Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENGEKODAN TRANSKRIP

Teks Temu Bual Rumusan KOD


Saya Selamat pagi dan salam sejahtera saya
ucapkan kepada Encik. Terutama sekali saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
encik kerana sudi ditemu bual. Terlebih dahulu
harap encik dapat memperkenalkan diri encik.
Encik Selamat pagi. Nama saya Subramaniam. Saya
Subra
berasal dari Selangor. Ini Tahun ke sebelas
saya sebagai seorang guru. Saya ini seorang
guru Sains dan ini merupakan sekolah yang
kedua bagi saya. Selama saya bertugas
sebagai seorang guru saya memang mengajar
Bahasa Malaysia dan mata pelajaran Sains
sahajalah.
Saya Terima kasih atas perkenalan diri tadi encik.
Baiklah encik, bagi pendapat anda, apakah
maksud guru?
Encik Bagi pendapat saya, guru itu sebenarnya - Menyampaikan 2
Subra
seorang insan yang menyampaikan ilmu ilmu
kepada murid melalui proses pengajaran dan - Melalui proses 2
pembimbingan. PdP
Saya Satu pendefinisian yang baik encik.
Bolehkah encik memperincikan lagi tentang
‘Profesionalisme Guru’?
Encik Sudah tentu boleh. Bagi saya kerjaya guru - Kerjaya 1
Subra
sememangnya sebuah kerjaya yang profesional
profesional. Hal ini kerana menjadi seorang
mempunyai syarat tertentu seperti memerlukan - Latihan khas 1
latihan khas serta kelayakan dari segi akademik - Kelayakan 1
dan kokurikulum. Pelantikan sebagai guru
bukannya perkara yang remeh-temeh malahan
ianya mempunyai proses yang terancang. Hal- - Proses yang 1
terancang

1
hal seperti inilah yang menjadikan profesional
guru sebagai satu kerjaya yang profesional.

Saya Sehubungan dengan itu Encik Subra,


bolehkah encik memberikan justifikasi
bahawa kerjaya guru merupakan kerjaya
yang profesional?

Encik Seperti yang saya kata tadi, latihan selama 4 ½ - Latihan 4 ½ 1


Subra
tahun, pelantikan yang sistematik, penggunaan - Pelantikan 1
daya intelek yang tinggi dan banyak lagi ciri-ciri sistematik
yang boleh dikatakan lagi untuk membuktikan - Penggunaan 1,2
bahawa kerjaya guru merupakan satu kerjaya Intelek yang
yang profesional. tinggi
Saya Satu penjelasan yang teliti encik. Encik,
terdapat beberapa ciri untuk menunjukkan
keterampilan sebagai seorang guru. Pada
pandangan anda, apakah ciri yang perlu ada
pada seorang guru yang bersikap profesional?
Encik Sebagai seorang guru yang professional, sudah
Subra
semestinya individu tersebut mempunyai intelek - Penggunaan
yang tinggi. Kita seharusnya mempunyai ilmu intelek yang 1,2
yang secukupnya dalam sesuatu perkara tinggi
sebelum memberi bimbingan ataupun mengajar
mengenai perkara tersebut. Tidak lupa juga,
seorang guru harus mempunyai kesabaran
dalam menghadapi ragam murid-murid dan - Kesabaran 2
tekanan kerja yang tinggi. Seorang guru yang
professional tidak seharusnya lupa
tanggungjawab utama guru iaitu sebagai - Tidak melupakan 2,5
pendidik. Guru juga merupakan insan yang tanggungjawab
patut menjadi ‘role-model’ ataupun suri
teladan kepada murid-murid. Apa yang - Suri teladan 2,5

disuruh, dipernasihatkan dan dipraktikkan

2
oleh guru akan menjadi ikutan murid-
muridnya.
Saya Bah kata pepatah ‘Guru kencing berdiri,
murid kencing berlari’ kan encik?
Encik Ya betul. Guru bukan sahaja seorang yang perlu
Subra
dicontohi malah dia lebih kepada pemimpin. - Pemimpin 2,5
Perdana menteri Malaysia kita sekarang
merupakan seorang bekas guru pada suatu
ketika dahulu. Hal ini membuktikan bahawa
seorang guru sememangnya mempunyai kualiti
untuk memimpin orang lain kearah yang betul.
Bukan itu sahaja, seorang guru juga perlu
bersikap penyayang tetapi tegas dalam - Penyayang 2
menjalankan tugasnya. Sebagai seorang yang - Tegas 2,5
mempunyai kuasa autonomi, ianya juga menjadi - Mempunyai 1,5
tugas yang penting kepada guru untuk menjaga kuasa autonomi
keselamatan anak murid. - Menjaga 2
keselamatan
anak murid
Saya Begitu banyak informasinya. Namun encik, kita
tidak dapat menafikan bahawa terdapat juga
masalah ataupun isu dalam kerjaya profesional
ini. Sebagai seorang yang berkhidmat dengan
ikhlas, bolehkah encik mempericikan satu isi
terkini yang terdapat dalam kerjaya ini?
Encik Sudah semestinya. Baharu ini, kita
Subra
sememangnya digemparkan dengan isu - Isu 3

guru berkelakuan tidak profesional dengan


anak murid.
Saya Sungguh menghairankan dan memalukan
apabila mendengar bahawa seorang guru
yang melakukan perkara ini.
Encik Ya betul. Namun, itulah hakikatnya. Pada
Subra
tahun lepas iaitu 18 Oktober 2018 seorang
guru lelaki dimana saya tidak ingin

3
memberitahu namanya, telah didakwa di - Berlaku tidak 2,3
Mahkamah Sesyen kerana telah mencabul profesional

seorang murid perempuan berumur 12


tahun. Beliau telah diberikan hukuman
- Undang-undang 3
penjara selama 20 tahun dan sebatan.
Saya Sememangnya sesuatu yang guru tersebut
layak mendapati.
Encik Walaupun kemudian dia diikat jamin dengan - Undang-undang 3
Subra
RM10,000 namun perkara terkutuk ini perlu
dijawab juga pada akhir hayatnya nanti.
Sebagai seorang guru, ianya menjadi tugas
- Menjaga maruah 2
kita untuk menjamin keselamatan dan
murid
maruah anak murid. Amat menyedihkan
untuk mengenang segelintir individu yang
tidak beretika dalam menjalankan tugas. - Tidak beretika 2,3
Guru sebagai pemimpin harus - Pemimpin 2,5
menunjukkan jalan yang betul, tetapi guru
sebegini hanyalah menunjukkan jalan
sesat. Sekiranya isu ini berterusan tidak - Pemimpin yang 3
dapat membayangkan pemikiran anak salah

murid yang bakal menjadi pemimpin suatu


hari nanti.
Saya Saya setuju dengan pendapat encik. Encik
Subra, guru merupakan pemudah cara
dalam kelas. Apakah sebenarnya peranan
guru dalam kelas?
Encik Soalan yang baik. Seorang guru dalam
Subra
kelas bukan sahaja mengajar murid-murid
ilmu pengetahuan mengenai sesuatu subjek
malahan membimbing mereka untuk
- Pembimbing
mengaplikasikan perkara-perkara yang
murid-murid 2,5
diajar dalam kehidupan seharian. Oleh
kerana hal itu, Kementerian Pendidikan

4
Malaysia telah memperkenalkan sukatan
pelajaran merentasi kurikulum. Guru
merupakan satu alat untuk murid-murid - Alat
perkembangan 2
memperkembangkan JERIS iaitu jasmani,
JERIS
emosi, rohani, intelek dan sosial.

Saya Baiklah encik, apakah pandangan anda


mengenai cabaran yang dihadapi oleh para
guru di sekolah?
Encik Setakat yang saya lihat dalam sepanjang
Subra
perkhidmatan saya ialah cabaran masa. Hal - Cabaran masa 4

ini kerana kerjaya guru pada era sekarang


- Kerjaya yang 1
lebih kepada satu pekerjaan yang
sistematik
sistematik dimana segala-galanya perlu
difailkan ataupun direkodkan. Kerja seorang
guru bukan sahaja mengajar tetapi ia
merupakan satu kitaran yang besar yang
melibatkan pengurusan masa yang bijak - Menguruskan
dan terancang. Ramai guru pada zaman masa dengan 2,4
sekarang gagal untuk berbuat demikian dan baik
ini mengakibatkan mereka terpaksa
melakukan tugas mereka pada saat akhir - Lambat
dan hasilnya tidak begitu memuaskan. membuat tugas 4

Kebanyakkan guru yang mempunyai


prestasi yang lemah adalah disebabkan
oleh hal ini juga.
Saya Bukan senangkan untuk menjadi seorang
guru?
Encik Bukan itu sahaja, dalam menghabiskan
Subra
tugas mereka pada saat-saat terakhir ini
para guru kadang-kadang terlupa tugas - Tidak melupakan
tanggungjawab 2,4,5
mereka yang utama iaitu memberi
bimbingan dan ilmu kepada anak murid.

5
Fokus mereka yang tiada di satu tempat
menyebabkan mereka lalai dalam
memberikan yang terbaik dalam kelas dan
ini sedikit sebanyak memberi impak kepada
4
prestasi murid.

Saya Baiklah Encik Subra, satu soalan terakhir


sebelum kita membawa sesi ini ke
penghujung. Sebagai seorang guru, apakah
pencapaian anda yang terbaik hingga ke
hari ini?
Encik Sebagai seorang guru sijil penghargaan, - Tidak
Subra
anugerah dan wang ringgit bukanlah mengharapkan 2

sesuatu yang boleh digelar sebagai pulangan

pencapaian bagi saya. Selama ini saya


telah memberikan yang terbaik saya dalam
kelas dan menjalankan tugas yang
diberikan kepada saya dengan sempurna.
Kepuasan murid dapat dilihat dalam - Kepuasan 2,5
prestasi mereka. Bagi saya, itulah berbakti
pencapaian dan kemenangan bagi saya.
Saya Sememangnya satu sesi temu bual yang
amat bermanfaat kepada saya encik.
Banyak informasi-informasi yang berguna
yang dapat saya menggunakan dalam
tugasan saya dan dalam perjalanan saya
sebagai seorang guru yang profesional.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada encik kerana
sudi meluangkan masa untuk saya bagi sesi
temu bual ini.
Encik Harap saya dapat membantu anda dengan
Subra
jawapan-jawapan saya tadi. Terima kasih

6
juga kerana memilih saya untuk ditemu bual
dan selamat berjaya dalam menamatkan
‘Internship’ dan tugasan anda.
Saya Terima kasih sekali lagi encik.

PENGEKODAN
1. Kerjaya guru sebagai profesion yang profesional.
2. Ciri-ciri guru profesional.
3. Isu dan perundangan dalam kerjaya guru.
4. Cabaran dalam kerjaya guru.
5. Guru sebagai pemimpin.

7
2.0 PENDAHULUAN

‘Guru Profesional’ merupakan satu ungkapan yang menggambarkan kerjaya guru


sebagai kerjaya yang profesional. Seorang guru merupakan sebuah alat untuk murid-murid
memperkembangkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Guru boleh diibaratkan sebagai
lilin yang membakar diri untuk menyinarkan masa depan murid. Walaupun kerjaya guru
merupakan satu kerjaya yang profesional, tetapi adakah guru-guru kita pada zaman ini
bersikap demikian? Sebagaimana didefinisikan oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang yang
menyampaikan sesuatu yang baik, positif kreatif atau membina kepada seseorang yang
berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara
dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid Fahmy Zarkasyi,
1990, hlm. 67). Satu temubual yang bertemakan ‘Guru Profesional’ telah dilaksanakan di
SJK(T) Perak Sangeetha Sabah dengan Encik Subramaniam. Temubual ini bertujuan untuk
mendapatkan informasi berkaitan dengan tema daripada seorang guru yang mempunyai
pengalaman dalam bidang pendidikan dan mempunyai potensi guru yang profesional.

3.0 HASIL ANALISIS TEMUBUAL

Siapakah guru dan apakah itu profesionalisme guru? Inilah soalan pertama yang
saya ajukan kepada Encik Subramaniam. Beliau berpendapat bahawa guru merupakan
seorang yang memberikan ilmu pengetahuan dan bimbingan kepada anak murid bagi
meningkatkan potensi diri mereka. Potensi disini bermaksud perkembangan diri dari aspek
Jasmanai, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial murid. Di samping itu, beliau berkata bahawa
kerjaya guru sememangnya satu kerjaya yang profesional berdasarkan beberapa ciri.
Antaranya ialah latihan khas, penggunaan daya intelek yang tinggi, proses pelantikan yang
sistematik serta kuasa autonomi yang ada pada seorang guru. Saya setuju dengan kenyataan
ini kerana kita tidak boleh menyatakan sesuatu tanpa justifikasi yang sah. Ciri-ciri yang
disenaraikan oleh Encik Subra boleh menjadi alat pengukur untuk memastikan sesuatu
kerjaya itu profesional ataupun tidak.

Soalan seterusnya ditujukan untuk mengetahui apakah ciri-ciri seorang guru yang
profesional. Menurut Sagala.S (2009), ciri-ciri guru profesional lebih kepada sikap dan nilai-
nilai yang perlu ada pada seorang insan yang bernama guru. Kenyataan yang diberikan oleh
Encik Subra menyokong kenyataan yang dikeluarkan di atas tadi. Encik Subra mengatakan
bahawa seorang guru yang profesional haruslah mempunyai sikap dan ciri-ciri seperti
mengamalkan pemikirang yang postif, kreatif dan kritis. Pemikiran terbuka guru mampu
meluaskan lagi pandangan dan pemikiran anak muridnya. Selain daripada itu, kesabaran,
bertanggungjawab, penyayang, tegas, jujur, ikhlas bekerja, berbudi bahasa dan banyak lagi

8
ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru. Ciri-ciri ini bukannya terbentuk dengan sendiri
tetapi seorang guru harus memperkembangkan ciri-ciri tersebut dalam dirinya.

Seterusnya, sebagaimana kerjaya lain, kerjaya guru juga mempunyai isu-isunya


ataupun masalahnya yang tersendiri. Encik Subra bersependapat dengan ini dan telah
memberitahu mengenai seorang guru yang bertindak tidak profesional dengan mencabul
kehormatan seorang pelajar perempuan 12 tahun. Sanaky, H, A. (2005) mengatakan bahawa,
guru-guru yang berkelakuan tidak profesional telah melanggari kod etika perguruan dan perlu
dikenakan tindakan tatatertib. Guru yang tidak beretika tersebut telah dikenakan hukuman
penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Walaupun beliau telah diikat jamin dengan wang
ringgit 10,000 namun maklumat tambahan daripada Berita Harian (2018), telah menyatakan
bahawa guru tersebut telah melanggar kod etika profesion perguruan yang mencemarkan
sifat profesionalnya dan kepercayaan orang ramai terhadapnya hilang serta menjatuhkan
martabat profesion perguruan kerana melakukan gangguan seksual terhadap pelajar.
Sehubungan dengan itu, beliau telah dikenakan tindakan tatertib.

Selain daripada itu, saya telah mengajukan satu soalan mengenai cabaran dalam
kerjaya guru. Semua kerjaya mahupun kehidupan seharian, kita memang mempunyai
kekangan dan cabaran yang sering datang menerpa. Mengikut Encik Subra, kerjaya guru juga
tidak terlepas daripada hakikat ini. Sebagai seorang guru yang berpengalaman beliau
berpendapat bahawa cabaran paling utama setiap guru perlu menghadapi ialah cabaran
masa. Hal ini disebabkan oleh beban guru yang perlu merekodkan dan menfailkan setipa
aktiviti yang berlaku dalam setiap hari di sekolah. Pengurusan sistem fail yang teliti dan
sistematik memakan masa yang lama. Guru-guru seharusnya pandai menguruskan masa
kerana walau apa sekalipun tugas utama guru ialah mengajar.Menurut Nurkamto, J (2016),
tugas seorang guru merupakan menjadi pengajar dan pemberi ilmu di dalam kelas. Tugasan
lain ialah cuma kerja sampingan yang perlu diberi perhatian juga. Jadi, mengikut kenyatan
Nurkamto, J, kita boleh membuat konklusi bahawa walaupun guru mempunyai kekangan
masa dan sebagainya, ianya bukanlah alasan bagi seorang guru yang profesional untuk
mengabaikan tugasnya. Seorang guru yang gagal memberikan yang terbaik di dalam kelas
akan memberi impak yang buruk kepada prestasinya. Menurut Encik Subra lagi, impak negatif
itu akan memberi implikasi kepada prestasi murid juga dan ini amat buruk.

Seorang guru merupakan pemimpin. Merujuk kepada perkara ini, soalan seterusnya
telah ditembak dan Encik Subra telah memberikan justifikasinya. Menurut beliau, seorang
guru merupakan suri teladan dan akan menjadi contoh kepada murid-muridnya. Beliau juga
menambah bahawa sekiranya murid-murid mencontohi guru, maksudnya guru sedang
memimpin murid-murid kearah jalan yang betul. Tambahnya lagi bahawa Perdana Menteri

9
Malaysia kita yang terkini, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad juga merupakan bekas guru.
Sekiranya beliau mampu memimpin negara melalui kualiti diri yang dibina ketika
perkhidmatannya tidak mampukah seorang guru memimpin anak murid kelasnya kearah jalan
yang benar dan betul. Kenyataan Don, Y (2005), juga menyokong kenyataan encik Subra.
Mengikut Don, kepimpinan bermaksud dapat memberi nasihat dan bombing segelintir
kumpulan kearah kejayaan atau membawa mereka mecapai satu cita-cita ataupun harapan.
Sebagai seorang guru yang profesional, ianya menjadi tugas guru untuk memastikan anak
muridnya mampu membezakan baik dan buruk agar tidak terlepas daripada jalan yang betul.

Gambar Rajah 1: Peranan Guru

4.0 KESIMPULAN

Sebagai konklusinya, Pendidikan merupakan pelaburan yang penting dalam sesebuah


negara, dan kualiti generasi di masa hadapan sebahagian besarnya terletak di tangan guru-
guru. Seorang guru yang profesional bukan sahaja memberikan ilmu tetapi membentuk murid
untuk menjadi seorang manusia yang baik dari segi JERIS. Kerjaya yang profesional seperti
guru memerlukan individu yang berbakat dan sanggup memikul tanggungjawab untuk
melaksanakan tugas dengan sempurna. Profesionalisme guru bukan sekadar meliputi aspek
kelayakan dan akademi sahaja, malahan sahsiah dan nilai yang terdapat pada seseorang
individu yang digelar indidvidu itu. Guru perlu sentiasa bersedia menghadapi transformasi
dalam bidang pendidikan dengan meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan,
ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak
mulia.Tanggungjawab seorang guru ialah membimbing, menjaga keselamatan anak murid,
menjaga maruah mereka dan memimpin mereka menjadi insan yang berguna nanti. Tugasan
lain dikira sebagai tugasan sampingan yang perlu diberi perhatian tetapi tidak melebihi masa
depan murid-murid. Harapan saya ialah guru dapat menghormati kemurnian kerjaya ini dan
meningkatkan potensi diri mereka mengikut arus perdana.

10
5.0 RUJUKAN

Don, Y. (2005). Kepimpinan pendidikan di Malaysia. PTS Professional.

Hamid Fahmy Zarkasyi. (1990). Pemikiran Al Ghazali tentang pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harian, B. (2018). Berita Harian. Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia: Berita
Harian.

Nurkamto, J. (2016). Peningkatan Profesionalisme Guru melalui Reflective Teaching.

Sagala, S. (2009). Kemampuan Profesional Guru dan Tenaga Kependidikan: Pemberdayaan


guru, tenaga kependidikan, dan masyarakat dalam manajemen sekolah. Alfabeta.

Sanaky, H. A. (2005). Setifikasi dan Profesionalisme Guru di Era Reformasi Pendidikan.


Islamic University of Indonesia.

11
6.0 LAMPIRAN

12
13
6.2 SKRIP TEMU BUAL

ENCIK SUBRAMANIAM [GURU DI SJK(T) PERAK SANGEETHA SABAH]

En.Chandra : Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Encik.
Terutama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
encik kerana sudi ditemu bual. Terlebih dahulu harap encik dapat
memperkenalkan diri encik.

En. Subra : Selamat pagi. Nama saya Subramaniam. Saya berasal dari Selangor.
Ini Tahun ke sebelas saya sebagai seorang guru. Saya ini seorang guru
Sains dan ini merupakan sekolah yang kedua bagi saya. Selama saya
bertugas sebagai seorang guru saya memang mengajar Bahasa
Malaysia dan mata pelajaran Sains sahajalah.

En. Chandra : Terima kasih atas perkenalan diri tadi encik. Baiklah encik, bagi
pendapat anda, apakah maksud guru?

En. Subra : Bagi pendapat saya, guru itu sebenarnya seorang insan yang
menyampaikan ilmu kepada murid melalui proses pengajaran dan
pembimbingan.

En. Chandra : Satu pendefinisian yang baik encik. Bolehkah encik memperincikan
lagi tentang ‘Profesionalisme Guru’?

En. Subra : Sudah tentu boleh. Bagi saya kerjaya guru sememangnya sebuah
kerjaya yang profesional. Hal ini kerana menjadi seorang mempunyai
syarat tertentu seperti memerlukan latihan khas serta kelayakan dari
segi akademik dan kokurikulum. Pelantikan sebagai guru bukannya
perkara yang remeh-temeh malahan ianya mempunyai proses yang
terancang. Hal-hal seperti inilah yang menjadikan profesional guru
sebagai satu kerjaya yang profesional.

En. Chandra : Sehubungan dengan itu Encik Subra, bolehkah encik memberikan
justifikasi bahawa kerjaya guru merupakan kerjaya yang profesional?

EN. Subra : Seperti yang saya kata tadi, latihan selama 4 ½ tahun, pelantikan
yang sistematik, penggunaan daya intelek yang tinggi dan banyak lagi

14
ciri-ciri yang boleh dikatakan lagi untuk membuktikan bahawa kerjaya
guru merupakan satu kerjaya yang profesional.

En. Chandra : Satu penjelasan yang teliti encik. Encik, terdapat beberapa ciri untuk
menunjukkan keterampilan sebagai seorang guru. Pada pandangan
anda, apakah ciri yang perlu ada pada seorang guru yang bersikap
profesional?

En. Subra : Sebagai seorang guru yang professional, sudah semestinya individu
tersebut mempunyai intelek yang tinggi. Kita seharusnya mempunyai
ilmu yang secukupnya dalam sesuatu perkara sebelum memberi
bimbingan ataupun mengajar mengenai perkara tersebut. Tidak lupa
juga, seorang guru harus mempunyai kesabaran dalam menghadapi
ragam murid-murid dan tekanan kerja yang tinggi. Seorang guru yang
professional tidak seharusnya lupa tanggungjawab utama guru iaitu
sebagai pendidik. Guru juga merupakan insan yang patut menjadi
‘role-model’ ataupun suri teladan kepada murid-murid. Apa yang
disuruh, dipernasihatkan dan dipraktikkan oleh guru akan menjadi
ikutan murid-muridnya.

En. Chandra : Bah kata pepatah ‘Guru kencing berdiri, murid kencing berlari’ kan
encik?

En. Subra : Ya betul. Guru bukan sahaja seorang yang perlu dicontohi malah dia
lebih kepada pemimpin. Perdana menteri Malaysia kita sekarang
merupakan seorang bekas guru pada suatu ketika dahulu. Hal ini
membuktikan bahawa seorang guru sememangnya mempunyai kualiti
untuk memimpin orang lain kearah yang betul. Bukan itu sahaja,
seorang guru juga perlu bersikap penyayang tetapi tegas dalam
menjalankan tugasnya. Sebagai seorang yang mempunyai kuasa
autonomi, ianya juga menjadi tugas yang penting kepada guru untuk
menjaga keselamatan anak murid.

En. Chandra : Begitu banyak informasinya. Namun encik, kita tidak dapat menafikan
bahawa terdapat juga masalah ataupun isu dalam kerjaya profesional
ini. Sebagai seorang yang berkhidmat dengan ikhlas, bolehkah encik
mempericikan satu isi terkini yang terdapat dalam kerjaya ini?

15
En. Subra : Sudah semestinya. Baharu ini, kita sememangnya digemparkan
dengan isu guru berkelakuan tidak profesional dengan anak murid.

En. Chandra : Sungguh menghairankan dan memalukan apabila mendengar


bahawa seorang guru yang melakukan perkara ini.

En. Subra : Ya betul. Namun, itulah hakikatnya. Pada tahun lepas iaitu 18 Oktober
2018 seorang guru lelaki dimana saya tidak ingin memberitahu
namanya, telah didakwa di Mahkamah Sesyen kerana telah mencabul
seorang murid perempuan berumur 12 tahun. Beliau telah diberikan
hukuman penjara selama 20 tahun dan sebatan.

En. Chandra : Sememangnya sesuatu yang guru tersebut layak mendapati.

En. Subra : Walaupun kemudian dia diikat jamin dengan RM10,000 namun
perkara terkutuk ini perlu dijawab juga pada akhir hayatnya nanti.
Sebagai seorang guru, ianya menjadi tugas kita untuk menjamin
keselamatan dan maruah anak murid. Amat menyedihkan untuk
mengenang segelintir individu yang tidak beretika dalam menjalankan
tugas. Guru sebagai pemimpin harus menunjukkan jalan yang betul,
tetapi guru sebegini hanyalah menunjukkan jalan sesat. Sekiranya isu
ini berterusan tidak dapat membayangkan pemikiran anak murid yang
bakal menjadi pemimpin suatu hari nanti.

En. Chandra : Saya setuju dengan pendapat encik. Encik Subra, guru merupakan
pemudah cara dalam kelas. Apakah sebenarnya peranan guru dalam
kelas?

En. Subra : Soalan yang baik. Seorang guru dalam kelas bukan sahaja mengajar
murid-murid ilmu pengetahuan mengenai sesuatu subjek malahan
membimbing mereka untuk mengaplikasikan perkara-perkara yang
diajar dalam kehidupan seharian. Oleh kerana hal itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan sukatan pelajaran
merentasi kurikulum. Guru merupakan satu alat untuk murid-murid
memperkembangkan JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.

16
En. Chandra : Baiklah encik, apakah pandangan anda mengenai cabaran yang
dihadapi oleh para guru di sekolah?

EN. Subra : Setakat yang saya lihat dalam sepanjang perkhidmatan saya ialah
cabaran masa. Hal ini kerana kerjaya guru pada era sekarang lebih
kepada satu pekerjaan yang sistematik dimana segala-galanya perlu
difailkan ataupun direkodkan. Kerja seorang guru bukan sahaja
mengajar tetapi ia merupakan satu kitaran yang besar yang
melibatkan pengurusan masa yang bijak dan terancang. Ramai guru
pada zaman sekarang gagal untuk berbuat demikian dan ini
mengakibatkan mereka terpaksa melakukan tugas mereka pada saat
akhir dan hasilnya tidak begitu memuaskan. Kebanyakkan guru yang
mempunyai prestasi yang lemah adalah disebabkan oleh hal ini juga.

En. Chandra : Bukan senangkan untuk menjadi seorang guru ye?

En. Subra : Bukan itu sahaja, dalam menghabiskan tugas mereka pada saat-saat
terakhir ini para guru kadang-kadang terlupa tugas mereka yang
utama iaitu memberi bimbingan dan ilmu kepada anak murid. Fokus
mereka yang tiada di satu tempat menyebabkan mereka lalai dalam
memberikan yang terbaik dalam kelas dan ini sedikit sebanyak
memberi impak kepada prestasi murid.

En. Chandra : Baiklah Encik Subra, satu soalan terakhir sebelum kita membawa sesi
ini ke penghujung. Sebagai seorang guru, apakah pencapaian anda
yang terbaik hingga ke hari ini?

En. Subra : Sebagai seorang guru sijil penghargaan, anugerah dan wang ringgit
bukanlah sesuatu yang boleh digelar sebagai pencapaian bagi saya.
Selama ini saya telah memberikan yang terbaik saya dalam kelas dan
menjalankan tugas yang diberikan kepada saya dengan sempurna.
Kepuasan murid dapat dilihat dalam prestasi mereka. Bagi saya, i
tulah pencapaian dan kemenangan bagi saya.

En. Chandra : Sememangnya satu sesi temu bual yang amat bermanfaat kepada
saya encik. Banyak informasi-informasi yang berguna yang dapat
saya menggunakan dalam tugasan saya dan dalam perjalanan saya

17
sebagai seorang guru yang profesional. Akhir sekali, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada encik kerana sudi
meluangkan masa untuk saya bagi sesi temu bual ini.

En. Subra : Harap saya dapat membantu anda dengan jawapan-jawapan say tadi.
Terima kasih juga kerana memilih saya untuk ditemu bual dan
selamat berjaya dalam menamatkan ‘Internship’ dan tugasan anda.

En. Chandra : Terima kasih sekali lagi encik.

18
6.3 GAMBAR SESI TEMU BUAL

Gambar 1

Gambar 2

Sesi Temu Bual Dengan Encik Subramaniam

19
6.4 RAKAMAN VIDEO

20
6.5 GAMBAR YANG BERKAITAN DENGAN ISU YANG DIBINCANGKAN

Gambar 3
Gambar menunjukkan suspek kes mencabul murid yang dinyatakan
dalam temu bual dan laporan.

21
Gambar 4
Gambar menunjukkan isu guru mencabul kehormatan murid yang
semakin menjadi pada masa kini.

22

Anda mungkin juga menyukai