Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BOLA SEPAK DAN FUTSAL PIALA PENGARAH


PERINGKAT IPGKBL 2019
( ANTARA RUMAH SUKAN )

PENGANJUR:

BIRO SUKAN DAN REKREASI JAWATANKUASA PERWAKILAN


PELAJAR (JPP) 2019/2020.

TARIKH:
12 - 14 MAC 2019
(SELASA - KHAMIS)

TEMPAT:
PADANG BOLA SEPAK,
IPGK BATU LINTANG KUCHING,
SARAWAK.
1.0 PENDAHULUAN
Bola sepak dan futsal merupakan sukan yang sangat digemari di dunia. Sukan ini
juga merupakan medium yang mampu mengeratkan perpaduan antara komuniti. Oleh itu,
Biro Sukan dan Rekreasi JPP IPGKBL sesi 2019/2020 akan mengadakan Pertandingan
Bola Sepak dan Futsal Piala Pengarah Peringkat IPGKBL 2019. Penyertaan peserta
terbuka kepada keempat-empat rumah sukan di IPGKBL. Aktiviti sukan seperti ini
sememangnya dititikberatkan untuk mendidik dan memandu arah para bakal pendidik
sebagai penentu dan peneraju pendidikan negara pada masa akan datang. Sementara
itu, pertandingan ini amat penting bagi mencungkil bakat dalam kalangan guru pelatih di
samping dapat melahirkan bakal pendidik yang seimbang dari aspek JERIS. Melalui
aktiviti ini juga, setiap guru pelatih dapat mengeratkan hubungan sesama ahli dalam
rumah sukan.Tambahan pula, para guru pelatih lelaki IPGKBL telah bergiat aktif dalam
menyertai pertandingan bola sepak di luar seperti Karnival Sukan Siswa Siswi (KASUS)
di IPG IPOH PERAK. Malahan, pasukan bola sepak IPGKBL telah berjaya mendapat
tempat kedua pada sukan KASUS yang lepas.
Penyertaan bagi Pertandingan Bola Sepak dan Futsal Piala Pengarah Peringkat
IPGKBL adalah terbuka kepada empat rumah sukan iaitu Batang Igan (Biru), Batang
Padungan (Hijau), Batang Balleh (Kuning) dan Batang Lupar (Merah).

2.0. MATLAMAT
Penganjuran Bola sepak piala pengarah Peringkat IPGKBL 2019 bermatlamat untuk
memberi pendedehan mengenai sukan bola sepak dan futsal di samping dapat
mencungkil bakat serta memberikan peluang kepada para guru pelatih untuk menyertai
sukan bola sepak dan futsal. Bukan itu sahaja, penganjuran ini juga bermatlamat untuk
membuat pemilihan pelajar yang akan mewakili IPGKBL bagi mengikuti pertandingan
KASUS pada 12-14 april di IPG IPOH PERAK dan Sukan IPT yang bertempat di IPGKBL
pada awal bulan 7.
3.0. OBJEKTIF
i. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga dalam
bidang kokurikulum khususnya.
ii. Membina kesedaran tentang kepentingan sukan terhadap pelajar.
iii. Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman mengikuti
pertandingan bola sepak dan futsal.
iv. Membina, memupuk dan melahirkan pelajar yang kuat fizikal dan jati diri serta
dapat mewujudkan sikap daya saing yang sihat.
v. Dapat meningkatkan kemahiran dalam permainan bola sepak dan futsal.
vi. Mewujudkan interaksi sosial yang sihat antara pelajar IPGKBL.

4.0. NAMA PERTANDINGAN

“PERTANDINGAN BOLA SEPAK DAN FUTSAL PIALA PENGARAH PERINGKAT


IPGKBL 2019”

5.0. TEMPOH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 12 – 14 Mac 2019 (Selasa – khamis)


Masa : 5.00 – 6.00 P.M.
Tempat: Padang bola sepak IPGK Batu Lintang
6.0. AHLI JAWATANKUASA

PENAUNG:
ENCIK JAMIRAN BIN SALAM
(PENGARAH IPGKBL)

PENASIHAT :
PUAN PUSPALEELA HABIBIE NORLELA BINTI ABDULLAH
(PENSYARAH PENASIHAT BIRO SUKAN DAN REKREASI JPP 19/20)

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI:
SAUDARA MOHD REDZWAN BIN ABDUL MAJID

SETIAUSAHA:
SAUDARA MOHD SAIFUL BIN RADHI

BENDAHARI:
SAUDARI MARTINA GINUS

AHLI JAWATANKUASA

PENGURUS PERTANDINGAN : Muhammad Yusuf bin A Bakar


: Fatin Najwa binti Razali

PERALATAN / KEBERSIHAN : Aston Roland Ak Jitam


: Alixson Sibok Ak Nyaun

HADIAH/ CENDERAMATA &


DOKUMENTASI : Siti Nurhaliza
: Linda Ling Hui Ting

TEKNIKAL : Abdul Khalid Hidayat bin Yusri


: Fitzgerald Lucas Ajie Anak Llli

URUSETIA/ KESELAMATAN : Cornelia Liew Mui Yee


: Asvinollia Anthnoy
7.0. JADUAL PERTANDINGAN

JADUAL “PERTANDINGAN BOLA SEPAK DAN FUTSAL PIALA PENGARAH

PERINGKAT IPGKBL 2019”

MASA PERLAWANAN REFREE

5.00 – 5.30 PM REFREE : SAIFUL


(SELASA) BALLEH VS IGAN (L) LINESMAN : AHMAD,
(BOLA SEPAK) LAYANG
5.00 – 5.30 PM
(SELASA) BALLEH VS IGAN (P) REFREE : SIBOK
(FUTSAL)
5.30 – 6.00 PM REFREE : FAIZ
(SELASA) PADUNGAN VS LUPAR (L) LINESMAN : YUSUF,
(BOLA SEPAK) AMIR
5.30 – 6.00 PM
(SELASA) PADUNGAN VS LUPAR (P) REFREE : FARIZ
(FUTSAL)
5.00 – 5.30 PM REFREE : JOEL
(RABU) PADUNGAN VS IGAN (L) LINESMAN : HAZIQ,
(BOLA SEPAK) ZULFADHLI
5.00 – 5.30 PM
(RABU) PADUNGAN VS IGAN (P) REFREE : ZULFADZLEY
(FUTSAL)
5.30 – 6.00 PM REFREE : AMIR
(RABU) BALLEH VS LUPAR (L) LINESMAN : ZACHRY,
(BOLA SEPAK) SIBOK
5.30 – 6.00 PM
(RABU) BALLEH VS LUPAR (P) REFREE : FARIZ
(FUTSAL)
5.00 – 5.30 PM REFREE : AMIR
(KHAMIS) PADUNGAN VS BALLEH (L) LINESMAN : ZACHRY,
(BOLA SEPAK) FARIZ
5.00 – 5.30 PM
(KHAMIS) PADUNGAN VS BALLEH (L) REFREE : IFDZAN
(FUTSAL)
5.30 – 6.00 PM LUPAR VS IGAN ( L) REFREE : FAIZ
(KHAMIS) (BOLA SEPAK) LINESMAN : ZACHRY,
IZZAT
5.30 – 6.00 PM
(KHAMIS) LUPAR VS IGAN ( L) REFREE : SAIFUL
(FUTSAL)
8.0. ANGGARAN PERBELANJAAN

8.1 HADIAH & CENDERAMATA

BIL ITEM HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH CATATAN


(RM)

1. Diperolehi
Sijil dari Unit
Sijil - 10 x 4= 40 RM0.00 Gerko /
penyertaan unit Jabatan HEP
IPGKBL.

2. Hadiah
pemenang Johan : RM50.00 2
N. Johan :RM40.00 2 Ditanggung
(dalam bentuk Ketiga : RM30.00 2 RM360.00 oleh pihak
hamper) Keempat: RM30.00 2 IPGKBL
Penjaring
terbanyak : RM15.00 2
penjaga gol
terbaik : RM 15.00 2

JUMLAH KESELURUHAN: RM 360.00

8.2 PERSIAPAN PADANG :

BIL ITEM HARGA KUANTITI JUMLAH CATATAN


SEUNIT / (RM)

1. Meja dan kerusi RM 0.00 3 RM 0.00


urusetia IPG

2. Bola RM 0.00 6 RM 0.00 Jabatan PJK

3. kertas RM0.00 15 RM0.00 Stor Am

4. Minyak hitam RM0.00 4 TONG RM0.00 Sumbangan KV


Kuching
5. Tali rafia RM10.00 1 RM10.00 Stor Am

JUMLAH KESELURUHAN: RM 0.00


8.3 KEBERSIHAN :

BI ITEM HARGA KUANTITI JUMLAH CATATAN


L SEUNIT (RM)
1. Plastik sampah RM 0.00 2 RM 0.00 Stor Am
2. JUMLAH KESELURUHAN: RM 0.00

8.4 KESELAMATAN :

BIL ITEM HARGA KUANTITI JUMLAH CATATAN


SEUNIT (RM)
1. SPRAY RM 0.00 1 RM 0.00 Unit Gerko
IGKBL
2. PETI KECEMASAN - - RM0.00 STOR
IPGKBL
JUMLAH KESELURUHAN RM 0.00

9.0 ANGGARAN KASAR KESELURUHAN PERBELANJAAN PERTANDINGAN BOLA


SEPAK DAN FUTSAL PIALA PENGARAH PERINGKAT IPGKBL 2019:

BIL. KEPERLUAN ANGGARAN KOS


1. HADIAH DAN CENDERAMATA RM 360.00
2. KEBERSIHAN RM 0.00
3. KESELAMATAN RM 0.00
4. PERSIAPAN PADANG RM 0.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 360.00

10.0. PENUTUP
Pihak kami berharap agar pertandingan ini dapat dijalankan dengan lancar dan memberi
kebaikan bersama kepada para pelajar. Diharap dengan penganjuran pertandingan bola
sepak dan futsal piala pengarah ini, objektif dan matlamat yang telah digariskan akan
dapat dicapai seterusnya memastikan kualiti sukan di IPG Kampus Batu Lintang ini
semakin maju dan mantap.

Sekian, terima kasih.


“Majulah Sukan Untuk IPGKBL
Disediakan oleh,

_______________________
(MOHD SAIFUL BIN RADHI)
Setiausaha,
Bola Sepak dan Futsal Piala Pengarah Peringkat IPGKBL 2019.

Disemak oleh :

_______________________
(PUAN PUSPALEELA HABIBIE NORLELA BINTI ABDULLAH)
Pensyarah Penasihat Biro Sukan dan Rekreasi JPP 19/20,
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Diluluskan oleh :

______________________
(ENCIK JAMIRAN BIN SALAM)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
Kuching, SARAWAK.

Anda mungkin juga menyukai