Anda di halaman 1dari 38

KBKK

" TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI "


KBKK ( Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif )

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Pengenalan KBKK. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Prof.Jack Zevin (Queens College, New York, USA) telah memperkenalkan satu model KBKK. Model yang diperkenalkan ini telah mengkelaskan KBKK kepada empat kategori utama : 1. Pemikiran kritis. Definasi berfikir. Terdapat banyak definasi berfikir pernah dikeutarakan . Antaranya Beyer (1984), Fraenkel (1980) dan Meyer (1977). Berdasarkan kepada semua pendapat-pendapat ini, berfikir boleh dirumuskan sebagai : Proses penggunaan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi terhadap proses pemikiran yang dialami. Proses berfikir. Apabila timbul sesuatu soalan dan saya mencari jawapannya, saya sedang mengalami proses berfikir. Untuk mencari jawapan, saya menggunakan segala aspek yang terdapat dalam minda iaitu : - apa yang saya tahu ( pengetahuan ) - menyoal sendiri ( kemahiran kognitif ) - menilai baik buruknya ( sikap atau nilai ) Dengan demikian, proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, proses kognitif dan sikap / nilai dalam minda individu. Kelemahan dalam berfikir. Tiada gambaran Tidak tersususn Tiada idea sempit terburu-buru kecamuk konflik salah persepsi kabur 2. Pemikiran kritis. 3. Penyelesaian masalah. 4. Membuat keputusan.

Pemikiran kreatif. Kategori ini memperluas dan mengembangkan daya imiginasi, inovasi dan kreativiti pelajar untuk mendapatkan idea - idea baru, banyak dan pelbagai. Pemikiran kritis. Kategori ini melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna.

Umur dan keupayaan. Dr. Edward de Bono mendapati guru - guru dan ibu-bapa sering beranggapan bahawa kanak-kanak tidak mampu berfikir mengenai pelbagai perkara yang berbeza. Bagaimanapun setelah peluang diberi, mereka terperanjat dengan kebolehan kanak - kanak berfikir dan kemampuan mereka di luar batasan umur.

Tingkahlaku berfikir. Anda ingin melakukan sesuatu :a. Ingin lakukan cara lama atau baru ? k. b. Ingin lakukan lebih baik dari dahulu ? ? c. Berapa lama untuk melakukannya ? l. d. Bilakah ia harus disiapkan ? m. e. Adakah orang lain akan membantu untuk melaksanakannya n. ? o. f. Apakah akan terjadi selepas melakukannya ? p. g. Apakah kebaikannya ? q. h. Apakah keburukannya ? r. i. Apakah manfaatnya ? s. j. Adakah cara yang lebih mudah melakukannya ?

Apakah pilihan lain untuk tidak melakukannya Apakah kesan jika tidak melakukannya ? Apakah bahan dan alatannya ? Adakah cara yang lebih cepat ? Adakah cara yang lebih mudah ? Adakah cara yang kurang kesilapan ? Adakah cara kurang kekangan ? Akah akan terjadi selepas melakukannya ? Apakah hasil yang akan terjadi ?

Sikap yang perlu ke arah mencapai Kemahiran Berfikir. a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. Setiap orang perlu berfikir setiap orang boleh berfikir. Berfikir ialah kemahiran yang boleh dibentuk dan dibangunkan. Anggap diri sendiri sebagai pemikir. Yakinkan diri sendiri akan menjadi pemikir yang bertambah baik. Berfikir memerlukan kemampuan yang deliberate. Perkara yang sukar boleh diselesaikan dengan mudah. Buat tindakan satu persatu. Asingkan ego dari pemikiran . Pastikan objektif pemikiran dapat dicapai. Kegunaan berfikir ialah bukan untuk betul pada setiap masa. Selalu merendah diri rasa bongkak adalah tanda pemikir yang lemah.

Membentuk kemahiran berfikir. Contoh untuk beberapa ikhtibar supaya kita boleh berubah: a. Saya mahu sedikit gam untuk mencantumkan dua keping kayu. Kita dibesarkan dengan pengalaman bahawa kayu dicantumkan dengan gam. Itulah cara paling mudah, paling murah dan paling kita sukai. Itulah cara yang ada yang kita ketahui. Atau itulah cara yang sering tertanam dalam minda kita. b. Saya mahu beberapa cara untuk mencantumkan dua keping kayu. Kita boleh mengubah paradigma dan dogma dalam minda sendiri. Selalu tanamkan bahawa setiap satu perkara yang difikirkan mempunyai banyak pilihan lain untuk melakukannya. Ini melahirkan persepsi dan kemahiran berfikir yang baru. Contoh lain : a. Saya mahu paku untuk menggantung gambar ini ke dinding. b. Saya mahu beberapa cara untuk menggantung gambar ini ke dinding.

Empat jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (1). 1. Seronok ( cadangan 40% ). - Imiginartif, gila-gila, spekulatif dan tidak diambil serius. Contoh : bagaimana kalau kita ada 4 tangan ? 2. Remote ( cadangan 30% ). - Besar kemungkinannya benar, ada kebenaran. Contoh : bagaimana nak mengelakkan kesesakan bandararaya ? 3. Persekitaran sedia ada ( cadangan 20% ). - Relevan dengan umur, kumpulan dan persekitaran murid dan minat mereka. Contoh : sahabat anda cuba mengelak dari bertemu anda dan anda tidak tahu kenapa. Apakah yang patut anda lakukan ? 4. Berat ( cadangan 10% ). - Hal - hal serius yang berkaitan dengan kita (kumpulan pelajar yang belajar KB) Umur, minat dan situasi kita mempengaruhi pilihan seperti keperluan , kesusahan kita. Contoh : patutkah remaja merokok ?

Empat jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (2) . Gabungkan 2 dari 4 jenis latihan Kemahiran Berfikir setiap kali latihan secara berpasangan antara : a. seronok. b. remote. c. persekitaran sedia ada. d. berat. Ini penting supaya ia membina Kemahiran Berfikir akibat dari tiada emosi, prejudis dan gangguan pengalaman.

17 Prinsip-prinsip berfikir. 1. Konstruktif (jangan negatif). 2. Berfikir secara perlahan-lahan dan mudah. 3. Elakkan ego, refleksi terhadap pendapat sendiri. 4. Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul. 5. Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai). 6. Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir. 7. Mampu tukar gear. Tahu bila perlu guna logik, guna kreativiti, guna maklumat. 8. Apakah penyelesaian dari berfikir. 9. Perasaan, emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja). 10. Sentiasa dan berani mencari serta menggunakan alternatif, persepsi dan idea baru. 11. Mampu berundur dan maju semula. 12. Pihak yang membahas/mempertikai ada melahirkan idea penting ambil idea dan gunakan idea-idea tersebut. 13. Logik cuma sebaik persepsi dan maklumat. 14. Pandangan berbeza lahir dari persepsi yang berbeza. 15. Semua tindakan mempunyai kesan dan akibat. 16. Setiap perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya. 17. Manusia mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru.

Berfikir secara perlahan - lahan dan mudah. a. b. c. d. e. f. g. Manusia mampu berfikir walau sebanyak mana sekalipun kalau berfikir secara perlahan-lahan dan tenang. Elakkan ego, refleksi terhadap pendapat sendiri. Ego seringkali mempengaruhi pendapat manusia. Fikirkan semula objektif kita berfikir, tujuhala dan kesan dari pendapat kita sendiri. Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul. Walaupun pendapat kita betul, pendapat orang lain juga adalah baik dan patut diterima dan dipakai. Ada kemunginan kita tidak menerima pendapat betul orang lain kerana kita melihat dari persepsi yang salah.

Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai). a. Berfikir untuk memperoleh sesuatu yang baik, benar dan tepat. b. Berfikir bukan untuk menyatakan cara kita betul. c. Tidak perlu untuk membahaskan tentang pendapat orang lain. Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir. a. Kenalpasti apakah titik fokus kita berfikir dan apakah yang ingin dicapai dari berfikir tadi. b. Tentukan satu titik fokus sahaja. c. Elakkan terhanyut / tergelincir / terbias dari masa ke masa, dari fasal ke fasal, dari pendapat ke pendapat. Mampu tukar gear. Tahu bila perlu guna logik, guna kreativiti, guna maklumat. a. Bijak berfikir adalah juga mahir dalam pelbagai jenis berfikir. b. Tahu bila dan bagaimana perlu guna pelbagai teknik berfikir. Apakah penyelesaian dari berfikir. a. Boleh meramal hasil berfkir dan kesan dari berfikir tadi. b. Mampu mengenalpasti mengapa rumusan / keputusan dari berfikir tadi boleh dijayakan. Perasaan, emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja). a. Perasaan dan emosi juga penting kerana banyak penyelesaian masalah juga melibatkan pihak lain / manusia. b. Gunakan perasaan dan emosi di masa yang sesuai. c. Perasaan dan emosi digunakan di awal, ia akan mempengaruhi persepsi dan tindakan. Sentiasa cari alternatif, persepsi dan idea baru. a. Cari alternatif baru, penerokaan baru, persepsi baru, kemungkinan bertindak, pendelatan yang berlainan dan pelbagai. Mampu berundur dan maju semula. a. Memikirkan semula senario sebenar secara terperinci. b. Keluasan skop membantu menjana alternatif, berpindah dari idea ke idea, menghubung kait idea. c. Berundur menyusun semula langkah, memperbarui pendapat dan bertindak. Pihak yang membahas / mempertikai ada melahirkan idea penting ambil idea dan gunakan ideaidea tersebut. a. Ambil semua idea. Ada kala idea yang baik bercampur dengan idea kurang baik. b. Idea yang baik boleh diperbaiki dan digunakan. c. Idea yang kurang baik boleh digabungkan dengan idea lain untuk menjadikan idea yang lebih baik. Logik cuma sebaik persepsi dan maklumat. a. Pendapat / pilihan / tindakan ramai orang merupakan pendapat / pilihan / tindakan yang terbaik baru & masih diketahui. Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan lain yang sama baik tetapi belum diketahui. a. Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan yang lebih baik dari persepsi lain pula. b. Logik baru boleh muncul dari dogmatik lama. Pandangan berbeza lahir dari persepsi yang berbeza. a. Apabila ada pendapat betul, semua pendapat lain seringkali dianggap salah.

b. Persepsi lahir dari maklumat berbeza, pengalaman berbeza, cara pandangan berbeza. c. Seseorang perlu peka pada pelbagai jenis persepsi yang berbeza. Semua tindakan mempunyai kesan dan akibat. a. Bukan semua hasil berfikir menghasilkan tindakan. b. Berfikir juga boleh menghasilkan pelan tindakikut, penyelesaian masalah, mereka bentuk, pilihan atau keputusan yang diikuti dengan tindakan. c. Tindakan mempunyai kesan dan akibat pada manusia, hidupan dan alam. Setiap perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya. a. Perkara yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada pengalaman lalu. b. Masih ada cara lain untuk melakukan sesuatu yang belum kita ketahui, kita temui dan belum terlintas dalam fikiran manusia. Manusia mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru. a. Manusia boleh berkreatif apabila diberi peluang.

Pemikiran biasa. Teknik ini kita pelajari secara tidak disedari semasa menjalani proses kegidupan seharian. Kecenderungan ini perlu dikikis supaya dapat menghaslkan idea bermutu. Tujuh (7) ciri pemikiran biasa: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pengulangan mempengaruhi minda. Dikongkong oleh pengamatan mata. Dikuasai niat dan kepentingan peribadi. Pengalaman pertama memberi tanggapan untuk seterusnya. Mengutamakan kepentingan. Kuat dipengarui pengalaman peribadi. Cepat bertanggapan ekstrim.

Kelemahan dalam berfikir. Logik tradisional (pemikiran vertikal) a. Silogisme b. Silogisme bersyarat c. Silogisme hipotetikal Silogisme. Silogisme ialah argumen yang mengandungi dua premis dan satu kesimpulan. Contoh : Premis 1 Premis 2 Kesimpulan a. b. Pelajar yang rajin akan berjaya Orang alim memakai jubah dan janggut Halim seorang pelajar yang rajin Pak Haji memakai jubah dan janggut Halim akan berjaya Pak Haji adalah orang alim.

Silogisme bersyarat. Silogisme ialah argumen yang mengandungi dua premis yang menjadi syarat dan satu kesimpulan. Premis 1 menjadi syarat utama dan Premis 2 menjadi syarat kecil. Contoh : Premis 1 (syarat utama) Premis 2 (syarat kecil) Kesimpulan a. Kalau kamu masuk masuk kamu akan berjaya. Kamu sedang belajar di universiti,

universiti, b. Kalau Malaysia menggunakan Bah.Inggeris, Malaysia akan jadi negara maju.

maka kamu tentu akan berjaya. Malaysia sekarang tidak menggunakan Bahasa Inggeris, maka Malaysia tidak akan jadi negara maju.

Contoh lain : Bintang jelita pujaan kita, Siti Norhaliza menggunakan sabun krim pelembab muka jenama Xiannasa. Anda juga akan mengunakan krim pelembab muka jenama Xiannasa, maka anda akan jadi jelita seperti bintang pujaan anda. Silogisme hipotetikal. Silogisme hipotetikal ialah silogisme yang mempunyai proposisi hipotesis yang terdapat anteseden dan konsekuen di dalamnya. Contoh : Proposi hipotesis Proposi hipotesis Kesimpulan Bahagian 1 a. b. c. d. Kalau Kalau Kalau Kalau menangis mahal Pak Haji memakai jubah dan janggut bukan hidup Bahagian 2 Konsekuen air mata mesti keluar Itu tanda barangan baik. hari akan hujan tentu ia mati

Contoh lain : a. Kalau berjaya di sekolah rendah, tentu akan berjaya ke universiti. b. Kalau mamalia ada paru-paru, tentu paus dan kelawar ada paru-paru. c. Kalau gempa bumi ada di Indonesia, tentu gempa bumi ada di Malaysia. Teknik analisis sifat (pemikiran kritikal). Merombak struktur pemikiran yang sedang dan sering digunakan. Ini bertujuan untuk menerbitkan idea baru. Contoh : tongkat orang buta. Bil Sifat Bagaimana kalau...... a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. Dibuat daripada aluminium Bentuk silinder panjang Boleh dilipat Warna krom Krom sadur berkilat Tiada asesori tambahan Tiada asesori kecemasan Tali supaya tidak terlepas dari pegangan Berat Ketinggian yang piawai Dibuat daripada grafit ? Pipih / segiempat / leper ? Boleh laras sorong masuk seperti arial radio / tripod kamera ? Grafit / plastik jernih ? Grafit jernih boleh dibubuh lampu dan berkelip-kelip / pancar sinar ? Asesori bunyi signal menandakan halangan spt tembok, longkang dll. Asesori kecemasan seperti kecurian, sesat dll. Ada tali dan tambahan asesori bunyi peluit jika tercicir / kehilangan. Ringan dan boleh terapung di dalam air Mudah laras mengikut ketinggian pengguna.

Pemikiran kritis lahir dari kreatif dan pengalaman. Bil Kritis a. Arkitek maritim Amerika mengkaji supaya pergerakan kapal lebih laju semasa di laut Pereka fesyen YSL ingin menjual lebih

Punca kreatif

Arkitek dapat ilham dengan mengkaji pergerakan ikan lumba Mengubahsuai fesyen lama

b.

banyak pakaian c. d. Mengurangkan serangan musuh padi seperti tikus Jurutera R&D ingin mencipta bumbung yang boleh berubah warna dan membalik/menyerap haba mengikut cuaca yang berubah-ubah Pakar penternakan ingin menghasilkan baka lembu yang besar dan tahan penyakit Membiakkan musuh semulajadi tikus seperti burung hantu

Mengkaji fenomena perubahan cicak kobeng

e.

Mengahwinkan lembu dengan seladang.

Proses asas berfikir. 1. 2. 3. 4. 5. Keluasan / tertentu. Tumpuan (projection). Mengarah ke arah penumpuan. Pengecaman dan muat tepat. Pergerakan dan alternatif.

Keluasan / tertentu , umum / terperinci. Analoginya : Bayangkan kita menemui seekor harimau yang baru wujud di dunia. Dari jauh kita nampak bentuk sahaja yang jelas (keluasan / umum / tidak tepat / tidak khusus), semakin mendekat baharulah kita dapat mengenali rupa sebenar haiwan itu berbulu halus, bertelinga kecil, berbulu pendek di telinga, berkuku dll. (terperinci / tepat / khusus). Pemikir yang baik boleh mengenali sesuatu perkara dari umum kepada tepat dan juga sebaliknya dari tepat kepada umum. Contoh 1 Bentuk umum - Tolong dapatkan saya minuman (Bagaimanakah anda dapat memenuhi permintaannya dengan tepat?). Bentuk terperinci - Tolong dapatkan saya minuman Milo panas tanpa ais. Contoh lain : a. Carikan beberapa cara untuk saya sangkutkan gambar hiasan ini ke dinding ruang tamu. b. Tolong lukiskan saya sekeping gambar lukisan. Tumpuan / membayangkan tampak. Tumpuan memberi maksud membayangkan, berimiginasi, membayang tampak sesuatu dalam minda. Ia sebahagian asas dari pemikiran kerana kita tidak dapat memastikan setiap satu yang berlaku dalam kehidupan. Kita cuma ingin melihat apa akan berlaku dan menumpukannya dalam minda kita. Tumpuan itu mungkin tidak benar tetapi kita mendapat sedikit petunjuk darinya. Contoh : a. Apa akan terjadi sekiranya semua pengangkutan disediakan percuma ? b. Apa akan terjadi sekiranya kutub utara mencair menjadi air ?

Mengarah ke tumpuan.

Semua pertanyaan dan soalan adalah mengarah ke tumpuan. Bagaimanapun, arahan juga mengarah ke tumpuan. Tumpuan selalunya terbentuk dari 3 cara : 1. Sebarang perkara yang menarik perhatian dan perasaan. 2. Tabiat perhatian yang dibentuk melalui pengalaman dan amalan. 3. Tarikan dari satu butiran ke satu butiran. Contoh : a. b. c. d. Tumpukan perhatian anda ke arah cara membuat reban ayam. Tumpukan perhatian anda kepada perbandingan dua set mesin pencuci kain ini. Fokuskan kepada penjajahan barat ke atas kerajaan timur dalam abad ke 19. Fokuskan kepada kaedah-kaedah mengatasi masalah buta huruf di kalangan pelajar.

Pengecaman dan muat tepat. Otak menyimpan pola dan corak yang dibentuk dari pengalaman. Pola kita memakai baju membuat kita memakai baju secara otomatis tanpa berfikir bagaimana langkah-langkah untuk memakai baju. Bagaimanapun sebab untuk berfikir ialah untuk menyediakan corak-corak berfikir yang routine supaya kita dapat menjalani kehidupan melalui corak-corak berfikir yang wujud tadi. Contoh : a. Langkah-langkah untuk berpakaian ? b. Langkah-langkah untuk menyeberang jalan raya ? c. Langkah-langkah untuk makan nasi ?

Pergerakan dan alternatif. Pergerakan bermaksud bagaimana untuk ke hadapan dari titik ini. Ia mungkin sekali provokasi, di luar pengalaman dan menongkah arus ilmu semasa. Pergerakan termasuklah integrasi, penggabungjalinan, penyerapan, penyatuan. Ia sering dilihat sebagai igauan, mimpi, lamunan. Namun ia melahirkan alternatif. Contoh : a. Provokasi : kereta mempunyai tayar persegi empat. b. Provokasi : apakah alternatif yang ada ? d. Provokasi : apa berikutnya ? Contoh pelajar pintar dan bijaksana. Guru Pintar Bijak : Kelas kita ada 10 orang murid. Empat orang sakit kepala, berapa orang yang akan hadir ke kelas ? : Enam orang, cikgu. : Kalau ada murid yang sakit kepala datang jugak ke sekolah, cikgu ?

Kepintaran vs. Kebijaksanaan. Analogi :

Pintar adalah kereta. Bijaksana adalah pemandu.

Pemandu yang cekap tidak menyebabkan kereta kemalangan. Dia boleh melajukan kereta setakat kemampuan kereta itu sahaja. Alangkah baiknya kalau kereta itu memang kereta yang laju.

Pintar adalah kereta. Bijaksana adalah pemandu.


Kereta yang laju boleh cepat sampai ke destinasi. Ia juga akan paling lewat sampai sekiranya pemandunya tidak cekap. Ia mungkin kemalangan kerana ketidakcekapan pemandunya. Kepintaran adalah berasaskan logik (ilmu). Ia menentukan kita boleh menjawab teka-teki dan menjawab soalan peperiksaan. Ia boleh dipelajari. Kebijakasanaan boleh dipelajari dan dipupuk. Ia membaiki persepsi kita. Manusia pintar mungkin tidak bijaksana. Orang bijaksana mungkin tidak pintar. Bagaimana orang pintar (IQ tinggi) bukan pemikir yang baik. *(Secara mudahnya, ramai pelajar IQ tinggi mudah mengingat fakta serta berjaya dalam bidang akademik) 1. Orang mempunyai IQ tinggi (cerdas / intelek) tidak semestinya pandai berfikir tetapi mereka tidak pernah diajar berfikir. 2. Mengambil satu sudut pandangan mengikut ilmu yang dipelajari ; dan kemudian mempertahankan pandangan tersebut dengan menggunakan IQ / kepintaran / hujah mereka. 3. Suka mempertahankan hujah berdasarkan kepintaran (diperoleh dengan ilmu pengetahuan) ; lalu mereka merasa tidak perlu meneroka sesuatu perkara dengan lebih luas dan mendalam. 4. Berasa tidak kerlu mendengar pendapat lain yang bertentangan dengan ilmu (kepintaran) mereka 5. Boleh jadi ego kerana ia suka pada yang betul (logik ilmu sahaja). 6. Suka mengkritik pandangan orang lain atau memberi pendapat mengenai pandangan orang lain. 7. Dilatih untuk tidak melakukan kesilapan / menjauhi kesilapan. Akan diberi celaan / pangkah / tiada markah untuk sebarang kesalahan. 8. Tidak berminat memberi jawapan yang spekulatif. Berminat untuk jawapan betul atau salah sahaja. 9. Takut membuat spekulasi kerana ada risiko untuk salah. 10. Takut membuat kesilapan. Antara contoh Kemahiran berfikir. Merancang Menyampaikan maklumat Mendapat bukti Berimiginasi Membuat konsentrasi Membuat keputusan Menjelaskan Mengumpul maklumat Mempersembahkan maklumat Menyenaraikan Memberi idea baru Mengaitkan Mengenal pasti maklumat Menyusun maklumat Membahas Mengkategorikan Mengkelaskan Mengenal pasti idea utama Mengecam falasi Memerhati yang ganjil Bekerja ke belakang Meramal Mengenal pasti andaian Menghubungkait Mengenal pasti kecondongan Membanding dan membeza Mengecam corak / pola Membuat sistesis Membuat induksi Menginterpretasi Membuat deduksi Menerangkan Memberi sebab Memberi alasan Memberi akibat Membuat inferens Menaakul Membuat generalisasi Menyelesaikan masalah Memberi pandangan Menterjemahkan Menghuraikan Menilai Menganalisis Membuat analogi Membuat hipotesis Mengkritik Menjustifikasikan Membuat kesimpulan Merumus

Menyusun atur maklumat Membuat pemerhatian yang tepat Alat pengukuran KBKK. 1. Lembaran pengurusan lisan (LPL). 2. Soalan dan penyoalan (SP). 3. Mandala ingatan (MI). 4. Lembaran pengurusan grafik (LPG). 5. CoRT 1 (Cognitive Research Trust). 6. Peta Minda (PM). Mandala Ingatan. Contoh : 1. Apakah perasaan anda bila melihat kemalangan ini ? 2. Siapa yang sering terlibat dalam kemalangan ? 3. Siapa yang menemui kemalangan itu ? 4. Bila kemalangan kerap berlaku ? 5. Bila kemalangan itu terjadi ? 6. Di mana kemalangan selalu berlaku ? 7. Di mana luka / parah ? 8. Di mana pemandu / penumpangnya di bawa ? 9. Bagaimana urutan peristiwa kemalangan itu berlaku ? 10. Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku ? 11. Bagaimana kemalangan tersebut boleh dielakkan ?

CoRT 1 CoRT 4

12. Kenapa pengguna jalan raya semain cuai terutamanya menjelang cuti penggal persekolahan ? 13. Kenapa kemalangan itu terjadi ? Strategi aktiviti. Aktiviti KBKK Membanding dan membeza Dramatik dan emosi Rangka rujuk Misteri / masalah Kontrovesi / perbahasan / pertikaian Kemahiran berfikir Menaakul, menganalisis, mengenal pasti persamaan dan perbezaan, membuat kesimpulan. Menganalisis, menilai, membuat kesimpulan Memikir secara kreatif, mencapah, menganalisis, menilai , membuat kesimpulan Menyelesaikan masalah, membuat kesimpulan Menganalisis, membezakan fakta dengan andaian.

Konsep berfikir.

Berfikir ialah satu proses mental yang terdiri daripada : (a) Operasi kognitif : Kemahiran berfikir yang biasa dilakukan. Contoh : Membanding dan membezakan (b) Operasi meta - kognitif : Memikir tentang fikiran. Contoh : Semasa membanding dan membezakan, kita memikir tentang jenis kemahiran berfikir yang digunakan. Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kritis. 1. Apakah persamaan dan perbezaan di antara ... dengan ..? 2. Bagaimanakah kita boleh mengelas-kan / mengkategorikan ? 3. Apakah idea-idea utama dalam .? 4. Bagaimanakah anda tahu ..? 5. Mengapakah anda memilih ? 6. Apakah bukti untuk menyokong kesimpulan anda ? 7. Mengapakah . berlaku ? 8. Apakah interpretasi yang boleh dibuat mengenai ..? Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kreatif. 1. Sekiranya ..(syarat) ini diubah, apakah akan terjadi ? 2. Apakah ramalan / rumusan / kesimpulan yang boleh dibuat mengenai ...? 3. Apakah idea / pilihan / dsb yang lain / baru untuk ....? 4. Apakah perhubungan / perkaitan di antara dengan ..? 5. Apakah pola / corak yang dapat dilihat mengenai ? 6. Apakah pendapat anda tentang .? 7. Apakah generalisasi / hipotesis yang boleh dibuat berdasarkan kepada . ? Contoh soalan-soalan untuk membuat keputusan. 1. Apakah pilihan-pilihan / alternatif yang mungkin ..? 2. Apakah akibat sesuatu pilihan .? 3. Apakah kriteria-kriteria untuk membuat keputusan untuk ..? 4. Pilihan yang manakah yang terbaik berdasarkan kepada kriteria ...? Contoh soalan-soalan untuk menyelesaikan masalah. 1. Apakah sebenarnya yang menyebabkan (masalah) ...itu berlaku ? 2. Apakah cara-cara yang mungkin untuk menyelesaikan (masalah) itu ? 3. Cara penyelesaian manakah yang terbaik untuk menyelesaikan (masalah) ...itu. Mengapa ? 4. Apakah kesan-kesan bagi setiap cara penyelesaian yang telah dilaksanakan ? 5. Apakah andaian kesan yang terjadi jika mana-mana satu cara penyelesaian itu dilaksanakan ?

Soalan dan penyoalan. Contoh : Sudin pukul kucing. Shaari bermain dengan kucing. Cuba bandingkan. Soalan dan penyoalan kurang mencabar minda. 1. Sudin pukul apa ? 2. Shaari bermain dengan siapa ? 3. Apakah haiwan itu ? Soalan dan penyoalan merangsang minda. 1. Apa berlaku bila kucing kena pukul ? (Kemahiran meramal). 2. Bandingkan watak Sudin dengan Shaari (Kemahiran membanding). 3. Kenapa Sudin memukul kucing ? (Kemahiran memberi sebab).

Lingkaran soalan. Lingkaran soalan ialah bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop skop tertentu. Perkara (P) merujuk kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau teks. Individu (I) merujuk kepada individu yang terlibat. Luar individu (LI) merujuk kepada masyarakat, kawasan, daerah, negeri, negara dan luar negara. Contoh Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu). P - Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim. I - Pada pendapat anda, buah- buah apakah yang mempunyai potensi untuk diekspot secara besar - besaran ? LI - Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Jepun ? Apakah peluang terhadap industri buahbuahan di Malaysia ? Gabungan Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu). Lingkaran soalan dapat digabungkan menjadi soalan-soalan yang dapat meningkatkan soalan berfikir. 1 = Perkara. 2 = Individu. 3 = Luar individu. 4 = Perkara + individu. 5 = Individu + luar individu. 6 = Perkara + luar individu. 7 = Perkara + individu + luar individu. Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I (Perkara + individu).

Pada pendapat anda (I) , bagaimanakah industri buah-buahan tempatan (P) dapat dimajukan ? Contoh gabungan Lingkaran soalan I+LI (Individu dan luar individu). Pada pendapat anda (I) , mengapakah kerajaan Malaysia tidak menggalakkan rakyatnya membeli durian dari Negara Thai (LI) ? Contoh gabungan Lingkaran soalan P+LI (Perkara + luar individu). Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan dari luar negara (LI) ? Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I+LI (Perkara + individu + luar individu). Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) berbanding buah-buahan negara bukan tropika (LI) . Adakah anda (I) bersetuju dengan pendapat ini ? Beri alasan anda.

Penyelesaian masalah. Kategori ini melibatkan satu proses yang kompleks, terdiri daripada langkah-langkah berikut yang mungkin berulang - alik : 1. mengenalpasti / mentafsir masalah. 2. mencari cara-cara penyelesaian. 3. memilih cara penyelesaian yang terbaik. 4. melaksana cara penyelesaian yang terpilih. 5. memeriksa kesan penyelesaian.

Membuat keputusan. Kategori ini melibatkan proses yang agak rumit dan terdiri daripada langkah-langkah berikut : 1. Menjana pilihan-pilihan. Melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif untuk menghasilkan pilihan - pilihan alternatif. 2. Menentukan akibat sesuatu pilihan. Melibatkan kemahiran menentukan akibat sebagai satu pilihan. 3. Memilih pilihan terbaik berdasarkan kepada kriteria. terbaik. Melibatkan kemahiran menetukan kriteria, keutamaan kriteria, menilai pilihan-pilihan dan membuat pilihan

Peta Minda. Kegunaan : 1. Mengambil nota. 2. Simpanan nota ringkas. 3. Memanggil maklumat. 4. Mengembangkan isi. 5. Menyelesaikan masalah. Peta Minda (Mind Mapping) Peta Minda disesuaikan / mempunyai perkaitan rapat dari bentuk saraf otak manusia. Kebetulan ia juga boleh dikaitkan dengan bentuk dan kekukuhan akar tumbuhan. Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian. Guru dan pelajar boleh membuat Peta Minda mengikut aktiviti yang dijalankan. Peta Minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana ia dibuat berdasarkan kefahaman, cara mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu. Antara bentuk Peta Minda adalah : 1. Pengkelasan 2. Rantai urutan 3. Kitaran 4. Kitaran (berpusat) 5. Tangga hiraki 6. Pohon fikiran (PM1) (PM2) (PM3) (PM4) (PM5) (PM6)

7. Pengkelasan (berpusat) (PM7)

Panduan membuat Peta Minda (1). Bahan : 1. Pen / pensel berwarna. 2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas lukisan adalah dianggap baik). Persediaan : a. Kenalpasti konsep / idea utama. b. Bina dengan pantas. c. Bina dengan riang dan positif. d. Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan.

e. Dalam keadaan selesa & tenang. f. Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri. Panduan membuat Peta Minda (2) Langkah-langkah dalam membina Peta Minda : 1. Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas. 2. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar yang sesuai. 3. Bentuk cabang-cabang kasar dari tajuk utama satu cabang untuk satu isi utama. 4. Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang. 5. Lakar cabang-cabang kecil yang halus sedikit dari cabang utama. Tuliskan maklumat tambahan. 6. Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran. 7. Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang tambahan. Tuliskan maklumat tambahan.

