Anda di halaman 1dari 25

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan

Konsep Kemahiran Berfikir 2


Alat-Alat Berfikir 3
Soalan alat Berfikir 10

Soalan a) 11 – 12

Soalan b) 13 – 14

Soalan e) 15 – 17

Soalan f) 18 – 19

Soalan g) 20 - 23
Rujukan 24
Lampiran 25

PENDAHULUAN

KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR

1
Selain bernafas, berfikir boleh dikatakan sebagai aktiviti yang paling acap dan

wajib dilakukan oleh setiap insan berbeza dengan sebarang aktiviti lain yang hanya

dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Kebolehan berfikir secara abstrak mampu

untuk menjana idea-idea baharu ; yang membezakan manusia dengan makhluk-

makhluk lain. Berfikir juga bertujuan untuk mencari makna. John Dewey mendefinisikan

berfikir sebagai satu operasi yang menggunakan fakta sedia ada untuk mencadangkan

fakta-fakta yang lain supaya fakta yang baharu dapat dipercayai berdasarkan fakta-

fakta yang sedia ada.

Berfikir melibatkan tiga komponen utama iaitu; operasi mental, pengetahuan dan

sikap. Berfikir terdiri daripada operasi mental iaitu operasi yang dijalankan oleh minda.

Operasi mental juga boleh dibahagikan kepada dua jenis yang umum iaitu kognitif yang

meliputi kemahiran serta strategi dan juga metakognitif yang berperanan untuk

mengawal serta mengarahkan proses kognitif. Metakognitif lebih dikenali sebagai

berfikir tentang pemikiran (thinking about thinking) dimana ia berfungsi untuk memandu

usaha seseorang manusia mencari makna khususnya dalam operasi merancang,

mengarah dan turut menilai pemikirannya.

ALAT-ALAT BERFIKIR

2
Untuk menjadikan kita seorang pemikir yang kreatif dan kritis iaitu mampu untuk

berfikir secara sistematik, berpandangan jauh serta dapat menyelesaikan pelbagai

masalah memerlukan panduan atau alat-alat yang khusus. Begitu juga seorang guru

memerlukan alat bantu mengajar untuk menjadikan pengajarannya menarik dan

berkesan. Dalam kemahiran berfikir, terdapat alat-alat yang boleh digunakan untuk

berfikir.

Edward de Bono telah memperkenalkan Program CoRT (Cognitive Research

Trust ) yang dibahagikan pula kepada enam bahagian utama iaitu :

- CoRT I

- CoRT II

- CoRT III

- CoRT IV

- CoRT V

- CoRT VI

Dalam pendidikan khususnya, CoRT I dan CoRT IV dapat digunakan untuk melatih

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif khususnya kepada para guru. CoRT I

merupakan asas kepada program CoRT dan bertujuan untuk memperluaskan

pandangan pelajar supaya lebih kreatif, konstruktif dan kritis.

3
Cognitive Research Trust I ( CoRT I )

Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT I ini terdapat tujuh alat berfikir yang boleh kita

gunakan dalam proses berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keptusan

atau untuk menyelesaikan masalah. CoRT I ini terdiri daripada tujuh teknik asas yang

turut digunakan untuk mencipta peraturan baharu sebelum membuat sebarang

perancangan baru dan sekaligus membuat keputusan yang bijak.

Komponen-komponen dalam CoRT I adalah :

1. PMI ( Plus, Minus, Interesting )

- Bertujuan untuk meluaskan pemikiran tentang sesuatu situasi. Seseorang

pemikir perlu mengelakkan sebarang reaksi secara emosi bagi menjamin

penghasilan idea yang becapah, bernas dan berkembang.

- P (PLUS) : Perkara yang difikirkan positif tentang sesuatu idea.

M (MINUS) : Perkara yang difikirkan negatif tentang sesuatu idea.

I (INTERESTING) : Perkara yang tidak termasuk dalam plus atau minus

tetapi menarik tentang sesuatu idea.

- Seterusnya, sesuatu keputusan dicapai berdasarkan penilaian tentang tajuk

yang dikaji dengan mengambil kira semua perkara berkaitan idea sama ada

perkara tersebut difikirkan positif, negatif mahupun perkara tersebut tidak

termasuk antara keduanya namun ia perkara yang difikirkan menarik.

4
2. CAF ( Consider All Factors )

- Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan secara menyeluruh tanpa

melepaskan walau satu pun faktor yang penting.

- Dalam kehidupan, kita sering menemui keadaan yang memerlukan kita

membuat pilihan, keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita.

Untuk tujuan ini, ia boleh digunakan bagi membantu kita membuat keputusan

yang sesuai untuk masa kini dan masa akan datang.

- Menyenaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih

mana-mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja.

- Setiap faktor yang disenaraikan akan dipertimbangkan terlebih dahulu

sebelum bersetuju untuk membuat keputusan yang sewajarnya.

3. C & S ( Consequence and Sequel )

- Menjangka apa yang akan berlaku kesan daripada sesuatu cadangan atau

keputusan yang dibuat.

- Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan

mencipta, mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara

hidup. Begitu juga dalam mencipta peraturan atau alatan, yang semuanya

menuju kepada memajukan diri kita dari semasa ke semasa.

- Kita juga perlu memikirkan kesan-kesan lain akibat rancangan kita itu, iaitu

kesan kepada orang lain, masyarakat dan juga alam sekitar.

5
- Kita perlu memikirkan beberapa perkara yang amat penting iaitu :

 Apakah cadangan tersebut akan berjaya ?

 Apakah risiko yang mungkin dihadapi ?

 Apakah kesan serta merta, jangka pendek dan jangka panjang ?

 Adakah cadangan berkenaan bermanfaat ?

4. AGO ( Aims, Goals and Objectives )

- Kita perlu sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal sesuatu

perkara supaya matlamat akan tercapai. Oleh itu, setiap perkara yang tidak

berkaitan harus diketepikan supaya tidak menjadi halangan dalam mencapai

objektif.

- Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu ada alasan dan sebabnya. Mungkin

kerana ia hobi kita atau kita melakukannya kerana terpengaruh dengan

orang lain atau untuk mendapat pujian dari orang ramai. Ada kalanya kita

melakukan sesuatu kerana ada tujuan tertentu ataupun untuk mencapai

sesuatu objektif atau matlamat. Sekiranya kita tahu apa sebenarnya matlamat

kita dalam melakukan sesuatu, ini memudahkan kita untuk mencapainya. 

- Dalam melaksanakan sesuatu, kita perlu berbalik kepada persoalan apakah

sebenarnya AGO rancangan tersebut. Setiap tindakan serta keputusan yang

diambil perlu mengambil kira adakah tindakan tersebut terkeluar dari AGO

asal perancangan disamping memastikan cara bagi memastikan AGO dapat

dicapai.

6
5. FIP ( First, Important, Priorities )

- Mengambil kira perkara-perkara yang penting dan yang perlu diutamakan

terlebih dahulu antara perkara-perkara yang penting tersebut bagi

menentukan prioriti sesuatu perkara tersebut.

- Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir PMI, CAF, C&S, dan juga AGO,

timbul pula masalah untuk membuat pemilihan di antara banyak faktor,

objektif dan kesan-kesan yang telah kita senaraikan bagi sesuatu perkara

atau rancangan yang ingin kita laksanakan. Untuk tujuan pemilihan ini, kita

terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan sebahagian yang lain

kerana tidak mungkin kita dapat lakukan semua itu secara serentak.

- Setelah memilih perkara-perkara yang benar-benar penting, kita perlu

memastikan adakah perkara-perkara tersebut benar-benar penting.

Disamping itu juga kita perlu mengenalpasti yang mana merupakan prioriti

yang harus diambil tindakan segera agar perkara yang tidak sepatutnya

diutamakan tetapi telah diutamakan dapat dielakkan.

6. APC ( Alternatives, Possibilities, Choices )

- Memikirkan beberapa perkara secara serentak disamping menentukan pilihan

yang terbaik dengan mengelakkan pemikiran secara sehala sahaja.

- Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara

ataupun membuat sesuatu, kita rasa seperti tidak ada banyak pilihan. Alat

berfikir (APC) ini mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari pelbagai

7
pilihan dan kemungkinan supaya kita dapat melihat idea atau perkara dengan

lebih bercapah. Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea atau isu tersebut

dengan pandangan yang luas dan dari beberapa sudut pandangan. Daripada

variasi pilihan dan kemungkinan yang disenaraikan barulah kita memilih

untuk menggunakan alat FIP yang telah dibincangkan sebelum ini.

- Dengan itu juga, kita akan berfikir secara kritis dan kreatif cara-cara yang

berlainan untuk menyelesaikan setipa masalah yang timbul. Setiap cadangan

juga mempunyai kemungkinan yang tersendiri dalam menjurus kepada

mendatangkan kebaikan dan juga keburukan.

7. OPV ( Other People’s Views )

- Mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat sesuatu keputusan

bagi mengelakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri

sendiri.

- Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui

apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita telah lakukan,

terutama yang berkaitan dengan orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan

oleh semua orang terutama pemimpin di semua peringkat sama ada Guru

Besar ataupun guru-guru yang mempunyai pelajar sebagai orang yang

dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandangan orang lain dalam sesuatu hal

yang kita putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan

8
kerjasama semua pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan juga akan

difikirkan oleh orang lain, cuma pendapatnya kadang kala berbeza.

- Penerimaan pihak lain terhadap idea-idea kita amat penting supaya segala

yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan dengan baik dan efektif.

Justeru itu, pandangan orang lain terhadap idea-idea yang telah diutarakan

amat perlu sama ada ia mampu mempengaruhi orang lain atau adakah orang

lain akan bersetuju dengan cadangan tersebut.

9
SOALAN ALAT

BERFIKIR

10
a. Ada cadangan bagi mengatasi masalah tidak cukup bilik kuliah di Institut

Pendidikan Guru supaya waktu kuliah dilanjutkan kepada kelas malam. Buat

PMI.

PLUS MINUS
1. Sukatan pelajaran dapat dihabiskan 1. Kemungkinan terdapat guru pelatih

dengan cepat jadi guru pelatih dapat yang sanggup ponteng kelas malam

mengulangkaji pelajaran dengan lebih kerana keletihan pada siang hari.

baik 2. Risiko keselamatan guru pelatih yang

2. Supaya guru pelatih dapat berfikir tinggal di luar IPG tinggi ketika mereka

bahawa masa yang terluang tidak boleh dalam perjalanan untuk ke kelas

disia-siakan dan perlu diisi dengan kerja malam.

yang berfaedah. 3. Berlaku kes kecurian barang kerana

3. Masalah ‘floating class’ tidak akan perkongsian kelas sesi pagi dan sesi

berlaku. malam.

4. Para pensyarah dapat 4. Beban pensyarah semakin bertambah.

menyesuaikan waktu pembelajaran jika 5. Berlaku pertembungan aktiviti luar

ada urusan pada siang hari. kelas dengan waktu kelas malam.

5. Pihak pentadbiran IPG dapat

menjimatkan kos tambahan seperti kos

menyewa kabin dan membina bangunan

baru.

6. Mendorong guru pelatih untuk berusaha

bersungguh-sungguh.
INTERESTING

11
1. Kelas malam dapat dijalankan dalam keadaan yang santai tidak seperti

kelas pada waktu siang yang dijalankan pada waktu pejabat yang

memerlukan pelajarnya memakai baju formal.

Kesimpulan

Idea ini sesuai kerana banyak kebaikan dari keburukan. Dalam keadaan

kekurangan bilik kuliah, guru pelatih masih dapat belajar dalam keadaan yang

selesa.

b. Applikasikan CAF atas cadangan untuk mengantikan elaun dengan pinjaman

PTPTN kepada pelajar Institut Pendidikan Guru.

12
Faktor-faktor

1. Kerajaan kekurangan peruntukan untuk menanggung guru pelatih

berikutan masalah kemelesetan ekonomi yang melanda hari ini

2. Semakin ramai peminjam yang tidak membayar hutang PTPTN selepas

graduasi.

3. Kerajaan ingin menjimatkan perbelanjaan Negara yang semakin kritikal

pada hari ini.

4. Menyelaraskan pinjaman PTPTN bukan sahaja kepada pelajar IPTA dan

IPTS, tetapi juga pelajar IPG.

5. Guru pelatih di IPG telah dijamin pekerjaan mereka selepas mereka

graduasi, oleh itu sumber pendapatan mereka terjamin dan sudah tentu

mereka mampu untuk membayar semula hutang PTPTN tersebut.

Kesimpulan

Saya pasti kebanyakan guru pelatih di IPG tidak bersetuju dengan

cadangan ini berikutan tidak mahukan hutang dalam pendidikan , riba dan

sebagainya tetapi pada pendapat saya, cadangan ini amat berpatutan bagi

mengurangkan risiko kerugian disamping menjimatkan kos perbelanjaan Negara.

Walaupun pemberian elaun digantikan dengan pinjaman PTPTN, peluang pekerjaan

bagi guru pelatih di IPG adalah terjamin dan mereka sepatutnya mampu untuk

menjelaskan semula pinjaman PTPTN tersebut. Jika dibandingkan dengan graduan

lepasan IPTA atau IPTS , peluang pekerjaan mereka tidak terjamin berbanding

dengan graduan lepasan IPG. Graduan lepasan IPG telah dijamin peluang

13
pekerjaan mereka dan mereka seharusnya bersyukur dan berterima kasih atas

peluang yang diberikan.

e. Ibu-bapa kini begitu teliti membuat pilihan tentang sekolah yang akan

dihantar anak mereka bersekolah. Apakah 5 aspek yang dibuat

14
pertimbangan. Applikasikan FIP untuk soalan ini. Beri huraian untuk jawapan

anda.

5 aspek penting (mengikut keutamaan):

1. Akademik

Pencapaian akademik memainkan peranan penting dalam pemilihan ke

sekolah. Ini mendorong ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah

tersebut kerana persepsi yang tinggi terhadap pencapaian akademik

sekolah tersebut. Semakin baik pencapaian akademik sekolah tersebut,

semakin tinggi persepsi ibu bapa terhadap sesebuah sekolah itu.

2. Jenis sekolah

Ibu bapa pada hari ini jelas peka terhadap jenis sekolah seperti Sekolah

Berasrama Penuh(SBP), Maktab Rendah Sains Mara(MRSM), Sekolah

Menengan Kebangsaan Agama(SMKA), dan sebagainya. Lebih-lebih lagi

jika sekolah tersebut merupakan sekolah yang amat dikenali masyakat

umum akan pencapaian yang cemerlang menjadikan ibu bapa semakin

tertarik untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut.

Ditambah pula dengan sekolah tersebut mempunyai nama yang

menyebabkan semakin tinggi persepsi ibu bapa terhadap sekolah tersebut

seperti SPB dan Sekolah Kluster.

15
3. Kemudahan

Kemudahan asas yang lengkap akan mendorong ibu bapa untuk

menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Ini ditambah pula jika

sekolah tersebut menyediakan kemudahan ICT yang serba lengkap

seperti kemudahan LCD. Pada zaman moden ini kita tidak mahu berada

di takuk lama. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan

kemudahan ICT. Tidak kurang juga dengan kemudahan-kemudahan yang

lain seperti kantin, lanskap, perpustakaan, dan taman mini bagi

memastikan keselesaan anak-anak mereka belajar di sekolah tersebut.

4. Budaya sekolah

Budaya sesebuah sekolah banyak mempengaruhi pembentukan sikap

pelajar. Oleh itu, faktor ini juga penting dalam pemilihan sekolah. Tiada

ibu bapa yang mahu anak-anaknya dididik dengan sikap negatif jika

manghantar anak-anak mereka ke sekolah berbudaya negatif seperti

budaya membuli dan sebagainya. Sudah tentu mereka mahukan anak

mereka berjaya dari segi sahsiah iaitu dengan menghantar anak mereka

ke sekolah yang berbudaya positif.

5. Jarak

16
Kebiasaannya factor ini lebih terarah kepada ibu bapa yang tiada

pengangkutan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau ibu

bapa seringkali sibuk dengan tugasan pada waktu menghantar anak-anak

ke sekolah. Oleh itu jika sekolah itu dari rumah , ia memudahkan urusan

ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

f. Pelajar Institut Pendidikan Guru tidak sepatutnya disediakan penginapan

asrama. Buat satu C&S untuk jangka masa panjang mengenai isu ini

17
Keberkesanan cadangan itu:

Cadangan ini boleh dilaksanakan kerana sebagai guru pelatih, mereka

seharusnya dilatih untuk berdikari bagi mempersiapkan diri untuk menjadi

seorang guru.

Kesan jangka panjang:

1. Keselamatan guru pelatih akan terjejas. Risiko kemalangan juga tinggi

kerana guru pelatih perlu ke IPG dengan kenderaan sendiri ataupun

berjalan kaki. Kemungkinan ketika dalam perjalanan ke IPG berlaku

pelbagai insiden yang tidak disangka seperti rompakan atau kemalangan.

Jika berlaku kematian di luar kampus, berkemungkinan keluarga si mati

tidak dapat menuntut apa-apa dari pihak IPG kerana ia dikira berlaku

diluar kampus. Jika dapat pun, ia merupakan belas ihsan dari kutipan

derma daripada guru pelatih yang lain.

2. Saya percaya terdapat guru pelatih yang akan sentiasa datang lambat ke

kelas pada waktu kuliah. Lebih-lebih lagi jika rumah sewa mereka jauh

dari IPG. Tidak mustahil ketika dalam perjalanan ke IPG, berlaku

kesesakan lalulintas lalu menyebabkan guru pelatih tersebut lambat untuk

sampai ke kelas. Kesannya, guru pelatih itu ketinggalan untuk mengikuti

sesi pembelajaran ketika belum sampai ke kelas. Ini bermakna tidak

semua input guru pelatih tersebut dapat pada waktu kuliah.

3. Guru pelatih dapat melatih diri untuk berdikari disamping belajar hidup

bermasyarakat sepanjang menginap di rumah sewa tersebut. Mereka

18
dapat beramah mesra dengan jiran tetangga mereka. Disamping itu, ia

dapat melatih guru pelatih untuk bersedia jika mereka di‘posting’ di

kawasan pedalaman seperti pedalaman di negeri Sabah atau Sarawak. .

Hal ini adalah kerana apabila mereka tidak menginap di asrama, mereka

terpaksa menempuh segala rutin harian secara bersendirian. Hal ini telah

melatih mereka untuk lebih berdikari dan tidak mengharapkan bantuan

orang lain berbeza dengan pelajar yang menginap di asrama yang

sentiasa memerlukan bantuan para warden terutamaya ketika sakit. Ini

mendorong mereka semakin tabah dan bersemangat untuk menjadi guru

yang berdedikasi.

Keputusan:

Pada pendapat saya walaupun cadangan ini baik tetapi ia masih tidak sesuai

dilaksanakan buat masa ini berikutan kesan-kesan jangka masa panjang yang

telah saya huraikan di atas. Jika hendak dilaksanakan juga, perancangan yang

awal serta teliti adalah diperlukan bagi memastikan ia membawa kebaikan bagi

semua pihak.

g. Masalah banjir di kawasan perumahan anda sering berlaku.Anda dijemput

untuk menanggotai jawatankuasa untuk menyelesaikan masalah ini. Apakah

AGO jawatankuasa ini. Bahagikan masalah anda kepada 3 masalah kecil.

Apakah AGO jawatankuasa anda untuk setiap masalah kecil ini?

19
AIMS

- Mencari jalan penyelesaian bagi masalah banjir yang sering

berlaku di kawasan perumahan.

- Supaya penduduk di kawasan perumahan akan lebih

selamat terutamanya pada musim tengkujuh yang mungkin


GOALS

melanda paling kurang dua bulan sekali dalam setahun.

- Supaya penduduk setempat lebih bersedia untuk

menghadapi sebarang kemungkinan banjir berlaku.

- Untuk membantu semua penduduk ketika banjir sedang


OBJECTIVES

berlaku.

- Untuk melatih penduduk supaya tidak panik sebaliknya

mengambil tindakan segera,cepat dan pantas untuk

menyelamatkan diri serta harta benda ketika banjir berlaku.

3 MASALAH KECIL

MASALAH MASALAH RUMAH MASALAH HILANG

KESIHATAN HANYUT SERTA TEMPAT TINGGAL


20
PENDUDUK KEHILANGAN SERTA TIADA

HARTA BENDA BEKALAN


MASALAH 1 : MASALAH KESIHATAN PENDUDUK

AIMS

- Mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah

kesihatan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan

perumahan ketika banjir sedang berlaku.


GOALS

- Supaya penduduk sentiasa dalam keadaan sihat

sebelum dan selepas menghadapi banjir disamping

menanam kesedaran diri betapa pentingnya menjaga

kesihatan diri ketika banjir.


OBJECTIVES

- Untuk memberi bantuan perubatan kepada penduduk,

misalnya memberikan pemeriksaan percuma disamping

menyediakan bekalan ubat-ubatan kepada semua

penduduk serta suntikan bagi mengelakkan sebarang

jangkitan kuman.
MASALAH 2 : MASALAH RUMAH HANYUT SERTA KEHILANGAN HARTA BENDA

AIMS

- Mencari langkah-langkah penyelesaian yang efisien

bagi mengelakkan masalah rumah hanyut serta

kehilangan harta benda yang maksimum semasa

21
penduduk dilanda banjir.
GOALS

- Supaya rumah tidak akan hanyut lagi ketika berlakunya

banjir di kawasan perumahan tersebut pada masa akan

datang.

- Supaya barang-barang berharga dapat diselamatkan

sebanyak mungkin dalam masa yang singkat sekaligus

meminimumkan jumlah kehilangan harta benda disamping

memberi pengetahuan tentang cara bertindak pantas

untuk menyelamatkan barang-barang ketika banjir berlaku.


OBJECTIVES

- Untuk membina pagar bagi setiap sekeliling rumah

sebagai langkah persediaan menghadapi banjir.

- Untuk memberi bantuan bot penyelamat seberapa banyak

yang boleh serta seberapa pantas yang mungkin.

MASALAH 3 : MASALAH HILANG TEMPAT TINGGAL SERTA TIADA BEKALAN

MAKANAN

AIMS

- Mencari jalan penyelesaian yang bervariasi bagi

mengatasi masalah hilang tempat tinggal serta tiada

bekalan makanan ketika banjir sedang berlaku.


GOALS

22
- Supaya penduduk kawasan perumahan tidak trauma

menghadapi banjir pada masa akan datang atas sebab

kehilangan tempat tinggal atau dengan kata lain

merempat ketika banjir sedang melanda.

- Supaya penduduk menimba pengalaman serta

pengajaran mengenai pentingnya pengambilan

makanan yang sesuai dan bersih ketika menghadapi

banjir.
OBJECTIVES

- Untuk menyediakan penginapan sementara seperti

asrama-asrama atau sekolah-sekolah yang mencukupi

kepada semua penduduk setempat sementara menanti

banjir surut.

- Untuk menghantar bekalan makanan serta bekalan air

bersih kepada penduduk semasa banjir sedang berlaku.

RUJUKAN

23
24
LAMPIRAN

25

Anda mungkin juga menyukai