Anda di halaman 1dari 14

PENDAHULUAN

Dalam usaha untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran guru-guru perlu


menyediakan suasana atau Mencipta Suasana yang menarik dan berkesan. Untuk
menarik minat pelajar sudah tentu guru-guru perlu memikirkan pembelajaran dan
pengajaran yang kreatif dan Inovatif selain tidak mengabaikan kebajikan dan keperluan
sahsiah pelajar. Dengan potensi pelajar yang berbeza, guru perlu mencari teknik-teknik yang
sesuai untuk merangsang minat murid dan mereka boleh belajar secara aktif, serta
menerima ilmu dalam suasana yang gembira. Apabila seseorang guru sudah dapat
mengambil hati pelajar mereka akan disayangi. Kedatangan guru-guru ini akan sentiasa
dinanti oleh pelajar. Guru ini akan menjadi Idola dan sentiasa di sebut-sebut dan guru ini
sebenarnya sudah berjaya mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar. Guru ini juga
telah berjaya menterjemahkan isi pengajarannya berbanding dengan guru-guru yang hanya
sekadar guru.
Dalam pengajaran dan pembelajaran sebenarnya tiada satu kaedah pun yang
Tetap yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk mencemerlangkan pelajar. Walaupun
dalam ilmu pendidikan, semasa di universiti atau di institut pendidikan guru kita di ajar
menggunakankan berbagai kaedah dan teknik seperti Kaedah tunjuk cara (demonstrasi),
Simulasi, kaedah pengajaran kumpulan, Kaedah perbincangan, kaedah penyelesaian
masalah, Kaedah audiolingual, Kaedah kod kognetif, Kaedah projek dan lain-lain, namun
kepelbagaian guru dan kebijaksanaan guru untuk digunakan untuk subjek-subjek tertentu
adalah amat penting. Tidak mustahil guru yang hanya menggunakan kaedah tradisional
Chalk and Talk lebih hebat dari guru-guru yang menggunakan pelbagai kaedah tetapi PdP
yang tidak meninggalkan kesan yang baik keatas para pelajarnya.
Usaha guru dalam meningkatkan prestasi muridnya adalah amat perlu di mana
mereka harus meningkatkan kemahiran menggunakan strategi pengajaran yang terbaik
untuk murid. Mereka juga harus menyelusuri arus permodenan dan menggunakan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang inovatif agar merangsang minda murid menjadi lebih
kreatif dan kritis. Seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Murid (PPPM) yang
memerlukan murid untuk menguasai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Guru harus melengkapkan persediaan dengan ilmu pengetahuan yang luas
mencakupi pelbagai bidang dan perlu berani melakukan perubahan ke arah kreativiti serta
inovasi bersesuaian dengan tema sambutan Hari Guru kali ke-44 tahun ini iaitu Guru:
Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim
berkata, keperluan tersebut bersesuaian dengan perubahan bidang pendidikan masa kini
yang memerlukan guru kreatif dan inovatif untuk menghasilkan proses pengajaran dan
pembelajaran efektif seterusnya melahirkan produk berkualiti.
Menurutnya, guru mesti bersedia memainkan peranan penting dalam mengerakkan
kreativiti dan inovasi dalam semua bidang di sekolah dan bijak menerapkan kedua-dua
elemen tersebut melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara
terancang.
"Guru tidak boleh lagi mempraktikan pengajaran yang sama seperti 10 atau 20 tahun
dahulu kerana pelajar pada hari ini semakin bijak seiring dan pengetahuan semakin
mencabar dan sebab itu, guru harus bersedia membuat perubahan ini.

TUGASAN 1 : ULASAN KRITIS


Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda semasa menjalani praktikum, beri
pendapat

anda

tentang

sejauh

mana

pengajaran

guru

di

sekolah

rendah

mengaplikasikan strategi pengajaran inovatif. Pendapat anda haruslah dikaitkan


dengan perkara-perkara yang telah anda sediakan dalam portfolio. Tuliskan satu
ulasan yang kritis
Dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan, pengajaran dan
pembelajaran merupakan aspek penting yang terkandung di dalamnya. Keberkesanan
sesuatu ilmu yang dicurahkan oleh guru bergantung

kepada strategi

pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan. Sebelum itu, pengajaran dan pembelajaran merupakan satu
proses di mana peluang disediakan untuk murid menghasilkan satu perubahan yang agak
kekal melalui penglibatan dalam pengalaman yang disediakan oleh guru.
Pengajaran merupakan satu proses interaktif di mana proses tersebut melibatkan
interaksi yang berlaku antara guru dan murid semasa pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan manakala

Pengajaran juga adalah satu pertembungan cerita seorang

personal yang berpersonaliti matang dengan yang tidak matang dalam proses membentuk
pendidikan untuknya.
Sebagai seorang siswa pendidik yang bakal menamatkan pengajian, saya telah
menjalani sesi praktikum sebanyak 3 fasa iaitu di sekolah sekitar daerah Tamparuli sekali
dan Tuaran 2 kali. Beberapa perkara yang telah saya lihat dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Antaranya adalah perkara yang berkaitan dengan pengaplikasian
strategi pengajaran inovatif dalam kalangan guru di sekolah tersebut.
Semasa praktikum pertama di salah sebuah sekolah daerah Tamparuli, majoriti guru
masih melaksanakan pengajaran tradisional. Tetapi di sekolah ini, terdapat juga guru yang
berusaha dalam mengaplikasikan pembelajaran inovatif. Pembelajaran inovatif yang
dilaksanakan oleh guru tersebut adalah pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian
masalah. Usaha ini mungkin berkait rapat dengan taraf sekolah yang lebih rendah dari segi
bilangan murid iaitu purata 10 orang murid sekelas. Oleh yang demikian, guru boleh
memfokuskan kepada penyediaan pengajaran yang lebih menarik.

Contoh pelaksanaan strategi pengajaran inovatif yang dilakukan guru adalah seperti
menyediakan tugasan kepada murid. Tugasan yang diberikan guru adalah berkaitan dengan
subjek Bahasa Malaysia yang bertemakan alam sekitar. Guru telah memberi tugasan
kepada murid untuk menghasilkan sebuah topeng muka daripada manila kad. Tugasan ini
disepadukan

dengan subjek Pendidikan

Seni Visual. Guru

memberi tugasan

pada

permulaan pengajaran tema atau pada awal minggu dan guru memberi masa kepada murid
untuk menyiapkan tugasan dalam tempoh beberapa

hari. Kemudian, murid akan

membentangkan hasil mereka di hadapan kelas. Melalui pelaksanaan pembelajaran ini,


minat dan semangat belajar murid dapat ditingkatkan. Pemahaman yang lebih mendalam
juga boleh dicapai.
Perkara lain yang dapat dilihat adalah dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan
masalah. Guru telah menimbulkan satu masalah yang perlu diselesaikan secara
berkumpulan. Kali ini, guru mengajar tema keselamatan. Masalah yang dibangkitkan guru
adalah Apakah yang perlu dilakukan ketika melintas di jalan raya? Melalui persoalan
berikut, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan berdasarkan pengalaman
mereka, murid akan menyenaraikan langkah keselamatan jalan raya yang perlu dilakukan
sebelum melintas. Setelah itu, perkongsian secara kelas akan dilakukan. Melalui
perbincangan

dalam

kumpulan,

muriddapat

mereka untuk dikaitkan dengan masalah.


mengikut kepentingan dan

menyusun pengetahuan sedia ada

Murid menyusun topik-topik yang berkaitan

kenalpasti soalan-soalan

yang perlu dibincangkan dalam

kumpulan. Pelajar perlu menghubungkan idea atau konsep yang baru dengan yang lama
sebelum membuat satu keputusan.
Berasaskan kepada pengalaman tersebut, saya telah mula membudayakan amalan
pembelajaran secara inovatif. Kebanyakan sesi pengajaran dan pembelajaran khususnya
Bahasa Malaysia dilaksanakan menggunakan strategi pembelajaran berasaskan masalah,
projek, elektronik dan lamas sesawang. Pelaksanaan strategi pembelajaran ini telah saya
cuba laksanakan secara lebih kerap ketika praktikum kedua di salah sebuah sekolah daerah
Tuaran.
Berlainan pula dengan pengalaman saya semasa praktikum 2 di sebuah sekolah di
daerah Tuaran. Pada ketika itu, Saya melihat bahawa guru kurang menggunakan strategi
pengajaran inovatif dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Antara punca mereka tidak menggunakan strategi pengajaran inovatif ini adalah kerana
guru-guru sebenarnya kurang pendedahan dalam penambahbaikkan kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga didapati terbeban dengan lambakan
tugas dan masa mengajar yang banyak. Lantaran masalah yang dihadapi oleh guru-guru di

