Anda di halaman 1dari 1

YB.DR.

NOOR AZMI BIN GHAZALI,


AHLI PARLIMEN,
BAHAGIAN BAGAN SERAI,
PERAK DARUL RIDZUAN. 29 DISEMBER 2019

Yang Berhormat,
MEMOHON SUMBANGAN 500 BUAH KERUSI PLASTIK UNTUK KEGUNAAN
PERSATUAN PENGANUT SRI MUNISWARAR SUNGAI GEDONG

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas,

2. Untuk makluman Yang Berhormat, kami Persatuan Penganut Sri Muniswarar Sungai
Gedong memohon sumbangan sebanyak 500 buah kerusi plastic untuk kegunaan persatuan
kami. Persatuan kami mengadakan pelbagai aktiviti dan program kepada masyarakat
setempat sepanjang tahun.

3. Justeru itu, semasa kami mengadakan aktiviti dan program tersebut kami terpaksa
menyewa kerusi dalam bilangan yang besar dari luar, dan yang ini menyukarkan kami untuk
menampung kos perbelanjaan yang tinggi. Kami juga melampirkan gambar-gambar aktiviti
dan program yang telah dijalankan oleh persatuan kami dan butir-butir sebut harga 500 buah
kerusi plastic.

4. Sehubungan dengan itu, kami meminta jasa baik Yang Berhormat mempertimbangkan
permohonan sumbangan ini dan kami berharap Yang Berhormat sudi memberi sumbangan
tersebut. Segala kerjasama, bantuan dan sokongan Yang Berhormat didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,

___________________________
(GUNALAN A/L LOGANATHAN)
Setiausaha,
Persatuan Penganut Sri Muniswarar Sungai Gedong (013-5064056)

Anda mungkin juga menyukai