Anda di halaman 1dari 13

1

SENARAI KANDUNGAN

Bil. Senarai Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 4

2.0 Alat - Alat CoRT IV ( PEMIKIRAN KREATIF) 5-8

3.0 Penutup 9

4.0 Rujukan 10

2
TUGASAN ESEI

ALAT - ALAT CoRT IV


( PEMIKIRAN KREATIF)

3
1.0 - PENGENALAN

Memetik kata daripada John Dewey ( 1859 - 1952 ) , beliau mentakrifkan


pemikiran itu merupakan suatu perilaku untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Definisi ini merupakan takrifan yang paling berpengaruh yang dilakukan oleh John
Dewey pada tahun 1933 yang kekal sehingga hari ini. John Dewey juga menekankan
bahawa berfikir merupakan daya usaha apabila manusia mula untuk menyesuaikan
diri kepada persekitaran yang sukar.

Berfikir juga memerlukan kemahiran dan alat-alat pemikiran. Oleh itu, kemahiran
berfikir biasanya diajar kepada murid-murid supaya mereka menerima pendidikan
yang lebih luas daripada kurikulum sekolah yang sedia ada.

4
Pada Julai 1969, Dr Edward de Bono , seorang pelopor dalam bidang pemikiran
kreatif dan inovasi, beliau telah memperkenalkan Cognitive Research Trust iaitu
merupakan salah satu alat-alat berfikir. Tujuan Cognitive Research Trust ( CoRT ) ini
adalah untuk mengatasi sesuatu permasalahan dengan lebih cekap dan efisien.

Ramai yang mengatakan bahawa kreatif itu datang dari perkara yang memberi
inspirasi dan tiada apa yang kita boleh buat mengenainya. Tetapi itu tidak benar
sama sekali. Kita semua ada potensi untuk berfikir secara kreatif. Ini kerana
pemikiran yang kreatif lebih kurang samanya dengan proses pemikiran biasa yang
melibatkan proses pembelajaran dan mengaplikasikan. Walau bagaimanapun, untuk
menjadi kreatif suatu pemikiran yang dalam hendaklah dilakukan agar kreativiti itu
dapat dikeluarkan.

Oleh itu, alat - alat CoRT IV akan digunakan untuk menghasilkan pemikiran yang
kreatif.

2.0 - ALAT - ALAT CoRT IV ( PEMIKIRAN KREATIF )

5
Alat CoRT merupakan instrumen dalam bentuk garis panduan yang digunakan
untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang untuk membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Alat pemikiran bagi CoRT IV ( pemikiran
kreatif ) adalah untuk membantu meningkatkan kreativiti untuk menghasilkan
persepsi baru. Di samping itu, semua 10 alat dalam CoRT IV ini akan merangsang
pemikiran kita untuk melihat sesuatu isu dan idea secara kreatif sebelum membuat
rumusan atau keputusan.Selain itu, ia merupakan alat untuk pemikiran lateral iaitu
proses berfikir untuk mengubah cara kita membuat sesuatu perkara. Alat - alat CoRT
IV terdiri daripada10 alat ;

i. Ya , Tidak dan Po ( Yes , No and Po )

ii. Batu Loncatan ( Stepping Stone )

iii. Input Rawak ( Random Input )

iv. Mencabar konsep / Idea Dominan ( Concept Challenge / Dominant


idea )

v. Mengasingkan kelemahan ( Remove Faults )

vi. Kombinasi ( Combination )

vii. Mentakrifkan Masalah ( Define Problems )

viii. Keperluan - keperluan ( Needs )

ix. Penilaian ( Evaluation )

x. Pengurusan Grafik ( Graphic Management )

2.0.1 - Ya, Tidak dan Po ( Yes , No and Po )

Kebiasaannya, apabila orang mengajukan sesuatu pandangan atau


cadangan ataupun soalan kepada kita, kita selalunya akan menjawab Ya ( Yes )
ataupun Tidak ( No ). Jikalau kita bersetuju dengan pandangan orang tersebut
kita akan menjawab Ya manakala jika tidak bersetuju kita akan menjawab Tidak.
Tetapi, bagaimana pula dengan cadangan yang kita tidak setuju dan yang kita
setuju? Sebagai contoh “ Semua pendidik mengajar anak murid mereka dengan
penuh tanggungjawab “. Sesungguhnya, pendapat ini tidak ada jawapan yang
tetap. Ia boleh dijawab dengan jawapan Ya atau Tidak. Oleh itu, kita akan
menjawab “Po” kepada pandangan tersebut. Perkataan “Po” diterbitkan daripada

6
pottery atau suppose ataupun hypothesis. Po digunakan apabila kita tidak dapat
memilih keputusan yang khusus untuk sesuatu idea tetapi kita ingin memikirkan
pandangan tersebut secara kreatif.

