Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN REFLEKTIF

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia, syukur Alhamdulilah akhirnya dengan


izin yang Maha Esa saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Sepanjang proses melaksanakan tugasan ini terdapat kekuatan dan
kelemahannya yang tersendiri. Semasa saya mula mendapat tugasan, saya agak yakin
untuk menyiapkannya. Hal ini demikian walaupun masih banyak ilmu yang belum saya
ketahui dalam menyiapkan tugasan ini tetapi saya cuba untuk menyiapkannya dalam masa
yang telah ditetapkan. Tambahan pula, dengan bantuan Dr. Wee Kim Teck dan Dr. Lu
Chung Chin selaku pensyarah pembimbing bagi kursus Generik Statistik Asas dari Jabatan
Matematik, segala kekusutan yang memberi tekanan kepada saya dapat dirungkaikan satu
persatu.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, banyak pengalaman yang saya peroleh.


Bukan sahaja mengajar saya erti kesabaran, bahkan saya juga dapat mengetahui dengan
lebih terperinci mengenai kaedah-kaedah penulisan mengenai statistik, bagaimana cara
untuk mengaplikasikannya dalam penggunaan seharian serta dapat mempelajari pelbagai
jenis graf yang dapat menarik minat saya. Contohnya, saya dapat mengetahui bagaimana
cara untuk melaksanakan kajian dan memungut data untuk diterjemahkan dalam bentuk graf
serta dapat menyediakan laporan hasil daripada kajian yang telah dilaksanakan. Walaupun
saya sudah mengetahui apa itu yang dimaksudkan dengan statistik sebelum ini, namun
saya memerlukan masa yang panjang untuk menyiapkannya.

Dalam pelaksanaan tugasan ini, jelas bahawa pembelajaran statistik ini


sememangnya cukup berfaedah dan manfaat. Dengan adanya kerja kursus sebegini ia
dapat melatih para guru pelatih dalam menyediakan pelbagai jenis graf andainya ditugaskan
untuk mengajar bagi matapelajaran matematik. Sebagai contohnya apabila saya telah
ditugaskan di sekolah kelak, jika diminta untuk mengantikan kelas buat sementara waktu
dan telah disuruh untuk mengajar mata pelajaran matematik dimana pada masa itu
pembelajarannya ialah mengenai statistik, sekurang-kurangnya saya tidak terpinga-pinga
kerana semasa di IPGKBL saya telah mempelajari ilmu statistik ini terlebih dahulu. Ia amat
penting kerana ilmu ini jarang dipelajari dan apabila kita mempelajarinya, ilmu baru ini
menjadi sebuah ilmu yang seronok dipelajari. Walaupun agak sukar, tetapi ia merupakan
sebuah kelainan dalam mempelajari komunikasi bertulis. Ini merupakan satu ruang dan
peluang bagi guru pelatih untuk meningkatkan lagi kecekapan dalam komunikasi bertulis
serta Ilmu Bahasa Melayu.
Dalam melakukan tugasan ini juga, saya menghadapi masalah dalam menggunakan
Microsoft Excel yang jarang digunakan. Saya menghadapi kesukaran di awal-awal fasa
menyiapkan tugasan ini namun dengan bimbingan pensyarah dan kawan-kawan, saya
sedikit sebanyak dapat memahirkan diri menggunakan Microsoft Excel ini. Bukan itu sahaja,
saya turut menghadapi masalah dalam pengiraan namun saya berjumpa dengan pensyarah
dan berbincang dengan rakan-rakan untuk memastikan kiraan yang dibuat adalah betul.

Selain itu, kita tidak dapat menjangka apa akan berlaku pada masa hadapan. Justeru
itu apa yang saya dapat perhatikan bahawa, guru-guru bahasa kini harus berkemahiran
dalam pelbagai bidang untuk memdalami profesionalisme keguruan ini kerana dalam usaha
menjamin kualiti seorang guru itu sendiri ianya datang dari hasil usaha dan penat lelah diri
sendriri bukannya hanya menunggu ia datang bergolek di hadapan kita sahaja. Ini kerana
terdapat satu keperluan mendadak untuk menghasilkan guru-guru yang dapat berdaya
saing pada peringkat global dan menepati falsafah pendidikan Negara. Selain itu
penghasilan untuk membentuk sikap-sikap yang sihat dan mulia dikalangan pelajar supaya
mereka akan menghormati dan menyayangi sesama manusia yang lain, mewarisi suatu
komitmen dan rasa tanggungjawab terhadap kemakmuran dan kemajuan negara serta
menghormati bidang-bidang lain.

Anda mungkin juga menyukai