sekolah, mereka hanya menggunakan kaedah Chalk and Talk atau dengan hanya
pembelajaran satu hala sahaja iaitu guru mengajar dan murid mendengar.
Mengapa guru menggunakan kaedah ini? Hal ini kerana beban guru akan
berkurangan jika menggunakan kaedah tradisional. Saya berpendapat bahawa guru tidak
dapat memberi fokus 100% kepada persediaan mereka untuk mengajar di dalam kelas. Hal
ini secara langsung menyebabkan murid yang menerima kesannya iaitu mereka tidak
dapat memberikan perhatian yang penuh dalam sesi pengajaran yang dijalankan dan
mengakibatkan mereka tidak dapat menguasai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru
sehingga menimbulkan masalah dalam pelajaran yang akan datang. Menurut Teori Pelbagai
Sumber yang diperkenalkan oleh Chris Wickens yang menyatakan bahawa beban tugas
tidak akan terhasil daripada satu pemprosesan sumber tetapi sebaliknya daripada beberapa
pemprosesan sumber secara serentak.
Dalam situasi guru sedemikian, sebenarnya terdapat beberapa punca yang jelas
dapat dilihat di mana guru memegang tanggungjawab yang agak banyak seperti mendidik,
menjaga kebajikan murid, mengawal disiplin, menjaga keselamatan murid di dalam sekolah,
dan yang lebh sukar sekali ialah menjadi ibu bapa kedua kepada murid di sekolah. Tugas
guru sebagai pendidik menjadi lebih sukar apabila sebilangan pelajar menunjukkan tingkah
laku negatif seperti masalah disiplin, bising, tidak mendengar arahan dan sebagainya. Tidak
cukup dengan sesi persekolahan, selepas waktu mengajar pula guru perlu menyiapkan
tugasan akademik dan tugas bukan akademik yang telah diamanahkan kepada mereka.
Beban tugas guru di luar waktu persekolahan ada kalanya tidak disedari oleh masyarakat
sekeliling terutama yang bukan bergelar pendidik.
Jika dilihat keadaan yang sedang berlaku ini, semua pihak bermula daripada pihak
pengurusan sesebuah sekolah sehinggalah kepada individu guru itu sendiri hendaklah
berinisiatif dalam menentukan kaedah dan cara terbaik dalam menentukan perjalanan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik akan
menghasilkan sesuatu yang pastinya terbaik dan membolehkan pelajar lebih bersemangat
dan berminat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dialankan.
Masa kini, murid tidak lagi berminat sekiranya pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan hanya berpusatkan kepada guru semata-mata, kerana perkara ini akan
menyebabkan murid tidak bermotivasi dan suasana pembelajaran yang tidak kondusif.
Justeru penglibatan daripada murid adalah sangat perlu dalam suatu sesi pengajaran dan
pembelajaran bersesuaian dengan perubahan kurikulum pendidikan Malaysia yang telah
banyak berubah bermula daripada kurikulum berasaskan Kurikulum Lama Sekolah Rendah
(KLSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan kini dikenali sebagai Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menuntut guru-guru menglibatkan pelajar untuk
melibatkan pelajar secara aktif.
Semasa praktikum ketiga di salah sebuah sekolah daerah Tuaran, saya telah dapat
melihat pelaksanaan yang lebih meluas dalam pembelajaran inovatif dengan sedikit
penambahan dari segi penggunaan strategi pembelajaran berasaskan elektronik. Walau
bagaimanapun, hanya sebilangan guru yang bersemangat dalam melaksanakan pengajaran
mereka berasaskan pembelajaran inovatif. Kebanyakkan guru dilihat masih juga
menggunakan kaedah tradisional. Persekitaran yang dialami juga lebih kurang sama
dengan sekolah saya pada praktikum 2. Guru-guru sering dihimpit dengan bebanan tugas
dan kekangan masa yang memberi kesan kepada mutu pengajaran guru di dalam kelas.
Apa yang boleh dilihat dalam pelaksanaan pembelajaran inovatif guru di skolah ini,
mereka melaksanakannya hanya pada waktu-waktu tertentu. Waktu-waktu tersebut
mengikut keperluan. Melalui pengamatan, pendekatan ini dilaksanakan kerana guru mudah
untuk merancangnya dan hasil yang ingin dicapai guru lebih cepat selaras dengan
keperluan mereka untuk dilaksanakan dalam satu sesi pengajaran sahaja. Sesungguhnya
situasi ini jelas menunjukkan bagaimana nilai keikhlasan sebenar guru dalam menerapkan
kualiti dan mutu pengajaran guru kepada murid.
Walaupun sekolah tersebut dilengkapi dengan infrastruktur yang lengkap, tetapi
amat menyedihkan apabila melihat kemudahan yang sepatutnya digunakan untuk murid
dalam pembelajaran elektronik masih tersusun rapi di stor makmal komputer yang hanya
dibuka pada masa dan waktu tertentu sahaja. Berdasarkan pengamatan ini, pihak sekolah
sepatutnya lebih berusaha dalam memastikan pelaksanaan pembelajaran inovatif ini dapat
diperluaskan kepada setiap murid.
Dalam era globalisasi yang serba canggih ini, terdapat pelbagai perubahan yang
berlaku dalam dunia pendidikan. Tujuan perubahan tersebut untuk meningkatkan kemajuan
dalam bidang pendidikan agar dapat berdiri setanding dengan pendidikan di negara-negara
lain. Dengan merujuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, pelbagai
usaha yang dijalankan oleh kerajaan seperti menyediakan insfrastruktur di mana
kelengkapan dan kemudahan pendidikan tidak akan menjadi kenyataan tanpa penglibatan
tenaga manusia dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, untuk mencapai kejayaan
tersebut selaras dengan matalamat
Wawasan 2020, para guru sebagai pelaksana dasar kerajaan perlu mengambil
inisiatif untuk berubah dan mengubah cara berfikir dan cara bertindak kepada sesuatu yang
kreatif dan berinovatif. Lantaran itu, tugas para guru pada masa sekarang bukan sahaja

untuk menyampaikan ilmu pengetahuan


berhadapan

dengan

bahkan para guru perlu bersiap sedia untuk

gelombang inovasi yang

sentiasa

melanda

selaras

dengan

perkembangan global dan dunia.


Strategi pengajaran dan pembelajaran membawa maksud pengajaran dan
pembelajaran yang meliputi urutan kaedah dan peringkat kegiatan yang dirancang untuk
mencapai tujuan dan objektif pengajaran tertentu. Pelaksanaan strategi pengajaran dan
pembelajaran bergantung kepada kaedah yang digunakan. Definisi kaedah yang digunakan
dalam konteks pendidikan ialah satu siri tindakan yang sistematik yang mana matlamat
utamanya ialah untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Ringkasnya,
kaedah pengajaran ialah cara bagaimana pengajaran dan pembelajaran disampaikan
mengikut susunan yang dirancang agar objektif dapat dicapai.
Secara umumnya, teknologi pendidikan bukanlah sesuatu yang menyusahkan
bahkan jika di pandang dari sudut yang positif ia sebenarnya suatu pendekatan yang
menyenangkan kerja seseorang pendidik dalam penyampaian maklumat. Oleh itu, para
pendidik perlu menguasai pengetahuan yang cukup dan kemahiran yang lengkap berkaitan
dengan teknologi pendidikan. Hal ini disebabkan penggunaan teknologi dalam pendidikan
membawa impak yang besar dalam dunia pendidikan antaranya dapat memotivasikan
pelajar melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dan secara tidak
langsung dapat menarik minat dan menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses
pembelajaran. Tambahan lagi, penerapan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat membantu

pelajar mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan dan memenuhi

matlamat kurikulum serta ia berfungsi sebagai alat sokongan dalam menyelesaikan


masalah.
Hamdan

(2004),

mengatakan

bahawa

memandangkan

pengajaran

dan

pembelajaran kini telah mengalami perubahan iaitu mengkehendaki guru tidak lagi
menggunakan kaedah tradisional iaitu chalk and talk tetapi berubah kepada penggunaan
bahan bantu mengajar yang canggih seperti LCD Projektor, OHP, media dan sebagainya.
Maka, guru perlu menguasai kemahiran komputer dengan baik yang merangkumi pelbagai
perisian multimedia seperti power point, flash movie dan lain-lain lagi.
Saya akan mengulas topik ini dengan membahagikan kepada dua bahagian iaitu,
faktor yang menunjukkan pelaksanaannya dan faktor yang menyukarkan berlakunya
pengajaran inovatif dalam kalangan guru di sekolah rendah. Kegagalan guru dalam
mengaplikasikan pengajaran inovatif di sekolah disebabkan dua faktor. Pertama, kekangan
daripada guru itu sendiri yang menggalas beberapa tugas rasmi di sekolah. Kedua,
kekangan dari segi ekonomi yang membataskan guru untuk menghasilkan bahan bantu

mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan tidak membosankan. Terlalu
banyak berlaku kegagalan dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran pada masa yang
lepas. Salah satu sebabnya ialah elemen inovasi itu sendiri yang tidak mengambil kira
bagaimana guru mentaksirkan apa yang sebenarnya berlaku di dalam bilik darjah dan
kegagalan untuk menentukan permulaan pengajaran dan pembelajaran.
Faktor kedua yang menunjukkan guru gagal mengaplikasikan pengajaran inovatif di
sekolah ialah sikap guru itu sendiri. Terdapat sebahagian guru yang tidak bersedia untuk
melaksanakan kurikulum baru. Hal ini telah menyebabkan reality pengajaran dan
pembelajaran di sekolah jauh daripada apa yang bakal disarankan oleh kurikulum. Selain
daripada itu, hak sebagai seorang guru tidak dapat berfungsi pada ketika itu. Guru tidak
diberikan peluang dan ruang untuk memberi pendapat terhadap kurikulum baru di mana
secara tidak langsung menyebabkan sebahagian guru tidak berasa ghairah untuk menerima
dan melaksanakannya semasa pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan lagi, perubahan yang berlaku dalam kurikulum pendidikan bukan berlaku
secara langsung di mana pengetahuan tersebut diperoleh daripada orang kedua dan ketiga
dan seterusnya mengurangkan kefahaman guru dalam melaksanakan inovasi dnegan
berkesan. Guru masih mempunyai kekurangan untuk menjamin keberkesanan proses
pengajaran dan kualiti output serta outcome dalam program akademik di mana tahap
kurangnya keberkesanan disebabkan faktor kelemahan guru yang tidak memiliki sekurangkurangnya ijazah atau diploma pendidikan serta terdapat sebahagian guru yang hanya
memilih sijil pelajaran Malaysia untuk menjawat jawatan sebagai seorang guru.
Sebagai contoh, guru yang tidak memiliki kemahiran dalam menghasilkan dan
menggunakan bahan bantu mengajar seperti OHP atau slide akan mewujudkan guru yang
dikenali sebagai Guru Kurang Berkemahiran dalam penggunaan alat teknologi pendidikan.
Kewujudan guru seperti ini disebabkan tidak didedahkan dengan penggunaan bahan bantu
mengajar yang semakin canggih di sekolah pada masa sekarang berbandfing dengan guruguru yang mempunyai kelulusan akademik lepasan diploma mahupun ijazah.
Hasil pengalaman dan pemerhatian, saya mendapati bahawa kemudahan TMK di
sekolah adalah berada di tahap yang sederhana. Tahap sederhana yang dimaksudkan di
sini ialah kuqntiti LCD yang dibekalkan tidak mencukupi tetapi sikap guru yang sentiasa
menginginkan perubahan dalam pengajaran dam pembelajaran adalah positif dan tahap
kemahiran guru berada di pada tahap yang mahir dan perlu usaha lebih untuk meningkatkan
penggunaan kemahiran ini. Hasrat untuk memupuk elemen kreatif dan inovatif di dalam
sistem pendidikan merupakan satu hasrat yang boleh menjadi kenyataan sekiranya guru

