Anda di halaman 1dari 72

http://starsegamat.com/v2/index.php?

option=com_content&view=article&id=151:alat-alat-berfikir&catid=79:mutiara-kata

Alat-Alat Berfikir

Ditulis oleh Mrs. A.Rahman


Selasa, 01 Jun 2010 07:37

Edward De Bono menganalogi seorang pemikir dengan seorang tukang kayu;


Mereka menggunakan operasi asas
1. Tukang kayu memotong, membentuk dan melekatkan.
2. Pemikir menggunakan operasi-operasi asas seperti membuat kaitan, sintesis, reka bentuk, mengunpul,
membanding, menilai, memerhati dan menjalankan aktiviti pemikiran.
Mereka menggunakan alat dalam operasi asas;
1. Tukang kayu pemahat, penukul, pengetam dan gergaji.
2. Pemikir PMI, CAF dan sebaginya.
Mereka memiliki sikap;
1. Tukang kayu mengambil berat kekuatan untuk melakukan kerja dan juga hasil kerjanya mampu bertahan
lama.
2. Pemikir menganggap semua orang termasuk dirinya adalah kreatif jika mempunyai sikap yang baik,
sebaliknya menganggap bahawa berfikir tidak penting, sesuatu yang mudah dan suka membuktikan
orang lain salah jika memiliki sikap yang tidak baik.
Alat-Alat Berfikir
PMI- Plus, Minus & Interesting
(Yang Baik, Yang Buruk & Yang Menarik)
PMI digunakan dalam sesi sumbangsaran, perbincangan, menilai dan memikirkan sesuatu idea.
P- senaraikan semua yang baik
M- senaraikan semua yang buruk
I senaraikan semua yang tidak buruk dan tidak pula baik tetapi menarik untuk difikirkan.
CAF Consider All Factors
(Ambil Kira Semua Faktor)
CAF digunakan dalam keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan, keputusan atau rancangan untuk
menjayakan cita-cita kita.
CAF membantu kita mengarahkan minda ke semua arah yang penting.
CAF mengelakkan kita daripada terlupa memikirkan semua perkara yang penting.
CAF adalah alat yang dapat membantu meluaskan sudut pandangan kita.
AGO- Aims, Goals & Objectives (Tujuan, Matlamat & Pilihan)
AGO digunakan untuk menentukan halatuju bagi sesuatu yang kita lakukan.
AGO membantu kita membuat fokus yang betul semasa berfikir dan tidak lari dari matlamat yang hendak
dicapai.
AGO membolehkan kita mengetahui apakah fokus dan matlamat pemikiran kita setiap ketika.

APC-Alternatives, Possibilities & Choices (Alternatif, Kemungkinan & Pilihan)


APC digunakan apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara ataupun untuk
membuat sesuatu, kita rasa seperti tidak ada banyak pilihan.
APC membantu kita berfikir secara selari (beberapa perkara serentak) dan melihat perkara yang sama dari
pelbagai sudut pandangan.
Terdapat beberapa jenis alternatif :
1. Persepsi dari pelbagai sudut
2. Tindakan, pelbagai tindakan dalam menghadap situasi yang sama.
3. Penyelesaian, penyelesaian alternatif terhadap masalah dalam mencari penyelesaian.
4. Penjelasan, pelbagai penerangan bagaimana sesuatu terjadi.
C&S- Consequence and Sequel
(Kesan Mengikut Jangka Masa)
C&S digunakan apabila kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian; mencipta, mengubahsuai,
melaksanakan sesuatu pendapat.
Merupakan satu alat membuat penjelajahan ke masa depan dan satu alat untuk membuat penilaian.
C&S digunakan untuk membuat pilihan, keputusan dan tindakan,
1. Adakah rancangan kita akan berhasil
2. Apakah yang boleh menyebabkan kita gagal
3. Dimanakah risikonya
4. Apakah hasil yang paling baik
5. Apakah yang mungkin berlaku
C&S boleh digunakan bersama CAF dan OPV
h Kelompokkan kesan ke dalam;
1. Kesan serta merta
2. Kesan jangka pendek, dalam tempoh seminggu
3. Kesan jangka sederhana, antara 2 minggu - 6 bulan
4. Kesan jangka panjang, selepas 6 bulan
OPV- Other Peoples Views
(Pandangan Orang Anda)
h OPV digunakan untuk mengetahui apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan
terutama yang berkaitan dengan orang lain.
h OPV meluaskan sudut pandangan anda.
h OPV ialah alat yang digunakan untuk mengetahui siapakah orang yang menerima kesan daripada hasil
pemikiran kita.
h Terdapat 2 soalan utama;
1. Siapakah yang akan menerima kesan akibat pemikiran ini.
2. Apakah pandangan mereka.
h OPV dan nilai mempunyai kaitan yang rapat kerana pandangan mereka yang terlibat akan ditentukan oleh
nilai yang terlibat.
h Fikirkan apa orang lain sebenarnya fikirkan dan bukannya apa orang lain sepatutnya fikirkan.
h OPV bererti kita merasa apa yang orang lain rasakan.
FIP- First Important Priorities
(Perkara-perkara penting yang menjadi prioriti)
h FIP digunakan selepas menggunakan alat-alat yang lain sebelumnya (PMI, CAF, C&S DAN AGO)
h FIP membantu kita berfikir secara terfokus.
h Penting atau tidak sesuatu perkara itu terpulang kepada apa yang kita utamakan.

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 02 Jun 2010 00:52

http://guabama.wordpress.com/category/kemahiran-berfikir/

KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal
menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi
kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun
maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat
kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang
terarah dan sewajarnya.
KONSEP BERFIKIR
Edward de Bono ( 1976 )
- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat
pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam
sesuatu situasi tertentu.
Dewey ( 1910 ) menegaskan :
- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi
keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan
aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk
digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.
Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang
memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan
beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.

Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep


Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :
Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk
mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan
atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai
cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi
yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

ALAT BERFIKIR
- Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir
menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir
yang sesuai semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Contoh alat berfikir yang biasa
digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat
CORT. Ia dapat membantu murid bagi mengimbas
kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan
untuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat
baru.
JENIS-JENIS PEMIKIRAN
Pemikiran Konvergen

- Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah


salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran
konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan
seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada
dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan
idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah
juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman,
peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia
ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari
satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai
pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga
disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.
Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan
ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan
membeza.
Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan /
pengalaman sedia ada.
Jawapan Tunggal
Masalah Tertutup
Pemikiran Divergen.
- Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan
seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu
maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam

penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai


sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen
memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea
yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang
berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia
juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral
dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya
masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai
cara yang unik dan luar biasa.
Pemikiran Reflektif
- Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif
memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman
sedia ada untuk menimbang kemungkinankemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk
mencapai objektif penyelesaian masalah serta
menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.
Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran
reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek
pemikiran yang lain.
Pemikiran Kritis dan Kreatif
Renungan kembali Refleksi Pemikiran Meta kognitif
Perkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada

2 Comments
Posted in Kemahiran Berfikir
Tagged Maklumat asas kemahiran berfikir

Contoh Pengajaran &


Pembelajaran Pendidikan Islam
Menggunakan Alat Kemahiran
Berfikir CoRT 1.
Posted on 29 Mei 2009 | 2 Komen

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DENGAN


MENGGUNAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR CoRT1.
TINGKATAN : EMPAT
MATA PELAJARAN : Pendidikan Islam
MASA : 80 minit
TAJUK : Unit 2 : Dosa-Dosa Besar Yang Boleh
Menghancurkan
Umat Islam.
SUB TAJUK : Minum Arak.
PENGETAHUAN
SEDIA ADA : 1. Murid telah mengetahui hukum haram
meminum arak.
2. Murid telah mengetahui meminum arak akan
merosakkan

akal.
KAEDAH P&P : 1. Pembelajaran Kerjasama (Cooprative
Learning)
2. Pembelajaran Konstraktivisme
3. Pembelajaran Kajian Masa Depan
ALAT BERFIKIR : AGO, C&S dan FIP
BAHAN BANTU MENGAJAR :
1. Gambar botol dan tin minuman keras.
2. Grafik carta maklumat.
3. Kertas edaran.
BUKU RUJUKAN :
1. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam
Tingkatan 4 (2002) :
DBP, Kuala Lumpur.
2. Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4 ( 2002 ) :
DBP, Kuala Lumpur.
3. Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2003), Belajar
berfikir : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.,
Kuala.Lumpur.
4. Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1999),
Menyelesaikan masalah secara kreatif, : Utusan
Publication and Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran murid akan dapat :
Aras 1 :
1. Menyatakan bahaya yang timbul dari perbuatan
minum arak.
2. Menyatakan hukuman yang telah ditetapkan di
dalam Al-Quran terhadap perbuatan minum arak.
Aras 2 :
1. Menerangkan sebab-sebab berlakunya perbuatan
minum arak.
2. Menerangkan syarat-syarat untuk mensabitkan
seseorang dengan hukuman yang ditetapkan oleh AlQuran dan Al-Sunnah.
Aras 3 :
1. Menghuraikan langkah-langkah dan strategi untuk
menangani masalah ketagihan arak.
2. Menerangkan kesan perbuatan minum arak terhadap
individu, masyarakat dan negara.
Hasil Pembelajaran Kemahiran Berfikir :
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1. Mengenal pasti matlamat dan objektif yang hendak
dicapai dengan menggunakan AGO.
2. Mengenal pasti kesan dan akibat meminum arak

dengan menggunakan C & S.


3. Menggunakan C & S sebelum membuat keputusan
atau tindakan.
4. Membuat keputusan terbaik dengan menggunakan
FIP.
ISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :
1. Pengertian minum arak.
2. Hukum minum arak.
3. Dalil al-Quran & Hadith.
4. Hukuman ke atas peminum arak.
5. Kesan buruk minum arak.
6. Langkah-langkah mengatasi.
7. Penghayatan.
PENYERAPAN
- Pendidikan Al-Quran.
- Fekah.
- Sirah Rasul.
GABUNG JALIN
- Sains KBSM.
- Sejarah.
- Kimia

KEMAHIRAN BERFIKIR
Menggunakan alat-alat berfikir :
1. AGO
2. C&S
3. FIP
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SET INDUKSI ( 5 minit ) :
1. Guru menunjukkan gambar botol dan tin minuman
bertulis Tiger Beer, Carlsberg dan Anchor Beer.
2. Murid diminta memberikan pandangan berhubung
dengan gambar tersebut.
3. Guru mengaitkan gambar tersebut dan pandangan
murid dengan pelajaran hari ini.
PERKEMBANGAN LANGKAH PERTAMA ( 20 minit ) :
Untuk semua murid bagi memenuhi hasil pembelajaran
aras 1 .
ILMU ( KOGNITIF )AKTIVITI P & P
1. Guru menerangkan hukum dan hukuman meminum
arak berdasarkan Al-Quran dan Hadith.
2. Murid menyatakan keburukan dan bahaya meminum
arak.

3. Murid menjawab soalan penilaian berhubung dengan


hukum dan hukuman meminum arak dan bahaya arak.
PENGHAYATAN/NILAI
Berpegang teguh dengan ajaran Islam.
AMALAN
Sentiasa berjihad melawan hawa nafsu.
Menjauhkan diri dari meminum arak.
Melakukan muhasabah diri terhadap amalan seharian.
PERKEMBANGAN : LANGKAH KEDUA ( 20 minit ) :
Untuk semua murid bagi mencapai hasil pembelajaran
aras 2.
ILMU ( KOGNITIF )
1. Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan
perbincangan untuk menyelesaikan masalah berikut ;
Kewujudan kilang arak dan iklan-iklan minuman keras
telah membawa kesan kepada kerosakan akhlak rakyat
Malaysia. Bincangkan langkah-langkah sewajarnya
untuk mengatasi masalah tersebut dengan
menggunakan alat kemahiran berfikir.

KEMAHIRAN BERFIKIR
AGO :
1. Guru menyoal murid, apakah matlamat yang hendak
dicapai ?
2. Murid menjawab ; matlamat yang hendak dicapai
ialah untuk mengatasi kerosakan akhlak rakyat
Malaysia kesan dari meminum arak.
C&S:
Guru meminta murid menyatakan kesan dan akibat dari
kewujudan kilang arak dan iklan-iklan minuman keras.
Persoalan yang dikemukakan ialah :
1. Adakah arak penting untuk manusia?
2. Apakah kesan dan akibat dari meminum arak ?
3. Adakah kilang arak penting untuk pembangunan
negara ?
4. Jika penting, bagaimana ia memberi sumbangan
kepada negara ?
5. Bagaimana kesannya jika dalam negara ini tidak ada
kilang arak ?
6. Apakah pandangan murid jika Malaysia
mengharamkan terus sebarang bentuk kegiatan
berhubung dengan arak seperti mengilang, mengedar,
menjual, mengiklankan dan meminumnya ?

Murid secara kumpulan menjawab persoalan tersebut


dan membentangkannya dalam kelas.
PERKEMBANGAN : LANGKAH 3 ( 20 minit ) :
Untuk murid bagi mencapai hasil pembelajaran aras 3.
ILMU ( KOGNITIF )
1. Guru menjelaskan syarat-syarat mensabitkan
seseorang dengan hukuman ke atas peminum arak
berpandukan Al-Quran dan Hadith.
2. Murid diminta membuat keputusan terbaik dengan
menggunakan FIP berhubungan dengan ;
1. Mengharamkan semua kegiatan berhubung dengan
arak
2. Menguatkuasakan undang-undang peminum arak.
3. Menutup kilang arak .
KEMAHIRAN BERFIKIR :
FIP :
Guru mengemukakan panduan untuk membantu murid
membuat keputusan terbaik berhubung dengan tiga
perkara tersebut :
1. Senaraikan kesan baik dan buruk yang timbul dari
pengharaman kegiatan arak, penguatkuasaan undang-

undang dan penutupan kilang arak.


2. Pilih yang terbaik sama ada perlu atau tidak ;
i. pengharaman semua kegiatan arak.
ii. penguatkuasaan undang-undang ke atas peminum
arak.
iii. penutupan semua kilang arak.
PENILAIAN ( 10 minit ) :
Guru secara lisan menilai kemampuan murid
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
dengan menggunakan alat kemahiran berfikir terhadap
perbincangan tajuk Dosa Besar Yang Menghancurkan
Umat Islam Minum Arak.
RUMUSAN ( 5 minit ) :
1. Guru merumuskan hasil pembelajaran hari ini adakah
telah tercapai atau tidak.
2. Guru menyarankan murid mengambil pengajaran dan
iktibar terhadap apa yang telah dipelajari pada hari ini.
TUGASAN :
Murid diberi tugasan kerja rumah :
1. Menyediakan nota terhadap tajuk yang dibincangkan
dalam bentuk peta minda.

ULASAN KENDIRI :
Isu Yang Diperhatikan :
1. Adakah hasil pembelajaran murid telah tercapai ?
2. Adakah murid mampu menggunakan alat berfikir
untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
?
3. Adakah kaedah pengajaran yang digunakan sesuai
dan berkesan?
Cadangan :
Setiap persoalan yang telah dikemukakan pada
bahagian Isu Yang Diperhatikan , jika ianya
mendatangkan kesan positif hendaklah diteruskan dan
diperkukuhkan. Jika ianya membawa kesan negatif
hendaklah diperbaiki dan diperbetulkan.
********************************************************
***************
2 Comments
Posted in Kemahiran Berfikir

Alat Kemahiran Berfikir CoRT 1


Posted on 29 Mei 2009 | 1 Komen

ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR CoRT 1 DALAM PENDIDIKAN


ISLAM
PENDAHULUAN
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah yang
mengurniakan ilmu kepada hambaNya. Selawat dan
salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,
Rasulullah pembawa rahmat ke sekelian alam.
Proses pengajaran dan pembelajaran hari ini perlu
kepada pelbagai pembaharuan dari masa ke semasa.
Dalam era globalisasi ini Guru-Guru Pendidikan Islam
perlu berani melakukan pembaharuan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Teknik dan kaedah
pedagogi perlu dikuasai dan diperkembangkan bagi
memenuhi tuntutan cabaran yang mendatang dalam
dunia pendidikan terkini.
Lantaran itu, saya mengambil langkah ke hadapan
dengan cuba mengketengahkan panduan pengajaran
Pendidikan Islam dengan menggunakan alat kemahiran
berfikir. Alat ini diperkenalkan oleh tokoh pemikir dunia
Edward De Bono. Walaupun ilmu ini diperkembangkan
oleh orang bukan Islam, tetapi sesuatu yang baik perlu
diterima dan dipraktikkan untuk kebaikan bersama.

Satu contoh panduan pengajaran dan pembelajaran


Pendidikan Islam dengan menggunakan alat kemahiran
berfikir telah disediakan. Panduan ini diharap dapat
membantu guru-guru pendidikan Islam
mempelbagaikan kaedah pedagogi untuk melahirkan
P&P yang berkesan dan menarik.
PENGENALAN
Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1
diperkenalkan oleh Edward De Bono. Beliau dilahirkan di
Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean.
Beliau berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti
Oxford serta Ph.D dari Universiti Cambridge.
Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research
Trust mengandungi 6 bahagian CoRT, iaitu;
1. CoRT 1 : keluasan persepsi.
2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir.
3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis.
4. CoRT 4 : pemikiran kreatif.
5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan.
6. CoRT 6 : tindakan.
Panduan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam dengan menggunakan alat kemahiran berfikir ini

telah disediakan dengan menggunakan CoRT 1.


Terdapat tujuh teknik asas dan teknik panduan bagi
CoRT 1. Penerangan di bawah memberikan sedikit
gambaran.
HURAIAN ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR
(Tujuh Teknik Asas CoRT 1)
Bil. Komponen CoRT 1
01. PMI Plus, Minus, Interesting. (Baik, Buruk, Menarik.)
Tujuan Berfikir :
Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi. Elakkan
reaksi beremosi. Mengembangkan idea.
Kaedah & Langkah :
P : senaraikan semua yang baik.
M : senaraikan semua yang buruk.
I : senaraikan semua yang menarik.
Apakah keputusan atau penilaian tentang tajuk yang
dikaji?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Komputer menggantikan guru dalam sekolah.
2. Arak boleh digunakan untuk tujuan perubatan.
3. Perceraian mengelakkan perbalahan dalam
rumahtangga.

Bil. Komponen CoRT 1


02. CAF Consider All Factors (Ambil kira semua faktor)
Tujuan Berfikir :
Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan
menyeluruh. Elakkan terlupa faktor yang penting.
Kaedah & Langkah :
Senaraikan semua faktor yang berkaitan.
Pertimbangkan setiap faktor.
Apakah keputusan selepas pertimbangan sewajar
dibuat?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Apakah hadiah yang sesuai untuk hari guru anda?
2. Apakah kegiatan dakwah yang anda ingin ikuti?
Bil. Komponen CoRT 1
03. C&S Consequence and sequel (Kesan dan akibat
dari kesan)
Tujuan Berfikir :
Menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu
cadangan dijalankan.
Meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut.
Kaedah & Langkah :
- Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya?
- Apakah risiko yang mungkin dihadapi?

- Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan


pendek?
- Adakah cadangan berkenaan baik?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Belajar al-Quran dengan tulisan rumi.
2. Melakukan solat dengan meninggalkan semua
perkara sunat.
3. Menceraikan terus isteri yang nusyuz.
Bil. Komponen CoRT 1
04. AGO (Aims,Goals, Objectives.)(Tujuan, matlamat,
objektif)
Tujuan Berfikir :
Sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal
supaya matlamat tercapai.
Elakkan perkara yang tidak berkenaan.
Kaedah & Langkah :
Apakah AGO rancangan?
Adakah tindakan terkeluar daripada AGO?
Bagaimana pastikan AGO dapat dicapai?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Apakah AGO hidup anda?
2. Apakah AGO perkahwinan dalam Islam?
3. Apakah AGO diharamkan meminum arak?

Bil. Komponen CoRT 1


05. FIP (First important prioriti)
Tujuan Berfikir :
Perkara paling penting diutamakan
Mengambil kira perkara-perkara yang penting.
Menentukan prioriti.
Elakkan perkara yang tidak patut diutamakan
Kaedah & Langkah :
Apakah perkara-perkara yang penting?
Antara perkara-perkara ini yang mana paling penting?
Apakah prioriti yang diperlukan tindakan segera?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. FIP semasa memilih pasangan hidup.
2. Apakah strategi pembelajaran Pendidikan Islam yang
paling baik?
3. Apakah kaedah menghafaz ayat hafazan yang paling
mudah?
Bil. Komponen CoRT 1
06. APC (Alternatives, Possibilities, Choices.)
Tujuan Berfikir :
Memikirkan beberapa perkara dengan serentak.
Menentukan pilihan yang terbaik.
Elakkan pemikiran sehala sahaja.

Kaedah & Langkah :


Apakah cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan
masalah ini?
Apakah baik buruk cadangan tadi?
Manakah cadangan yang paling baik.
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Bagaimana memilih pemimpin sedangkan calonnya
ramai.
2. Peperiksaan dihapuskan. Cari APC.
Bil. Komponen CoRT 1
07. OPV (Other Peoples Views)
Tujuan Berfikir
Mengambil kira pandangan orang lain sebelum
membuat keputusan.
Elakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan
diri.
Kaedah & Langkah
Apakah idea diri sendiri akan mempengaruhi orang
lain?
Bagaimana orang lain memandang idea anda?
Adakah idea anda bernas dan harus dijadikan tindakan?
Contoh Tajuk Perbincangan
1. Ibu bapa wajib menghalang anak remajanya keluar

rumah selepas jam 9 malam.


2. Mat Rempit wajib dikenakan hukuman penjara 20
tahun mandotari.
3. Penjualan rokok wajib diharamkan di Malaysia.
SEKIAN. TERIMA KASIH.

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/1998/98_Rafiei.pdf
Kajian Tentang Kemahiran Berfikir secara kristis dan Kreatif (KBKK) Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htm
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.

Pengenalan KBKK.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Prof.Jack
Zevin (Queens College, New York, USA) telah memperkenalkan satu model KBKK. Model yang
diperkenalkan ini telah mengkelaskan KBKK kepada empat kategori utama :

1. Pemikiran kritis.

2. Pemikiran kritis.

3. Penyelesaian masalah.

4. Membuat keputusan.

Definasi berfikir.

Terdapat banyak definasi berfikir pernah dikeutarakan . Antaranya Beyer (1984), Fraenkel (1980)
dan Meyer (1977).

Berdasarkan kepada semua pendapat-pendapat ini, berfikir boleh dirumuskan sebagai :

Proses penggunaan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,
meneroka pelbagai kemungkinan idea,
membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi
terhadap proses pemikiran yang dialami.

Proses berfikir.

Apabila timbul sesuatu soalan dan saya mencari jawapannya, saya sedang mengalami proses
berfikir. Untuk mencari jawapan, saya
menggunakan segala aspek yang terdapat dalam minda iaitu :

- apa yang saya tahu

( pengetahuan )

- menyoal sendiri

( kemahiran kognitif )

- menilai baik buruknya

( sikap atau nilai )

Dengan demikian, proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, proses


kognitif dan sikap / nilai dalam minda individu.

Kelemahan dalam berfikir.

Tiada gambaran
Tidak tersususn
Tiada idea
sempit
terburu-buru

kecamuk
konflik
salah persepsi
kabur

Pemikiran kreatif.
Kategori ini memperluas dan mengembangkan daya imiginasi, inovasi dan kreativiti pelajar untuk
mendapatkan idea - idea baru,

banyak dan pelbagai.

Pemikiran kritis.
Kategori ini melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk
kefahaman yang jelas, kukuh dan
bermakna.

Umur dan keupayaan.


Dr. Edward de Bono mendapati guru - guru dan ibu-bapa sering beranggapan bahawa kanakkanak tidak mampu berfikir
mengenai pelbagai perkara yang berbeza. Bagaimanapun setelah peluang diberi, mereka
terperanjat dengan kebolehan
kanak - kanak berfikir dan kemampuan mereka di luar batasan umur.

Tingkahlaku berfikir.

Anda ingin melakukan sesuatu :-

a. Ingin lakukan cara lama atau baru ?


b. Ingin lakukan lebih baik dari dahulu ?
c. Berapa lama untuk melakukannya ?
d. Bilakah ia harus disiapkan ?
e. Adakah orang lain akan membantu untuk
melaksanakannya ?
f. Apakah akan terjadi selepas melakukannya ?
g. Apakah kebaikannya ?
h. Apakah keburukannya ?
i. Apakah manfaatnya ?
j. Adakah cara yang lebih mudah melakukannya ?

k. Apakah pilihan lain untuk tidak


melakukannya ?
l. Apakah kesan jika tidak melakukannya ?
m. Apakah bahan dan alatannya ?
n. Adakah cara yang lebih cepat ?
o. Adakah cara yang lebih mudah ?
p. Adakah cara yang kurang kesilapan ?
q. Adakah cara kurang kekangan ?
r. Akah akan terjadi selepas
melakukannya ?
s. Apakah hasil yang akan terjadi ?

Sikap yang perlu ke arah mencapai Kemahiran Berfikir.

a. Setiap orang perlu berfikir setiap orang boleh berfikir.


b. Berfikir ialah kemahiran yang boleh dibentuk dan dibangunkan.
c. Anggap diri sendiri sebagai pemikir.
d. Yakinkan diri sendiri akan menjadi pemikir yang bertambah baik.
e. Berfikir memerlukan kemampuan yang deliberate.
f.

Perkara yang sukar boleh diselesaikan dengan mudah.

g. Buat tindakan satu persatu.


h. Asingkan ego dari pemikiran . Pastikan objektif pemikiran dapat dicapai.
i.

Kegunaan berfikir ialah bukan untuk betul pada setiap masa.

j.

Selalu merendah diri rasa bongkak adalah tanda pemikir yang lemah.

Membentuk kemahiran berfikir.

Contoh untuk beberapa ikhtibar supaya kita boleh berubah:

a. Saya mahu sedikit gam untuk mencantumkan dua keping kayu.

Kita dibesarkan dengan pengalaman bahawa kayu dicantumkan dengan gam. Itulah
cara paling mudah, paling murah dan
paling kita sukai. Itulah cara yang ada yang kita ketahui. Atau itulah cara yang
sering tertanam dalam minda kita.

b. Saya mahu beberapa cara untuk mencantumkan dua keping kayu.

Kita boleh mengubah paradigma dan dogma dalam minda sendiri. Selalu tanamkan
bahawa setiap satu perkara yang
difikirkan mempunyai banyak pilihan lain untuk melakukannya. Ini melahirkan
persepsi dan kemahiran berfikir yang baru.

Contoh lain :

a. Saya mahu paku untuk menggantung gambar ini ke dinding.


b. Saya mahu beberapa cara untuk menggantung gambar ini ke dinding.

Empat jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (1).

1. Seronok ( cadangan 40% ).


- Imiginartif, gila-gila, spekulatif dan tidak diambil serius. Contoh : bagaimana kalau
kita ada 4 tangan ?

2. Remote ( cadangan 30% ).


- Besar kemungkinannya benar, ada kebenaran. Contoh : bagaimana nak
mengelakkan kesesakan bandararaya ?

3. Persekitaran sedia ada ( cadangan 20% ).


- Relevan dengan umur, kumpulan dan persekitaran murid dan minat mereka.
Contoh : sahabat anda cuba mengelak
dari bertemu anda dan anda tidak tahu kenapa. Apakah yang patut anda
lakukan ?

4. Berat ( cadangan 10% ).


- Hal - hal serius yang berkaitan dengan kita (kumpulan pelajar yang belajar KB)
Umur, minat dan situasi kita
mempengaruhi pilihan seperti keperluan , kesusahan kita. Contoh : patutkah
remaja merokok ?

Empat jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (2) .

Gabungkan 2 dari 4 jenis latihan Kemahiran Berfikir setiap kali latihan secara
berpasangan antara :
a. seronok.
b. remote.
c. persekitaran sedia ada.
d. berat.

Ini penting supaya ia membina Kemahiran Berfikir akibat dari tiada emosi, prejudis
dan gangguan pengalaman.

17 Prinsip-prinsip berfikir.

1.

Konstruktif (jangan negatif).

2.

Berfikir secara perlahan-lahan dan mudah.

3.

Elakkan ego, refleksi terhadap pendapat sendiri.

4.

Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul.

5.

Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai).

6.

Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir.

7.

Mampu tukar gear. Tahu bila perlu guna logik, guna kreativiti, guna maklumat.

8.

Apakah penyelesaian dari berfikir.

9.

Perasaan, emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja).

10. Sentiasa dan berani mencari serta menggunakan alternatif, persepsi dan idea
baru.
11.

Mampu berundur dan maju semula.

12. Pihak yang membahas/mempertikai ada melahirkan idea penting ambil idea dan
gunakan idea-idea tersebut.
13.

Logik cuma sebaik persepsi dan maklumat.

14.

Pandangan berbeza lahir dari persepsi yang berbeza.

15.

Semua tindakan mempunyai kesan dan akibat.

16.

Setiap perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya.

17.

Manusia mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru.

Berfikir secara perlahan - lahan dan mudah.

a. Manusia mampu berfikir walau sebanyak mana sekalipun kalau berfikir secara
perlahan-lahan dan tenang.
b. Elakkan ego, refleksi terhadap pendapat sendiri.
c. Ego seringkali mempengaruhi pendapat manusia.
d. Fikirkan semula objektif kita berfikir, tujuhala dan kesan dari pendapat kita sendiri.
e. Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul.
f. Walaupun pendapat kita betul, pendapat orang lain juga adalah baik dan patut
diterima dan dipakai.
g. Ada kemunginan kita tidak menerima pendapat betul orang lain kerana kita melihat
dari persepsi yang salah.

Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai).

a. Berfikir untuk memperoleh sesuatu yang baik, benar dan tepat.


b. Berfikir bukan untuk menyatakan cara kita betul.
c. Tidak perlu untuk membahaskan tentang pendapat orang lain.

Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir.


a. Kenalpasti apakah titik fokus kita berfikir dan apakah yang ingin dicapai dari
berfikir tadi.
b. Tentukan satu titik fokus sahaja.
c. Elakkan terhanyut / tergelincir / terbias dari masa ke masa, dari fasal ke fasal, dari
pendapat ke pendapat.

Mampu tukar gear. Tahu bila perlu guna logik, guna kreativiti, guna maklumat.
a. Bijak berfikir adalah juga mahir dalam pelbagai jenis berfikir.
b. Tahu bila dan bagaimana perlu guna pelbagai teknik berfikir.

Apakah penyelesaian dari berfikir.


a. Boleh meramal hasil berfkir dan kesan dari berfikir tadi.
b. Mampu mengenalpasti mengapa rumusan / keputusan dari berfikir tadi boleh
dijayakan.

Perasaan, emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja).


a. Perasaan dan emosi juga penting kerana banyak penyelesaian masalah juga
melibatkan pihak lain / manusia.
b. Gunakan perasaan dan emosi di masa yang sesuai.
c. Perasaan dan emosi digunakan di awal, ia akan mempengaruhi persepsi dan
tindakan.

Sentiasa cari alternatif, persepsi dan idea baru.


a. Cari alternatif baru, penerokaan baru, persepsi baru, kemungkinan bertindak, pendelatan yang
berlainan dan pelbagai.

Mampu berundur dan maju semula.


a. Memikirkan semula senario sebenar secara terperinci.
b. Keluasan skop membantu menjana alternatif, berpindah dari idea ke idea,
menghubung kait idea.
c. Berundur menyusun semula langkah, memperbarui pendapat dan bertindak.

Pihak yang membahas / mempertikai ada melahirkan idea penting ambil idea dan
gunakan idea-idea tersebut.
a. Ambil semua idea. Ada kala idea yang baik bercampur dengan idea kurang baik.
b. Idea yang baik boleh diperbaiki dan digunakan.
c. Idea yang kurang baik boleh digabungkan dengan idea lain untuk menjadikan idea
yang lebih baik.

Logik cuma sebaik persepsi dan maklumat.


a. Pendapat / pilihan / tindakan ramai orang merupakan pendapat / pilihan / tindakan yang
terbaik baru & masih diketahui.

Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan lain yang sama baik tetapi belum diketahui.
a. Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan yang lebih baik dari persepsi lain pula.
b. Logik baru boleh muncul dari dogmatik lama.

Pandangan berbeza lahir dari persepsi yang berbeza.


a. Apabila ada pendapat betul, semua pendapat lain seringkali dianggap salah.
b. Persepsi lahir dari maklumat berbeza, pengalaman berbeza, cara pandangan
berbeza.
c. Seseorang perlu peka pada pelbagai jenis persepsi yang berbeza.

Semua tindakan mempunyai kesan dan akibat.

a. Bukan semua hasil berfikir menghasilkan tindakan.


b. Berfikir juga boleh menghasilkan pelan tindakikut, penyelesaian masalah, mereka
bentuk, pilihan atau keputusan yang diikuti
dengan tindakan.
c. Tindakan mempunyai kesan dan akibat pada manusia, hidupan dan alam.

Setiap perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya.
a. Perkara yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada pengalaman lalu.
b. Masih ada cara lain untuk melakukan sesuatu yang belum kita ketahui, kita temui
dan belum terlintas dalam fikiran manusia.

Manusia mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru.
a. Manusia boleh berkreatif apabila diberi peluang.

Pemikiran biasa.

Teknik ini kita pelajari secara tidak disedari semasa menjalani proses kegidupan seharian.
Kecenderungan ini perlu
dikikis supaya dapat menghaslkan idea bermutu. Tujuh (7) ciri pemikiran biasa:

1. Pengulangan mempengaruhi minda.


2. Dikongkong oleh pengamatan mata.
3. Dikuasai niat dan kepentingan peribadi.
4. Pengalaman pertama memberi tanggapan untuk seterusnya.
5. Mengutamakan kepentingan.
6. Kuat dipengarui pengalaman peribadi.
7. Cepat bertanggapan ekstrim.

Kelemahan dalam berfikir.

Logik tradisional (pemikiran vertikal)


a. Silogisme
b. Silogisme bersyarat
c. Silogisme hipotetikal

Silogisme.

Silogisme ialah argumen yang mengandungi dua premis dan satu kesimpulan. Contoh :
Premis 1

Premis 2

a.

Pelajar yang rajin akan


berjaya

Halim seorang pelajar yang


rajin

b.

Orang alim memakai jubah


dan janggut

Pak Haji memakai jubah


dan janggut

Kesimpulan

Halim akan berjaya

Pak Haji adalah orang alim.

Silogisme bersyarat.

Silogisme ialah argumen yang mengandungi dua premis yang menjadi syarat dan satu
kesimpulan. Premis 1 menjadi syarat utama dan Premis 2 menjadi syarat kecil. Contoh :
Premis 1 (syarat utama)

a.

Kalau kamu masuk masuk

Premis 2 (syarat kecil)

kamu akan berjaya.

Kesimpulan

Kamu sedang belajar di


universiti, maka kamu tentu

universiti,

b.

Kalau Malaysia
menggunakan
Bah.Inggeris,

akan berjaya.

Malaysia akan jadi negara


maju.

Malaysia sekarang tidak


menggunakan Bahasa Inggeris,
maka Malaysia tidak akan jadi
negara maju.

Contoh lain :
Bintang jelita pujaan kita, Siti Norhaliza menggunakan sabun krim pelembab muka
jenama Xiannasa. Anda juga akan mengunakan krim pelembab muka jenama Xiannasa,
maka anda akan jadi jelita seperti bintang pujaan anda.

Silogisme hipotetikal.

Silogisme hipotetikal ialah silogisme yang mempunyai proposisi hipotesis yang terdapat
anteseden dan konsekuen di dalamnya.
Contoh :
Proposi hipotesis

Proposi hipotesis

Kesimpulan

Bahagian 1

Bahagian 2

Konsekuen

a.

Kalau

menangis

air mata mesti keluar

b.

Kalau

mahal

Itu tanda barangan baik.

c.

Kalau

Pak Haji memakai jubah


dan janggut

hari akan hujan

d.

Kalau

bukan hidup

tentu ia mati

Contoh lain :
a. Kalau berjaya di sekolah rendah, tentu akan berjaya ke universiti.
b. Kalau mamalia ada paru-paru, tentu paus dan kelawar ada paru-paru.
c. Kalau gempa bumi ada di Indonesia, tentu gempa bumi ada di Malaysia.

Teknik analisis sifat (pemikiran kritikal).

Merombak struktur pemikiran yang sedang dan sering digunakan. Ini bertujuan untuk
menerbitkan idea baru.
Contoh : tongkat orang buta.
Bil

Sifat

Bagaimana kalau......

a.

Dibuat daripada aluminium

Dibuat daripada grafit ?

b.

Bentuk silinder panjang

Pipih / segiempat / leper ?

c.

Boleh dilipat

Boleh laras sorong masuk seperti arial radio / tripod


kamera ?

d.

Warna krom

Grafit / plastik jernih ?

e.

Krom sadur berkilat

Grafit jernih boleh dibubuh lampu dan berkelip-kelip /


pancar sinar ?

f.

Tiada asesori tambahan

Asesori bunyi signal menandakan halangan spt tembok,


longkang dll.

g.

Tiada asesori kecemasan

Asesori kecemasan seperti kecurian, sesat dll.

h.

Tali supaya tidak terlepas dari

Ada tali dan tambahan asesori bunyi peluit jika tercicir /

pegangan

kehilangan.

i.

Berat

Ringan dan boleh terapung di dalam air

j.

Ketinggian yang piawai

Mudah laras mengikut ketinggian pengguna.

Pemikiran kritis lahir dari kreatif dan pengalaman.


Bil

Kritis

Punca kreatif

a.

Arkitek maritim Amerika


mengkaji supaya pergerakan
kapal lebih laju semasa di laut

Arkitek dapat ilham dengan mengkaji pergerakan ikan


lumba

b.

Pereka fesyen YSL ingin menjual


lebih banyak pakaian

Mengubahsuai fesyen lama

c.

Mengurangkan serangan musuh


padi seperti tikus

Membiakkan musuh semulajadi tikus seperti burung


hantu

d.

