunaan bahan
maujud dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik memberikan lebih
pemahaman kepada murid seterusnya dapat melihat pencapaian murid dalam topik
ini.

1.8 Batasan Kajian

Menurut Amir Hasan Dawi (2006), batasan kajian memberitahu tentang had-had atau
kekurangan kajian. Dalam kajian ini, penyelidik membataskan kajian kepada
perkara-perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas. Batasan-batasan
kajian meliputi tempat kajian, sampel kajian, aspek kajian yang dipilih serta masa
kajian yang digunakan.

Batasan kajian ini turut melibatkan perkara-perkara seperti kesediaan
pembelajaran bagi para pelajar merupakan aspek yang menentukan keberkesanan
penggunaan bahan maujud untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata
pelajaran Matematik bagi topik Darab.


12

Dapatan kajian ini hanya relevan pada aspek tempat dan kumpulan yang dikaji
sahaja.
(a) Kajian ini dijalankan di sebuah Sekolah Rendah di Telupid iaitu Sk. Bintang
Mas. Dalam kajian ini, terdiri daripada bilangan populasi seramai 30 orang
pelajar sahaja. Populasi untuk kajian ini terdiri daripada Tahun 2 yang terdiri
daripada 30 orang pelajar sahaja iaitu 15 orang pelajar bagi kumpulan
kawalan dan 15 orang pelajar bagi kumpulan rawatan.
(b) Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana keberkesanan penggunaan
bahan maujud ke atas minat dan pencapaian dalam tajuk darab.
(c) Pengkaji membuat andaian bahawa murid :-
(i) Menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan jujur dan
tidak meniru.
(ii) Menjawab soalan tanpa pertolongan dari rakan-rakan dan guru
(d) Pengkaji tidak mengambil kira faktor latar belakang keluarga, status ekonomi
persekitaran sekolah dan amalan pedagogi.

Tujuan tindakan pengkaji ini adalah agar dapat merapatkan jurang perbezaan
kebolehan mata pelajaran kajian dari pelbagai aspek dan dapat membantu
menganalisis data kajian dengan lebih signifikan.








13

1.9 Kerangka Konsep Penyelidikan
















Rajah 1.2 Kerangka konsep Keberkesanan penggunaan Bahan Maujud.

Kerangka konsep ini dihasilkan bagi melihat perjalanan penyelidikan tentang
keberkesanan penggunaan bahan maujud dalam mata pelajaran matematik bagi
murid tahun 2.

Pada peringkat permulaan penyelidik memilih murid untuk dijadikan
kumpulan sasaran. Kajian ini terhad kepada murid tahun 2 di Sk. Bintang Mas.
Mereka terdiri daripada 30 orang murid iaitu 15 orang murid dari tahun 2 Bestari dan
Murid Tahun Dua
Pendaraban

Minat

Pencapaian
Keberkesanan Pengajaran
dan Pembelajaran
Penggunaan Bahan
Maujud


14

15 orang dari 2 Harapan. Setelah itu, tajuk Darab telah dipilih sebagai tajuk yang
dikaji. Tajuk Darab ini dipilih kerana ianya berkaitan dengan tajuk tambah.
Konsep penambahan berulang adalah pengetahuan sedia ada murid kerana ia telah
dipelajari dalam tajuk tambah.

Proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan menggunakan bahan
maujud. Ianya hanya digunakan bagi kumpulan rawatan. Setelah proses pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan dengan menggunakan bahan maujud kumpulan
rawatan akan diberikan ujian. Selain itu, borang soal selidik juga akan diberikan bagi
melihat minat murid terhadap program ini.

1.10 Definisi Operasional

Kajian ini menggunakan beberapa istilah. Definisi untuk istilah yang digunakan
adalah seperti berikut:-

1.10.1 Keberkesanan

Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat, 2007), maksud keberkesanan ialah
menimbulkan hasil (kesudahan dan sebagainya) yang diharapkan membawa kepada
sesuatu perubahan (perkembangan), efektif atau mendatangkan sesuatu pengaruh
kepada pemikiran (sikap, watak dan sebagainya) seseorang atau sesuatu golongan
dan lain-lain (seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau
perasaan dan sebagainya).

Dalam kajian ini, keberkesanan merujuk kepada hasil yang diperoleh
daripada pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah. Hasil diperoleh


15

dengan melihat kepada pencapaian akademik pelajar bagi mata pelajaran Matematik
tahun 2.

1.10.2 Pengajaran

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti
aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan
tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan
cara yang berkesan.

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh
guru dan pelajarnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan oleh guru secara sistematik
dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,
membimbing, menggalak dan memotivasikan pelajar supaya mengambilkan inisiatif
untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang
diperlukan.

Pengajaran merupakan suatu bidang seni kerana ia melibatkan emosi, nilai
dan tingkah laku manusia. Setiap individu mempunyai potensi intelek, emosi, rohani
dan jasmani yang tersendiri. Jadi, untuk mengajar pelajar yang berbeza khususnya
dalam mata pelajaran Matematik, guru haruslah mempunyai bakat atau seni serta
menggunakan kaedah mengajar yang berbeza-beza sesuai dengan kebolehan pelajar.

Oleh yang demikian, pengajaran boleh dikatakan sebagai satu proses adalah
kerana dalam proses pengajaran sesuatu ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki oleh seseorang guru itu akan disampaikan kepada pelajar supaya pelajar


16

dapat mempelajari dan menguasai suatu ilmu bagi mata pelajaran Matematik dengan
lebih berkesan.

1.10.3 Pembelajaran

Menurut Schunk (1991), pembelajaran melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian
pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan tingkah laku. Pembelajaran juga
merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan perlakuan
yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman (Evans
& Brueckner, 1990).

Pembelajaran adalah setiap kegiatan yang dirancang oleh guru untuk
membantu seseorang mempelajari suatu kemampuan dan atau nilai yang baru dalam
suatu proses yang sistematik melalui tahap rancangan dan pelaksanaan dalam
konteks kegiatan belajar dan mengajar. Selain itu, pembelajaran juga merupakan
suatu proses yang sistematik melalui tahap rancangan dan pelaksanaan. Dalam hal
ini pembelajaran tidak terjadi seketika, melainkan sudah melalui tahap perancangan
pembelajaran.

Gage dan Berliner (1991), mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan
dalam tingkah laku yang dihasilkan daripada pengalaman. Menurut mereka,
perubahan itu bukanlah disebabkan faktor fisiologi seperti keletihan, dadah, ataupun
jatuh, tetapi perubahan itu berlaku dalam semua suasana kehidupan termasuklah
sekolah dan bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan itu adalah berbentuk
dalaman tetapi pembelajaran dirujuk daripada perubahan tingkah laku yang boleh
dilihat (Esah Sulaiman, 2003).


17

Pembelajaran adalah suatu proses yang dilakukan oleh individu untuk
memperoleh suatu perubahan perilaku yang baru keseluruhan, sebagai hasil dari
pengalaman individu itu, sendiri dalam interaksi dengan lingkungannya,
pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku melalui
pembelajaran iaitu perubahan yang lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada
tingkah laku yang sedia ada sebelum aktiviti pembelajaran. Dalam pembelajaran
Matematik, pembelajaran berkesan sangat penting terhadap pelajar kerana
Matematik merupakan media bagi menerapkan unsur kreatif dan inovatif dalam
kehidupan seharian.

1.10.4 Bahan Maujud

Merujuk kepada Habbib, Che Azizan, Khairurrazaq, Mohammad Ghazidi dan Abdul
Qadir (2010), bahan maujud boleh diertikan sebagai bahan konkrit atau bahan
sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang
ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah
diawetkan.

1.10.5 Minat.

Minat dan pencapaian akademik mempunyai hubungan yang rapat. Menurut
Shahbuddin Hasim et all (2003) dan Omardin (1999), minat adalah satu daya yang
mendorong murid untuk memberi tumpuan ke atas aktiviti pembelajaran. Oleh itu,
guru yang mampu menimbulkan minat murid bagi satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran adalah guru yang berjaya. Bukan senang menarik minat murid untuk
belajar. Salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk menimbulkan
minat murid ialah dengan penggunaan bahan maujud.


18

1.10.6 Pencapaian akademik

Pencapaian akademik adalah salah satu aspek penting dalam kajian ini. Pencapaian
akademik bermaksud keputusan yang diperolehi oleh murid selepas menjalani
sesuatu ujian ataupun peperiksaan. Selain itu, menurut Kamaruddin (1990)
berpendapat bahawa pencapaian pembelajaran diukur berdasarkan objektif yang
dapat dicapai oleh murid. Dalam kajian ini, pencapaian akademik merupakan
pembolehubah bersandar. Penggunaan bahan maujud ini amat berkait rapat dengan
pencapaian akademik murid.

1.11 Penutup

Secara keseluruhan, bab 1 adalah asas dalam membuat satu kajian. Bab ini
membincangkan tentang latar belakang kajian, permasalahan kajian, soalan-soalan
yang ditimbulkan oleh pengkaji, objektif dan kepentingan kajian ini dijalankan,
batasan kajian ataupun ruang lingkup kajian dan definisi konsep dalam sebuah
kajian.











19

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pendahuluan

Tinjauan literatur adalah sebahagian daripada proses pemilihan topik dan proses
pembentukan kajian yang baik. Menurut Mohd. Majid Konting (2004), ulasan
literatur dapat didefinisikan sebagai satu ulasan komprehensif dan sistematik ke atas
literatur-literatur yang berkaitan dengan bidang kajian di mana ia melibatkan
pemilihan, fokus, perbincangan, kupasan, perolehan terhadap pemilihan konsep,
perspektif-perspektif teori atau model yang berkaitan serta kajian-kajian terdahulu.

Di samping itu, menurut Khalid Johari (2003), sorotan kajian atau kajian
literatur adalah sebahagian daripada proses pemilihan topik dan sebahagian daripada
proses pembentukan projek kajian yang baik. Maka, dalam bab ini akan
membincangkan dan menghuraikan dengan lebih lanjut lagi berkenaan konsep dan
proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Majid Konting (2000), melalui tinjauan kajian-kajian berkaitan,
penyelidikan boleh mempelajari kaedah dan teknik yang sesuai untuk menyelesaikan
masalah. Dalam bab ini telah melibatkan tiga subtopik iaitu: teori pembelajaran,
kajian dalam negara dan kajian luar negara yang berkaitan dengan penggunaan bahan
maujud. Dalam bab ini, pengkaji membuat tinjauan literatur penulisan yang
mempunyai hubungan dengan pendapat, pandangan serta teori-teori daripada tokoh-
tokoh yang menguasai bidang-bidang yang berkenaan. Kajian-kajian lepas yang


20

berkaitan dengan tajuk dibincangkan satu per satu mengikut faktor yang dikaji.
Dengan membuat tinjauan literatur ini dapat menghasilkan penghasilan penyelidikan
yang bermutu.

Kassim (2006), menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar
adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai sesuatu mata pelajaran
atau topik yang dipelajari. Ini adalah disebabkan penggunaan bahan bantu mengajar
yang sesuai dan kreativiti guru pasti akan dapat menghasilkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang bermakna dan juga dapat lebih memudahkan pelajar memahami
isi pelajaran serta meningkatkan pencapaian pelajar. Oleh itu, dengan penggunaan
bahan maujud adalah sebagai salah satu cara untuk membantu para pelajar
mengingati fakta-fakta yang berkaitan dengan pembelajaran mata pelajaran
Matematik melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
Di samping itu, ia juga dapat mewujudkan keseronokan kepada para pelajar dalam
mempelajari Matematik dan sekaligus dapat memupuk minat dan cinta pelajar
kepada mata pelajaran Matematik.

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang teori-teori yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, modul serta kajian-kajian lepas yang
telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu di dalam negara mahupun luar
negara.

Kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu sama
ada pengkaji di dalam negera mahupun luar negara dijadikan sebagai rujukan dan
menguatkan lagi kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Menurut Khalid Johari (2003),
Kepentingan membuat tinjauan literatur adalah bagi mengelakkan pengkaji daripada


21

membuat penyalinan iaitu membuat kajian yang sama dengan kajian lepas tanpa
memperbaiki kelemahan-kelemahan kajian lepas. Oleh itu, tinjauan literatur yang
dibuat sama ada di dalam negara ataupun di luar negara banyak membantu seseorang
pengkaji bagi menghasilkan kajian yang baik.

2.1 Teori Pembelajaran

Teori merupakan antara perkara asas dalam sesuatu bidang ilmu. Secara umumnya,
teori merupakan andaian-andaian atau hipotesis-hipotesis tentang sesuatu yang
berlandaskan kajian. Terdapat juga pendapat-pendapat lain yang dapat menghuraikan
definisi teori. Menurut Stanovich (1992) dalam Esah (2003), teori ialah set konsep-
konsep yang saling berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data dan
untuk meramal keputusan kajian-kajian akan datang. Teori yang akan digunakan
adalah Teori Konstruktivisme dan Teori Kognitif.

2.1.1 Teori Konstruktivisme

Teori Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme
telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah rendah tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman
konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada
pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan
itu mengikut pengalaman masing-masing.

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman


22

sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima
dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Menurut Susan Hanley (1994), konstruktivisme bukan satu konsep yang baru.
Konstruktivisme telah lama diamalkan dalam bidang falsafah, sosiologi dan
antropologi, psikologi dan pendidikan. Teori Konstruktivisme pada dasarnya
menekankan pembinaan konsep yang asas sebelum konsep itu dibangunkan dan
kemudiannya diaplikasinya apabila diperlukan. Manusia membentuk pemikiran dan
membina pemahaman berdasarkan peristiwa yang mereka alami sebelum ini, ini
merujuk kepada Teori Konstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep melalui
pengetahuan lepas. Menurut Jones (1997) konstruktivisme ialah proses menambah
dan mensintesis maklumat baru berpandukan pengetahuan sedia ada untuk
mendapatkan satu maklumat baru. Konstruktivisme ialah proses membuat analisis
dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan
menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru.

Di samping itu, konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang
menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.
Konstruktivisme juga merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang berdasarkan premis bahawa pembelajaran diakibatkan oleh pembinaan
mental. Dengan kata lain, pelajar mempelajari dengan mencantumkan maklumat
baru dengan pengetahuan sedia adanya. Di samping itu, pelajar juga dapat membina
pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman yang sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan
mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang
sedia ada.


23

Menurut Rahil (2002), konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang
menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara
yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan antara idea dan fakta
yang sedang diajar atau dipelajari. Oleh sebab itu, konstruktivisme juga dikenali
sebagai fahaman binaan (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004). Maka, ilmu
pengetahuan adalah dibina melalui proses saling mempengaruhi di antara
pembelajaran dahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses
pembelajaran, pelajar dapat membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya
secara aktif, menggunakan cara membandingkan maklumat baru dengan pengalaman
yang sedia ada supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan
tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru. Teori Konstruktivisme juga
beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis dan
mempersembahkan maklumat.

Menurut Watzlawick (1984) mentakrifkan konstruktivisme sebagai
kedudukan psikologikal yang percaya apa saja kebenaran adalah paling serta merta
dan makna yang konkrit, pembinaan mental yang percaya mereka sudah menemui
dan menyiasat. Konstruktivisme menekankan penerokaan dan penemuan kendiri
melalui aktiviti penyelesaian masalah. Oleh itu, teori ini sesuai digunakan untuk gaya
pembelajaran refleksi kerana pelajar mengaitkan pengetahuan dan pengalaman lepas
untuk membentuk pemahaman baru.

Teori Konstruktivisme telah dipilih untuk menjadikan komponen yang
penting dalam penyediaan bahan konkrit. Teori Konstruktivisme ini mengambil kira
pengetahuan yang sedia ada pada pelajar. Tanpa penggunaan bahan maujud yang
boleh dilihat dan disentuh ini, pelajar adalah lebih susah untuk mengingati konsep-


24

konsep tersebut. Oleh yang demikian, dengan menggunakan bahan maujud ini telah
menyediakan situasi yang merangsangkan pelajar untuk menggunakan potensi
kognitif mereka.

2.1.2 Teori Kognitif

Teori Kognitif adalah berkaitan dengan ingatan jangka panjang dan jangka pendek.
Menurut Mohd Khoirul Naahij Bin Mahamad Kolyubi (2006), teori pembelajaran
kognitif adalah berasaskan proses pemikiran di sebalik tingkah laku. Secara
umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Teori pembelajaran kognitif
menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam
pembelajaran. Selain itu, ia juga satu cara pembelajaran yang menggunakan
pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi.

Di samping itu, bagi seseorang pelajar berusaha mencari penyelesaian antara
unsur-unsur rangsangan dan tindak balas yang muncul dalam alam sekitar
pembelajaran. Mereka akan menumpukan usaha terhadap usaha mencari cara
penyelesaian. Tujuan pembinaan struktur pengetahuan adalah bagi memudahkan
pelajar menyusun dan mengingati maklumat, membantu proses berfikir secara ligik.
Mereka juga dilatih supaya melakukan tugas-tugas mental seperti mencari fakta-fakta
yang berkaitan prinsip dan hukum. Mereka juga berupaya menguji semula
pengetahuan yang diperoleh dan seterusnya mencari kesimpulan-kesimpulan umum
(Roslina Binti Mamat, 2007).



25

Teori pembelajaran kognitif ini sangat menitikberatkan bahawa pengetahuan
dan pengalaman yang sedia ada pelajar-pelajar untuk proses pembelajaran. Dengan
adanya teori pembelajaran kognitif ini, ia secara langsung memberikan implikasi-
implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Dalam pembelajaran
kognitif ia lebih menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses
pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan
pelajar semula.

Bruner menegaskan kepentingan pelajar menyusun pengalaman-pengalaman
pembelajaran supaya dapat digunakan apabila membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah. Otak manusia dikatakan mempunyai kemampuan yang
terhad bagi mengendalikan maklumat yang terlalu banyak. Oleh itu, Bruner
mendatangkan supaya pelajar tidak menerima setiap pengalaman atau perkara yang
dipelajari sebagai unik dan bermakna (Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah
Jantan, 2003).

Teori ini dapat membantu pengkaji mengkaji keberkesanan penggunaan
bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Matematik.
Di samping itu, juga dapat membuktikan bahawa pembelajaran melalui bahan
maujud ini dapat meningkatkan minat dan prestasi pelajar terhadap mata pelajaran
tersebut apabila pelajar dapat menghubungkan isi (penggunaan bahan maujud iaitu
penambahan secara berulang) dan struktur (tajuk darab) yang dipelajari semasa
pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan. Pembelajaran yang memberi kesan
adalah melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu. Pembelajaran yang
berlaku melalui kaedah tersebut menggalakkan perkembangan intelek iaitu sebagai


26

asas perkembangan kognitif. Oleh yang demikian, pelajar membuat keputusan
berdasarkan pemikiran yang logik.

2.3 Kajian Dalam Negara

Menurut Kajian Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan (2001), yang
bertajuk Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam
Pengajaran Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah menyatakan bahawa kualiti
sesuatu pelajaran yang berpusatkan pelajar amat bergantung kepada keberkesanan
guru memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai. Pusat sumber
perlu memainkan peranan dalam menyediakan bahan bantu mengajar agar proses
pembelajaran menjadi bertambah lancar dan berkesan. Penggunaan bahan bantu
mengajar, didapati telah menunjukkan peratusan sekolah yang mempunyai
sebilangan bahan bantu mengajar yang agak tinggi ekoran daripada objektif
pengajaran dan pembelajaran yang tercapai hasil penggunaan bahan konkrit. Dalam
kajian ini, lebih daripada 98.8 % reponden bersetuju bahawa penggunaan bahan
bantu mengajar dapat meningkatkan minat, penglibatan serta kefahaman pelajar
terhadap konsep matematik. 95.2% daripada responden juga bersetuju bahawa bahan
bantu mengajar dapat juga memupuk perasaan ingin tahu di kalangan pelajar. Oleh
itu ia adalah selaras dengan hasil kajian pelajar yang lebih gemar belajar secara
konkrit dengan memanipulasi bahan-bahan maujud.