Strategi membuat Peta Minda. Strategi-strategi untuk menjadikan Peta Minda lebih bermakna dalam ingatan : 1. Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya. 2. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang tambahan berikutnya. 3. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah kita. 4. Gunakan anak panah / warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabang-cabang. 5. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan. Lembaran Pengurusan Lisan. Lembaran Pengurusan Lisan boleh digunakan sebagai panduan menjalankan kemahiran berfikir mengikut kemahiran-kemahiran yang tertentu. Contoh : Kemahiran menyelesaikan masalah. a. Apakah masalahnya ? b. Apakah masalah utama dan masalah sampingan ? c. Bagaimana cara meneyelesaikan masalah utama dan masalah sampingan ? d. Apakah cara penyelesaian yang terbaik ? e. Apakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ?

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 1) : Mengkelas. 1. Kenal pasti ciri-ciri umum sekumpulan item.

2. Beri nama kepada kumpulan item itu. 3. Kenal pasti ciri - ciri lain. 4. Masukkan ciri - ciri yang sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil. 5. Ulangi langkah - langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam satu kumpulan. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 2) : Membanding. 1. Perhatikan item yang dibandingkan. 2. Kenal pasti satu daripada ciri-ciri itu. 3. Tentukan sama ada item lain mempunyai ciri yang sama. 4. Nyatakan ciri-ciri yang sama dan berbeza. 5. Membuat kesimpulan. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 3) : Membuat urutan. 1. Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut nilai, abjad, saiz, corak atau masa. 2. Ambil satu item sebagai asas. 3. Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis susunan yang ditentukan. 4. Semak semula susunan tersebut. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 4) : Menyusun mengikut keutamaan. 1. Tentukan matlamat. 2. Ambil satu item sebagai asas. 3. Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat dengan matlamat. 4. Jika lebih dekat dengan matlamat, letakkan di atas sebagai item asas. Jika tidak letakkan di bawah. 5. Ulangi langkah-langkah di atas bagi item yang lain satu demi satu. 6. Membuat kesimpulan. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 5) : Mentafsir maklumat. 1. Kumpulkan maklumat 2. Tentukan pola maklumat 3. Buat keputusan Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 6) : Meramal. 1. Perhatikan atau kumpulkan maklumat. 2. Tentukan corak atau pola yang terdapat dalam kumpulan maklumat. 3. Buat jangkaan yang paling sesuai. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 7) : Menerangkan sebab. 1. Apakah kemungkinan sesuatu kejadian itu berlaku ? 2. Apakah bukti-bukti yang kemungkinan itu berlaku ? 3. Nyatakan perincian bukti yang dikenalpasti. 4. Bukti yang manakah paling nyata (jika ada). Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 8) : Mengusul periksa andaian. 1. Perhatikan sesuatu situasi.

2. Nyatakan mengapa situasi sedekian terjadi. 3. Berikan satu jawapan yang rasional sebagai andaian. 4. Semak semula sama ada andaian tersebut boleh diuji atau tidak. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 9) : Membuat inferens. 1. Perhatikan sesuatu situasi. 2. Nyatakan sebab situasi sedemikian terjadi. 3. Semak alasan sama ada berasaskan pendapat atau pertimbangan. 4. Cari alasan lain. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 10) : Menjana idea. 1. Tetapkan tajuk perbincangan. 2. Senaraikan semua idea yang dikemukakan. 3. Renung kembali idea yang dikemukakan. 4. Tambah lagi idea jika ada. 5. Hubungkait idea yang telah disambungkan. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 11) : Membuat gambaran mental 1. Bayangkan matlamat tertentu. 2. Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental. 3. Bayangkan langkah semi langkah yang berlaku ke arah matlamat. 4. Lihat keseluruhan gambaran. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 12) : Membuat analogi. 1. Bandingkan dua item / perkara yang tidak sama. 2. Cari sifat-sifat yang sama yang boleh dihubungkaitkan. 3. Nyakan hubungkait sebagai metafora. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 13) : Penyelesaian masalah. 1. Apakah masalahnya ? 2. Apakah masalah utama dan apakah masalah sampingan ? 3. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ? Masalah utama. Maslah sampingan.

4. Apakah cara penyelesaian yang terbaik ? 5. Adakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ? Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 14) : Membuat keputusan. 1. Kenalpasti alternatif-alternatif yang boleh diambil bagi membuat keputusan. 2. Apakah kesan/akibat dijangka timbul apabila alternatif dilaksanakan, sama ada baik atau buruk. 3. Nyatakan pilihan yang terbaik. 4. Apakah kriteria utama pilihan tersebut dibuat ? 5. Apakah keputusan terbaik bagi memenuhi matlamat.

Lembaran pengurusan grafik (LPG). Lembaran Pengurusan Grafik digunakan untuk mengumpul, menyenarai dan menganalisis fakta dan data untuk membantu menghurai masalah / situasi / kandungan. Antara LPGnya adalah : 1. Membanding dan membeza. 2. Mengkelaskan. 3. Membuat urutan. 4. Menyusun mengikut keutamaan. 5. Membuat ramalan. 6. Menerangkan sebab. 7. Mengusul periksa andaian. 8. Membuat inferens. 9. Mentafsir maklumat. 10. Membuat gambaran mental. 11. Membuat analogi. 12. Membuat keputusan.

CoRT (Cognitive Research Trust). Terdapat enam program CoRT (Cognitive Research Trust) yang telah dicipta oleh Dr. Edward de Bono. CoRT direkacipta supaya mudah dan praktikal. Terbahagi kepada 6 bahagian yang setiap satu mempunyai 10 pelajaran : CoRT 1 Keluasan (memperluaskan persepsi). CoRT 2 - Organisasi. CoRT 3 - Interaksi. CoRT 4 Kreativiti (memperluas pemikiran lateral dan kreatif). CoRT 5 Maklumat dan rasa. CoRT 6 Tindakan. Pembahagian CoRT. CoRT 1 terbahagi kepada 3 bahagian : 1. logik dan persepsi - CAF - APC 2. nilai - OPV - C&S - PMI

3. fokus dan punca - AGO - FIP

CoRT 1 (Cognitive Research Trust). Mengandungi alat persepsi untuk membawa ke arah pengamatan. Setiap alat CoRT1 diberi nama berasaskan singkatan frasa. Ia mempunyai kegunaan untuk untuk melahirkan persepsi dan mudah dipelajari / digunakan. 1. Plus, Minus, Interesting (Baik, tidak baik, menarik). 2. Consider all factors (Mengambil kira semua faktor). 3. Consequences and sequel (Meramalkan sebab dan akibat). 4. Aims, Goals and Objectives (Tujuan, matlamat dan objektif). 5. First, Important Priorities (Memberikan keutamaan kepada yang terpenting). 6. Other Peoples View (Pandangan orang lain). 7. Alternatives, Possiblities and Choices (Pelbagai pilihan, kemungkinan).

CoRT 1 & kognitif. Fokus : akademik. CoRT1 PMI CAF C&S AGO FIP OPV Kegunaan Untuk menangani idea dari segi kelebihan, kekurangan dan keistimewaan Mengambil kira semua faktor yang terlibat Meramalkan kesan dan akibat yang berturutan Tujuan, matlamat dan objektif Memberi keutamaan kepada yang terpenting Mendapatkan pandangan orang lain Contoh kognitif Membantu ibu di rumah. Bincangkan Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pekerja asing datang ke Malaysia ? Apakah kesan yang timbul jika siaran televisyen 24 jam dilaksanakan ? Apakah tujuan dan matlamat maharaja Hirohito menjadikan sebuah negara moden ? Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan oleh Raja Mongkut dalam pemodenan kerajaan Siam ? Pak Sako dilabel sebagai penghasut rakyat oleh Kerajaan British di Malaya. Apakah pandangan anda ? Senaraikan kemungkinan kekangan dalam pembinaan industri otomobil di Malaysia dan pilihan-pilihan yang ada dalam mengatasi kekangan kekangan itu

APS

Pilihan-pilihan dan kemungkinan

CoRT 1 & meta kognitif. Fokus : Penyelesaian masalah kendiri. CoRT1 PMI Kegunaan Untuk menangani idea dari segi kelebihan, kekurangan dan keistimewaan Mengambil kira semua faktor yang terlibat Contoh kognitif Pilih lembaran pengurusan grafik yang sesuai untuk melihat masalah itu dari pelbagai perspektif. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kita tidak bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan akademik ? Apakah kesan yang timbul jika saya memilih untuk menghafal berbanding dengan memahamkan fakta- fakta penting dalam tajuk hakisan dan luluhawa ? Apakah objektif saya semasa belajar teknik-teknik belajar yang betul ? Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan dalam menyelesaikan kekangan masa belajar di rumah ? Apakah pendapat anda cara penyelesaian masalah saya ini berkesan selepas dilaksanakan ? Apakah pilihan yang ada untuk saya membaiki kelemahan saya dalam pelajaran ?

CAF

C&S

Meramalkan kesan dan akibat yang berturutan

AGO FIP

Tujuan, matlamat dan objektif Memberi keutamaan kepada yang terpenting

OPV APS

Mendapatkan pandangan orang lain Pilihan-pilihan dan kemungkinan

CoRT 1 & meta kognitif. Fokus : Persekitaran. CoRT1 PMI Kegunaan Untuk menangani idea dari segi kelebihan, kekurangan dan keistimewaan Malaysia melaksana program gunasama basikal secara percuma dan dimiliki kerajaan. Mengambil kira semua faktor yang terlibat Contoh kognitif Malaysia melaksana program gunasama basikal secara percuma dan dimiliki kerajaan. Anda mengguna basikal dan meninggalkannya untuk digunakan oleh orang lain pula. Keluarga anda meilih satu tempat untuk berkelah. Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira untuk pergi ke percutian tersebut ? Beberapa negara menggunakan tol untuk lebuhraya. Apakah alternatif lain kepada pengguna untuk menjelaskan bayaran selain dari tol yang digunakan ? Apakah objektif saya semasa belajar teknik-teknik belajar yang betul ? Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan dalam menyelesaikan kekangan masa belajar di

CAF

C&S

Meramalkan kesan dan akibat yang berturutan

AGO FIP

Tujuan, matlamat dan objektif Memberi keutamaan kepada yang terpenting

rumah ? OPV APS Mendapatkan pandangan orang lain Pilihan-pilihan dan kemungkinan Apakah pendapat anda cara penyelesaian masalah saya ini berkesan selepas dilaksanakan ? Apakah pilihan yang ada untuk saya membaiki kelemahan saya dalam pelajaran ?

Penggunaan CoRT1 dalam proses P&P. OPV. Contoh penggunaan OPV dalam proses P&P. Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan Kaedah Isu dugong itu tahu mencari Tenang. makan sendiri dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat memeliharanya dan diberi nama Si Bagaimanapun Pak Mat terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang - undang negara. Pelakon : Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai perikanan, pelancong, penduduk kampung, jurukamera, wartawan, dll. Panduan lain. : Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan pendapat orang : Lakonan : Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat di dalam laut. Ibu tidak ditemui. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak dugong itu akan mati kerana tidak

PMI. Contoh penggunaan PMI dalam proses P&P. Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains Sosial / SRT Kaedah Isu Ramai : Sumbangsaran : Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya yang terkenal dengan sampah-sarapnya. penduduk, kakitangan wam dan terutamanya penduduk kawasan setinggan membuang sampah

ke dalam sungai. Panduan bagaimana

: Murid / pelajar akan membincangkannya dalam kumpulan masing-masing. Mereka mencari ikhtiar

untuk menangani isu ini. Satu kaedah yang ditemui akan disumbangsarankan . Cari perkara baik, buruk dan menarik daripada kaedah yang dipilih tadi.

CAF Contoh penggunaan CAF dalam proses P&P. Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains Kaedah : Permainan kecil Isu : Sebuah kemalangan telah berlaku. Saksi tunggal dalam kemalangan itu adalah seorang muda yang cuma tahu murid / Panduan diajukan. pelajar yang negara. Soalan selepas bertanya tadi adalah faktor-faktor penting dalam mana-mana kemalangan lain di seluruh menggunakan dua perkataan iaitu ya dan tidak . Maklumat lanjut terpaksa dicari sendiri oleh pelajar lain. Murid / pelajar lain perlulah bertanya dan menyiasat daripada saksi tadi. : Seorang murid / pelajar (juga dibantu oleh guru) akan mencatat semua pertanyaan yang Semua soalan berkaitan dengan faktor-faktor kemalangan yang diterbitkan oleh setiap murid /

soalan yang dikumpulkan dan dicatatkan ini akan dibentangkan semula kepada murid / pelajar permainan ini selesai.

APC. Contoh penggunaan APC dalam proses P&P. Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Kemahiran Hidup Kaedah : Lakonan Isu : Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat di dalam laut. Ibu dugong itu tidak mencari makan ditemui. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak dugong itu akan mati kerana tidak tahu sendiri dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat memeliharanya dan diberi nama Si Tenang. Bagaimanapun Pak Mat terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang - undang negara. Pelakon : Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai perikanan, pelancong, penduduk kampung, jurukamera, wartawan, dll. Panduan lain. : Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan pendapat orang

FIP. Contoh penggunaan FIP dalam proses P&P. Matapelajaran : Ekonomi Rumah Tangga / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris Kaedah Isu Mereka mereka sebagai rujukan bagi menyediakan makanan tersebut. Bahan Panduan pelajar. : buku masakan / resepi masakan : FIP disebatikan dalam pengajaran mengikut kesesuaian kaedah dan kebolehan murid / pelajar : Amali / simulasi : Sebuah keluarga ingin memasak sejenis makanan yang tidak pernah mereka masak sendiri. ingin mencuba memasaknya sendiri. Mereka menggunakan resepi yang ada dalam simpanan

APC. Contoh penggunaan APC dalam proses P&P. Matapelajaran : Geografi / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Kajian Tempatan Kaedah : Mencari maklumat / inkuiri penemuan / kemahiran belajar Isu : Malaysia yang terlalu maju dalam perindustrian tidak mencukupi sumber tenaga. Bagi mendapatkan sumber mencari dan Pendekatan Grafik dll. tenaga yang mampu menggerakkan industri dan tanggung jawab sosialnya, kerajaan terpaksa mendapatkan sumber tenaga bagi tujuan tersebut. : Penggunaan perpustakaan, bahan buku rujukan dan bukan buku, borang Lembaran Pengurusan

Kaedah : Murid - murid dan pelajar diberi peluang untuk mencari maklumat dari perpustakaan, menggunakan kemahiran penggunaan perpustakaan, kemahiran mencari dan mengendali maklumat, kemahiran belajar ; juga inkuiri penemuan .

C&S. Contoh penggunaan C&S dalam proses P&P. Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris Kaedah : Konsentrasi

Bahan Isu

: Radio perakam, pita rakaman (muzik lembut, instrumental) : Suatu kebakaran telah berlaku. Banyak insiden / episod dapat diperhatikan.

Pendekatan : Murid-murid / pelajar akan melalui proses konsentrasi, membuat catatan atau pelbagai pendekatan lain yang difikirkan lebih sesuai.

Senerio hari ini. .perlu segera habis sukatan. peperiksaan lebih penting. .. .semua pihak bertanya tentang kejayaan dalam peperiksaan. ....pelajar terpaksa disuapkan ( diberikan ) sebanyak mungkin maklumat. .pelajar kurang persediaan. .cukuplah sekadar yang ada. .terlalu banyak kekangan / masalah. .......malas nak berfikir bagaimana nak rancang KBKK. Ke mana tuju hala kita ? Sebilangan orang belajar seumur hidupnya dan bila mereka meninggal mereka telah belajar semua perkara kecuali untuk memikir

- Domerque Pemikiran tidak boleh mengganti-kan maklumat (ilmu), dan maklu-mat tidak boleh menggantikan pemikiran. Kedua - duanya diperlukan untuk perkembangan intelek.

- Edward de Bono Mengapa kemahiran berfikir ? ..mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, .

- Falsafah Pendidikan Negara ..mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif .

- Objektif KBSM ..untuk mencapai hasrat Wawasan ..

- Wawasan 2020 -

Prinsip mengajar berintegrasikan KBKK Merentasi Kurikulum.

1. Gunakan pendekatan yang mudah dan menarik 2. Gunakan pelabagai kaedah. Ini termasuk : - permainan, - simulasi - lakonan - mimik - monolog - dialog - nyanyian. Apakah strategi dan kesepaduan Penyebatian KBKK dalam P&P ? 1. Pendekatan bersepadu penggunaan *Menu PSS 2. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) 3. Aktiviti seronok & menarik 4. Kaedah yang mengembangkan intelek 5. Persediaan murid dan guru Apakah peranan KBKK dalam P&P ? 1. Mengembangkan isi pelajaran 2. Merangsang aktiviti guru dan murid Bahan Bantu Mengajar yang baik untuk KBKK. - mudah dibina, mudah diguna, mudah disimpan, mudah alih. - maklumatnya jelas - kesepaduan BBM dan alat KBKK - menjurus kepada objektif pengajaran dan pembelajaran - murah, tahan dan menarik - selamat BBM, selamat pengguna

Kemahiran berfikir dan perpustakaan. Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dibantu dengan penggunaan perpustakaan untuk: - menentukan maklumat, skop, jenis dan sumber - mencari maklumat - menggunakan maklumat, kemahiran dan teknik belajar, kaedah, teknologi - mencatat maklumat - melapor maklumat, berkomunikasi - menilai stategi, kemahiran, pengalaman dan kepuasan. Stail mengajar dengan integrasi KBKK.

1. Patut dilakukan : - Mudah dan seronok - Jelas dengan apa yang sedang dilakukan 2. Elakkan : - Kekaburan - Menggunakan masa latihan yang terlalu panjang - Kaitan dengan fokus yang sedang dibuat 3. Galakkan : - Beralih ke Kem. Berfikir yang lain walaupun yang sedang dijalankan itu menarik dan memberangsangkan - Bebas, fikiran dibuka dan terbuka 4. Disiplin : - Masa tepat dan cepat - Fokus tajuk sahaja supaya tidak terbias. Contoh kaedah permainan (Permainan Berfikir 10 Minit). Dua orang pemain A dan B. A : Kucing. B : Keluarga kucing di dalam hutan. A : Keluarga kucing di dalam hutan adalah harimau. Harimau semakin pupus. Bagaimana untuk mengekalkan spesis ini ? B : Harimau diburu oleh pemburu. Bagaimana kalau memburu harimau diharamkan. Taman Rimba Rimau diwujudkan. A : Menariknya, tiada lagi pembunuhan harimau. Buruknya, harimau dari Taman Rimba Rimau mungkin mengancam manusia dan ternakan. Menariknya, pastikah semua harimau tidak akan keluar dari Taman Rimba Rimau ? B : Terdapat harimau dari Taman Rimba Rimau membunuh manusia. A : Kalau ingin tambahan populasi harimau, kita perlu menternak harimau dan kemudian melepaskannya ke dalam hutan. B : Menariknya, kita boleh menternak harimau yang bermutu sahaja. Buruknya, bilangan populasinya membiak perlahan. Menariknya, harimau ternakan boleh dilatih supaya menjauhi manusia sebelum dilepaskan semula ke dalam hutan. A : Harimau betina boleh ditangkap, diberi suntikan hormon penyubur dan kemudian dilepaskan semula. Ini menambahkan pesat populasi pembiakannya.

Bibliografi : 1. Edward de Bono, Teach yourChild How To Think, Penguins Books

2. Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, Pemikiran Logikal dan Kritikal, Kuala lumpur : Utusan Publications 3. Edward de Bono, Teach Yourself To Think , London : Viking, 1995. Disediakan oleh, Nuradzian bin Nashrud-din Penyelaras, Pusat Kegiatan Guru Kawasan Tanjung Ipoh. Negeri Sembilan Darul Khusus.

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF ( KBKK ) DALAM KURIKULUM SEKOLAH BESTARI

Oleh:

Tengku Zawawi bin Tengku Zainal Unit Matematik MPKTBR

Isi Kandungan :
Definisi dan tujuan kemahiran berfikir Kesilapan dalam berfikir Perbezaan otak dan minda Jenis-jenis kemahiran berfikir Jenis bahan yang digunakan Bagaimana KBKK diajar Ciri-ciri pemikir yang bijak

1. 0Pengenalan

- setiap orang berfikir - tidak perlu diajar seperti berjalan - mengapa perlu belajar/mengajar berfikir ?
o o

tidak berfikir seperti mana yg sepatutnya tidak membuat keputusan yang baik dan selesaikan masalah

- Dalam Falsafah Pendidikan Negara :


o

perkembangan daya intelek individu diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani.

- memastikan kemahiran berfikir dikuasai oleh pelajar, maka objektif penguasaan kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah - Dalam KBSR :
o

antara objektif- membolehkan pelajar menguasai KB, dan mengembangkan bakat serta kreativiti

- Dalam KBSM :
o

mengembang dan meningkatkan daya intelek, serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif.

- Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan dilaksanakan oleh KPM, antaranya Sekolah Bestari - KB adalah elemen utama dalam kurikulum SB - diajar merentasi kurikulum - dengan harapan :

kualiti pemikiran murid meningkat membuat keputusan dengan tepat menghasilkan idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yg kritis dan kreatif dapat membeza baik dan buruk menghadapi cabaran terkini

2.0 Definisi

Pemikiran

" Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. "

3. 0Tujuan

KBKK

mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolah menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercalaru, kabur dan sempit meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujjah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

4.0 Kesilapan

Dalam Berfikir

i. Berfikir secara terburu-buru


o

beri masa untuk berfikir

ii.Fikiran yang sempit


o o

aktiviti perbahasan, perbincangan dan sumbangsaran latihan menggunakan penyusun grafik banding beza

iii. Fikiran yang kabur


o o o

latih pelajar memperjelaskan sesuatu idea dalam bentuk penulisan latih membuat definisi dasarkan kategori dan ciri-ciri sesuatu objek/perkara membuat kerangka karangan

iv. Fikiran yang bercelaru


o o o

Latih pelajar menyusun idea dengan lebih sistematik dalam lisan dan penulisan menyusun isi-isi penting untuk karangan carta aliran

5.0 Perbezaan

Antara Otak Dan Minda

otak = organ yang terletak pada bahagian kepala yang mempunyai sistem-sistem tertentu minda = kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaan otak ---> pisau , minda ---> ketajaman mata pisau pisau perlu sentiasa diasah agar penggunaannya berkesan hemesfera otak kiri (HOKI) ---> kritis hemesfera otak kanan (HOKA) ---> kreatif kedua-duanya perlu dikembangkan melalui rangsangan, bahan dan aktiviti berfikir dalam p & p.

6.0 Jenis

Kemahiran Berfikir

- pelbagai jenis kemahiran berfikir analitikal, logikal, kritikal, objektif, sistematik, pragmatik, positif, negatif, konstruktif, proaktif, projektif, kreatif, perspektif, lateral, emotif dsb. - secara amnya KB dibahagikan kepada 2 domain utama:
o o

KB secara kritis KB secara kreatif KB secara kritis = " kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah " contoh KB kritis :

o o o o o o o o o

banding beza membuat kategori teliti bahagian kecil dan keseluruhan membuat sekuens menerang sebab membuat ramalan usul periksa andaian membuat inferens mengesahkan sumber maklumat

KB secara kreatif = " kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan " contoh KB kreatif :
o o o

menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai mencipta analogi mencipta metafora

- kemahiran-kemahiran lain:
o o

kemahiran membuat keputusan kemahiran menyelesaikan masalah

7.0 Jenis

Bahan Yang Digunakan

- Bahan merupakan rangsangan yang digunakan untuk melatih /mewujudkan suasana berfikir dikalangan pelajar - Bahan boleh berbentuk : i. Prosa - cerita, cerpen, rencana, berita ii. Puisi - pantun, syair, sajak, lirik lagu iii. Grafik - gambar, rajah, graf, kartun - Semua bahan tersebut boleh dibahagikan kepada 4 kategori:

i. Bahan seronok - menggalakkan pelajar menggunakan banyak daya imaginasi yang memerlukan pelajar membuat ramalan yang berbagaibagai " bagaimana jari anda ada 5 " ii. Bahan asing - bahan yang berlaku tetapi di luar pengalaman remaja/pelajar. Bahan ini datang dari dunia orang dewasa. " Bagaimana cara nak menyekat pemuda yang menunggang motor dengan laju " iii. Bahan persekitaran - bahan datang dari dunia remaja yang mereka alami dan gemari. " Kamu tahu kawan kamu mengambil makanan dari kantin tanpa membayarnya. Apa yang kamu akan lakukan ? " iv. Bahan berat - Bahan yang mempunyai implikasi serius pada kehidupan remaja. " Kamu ingin masuk kumpulan rock, tapi ibubapa kamu menentang. Apa yang patut kamu buat ? "

- Bahan ini hendaklah digunakan mengikut tujuan/objektif, isi pelajaran serta KB yang hendak diajar

8.0 Bagaimana

KBKK Diajar

- KBKK bukan satu mata pelajaran khusus ( Dr. De Bono merancang satu sukatan khas untuk KBKK ) - Ia diajar secara penyebatian - Penyebatian = strategi pengajaran yang menyepadukan kemahiran berfikir ke dalam mata pelajaran yang diajar. - 2 kaedah penyebatian :

i. Penyebatian sepenuhnya : KBKK disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran yang dikenalpasti. Terdapat 2 cara : a) kenalpasti tajuk/isi pelajaran dan bahan seterusnya tentukan KBKK b) kenalpasti KBKK dan tentukan isi pelajaran yang sesuai serta bahan ii. Penyebatian separa : strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada unsur KBKK dalam langkah-langkah pengajaran yang sesuai - unsur KBKK hanya disepadukan dalam langkah-langkah tertentu sahaja mengikut keperluan dan kesesuian - penyebatian separa biasanya setelah pelajar telah mengikut penyebatian sepenuhnya dalam pembelajaran yang lepas. - Proses berfikir berlaku dalam dua tahap : i. apabila minda membuat persepsi ii. dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan logikal - mengajar berfikir juga beerti mengajar pelajar membuat persepsi, i.e menajam dan mendalamkan daya persepsi - kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat - KB hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam kemahiran reka cipta - apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu idea, yang kemudiannya diwakilkan dalam bentuk lukisan - reka cipta : - konkrit - teknikal spt membina sesuatu model - abstrak - spt merancang/merangka strategi, taktik

9.0 Ciri-Ciri

Pemikir Yang Bijak/Baik

cekal melaksanakan tugas mendengar secara aktif/pendengar yang baik bekerjasama dengan orang lain jujur dan terbuka ( menerima pandangan orang lain ) peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan langkah-langkah dan sekuen yang digunakan mahir dalam menyoal dapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam pelbagai situasi yang berlainan sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi kesediaan mengambil risiko dan cabaran

RANCANGAN PENGAJARAN RAMLAN

KBKK
Kursus 14 Minggu KDP Bestari Ambilan 2/2001, MPT,KL.
Pengenalan Manusia yang dicipta Tuhan di muka bumi ini mempunyai pelbagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk lain. Akal fikiranlah yang membezakan secara kualitatif di antara manusia dengan haiwan. Isi Kandungan Sukatan Pengenalan Anda akan dibawa untuk mengenali konsep berfikir, jenis-jenis kemahiran berfikir, proses berfikir serta alat-alat untuk membantu anda berfikir supaya anda menjadi manusia yang berjaya berfikir secara lebih sistematis. Laman ini juga mencadangkan strategi yang boleh digunakan untuk mengajar kemahiran-kemahiran berfikir secara lebih ekslisit. 1. Definisi (2jam) 2. Tujuan Mengajar Kemahiran Berfikir (2jam) 3. Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir (4jam) 4. Penggunaan Alat dan Bahan Berfikir (6jam) 5. Cara Mengajar Kemahiran Berfikir (4jam) 6. Ciri-Ciri Pemikir Bijak (2jam)

Perincian Isi Kandungan

1 Definisi Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh

mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbezabeza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dapatlah dirumuskan bahawa: Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami 2. Tujuan Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar: mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

3. Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)? Komponen utama KBKK: Berfikir secara kritis, Berfikir secara kreatif. Apakah kemahiran berfikir secara kritis? KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Apakah kemahiran berfikir secara kreatif? Kecekapan menggunakan minda untuk: menjana dan menghasilkan idea,

mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif. Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu? Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis: membanding dan membeza: membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. menerangkan sebab. membuat sekuen / urutan. menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens Contoh kemahiran berfikir secara kreatif: mencipta analogi menjana dan menghasilkan idea baru mencipta metafora, Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah? Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.

4. Alat berfikir Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan berfikir iaitu: Soalan dan Penyoalan Peta minda Pengurusan Grafik CoRT Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan lisan , mengurus pemikiran secara visual dan terkawal.

--------------------------------------------------------------------------------

Soalan dan Penyoalan Soalan mengikut aras taksonomi Bloom Soalan bertumpu dan bercapah Lingkaran soalan Peta minda Definisi Panduan membina peta minda Contoh Pengurusan Grafik Definisi Jenis-jenis CoRT

Soalan dan Penyoalan

Soalan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas,sebagai guru, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras , skop dan fokus Soalan mengikut aras taksonomi Bloom

Pengetahuan Analisis Aplikasi Kefahaman Penilaian Sintesis Aras Tinggi Aras Rendah

Soalan bertumpu dan bercapah Soalan boleh dikategerikan kepada jenis bertumpu dan bercapah

Soalan Bertumpu

Soalan bercapah

Aras rendah Aras tinggi

Jawapan atau respon terhad Jawapan atau respon luas

Berbentuk tertutup Berbentuk terbuka

Sesusi menguji daya ingatan Sesuai menguji penaakulan dan penafsiran

Lebih bersifat objektif Lebih bersifat subjektif

Lingkaran soalan

Soalan jenis ini mula diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan di Malaysia oleh William W. Wilen pada 1994.

Lingkaran soalan memberi tumpuan kepada tiga skop khusus iaitu Perkara(P), Individu(I) dan Luar Individu(LI) , kombinasi tiga skop ini akan menjanakan lebih soalan yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir

Anda mungkin juga menyukai