mengambil inisiatif untuk memperbetulkan budaya tersebut kepada murid-murid. Faktor lain
yang menyebabkan kurangnya guru mengaplikasikan pengajaran inovatif di sekolah rendah
ialah konsep pendidik di Malaysia hanya menjurus kepada pengajaran dan pembelajaran
semata-mata. Pengajaran seperti ini tidak dapat mendidik serta memberi peluang kepada
murid untuk mengeksplorasi keadaan sekeliling. Akibatnya, pelajar mudah kering idea dalam
membina dan mengemukakan idea yang baharu malah proses pembelajaran bergantung
sepenuhnya pada guru dan buku teks.
Berikut

merupakan

ulasan

tentang

kurangnya

keberkesanan

penggunaan

pengajaran inovatif dalam kalangan guru di sekolah rendah. Pada bahagian yang kedua
pula, saya akan berkongsi dan mengulas faktor-faktor yang menunjukkan pelaksanaan
pengajaran inovatif dalam kalangan guru di sekolah rendah. Penguasaan dalam bidang
teknologi pendidikan menjadi keperluan asas kepada golongan pendidik dalam zaman
teknologi maklumat ini agar dapat muncul sebagai guru yang relevan di pentas pendidikan.
Guru masa kini semakin berpengetahuan dan peka dengan persediaan untuk menggunakan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, di negara Barat
peningkatan penggunaaan ICT di dalam bilik darjah amat memberangsangkan dalam masa
30 tahun yang lalu menurut Noriton dan Wilburg 2003.
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
produktiviti, menambahban motivasi , menyokong pengajaran secara tidak langsung,
kebolehan pengajaran yang bersifat unik dan dapat meningkatkan literasi maklumat.
Keberkesanan dan kemantapan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan
komputer bergantung kepada keupayaan serta kebolehan para guru mengaplikasikan media
teknologi yang ada untuk menyampaikan isi pelajaran kepada murid yang lebih berkesan
dan secara interaktif. Kenyataan tersebut diumpakan seperti tidak ada gunanya jika
komputer digunakan tetapi guru tidak mahir menggunakannya dengan baik.
Selain daripada komputer, terdapat pelbagai bahan multimedia yang menjadi tarikan
kepada murid-murid. Bahan multimedia ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti CDROM dan juga

bahan berasaskan kreativiti. Kelebihan penggunaan bahan ini dapat

mewujudkan pembelajaran secara aktif kerana semua pancaindera murid dapat dirangsang
untuk mengingati fakta-fakta dengan lebih baik dan jelas.
Sementara itu, pengajaran inovatif yang diaplikasikan oleh guru di sekolah juga
merangkumi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan bahan pelajaran. Ringkasnya,
pengajaran berpusatkan bahan pelajaran sering diguna pakai oleh guru kerana ia
memainkan peranan penting dan penggunaannya dijadikan sumber utama guru dan murid
untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan bahan

pelajaran dapat membantu pelajar memahami konsep yang abstrak dengan mudah malah
selain daripada itu, kaedah latih tubi dan tutorial juga membuktikan kesan yang positif di
mana kedua-dua kaedah ini dpaat memperkukuhkan lagi pembelajaran pelajar dengan
menyediakan ruang untuk mengulangi apa yang telah dipelajari.
Masa kini, kaedah pengajaran menggunakan alat pemancar atau Liquid Crystal
Display Projection (LCD) amat popular dalam kalangan guru pada masa kini. Penggunaan
bahan ini juga merupakan faktor utama yang membawa kepada pelaksanaan pengajaran
inovatif dalam kalangan guru di sekolah rendah. Kaedah ini memudahkan dan
mengurangkan kerja seorang guru kerana sesuatu pengajaran dan pembelajaran tersebut
tidak perlu dijelaskan melalui komunikasi lisan sebaliknya kaedah ini lebih bersifat eksplisit
dan maklum balas murid lebih menyeluruh.
Tahap penguasaan dan keberkesanan pengajaran inovatif yang diaplikasikan oleh
guru di sekolah rendah dapat dibuktikan melalui dapatan kajian yang dijalankan oleh
Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Hj Ismail dan Jalalludin Ibrahim 2011, menunjukkan majoriti
guru seramai 94.4% menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan sekurang-kurangnya
sekali dalam seminggu. Di samping itu, aplikasi menggunakan hamparan elektronik turut
digunakan oleh majority guru iaitu seramai 69.1%. Namun begitu, sepanjang menjalani
praktikum di sekolah tersebut, guru kurang menggunakan emel untuk berkomunikasi
dengan murid. Seramai 60.9% guru yang tidak pakar menggunakan kaedah ini untuk
berkomunikasi dengan murid.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada pengalaman sepanjang 3 fasa praktikum,
boleh dilihat bahawa guru lebih gemar melaksanakan strategi pembelajaran elektronik.
Bukan sahaja mudah untuk dilaksanakan tetapi pelaksanaannya mampu memberi kesan
positif secara langsung kepada murid. Guru didapati mempunyai kemahiran asas dalam
pengajaran inovatif pada tahap yang boleh dikatakan tinggi. Ringkasnya, teknologi menjadi
alat yang utama bagi menghasilkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran
serta mampu menjadikan pengurusan yang efisien dan mantap. Kemampuan dan
perkembangan

yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkan

sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan dan
bijak dalam mentadbir negara pada masa akan datang. Oleh kerana negara kita tidak mahu
ketinggalan dalam arus pemodenan adalah wajar sistem pendidikan di Malaysia menuju ke
arah sistem pendidikan yang berteraskan bidang teknologi.

REFLEKSI
Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus
projek Guru dan Cabaran Semasa (EDU3093).

Pelaksanaan tugasan projek ini adalah

berkaitan dengan memberi pendapat secara kritis tentang pengajaran guru di sekolah
rendah serta menyokong hujah-hujah dan memberikan justifikasi. Pada hujung bulan Julai
2015 adalah merupakan tarikh di mana semua guru pelatih PISMP Bahasa Melayu (SJKT)
ambilan Januari 2012, semester 8 telah diberikan satu set tugasan Projek Guru dan
Cabaran Semasa. Pada hari yang sama juga, kami telah pun diberi sedikit taklimat ringkas
oleh Encik Datu Raiman bin Datu Kauman selaku pensyarah pembimbing bagi kod kursus
EDu3093 mengenai garis panduan perlaksanaan tugasan ini.
Soalan tugasan ini dapat saya klasifikasikan kepada 2 bahagian iaitu ;

Ulasan kritis

Penyediaan portfolio

Set
tugasan
BMM3163
Dalam tugasan 1 kerja kurusus ini, saya merasakan bahawa tugasan kali ini amat
rumit kerana saya perlu memberikan ulasan yang kritis berdasarkan pengalaman dan
pemerhatian semasa menjalani praktikum, saya perlu memberi pendapat tentang
sejaumana pengajaran guru di sekolah rendah mengaplikasikan strategi pengajaran inovaif.
Bahkan pendapat saya itu harusllah dikaitkan dengan perkara-perkara yang telah
disediakan di dalam portfolio. Ini bermaksud semua ulasan tidak dapat diperolehi daripada
bahan ilmiah, jurnal mahupun laman web kerana saya sendiri perlu memberikan ulasan
tersebut bersdasarkan pengalaman sepanjang berpraktikum. Kelebihan yang saya dapat
nilai pada diri saya sendiri adalah kebolehan mencari maklumat samada bahan ilmiah
mahupun laman sesawang yang boleh membantu saya untuk menyelesaikan tugasan 1 ini.

Bahkan maklumat mentah tersebut saya interpretasikan dan persembahkan di dalam


tugasan saya sendiri secara khusus.
Namun begitu, terdapat juga beberapa kekangan yang saya hadapi semasa
melaksanakan tugasan ini antaranya kesukaran untuk melihat dan menilai apakah
pengajaan guru yang diaplikasikan di sekolah sepanjang saya berpraktikum. Mujurlah
pensyarah kami Encik Datu Raiman bin Datu Kauman memberikan bimbingan dan panduan
bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh saya sendiri.
Kekangan ini bertambah semasa saya melaksanakan tugasan 2 di dalam kerja
kursus ini, tugasan kedua ini meminta kami untuk menyediakan sebuah portfolio yang
didalamnya terdapat enam elemen yang perlu dimasukkan iaitu berkaitan dengan strategi
pengajaran inovatif yang telah dipilih.Pada awalnya, saya agak kabur dengan soalan
tugasan kedua ini kerana saya tidak dapat memilih apakah strategi pengajaran inovatif yang
akan dibuat. Setelah merujuk kepada beberapa bahan ilmiah dan rakan-rakan. Saya telah
dapat menyediakan sebuah portfolio bagi menjawab tugasan kedua seterusnya dikaitkan
dengan tugasan 1 yang telah dibuat.
Tugasan Kerja Kursus Projek ini merupakan pengalaman baharu buat saya selama
berada di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent ini. Segala maklumat yang diperlukan
mestilah dicari sendiri dan bukan lagi disediakan oleh guru atau pensyarah. Pada mulanya
juga saya berasa sukar untuk melaksanakan tugasan ini kerana perlu bijak mengagihkan
masa untuk menyiapkan tugasan kursus lain.
Namun, kesukaran yang saya alami ini bukanlah menjadi batu penghalang kepada
saya malah menjadi faktor utama untuk saya lebih kuat, tabah dan gigih berusaha untuk
menyiapkan Kerja Kursus ini tepat pada waktunya kerana pada saya jika tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya.
Selain daripada itu, secara psikologinya melalui tugasan yang diberikan ini juga,
saya berjaya mempelajari semangat bantu membantu dan tidak pentingkan diri sesama
teman seperjuangan pelatih dimana kami bersama-sama berkongsi maklumat, idea dan
pendapat dalam usaha merealisasikan kerja kursus ini.
Walaupun kami sama-sama terpaksa bersengkang mata, berkorban masa,
berkorban tenaga semata-mata demi menyiapkan kerja kursus ini, tetapi kami tahu bahawa
inilah harga sebuah pengorbanan yang perlu dibayar untuk menjadi seorang pendidik yang
cemerlang suatu hari nanti.Akhirulkalam, saya amat bersyukur kerana melalui kerja kursus
projek ini, saya telah dapat memperolehi ilmu yang baru untuk saya mendepani realiti dunia

pendidikan sebagai seorang guru kelak sekali gus mempertingkat keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran yang saya perolehi ini akan saya aplikasikan
sebaiknya agar dapat mempertingkat kecemerlangan diri dan anak didik saya dari masa ke
semasa.
BIBLIOGRAFI
Buku Akta Pendidikan. (Akta 550), Peraturan-peraturan & Kaedah-kaedah terpilih. Terbitan
International Law Book.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Norazah Mohd Nordin, Mohamed Amin Embi. (2008). Pengintegrasian ICT dalam
Pendidikan: Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi. Selangor: Karisma Publications Sdn.
Bhd.
Noriati A. Rashid etl. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan: Terbitan
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Raghbir Kaur Joginder Singh. (2012).Panduan Ilmu Pendidikan DPLI Falsafah dan Etika.
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Sherina. (2004). Jadikan Kerjaya Anda Satu Kecemerlangan. Kuala Lumpur: Golden Books
Centre Sdn. Bhd.
Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Guru dan Cabaran
Semasa. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Bentuk Penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran. (atas talian) : http://cikguohhcikgu.


blogspot .com/2012/08/bentuk-penyampaian-pengajaran-dan.html. (dilayari pada) :
29 Julai 2015
Kesedaran, Kesidan dan Penggunaan Pembelajaran Berasaskan Elektronik. (atas talian) :
http://www.kkkla.edu.my/index.php/penerbitan/262-kesedaran,-kesediaan-danpenggunaan-pembelajaran-berasaskan-elektronik-e-learning-bagi-subjek-ttm-311pembangunan-laman-web-dikalangan-pelajar-sijil-teknologi-maklumat-,-semester4.html. (dilayari pada) : 4 Ogos 2015

Strategi Pengajaran Inovatif. (atas talian) : https://www.scribd.com/doc/257314117/StrategiPengajaran-Inovatif . (dilayari pada) : 10 Ogos 2015

Anda mungkin juga menyukai