2.0.2 - Batu Loncatan ( Stepping Stone )

Batu loncatan digunakan lanjutan daripada jawapan Po di atas. Batu


loncatan ialah kita menggunakan idea atau pandangan yang sedia ada untuk
mendapatkan idea baru. Ini bermakna idea yang sedia ada akan digunakan
sebagai batu loncatan untuk mencipta ataupun mendapatkan idea baru atau
bergerak kepada idea yang lain. Untuk menggunkan batu loncatan ini untuk
menggerakkan idea baru, kita perlu memikirkan adakah sesuai digunakan batu
loncatan dan apakah idea baru yang boleh dicetuskan dari batu loncatan
tersebut. Jika menggunakan Po untuk menjawab pandangan atau idea yang kita
nampak munasabah dan mustahil, gunakan idea Po tersebut untuk dijadikan
batu loncatan untuk menghasilkan idea yang baru yang mungkin lebih realistik
dan kreatif untuk dipraktikkan.

2.0.3 - Input Rawak ( Random Input )

Dalam situasi yang kita tidak mampu menggunakan Po dan batu loncatan,
input rawak adalah amat membantu. Apa yang dimaksudkan dengan input
rawak ialah apabila kita gagal untuk menghasilkan idea baru yang lebih baik dan
praktikal yang menggunakan Po dan batu loncatan. Sebagai contoh, apabila
seseorang pelajar disuruh membuat ucapan yang mengejut pada hari
perhimpunan. Namun, dia tidak sempat untuk menulis teks atau skrip ucapan.
Dengan menggunakan kaedah input rawak, pelajar tersebut boleh memikirkan
apa sahaja objek dari persekitaran. Katakan lah pelajar tersebut mengambil
sebiji batu sebagai input ucapan. Maka dia boleh menggariskan isi ucapannya
seperti;

1. Semangat pelajar IPG adalah ibarat batu-batuan yang keras dan


tidak mudah pecah.

2. Pelbagai jenis batu-batu permata yang cantik yang boleh


disamakan dengan pelajar-pelajar.

7
Selain batu, pelbagai objek persekitaran boleh digunakan sebagai input
rawak.

2.0.4 - Mencabar Konsep / Idea Dominan

( Concept Challenge / Dominant Idea )

a) Mencabar Konsep

Jika kita melakukan sesuatu perkara berkali-kali semestinya kita akan


menganggap perkara tersbeut sebagai sebuah kelaziman ataupun
kebiasaan. Sebagai contoh, apabila kita bermain bola kita akan menyepak
bola tersebut dengan menggunakan kaki kanan. Bagaimana kalau kita
menyepak bola tersebut dengan menggunakan kaki kiri?

Sebelum kita mencabar sesebuah konsep yang sedia ada, kita perlu
fikirkan adakah idea tersebut boleh dicabar dan adakah pilihan lain yang
ada? Dengan mencabar konsep yang sedia ada, ia dapat mencetus idea
baru yang kadang kala boleh memberikan pilihan yang lebih baik kepada
kita.

b) Idea Dominan

Dalam hidup kita, sudah semestinya kita mempunyai idea dominan.


Idea dominan yang dimaksukan ini adalah tujuan hidup kita. Lain orang, lain
juga lah tujuan hidupnya. Namun, dengan mengubah idea dominan ini, kita
boleh mendapat kebaikan yang lebih besar. Contohnya, sesebuah sekolah
mempunyai idea dominan iaitu untuk semua murid lulus dalam semua
peperiksaan. Tapi kita juga boleh keluar daripada idea dominan ini dan
menjana pemikiran yang kreatif iaitu cuba mengubah idea dominan ini.
Apabila kita mengubah idea dominan, kita perlu memikirkan apakah idea
dominan yang baru dan apa kelebihan baru yang kita boleh dapat.

2.0.5 - Mengasingkan Kelemahan ( Remove Faults )

Setiap idea yang difikirkan sudah semestinya ada kelemahan yang


tersendiri. Namun ia boleh betulkan dan diperbaiki agar idea yang lebih bernas
dapat diperoleh. Dengan kata lain kita mengasingkan kelemahan tersebut
sebagai alat pemikiran yang kreatif agar dapat mencari jalan bagi mengatasinya.

8
Sebelum membuat pengasingan kelemahan tersebut kita perlu memikirkan
apakah kelemahan yang ada dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya.

2.0.6 - Kombinasi ( Combination )

Kombinasi idea boleh digunakan dalam pelbagai situasi kehidupan kita


sama ada dalam menyelesaikan masalah ataupun dalam mereka cipta barangan
baru. Dengan mencantum atau menggabung beberapa idea, sesungguhnya idea
baru yang lebih bernas akan dapat dihasilkan. Sebelum membuat penyatuan
idea, kita perlu memikirkan apakah idea yang boleh diasatukan dan apakah hasil
penyatuan idea tersebut.

2.0.7 - Mentakrifkan Masalah ( Define Problems )

Seringkali kita menghadapi masalah dan kita gagal untuk menyelesaikan


masalah tersebut. Ini kerana kita tidak tahu akan apa masalah yang sebenarnya.
Takrifan masalah di sini bermaksud kita menghuraikan sesuatu masalah dengan
terperinci dan akhirnya kita akan dapat mengetahui masalah yang sebenarnya.
Takrifan yang membawa idea yang lebih baik akan diterima dan takrifan yang
kurang sesuai perlu ditolak. Sebelum kita mentakrifkan masalah yang kita
hadapi, kita perlu memikirkan ;

i. Apakah masalah yang sebenarnya?

ii. Bagaimanakah cara terbaik untuk mentakrifkannya?

Selepas takrifan masalah ini, kita akan lebih mudah menyelesaikan masalah
yang kita hadapi.

2.0.8 - Keperluan - Keperluan ( Requirements )

Bagi menambah baik sesuatu idea, keperluan untuk melaksanakan idea


tersebut perlulah dilaksanakan. Melalui kaedah ini, kita akan bleh mengenal
pasti kekurangan yang mungkin timbul dan dapat dibaiki dengan segera. Dalam
melaksanakan sesuatu idea kita perlu memikirkan apakah keperluannya dan
mana satu keperluan yang perlu diutamakan. Dengan senarai keperluan ini, kita
akan dapat melengkapkan idea utama tadi dengan jayanya. Alat “keperluan” ini
penting untuk mendapatkan idea yang lebih praktikal dan boleh diterima pada
masa tersebut.

2.0.9 - Penilaian ( Evaluation )

9
Sesebuah idea, aktiviti ataupun rekaan hendaklah dinilai supaya tahu akan
kelebihan dan kekurangannya. Penilaian yang dimaksudkan ialah kita menilai
sesuatu idea untuk mengetahui sama ada ia akan berjaya atau tidak. Sebelum
membuat penilaian kita harus memikirkan ;

1. Bagaimanakah ia dapat disesuaikan dengan keperluan?

2. Apakah kelebihan dan kekurangannya?

Dengan melakukan penilaian ini, kita akan boleh untuk melaksanakan


sesuatu idea utama itu dengan berjaya.

2.0.10 - Pengurusan Grafik ( Graphic Management )

Mengapakah pengurusan grafik dapat menjana pemikiran yang kreatif?

i. Untuk merancang dan menyusun idea supaya teratur dan jelas.

ii. Untuk mengawal dan memahami proses pemikiran kendiri

iii. Untuk menterjemahkan dan melahirkan sesuatu yang tersirat dalam


bentuk yang tersurat.

iv. Untuk menjadikan proses berfikir lebih sistematik dan aktif.

v. Untuk mengelakkan daripada berfikir secara terburu-buru, kabur


dan berkecamuk.

Terdapat beberapa jenis pengurusan grafik yang boleh menjana pemikiran


yang kreatif, di antaranya ialah grafik membanding beza, grafik meramal kesan
dan akibat dan juga grafik idea berpusat. Dengan menguruskan idea secara
grafik, kita akan mampu menjana pemikiran yang kreatif.

3.0 - PENUTUP

Konklusinya, dengan menggunakan sepuluh alat pemikiran kreatif ( CoRT IV )


ini, kita boleh melatih minda kita untuk berfikir dengan luas. Ia juga boleh membantu
kita untuk berfikir di luar kotak. Apabila kita cuba untuk mengubah atau mencipta
sesuatu yang sudah lama diamalkan, ia boleh mendatangkan kebaikan dan juga
keburukan. Oleh itu, pemikiran kreatif ini hendaklah dipraktikkan di peringkat awal
terutamanya murid-murid sekolah rendah. Dengan ini mereka akan mampu untuk

10
berfikir dengan lebih aktif dan teratur apabila menyelesaikan sesuatu masalah.
Pendidikan yang berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi juga akan mampu
membantu murid-murid menjadi lebih pintar dan mampu untuk menjadi lebih
cemerlang

11
4.0 - RUJUKAN

http://www.edwarddebonofoundation.com/Creative-Thinking-Techniques/CoRT-
Tools.html diakses pada 18 Ogos 2017

http://sekolahberpikiredwarddebono.blogspot.my/p/dr-edward-de-bono_09.html
diakses pada 18 Ogos 2017

http://www.cortthinking.com/cort/4 diakses pada 18 Ogos 2017

https://dokumen.tips/education/alat-cort-iv-pemikiran-kreatif.html diakses pada

16 Ogos 2017

Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2014 ) Dewan Bahasa dan Pustaka

Jamidin, M.N. ( 1995 ), Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

12
13

Anda mungkin juga menyukai