Menurut Tan Wui Gee, dalam kajiannya yang bertajuk Penggunaan Kit
Manipulatif Dalam Pemahaman Konsep Pendaraban Murid Tahun Dua.
Penggunaan bahan bantu mengajar sangat memberi manfaat dalam usaha
meningkatkan pemahaman. Berdasarkan kajian, pengkaji dapat menyelesaikan


27

masalah muridnya yang tidak berdisiplin semasa proses pengajaran secara
tardisional. Pengkaji menyatakan suasana pengajaran dan pembelajaran telah
berubah apabila guru menggunakan kit manipulatif sebagai alat bantu mengajar.
Pelajar telah menunjukkan sikap yang baik dengan memberi fokus kepada proses
pembelajaran. Ini kerana bahan konkrit yang digunakannya dalam kelas
membolehkan murid menyentuh, mencuba dan melakukan sendiri. Ini secara tidak
langsung dapat mengatasi masalah disiplin pelajar.

Menurut Ho Ming Chong (2011), dalam kajiannya yang bertajuk
Penggunaan Kaedah Jejari Tangan Dalam Membantu Murid Tahun Empat
Menguasai Sifir Darab 6 Hingga 9. Penggunaan kaedah jejari tangan sebagai alat
bantu mengajar telah membantu murid menguasai sifir darab dengan baik. Apabila
mereka menggunakan jejari tangan sebagai bahan maujud mereka lebih fokus
terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Ini kerana kaedah hafalan
terhadap sifir 6 hingga 9 telah menyebabkan murid yang terlalu lemah mula
menunjukkan kebosanan mereka dan tidak memberi perhatian semasa proses
pembelajaran. Apa yang lebih menarik apabila penggunaan jari sebagai bahan
maujud dilaksanakan , murid mula menunjukkan minat yang positif dan menjadi
bertambah aktif dalam proses pembelajaran iaitu dengan lebih kerap mengajukan
soalan sekiranya mereka menghadapi masalah dalam konsep matematik yang baharu.

2.3 Kajian Luar Negara
Kajian berkenaan penggunaan bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik bukan hanya pernah dijalankan di Malaysia malah di luar negara juga.
Daripada pembacaan yang dibuat, penggunaan bahan-bahan maujud sentiasa menjadi
idea yang walaupun mudah tetapi menarik dan berkesan.


28

Menurut Patrick W. Thompson dalam kajiannya yang bertajuk Concrete
Materials and Teaching For Mathematical Understanding telah menyatakan bahawa
bahan konkrit adalah lebih baik untuk pelajar pada peringkat pembangunan kerana
mereka akan lebih mudah memahaminya. (Beecher dan Faxon 1918, p 47, seperti
yang dipetik dalam;. McKillip dan lain-lain 1978). Pendapat mereka turut disokong
oleh Zolton Dienes (1960) dan Jerome Bruner (1961) di Amerika apabila mereka
menerbitkan justifikasi teori untuk meneruskan kajian mereka.

Bukan itu sahaja, Thompson (1992) dan Resnick dan Omanson (1987)
melaporkan bahawa dengan menggunakan blok asas sepuluh, pelajar akan
mempunyai peningkatan terhadap pemahaman mereka. Wearne dan Hiebert (Hiebert,
Wearne et al. 1991) membuat laporan kejayaan konsisten dalam penggunaan bahan-
bahan konkrit untuk membantu kefahaman pelajar di dalam tajuk pecahan dan
pengiraan perpuluhan. Namun mereka turut menambah bahawa dengan hanya
menggunakan bahan-bahan konkrit tidak cukup untuk menjamin kejayaan. Kita
mesti melihat faktor persekitaran pengajaran untuk memahami keberkesanan
penggunaan konkrit.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan bahan maujud boleh
menghasilkan penggunaan yang berkesan terhadap sistem penerimaan dan
meningkatkan perkembangan pengetahuan pelajar. Dalam suatu kajian menyeluruh
berkenaan pembelajaran Matematik berasaskan aktiviti di kalangan murid tadika
dalam gred 8, Suydam dan Higgins (1977) telah membuat keputusan bahawa
penggunaan bahan konkrit atau maujud dapat menghasilkan pencapaian yang lebih
baik berbanding tanpa penggunaan bahan tersebut.



29

Dalam sebuah analisis yang membanding bezakan antara kesan penggunaan
bahan maujud dan penggunaan arahan berbentuk abstrak, hasil akhirnya telah
menunjukan kesan positif yang menyebelahi penggunaan bahan maujud. Sowell
(1989) menyimpulkan bahawa penggunaan bahan konkrit berserta arahan oleh guru
dapat menambahbaik tingkahlaku dan pencapaian pelajar.

Terdapat juga satu laporan yang dikeluarkan oleh Institusi Penyelidikan
Pendidikan di Universiti Michigan dimana Roth et al (1985) menyatakan bahawa
masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah disebabkan oleh kekurangan aktiviti
pembelajaran yang membantu pelajar memahami matematik. Ada banyak aktiviti
pembelajaran yang boleh digunakan dalam membantu para pelajar memahami
matematik terutamya konsep yang abstrak. Kebanyakkan daripada aktiviti permainan
memerlukan sesuatu yang konkrit. Jika sesuatu yang konkrit itu ditukar kepada
sesuatu yang sebenar, maka keberkesanan pembelajaran atau aktiviti tersebut akan
meningkat. Sekali lagi keberkesanan penggunaan bahan maujud juga disokong
melalui kenyataan di atas.











30

BAB 3

KAEDAH KAJIAN

3.0 Pendahuluan

Penggunaan kaedah yang bersistematik merupakan unsur yang penting untuk
menentukan pencapaian objektif bagi kajian yang dijalankan. Untuk mencapaikan
objektif bagi kajian ini, aspek-aspek akan dibincangkan dalam bab ini merangkumi
reka bentuk kajian, persampelan, lokasi kajian, instrumen kajian, kajian rintis,
prosedur kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisis data.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk yang akan digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kajian
kuantitatif dan berasaskan kaedah eksperimen kuasi. Menurut Sidek Mohd Noah
(2002) pula, kajian eksperimen ini dijalankan oleh penyelidik bertujuan untuk
menyiasat hubungan sebab dan kesan dengan mendedahkan satu atau lebih
kumpulan-kumpulan percubaan kepada satu atau lebih rawatan dan membandingkan
keputusan kepada satu atau lebih kumpulan yang tidak menerima sebarang rawatan.

Kajian ini melibatkan dengan penghasilan sesuatu model iaitu bahan maujud
yang perlu dinilai keberkesanannya ke atas suatu sampel kajian yang ditetapkan.
Keberkesanan bahan maujud dilihat berdasarkan kesahan dan kebolehpercayaan
dalam kajian rintis yang dibina sebelum kajian dijalankan. Menerusi eksperimen
kuasi, kumpulan kawalan dan rawatan diambil daripada kumpulan pelajar yang sedia
ada. Ujian pra akan diberikan kepada pelajar kumpulan kawalan dan kumpulan


31

rawatan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran untuk melihat perbezaan
prestasi antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan, maka min dan peratus
akan digunakan berdasarkan pencapian dalam ujian pra.

Selepas itu, pelajar dalam kumpulan rawatan akan diajar dengan penggunaan
bahan maujud. Manakala pelajar-pelajar dalam kelas kawalan pula akan diajar
dengan cara pengajaran tradisional iaitu dengan cara chalk and talk tanpa
menggunakan kaedah bahan maujud. Kemudian, ujian pos diberikan kepada kedua-
dua kumpulan. Keputusan pelajar boleh dibandingkan untuk melihat kesignifikan
perbezaan antara min markah pelajar.

Kaedah soal selidik yang bersifat kuantitatif akan digunakan. Borang soal
selidik juga akan diedarkan kepada pelajar kumpulan rawatan untuk dijawab selepas
kajian selesai. Soal selidik ini bertujuan untuk menentukan sama ada penggunaan
bahan maujud ini dapat memotivasikan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran
Matematik bagi tajuk darab. Skor daripada hasil soal selidik diambil dan dianalisis
untuk mengira min skor dan peratus tanggapan pelajar terhadap penggunaan bahan
maujud tersebut.

Pengkaji memilih kajian eksperimen kuasi kerana kajian ini sesuai untuk
mengkaji masalah pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan juga dapat
menerangkan serta membuktikan bahawa penggunaan bahan maujud dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ini adalah sesuai dan berkesan. Dengan penggunaan
bahan maujud telah berjaya membawa nafas baru dalam dunia pendidikan. Dengan
menggunakan kaedah ini dapat menarik perhatian pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.


32


Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mengetahui minat dan pencapaian
mereka dalam mata pelajaran Matematik. Di samping itu, dengan menggunakan
bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menyampaikan bahan
pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta memberi maklum balas.

Reka bentuk kajian ini boleh digambarkan dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Reka bentuk kajian







3.2 Persampelan

Sampel kajian yang dipilih adalah terdiri daripada 30 orang pelajar daripada dua
kelas Tahun 2 iaitu 2 Bestari dan Harapan di SK Bintang Mas, Telupid. Sabah.
Pengkaji membentuk kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan responden sebagai
sampel untuk menguji keberkesanan penggunaan bahan maujud dalam mata
pelajaran Matematik Tahun 2. 30 orang pelajar ini adalah terdiri daripada 15 orang
pelajar di kelas 2 Bestari dan 15 orang pelajar di kelas 2 Harapan. Sampel dalam
kajian ini diambil dengan persampelan secara rawak mudah dan sistematik.
Pemilihan sampel ditunjukkan seperti Rajah 3.1.

X1 x X2
Y1 x Y2
Kumpulan
Harapan

B1 x
B2
C1
C2
Kumpulan
A
Kumpulan
Bestari

Kumpulan B
Nota:
X1 dan Y1 = Ujian Pra
X2 dan Y2 = Ujian Pos
x = Rawatan


33















Rajah 3.1 Pemilihan Sampel

Pengkaji membentuk kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan responden
yang mempunyai tahap ciri kebolehan yang hampir sama. 15 orang murid daripada
kelas 2 Bestari diambil sebagai kumpulan kawalan manakala 15 orang murid pula
daripada kelas 2 Harapan diambil sebagai kumpulan rawatan. Hanya seorang guru
sahaja yang mengajar tajuk Darab. Kumpulan rawatan diajar dengan penggunaan
bahan maujud manakala kumpulan kawalan diajar dengan cara pengajaran
tradisional, iaitu chalk and talk. Kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan
diberikan ujian pra dan ujian pos bagi mengukur perbezaan pencapaian pelajar yang
SK BINTANG MAS
2 Kelas Tahun 2
2 Bestari
(Kumpulan kawalan)
2 Harapan
(Kumpulan rawatan)
15 orang 15 orang
30 orang



34

dikenakan. Ujian pra diberikan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
manakala ujian pos dijalankan selepasnya.

Jadual 3.2 : Bilangan Peserta Tahun 2 Yang Mengambil Mata Pelajaran Matematik

Kelas Lelaki Perempuan Jumlah Kumpulan
Kelas 2 Harapan 9 6 15 Kawalan
Kelas 2 Bestari 7 8 15 Rawatan

3.3 Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di Sk. Bintang Mas, Telupid. Pemilihan lokasi sekolah ini
adalah kerana sekolah ini adalah tempat pengkaji menjalankan tugas sebagai guru
matematik. Sampel yang dipilih dijangkakan dapat menjawab persoalan kajian.
Marshall dan Rossman (1995), telah menggariskan empat perkara yang perlu diberi
perhatian, sebelum memilih tempat kajian iaitu:
i. Tiada halangan untuk menjalankan kajian. Dalam hal ini, pengkaji
mendapati guru-guru dan juga guru besar sekolah ini telah memberikan
kerjasama yang baik. Pihak sekolah dan responden memberikan
persetujuan untuk pengumpulan data.
ii. Mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk melaksanakan proses
pengumpulan data dengan baik, serta wujudnya minat dan kerjasama
daripada responden. Dalam hal ini, pengkaji dapat memperoleh data yang
diperlukan untuk kajian ini kerana pengkaji mendapat kerjasama yang
baik daripada pihak pentadbir sekolah dan semua responden. Responden
memberikan kerjasama semasa pengajaran, ujian pra, ujian pos dan juga


35

semasa menjawab soal selidik.
iii. Berkemampuan untuk membina hubungan percaya mempercayai dengan
responden. Dalam hal ini, pengkaji berjaya mewujudkan suasana
kemesraan serta saling mempercayai, hormat-menghormati dan sentiasa
bersedia untuk berbincang. Pengkaji telah memaklumkan kepada
responden tujuan soal selidik dan juga tujuan kajian ini dijalankan.
iv. Berkeyakinan boleh mendapatkan data yang berkualiti dan mempunyai
kredibiliti untuk tujuan kajian.

3.4 Instrumen Kajian

Terdapat 3 jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu ujian pra, ujian pos
dan borang soal selidik bagi mata pelajaran Matematik tahun 2 khususnya tajuk
Darab.

Soalan-soalan bagi ujian pra dan pos dibinakan berdasarkan Huraian Sukatan
Mata Pelajaran Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Soalan-
soalan bagi ujian pra dan ujian pos adalah digunakan untuk kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan bagi menilai prestasi pelajar sepanjang kajian. Manakala borang
soal selidik yang bertujuan untuk mengutip data kuantitatif mengenai minat terhadap
keberkesanan bahan maujud.

3.4.1 Ujian Pra

Ujian pra digunakan untuk menguji kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Soalan ujian yang diberikan berdasarkan kemahiran pelajar dalam topik kajian.


36

Pengkaji menyediakan sebanyak 8 soalan berbentuk objektif dalam bahagian A dan
12 soalan berbentuk subjektif dalam bahagian B. Jumlah markah bagi kesemua
soalan ini ialah 100%. (Rujuk Lampiran A). Masa yang diberikan kepada pelajar
untuk menjawab soalan adalah selama satu jam. Di dalam kajian ini, kertas soalan
bagi ujian pra diedarkan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan sebelum
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi kedua-dua kumpulan.

Tujuan ujian pra ini diadakan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
meninjau pengetahuan pelajar tentang topik yang diajar dan untuk melihat perbezaan
yang wujud setelah proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ujian pra ini
diuji kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan adalah berpandukan kepada
pengetahuan sedia ada pelajar sahaja.

3.4.2 Ujian Pos

Ujian pos adalah ujian sama seperti yang dijalankan semasa ujian pra tetapi diberikan
selepas proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Kumpulan kawalan diajar
dengan menggunakan kaedah pengajaran tradisional iaitu chalk and talk manakala
kumpulan rawatan pula diajar dengan menggunakan bahan maujud. Ujian pos juga
terdiri daripada 8 soalan berbentuk objektif dalam bahagian A dan 12 soalan
berbentuk subjektif dalam bahagian B. Jumlah markah bagi kesemua soalan ini ialah
100%. (Rujuk Lampiran A). Masa yang diberikan untuk menjawab soalan adalah
selama satu jam.




37

Dalam kajian ini, ujian pos diberikan kepada kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Tujuannya adalah menguji sama ada peningkatan prestasi di kalangan pelajar setelah
proses pengajaran dan pembelajaran tersebut dijalankan. Ujian pos ini diuji kepada
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap
pencapaian pelajar dan melihat perbezaan yang wujud sebelum dan selepas proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Jadual 3.3 : Rumusan JPU Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pasca
Ujian /
Aras
Kesukaran

Pengetahuan

Kefahaman

Aplika
si

Analisi
s

Sintes
is

Penilaia
n
Jumlah
Item
Ujian Pra 10 8 2 0 0 0 20
Ujian Pos 10 8 2 0 0 0 20

Secara keseluruhan, jumlah item soalan yang terkandung dalam ujian pra dan
ujian pos adalah 20 item. Bagi soalan bahagian A dan B, ini telah melibatkan tiga
aras sahaja iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Terdapat keberkesanan
penggunaan bahan maujud ini dalam kedua-dua ujian pra dan ujian pos dapat
meningkatkan prestasi dan minat pelajar dalam mata pelajaran Matematik.







38

3.4.3 Soal Selidik

Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklum balas dari responden berkaitan
dengan minat dan maklum balas dalam mata pelajaran Matematik bagi topik
Darab. Dalam kajian ini, borang soal selidik mengandungi kenyataan positif dan
negatif mengikut skala perbezaan semantik. Terdapat sebanyak 7 soalan di dalam
borang soal selidik. Soal selidik disediakan dalam bentuk skala Likert seperti dalam
Jadual 3.4. Soal selidik ini bertujuan untuk menilai keberkesanan dan minat
responden terhadap penggunaan bahan maujud dalam kajian ini. Responden boleh
memilih sama ada salah satu skor tersebut sekiranya pernyataan menepati minat dan
prestasi mereka dalam mata pelajaran Matematik (Rujuk Lampiran B).

Jadual 3.4 : Pembahagian Skor Berdasarkan Skala Likert
Skala likert
Skor 1 Sangat Tidak Setuju
Skor 2 Kurang Setuju
Skor 3 Tidak Pasti
Skor 4 Setuju
Skor 5 Sangat Setuju









39

3.5 Gred Pencapaian Pelajar

Jadual 3.5 : Gred Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Matematik Melalui
Tajuk Darab.

Gred Pencapaian Skor
A 80-100
B 60-79
C 40-59
D 20-39
E 0-19

Jadual 3.5 menunjukkan skor yang ditetapkan oleh pihak sekolah untuk menentukan
gred pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Matematik Tahun 2. Skor pencapaian
pelajar dibahagikan kepada 5 gred, iaitu A, B, C, D dan E.

3.5.4 Micrososft Office Excell 2007
Micrososft Office Excell 2007 ialah alat pengukuran untuk menganalisis data-
data berkomputer yang dikumpul melalui ujian pra, ujian pos dan soal selidik. Fungsi
Micrososft Office Excell 2007 ini adalah untuk menganalisis kesahan dan
kebolehpercayaan data-data yang diperolehi dari kajian rintis. Di samping itu, data-
data yang dikumpul dari ujian pra dan ujian pos akan dianalisis untuk mendapatkan
min markah dan peratus.





40

3.6 Kajian Rintis

Kajian rintis ini dilaksanakan sebelum kajian sebenar dijalankan. Tujuan kajian rintis
ini dijalankan adalah untuk menguji kebolehpercayaan dan ketekalan instrumen-
instrumen kajian.

Kajian rintis ini dijalankan bagi instrumen iaitu borang soal selidik. Bagi
menjalankan kajian rintis ini pengkaji hanya menggunakan bilangan responden yang
sedikit iaitu melibatkan 30 orang pelajar tahun 2 yang hampir sama kebolehan
dengan sampel kajian.

Dalam perlaksanaan set soalan ujian pra dan soalan ujian pos, set soalan ini
telah telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Cara analisis data yang dilakukan bagi set soalan ujian pra dan soalan ujian pos
adalah dengan menggunakan min dan peratus berdasarkan kedua-dua ujian ini.
Tujuan utama kaedah ini digunakan adalah untuk membandingkan min bagi dua set
data yang diperolehi daripada kumpulan sampel yang sama. Ini bermakna, setiap
sampel mempunyai dua skor yang hendak dibandingkan antara satu sama lain.

Dalam perlaksanaan borang soal selidik pula, responden-responden yang
dipilih akan menandakan satu nombor yang sesuai dalam petak pernyataan
berdasarkan skala Likert 5 mata yang diberikan iaitu 1 mewakili sangat tidak setuju,
2 mewakili tidak setuju, 3 mewakili tidak pasti, 4 mewakili setuju dan 5 sangat
setuju.





41

3.7 Prosedur Kajian

Prosedur kajian yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan topik kajian yang
telah dijalankan sebagai alat yang mampu menjelaskan fokus utama kajian ini
dengan lebih baik. Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar yang dipilih
akan diberikan ujian pra. Selepas itu, guru akan berinteraksi dengan pelajar dari
kumpulan rawatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
bahan maujud. Seterusnya, proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
yang bertopik Darab' berlangsung.

Penggunaan bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik
dapat memudahkan pelajar memahami sesuatu pembelajaran yang disampaikan oleh
guru. Ini kerana, pelajar lebih mudah memahami sesuatu pelajaran yang dapat
dilihat, disentuh dan dipegang sendiri oleh pelajar tersebut telah membantu mereka
memahami konsep darab dengan lebih jelas. Ini seterusnya, akan memudahkan
pelajar mengingati apa yang dipelajari. Oleh itu, penggunaan bahan maujud akan
menjadi satu alternatif pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu
meningkatkan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran Matematik.

Selepas menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar diberi ujian
pos untuk menguji pencapaian mereka. Selepas itu, borang soal selidik diagihkan
kepada pelajar kumpulan rawatan untuk mendapatkan maklum balas tentang minat
dan pencapaian terhadap penggunaan bahan maujud dalam pengajaran dan
pembelajaran terhadap mata pelajaran Matematik. Dengan membandingkan
perbezaan min markah pencapaian ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan


42

dan kumpulan rawatan, pengkaji dapat mengenal pasti kesan penggunaan bahan
maujud yang dibina.













Rajah 3.2 : Rangka Prosedur Kajian

3.8 Prosedur Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, pengkaji mengumpulkan data melalui ujian pra, ujian pos dan
borang soal selidik. Proses pengumpulan data dilakukan selama sebulan di Sk.
Bintang Mas. Kajian akan berjalan dengan lancar dan teratur jika terdapat
perancangan dan pelaksanaan yang bersistematik. Dengan itu, masalah yang dihadapi
dapat dikurangkan ke tahap yang minimum.


Guru
Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran
(Bahan Maujud)
Proses pengajaran dan
pembelajaran
Soal selidik
Minat dan Prestasi
Ujian pra Pelajar
Ujian pos


43

3.8.1 Penentuan Bidang Kajian

Mula-mula, pengkaji perlu menentukan bidang yang hendak dikaji melalui
pembacaan kajian-kajian lepas serta rujukan daripada Perpustakaan Daerah Telupid
dan internet untuk menentukan bidang kajian yang dipilih.

3.8.2 Penyediaan Kertas Cadangan Tindakan

Kertas cadangan bagi kajian ini disediakan dengan lengkap dan teliti. Kertas ujian
pra, ujian pos, borang soal selidik, surat-surat dan bahan maujud juga perlu
disertakan dalam proposal ini.

3.8.3 Pemerolehan Kebenaran

Sebelum kajian dijalankan, pengkaji harus mendapat kebenaran daripada gurubesar
Sk. Bintang Mas untuk menjalankan kajian ini di sekolah berkenaan. Dengan
kerjasama daripada Guru Besar dan ketua panitia Matematik di Sk. Bintang Mas,
pengkaji dapat menjalankan kajian dengan memberi ujian pra dan ujian pos kepada
pelajar bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan serta mengedarkan borang
soal selidik kepada pelajar yang terbabit untuk mentadbirkan instrumen kajian ini.
Pengedaran borang soal selidik ini telah dilakukan oleh pengkaji sendiri selepas ujian
pos dijalankan bagi kumpulan rawatan. Pelajar dikehendaki menjawab soalan selidik
ini dalam masa 30 minit.






44

3.8.4 Menjalankan Kajian Rintis

Kajian rintis akan dilaksanakan sebelum ujian sebenar dijalankan. Sebanyak 15
orang pelajar dari Tahun 2 iaitu pelajar yang tidak terlibat dalam kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan telah dipilih untuk terlibat dalam kajian rintis ini.

3.8.5 Langkah-langkah Pengumpulan Data

Kajian ini dijalankan di Sk. Bintang Mas, Telupid. Sabah. Pada permulaannya, ujian
pra akan diberikan kepada 30 orang pelajar sebelum proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Selepas ujian pra dilaksanakan, proses pengajaran dan
pembelajaran akan diberikan oleh guru kepada pelajar. Kumpulan rawatan akan
mempelajari topik Darab dengan menggunakan bahan maujud. Manakala
kumpulan kawalan akan mempelajari topik tersebut dengan kaedah pengajaran
tradisional. Proses pengajaran adalah dijalankan mengikut jadual waktu yang
ditetapkan oleh pihak sekolah.

Selepas pengajaran formal dengan kaedah penggunaan bahan maujud, pelajar
diberikan ujian pos untuk meninjau pencapaian mereka terhadap bahan maujud yang
dibangunkan. Guru akan memberikan ujian pasca kepada pelajar. Borang soal selidik
juga akan diedarkan kepada para pelajar untuk meninjau persepsi mereka terhadap
mata pelajaran Matematik khususnya bagi topik Darab melalui bahan maujud.
Pemarkahan akan dilakukan dan data-data hasil ujian pelajar akan dianalisis. Jadual
3.6 menunjukkan aktiviti tindakan yang dijalankan terhadap kumpulan kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan.



45

Jadual 3.6 : Jadual Perlaksanaan Tindakan Untuk Kumpulan Kawalan Dan
Kumpulan Rawatan.
Kumpulan Perkara





Kawalan

Guru memberikan ujian pra bagi Darab kepada
kumpulan kawalan. Peruntukan masa dalam ujian pra
adalah selama 1 jam.

Proses pengajaran formal dijalankan dengan pengajaran
tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kepada kumpulan kawalan.

Ujian pos diberikan kepada kumpulan kawalan selepas
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Peruntukan masa dalam ujian pos adalah selama 1 jam.








Rawatan

Guru memberikan ujian pra bagi topik Darab kepada
kumpulan rawatan. Peruntukan masa dalam ujian pra
adalah selama 1 jam.

Proses pengajaran formal dijalankan dan penggunaan
bahan maujud yang disediakan, digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kepada kumpulan
rawatan. Guru mengagihkan guli sebagai bahan maujud
tentang topik Darab kepada setiap pelajar.



46


Ujian pos diberikan kepada kumpulan rawatan selepas
satu hari proses dengan bahan maujud dijalankan.
Peruntukan masa dalam ujian pasca adalah selama 1
jam. Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar
selepas ujian pos dijalankan.





















47

3.9 Prosedur Penganalisis Data
Pengkaji mengumpulkan kertas soalan ujian pra dan ujian pos daripada para
pelajar. Pengkaji membuat semakan ke atas kertas jawapan yang dikumpulkan.
Seterusnya, penganalisis data dilakukan ke atas pencapaian ujian pra dan ujian pos
pelajar. Penganalisis data yang dikumpulkan adalah berdasarkan kepada lima proses
utama. Antaranya ialah :











Rajah 3.3 Lima Proses Utama Penganalisis Data.

Kajian ini menggunakan analisis min dan peratus untuk menganalisis data
yang diperolehi. Analisis min dan peratus digunakan bagi ujian pra, pos dan soal
selidik bagi dua sampel ialah dengan menggunakan perisian Micrososft Office Excell
2007. Rangka kerja untuk penganalisis data kajian seperti Rajah 3.3.



Pengurusan data
Pembacaan data
Penghuraian data
Pengklasifikasian data
Pentaksiran data


48


kumpulan













Rajah 3.4 Rangka Kerja Analisis Data Kajian.

Selepas menganalisis data, pengkaji menulis laporan akhir kajian. Pelbagai rujukan
dan dapatan dimasukkan ke dalam laporan ini.

3.10 Penutup

Secara kesimpulannya, kaedah dan cara pelaksanaan kajian ini telah dibincangkan
dalam bab ini. Melalui kajian ini, minat dan prestasi pelajar dapat ditingkatkan
setelah mengaplikasikan bahan maujud yang disediakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Matematik. Oleh itu, pengkaji menjadi lebih mahir dan jelas dengan
tatacara kajian yang hendak dijalankan.
Kumpulan kawalan
(15 orang pelajar)
Kumpulan rawatan
(15 orang pelajar)
Ujian pra
Ujian pra
Penggunaan
chalk and talk
Penggunaan
bahan maujud
Ujian pos
Ujian pos
Perbandingan
keputusan
Min dan peratus
Soal selidik


49

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan
Dalam bahagian ini, dapatan kajian akan dipaparkan dalam bentuk teks, jadual dan
graf di mana setiap aspek berikut akan menggambarkan perbezaan pencapaian yang
diperolehi oleh pelajar dalam topik darab bagi mata pelajaran Matematik dengan
menggunakan peta konsep melalui ujian pra dan ujian pos.

4.1 Profil Responden
Kajian ini melibatkan seramai 30 orang murid tahun 2 di sebuah sekolah pedalaman.
Responden mempunyai latar belakang yang berbeza antara satu sama lain. Dua kelas
dipilih melakukan kajian. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan di mana kedua-
dua kumpulan pelajar ini mempunyai tahap pencapaian yang agak setara.

Jadual 4.1 : Profil Responden Kajian Mengikut Etnik.
Kumpulan Latar Belakang Frekuensi Peratus
Rawatan

Etnik
Tidong
Dusun
Sungai

6
5
4

40
33.33
26.67
Kawalan

Etnik
Tidong

8

53.33


50

Dusun
Sungai
3
4
20
26.67
Jumlah Etnik
Tidong
Dusun
Sungai

14
8
8

46.67
26.67
26.67

Jadual 4.2 : Profil Responden Mengikut Jantina.

Kumpulan Latar Belakang Bilangan Peratus
Rawatan

Jantina
Lelaki
Perempuan


7
8

46.67
53.33
Kawalan

Jantina
Lelaki
Perempuan

9
6

60
40
Jumlah Jantina
Lelaki
Perempuan

16
14

53.33
46.67

Jadual 4.1 dan 4.2 menunjukkan profil responden kajian tentang taburan keseluruhan
responden mengikut etnik ialah 14 orang (46.67%) murid Tidong, 8 orang (26.67%)
dan murid Dusun 8 orang (26.67%). Mereka terdiri daripada 16 orang (53.3) murid
lelaki dan 14 orang (46.67 %) murid perempuan. Taburan ini menunjukkan murid


51

Tidong lebih ramai daripada murid Dusun dan Sungai. Taburan ini juga
menunjukkan murid lelaki lebih ramai daripada murid perempuan.

4.2 Hasil Kajian
Hasil kajian akan diubah menjadi bentuk data dan data yang telah dikumpul melalui
ujian pra dan ujian pos akan dianalisis untuk mengetahui sama ada objektif dan
hipotesis yang telah ditetapkan tercapai atau sebaliknya.

4.3 Hasil Soal Selidik
Hasil dari tinjauan penyelidik berkaitan persepsi responden terhadap topik Darab dan
minat responden terhadap penggunaan bahan maujud yang dibangunkan dalam
pembelajaran topik darab dapat diringkaskan seperti maklumat di Jadual 4.3.

Jadual 4.3 : Respon soal selidik bagi pelajar kumpulan rawatan terhadap penggunaan
bahan maujud dalam Mata pelajaran Matematik. (Minat)
Bi
l
Item Peratus Respon/(Bilangan
Respon)
Min

1

2

3

4

5



Purata

0

0

0

26.7

73.32

4.73

Berdasarkan soal selidik di atas, item-item dalam soal selidik tersebut dibina untuk
meninjau persepsi responden terhadap topik darab. Didapati 100 peratus responden
bersetuju dan min bagi soal selidik ini 4.73. Ini menunjukkan bahawa mereka adalah


52

mudah memahami tentang topik yang diajar. . Secara keseluruhannya, responden
adalah berminat dan faham tentang topik yang disampaikan.

Jadual 4.4 : Analisis Soalan Soal Selidik Bagi Pelajar Kumpulan Rawatan Terhadap
penggunaan bahan maujud Dalam Tajuk Darab Bagi Matematik Tahun
2. (Pencapaian)

Bil Item Peratus Respon/(Bilangan
Respon)
Min

1

2

3

4

5


Purata

0

0

0

26.67

73.33

4.73

Jadual 4.4 menunjukkan analisis soalan soal selidik terhadap penggunaan
bahan maujud bagi pelajar kumpulan rawatan. Nilai min tertinggi ialah 4.87. Nilai
min terendah ialah 4.60. Semua item yang diuji berada pada tahap yang tinggi. Ini
bererti bahawa majoriti pelajar bersetuju bahawa mereka berminat belajar dengan
berbantukan bahan maujud . Selain itu, purata min skor soal selidik ialah 4.73. Ini
menunjukkan penggunaan bahan maujud telah dapat menarik minat pelajar untuk
terus belajar. Penerangan yang disampaikan adalah menarik dan mudah. Di samping
itu, responden adalah amat mudah untuk memahami pengajaran yang disampaikan
dengan bahan maujud. Oleh itu, dengan adanya penggunaan bahan maujud, kualiti
pelajar dapat ditingkatkan, dan sebagai impaknya kualiti pelajar akan meningkat. Hal
ini secara tidak lansung dapat meningkatkan kualiti sekolah.



53

Jadual 4.5 : Ringkasan Keseluruhan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan Bahan Maujud Ke atas Minat Dan Pencapaian Matematik
Terhadap Tajuk Darab.

Skala Kekerapan Peratus (%)


1

0

0
2 0 0
3 0 0
4 28 26.92
5 76 73.08

Jumlah


104

100

Dari Jadual 4.5 di atas didapati mod skala penilaian ialah 5 (sangat setuju) dan
median skala penilaian adalah 4. Manakala min skala penilaian perspektif juga
melebihi 4 iaitu 4.73. Oleh yang demikian, pengkaji merumuskan bahawa terdapat
perspektif yang positif dalam kalangan para responden tahun 2 (rawatan) terhadap
penggunaan bahan maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran.








54

4.4 Analisis Pencapaian Responden

Pencapaian responden dianalisis untuk membuktikan penggunaan bahan maujud
mampu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran topik
Darab bagi mata pelajaran Matematik Tahun dua. Ujian pra diberikan kepada
responden sebelum kajian dijalankan dan ujian pos diberikan kepada pelajar setelah
pengajaran (kaedah pengajaran tradisional) bagi kumpulan kawalan dan (kaedah
bahan maujud) bagi rawatan. Dapatan markah bagi kumpulan rawatan seperti
berikut:

Jadual 4.6: Markah Ujian pra dan Ujian pos Bagi Kumpulan Kawalan.
Ujian Pra Ujian Pos Selisih


Peratus(%)

46.67

60.33

13.67

Jadual 4.6 menunjukkan berlaku peningkatan dalam ujian yang diberikan kepada
responden bagi kumpulan kawalan penggunaan kaedah pengajaran tradisional.

Jadual 4.7 : Markah Ujian pra dan Ujian pos Bagi Kumpulan Rawatan
Responden Ujian Pra Ujian Pos Selisih

Peratus(%) 42.00 88.33 45.67

Jadual 4.7 juga menunjukkan berlaku peningkatan dalam ujian yang diberikan
kepada pelajar bagi kumpulan rawatan penggunaan bahan maujud. Jumlah selisih
dalam ujian yang diberikan kepada pelajar bagi kumpulan rawatan adalah lebih


55

tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Ini menunjukkan kaedah penggunaan
bahan maujud dapat meningkatkan pencapaian pelajar.

Jadual 4.8 : Taburan Gred Pencapaian Responden Kumpulan Rawatan dan
Kawalan dalam Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Mata Pelajaran
Matematik Terhadap Tajuk Darab

Kumpulan Rawatan (Bilangan Pelajar) Kawalan (Bilangan Pelajar)

A B C D E A B C D E


Ujian Pra

1

2

5

7

0

1

4

6

4

0

Ujian Pos

12

2

1

0

0

4

5

3

3

0

Jadual 4.8 juga menunjukkan berlaku peningkatan dalam ujian pos yang diberikan
kepada responden bagi kumpulan rawatan penggunaan bahan maujud. Jumlah gred A
dalam ujian yang diberikan kepada responden bagi kumpulan rawatan adalah lebih
tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Ini menunjukkan kaedah penggunaan
bahan maujud dapat meningkatkan pencapaian pelajar.






56

Jadual 4.9 : Pencapaian Pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca Bagi
Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan Mengikut Bilangan
Peratus
Kumpulan Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)
A B C D E A B C D E

Rawatan

6.67

13.33

33.33

46.67

0

80

13.33

6.67

0

0

Kawalan

6.67

26.67

40

26.67

0

26.67

33.33

20

20

0

Jadual 4.9 juga menunjukkan berlaku peningkatan dalam ujian pos yang diberikan
kepada responden bagi kumpulan rawatan penggunaan bahan maujud. Jumlah
peratus gred A dalam ujian yang diberikan kepada responden bagi kumpulan rawatan
adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Ini menunjukkan kaedah
penggunaan bahan maujud dapat meningkatkan pencapaian pelajar.

Jadual 4.10 : Rumusan Bilangan pelajar Lulus dan Gagal Bagi Kumpulan Rawatan
dan Kumpulan Kawalan.
Kumpulan Ujian Pra Ujian Pos
Lulus Gagal Lulus Gagal
Rawatan 8 7 15 0
Kawalan 10 4 12 3

Jadual 4.10 menunjukkan kumpulan kawalan mengalami peningkatan kecil bagi
pelajar yang lulus dan gagal dalam ujian pra dan ujian pos berdasarkan kaedah


57

pengajaran tradisional. Manakala kumpulan rawatan mengalami peningkatan dalam
ujian pos yang dijalankan semua pelajar lulus.

Jadual 4.11 : Rumusan Bilangan Pelajar Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Kumpulan
Rawatan.
Gred Ujian Pra Ujian Pos
A 1 12
B 2 2
C 5 1
D 7 0
E 0 0

Jadual 4.11 menunjukkan bilangan pelajar yang lulus bagi kumpulan rawatan
meningkat selepas meggunakan bahan maujud. Ini menunjukkan bahawa
penggunaan bahan maujud dapat meningkatkan pencapaian pelajar bagi tajuk
darab dalam mata pelajaran Matematik.











58

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.0 Pendahuluan
Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan tentang perkaitan dengan keputusan
kajian yang diperolehi melalui analisis min dan peratus serta keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran penggunaan bahan maujud ke atas minat dan
pencapaian Matematik terhadap tajuk darab, cadangan penyelidik dan juga rumusan
keseluruhan. Ini bermakna keputusan yang diperolehi melalui analisis data dalam
bab 4 perlu dikaitkan dengan dapatan-dapatan daripada kajian-kajian terdahulu.
Seterusnya, perbincangan dapatan ini adalah berdasarkan persoalan kajian pertama
iaitu penggunaan bahan maujud dapat menarik minat murid terhadap proses
pembelajaran tajuk darab dan yang kedua pencapaian murid dalam ujian tajuk darab
dapat ditingkatkan melalui penggunaan bahan maujud.

5.1 Apakah penggunaan bahan maujud dapat menarik minat murid
terhadap proses pembelajaran tajuk darab?

Setelah penggunaan bahan maujud ini diaplikasikan, pengkaji dapat melihat
beberapa perubahan positif kepada responden dalam kajian ini. Pengkaji berpendapat
kaedah penggunaan bahan maujud dapat menarik minat responden terhadap proses
pembelajaran tajuk darab.

Pengkaji telah menjalankan soal selidik kepada kumpulan rawatan yang
menggunakan kaedah bahan maujud dalam proses pengajaran pembelajaran.


59

Terdapat sepuluh item soalan di dalam borang soal selidik yang dibina dengan tujuan
untuk menilai keberkesanan bahan maujud. Borang soal selidik ini mengandungi
lima pilihan skala mengikut Skala Likert. Penyelidik membahagikan pilihan tersebut
kepada tiga skala besar iaitu setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Setelah analisis dilakukan melalui borang soal selidik, didapati majoriti
responden memilih sangat bersetuju iaitu dengan purata item sebanyak 73.33
manakala untuk purata skala setuju adalah sebanyak 26.67. Analisis ini bertepatan
dengan kajian yang dilakukan oleh Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai
Kuan (2001), yang bertajuk Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah. Dalam
kajian ini, lebih daripada 98.8 % reponden bersetuju bahawa penggunaan bahan
bantu mengajar dapat meningkatkan minat, penglibatan serta kefahaman pelajar
terhadap konsep matematik. Melalui kajian yang dilakukan oleh penyelidik terdahulu
dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan bahan maujud dapat menarik minat
pelajar terhadap tajuk darab tahun dua.

Dapatan kajian ini juga selari dengan kajian yang dijalankan oleh Tan Wui
Gee. Beliau berpendapat penggunaan bahan bantu mengajar sangat memberi manfaat
dalam usaha meningkatkan pemahaman. Pengkaji menyatakan suasana pengajaran
dan pembelajaran telah berubah apabila guru menggunakan kit manipulatif sebagai
alat bantu mengajar. Pelajar telah menunjukkan sikap yang baik dengan memberi
fokus kepada proses pembelajaran. Ini kerana bahan konkrit yang digunakannya
dalam kelas membolehkan murid menyentuh, mencuba dan melakukan sendiri dan
tidak langsung dapat mengatasi masalah disiplin pelajar.



60

5.2 Adakah penggunaan bahan maujud dapat meningkatkan pencapaian
murid dalam ujian tajuk darab?

Bagi melihat keberkesanan penggunaan bahan maujud dalam tajuk darab ke atas
pencapaian murid tahun dua, ujian pra dan pos telah dijalankan ke atas responden
kawalan dan rawatan. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan terdapat
perbezaan ke atas peningkatan kepada pencapaian responden setelah responden
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan maujud.

Analisis peratus menunjukkan kumpulan kawalan mendapat 47% semasa
ujian pra dan sebanyak 60% semasa ujian pasca. Perbezaan peningkatan peratus yang
diperolehi kumpulan kawalan semasa ujian pra dan ujian pasca adalah sebanyak 13%
sahaja. Hal ini kerana responden kumpulan kawalan tidak menggunakan bahan
maujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran tajuk darab.

Manakala peratus bagi kumpulan rawatan untuk ujian pra adalah 48% dan
ujian pasca sebanyak 88%. Kumpulan rawatan mencatatkan peningkatan peratus
antara ujian pra dan ujian pasca sebanyak 46%. Hal ini menunjukkan peningkatan
yang positif antara kumpulan rawatan dan membuktikan bahawa penggunaan bahan
maujud dapat meningkatan pencapaian murid terhadap pengajaran dan pembelajaran
tajuk darab matematik. Dapatan kajian ini selari dengan kajian yang telah dijalankan
oleh Suydam dan Higgins (1977), beliau telah membuat keputusan bahawa
penggunaan bahan konkrit atau maujud dapat menghasilkan pencapaian yang lebih
baik berbanding tanpa penggunaan bahan tersebut.



61

Selain itu, dapatan kajian ini juga selari dengan pendapat Roth et al (1985),
kebanyakkan daripada aktiviti permainan memerlukan sesuatu yang konkrit. Jika
sesuatu yang konkrit itu ditukar kepada sesuatu yang sebenar, maka keberkesanan
pembelajaran atau aktiviti tersebut akan meningkat. Sekali lagi keberkesanan
penggunaan bahan maujud juga disokong melalui kenyataan di atas.

Secara keseluruhannya, peningkatan peratusan yang ditunjukkan oleh
kumpulan rawatan dalam ujian pasca menunjukkan bahawa penggunaan bahan
maujud telah meningkatkan pencapaian responden terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran tajuk darab matematik.

5.3 Implikasi Kajian.
Implikasi kajian dilakukan terhadap penggunaan bahan maujud ini adalah bagi
melihat kelebihan-kelebihan yang terdapat pada bahan maujud yang telah
dihasilkan oleh penyelidik. Bahan maujud yang dihasilkan mempunyai
beberapa kelebihan iaitu:
(a) Sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Bahan maujud merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan
rangsangan murid di samping mengalihkan tumpuan mereka kepada
perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam
pembelajaran. Murid akan lebih memahami isi kandungan pelajaran
secara lebih mendalam lagi sekiranya mereka dapat melihat dan
menyentuh objek. Oleh itu, mereka dapat mengeluarkan idea dengan
lebih cepat dan mudah.




62

(b) Sebagai penjelasan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam pengajaran bagi topik darab, terdapat konsep tambah yang
maknanya dapat dihuraikan dengan lebih jelas jika diterangkan dengan
contoh-contoh tertentu yang memerlukan bahan maujud. Penerangan
guru yang diiringi dengan bahan maujud seperti gula-gula dan tutup
botol adalah sumber yang sesuai untuk memperkembangkan corak
pemikiran dan membantu mereka memahami tajuk darab dengan lebih
jelas.

(c) Sebagai penggerak kepada penggunaan pelbagai deria dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik.
Secara semulajadi, kita belajar melalui pelbagai deria iaitu rasa, dengar,
lihat, sentuh dan bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah yang banyak menggunakan bahan maujud seperti gula-gula dan
tutup botol bagi tajuk darab telah membantu murid memahami dan
mengingati konsep darab iaitu tambah berulang. Apabila lebih banyak
deria dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran maka lebih teguh daya
ingatan terhadap tajuk darab.

(d) Sebagai sumber pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi tajuk darab.
Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan
tidak langsung. Contohnnya, apabila murid melihat dan menyentuh
gula-gula dan penutup botol, mereka akan mengetahui tentang
penambahan berulang yang menjadi konsep kepada tajuk darab.



63

5.4 Rumusan Dapatan

Secara keseluruhannya bab ini telah mengupas dan menerangkan segala aspek,
persoalan, data-data yang telah dikutip dan dianalisis mahupun hipotesis yang
telah diutarakan oleh penyelidik pada bab 1 lagi. Tiada permasalahan dan
persoalan didunia ini tanpa jalan penyelesaian. Penggunaan bahan maujud di
dalam bilik darjah ini merupakan salah satu jalan penyelesaian daripada berjuta
lagi jalan penyelesaian terhadap masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
pelajar.

Kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan penggunaan bahan
maujud ke atas minat dan pencapaian murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tajuk darab matematik. Pengkaji mendapati terdapat perbezaan
minat dan peningkatan pencapaian antara kumpulan kawalan dan rawatan.
Kumpulan rawatan menunjukkan peratusan yang memberangsangkan
berbanding kumpulan kawalan. Hal ini kerana kumpulan rawatan diberikan
kaedah penggunaan maujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran
manakala kumpulan kawalan tiada.

Kesimpulannya, kajian ini telah memberikan banyak maklumat berguna
kepada pengkaji terutamanya maklumat mengenai bahan maujud. Penggunaan
bahan bantu mengajar telah dapat membantu dalam meningkatkan minat dan
pencapaian murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk
darab matematik.




64

5.5 Cadangan Kajian Seterusnya
Berikut adalah beberapa cadangan yang disarankan oleh penyelidik:
a. Kajian hendaklah dibuat kepada banyak sekolah di seluruh negara.
Ini dilakukan bagi melihat sejauhmana keberkesanan penggunaan
bahan maujud ini.

b. Lebih banyak kajian yang dijalankan terhadap jenis-jenis bahan
maujud yang lebih menarik dalam tajuk darab.

c. Pupuk budaya penyelidikan dikalangan guru, pelajar dan
masyarakat untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf
antarabangsa.

d. Guru matematik hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran untuk mengelakkan pelajar bosan.

e. Pihak kerajaan hendaklah memastikan prasarana sekolah dilengkapi
dengan alat sesuai dengan perubahan zaman.











65

RUJUKAN

Atan Long. (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan, Edisi Keempat. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Pustaka.

David Lim Chong Lim, Nor Azizah Salleh dan et.al.(2011).HBEF2503 Kaedah
Penyelidikan dalam Pendidikan. Open University Malaysia.Selangor Darul
Ehsan: Meteor.Sdn.Bhd.

Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2005), Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan
untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Dan
Menengah,Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Sidi Gazalba. (1966). Pengantar Sejarah Sebagai Ilmu. Jakarta

Esah Sulaiman (2003). Asas Pedagogi. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Evans, J. M. & Brueckner, M. M. (1990). Elementary social studies teaching for
today and tomorrow. Massachusetts: Ally and Bacon.

Gage, N.L.,& Berliner, D.C. (1991). Educational Psychology, 5
th
Ed. Boston, MA:
Houghton.

Gagne, R.M., (1996). The Conditions of Learning and Theory of Instruction. New
York: CBS Publishing Asia Ltd.

Gay, L. R. and Airasian, P. (2003). Education Research: Competencies for Analysis
and Applications New Jersey: Pearson Education, Inc., Upper Saddle river.

Kassim bin Abbas. (2006). Media dalam Pendidikan: Merancang dan Menggunakan
Media dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Khairani Abu Bakar dan Hazali Hassan.(2000). Penilaian di Dalam Kelas Matematik
KBSR. Pulau Pinang: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Khalid Johari. (2003). Penyelidikan dalam Pendidikan: Konsep dan Prosedur.
Selangor: Prentice Hall.

Marshall, C. & Rossman, G. B. (1995). Designing qualitative research (2nd ed.) CA:
Sage Publication. Inc.

Mohammad Hasan Abdul Rahman. (2000). Media Pengajaran Penghasilan Bahan
Pengajaran Berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


66

Mohd Khoirul Naahij Bin Mahamad Kolyubi. (2006). Perisian Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK): Perkahwinan Dalam Islam Mengikut Sukatan
KBSM Tingkatan Lima. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang. (2005). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah : Komponen
1 & 2) Psikologi. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Murugiah s/o Velayutham, Kao Thuan Keat dan Wong Woy Chun (2012). HBMT
2103 Teaching of Elementary Mathematics Part 1 ,Open Universiti
Malaysia. Selangor. Meteor, Sdn. Bhd.

Norrizan Seman. (2003). Kajian Masa Depan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Sejarah di Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Guru Bilangan 16:81.

Novak, J.D. and Gowin, D.B.. (1984). Learning How to Learn. Cambridge:
Cambridge University Press.

Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar Mohd. Hashim. (1993). Pendidikan :Persoalan, Penyelesaian dan Harapan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahil Hj. Mahyuddin. (2002). Asas Pendidikan : Psikologi dalam Bilik Darjah.
Selangor: Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan Pendekatan
Kontemporari. Perak : McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Schunk, D. H. (1991). Learning theories: An educational perspective. New York:
Macmillan Publishing Co.

Shahbudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2003). Psikologi Pendidikan.
Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Shahbudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2007). Psikologi Pendidikan.
Kuala Lumpur : PTS Professional.

Shahril @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som. (1999). Isu Pendidikan di Malaysia:
Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.




67

Sidek Mohd Noah. (2002) Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis.
Serdang: Penerbit Iniversiti Putra Malaysia.

Jones, D. (1997). Designing Instruction : Enter The Constructivism.
http://www.cabrillo.cc.ca.us/thinking/constructivism.html-15.07.2013

Susan Hanley. (1994). Maryland Collaborative For Teacher Preparation.
http://www.inform.umd.edu/.../Constructivism.txt- 15.07.2013

Watzlawick, P. (1984). The Inverted Reality. New York: Norton.

Zaidatun Tasir, Jamalludin Harun dan Lim Ser Yen. (2006). Faktor Penggunaan
komputer dan Kaitnnya dengan kesediaan Mengikuti Pembelajaran Dalam
Talian Di Kalangan pelajar Sarjana. Jurnal Teknologi, 44(E) Jun 206:75-91.
Dilayari pada 24 Ogos 2010 dari laman web:
http://eprints.utm.my/2107/1/JT44E6.pdf

Sukri Berawi dan Victor Jibson.(2006). Penggunaan Kaedah Bahan Maujud Dan
Kaedah Biasa (Conventional) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Kemahiran Menambah Pelajar-Pelajar Tahap Satu, Seminar Penyelidikan
Pendidikan 2006 . Diperoleh daripada
www.geocities.ws/seminarrnd2006/KertasKerja_Word/7_Sukri...7.07.2013

Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Matematik
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/download/kbsr/mathrendah/SP%20Matematik.pdf-
24.07.2013

Keberkesanan Penggunaan Kalkulator Dalam Pengajaran Matematik Di Sekolah
Rendah http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=50423 -
26.07.2013

Matematik Pendidikan Rendah
http://www.ipgkbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/Buku%20Kolek
si%20PT%20MT%202011.pdf-2007.2013

P. W. Thompson, Concrete materials and teaching for mathematical understanding,
Arithmetic Teacher 41(9) (1994) 556-
558.http://www.earlychildhoodnews.com/earlychildhood/article_view.aspx?
ArticleID=267









68

LAMPIRAN A
UJIAN PRA/UJIAN PASCA

NAMA :___________________________
TAHUN :__________________________

BAHAGIAN A
Bahagian ini mengandungi 8 soalan. Jawab semua soalan. Bulatkan
jawapan yang betul.
1. 9 x 4 =
A 24 C 30
B 32 D 36

2. 3 x 4 =
A 8 x 2 C 6 x 2
B 7 x 2 D 5 x 2

3. 7 x 4
A 24 C 32
B 28 D 36

4. 6 x 5 =
A 5 x 5 C 2 x 10
B 5 x 4 D 3 x 10
5. 5 x 4 =
A 4 x 3 C 6 x 2
B 2 x 2 D 2 x 10


69

6. 5 x 2 =
A 5 + 5 C 5 + 5 + 5 + 5 + 5
B 2 + 2 + 2 + 2 + 2 D 2 + 5 + 2 + 5 + 2

7. Yang manakah tidak sama dengan 16
A 8 x 2 C 4 x 4
B 3 x 5 D 6 x 2
8.





Ayat matematik bagi operasi di atas ialah
A 3 x 4 C 4 x 4
B 3 x 3 D 4 x 2




















70

BAHAGIAN B
Bahagian ini mengandungi 12 soalan. Jawab semua soalan.
Tuliskan ayat matematik bagi pendaraban berdasarkan rajah.
1.








Jawapan : x =


2.




Jawapan: x



















71

3. Lengkap ayat matematik tambah berulang berikut.








+ =

2 x 10 =


4. Lengkapkan ayat matematik berikut


x =











72

5. Ada 4 akuarium. Setiap akuarium ada 5 ekor ikan. Jumlah ikan
ialah 20 ekor.











X = =


6. Ada 3 kotak. Setiap kotak ada 4 biji bola. Jumlah bola ialah 12





x =























73

7. Lengkapkan ayat matematik





+ + + + + + =

x X =

8. Lengkapkan ayat matematik berikut.





+ =

X =











74


9. x 4 = 28

Cari nombor yang tertinggal.


10. 7 x 5 =



11. 4 x 5 =



12. 5 x 2 =











75

LAMPIRAN B
BORANG SOAL SELIDIK

Sila tandakan () berdasarkan tahap persetujuan anda mengikutskala
berikut:
1 = Sangat tidak setuju
2 = Kurang setuju
3 = Tidak Pasti
4 = Setuju
5 = Sangat setuju
Bil Pernyataan 1 2 3 4 5
1 Saya suka belajar tentang darab.
2 Saya suka guru mengajar dengan
menggunakan bahan sebenar.

3 Saya mudah ingat apabila guru mengajar
menggunakan bahan sebenar.

4 Saya mudah faham apabila guru mengajar
menggunakan bahan sebenar.

5 Saya berpeluang melibatkan diri apabila guru
mengajar menggunakan bahan sebenar.

6 Saya seronok menjalankan aktiviti dengan
menggunakan bahan sebenar.

7 Saya melibatkan diri dengan aktif dalam
menjalankan aktiviti dengan menggunakan
bahan sebenar.



76


















8 Saya mudah ingat kata-kata kekunci tentang
darab apabila guru mengajar menggunakan
bahan sebenar.

9 Aktiviti pembelajaran menggunakan bahan
sebenar yang dijalankan oleh guru sangat
menarik.

10 Saya akan menggunakan bahan sebenar
dalam kehidupan seharian dan ketika belajar.



77

LAMPIRAN C

Jadual 4.3 : Respon soal selidik bagi pelajar kumpulan rawatan terhadap penggunaan
bahan maujud dalam Mata pelajaran Matematik (Minat)
Bi
l
Item Peratus Respon/(Bilangan
Respon)
Min

1

2

3

4

5



1

Aktiviti Pengajaran
dan pembelajaran
bahan maujud sangat
menarik


0
(0)

0
(0)

0
(0)

40
(6)

60
(9)

4.60
4 Penggunaan bahan
maujud menarik
minat kamu.

0
(0)
0
(0)
0
(0)
33.3
(5)
66.7
(11)
4.67
5 Adakah kamu
semakin berminat
untuk belajar tajuk
darab.
0
(0)
0
(0)
0
(0)
26.7
(4)
73.3
(11)
4.73
6 Kamu merasa
seronok semasa
belajar dengan
menggunakan bahan
maujud
0
(0)
0
(0)
0
()
6.7
(7)
93.3
(14)
4.93

Purata

0

0

0

26.7

73.32

4.73



78

LAMPIRAN D

Jadual 4.4 : Analisis Soalan Soal Selidik Bagi Pelajar Kumpulan Rawatan
Terhadap penggunaan bahan maujud Dalam Tajuk Darab
Bagi Matematik Tahun 2. (Pencapaian)

Bil Item Peratus Respon/(Bilangan
Respon)
Min

1

2

3

4

5


2

Kaedah pengajaran
guru membantu
kamu memahami isi
kandungan pelajaran


0
(0)

0
(0)

0
(0)

40
(6)

60
(9)

4.60
3 Kamu lebih mudah
faham tajuk darab
dengan
menggunakan bahan
maujud

0
(0)
0
(0)
0
(0)
26.7
(4)
73.3
(11)
4.73
7 Penggunaan bahan
maujud dapat
meningkatkan kualiti
pengajaran dan
pembelajaran
Matematik.
0
(0)
0
(0)
0
(0)
13.3
(2)
86.7
(13)
4.87


Purata

0

0

0

26.67

73.33

4.73


79

LAMPIRAN E

Jadual 4.5: Markah Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Kumpulan Kawalan

Responden Ujian Pra Ujian Pos Selisih


1

40

50
10
2 40 55 5
3 60 90 30
4 30 40 10
5 20 30 10
6 65 85 20
7 45 60 15
8 50 60 10
9 20 35 15
10 85 100 25
11 60 65 5
12 70 85 15
13 55 60 5
14 40 60 20
15 20 30 10

Min

46.67

60.33

13.67




80

LAMPIRAN F

Jadual 4.6 : Markah Ujian Pra Dan Ujian Pos Bagi Kumpulan Rawatan
Responden Ujian Pra Ujian Pos Selisih


1

40

100

60
2 65 100 35
3 45 95 50
4 30 100 70
5 55 100 45
6 30 95 65
7 60 95 35
8 30 85 55
9 35 100 55
10 20 50 30
11 85 100 15
12 40 95 55
13 20 60 40
14 45 90 45
15 30 60 30
Min 48.00 88.33 45.67



81

Anda mungkin juga menyukai