Anda di halaman 1dari 6

SLOT 3 : CoRT 1 DAN 6 THINKING HATS

1.0 : CoRT 1

Istilah CoRT ialah singkatan kepada perkataan Cognitive research trust yang dipelopori
oleh Edward De Bono. Terdapat sebanyak enam bahagian dalam program CoRT tersebut iaitu
CoRT 1 (keluasan persepsi), CoRT 2 (organisasi proses berfikir), CoRT 3 (interaksi, argumen,
pemikiran kritis), CoRT 4 (pemikiran kreatif), CoRT 5 (maklumat dan perasaan), CoRT 6
(tindakan). Namun, guru sering menggunakan CoRT 1 dalam pengajaran mereka. Terdapat
tujuh teknik asas dalam penggunaan CoRT 1 seperti di Rajah 1.

PMI
OPV CAF

KOMPONEN
CORT1
APC C&S

FIP AGO

Rajah 1, komponen-komponen di dalam CoRT 1.

Teknik yang pertama dalam komponen CoRT 1 ialah baik, buruk, menarik (Plus, Minus,
Interesting - PMI). Teknik ini dipanggil PMI. Teknik ini digunakan untuk meluaskan sudut
pandangan seseorang. Minda dilatih untuk berfikir berbagai-bagai arah seperti berfikir tentang
kebaikan, keburukan dan yang menarik tentang sesuatu sebelum membuat keputusan. Ini
amat bertepatan dengan konsep berfikir di mana sesuatu keputusan ditangguhkan sehingga
mendapat maklumat yang lengkap. Pelajar perlu mengelakkan daripada beremosi dengan
tujuan untuk mengembangkan idea. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan teknik untuk
menentukan kerjaya kita pada masa akan datang dengan menyenaraikan kebaikan dan
kelemahan diantara kerjaya-kerjaya yang ada seperti guru atau doktor. Melalui teknik ini, kita
dapat membuat keputusan yang bijak dan jelas selepas mendapat tahu segala kebaikan dan
kelemahan tersebut.

Selain itu, teknik dalam komponen CoRT 1 ialah ambil kira semua faktor (Consider all
Factors - CAF). Teknik ini disebut CAF. Tujuan penggunaan CAF adalah untuk melatih pelajar
berfikir dan meninjau semua aspek bagi sesuatu situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Hal
ini juga untuk mengelakkan mereka daripada terlupa faktor penting bagi tajuk yang
dibincangkan. Kita perlu sedar bahawa setiap keputusan yang dibuat akan mempengaruhi kita
dan individu di sekeliling kita. Adakalanya, sesuatu keputusan itu akan memberi kesan negatif
kepada individu lain. Oleh itu, amalan melakukan CAF dalam mencapai sesuatu keputusan
dapat memastikan semua individu atau faktor lain diambil kira terlebih dahulu sebelum
keputusan dibuat. Contoh faktor yang perlu diambil kira dalam membuat sesuatu keputusan
ialah nilai pegangan agama, kepercayaan, etika dan nilai individu serta keluarga, aspek
ekonomi dan politik berkaitan dan sosio budaya dan sains teknologi. Contoh penggunaan CAF
ialah kita mengambil kira semua faktor yang berkaitan dalam menentukan kerjaya kita dan
mempertimbangkan setiap faktor tersebut. Akhirnya, kita akan mendapat keputusan yang
tepat selepas pertimbangan sewajarnya dibuat.

Seterusnya, kesan mengikut jangka masa (Consequences & Sequel - C&S) juga
merupakan salah satu teknik dalam komponen CoRT 1. Teknik ini dipanggil C&S. Tujuan
penggunaan C&S adalah untuk melatih pelajar berfikir dan menjangkakan perkara yang akan
berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan. Pelajar juga akan meramal kesan dan akibat
keputusan tersebut. Kita tahu bahawa sesuatu tindakan yang diambil selepas keputusan
dibuat mengakibatkan kesan-kesan tertentu sama ada serta-merta, dalam masa terdekat (5
tahun) atau jangka panjang (lebih daripada lima tahun). Kita mungkin mendapat satu atau
beberapa alternatif keputusan yang perlu dipilih. Teknik C&S dapat membantu kita mengenal
pasti kesan-kesan ini terlebih dahulu sebelum kita membuat keputusan. Dengan ini kita juga
dapat bersedia menangani akibat yang akan terjadi pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita
menggunakan teknik ini juga dalam menentukan kerjaya kita sama ada menjadi seorang guru
atau doktor dengan membuat jangkaan risiko yang akan dihadapi atau kesannya serta merta
atau dalam jangka masa panjang atau dalam jangka masa pendek. Selepas memikirkan risiko
ini, kita mampu untuk membuat keputusan yang tepat.

Kemudian, teknik dalam komponen CoRT 1 yang lain ialah tujuan, matlamat dan
objektif (Aims, Goals, Objectives - AGO). Teknik ini dipanggil AGO. Tujuan penggunaan AGO
adalah untuk melatih pelajar berfikir agar sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan
asal supaya matlamat tercapai. Hal ini juga dapat membantu pelajar mengelakkan daripada
melakukan sesuatu yang tidak berkaitan dan menyeleweng dari tujuan asal semasa
perbincangan atau pemikiran sedang berjalan. Contoh penggunaan AGO ialah kita
memikirkan tujuan kita untuk memilih kerjaya sebagai seorang guru dan menentukan matlamat
kita seperti ingin menjadi seorang guru yang terbaik di seluruh Malaysia. Dengan mempunyai
matlamat itu, kita akan melakukan sesuatu yang berkaitan terhadap tujuan itu agar matlamat
kita tercapai.

Di samping itu, teknik lain yang termasuk dalam komponen CoRT 1 ialah kepentingan
utama (First Important Priorities - FIP). Teknik ini dipanggil FIP. Tujuan penggunaan FIP
adalah untuk melatih pelajar agar dapat berfikir dengan mendahulukan sesuatu perkara
mengikut kepentingan atau keutamaan. Perkara penting harus diberi keutamaan terlebih
dahulu. Teknik ini membantu kita mengenal pasti keutamaan, yang terpenting dan yang
memerlukan tindakan. Dalam hal-hal yang kita mesti membuat pilihan, FIP boleh digunakan.
FIP juga biasanya digunakan dengan teknik yang lain. Sebagai contoh, kita membuat
pemilihan kerjaya dengan mengutamakan yang mana lebih penting sama ada kerjaya sebagai
guru atau menjadi seorang peniaga sampingan. Dengan itu, selepas membuat pertimbangan
kita akan dapat memfokuskan kepada kerjaya dan tanggungjawab kita yang lebih utama.

Teknik yang terdapat dalam komponen CoRT 1 lagi ialah alternatif, kemungkinan dan
pilihan (Alternatives, Possibilities, Choices - APC). Teknik ini dipanggil APC. Tujuan
penggunaan APC adalah untuk melatih pelajar berfikir berkenaan beberapa perkara dengan
serentak. Kemudian pelajar diminta menentukan pilihan yang terbaik. Teknik ini membantu
pelajar menyenaraikan alternatif dan kemungkinan-kemungkinan yang ada sebelum ia buntu
dengan satu pilihan keputusan. Dengan mengamalkan teknik ini, kita memaksa diri kita untuk
mencari beberapa alternatif dan pilihan sebelum kita membuat keputusan. Teknik ini juga
melatih kita berfikir serentak tentang pilihan dan kemungkinan yang kita ada. Hal ini juga
bertujuan untuk mengelakkan pelajar daripada mempunyai pemikiran sehala sahaja. Sebagai
contoh, kita mengaplikasikan teknik APC ini dengan memikirkan alternatif lain jika kerjaya kita
sebagai seorang guru tidak berjaya dicapai. Oleh itu, kita hendaklah mencari jalan lain untuk
menampung dan menyara hidup dengan melakukan kerja lain seperti membuat perniagaan
secara di dalam talian.

Teknik yang terakhir sekali dalam komponen CoRT 1 ialah pandangan orang lain
(Other People’s View - OPV). Teknik ini dipanggil OPV. Tujuan penggunaan OPV adalah untuk
melatih pelajar berfikir dengan mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat
sesuatu keputusan. Pelajar dilatih untuk mengelakkan daripada membuat keputusan yang
terlalu memfokuskan diri. Ia memerlukan kita mementingkan pandangan dan pendapat orang
lain tentang apa jua keputusan yang akan diambil. Oleh itu, sebelum kita membuat keputusan,
kita perlu terlebih dahulu mengkaji akibat atau pengaruh yang wujud daripada keputusan
terhadap orang lain. Setiap orang yang terlibat dengan apa jua tindakan atau keputusan yang
kita buat, mempunyai pandangan yang berbeza kerana mereka melihat dari sudut atau
kedudukan yang sudah tentunya berbeza. Contoh penggunaan OPV dalam menentukan
kerjaya kita sebagai guru sama ada sesuai atau tidak dengan diri kita dengan mengambil kira
pendapat orang lain seperti ibu bapa, saudara mara terdekat, orang yang lebih
berpengetahuan tentang kerjaya tersebut dan rakan-rakan. Dengan itu, kita akan dapat
membuat keputusan dengan yakin dalam menentukan kerjaya kita tanpa dipengaruhi oleh
perasaan diri sendiri setelah membuat pertimbangan atas pendapat-pendapat orang lain.

Kita perlu sedar dan menerima hakikat bahawa perbezaan pendapat wujud. Ia
disebabkan oleh latar belakang, status, pengetahuan, pengalaman dan sistem nilai yang
berbeza di kalangan individu. Kaedah OPV ini sesuai digunakan apabila terdapat
kemungkinan perbalahan pendapat daripada berbagai-bagai pihak. Semasa menggunakan
kaedah ini, kita harus bersikap terbuka dalam mendengar pendapat atau idea orang lain dan
jadikan pendapat itu sebagai panduan dalam membuat keputusan yang akan diambil. Oleh
itu, kaedah Cort 1 sangat membantu pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran mereka
terutama sekali dalam menyelesaikan masalah dan membuat sesuatu keputusan yang tepat
kerana kaedah ini telah mengambil kira segala faktor dan kemungkinan yang akan berlaku
berbanding dengan hanya mengambil pendapat orang lain sahaja.
2.0 : 6 THINKING HATS

Pada tahun 1985, Edward De Bono telah mengasimilasikan (assimilate)


peringkat-peringkat dan pemikiran-pemikiran beliau menggunakan konsep yang
lebih mudah iaitu menggunakan Enam Topi Pemikiran atau “6 Thinking Hats‟
(De Bono, 1999). Mengikut tulisan beliau, topi ini dibahagikan mengikut 6 warna
seperti Rajah 2 supaya lebih jelas diingati oleh minda dan lebih sistematik.

Rajah 2, Enam Topi Pemikiran De Bono

Secara ringkasnya, warna yang dipilih membawa makna dan maksud yang
tertentu, sesuai mengikut tafsiran beliau. Contohnya, warna putih dikaitkan dengan
kertas computer. Topi putih adalah sesuatu yang natural. Topi putih adalah fakta
dan informasi. Topi merah pula adalah emosi, kerana itu ia dikaitkan dengan api.
Emosi akan kita sentiasa bertukar mengikut arahan minda. Topi hitam pula adalah
perspektif dari sudut yang negatif. Apabila ada unsur yang tidak baik, apa yang
harus minda kita lakukan ialah mengambil langkah berjaga-jaga. Maka kerana itu
topi hitam bermaksud berhati- hati. Sesuatu yang negatif mungkin berbentuk
ancaman, halangan, cabaran dan kelemahan. Topi kuning pula dikaitkan dengan
matahari. Ia sentiasa bersinar. Ini adalah berlawanan sifatnya dengan topi hitam.
Topi kuning akan memandang dari sudut yang positif. Ia akan memandang dari
sudut peluang, keperluan dan kekuatan.

Topi hijau pula dikaitkan dengan sayuran, sesuatu yang tumbuh dan
sentiasa membesar. Ini adalah idea minda yang harus dirangsang secara
berterusan. Topi biru pula membawa maksud langit (blue sky). Ianya adalah
pemikiran peringkat atasan. Topi biru akan mengawal selia proses kesemua topi
yang lain. Selain menggunakan Enam Topi Pemikiran dalam perbincangan dan
mesyuarat, kegunaan pemikiran menggunakan Enam Topi ini juga sesuai untuk
diadaptasikan dalam pembelajaran di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai