Anda di halaman 1dari 7

PENDAHULUAN

Pada 20 Oktober 2011 saya telah menjalankan pengajaran makro untuk


mata pelajaran matematik tahun 1. Tajuk yang saya pilih ialah ciri-ciri bentuk tiga
dimensi. Saya telah menggunakan teknologi komputer persembahan powerpoint,
benda maujud dan kad perkataan sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran
tersebut. Dengan bantuan rakan sekerja iaitu cikgu Foo mengambil rakaman
sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Daripada rakaman
saya dan makmum balas daripada rakan sekerja saya telah mendapat kekuatan
dan kelemahan pengajaran makro tersebut.

KEKUATAN

Penyampaian pelajaran yang menggunakan teknologi komputer iaitu


persembahan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran telah menarik
perhatian murid-murid. Dengan menggunakan ICT murid lebih memahami isi
pelajaran yangdiajarkan kerana murid lebih nampak gambaran sebenar. Murid
lebih berminat untuk belajarkerana banyak animasi yang boleh menarik minat
murid. Melalui penggunaan komputer dan LCD, guru dapat mengaitkan pengajaran
dan pembelajaran Matematik dengan kehidupan seharian. Murid lebih
bersemangat dan akan memberikan sepenuh tumpuansemasa sesi pengajaran
dan pembelajaran.

Selain itu, set induksi yang menggunakan tayangan video klip tentang
bentuk-bentuk geometri telah menarik perhatian murid-murid. Seterusnya
menyediakan murid-murid untuk mengikuti pelajaran hari tersebut. Semua murid
mendengar penerangan dariapda tayangan tersebut dan melibatkan diri dalam
pengajaran guru. Murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh
guru yang berkaitan dengan tayangan video tersebut. mi bermakna semua
memahami isi kandungan yang disampaikan. .

Pengajaran yang digunakan oleh saya adalah berpusat kepada murid


-murid. Murid cergas mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti- aktiviti yang dikelolakan melibatkan semua murid dan murid diminta
memberi pendapat dan cadangan dalam aktiviti tersebut. Contohnya saya
menggunakan kaedah inkuiri penemuan. Murid-murid diminta mencari jumlah
bilangan bucu, sisi
dan permukaan bentuk tiga dimensi dengan meneliti dan melalui sentuhan.
Pengajaran seperti ini bukan sahaja lebih efektil tetapi lebih bemakna dan
menyeronokkan murid-murid kerana murid memperolehi jawapan dengan
pemerhatian dan sentuhan sendiri.

Apabila murid dapat menonjolkan tingkah laku yang positil dalam bilik darjah
dan dapat menjawab soalan yang ditujukan dengan tepat maka saya memberikan
pujian yang membina. Pujian yang digunakan telah mendorongkan murid untuk
berusaha dengan lebih tekun lagi. Selain itu saya juga memberikan ganjaran
kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan tepat. Dengan ini murid lebih
bersemangat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya.
Interaksi mesra semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran juga
telah memberi galakkan. Murid berasa selesa, tidak tertekan, dan merangsang
pemikiran untuk melahirkan idea yang lebih bernas dan tersusun.

Dalam pengajaran konsep disampaikan secara berperingkat.


Perkembangan konsep-konsep berlaku secara berperingkat-peringkat, iaitu dari
senang ke susah, dari konkrit ke abstrak dan dari yang sudah diketahui kepada
yang belum diketahui. Contohnya dari menamakan tiga dimensi bentuk sampai
mencirikan tiga dimensi tersebut. Selain itu, Isi, bahan pelajaran dan alat bantu
mengajar adalah berkaitan dengan pengalaman murid atau benda yang di
sekeliling mereka.Di sampint itu, alat bantu mengajar adalah sesuai, pelbagai jenis,
berbentuk benda maujud, diketahui oleh murid seperti tin minuman, kotak dan
sebagainya. Alat bantu mengajar tersebut telah menarik perhatian murid.

Guru juga dapat menunjukkanekspresi muka yang bersungguh-sungguh


semasa menyampaikan pelajaran atau semasamenggambarkan sesuatu situasi.
Kontak mata yang baik walaupunmasih memberi tumpuan utama kepada murid
yang hanya di bahagian hadapan keIas.Komunikasi bukanlisan yang diutarakan
oleh Egan (1994) merujuk kepada tingkah laku badan,ekspresi wajah dan kualiti
suara. Berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan dengan berkesan amatpenting
untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Halini kerana
proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan banyak aktivitikomunikasi di
antara pelajar dengan guru serta pelajar dengan pelajar. Guru misalnya akan
mengangguk kepala
tanda bersetuju denganpandangan pelajar dan menggeleng sebagai tanda tidak
menerima.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya telah menggunakan unsur


jenaka. Menurut Habibah,ZaidatoI & Rahil, 1995 unsur jenakayang diselitkan
dalam pengajaran akan membantu menimbulkan suasana tiadatekanan dan murid
berasa lebih tenang dalam proses pengajaran. Keadaan ini adalah berbeza jika
guru menunjukkanekspresi muka yang garang, cemas, kaku, tidak tersenyum atau
tidak yakin. Guruyang sentiasa tersenyum juga akan menyebabkan murid
melihatnya sebagaiseorang yang tidak tegas dan kurang keyakinan diri.

