Anda di halaman 1dari 7

1.

1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu


Saya telah mengajar bahasa Melayu selama 23 tahun, selama itu
jugalah saya menghadapi masalah yang sama, iaitu pelajar begitu mengambil
masa AGAK LAMA untuk menguasai KEMAHIRAN penulisan ayat terutama
penulisan ayat berdasarkan gambar. Terutama murid ini baru sahaja
melangkah ke tahun 3 ATG AYAT TAK GRAMATIS iaitu baru belajar asas
penulisan pelahiran. Bagi saya, mengajar penulisan ayat agak sukar kerana
mereka belum menguasai kosa kata yang meluas sama seperti mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu penulisan karangan, cuma penulisan ini lebih
mudah kerana terdapat bahan rangsangan untuk membantu murid
menulis.TJ
Setelah 2 minggu saya mengajar, murid tahun 3 Nekad, saya dapati
murid saya tidak dapat menulis ayat yang lengkap yang menepati
denganMAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM bahan rangsangan iaitu
gambar. Ayat yang ditulis oleh mereka tergantung, tidak mempunyai
keterangan yang lengkap dalam BAHAGIAN peluasan predikat. Kosa kata
yang digunakan tidak menepati. TJ
Oleh hal demikian, murid saya tidak berminat untuk mempelajari
penulis ayat. Apatah lagi untuk mempelajari penulisan karangan. Jika saya
menyuruh murid saya menulis ayat, mereka akan berkata Alah cikgu, kita
belajar lain le!. Setiap kali membina ayat, mereka bergantung sepenuhnya
kepada bimbingan cikgu atau perkataan serta idea yang guru gunakan.TG
Mereka tidak mampu mengeluarkan idea sendiri atau perkataan yang
bersesuaikan dengan gambar yang dilihat . Jika saya tidak memberikan kosa
kata yang patut ditulis mereka tidak dapat menulis ayat tersebut. Mereka tidak
mahu berfikir sendiri dan mencari sendiri kosa kata yang berkaitan dengan
gambar yang ditunjukkan.
Bila saya memberi latihan, mereka menulis ayat yang tergantung???.
Penulisan ayatnya pada bahagian predikat tidak lengkap dan meluas. Ini akan
menjejaskan markah mereka dalam ujian atau peperiksaan. Saya juga dapat
melihat mereka menghadapi masalah dalam mengembang idea, serta isi dan
maklumat yang terdapat dalam gambar yang ditunjukkan. Maklumat yang
terdapat dalam gambar tersebut tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk
AYAT SECARA penulisan. Ini menjadikan pembinaan ayat berdasarkan
gambar ini tidak menepati dan TIDAK MENCAPAI OBJEKTIF MEMBINA
KEMAHIRAN selaras dengan hasil pembelajaaran. Kemahiran 8.1 Aras 3(i)
dalam huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahun 3. Hasil pembelajaran
ini menekankan kepada kemahiran murid membina ayat tunggal dan ayat
majmuk yang lengkap.
Masalah ini mungkin berpunca daripada diri saya sendiri yang perlu
mengubah kaedah untuk pelaksanaan P&P. Saya bertanya pada diri,
mungkinkah saya perlu mendekati murid untuk mendalami masalah mereka
dan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah pengajaran dan
pembelajaran yang mereka hadapi. Penggunaan kaedah Kecerdasan
Pelbagai mungkin memberi kebebasan cara murid itu mencari idea atau
menggunakan kaedah Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) dapat
mereka berfikir dengan lebih terperinci lagi dan akan menghasilkan penulisan
yang kreatif.ATG
Mungkinkah persekitaran kelas yang tidak kondusif mengganggu minat
mereka? Setelah berfikir berkali-kali, akhirnya saya memutuskan untuk
memulakan Kajian Tindakan ini dengan memilih 32 orang murid Tahun 3
Nekat ini sebagai sasaran kajian. Ini kerana, saya dapati 32 orang murid ini
menghadapi masalah yang kritikal untuk menulis ayat. Walaupun kadang-
kadang mereka cuba menumpukan perhatian semasa saya mengajar, tetapi
kelihatannya mereka sukar untuk mengikuti pengajaran BUKTINYA apatah
lagi untuk memahami apa yang saya ajarkan BUKTINYA.BERIKAN
CONTOH. Banyak soalan yang sama saya terima daripada murid, antaranya
Cikgu, apa perkataan ini ?, sambil menunjuk gambar. Cikgu, ayat ini boleh
tak?, sedangkan ayatnya tiada berkaitan langsung dengan gambar.
Kekerapan menerima soalan dan memberi jawapan yang sama memberi
saya idea untuk menghasilkan satu teknik LAIN DALAM P&P KEMAHIRAN
MENULIS AYAT BERDASARKAN GAMBAR bagi membantu mereka
memahami pola ayat dan secara tidak langsung memberi mereka panduan
mencari jawapan bagi persoalan-persoalan yang sering mereka kemukakan.
PERLU KONSISTEN DENGAN ISU YANG DIKAJI
Pertanyaan yang sama berulang kali juga menyakinkan saya bahawa
tentu ada kelemahan dalam amalan pengajaran yang telah saya gunakan
menyebabkan murid-murid saya tidak dapat menguasai kemahiran yang
diperlukan. Selain cara pengajaran saya yang mungkin tidak berkesan dan
tidak menarik, murid juga agaknya tidak mendapat tunjuk ajar atau bantuan
ibu bapa dalam mengulang kaji mata pelajaran di rumah. Saya dapat
memahami masalah tersebut kerana mungkin latar belakang ibu bapa mereka
yang sibuk serta tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkaitan
dengan mata pelajaran bahasa Melayu kini. INI ANDAIAN GURU ..TAK
BOLEH DITERIMA KECUALI KALAU DAPATAN DARIPADA TEMU BUAL
BOLEHLAH DIMASUKKAN
Mereka juga mungkin merasakan penulisan ayat ini/// pelajaran yang
sangat sukar,terutama mereka yang baru melangkah ke tahun tiga, penulisan
ayat ini adalah menuju ke arah penilaian dalam peperiksaan UPSR TJ.
Justeru itu kemahiran menulis ayat berdasar gambar perlu dipupuk sejak di
awal lagi bagi memastikan mereka mempunyai minat yang berterusan
terhadap penulisan AYAT serta bagi memastikan mereka dapat menguasai
kemahiran menulis dengan baik. Ringkasnya, mahir atau tidak mahir
seseorang murid itu menulis ayat dari peringkat asas lagi.TJ Saya harus
membantu mereka menguasai kemahiran menulis ayat sebelum mereka
menulis karangan yang lebih sukar, ibarat kata pepatah, melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
Saya yakin keputusan saya untuk bertindak dengan menghasilkan
teknik baru dapat membantu saya mengatasi masalah ini. Dengan teknik
baru itu nanti, saya bukan sahaja dapat memperbaiki amalan pengajaran
saya tetapi juga mungkin akan dapat meningkatkan minat murid saya
terhadap kemahiran berfikir yang lebih kritis dan kreatif.FOKUS KEPADA ISU
..KEMAHIRAN MENULIS AYAT BERDASARKAN GAMBAR UNTUK
KEMAHIRAN MENULIS BENTUK PELAHIRAN YANG JELAS DAN BETUL.
PANDANGAN SUDUT INI TAK SESUAI KERANA INI ANDAIAN SAHAJA
Saya semakin pasti dengan fokus kajian saya, menghasilkan teknik baru
untuk meningkatkan kemahiran murid menulis ayat yang lengkap yang
mempunyai peluasan predikat yang menepati dengan gambar, bermula
dengan murid Tahun 3 Nekad ini.
Selain itu, saya dapati soalan peperiksaaN Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah Bahasa Melayu Bahagian A kertas 2 memaparkan sebuah gambar dan
murid perlu membina lima ayat daripada gambar tersebut. Maka, kebolehan murid
membina ayat berdasarkan gambar rangsangan adalah penting. Malangnya saya
dapati murid saya amat lemah ini berikut juga bahawa murid tahun 3 ini baru sahaja
belajar bagaimana untuk membina ayat lengkap. Jika mereka ketinggalan dalam
penulisan ayat berdasarkan gambar ini, ini akan berterusan kepada penulisan yang
lainnya. Hal ini juga akan memberi kesan kepada penulisan pelahiran mereka akan
mereka pelajari seterusnya





2. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Apabila saya memasuki kelas
4 UTM pada awal tahun, saya telah memberikan beberapa latihan untuk
dijawab di dalam kelas. Antara latihan yang diberikan adalah membuat
ayat dengan bantuan perkataan yang diberi ( Rajah 1) . Saya
beranggapan apa yang telah mereka pelajari semasa di tahun 3 akan
digunakan untuk menyiapkan latihan tersebut tetapi malangnya hampir
80% daripada mereka telah membuat dengan menyalin semula perkataan
yang diberi . Saya ama

Anda mungkin juga menyukai