Jurutera R&D ingin mencipta


bumbung yang boleh berubah
warna dan membalik/menyerap
haba mengikut cuaca yang
berubah-ubah

Mengkaji fenomena perubahan cicak kobeng

Pakar penternakan ingin


menghasilkan baka lembu yang
besar dan tahan penyakit

Mengahwinkan lembu dengan seladang.

e.

Proses asas berfikir.

1. Keluasan / tertentu.
2. Tumpuan (projection).
3. Mengarah ke arah penumpuan.
4. Pengecaman dan muat tepat.
5. Pergerakan dan alternatif.

Keluasan / tertentu , umum / terperinci.

Analoginya :

Bayangkan kita menemui seekor harimau yang baru wujud di dunia. Dari jauh kita
nampak bentuk sahaja yang jelas (keluasan / umum / tidak tepat / tidak khusus),
semakin mendekat baharulah kita dapat mengenali rupa sebenar haiwan itu berbulu
halus, bertelinga kecil, berbulu pendek di telinga, berkuku dll. (terperinci / tepat /
khusus). Pemikir yang baik boleh mengenali sesuatu perkara dari umum kepada tepat
dan juga sebaliknya dari tepat kepada umum.

Contoh 1

Bentuk umum - Tolong dapatkan saya minuman (Bagaimanakah anda dapat memenuhi
permintaannya dengan tepat?).
Bentuk terperinci - Tolong dapatkan saya minuman Milo panas tanpa ais.

Contoh lain :

a. Carikan beberapa cara untuk saya sangkutkan gambar hiasan ini ke dinding ruang tamu.
b.

Tolong lukiskan saya sekeping gambar lukisan.

Tumpuan / membayangkan tampak.

Tumpuan memberi maksud membayangkan, berimiginasi, membayang tampak sesuatu


dalam minda. Ia sebahagian asas dari pemikiran kerana kita tidak dapat memastikan
setiap satu yang berlaku dalam kehidupan. Kita cuma ingin melihat apa akan berlaku
dan menumpukannya dalam minda kita. Tumpuan itu mungkin tidak benar tetapi kita
mendapat sedikit petunjuk darinya.

Contoh :

a.

Apa akan terjadi sekiranya semua pengangkutan disediakan percuma ?

b.

Apa akan terjadi sekiranya kutub utara mencair menjadi air ?

Mengarah ke tumpuan.

Semua pertanyaan dan soalan adalah mengarah ke tumpuan. Bagaimanapun, arahan juga
mengarah ke tumpuan. Tumpuan selalunya terbentuk dari 3 cara :

1. Sebarang perkara yang menarik perhatian dan perasaan.


2. Tabiat perhatian yang dibentuk melalui pengalaman dan amalan.
3. Tarikan dari satu butiran ke satu butiran.

Contoh :

a. Tumpukan perhatian anda ke arah cara membuat reban ayam.


b. Tumpukan perhatian anda kepada perbandingan dua set mesin pencuci kain ini.
c.

Fokuskan kepada penjajahan barat ke atas kerajaan timur dalam abad ke 19.

d. Fokuskan kepada kaedah-kaedah mengatasi masalah buta huruf di kalangan pelajar.

Pengecaman dan muat tepat.

Otak menyimpan pola dan corak yang dibentuk dari pengalaman. Pola kita memakai baju
membuat kita memakai baju secara otomatis tanpa berfikir bagaimana langkah-langkah
untuk memakai baju. Bagaimanapun sebab untuk berfikir ialah untuk menyediakan
corak-corak berfikir yang routine supaya kita dapat menjalani kehidupan melalui corakcorak berfikir yang wujud tadi.

Contoh :

a. Langkah-langkah untuk berpakaian ?


b. Langkah-langkah untuk menyeberang jalan raya ?
c. Langkah-langkah untuk makan nasi ?

Pergerakan dan alternatif.

Pergerakan bermaksud bagaimana untuk ke hadapan dari titik ini. Ia mungkin sekali
provokasi, di luar pengalaman dan menongkah arus ilmu semasa. Pergerakan
termasuklah integrasi, penggabungjalinan, penyerapan, penyatuan. Ia sering dilihat
sebagai igauan, mimpi, lamunan. Namun ia melahirkan alternatif.

Contoh :

a. Provokasi : kereta mempunyai tayar persegi empat.


b. Provokasi : apakah alternatif yang ada ?
d. Provokasi : apa berikutnya ?

Contoh pelajar pintar dan bijaksana.

Guru
: Kelas kita ada 10 orang murid. Empat orang sakit kepala, berapa orang
yang akan hadir ke kelas ?
Pintar

: Enam orang, cikgu.

Bijak

: Kalau ada murid yang sakit kepala datang jugak ke sekolah, cikgu ?

Kepintaran vs. Kebijaksanaan.

Analogi :
Pintar adalah kereta.
Bijaksana adalah pemandu.

Pemandu yang cekap tidak menyebabkan kereta kemalangan. Dia boleh melajukan
kereta setakat kemampuan kereta itu sahaja.
Alangkah baiknya kalau kereta itu memang kereta yang laju.

Pintar adalah kereta.


Bijaksana adalah pemandu.

Kereta yang laju boleh cepat sampai ke destinasi. Ia juga akan paling lewat sampai
sekiranya pemandunya tidak cekap. Ia mungkin kemalangan kerana ketidakcekapan
pemandunya.

Kepintaran adalah berasaskan logik (ilmu). Ia menentukan kita boleh menjawab tekateki dan menjawab soalan peperiksaan. Ia boleh dipelajari. Kebijakasanaan boleh
dipelajari dan dipupuk. Ia membaiki persepsi kita. Manusia pintar mungkin tidak
bijaksana. Orang bijaksana mungkin tidak pintar.

Bagaimana orang pintar (IQ tinggi) bukan pemikir yang baik.

*(Secara mudahnya, ramai pelajar IQ tinggi mudah mengingat fakta serta berjaya dalam
bidang akademik)

1. Orang mempunyai IQ tinggi (cerdas / intelek) tidak semestinya pandai berfikir


tetapi mereka tidak pernah diajar berfikir.
2. Mengambil satu sudut pandangan mengikut ilmu yang dipelajari ; dan kemudian
mempertahankan pandangan tersebut
dengan menggunakan IQ / kepintaran / hujah mereka.
3. Suka mempertahankan hujah berdasarkan kepintaran (diperoleh dengan ilmu
pengetahuan) ; lalu mereka merasa tidak
perlu meneroka sesuatu perkara dengan lebih luas dan mendalam.
4. Berasa tidak kerlu mendengar pendapat lain yang bertentangan dengan ilmu
(kepintaran) mereka
5. Boleh jadi ego kerana ia suka pada yang betul (logik ilmu sahaja).
6. Suka mengkritik pandangan orang lain atau memberi pendapat mengenai
pandangan orang lain.
7. Dilatih untuk tidak melakukan kesilapan / menjauhi kesilapan. Akan diberi celaan /
pangkah / tiada markah untuk sebarang
kesalahan.
8. Tidak berminat memberi jawapan yang spekulatif. Berminat untuk jawapan betul
atau salah sahaja.
9. Takut membuat spekulasi kerana ada risiko untuk salah.
10. Takut membuat kesilapan.

Antara contoh Kemahiran berfikir.

Merancang

Membanding dan membeza

Menyampaikan maklumat

Mengecam corak / pola

Mendapat bukti

Membuat sistesis

Berimiginasi

Membuat induksi

Membuat konsentrasi

Menginterpretasi

Membuat keputusan

Membuat deduksi

Menjelaskan

Menerangkan

Mengumpul maklumat

Memberi sebab

Mempersembahkan maklumat

Memberi alasan

Menyenaraikan

Memberi akibat

Memberi idea baru

Membuat inferens

Mengaitkan

Menaakul

Mengenal pasti maklumat

Membuat generalisasi

Menyusun maklumat

Menyelesaikan masalah

Membahas

Memberi pandangan

Mengkategorikan

Menterjemahkan

Mengkelaskan

Menghuraikan

Mengenal pasti idea utama

Menilai

Mengecam falasi

Menganalisis

Memerhati yang ganjil

Membuat analogi

Bekerja ke belakang

Membuat hipotesis

Meramal

Mengkritik

Mengenal pasti andaian

Menjustifikasikan

Menghubungkait

Membuat kesimpulan

Mengenal pasti kecondongan

Merumus

Menyusun atur maklumat

CoRT 1

Membuat pemerhatian yang tepat

CoRT 4

Alat pengukuran KBKK.

1. Lembaran pengurusan lisan (LPL).


2. Soalan dan penyoalan (SP).
3. Mandala ingatan (MI).
4. Lembaran pengurusan grafik (LPG).
5. CoRT 1 (Cognitive Research Trust).
6. Peta Minda (PM).

Mandala Ingatan.
Contoh :

1.

Apakah perasaan anda bila melihat kemalangan ini ?

2.

Siapa yang sering terlibat dalam kemalangan ?

3.

Siapa yang menemui kemalangan itu ?

4.

Bila kemalangan kerap berlaku ?

5.

Bila kemalangan itu terjadi ?

6.

Di mana kemalangan selalu berlaku ?

7.

Di mana luka / parah ?

8.

Di mana pemandu / penumpangnya di bawa ?

9.

Bagaimana urutan peristiwa kemalangan itu berlaku ?

10.

Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku ?

11.

Bagaimana kemalangan tersebut boleh dielakkan ?

12. Kenapa pengguna jalan raya semain cuai terutamanya menjelang cuti penggal
persekolahan ?
13.

Kenapa kemalangan itu terjadi ?

Strategi aktiviti.

Aktiviti KBKK

Kemahiran berfikir

Membanding dan membeza

Menaakul, menganalisis, mengenal pasti persamaan dan


perbezaan, membuat kesimpulan.

Dramatik dan emosi

Menganalisis, menilai, membuat kesimpulan

Rangka rujuk

Memikir secara kreatif, mencapah, menganalisis, menilai ,


membuat kesimpulan

Misteri / masalah

Menyelesaikan masalah, membuat kesimpulan

Kontrovesi / perbahasan /
pertikaian

Menganalisis, membezakan fakta dengan andaian.

Konsep berfikir.

Berfikir ialah satu proses mental yang terdiri daripada :


(a) Operasi kognitif :
Kemahiran berfikir yang biasa dilakukan.
Contoh : Membanding dan membezakan

(b) Operasi meta - kognitif :


Memikir tentang fikiran.
Contoh : Semasa membanding dan membezakan, kita memikir tentang jenis
kemahiran berfikir yang digunakan.

Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kritis.

1. Apakah persamaan dan perbezaan di antara ... dengan ..?


2. Bagaimanakah kita boleh mengelas-kan / mengkategorikan ?
3. Apakah idea-idea utama dalam .?
4. Bagaimanakah anda tahu ..?
5. Mengapakah anda memilih ?
6. Apakah bukti untuk menyokong kesimpulan anda ?
7. Mengapakah . berlaku ?
8. Apakah interpretasi yang boleh dibuat mengenai ..?

Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kreatif.


1. Sekiranya ..(syarat) ini diubah, apakah akan terjadi ?
2. Apakah ramalan / rumusan / kesimpulan yang boleh dibuat mengenai ..
.?
3. Apakah idea / pilihan / dsb yang lain / baru untuk ....?
4. Apakah perhubungan / perkaitan di antara dengan ..?
5. Apakah pola / corak yang dapat dilihat mengenai ?
6. Apakah pendapat anda tentang .?
7. Apakah generalisasi / hipotesis yang boleh dibuat berdasarkan kepada
. ?

Contoh soalan-soalan untuk membuat keputusan.


1. Apakah pilihan-pilihan / alternatif yang mungkin ..?
2. Apakah akibat sesuatu pilihan .?
3. Apakah kriteria-kriteria untuk membuat keputusan untuk ..?
4. Pilihan yang manakah yang terbaik berdasarkan kepada kriteria ...?

Contoh soalan-soalan untuk menyelesaikan masalah.

1. Apakah sebenarnya yang menyebabkan (masalah) ...itu berlaku ?


2. Apakah cara-cara yang mungkin untuk menyelesaikan (masalah) itu ?
3. Cara penyelesaian manakah yang terbaik untuk menyelesaikan (masalah)
...itu. Mengapa ?
4. Apakah kesan-kesan bagi setiap cara penyelesaian yang telah dilaksanakan ?
5. Apakah andaian kesan yang terjadi jika mana-mana satu cara penyelesaian itu
dilaksanakan ?

Soalan dan penyoalan.


Contoh :
Sudin pukul kucing.
Shaari bermain dengan kucing.
Cuba bandingkan.

Soalan dan penyoalan kurang mencabar minda.


1. Sudin pukul apa ?
2. Shaari bermain dengan siapa ?
3. Apakah haiwan itu ?

Soalan dan penyoalan merangsang minda.


1. Apa berlaku bila kucing kena pukul ? (Kemahiran meramal).
2. Bandingkan watak Sudin dengan Shaari (Kemahiran membanding).
3. Kenapa Sudin memukul kucing ? (Kemahiran memberi sebab).

Lingkaran soalan.

Lingkaran soalan ialah bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop skop tertentu.
Perkara (P) merujuk kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau teks.
Individu (I) merujuk kepada individu yang terlibat.
Luar individu (LI) merujuk kepada masyarakat, kawasan, daerah, negeri, negara dan
luar negara.

Contoh Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).


P - Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim.
I - Pada pendapat anda, buah- buah apakah yang mempunyai potensi untuk diekspot
secara besar - besaran ?
LI - Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Jepun ?
Apakah peluang terhadap industri buahbuahan di Malaysia ?

Gabungan Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).


Lingkaran soalan dapat digabungkan menjadi soalan-soalan yang dapat meningkatkan
soalan berfikir.

1 = Perkara.
2 = Individu.
3 = Luar individu.
4 = Perkara + individu.
5 = Individu + luar individu.
6 = Perkara + luar individu.
7 = Perkara + individu + luar individu.

Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I (Perkara + individu).

Pada pendapat anda (I) , bagaimanakah industri buah-buahan tempatan (P) dapat
dimajukan ?
Contoh gabungan Lingkaran soalan I+LI (Individu dan luar individu).
Pada pendapat anda (I) , mengapakah kerajaan Malaysia tidak menggalakkan rakyatnya
membeli durian dari Negara Thai (LI) ?

Contoh gabungan Lingkaran soalan P+LI (Perkara + luar individu).

Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan dari luar
negara (LI) ?
Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I+LI (Perkara + individu + luar individu).
Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) berbanding buah-buahan negara
bukan tropika (LI) . Adakah anda (I) bersetuju
dengan pendapat ini ? Beri alasan anda.

Penyelesaian masalah.

Kategori ini melibatkan satu proses yang kompleks, terdiri daripada langkah-langkah berikut yang
mungkin
berulang - alik :

1. mengenalpasti / mentafsir masalah.


2. mencari cara-cara penyelesaian.
3. memilih cara penyelesaian yang terbaik.
4. melaksana cara penyelesaian yang terpilih.
5. memeriksa kesan penyelesaian.

Membuat keputusan.

Kategori ini melibatkan proses yang agak rumit dan terdiri daripada langkah-langkah berikut :

1. Menjana pilihan-pilihan.
Melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif untuk menghasilkan pilihan - pilihan
alternatif.

2. Menentukan akibat sesuatu pilihan.


Melibatkan kemahiran menentukan akibat sebagai satu pilihan.

3. Memilih pilihan terbaik berdasarkan kepada kriteria.


Melibatkan kemahiran menetukan kriteria, keutamaan kriteria, menilai pilihanpilihan dan membuat pilihan terbaik.

Peta Minda.

Kegunaan :
1. Mengambil nota.
2. Simpanan nota ringkas.
3. Memanggil maklumat.
4. Mengembangkan isi.
5. Menyelesaikan masalah.

Peta Minda (Mind Mapping)

Peta Minda disesuaikan / mempunyai perkaitan rapat dari bentuk saraf otak manusia.
Kebetulan ia juga boleh dikaitkan dengan
bentuk dan kekukuhan akar tumbuhan.

Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Ia boleh
digunakan mengikut kesesuaian. Guru dan pelajar
boleh membuat Peta Minda mengikut aktiviti yang dijalankan.

Peta Minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri
kerana ia dibuat berdasarkan kefahaman, cara
mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu.

Antara bentuk Peta Minda adalah :


1. Pengkelasan
2. Rantai urutan
3. Kitaran
4. Kitaran (berpusat)

(PM1)
(PM2)
(PM3)
(PM4)

5. Tangga hiraki

(PM5)

6. Pohon fikiran

(PM6)

7. Pengkelasan (berpusat)

(PM7)

Panduan membuat Peta Minda (1).

Bahan :
1. Pen / pensel berwarna.
2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas lukisan
adalah dianggap baik).

Persediaan :
a. Kenalpasti konsep / idea utama.
b. Bina dengan pantas.
c. Bina dengan riang dan positif.
d. Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan.
e. Dalam keadaan selesa & tenang.
f.

Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri.

Panduan membuat Peta Minda (2)

Langkah-langkah dalam membina Peta Minda :


1. Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas.
2. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar yang
sesuai.
3. Bentuk cabang-cabang kasar dari tajuk utama satu cabang untuk satu isi utama.
4. Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang.
5. Lakar cabang-cabang kecil yang halus sedikit dari cabang utama. Tuliskan
maklumat tambahan.
6. Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran.
7. Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang
tambahan. Tuliskan maklumat tambahan.

Strategi membuat Peta Minda.

Strategi-strategi untuk menjadikan Peta Minda lebih bermakna dalam ingatan :


1. Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya.
2. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang tambahan
berikutnya.
3. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah kita.
4. Gunakan anak panah / warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau
cabang-cabang.
5. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan.

Lembaran Pengurusan Lisan.

Lembaran Pengurusan Lisan boleh digunakan sebagai panduan menjalankan kemahiran


berfikir mengikut kemahiran-kemahiran yang
tertentu.

Contoh :
Kemahiran menyelesaikan masalah.
a. Apakah masalahnya ?
b. Apakah masalah utama dan masalah sampingan ?
c. Bagaimana cara meneyelesaikan masalah utama dan masalah sampingan ?
d. Apakah cara penyelesaian yang terbaik ?
e. Apakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ?

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 1) : Mengkelas.


1. Kenal pasti ciri-ciri umum sekumpulan item.
2. Beri nama kepada kumpulan item itu.
3. Kenal pasti ciri - ciri lain.
4. Masukkan ciri - ciri yang sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil.
5. Ulangi langkah - langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam
satu kumpulan.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 2) : Membanding.


1. Perhatikan item yang dibandingkan.
2. Kenal pasti satu daripada ciri-ciri itu.
3. Tentukan sama ada item lain mempunyai ciri yang sama.
4. Nyatakan ciri-ciri yang sama dan berbeza.
5. Membuat kesimpulan.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 3) : Membuat urutan.

1. Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut nilai, abjad, saiz,
corak atau masa.
2. Ambil satu item sebagai asas.
3. Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis
susunan yang ditentukan.
4. Semak semula susunan tersebut.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 4) : Menyusun mengikut keutamaan.


1. Tentukan matlamat.
2. Ambil satu item sebagai asas.
3. Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat
dengan matlamat.
4. Jika lebih dekat dengan matlamat, letakkan di atas sebagai item asas. Jika tidak
letakkan di bawah.
5. Ulangi langkah-langkah di atas bagi item yang lain satu demi satu.
6. Membuat kesimpulan.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 5) : Mentafsir maklumat.


1. Kumpulkan maklumat
2. Tentukan pola maklumat
3. Buat keputusan

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 6) : Meramal.


1. Perhatikan atau kumpulkan maklumat.
2. Tentukan corak atau pola yang terdapat dalam kumpulan maklumat.
3. Buat jangkaan yang paling sesuai.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 7) : Menerangkan sebab.

1. Apakah kemungkinan sesuatu kejadian itu berlaku ?


2. Apakah bukti-bukti yang kemungkinan itu berlaku ?
3. Nyatakan perincian bukti yang dikenalpasti.
4. Bukti yang manakah paling nyata (jika ada).

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 8) : Mengusul periksa andaian.


1. Perhatikan sesuatu situasi.
2. Nyatakan mengapa situasi sedekian terjadi.
3. Berikan satu jawapan yang rasional sebagai andaian.
4. Semak semula sama ada andaian tersebut boleh diuji atau tidak.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 9) : Membuat inferens.


1. Perhatikan sesuatu situasi.
2. Nyatakan sebab situasi sedemikian terjadi.
3. Semak alasan sama ada berasaskan pendapat atau pertimbangan.
4. Cari alasan lain.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 10) : Menjana idea.


1. Tetapkan tajuk perbincangan.
2. Senaraikan semua idea yang dikemukakan.
3. Renung kembali idea yang dikemukakan.
4. Tambah lagi idea jika ada.
5. Hubungkait idea yang telah disambungkan.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 11) : Membuat gambaran mental


1. Bayangkan matlamat tertentu.
2. Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental.
3. Bayangkan langkah semi langkah yang berlaku ke arah matlamat.
4. Lihat keseluruhan gambaran.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 12) : Membuat analogi.


1. Bandingkan dua item / perkara yang tidak sama.
2. Cari sifat-sifat yang sama yang boleh dihubungkaitkan.
3. Nyakan hubungkait sebagai metafora.

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 13) : Penyelesaian masalah.


1. Apakah masalahnya ?
2. Apakah masalah utama dan apakah masalah sampingan ?
3. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ?
-

Masalah utama.

Maslah sampingan.

4. Apakah cara penyelesaian yang terbaik ?


5. Adakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ?

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 14) : Membuat keputusan.


1. Kenalpasti alternatif-alternatif yang boleh diambil bagi membuat keputusan.
2. Apakah kesan/akibat dijangka timbul apabila alternatif dilaksanakan, sama ada baik
atau buruk.
3. Nyatakan pilihan yang terbaik.
4. Apakah kriteria utama pilihan tersebut dibuat ?
5. Apakah keputusan terbaik bagi memenuhi matlamat.

Lembaran pengurusan grafik (LPG).

Lembaran Pengurusan Grafik digunakan untuk mengumpul, menyenarai dan menganalisis fakta dan
data untuk membantu menghurai masalah / situasi / kandungan. Antara LPGnya adalah :
1. Membanding dan membeza.
2. Mengkelaskan.
3. Membuat urutan.
4. Menyusun mengikut keutamaan.
5. Membuat ramalan.
6. Menerangkan sebab.
7. Mengusul periksa andaian.
8. Membuat inferens.
9. Mentafsir maklumat.
10. Membuat gambaran mental.
11. Membuat analogi.
12. Membuat keputusan.

CoRT (Cognitive Research Trust).

Terdapat enam program CoRT (Cognitive Research Trust) yang telah dicipta oleh Dr. Edward de
Bono. CoRT
direkacipta supaya mudah dan praktikal. Terbahagi kepada 6 bahagian yang setiap satu
mempunyai 10 pelajaran :
CoRT 1 Keluasan (memperluaskan persepsi).
CoRT 2 - Organisasi.
CoRT 3 - Interaksi.
CoRT 4 Kreativiti (memperluas pemikiran lateral dan kreatif).
CoRT 5 Maklumat dan rasa.
CoRT 6 Tindakan.

Pembahagian CoRT.

CoRT 1 terbahagi kepada 3 bahagian :


1. logik dan persepsi
- CAF
- APC
2. nilai
- OPV
- C&S
- PMI
3. fokus dan punca
- AGO
- FIP

CoRT 1 (Cognitive Research Trust).

Mengandungi alat persepsi untuk membawa ke arah pengamatan. Setiap alat CoRT1
diberi nama berasaskan singkatan frasa. Ia
mempunyai kegunaan untuk untuk melahirkan persepsi dan mudah dipelajari /
digunakan.

1. Plus, Minus, Interesting (Baik, tidak baik, menarik).


2. Consider all factors (Mengambil kira semua faktor).
3. Consequences and sequel (Meramalkan sebab dan akibat).
4. Aims, Goals and Objectives (Tujuan, matlamat dan objektif).
5. First, Important Priorities (Memberikan keutamaan kepada yang terpenting).
6. Other Peoples View (Pandangan orang lain).
7. Alternatives, Possiblities and Choices (Pelbagai pilihan, kemungkinan).

CoRT 1 & kognitif.

Fokus : akademik.
CoRT1

Kegunaan

Contoh kognitif

PMI

Untuk menangani idea dari segi


kelebihan, kekurangan dan
keistimewaan

Membantu ibu di rumah. Bincangkan

CAF

Mengambil kira semua faktor yang


terlibat

Apakah faktor-faktor yang


menyebabkan pekerja asing datang
ke Malaysia ?

C&S

Meramalkan kesan dan akibat yang


berturutan

Apakah kesan yang timbul jika siaran


televisyen 24 jam dilaksanakan ?

AGO

Tujuan, matlamat dan objektif

Apakah tujuan dan matlamat


maharaja Hirohito menjadikan sebuah
negara moden ?

Memberi keutamaan kepada yang


terpenting

Apakah perkara yang perlu diberi


keutamaan oleh Raja Mongkut dalam
pemodenan kerajaan Siam ?

OPV

Mendapatkan pandangan orang lain

Pak Sako dilabel sebagai penghasut


rakyat oleh Kerajaan British di
Malaya. Apakah pandangan anda ?

APS

Pilihan-pilihan dan kemungkinan

Senaraikan kemungkinan kekangan


dalam pembinaan industri otomobil di
Malaysia dan pilihan-pilihan yang ada
dalam mengatasi kekangan
kekangan itu

FIP

CoRT 1 & meta kognitif.

Fokus : Penyelesaian masalah kendiri.


CoRT1

Kegunaan

Contoh kognitif

PMI

Untuk menangani idea dari segi


kelebihan, kekurangan dan
keistimewaan

Pilih lembaran pengurusan grafik


yang sesuai untuk melihat masalah
itu dari pelbagai perspektif.

CAF

Mengambil kira semua faktor yang


terlibat

Apakah faktor-faktor yang


menyebabkan kita tidak bermotivasi
untuk mencapai kecemerlangan
akademik ?

C&S

Meramalkan kesan dan akibat yang


berturutan

Apakah kesan yang timbul jika saya


memilih untuk menghafal berbanding
dengan memahamkan fakta- fakta
penting dalam tajuk hakisan dan
luluhawa ?

AGO

Tujuan, matlamat dan objektif

Apakah objektif saya semasa belajar


teknik-teknik belajar yang betul ?

Memberi keutamaan kepada yang


terpenting

Apakah perkara yang perlu diberi


keutamaan dalam menyelesaikan
kekangan masa belajar di rumah ?

OPV

Mendapatkan pandangan orang lain

Apakah pendapat anda cara


penyelesaian masalah saya ini
berkesan selepas dilaksanakan ?

APS

Pilihan-pilihan dan kemungkinan

Apakah pilihan yang ada untuk saya


membaiki kelemahan saya dalam
pelajaran ?

FIP

CoRT 1 & meta kognitif.

Fokus : Persekitaran.
CoRT1

Kegunaan

Contoh kognitif

PMI

Untuk menangani idea dari segi


kelebihan, kekurangan dan
keistimewaan Malaysia melaksana
program gunasama basikal secara
percuma dan dimiliki kerajaan.

Malaysia melaksana program


gunasama basikal secara percuma
dan dimiliki kerajaan. Anda mengguna
basikal dan meninggalkannya untuk
digunakan oleh orang lain pula.

CAF

Mengambil kira semua faktor yang


terlibat

Keluarga anda meilih satu tempat


untuk berkelah. Apakah faktor-faktor
yang perlu diambil kira untuk pergi ke
percutian tersebut ?

C&S

Meramalkan kesan dan akibat yang


berturutan

Beberapa negara menggunakan tol


untuk lebuhraya. Apakah alternatif
lain kepada pengguna untuk
menjelaskan bayaran selain dari tol
yang digunakan ?

AGO

Tujuan, matlamat dan objektif

Apakah objektif saya semasa belajar


teknik-teknik belajar yang betul ?

Memberi keutamaan kepada yang


terpenting

Apakah perkara yang perlu diberi


keutamaan dalam menyelesaikan
kekangan masa belajar di rumah ?

OPV

Mendapatkan pandangan orang lain

Apakah pendapat anda cara


penyelesaian masalah saya ini
berkesan selepas dilaksanakan ?

APS

Pilihan-pilihan dan kemungkinan

Apakah pilihan yang ada untuk saya


membaiki kelemahan saya dalam
pelajaran ?

FIP

Penggunaan CoRT1 dalam proses P&P.

OPV.

Contoh penggunaan OPV dalam proses P&P.

Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan


Kaedah

: Lakonan

Isu
: Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan
sesat di dalam laut. Ibu dugong itu
tidak ditemui. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak dugong itu
akan mati kerana tidak tahu mencari
makan sendiri dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat
memeliharanya dan diberi nama Si Tenang.
Bagaimanapun Pak Mat terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang undang negara.
Pelakon
: Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai
perikanan, pelancong, penduduk
kampung, jurukamera, wartawan, dll.
Panduan
: Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan
merupakan pendapat orang lain.

PMI.

Contoh penggunaan PMI dalam proses P&P.

Matapelajaran
Sosial / SRT
Kaedah

: Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains


: Sumbangsaran

Isu
: Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya yang terkenal
dengan sampah-sarapnya. Ramai
penduduk, kakitangan wam dan terutamanya penduduk kawasan
setinggan membuang sampah ke dalam sungai.
Panduan
: Murid / pelajar akan membincangkannya dalam kumpulan masingmasing. Mereka mencari ikhtiar bagaimana
untuk menangani isu ini. Satu kaedah yang ditemui akan
disumbangsarankan . Cari perkara baik, buruk dan
menarik daripada kaedah yang dipilih tadi.

CAF

Contoh penggunaan CAF dalam proses P&P.

Matapelajaran
Kaedah

: Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains


: Permainan kecil

Isu
: Sebuah kemalangan telah berlaku. Saksi tunggal dalam kemalangan itu
adalah seorang muda yang cuma tahu
menggunakan dua perkataan iaitu ya dan tidak . Maklumat lanjut
terpaksa dicari sendiri oleh murid /
pelajar lain. Murid / pelajar lain perlulah bertanya dan menyiasat daripada
saksi tadi.
Panduan
: Seorang murid / pelajar (juga dibantu oleh guru) akan mencatat semua
pertanyaan yang diajukan.
Semua soalan berkaitan dengan faktor-faktor kemalangan yang
diterbitkan oleh setiap murid / pelajar yang
bertanya tadi adalah faktor-faktor
kemalangan lain di seluruh negara. Soalan -

penting dalam mana-mana

soalan yang dikumpulkan dan dicatatkan ini akan dibentangkan semula


kepada murid / pelajar selepas
permainan ini selesai.

APC.

Contoh penggunaan APC dalam proses P&P.

Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan /


Kemahiran Hidup
Kaedah

: Lakonan

Isu
: Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan
sesat di dalam laut. Ibu dugong itu tidak
ditemui. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak dugong itu akan
mati kerana tidak tahu mencari makan
sendiri dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat memeliharanya dan
diberi nama Si Tenang.
Bagaimanapun Pak Mat terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang
- undang negara.
Pelakon
: Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai
perikanan, pelancong, penduduk
kampung, jurukamera, wartawan, dll.
Panduan
: Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan
merupakan pendapat orang lain.

FIP.

Contoh penggunaan FIP dalam proses P&P.

Matapelajaran
Kaedah

: Ekonomi Rumah Tangga / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris


: Amali / simulasi

Isu
: Sebuah keluarga ingin memasak sejenis makanan yang tidak pernah
mereka masak sendiri. Mereka
ingin mencuba memasaknya sendiri. Mereka menggunakan resepi yang
ada dalam simpanan mereka sebagai
rujukan bagi menyediakan makanan tersebut.
Bahan

: buku masakan / resepi masakan

Panduan
: FIP disebatikan dalam pengajaran mengikut kesesuaian kaedah dan kebolehan
murid / pelajar - pelajar.

APC.

Contoh penggunaan APC dalam proses P&P.

Matapelajaran
Kaedah

: Geografi / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Kajian Tempatan


: Mencari maklumat / inkuiri penemuan / kemahiran belajar

Isu
: Malaysia yang terlalu maju dalam perindustrian tidak mencukupi sumber
tenaga. Bagi mendapatkan sumber
tenaga yang mampu menggerakkan industri dan tanggung jawab
sosialnya, kerajaan terpaksa mencari dan
mendapatkan sumber tenaga bagi tujuan tersebut.
Pendekatan
: Penggunaan perpustakaan, bahan buku rujukan dan bukan buku,
borang Lembaran Pengurusan Grafik dll.
Kaedah
: Murid - murid dan pelajar diberi peluang untuk mencari maklumat dari
perpustakaan, menggunakan
kemahiran penggunaan perpustakaan, kemahiran mencari dan
mengendali maklumat, kemahiran belajar ;
juga inkuiri penemuan .

C&S.

Contoh penggunaan C&S dalam proses P&P.

Matapelajaran

: Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris

Kaedah

: Konsentrasi

Bahan

: Radio perakam, pita rakaman (muzik lembut, instrumental)

Isu
: Suatu kebakaran telah berlaku. Banyak insiden / episod dapat
diperhatikan.
Pendekatan
: Murid-murid / pelajar akan melalui proses konsentrasi, membuat
catatan atau pelbagai pendekatan lain yang
difikirkan lebih sesuai.

Senerio hari ini.

.perlu segera habis sukatan.


peperiksaan lebih penting.
.. .semua pihak bertanya tentang kejayaan dalam peperiksaan.
....pelajar terpaksa disuapkan ( diberikan ) sebanyak mungkin maklumat.
.pelajar kurang persediaan.
.cukuplah sekadar yang ada.
.terlalu banyak kekangan / masalah.
.......malas nak berfikir bagaimana nak rancang KBKK.

Ke mana tuju hala kita ?

Sebilangan orang belajar seumur hidupnya dan bila mereka meninggal mereka telah
belajar semua perkara kecuali untuk
memikir
- Domerque -

Pemikiran tidak boleh mengganti-kan maklumat (ilmu), dan maklu-mat tidak boleh
menggantikan pemikiran. Kedua - duanya
diperlukan untuk perkembangan intelek.
- Edward de Bono -

Mengapa kemahiran berfikir ?

..mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani,
.
- Falsafah Pendidikan Negara -

..mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang


rasional, kritis dan kreatif .
- Objektif KBSM -

..untuk mencapai hasrat Wawasan ..


- Wawasan 2020 -

Prinsip mengajar berintegrasikan KBKK Merentasi Kurikulum.

1. Gunakan pendekatan yang mudah dan menarik

2. Gunakan pelabagai kaedah. Ini termasuk :


-

permainan,

simulasi

lakonan

mimik

monolog

dialog

nyanyian.

Apakah strategi dan kesepaduan Penyebatian KBKK dalam P&P ?


1. Pendekatan bersepadu penggunaan *Menu PSS
2. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
3. Aktiviti seronok & menarik
4. Kaedah yang mengembangkan intelek
5. Persediaan murid dan guru

Apakah peranan KBKK dalam P&P ?


1. Mengembangkan isi pelajaran
2. Merangsang aktiviti guru dan murid

Bahan Bantu Mengajar yang baik untuk KBKK.


- mudah dibina, mudah diguna, mudah disimpan, mudah alih.
- maklumatnya jelas
- kesepaduan BBM dan alat KBKK
- menjurus kepada objektif pengajaran dan pembelajaran
- murah, tahan dan menarik
- selamat BBM, selamat pengguna

Kemahiran berfikir dan perpustakaan.

Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dibantu dengan penggunaan perpustakaan untuk:
- menentukan maklumat, skop, jenis dan sumber
- mencari maklumat
- menggunakan maklumat, kemahiran dan teknik belajar, kaedah, teknologi
- mencatat maklumat
- melapor maklumat, berkomunikasi
- menilai stategi, kemahiran, pengalaman dan kepuasan.

Stail mengajar dengan integrasi KBKK.

1. Patut dilakukan :
- Mudah dan seronok
- Jelas dengan apa yang sedang dilakukan

2. Elakkan :
- Kekaburan
- Menggunakan masa latihan yang terlalu panjang
- Kaitan dengan fokus yang sedang dibuat

3. Galakkan :
- Beralih ke Kem. Berfikir yang lain walaupun yang sedang dijalankan itu menarik
dan memberangsangkan
- Bebas, fikiran dibuka dan terbuka

4. Disiplin :
- Masa tepat dan cepat
- Fokus tajuk sahaja supaya tidak terbias.

Contoh kaedah permainan (Permainan Berfikir 10 Minit).

Dua orang pemain A dan B.

A : Kucing.
B : Keluarga kucing di dalam hutan.
A : Keluarga kucing di dalam hutan adalah harimau. Harimau semakin pupus.
Bagaimana untuk mengekalkan spesis ini ?
B : Harimau diburu oleh pemburu. Bagaimana kalau memburu harimau diharamkan.
Taman Rimba Rimau diwujudkan.
A : Menariknya, tiada lagi pembunuhan harimau. Buruknya, harimau dari Taman Rimba
Rimau mungkin mengancam manusia
dan ternakan. Menariknya, pastikah semua harimau tidak akan keluar dari Taman
Rimba Rimau ?
B : Terdapat harimau dari Taman Rimba Rimau membunuh manusia.
A : Kalau ingin tambahan populasi harimau, kita perlu menternak harimau dan
kemudian melepaskannya ke dalam hutan.
B : Menariknya, kita boleh menternak harimau yang bermutu sahaja. Buruknya,
bilangan populasinya membiak perlahan.
Menariknya, harimau ternakan boleh dilatih supaya menjauhi manusia sebelum
dilepaskan semula ke dalam hutan.
A : Harimau betina boleh ditangkap, diberi suntikan hormon penyubur dan kemudian
dilepaskan semula. Ini menambahkan
pesat populasi pembiakannya.

Bibliografi :

1. Edward de Bono, Teach yourChild How To Think, Penguins Books


2. Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, Pemikiran Logikal dan Kritikal, Kuala lumpur :
Utusan Publications
3. Edward de Bono, Teach Yourself To Think , London : Viking, 1995.

Disediakan oleh,
Nuradzian bin Nashrud-din

Penyelaras, Pusat Kegiatan Guru Kawasan Tanjung Ipoh.


Negeri Sembilan Darul Khusus.

Anda mungkin juga menyukai