KELEMAHAN

Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan


pengajaran makro ialah pengurusan masa guru atau ketepatan mengikut masa
yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan
rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa
yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal
ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang
menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Selain
itu, saya juga tidak sempat membuat penutup kerana tidak cukup masa. Semasa
murid bergerak ke makmal komputer telah mengambil masa 5 minit untuk
mengatur tempat duduk mereka. Dalam aktiviti kumpulan telah menggunakan lebih
daripada 10 minit.

Terdapat beberapa orang murid bermain semasa aktiviti kumpulan bergerak


dalam kelas. Mereka tidak mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut dan biarkan
ketua dan ahli kumpulan lain yang menjalankan aktiviti. Mereka adalah terdiri murid
yang lemah dalam pelajaran Matematik. Aktiviti tersebut tidak menarik minat
mereka untuk mengikutinya. Ini adalah kerana mereka tidak faham konsep
tersebut. Saya cuba menganalisis kepercayaan dan andaian saya berkaitan
dengan masalah ini. Padadasarnya saya percaya murid-murid dari kumpulan
lemah kurang minat belajar kerana merekatidak mempunyai motivasi untuk berbuat
demikian. Selepas membuat refleksi, saya rasaandaian ini tidak berasas kerana
guru sebagai pendidik perlu memikul tanggungjawab untukmembolehkan murid-
murid ini belajar. Kemampuan saya sebagai guru telah dicabar.
Kawalan kelas juga tidak terkawal ketika saya mengarahkan mereka untuk
bekerja secara berkumpulan. Apabila saya suruh mereka balik ke tempat duduk
dan duduk dalam kumpulan dengan senyap. Namun murid-murid tidak melakukan
sedemikian. Terdapat beberapa murid bermain alatan komputer sedangkan murid
lain menjalankan aktiviti yang disuruh oleh saya. Murid tersebut berasa ingin tahu
dan hendak cuba menggunakan alatan komputer yang jarang dilihat oleh mereka.
Kawalan kelas adalah penting walaupun hanya berapa orang berbuat bising
namum ia akan mengganggu kawan lain yang mengikut pebmelajaran.
Terdapat dua orang murid tidak memahami bahasa Malaysia, saya terpaksa
berkomunikasi dan terangkan dalam bahasa Cina supaya mereka dapat mengikuti
pengajaran dan pembelajaran. Saya tidak mengesan antara mereka terdapat murid
yang kurang fasih dalam bahasa Malaysia dan telah menjejaskan pengajaran saya.
Terutamanya, arahan yang diberikan oleh saya semasa aktiviti kumpulan tidak
dapat difahami oleh dua orang murid tersebut.

Guru kurang mahir menggunakan peralatan komputer. Oleh kerana


komputer di makmal komputer tidak berfungsi maka saya menggunakan komputer
riba. Gangguan tersebut telah menyebabkan saya menggunakan lebih masa dalam
langkah tersebut. Selain itu, ia juga mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran. Murid-murid berbuat bising dan bercakap sementera menunggu
guru mempersembahkan slaid powerpoint.

Terdapat satu kumpulan menggunakan masa yang lebih untuk menyiapkan


hasil aktiviti kumpulan. Ini kerana murid kurang memahami cara menulis jawapan.
Oleh itu, terpaksa mengambil masa untuk membimbing mereka mengajar mereka
menulis jawapan dengan cara yang betul. Selain itu, arahan yang diberikan oleh
guru murid cepat lupa kerana guru tidak memberikan arahan berbentuk kertas
supaya murid senang merujuki jika lupa. Dengan ini masa juga tidak akan
terbuang.

PENAMBAHBAIKAN

Daripada kelemahan yang dikesan saya telah memikirkan beberapa cara


untuk menambahbaik untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.
Guru perlu mengikuti kursus ataupun memperbanyak baca buku yang berkaitan
dengan teknologi untuk menambah ilmu dan kemahiran menggunakan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran. Gangguan akan timbul jika guru tidak mahir
dan murid akan jadi tidak terkawal dan proses pengajaran dan pengajaran akan
menjadi tidak menarik. Menurut Harry K. Wong (1998), kebanyakan masalah
tingkah laku murid adalah disebabkan oleh gurusendiri. Maka guru harus sentiasa
menambah ilmu dan bersedia untuk setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, saya berpendapat untuk mengumpulkan mereka mengikut


senarai nama yang telah saya sediakan terlebih dahulu bagi mengelak mereka
untuk berbuat bising.Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini.
Saya ingin murid-murid mendengarpengajaran saya kerana percakapan dua hala
boleh menjejaskan pembelajaran. Kebisinganyang disebabkan oleh pembelajaran
tidaklah menjadi masalah tetapi kebisingan yangmengganggu pembelajaran perlu
dielakkan. Murid-murid yang bising bukan sahaja tidak dapatmenguasai kemahiran
yang diajar tetapi murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adilkepada
semua murid - murid yang lain.

Saya akan menyusunkan semula kedudukan murid-murid di dalam kelas.


Membahagikan kepadaempat kumpulan mengikut tahap kebolehan yang
berbezamembuat ujian diagnostik untuk tahap pencapaian kemahiranatau topik
yang dikuasaimurid tersebut. Untuk mengatasi murid yang membuat bising saya
akan menggunakan pelbagai kaedah / atau teknik yang sesuai dengan tahap
kebolehan merekasemasa pengajaran dan pembelajaran. Mereka diberikan latihan
- latihan yang mudah dan berbeza dengan murid-murid lain. Selain itu, memberi
perhatian yang lebih kepada kumpulan ini dengan selalu berdamping danmemberi
bimbingan secara berterusanmemberi motivasi dengan memberi pujian dan
penghargaan bagi setiap usaha atauaktiviti yang berjaya dilakukan.

Berdasarkan prosedur yang diyatakan dalam "California Standards for the


Teaching Profession”masa yang digunakan dalam kelas perlu berkesan dan
dioptimumkan sepenuhnya. Apabilamasa pengajaran dirancang sesuai untuk
memenuhi keperluan pelajar, maka masapembelajaran dapat menghabiskan isi
kandungan yang ingin disampaikan. Masalah kebisingankelas adalah disebabkan
oleh ketidakselarasan masa pengajaran dengan isi kandungan yangingin
disampaikan. Dengan ini pelajar akan hilang minat belajar dan keinginan untuk
belajarberkurang. Oleh itu saya akan mengurus masa dengan lebih baik dengan
membuat persediaan perancangan dan mengen al pasti alat bantu mengajar
dalam keadaan baik.

Di samping itu, saya bercadang untuk menangani masalah yang dihadapi


oleh saya berasaskan Canter model ofAssertive Discipline (2002). Model ini adalah
suatu pendekatanyang positif yang membenarkan guru mengajar dan murid
belajar. Daripada pengalaman menggunakan model Canter "assertive discipline”
guru yang asertifadalah lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif
atau garang. Kegarangandan ketidakkonsistenan arahan guru yang menyebabkan
kekeliruan dan trauma psikoIogi.Seorang guru asertil dapat mewujudkan iklim bilik
darjah yang positif, penyayang dan produktil.

Perhatian dan bimbingan guru yang prihatin danberterusan telah membantu


murid-murid menjadi lebih yakin untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang
dijalankan. Keadaan bilik darjahakan dapat dikawal kerana murid-murid
telahmenunjukkan minat untuk belajar. Saya akan merancang satu sistem
peneguhan. Jika murid r telah menunjukkan tingkah lakupositil yang dijangkakan
atau pencapaian akademiknya cemerlang, mereka akan diberipeneguhan seperli
masa tambahan rehat dan lain-lain. Jika peraturan tidak dipatuhi, saya telah
mencatatkan pelanggaran peraturan ini di atas jadualyang dipaparkan di dinding
bilik darjah. Saya akan menanda tanda salah (X) pada papan notis.Tingkah laku
negatif hasil daripada pelanggaran peraturan yang ditanda (X) akan
menerimahukuman-hukuman.Dengan sistem peneguhan ini, murid akan mematuhi
peraturan dan bertingkah laku baik supaya mereka mendapat ganjaran dan
bukannya hukuman. Setiap orang akan suka ganjaran daripada hukuman. Maka
semua minat akan tumpu perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.

Borang jawapan harus disediakan kepada murid-murid tahun satu kerana


mereka belum lagi mengusai cara menulis jawapan pada kertas sebaran tanpa
panduan. Dengan menggunakan borang jawapan yang disediakan oleh guru masa
untuk aktiviti kumpulan adalah sesuai dan murid tidak akan berasa keliru cara
menulisnya , tidak tentu arah dan tidak tahu apa yang harus mereka buat. Arahan
juga harus ditulis pada kertas supaya semua murid jelas dan dapat merujuki
kepada
arahan tersebut jika menghadapi masalah. Oleh kerana murid tahun satu
pembelajaran mereka masih memerlukan benda yang kOnkrit maka arahan untuk
aktiviti kumpulan mestilah berbenluk kertas barulah mereka dapal ingat dan
menjalankan dengan tanpa keraguan.

Anda mungkin juga menyukai