Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus
projek Morfologi Bahasa Melayu (BMM3093).

Pelaksanaan tugasan projek ini adalah

berkaitan dengan kritikan sastera berkaitan bahan sastera yang telah dipilih. Pada awal
bulan Ogos 2016 adalah merupakan tarikh di mana PISMP PJJ Bahasa Melayu Kohot 3
Ambilan 2013-2017 telah diberikan satu set tugasan Morfologi Bahasa Melayu. Pada hari
yang sama juga, kami telah pun diberi sedikit taklimat ringkas oleh pensyarah pembimbing
bagi kod kursus BMM3093 mengenai garis panduan perlaksanaan tugasan ini.

Kekuatan ;
Dalam tugasan 1 kerja kursus ini, saya merasakan bahawa tugasan kali ini tidaklah
begitu rumit kerana saya boleh mendapatkan akses rujukan melalui bahan bacaan yang
berkaitan dengan tatabahasa bahasa Melayu. Dalam tugasan 1, kami diminta untuk
menghuraikan tentang proses pembentukan kata melalui pengimbuhan, penggandaan,
pemajmukan dan akronim. Selain itu, kami diminta untuk menjelaskan golongan kata iaitu
kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
Sumber rujukan yang banyak diperolehi membolehkan saya melaksanakan tugasan
1 ini dengan lebih mudah. Saya juga dapat mempelajari dan meningkatkan kemahiran
penggunaan grafik slaid di dalam hasil tugasan yang telah saya siapkan kerana tugasan ini
memerlukan penggunaan grafik slaid.
Kelemahan ;
Dalam tugasan 2 kerja kursus ini, terdapat beberapa kekangan yang amat rumit
kerana saya perlu menganalisis cerpen Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini bermaksud semua
kritikan tidak dapat diperolehi daripada bahan ilmiah, jurnal mahupun laman web kerana
saya sendiri perlu membaca cerpen tersebut seterusnya menganalisis perkataan-perkataan
yang tergolong di dalam kata kerja dan kata adjektif bahasa Melayu.
Kekangan ini bertambah apabila saya menghadapi kesukaran untuk memilih karya
cerpen apakah yang sesuai untuk dianalisis dan adakah karya itu datangnya dari Dewan
Bahasa dan Pustaka. Mujurlah pensyarah memberikan bimbingan dan panduan bagi
menyelsaikan masalah yang dihadapi oleh saya sendiri.

Penambahbaikan ;
Tugasan Kerja Kursus Projek ini merupakan pengalaman baharu buat saya selama
berada di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent ini. Segala maklumat yang diperlukan
mestilah dicari sendiri dan bukan lagi disediakan oleh guru atau pensyarah. Pada mulanya
juga saya berasa sukar untuk melaksanakan tugasan ini kerana perlu bijak mengagihkan
masa untuk menyiapkan tugasan kursus lain.
Namun, kesukaran yang saya alami ini bukanlah menjadi batu penghalang kepada
saya malah menjadi faktor utama untuk saya lebih kuat, tabah dan gigih berusaha untuk
menyiapkan Kerja Kursus ini tepat pada waktunya kerana pada saya jika tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya.
Selain daripada itu, secara psikologinya ,melalui tugasan yang diberikan ini juga,
saya berjaya mempelajari semangat bantu membantu dan tidak pentingkan diri sesama
teman seperjuangan pelatih dimana kami bersama-sama berkongsi maklumat, idea dan
pendapat dalam usaha merealisasikan kerja kursus ini.
Walaupun kami sama-sama terpaksa bersengkang mata, berkorban masa,
berkorban tenaga semata-mata demi menyiapkan kerja kursus ini, tetapi kami tahu bahawa
inilah harga sebuah pengorbanan yang perlu dibayar untuk menjadi seorang pendidik yang
cemerlang suatu hari nanti.
Akhirulkalam, saya amat bersyukur kerana melalui kerja kursus projek ini, saya telah
dapat memperolehi ilmu yang baru untuk saya mendepani realiti dunia pendidikan sebagai
seorang guru kelak sekali gus mempertingkat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran-kemahiran yang saya perolehi ini akan saya aplikasikan sebaiknya agar dapat
mempertingkat kecemerlangan diri dan anak didik saya dari masa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai