Anda di halaman 1dari 1

Saya memilih untuk mengulas video 1.

Pada pandangan saya, perlakuan ini


tidak wajar dilakukan kerana mereka telah ingkar akan arahan Perdana Menteri
yang menyeru rakyat semua untuk berkurung di tempat masing-masing iaitu perintah
kawalan pergerakan. Perintah ini berjalan selama 14 hari iaitu dua minggu. Dapat
kita lihat sebanyak 110 kes positif baharu disahkan hari semalam dan menjadikan
jumlah kumulatif di Malaysia meningkat kepada 900 kes. Namun sebaliknya yang
telah mereka lakukan, di mana mereka telah menjamu makan orang ramai dan
mengabaikan perintah berkurung tersebut. Malah, mereka turut kelihatan bangga
telah mengingkari arahan yang dibuat oleh Perdana Menteri kita. Keadaan ini boleh
menyebabkan penularan wabak covid19 mudah tersebar secara meluas.
Sepatutnya, mereka harus duduk diam di kediaman masing masing tanpa
melakukan sebarang perjumpaan dengan orang ramai dan berkumpul dengan orang
awam. Jadi, kita sebagai rakyat malaysia haruslah patuh kepada arahan yang dibuat
oleh pihak kerajaan kerana langkah langkah yang diambil itu adalah sebagai usaha
ke arah kebaikan kita semua iaitu ingin membendung penyebaran wabak covid19 di
negara ini. Kita juga haruslah mempunyai rasa tanggungjawab dalam diri masing-
masing dalam membendung masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai